Sunday, May 31, 2009

part 3: Tika cintaku bersemi ...Membendung cinta di hati.

gamba cilok mane ntah. Ayat bodoh giler. Abis kalau nak terberak, mesti kene let go kan. Buduss
Salam,
part 1
part 2
Pemberitahuan: Post panjang giler ini di tujukan untuk budak laki sahaja dan tidak relevan langsung dgn budak pompuan. Sekiranya ader budak pompuan pengkid atau lesbian yang mengunakan ilmu yg aku turunkan kat sini, ketahuilah, aku tak halalkan ilmu tersebut. Sekian. Harap maklum.(pergh...macam cikgu garang plak rasenyer)

1. Selepas roswita, aku dah jatuh cinta, in chronological order,kat nuraini, juli, wan zaleha radzi, awek melayu lam gambar bapak aku kat UK, rosnah, azimah, zurin, secratary badan perwakilan pelajar(BWP) mrsm aku, awek junior luper namer, awek sabah jeans koyak, pamela anderson, cikgu jawa, shafnie zainuddin, nurul izzah, normala shamsudin, rozita chek wan...

2. Ehh..macam ader patern plak kan. Daripada budak2 sekolah, kepada orang-orang tua...apekah maksudnyer? (kau dah tua bangka la...) dan daripada manusia di alam realiti, kepada manusia di alam fantasi....apakah sebabnyer? (aku dah giler dan nyanyuk). Aku sedar, biler one day aku dah start jatuh cinta kat datin sri jeane abdullah atau datin seri rosmah mansur, itu maksudnyer, aku dah "tak lame dah tuh".....

3. Tapi, walaupun aku jatuh cinta kat dieorang, sekor pon aku tak pernah bagitau. Aku usha2 dan jiwang sorang2 jer. Mereka hanyalah menjadi kekasih gelap jauh di sudut sanubariku. Aku tak ler jadi stalker plak taim tuh.
Jadi, kenape aku tak bagitau awek2 tuh?


i. aku penakut. Takut di reject

ii. aku tak reti nak ayat..Aku maner kenal org pompuan masa tuh. Kan adik bradik aku laki dan kawan2 aku pon laki gak. Jadi aku cakap ngan org pompuan cam aku cakap ngan org laki. Nak ngorat bapuk aku tau la...Bila ngorat awek cun, ayat aku rase mcam banyak kesilapan tajwid jer biler bertutur.

iii. aku belum "perasan' yg aku ni ensem dan macho lagik. Bodi aku kecik jer maser taim sekolah, jadi tak gagah perkasa lah. Tapi lepas form 5 , bila aku akil baligh...muahhahah cam sial . Bukanlah...Aku baligh awal lagi, tapi growth sprur delayed skit. Peak lambat, tu yg walaupun aku sudah tua tapi masih perkasa main bola...muahahha poyo.

iv. aku seorang yg pandai. Org pandai tak terjerumus di dalm aktiviti2 yg mengsia-siakan masa dan effort macam bercintan contohnya....muahahhahahha. Terime lah kenyataannya korang....

4. Ginilah senang citer, aku biler bab awek ni aku selalu pikir pakai logik. Aku pakai otak bukan hati. Kalau ikut hati, aku dah kawin ngan pamela anderson dan dok di malibu sekarang dan tidur tak pakai bantal biase dah sebab dah ader bantal "natural". Pada hati ader nafsu dan nafsu boleh membutakan kita (giler jiwang ayat! Phewittt!). Kita tak nampak maner salah silap kita. Kita ikut syok kemaruk bercinta jer. So dari situlah boleh timbul masalah suatu hari nanti. Oleh itu gunakanlah akal kalau kau nak bercinta sanggat.

So, aku tak berawek maser muda2 sebab secara logiknye..


i. ape kejadah yg kau dok tergopoh2 nak berawek tuh? Sebab org lain ader awek? Lepas berkenalan terus berawek. Cinta monyet org kater. Ginilah. Macam kau memasak la. Kalau api besar, cepat lah hangitnyer. Gitulah cinta kot. Ramai kawan2 aku bercintan bagai nak rak di sekolah menengah, matriks dan di ozzy ni.. Sampai dah tau brape aribulan nak kawin, baju kaler aper nak pakai maser bersandingan, nama anak2 sampai anak ke 10 org dah siap, etc. Last2 awek dier kawin ngan ntah maner2 badak sumbu bermisai tebal umur 35 tahun. Ape kes. Ehh..35 muda lagi. Tukar ke 47 tahun la. Ape kes (ulang tayang)

ii. ader org kater, "She is the one. Kalau aku telepas, merana lah aku for the rest of my life". Maner kau tau she is the one? Mrs Rights? Impossible!! Especially maser tingkatan. Apekah mathematical probability kalau dari darjah 6 atau sekolah menengah bercintan boleh membawa ke ranjang malam pertama. Belief me, the answer start with number zero...0% kalau dari darjah 6, 0.01% gitu kalau dari sekolah menengah.

Masalah utamanya ialah kau tak tau camner awek tu akan turn out to be, lagi 4-5 tahun lagik, maser kau bajet2 akan kawin nanti. Awek yg badan langsing mcam model maser form 5, mungkin akan membesar bagai johan dan mewakili malaysia dalam sukan sumo hanya 2 tahun lepas SPM. Awek yg jalan gedik, lengangan buntut tonggeknyer menjadi igauan malam mu, mungkin akan eksiden maser matrik dan kene potong kaki takat peha, so jalan pon dah tempang-tempang sebab pakai kaki palsu (giler contoh yg kejam!). Dan yang "paling biase" awek kau yg ayu, lemah lembut biler bertutur, pijak semut dia plak yg pengsan seminggu dan perfectlah senang citer pada arini, mungkin akan menjadi psycho bitch selepas kawin nanti. Perghhh..serammmm.

iii. awek ni bersepah2 ader di malaysia nih. Ketahuilah, budak cun yg kau ader crush maser form 4 tuh, hanya lah seorang drpd berjuta2 awek di malaysia. Kalau kau open to interatial relationship, lagilah berbillion2 possibility is waiting for you. Aku selalu pikir, kalau katakan aku dah start becintan ngan sorang awek nih, camner kalau tetibe aku jumpe awek lain yg lagi perfect? Clash? Pasang dua? Woo...aku bukan jenis camtuh, jenis pasang awek keliling pinggang. Awek hanyalah sorang at a time. Tapi biler berbini, itu different stori lah. Itu kalau 4 in one night pon takkan ader sekelumit sesalan di hatiku.......

iv. Berawek-awek ni, walaupun rase syiokk, tapi sebenarnyer high maintainance. Tak wujud lam dunia nih awek low maintainance senang ceriter. Semuer awek start ngan kategori high maintainance dan kategorinyer meningkat keatas sampai ader yg super duper ultra maintainance. Kenaper aku cakap tak de awek yg cam rumah kos rendah? Sebab "kos" bukanlah duit semata2. Kos itu meliputi,

a)MASA
-yang kita luangkan bersama /dating/ kualiti time,
-masa berjiwang sorang2 lam bilik, atas bas, kat kawasan berpemandangan indah,
-masa melayan lagu jiwang. Lagu itu plak nak kene spend maser download plak dan silap2 kene beli singles lagik, beli mp3player/radio lagi, letrik lagi.
-mase pikir masalah jiwang

b)KESIHATAN
- kepala pening stress bercinta sampai kene beli penadol,
- suara serak sebab cakap lamer sanggat lam phone/skype kene beli strepsil dan simpan stock gula2 hacks banyak2
- jerawat yg nampak maser webcam kenelah di caber pakai makeup,
- mata merah sebab banyak nangis kenalah beli spek mate besar penumbuk takut kantoi org lain tau, tu tak kira kos tisu paper lagi tuh

c)PSYCHOLOGY
- otak sasau sebab giler frust menungging, kenelah jumpe doktor mintak ubat sakit otak.
- otak mereng sebab asyik terbayang muke awek yg tak nak kat kita, kenelah jumpe bomoh mintak ubat pengasih/senyonyong/minyak dagu , kenalah bawak penggerasnya yg ntah hape-hape
- hati berkecai sebab jeles gile tahap gaban kat awek sampai tak percaya langsung kat dia, suruh pakai purdah, mintak phone bill dia sejak dari tadika sebab nak scan balak maner yg dier dok gayut dan kalau dier tegur budak laki lembut pon kau dah melenting ajak betumbuk. Kalau dah level ni, tak lamer lagi akan jadi stalker sepenuh maser lah plak. Tu dah buang maser nak kene gi stalking, gi google dan buang duit nak kene beli telescope besar dan peralatan nyamar. Silap2 nak kene upah org siam tolong "ajar" sikit balak yg kaco awek kau. Gilo wey...Giler.

Ginilah senang cerite. Kalaulah kau rase aku SALAH, kau rase awek kau tu memang low maintainance, itu maksudnya hanya boleh jatuh kepada 2 kategori sahaja,
1. awek kau dok pasang sorang lagi. Tu maksudnyer dier dok chat/sms/gayut/dating/etc ngan org lain la. So org lain dok tabur duit untuk dier, bukan kau la. Uwaaaaaaaaaa.....
2. awek kau tuh huduh macam jamban pecah. Orang lain tak berselera nak kacau. Kau sorang jer yg nak. Kuah kuah kuah kuah...karii.

5. So soalan cepumas nyer sekarang adalah, "Jadi, camner kami nak tau biler masernyer yg sesuai untuk berawek bang mangkuk hayun?". Soalan ini mudah jer. Hakikatnya, tak de sorang pon yg tau melainkan Allah. Kau hanya boleh berusaha dengan mengunakan kepala hotak hengkau untuk pikir kebaikan dan keburukan bercintan pada situasi korang sekarang ni.

Ingat!! Prioriti utama korang adalah stadi, dan yg lain2 tuh hanyalah secondary.
Ingat!! Aku ada di sini dan sedia membantu engkorang anytime. Sekiranya korang masih ragu2 untuk berawek atau tidak, aku sudi untuk menjadi bahan eksperimen untuk mengtest-drive kan awek tersebut dan menganugerahkan ISO9000 kepada calon2 awek yg berkelayakan.
Lihatlah betapa baiknya hati ku. Alhamdullilah!

Sekian, timokacih, wassalam.

Friday, May 29, 2009

melben cup 2009 jilid ketiga: rombongan meminang melben cup.

Salam,
intro
jilid pertama
jilid kedua

1. Mari kite sambung criter melben cup balik. Muahhaha. Sebab bulan depan dah kene gi sydney untuk MASCA games/NCG. Jadi sebab bagi aku dah kire kompirm kami akan kalah kat sidney tuh (sial lah am dan mus), jadi meh kite manghabiskan sisa-sisa masa yg ader selaku undefeated champion ni, untuk mengecapi titisan kepoyo-an yg terakhir.

2. Pada tanggal 9 april 2009, sewaktu aku menanggalkan spender aku pada pukul 9 malam itu di rumah (fuss lega..kebebasan setelah perintah berkurung sejak pukul 7 pagi), rombongan meminang melben cup budak2 adeled sedang mandengar taklimat perjalanan di adeled mosk. Aku tak hadir sebab aku superstar, mane main taklimat2 ni.

3. Taklimat aritu telah di berikan oleh chief de mission Yen ke Yin (aku tak tau camner nak eja), dimana budak2 adeled di inggatkan tentang semangat setiakwan atau braderhud sesama kita yang boleh kita pegang sebagai semangat untuk bermain dengan penuh......ermm.....semangat la kot.


Untuk memupuk semangat braderhud ini, participants di galakkan untuk ber-ramas mesra antara satu sama lain. Biaselah tuh, budak2 Amnor dgn mazhab hadhari nyer. Pasrah jerlah!!

Astaga...depan masjid ni wei. Nak kene panah petir bebudak ni. Ni little gilbert street la bro, bukan lorong haji taib.(gambar telah di sensor untuk menyembunyikan identiti Im dan Apam)

4. Kami bajet, bertolak lam 10 mlm dan sampai besok pagi. Jadi semalaman di dlm kete tuh kire jauh lah gak. Budak2 melben mesti gelakkan kami, muahhahahhaa padan muke budk adeld. Bile sampai pagi besok, mesti budak 2 melben bajet kami mesti jalan bongkok2 sebab sakit2 belakang, lenguh2 badan, lapar, nak terberak tapi sembelit dan emo.

selepas 12 jam dalam keta.....Im masih inggat dier dok drive keta lagik. Sambil berjalan, aku tengok tangan dier dok shift gear. Ha ah, dier bawak keta cabuk manual die. kami bawak kete auto, tak main manual shifting nih....itu old school.

5. Oh tidak!! Kami telah sedar masalh tersebut dan kami telah membuat beberapa langkah untuk membenteras masalah tersebut.

a. untuk mengalakkan perjalanan darah di otot 2 kami, kami main bola di dalm kereta, diluar kereta, maser isi minyak, berseorangan atau "di mainkan" oleh rakan ramas mesra yg lain.

poyo tahap cipan

b. tido tak cukup? tak selese? Aku tenggok syok jer budak2 tido denagn gaya kuak lentang, kuak kupu2, lipat pari, headstand, gaya bebas dan dangdut, no problem jer.Tengok kepada kuantiti air liur yg berjaya di tabungkan malam tuh, rumusan bahawa tido lam keta tak best adalh rumusan yg tersongsang


c. sesampai kat melben jer, trus kami ke kay-ef-see.Umpama bertemu kekasih yg lamer terpisah, budak2 adeled melahap dengan penuh perasaan untuk melepaskan rindu dendam selama ni kat kolonel sanders.


d. dan seperti habis madu sepah di buang dan habis makan, kumbahan di sesarkan dari badan di celah2 semak seperti yg di demo kan oleh bandu.

wei..tanggal lah seleur tu dulu kot yer bro...Junior nih!!

6. Selepas melantak, kami terus ke padang untuk bertemu dengan...carlton blues, defending champ dan our nemesis, our nightmare in 2007. Are we ready this time?

7. Tu cut long stori short, kami main petang tuh, menang, besoknya 3 grp matches seri, menang, menang dan 2 hari lepas tuh menang di semi dan kemudian final. Sekian, tamat citer. In sumarry, kami menang da tournament. End Stori.

muahahaahahaahha.
Woi, kalau aku nak citer satu persatu ape yg terjadik, 10 tahun lagik belum tentuabis buat post pasal melben cup nih. Susah ler.

Sekian, makasih, wassalam.

Tuesday, May 26, 2009

part 2: Tika cintaku bersemi .....Woi semi tu pekebende hah?

Salam,
continuation from part 1....

1. Tak lame lepas kes classmate aku berbaju ketat atau badan "membengkak" (kau boleh argue both ways), kawan aku plak trima love letter..sioll! Giler terperanjat beruk mamat tuh. Habis satu kelas dier kongsi surat tuh.Pastuh kami pakat komen kuat2.Muahahhaha. Yg mangkuk nyer surat tuh dari budak sekelas, sah-sah dier dengar. Kesian awek tuh...di reject slamberdog in public!! Tau naper? Let me give u the EXACT quotation from my pren that got the letter..

"Tok say aku nate' kelling paria tuh!!"

(subtitle: tok memberitahu aku nata'de coco ada di keliling pari tu!...ehh pari tu mender? ikan ker?)


2. Yes, awek tuh anak singh maner ntah. Silap besar la sis! Maner kau ader chan ngan org kelate!!. Blom terlewat aku nak ucapkan, "Welkang tu kelate darul racist". Ginilah senang citer. Kami org kelate ari tuh, kalah main bola lawan negeri sembilan pon dah try nak tangkap sekor2 pemain2 "melayu" negeri 9 dan sumbat dalam tempayan , boh garam sikit, asam jawa seperah dua dan peram setahun sampai jadi budu. Untuk yang bukan melayu, kami buat BBQ mlm tu gak. Api dah siap pasang dah. (Terima kasih kpd pihak polis atas sumbangan bahan bakar. Truskan"Mesra Berkhidmat" bro)



3. Sian dier kau. Syabas anyway becoz brani menyuarakan isi hati. Bagi aku, kalau tak tanyer, maner nak tau kan!". Bodo btol kami taim tu. Awek industan ngorat pon kami gelakkan. Ntah2 awek2 tu besar2 jadi asha gill ntah.....pergh meleleh beb!! (sape asha? google sendiri)


4. Tapi di dalam gelak2 tuh, aku tau di hati masing2 berkate "Fuhh...nasib baik bukan aku kene ngorat. Malu siak!" tapi ader gak "Tapi naper aku tak di ngorat? Naper kawan aku? Waiii" Berbagai fikiran dan perasaan konfuse bercelaru di kepala.

5. Jadi pada suatu malam di tahun 1996, masa aku berdarjah 6 tuh, aku pon dok naik keta ngan mak pak aku pegi dengar ceramah agama. Sekali keluar lagu headwind baru "kita serupa". Bile dengar into lagu ni, tetibe aku senak perut.
"Ape kess? Aku makan tak bace bismillah ker".



"kalau dapat ku petik, bintang di awan biru"

"kan kusematkan ke dalam dada mu"
(ehh macam lucah.....giler pervert aku ni!)
Ehh aku nampak bintang.."kalau aku petik bintang, aku nak semat kat dada saper yer? hmm..senaknyer perut"

"kalau dapat ku capai, bulan mengambang penuh"

"kan kuhadiahkan di harijadi mu"

Ehh bulan mengambang plak mlm nih, " kalaulah aku dapat bulan, aku nak hadiah kat saper? Cepatla sampai rumah, aku nak terberak ni.."

Brainstrom sat.
Awek body mantap? Hmm...body power, tapi muke biasa. Berak lagi best.
Awek supermodel? Hmm..Ntah2 rumah dier ader anjing. Aku takut anjing. Pruuuuttttt! Banyaknyer angin. Ntah2 biler besar muker die jadi gini sebab kuat makan babi....oink...oink!

"Tapi aper kater aku bagik kat Roswita? (Aikk..Roswita celah maner dtg plak?) Woi diam la kau! Yes! Aku bagik kat roswita. Tapi naper aku nak bagik kat roswita plak? Ape ke hal? Ape lah perut aku ni? Aku ni nak terberanak ker?"

"begitulah janji ku kepadamu, walaupun dikau hanya menunduk bisu"

" ku tahu kau diluka, kerna cinta................"

TOING!! Aku mcam spring terus terbangun dari berbaring.
Tetiber meremang siol. Raser macam landak. Aku raser aku blushing skali. Nasib baek malam, org tak nampak. Tapi kalau siang pon org tak nampak gak, sebab kulit aku kan "tanned" ala espaniol.

6. Biar benar! Cinta?? Ehh sakit perut dah bergerak ke hati plak. Hati ni raser mcam nak gugur plak. Drp prrrettt pruttt..kepada Dub Dab Dub Dab!! Drpd otak dok pikir camner nak semat bintang ke dada, tanpa di tuduh mencabuli, kepada image rupe paras awek tuh silih berganti. Siol!!....Jadi pada suatu malam di tahun 1996 tuh aku baru tau bagaimanakan perasannya bila di lamun cinta. Macam sakit perut rupernyer!! Selame ni rupernyer aku tiap2 pagi jatuh cinta...WOW!!

7. Jadi, bermula dari tahun 1996 hingga lah ke tahun 1994 sewaktu aku datang ke adeled......WOII...penipu besar! Ehh kesilapan teknikal berlaku di situ. Tersilap tekan nombor. Dah dekat2 sanggat button kat keybod, sebelah nyeblah. Jari aku besar, jadi silap tekan la. Tahun tu tahun 1986 sebenarnyer. Nah amik kau...puas ati dah?

8. Take two! Jadi, bermula dari tahun 1986 tuh, bermulalah era kejiwangan aku melayan lagu2 cintan. Feeling bro!!.....Wai not? U have to feel to know that u are alive. Semue pesen lagu cintan aku layan, rock kapak ker, glam rock, pop, boy band, girl band, grunge, hip hop, rap, heavy metal, dikir barat etc. Tapi lagu melayu atau mat salleh sahja. Indon, industan, korea, jepun, eskimo, negrito, etc tak main la

9. Cume dua genre jer aku tak leh masyuk. Death metal/thrash sebab nak jiwang camner lirik pon dengar kelam2 jer. Dan nasyid sebab mane lah ader nasyid jiwang kat awek? Nasyid paling xtreme jiwang pon citer pasal kasih di antara sahabat sejantina, "brotherhood ukhuwah", eg "teman sejati", "padamu teman". Giler gay!! Mauhahahahhaha

aku akan di rejam suatu hari nanti....aku dapat merasakanya.


To be continued......part 3

WEI KORANG? Seriesly. Adekah korang nyampah dengar citer cinta bodoh aku nih? Aku nak warning awal2, ader at least 2 part lagik. Aku inggat nak settel bab cintan ni perabih, pastu no more. Siler bagik vote kat atas kanan tu yerk.

Sekian, makacih, wassalam.

p/s: next one continue crite melben cup balik iA. Then patah balik citer ni.

Saturday, May 23, 2009

Tika cintaku bersemi .....Woi semi tu pekebende hah? part 1..

WARNING: Bahase dan isi kandungan dewasa yg boleh menghantui pemikiran anda buat selama2nye.. Senang cite, Jgn bace!!

Salam,

1. Bini aku marah siol. Dier kater aku kene delete post tuh sebab aku telah "breach the trust between parents and child". Muahhahahahaha."Sue me!!". Cheb (my pren) pon der bagitau, "kene jaga2 jgn membuka aib org lain". Pikir2 betul gak. So aku pon selaku seorang yg hensem dan berfikiran waras telah membuat keputusan untuk mendelete ke dua-dua post yg sebelum nih......dalam mase yg terdekat...sebelum muhammad tau mambacer blog......mungkin lagi 10 tahun lagi kot!
Amik ko.......papa jahat!!
2. Tapi kalau lah aku mati besok lusa kene tikam tokey restoran cina manetah ke, terbakar kat kedai ker atau mati heart attack sebab risau duit terlalu banayak, maka, to be fair to muhammad, aku pon bukak citer la tentang my pirst love.

3. Mase aku kanak2, aku dibesarkan di dalm famili yg semue lelaki dan kawan2 pon budak2 jantan. Nasib baik aku tak jadi auww atau gay. Budak pompuan adalah species yg di anggap alien yag boleh di temui di sekolah atau di tepi jalanan. Bagi aku budak pompuan ni boleh pandang jer, tapi tak leh di tegur atau di sentuh. Macam anjing kurap la!

4. Sampai lah darjah 6. Di zaman aku, kami tak amik UPSR. Kami amik "Penilaian Darjah 5" maser darjah....lime la. So darjah 6 adalah darjah enjoy sebab tak de exam. Cikgu siap ponteng tak masuk ngajar lagi. Secara tradisi, lepas exam tuh, 99.9% dpd budak2 darjah 5 tu akan bersunat. Make maser masuk darjah 6, kami telah "suci drpd najis terkumpul di kulup"(bdk jantan jer yg paham). Tapi kami masih macam budak2 lagi, sebab majoriti belum "mimpi best" lagi.

5. Lainlah kes untuk budak pompuan. Tetibe taim tuh bebudak pompuan dah tak tergedik2 mcam beruk lagi. Masing2 dah ayu dok bersimpuh atas kerusi. Taip2 bulan ader la yg "absent". Ader gak beberape kes yg tetibe jer ader tompok merah kat kain. Cikgu cepat2 bawak budak pompuan tu ke bilik guru. Kami bebudak laki tengok pelik semacam jer. Budak2 bodoh di kalangan kami akan bertanyer,
"Ehh, saper tikam budak tuh sampai darah...Sadisnyer!!".
Tapi budak2 laki yg pandai cam aku akan kata,
"Itu bukan darah lah ngokk!! Budak tu terberak ke terkencing lam seluar...ehh kain. Lihatlah betapa lemahnye kaum hawa. Darjah 6 pon masih tak dapat mengawal sistem kumbahan hadapan atau belakang. Jom kawan2, kita tanding korek idung tengok sape ader taik idung paling banyak dalam sukatan gram."

6. Kemudian berlakulah satu kes yg mengempak kan kami tahun tu. Seorang drpd budak pompuan kelas kami telah di-mengoratti oleh budak sekolah menengah sepagar dengan sekolah kami. Brader tu siap antar surat lagi. Sekali surat tu kantoi kat cikgu. Cikgu tu emo, satu sekolah dier kecohkan...cikgu pompuan lah katekan!

7. Pastuh dier marah2 kat classmate aku tuh. Walaupun aku belum mumayyiz lagi taim tuh, tapi aku dah nampak betapa bodohnyer cikgu aku tu. Naper marah kat budk pompuan tu? Marah lah kat brader sekolah menengah tu! Katakanlah aku hantar selori surat cinta kat erra fazira, logik ker kalau mak pak erra gi marah kat dier?

8. Aku inggat lagi, cikgu aku pangil budak tu ke depan kelas dan lecture awek tu. Antara point2 cikgu tu adalh naper baju ketat sanggat dan naper kain baju kurung pon dah singkat sampai nampak betis sikit. Dah budak tu tenggah membesar dan darjah 6 pon dah nak abis, so logik la kalau mak pak dier tak nak beli baju baru. Pegi la marah mak pak dier. Ntah2 anak org miskin.

9. Tapi, biler aku dengar point cikgu tetang baju ketat yg menampakkan "bonjolan2 kedewasaan" tu, baru lah aku perasan!! Kata kawan aku
"Wei azam! Kito bulih napok kopek dio?"
Thanks my pren for pointing out the obvious. So sejak ari tu kami mula2 lah curi2 pandang awek tuh. Dammed!!
Naper la korang pakai baju putih? Giler ke! Pakai la kain putih skali. Baru matching!
10. Maka bermula dari detik bersejarah itu, berubahlah paradigma kehidupan kami sebagai budak lelaki. Pada mulanya, halatuju pemikiran kami sebagai bebudak lelaki ialah untuk "study hard". Tetapi kini telah berubah kepada "hard elsewhere".

11. Inilah punca utama kejatuhan prestasi budak2 lelaki dari peringkat persekolahan hinggalah ke universiti sejak akhir2 ini. Zaman dulu taim2 p.ramlee, budak2 pompuan tak sekolah sebab kene dok rumah tolong mak pak jage adik bradik. So budak2 lelaki score jer manjang kat sekolah. Tapi sejak zaman siti nurhaliza, budak2 pompuan dah bersepah2 kat sekolah. Kat luar sekolah plak ader berduyun2 bohsia.

12. Aku raser budak2 pompuan ni telah menyusun startegi yang ampuh untuk mengagalkan kite budak2 laki. Budak pompuan yg cun tapi bodoh bertindak sebagai peng-distract (decoy) so that budak2 pompuan yg huduh tapi pandai berjaya meragut mahkota kecemerlangan akedemik milik budak2 lelaki selama ini. Tu la pasal kami budak2 lelaki prestasi merundum dan impaknya kelihatan apabila budak2 lelaki gagal untuk memenuhi kuota2 pelajar lelaki di IPTA dan juga untuk ke obersea.

13. AYUHLAH BUDAK2 LELAKI!! Sedarlah! Usah di pandang awek2 itu. Konsentrate stadi. Gapai lah bintang2 bergemerlapan di angkasa. Panjat lah pergunungan akedemik yg penuh cerunan tajam. Redah lah danau peperiksaan yg beronak duri. Cekalkan hatimmu! Lupakanlah gadis2 ayu itu buat sementara waktu. Pausekan cinta di hatimu. Kerana, bak kate org2 tua, "Bunga bukan sekuntum, tetek bukan sepasang".

14. Giler babas aku merepek sampai jauh lari giler dari topik...Terpakse aku sambung balik lain hari pasal..eh pasal ape ntah tadi..aku pon dah luper!!

Sekian, makasey, wassalam.

Tuesday, May 19, 2009

Adat org meniaga 3; Anak yg Terbiar part 2

Salam,
Berikut adalh continuation from Adat org meniaga 3; Anak yg Terbiar part 1

7. Sekali alih2 bini aku tak tanyer pon. Haish.. anti -climax betol. Maklumlah org pompuan, depa segan2 skit dlm hal2-ehwal ni.. Kalau lah aku, aku dah torture muhammad sehinga ke titisan darah terakhir untuk more info.
" muhamad ader rase mane2 organ yg keras dak maser tuh?"
" muhammad ader tak macam dah terkencing2 gitu bile bangun pagi tuh"
" seluar ade basah dak?"
" Dalam mimpi tu ..papa nak tanyer skit...Muhammad dan H maser tu pakai baju kaler aper?...Ke muhammad dan H tak pakai ape2?......"


8. Sebenarnyer Muhammad dan aku adalah sangat2 rapat sejak dier kecik dan we share secrets together..muahaha. Ade bende mak dier tak tau kah kah kah. Tapi biler bab cintan ni, kat mak dier gak dier ngadu sebab aku terlalu bizi berbisnes, so muhammad tak de maser nak slow talk ngan aku. Jadi anak terbiar ni gi kat mak la plak. Kecik gak cikit2 ati aku..muahhahah.

9. Disebabkan aku dah tau stori ni, aku pon apalaga, asyik dok sakat dier je la. Dier tak tau aku dah tau! Muahahha. Jadi aku sajer jer dok tanyer pasal dream la, girlfren la. "MuhD tak dream ape2 ker sejak dua menjak nih?" "Ehh org tepi jalan ni ader gilfren la, MuhD ader gilfren dak?" Jadi one day MuhD pon mcam nak citer kat aku, tapi alih-alih dia berhenti sampai kat dier rase shy nak bitau aku jer. Dia tak stori pon pasal hug n kisses tuh. Cissss...Anak durhaka!! So sampai sekarang ni aku masih tak tau samada MuhD berada di dalam keadaan hadas besar atau tidak!!

10. Jadi sebab tu la aku tulis lam blog ni. Padan muke kau muhammad! Biar satu dunia tau! Inggat!! Mama yg promise tak nak britau sesaper. I didn't. Muahahhaha anak Loserrr. Tapikan , korang jgn la bagitau muhammad lak yg korang tau cerite ni.. kang dier naik hangin!! Dier tuh sensitip kalau kau tanyer lebey2 pasal GF nih. Kalu korang sebut bende ni depan dier, korang tanggung la akibatnyer!

11. Cik H yg MuhD berkenan tu aku dah kenal sejak kecik lagi. Memang cun melecun lah. Cuma satu jer masalah. Dier berumur dekat2 dua tahun lagi tua dari MD. Tapi itu bukan masalah besar. Sebaliknya, itu adalh satu kelebihan yg besar. Perempuan kan cepat tua. Jadi nanti boleh buat modal nak kawin dua nanti. Dialog mereke berdua pada tahun 2034 nanti
"engkau tu dah tua, dah tak larat layan nafsu serakah aku. So nasiib kau lah aku nak kawin 2 ni. Nasib baik aku tak kawin 4 macam papa aku tu! Dier masih kencanggg......bermain bola""
Kali pertama dating! H bersama "adik" Muhammad! (2002). HAHAHAHA
12. Sejak drpd hari tu gak, aku selaku bapa mithali, suka mengorek rahsia sedalam mane kah cinta mereka berdua. Satu ari, ader budak postgrad buat makan2. Jadi H pon datang gak la. Abis je majlis, aku pon mule lah bertanduk. Aku sesaje jer sakat muhammad, nak test sepower manerkah cinta dier kat H..
Aku: H ade ke tadi MhD? Papa tak prasan pulak...
MhD: Ader papa.
Aku: H pakai baju kaler ape tadi muhamad. (aku nak tau dier dok usha H ke idak)
MhD: pakai tudung biru dan baju kurung yellow.(kantoi)
Aku: Did u play with her today?
MhD: (blushing) Not papa. She played with other girls. But she smiles at me 7 times today!
Aku: 7 TIMES!!.. How do you know its 7 TIMES muhammad. It could be 13 times?
MhD; Because I count. I can count la papa.....
PELEPEK..PELEPEK PELEPEK!!... aku tepuk dahi aku petang tuh. Ni sudah kira penyakit angau kronik nih! Ni dah nak kene masuk jawi ni. Nasib baik MhD dah aku sunatkan maser baby lagi. Ape nak jadi!! What can I dooo??

13. Kawan2 girls miss H pon macam dah tau2 jer. Budak2 pompuan umur2 gitu dah advance level dah. Dah pHD dah bab jiwang ni. Bini aku cakap, dier nampak sendiri, biler muhamad datang dekat H di satu majlis yg lain ni.....
member H#1: ni muhammd datang ni H...ehem ..ehemm..
member H#2: Yes, Muhamamd is here H..ehemm...ehemm
Nyamuk Aedess!!! Yang berdehem tu yg tak boleh belah tu!

14. Tapi biler aku dok interrogate muhamamd secara mendalam sikit, sebenarnye, die tak tau apa yang di alami atau di rasai oleh dia tu adalah "cinta". Bagik dier itu hanyalah mcam minat gitu jer. Macam dier minat power rangers warne merah drpd yg kaler lain. Die macam konfuse. Aku raser dia still too small to understand, perasaan pelik yg dia rasai tu. He is too young to comprehend that the feeling is love I guess. Kamon la...baru 6 tahun mase tu..

15. Ape2 hal pon biler aku tau anak aku ader pasang sorang lagik kat malaysia, aku pon jadi jeles lah. Aku pon tak de pasang sorang kat sini........yet. Korang tau aper Hellija Kembung tanyer kat alin (bini dr zaki) maser dier dok research pasal aku sebelum interbiu arituh?
Alin: die ni dah kawin, anak dua, tapi famili semua dok kat malaysia. Dia dok sini sorang2.
HM: Bagusla. Dia ader awek kat sini!!
Alin: (cepat2 bekap bini aku) Tapi bini die sangat2 cun. Dia tak perlu girlfren2 ni........

Trima kasih alin sebab bekap bini aku.......aduhh. Juga ucapan jutaan Trima kasih di tujukan kpd HM sebab berjaya mengenalpasti potensi aku untuk berawek di sini. Sesungguhnyer org2 glamer cam kau jer yg boleh menilai intan drpd permata.

16. So pada januari aritu, bini aku kene balik keje kat malaysia selame 6 bulan. So muhd kenelah balik ke malaysia ngan mak die sebab aku seriously tak de mase nak jage dier kat sini sebab keje kan. So muhd pon sibukla dok lukis tu la, ini la untuk bagik present kat H. Sekali dier ternampak cap malaysian kitchen aku yg cun dapat dari mamat tourism mesia ritu. Dier pon mintak la.." I wanna give it to H, She will like this". Hangkat la kalau kau nak hangkat topi tu muhd. Aikk...rase macam bersubahat plak!!

17. So pada ari last muhd bersekolah di adelaide, aku pergi la pikap dier. Maser aku jalan ke keta ngan muhd aku pon tanyer lah dier....
PE(papa ensem): Have u say goodbye to H?
MD: Yes.
PE: Have U gave her the cap?
MD: Yap. She likes it soo much papa. She is so happy.
PE: What did she said?
MD:
She hug me and said thank u muhammad and good bye.
PE: She HUG YOU?
MD: Yes papa....like this...(buat gaya hug budak2)
MD: ..................okay......(Baeeekkk.)

Sungguh tak ku sangka, Mimpi dier menjadi kenyataan! Cissss..Cume tak dapat kiss jer dari H. Kalau dapat memang la!
YESSS!! (Waduh waduh waduh..Sunggoh galak kamu yer!)

Sewaktu aku dan muhammad mengorak langkah ke arah kerete cabuk ku pada petang hari itu, sempat aku melabuhkan mata ku ke arah papan tanda sekolah anak ku itu.....
" Islamic College of South Australia"
Di pesantren keagaaaman ini anakku telah beroleh dakapan mesra daripada kekasih hatinya...........GILER HEBAT!

"Ya Allah...selamatkan anakku daripada fitnah wanita! Amin"

Sekian, mekasih, wassalam.

p/s" KEPADA BUDAK2 POSTGRAD: Aku tau korang bacer blog aku. Aku jugak tau korang kenal saper H. Tapi mintak tolong jgn gi kecoh2 kat mak pak H plak. Kalau tak mati anak aku kene parang ngan mak pak dier!!

Sunday, May 17, 2009

Adat orang meniaga ke 3: Anak yang terbiar. Part 1

Salam,
Ini adalah susulan kpd adat org meniaga ke 2: bini yg di tinggalkan

.,,,.fiona gadiskuuuu..fiona.cintaku..adalh milik mu..mekar untuk selama-mananyaaaaa..fionaaa..tutt.....
Aku: hello....pehal tepon2 nih..aku dok tunggu SMS Helija Misbong nih. Sebok lah lu.
BT (Bini Tua): Ampunkan dinda kekanda. Adinda membawa khabar gumbira ni kekanda.
Aku
: Pedia? Berite kau dah boleh side parking dah?
BT: Belum lagi kekande. Tapi ingin di khabarkan kpd kekanda, anakanda muhammad dapat no 3 la, BI die je 80%, lain2 high nineties dan sains dan agama islam dapat 100% lagi ..kelas gitu.
Aku: Besa lah tuh org pandai2 cam aku dapt anak pandai...tak pelik...Cuma aku lagi pandai sebab aku dapat no 1. Cakap kat muhammad....dier loser.
BT: Dier siap kerek lagi kat atuk dier. Dier cakap "tenggok ni atuk. Muhammad pegi sekolah lambat tiap2 ari pon muhammad boleh dapt no 3. Giler hebat muhammad."
Aku
: Woooo....Bab-bab riak tuh mesti datang dari genetik kau. Aku seorang yang merendah diri dan berpijak di bumi nyata.
BT:Maafkan adinda kerana genetik adinda telah mencemarkan anakanda kita.
AKu: Beta no hal.
BT: Satu lagi kekanda....Ade sorang budak perempuan dok slalu kawan ngan muhammad sekarang nih.
Aku: Besa lah tuh kawan2. Berkawan biar seribu, bercinta biar satu, berkawin biar empat.
BT: Kawan mende kekande. Dok makan sekali, kongsi2 air, berlari-larian di tengahari kat pdang sekolah berdua jer. Budak pompuan tu, dok ikut jer muhammad gi maner2.
Aku: Ehh buat2 lupe plak. Besa lah tuh biler bapak "chick magnet", anak pon "chick magnet" gak. Suratan takdir. Takkan kita nak melawan.
BT: Maafkan sifat pelupa adinda kekanda. Jadi nak buat camner ttg anakanda kite nih?
Aku: Budak tu cun dak?
BT: Entahlah...cun gak la untuk budak2.
Aku: Takpe..lagi 10 tahun maser dier 17 tahun aku masuk minang jadi bini aku no 4. Settel problem. Ok Babai..!


1. Adoiiiihhh....aku dah tua. Di dlam kehidupan kite, ader berape milestones yang important that charted our life. Bermula drpd kelahiran, kepada fist steps, first words, starting school, etc. Dan apa yang di alami Muhammad pada hari tersebut adalh jeng...jeng...jeng..."dunia percintaan"...How sweet...if i can smack his face..kApoWWW!. Kecik2 dah jiwang karat. Ngikut sape nih?? Ni mesti sebab mak kau tengok Kuch Kuch Hotak Hei 3 juta kali mase pregnant kau ni.

2. Muhammad baru 6 tahun, oktober ni baru 7 y.o. Tapi dah pandai yerk...Ciss. Ni melawan tokey ni. Tapi aku tak pelik sanggat sebenornyer sebab memang ader org kate budak2 sekarang ni cepat sikit pandai bab cintan ni. Kau tenggok la brape banyak katun pasal cintan yg ader, cindrellela, snow white, cars, shark tale, shrek, wall-E etc. Camner budak2 ni tak terpengaruh.

3. Generasi aku zaman kecik2 (drpd 0-17 yo) tenggok cerite cumi dan ciki, ultraman, gaban, kesatria baja hitam. Maner la ader jiwang lam citer tuh. Seingat aku, maser aku sekolah rendah, nafsu aku terhadap budak perempuan ni ibarat nafsu aku terhadap lubang jamban. Perempuan di pandang dgn perasaan jijik...huarghh muntah aku....boleh belah. Dah lah aku 5 adik bradik semuer boys. Kami memang misogynistic (anti-perempuan) gile babeng. Biler masuk sekolah menengah pulak aku jadi "benci, tapi suka" pada pompuan. Dan biler dah tua ni suke sangat2 kat pompuan sampai org2 lain pulak yg benci dan nyampah." haish ..org tua miang ni...bawak ngucap skett!".

4. Tapi budak pompuan cik mek molek kelate tu bukanlah "first love" muhammad. Cinta pertama muhammad sebenarnyer berputik di bumi adeled ni. Jeng ..jeng ..jeng.. Mari kita ngumpat muhammad. Sesaper nak buat milo ker horlick ker gi buat cepat!

5. Muhammad (MhD) sebenornyer dah lame "minat" kat sorang budak pompuan sekolah die nih. Budak tu memang lah tersangat cun sampai aku yang yg tua ni pon dah bajet2 nak masuk booking gak. Skali MhD cilok line aku. MhD memang slalu lukis bende2 dan bagik gift kat budak pompuan tuh. Mhd sampai gune namer pompuan tuh untuk masuk competition kalering lagik. Bajet kalau dia menang, pompuan tu yang dpt hadiah lah konon. Gile pandai kau ngorat betine yerk....Bagus...Anak Bapak!!

6. Walaupun aku tau, aku buat donno je lah sebab aku bizi ngan bisnes. Sampailah ke suatu hari yang paling mengemparkan di dalm sejarah idup aku selama 35 tahun ni..Pada hari tu bini aku report kat aku, muhammad aritu sambil tersengih-sengih dan tersipu-sipu malu, slow talk ngan bini aku...

MhD: mama mama , muhammad ader something I wanna tell you but i am very shy..hihihihihi
Mama: what is it muhammad? U can tell me..
MhD: last night mama, i have a dream with H (awek dier la)

TEEEEEEEEEEEETTTTTT......jantung aku berhenti berdenyut, paru2 ku berhenti bernafas dan aku yg tengah drive terus buat U-turn menghala ke hospital
Mama: dream macam maner muhammad?...
MhD; muhammad shy la mama...I don't want to tell U....hihihihihi.
Mama; ala..muhammad can tell mama la.....
MhD: But U have to promise not to tell anyone..
Mama: Okay I promise...come on tell me..
MD: I dream that...... I ..hihiihihhi..hug and kiss H....hihihihihi


GEDEBUK.
.aku jatuh pengsan beberape saat sambil kene sawan babi kat situ jugak. Bile aku dah recover..aku tanyer....." ADER KELUAR APE2 KE?"
Bini aku: Haishh merepek la kekanda ni.
Aku: Merepek krepek Ah Pek hang!..Ye lah ..aku kena lah tau. Kalau yer , dah kene ajar mandi junub nii!!

To be continued. Crita panjang sangat sampai kene potong dua....

Sekian, Makasey, wassalam.

Wednesday, May 13, 2009

Gadis-Gadis Liar di Australia

Salam,
WARNING: post panjang giler..tak boleh di pendekkan, Sorri yerk,

1. Pernahkan anda di interview TV tapi anda telah di serang hendap oleh reporter tuh dengan soalan yg anda tak sangka-sangkakan.? Jawapannya tentulah sama sekali TIDAK kerana anda adalh seoarang yg tak seglamer saya untuk di interbiu oleh maner2 TV. Jadi korang dengar je lah citer aku ni sambil berangan camner susah payahnyer menjadi seoarang yg ensem dan glamer nih!

2. Sungguh ajaib pada ari tersebut, biler mane tetibe kedai aku penuh sendat ngan muker2 melayu. Dan lagi terperanjat beruk aku biler tetibe mase kamera on, sekor2 pekerje arituh kerje bukan main ligat lagi.(Tq arsyad, ringgo, n kecik, lisa. Kat topek aku tak nak cakap tenkiu! Nanti wa stori lain.)

3. Host citer TV tuh adalah Cik Hellija Mesbong. Untuk makcik2 gossip adeled, aku sengaja eja salah so that kalau si poyo tu google, tak jumpe la blog aku nih. Untuk budak2 kocik yg ramai di adeled ni, engkorang mesti kater "saper dier?", tak pon "ape kelas? Bukannyer AC Mizal!" atau "ni anak misbon sidek ker?". Untuk budak2 laki senior skit kat sini, ramai yg masih inggat HM "ehh bukan dia tu duta krim penegang ke....pembesar payu dara gitu kan? Aku datang aritu boleh?". Lempang kang!

4. Tapi untuk otai2 cam aku atau bapak aku. HM ni kire awek cun la taim 90han tuh. Bapak aku cukup teruja biler tau HM nak pilem kedai aku, siap sebok2 tanyer aper HM tanyer aku dan biler nak masuk TV. Patutlah aku senang teruja biler jumper awek2 muda. Aku menurun dari bapak aku rupernyer! Ya Allah selamatkan aku...

5. So , HM muler nak buat interbiu taim tuh. Tapi gua bizi, so wa buat donno jer lah. Sampailah HM besing-besing!

HM: encik azam jgn lah buat2 sombong...I nak interbiu U ni!
Aku
: Saya bizi lah sekarang..kalau nak interbiu tunggu sampai slow down sikit nanti...
HM: tak pe saya tunggu.
Aku
: wokay..tunggulah engkau sampai 2 jam lagi ....muahhahahhah.

6. Tapi dier kene blah follow zaki ke klinik. Tup Tap Tup Tap.. pukul 3 dier muncul balik. Mampos aku! Tak boleh ngelat dah. So krew2 dier prep aku, pasang mic. Sambil tuh HM ayat aku..

HM:brape umur u hah?
Aku
: 35 (aku ingat nak bagik ayat standard aku, "aku ni 35 pust ke atas, tapi 25 dari pusat kebawah...sebab tu saya boleh main bola lagi"....muahahha..giler lucah. Jadi kansel. Baik trus trang.)
HM: I lagi tua...tapi I nak panggil u abang azam gak. Sebab I nampak muda!
Aku: Hek elleh..tak pe. Aku tau berape umur kau,...Senang2 jer aku google.
Kau inggat kalau kau panggil aku "abang", kira halal lah kalau kau ngorat aku yer..caiss. Aku tau brape umur kau! Macam aku bodoh tak google kau sebelum interbiu.

7. Jadi, HM nak interbiu aku sambil2 aku belakon masak-masak. Takkan aku nak masak kuali kosong kot! Jadi aku pon offer lah dengan rendah hatinyer untuk "buat api". Set. So aku pon siap2kan sayur nak buat2 masak tuh. Tetibe tengah aku potong sayur sambil dok prepare mentally soaln2 aper yg akan possibly di tanyer....

HM: dari manekah encik azam belajar memasak ni...dari isteri, emak atau mak mertua encik azam?
Aku: (ehh kate nak panggil abang tadi? naper soalan skema?) entahlah..dari mcam2...Tapi bukan dari mak mertua lah kan..Mak aku ada gak ngajar, tapi approach dier lain lah drpd aproach aku. Mak aku masak macam "emak2", tapi aku nyer approach lebih kepada cepat-cepat....pantas.

HM
: Gaya cik azam memotong ni macam seorang yg mempunyai latihan di dalam bidang masakan. Adakah encik azam pernah membuat aper2 latihan di dlm bidang ini?
Aku
: Tak de lah. Dah biase. Kalu aku bagi kau buat ni..dalam erm..3 bulan pon u boleh buat camni..Aku pon dah 2 kali dah terpotong jari ni hah....aikkkkk!
Ehh kamera on ker...Cilakak HM dah stat interbiu, tak sound gua dulu.
HM: cepat2 amik closeup dier potong carrot.
Ciss...gabrak gua...jgn potong jari...jgn potong jari...tapi kena potong cepat..cepat-cepat...jari..jari

8. Wokay ready. Kuali dah panas berasap2 dan kamera on.
HM: U tak nak pakai coat ke aper?
Aku
: Tak pe, aku tak kisah. Aku gaya selamber (aura kehenseman semulajadi dah cukup)

The interbiu pon stat

HM: Saya sekarang berada di adeled bla bla.bla...Jadi bagaimanakah agaknya yer encik azam daripada bidang sains perubatan boleh berkecimpung di dalm bisnes restoran ni..
Aku masukkan sayur...Kecepes api naik lam sejengkal selama 0.5saat.. Kocik jor...
HM: jawap lah encik azam...
Aku
: ehh..Mula2nya saya dulu masak untuk kawan2. Die org kate sedap. Jadi pastu saya pon masuk food carnival jual satay jer. Laku plak. Jadi pastu saya bukak kedai ni untuk jual satay jer mulanyer, tapi at the same time sebab dah ader space, jadi saya pon jual nasi gak. Sekali tengok2 satay tak berape laku, nasi plak yang laku. Jadi saya sekarang konsentrate jual nasi jer lah..

HM:Bagimanakah sambutan pelanggan encik azam setakat ini?
Aku
: Setakat ni alhamdullilah lah, range pelanggan saya adalh drpd org2 kite, org malaysa kepada org afrika, termasuklah mat salleh...Slowlylah kita grow.

HM
: Bagaimanakah encik azam menghadapi persaingan daipada peniaga2 lain. Apakah kelebihan yang ada pada bisnes encik azam ni?
Aku
: Kelebihan kami adalah kerana kami serve makanan dprd org islam sendiri. Tapi org2 lain tu, status halal mereka agak meragukan lah, bla bla bla jawapan boring (hentam jgn tak hentam..padan muke ..biler lagik)
Aku dok pikir aper mase ni tau dak. Jgn buat lawak..jgn buat lawak..ingat mak pak anak bini di mesia...Aku ingat nak tambah.."satu lagi kelebihan saya adalh kerana saya masak di depan ni. Jadi pelanggan dapat memebeli makanan sambil tengok "free show" kehenseman saya kat sini!"
Seterusnyer....

HM: Boleh kah encik azam menceritakan mengapakah encik azam boleh gagal dalm pengajian encik azam dulu?
Aikkkkk. ke situ plak...ape ke jadah. Soalan bocor ni. Aku dah bajet die nak tanyer. So aku siap2 dah jawapannyer.
Aku: Entahlah saya, Banyak hal sebenarnyer..Tapi along the way I lost my way.....I lost my motivation I guess.
Pergh jawapan yg mantab.........akan tetapi....

HM: Mengapakah encik azam, boleh bak kate encik azam "lost your way"? Adakah kerana GADIS GADIS LIAR DI AUSTRALIA INI?
Muahahhahahhahahhahahha........Ape kes? Gadis2 liar? Jgn buat lawak...jgn buat lawak
Aku: Saya memang dah lame dah dari dulu dok cari cari gadis2 liar australia ni, tapi sampai sekarang ni tak dapat2. (HM dok tergelak..aku baling senduk ni kang ilang kedut muka hang!)

9. Ni namernyer soalan nak bagik org off guard.. Terre gak HM ni, mentang2 die lawyer. Contohnya macam polis tahan suspek kes curi. Soalan pertama yg kau bajet polis tanyer mesti "Adakah anda telah mencuri spender pompuan kat supermarket giant tadi ?" Maser suspek dok practise jawap "tidak tuan" dlm mental berjuta2 kali , tetibe polis tanyer "dah berape lamer kau minat pakai spender pompuan ni? Hang pondan ka?" Dier trus assume kau curi! Jadi mengelabahlah suspek tersebut sebab tak sangka2. Kalau suspek tu tergagap2 atau jawap lambat, polis straight kantoi kau sebab die tau kau kene pikir dulu aper ceriter kau nak kencing depa. Kalau kau org yg tak bersalah, normally, jawapan akan di berikan spontan." saya tak curi spender tu, saye sorok je sebab kalau bini sayer nampak nanti, kantoi hadiah aniversay kami tuan!" Pergh sejarah silam....

10. Selaku org baru dalam interbiu mula2 aku termakan, pastu biler aku realize, aku cepat2 deflect...aku somehow kena pusing cerite ni jadi cerite lain.....
Aku pon cerite lah hikmah di sebalik buat medik walaupun aku fail aku dapat kawan2 yang kaya raya yg boleh sapport aku bukak bisne sini, mcam dr zaki, bagaimana anatomy manusia macam anatomy ayam (mcm siol) dll bende yg aku kencing panjang2 jadi konpim akan di edit.

11. Biler interbiu tamat, aku pon tanyer la....

Aku: bole amik gambar skali dak?
HM: bole2...amik banyak2 pon tak pe. I ni fames kat malaysia tu, U kenal tak I ni?
Aku: Ye lah tu... Tak pe. Tak kisah. Nanti aku superimpose ngan muka siti norhaliza.

12. So makasih kepada budak2 adeled yg tak tau malu memenuhkan kedai aku aritu. Trima kasih gak kat Zaki sebab rekemen aku. Sorri HassanSaleh. Makacih gak pada workers aritu. Dan lastly and definately the least kpd HM dan the krew. Lepas interbiu, aku chow pegi beli supply, so HM tanyer my worker, topek

HM: Boleh bagi phone no abang azam dak. Kami nak buat PARTY LIAR kat rumah die malam ni.....

Memang krew2 TV tu tumpang tido rumah "bujang" aku malam tuh. Whut happen that night? Syhhhhhhh. gile kau..Takkan aku nak tulih lam blog. Aku ni kan pemalu orangnye!

Sekian, mekacih, wassalam.

Monday, May 11, 2009

Orang Hensem Masuk TV...Jgn Jeles.!!

Salam,

"Kehenseman ku adalah ibarat donut krispy kreme. Sekali di kecapi, terasa hambar pada yang lainnya........." May 2009.

1. Bukan senang menjadi org hensem. Anda tidak hensem, maka amatlah sukar untuk aku menerangkan perit getir kehidupan seorang yang berstatus hensem seperti ku.

2. Antara nya ade org yang enggan menerima 3 dalil mengapa aku hensem aritu. Kepada mereka, aku ingin ucapkan....
".....tidak semua org di lahirkan pandai...berdoalah slalu. Moga2 Allah memberikan sekelumit kepandaian untuk anda memahami hujjah aku"

3. Selain drpd di hujani sms drpd awek, org hensem seperti aku ni juga sering di burui oleh media massa. Bohsan aku...

4. Besok 12/5/09, 1130am, iA, kedai aku akan di kunjungi dr zaki bersama2 ngan krew TV Malaysia manahala yang ingin merakamkan kehidupan sehari2 dr zaki selaku rakyat malaysia yang tinggal di obersea. Jadi, seperti sebuah pilem yang mesti ader seorang balak hensem sebagai hero untuk menarik penonton, maka secara naturally, aku telah dipertanggungjawapkan untuk memperkasakan daya tarikan dokumentari berikut.

5. Selain drpd ensem, aku juga mempunyai ciri2 keperibadian yang unggul seperti "baik hati". Jadi aku dengan slambenyer,tak kisah jika korang datang ke kedai untuk melepak dan buat2 terperanjat biler di filemi....kandid la konon.

6. Aku tak tahu aper yang org TV tu nak, stesen maner, etc. Mula2 aku gabrak gak, tapi pikir2 balik buat aper aku nak gabrak kan. Ni cerite pasal zaki, bukan aku. Ader org kata baguslah..boleh promote kedai. Camner lah korang boleh pass SPM dan datang sini hah!. Saper la yg tengok kedai aku kat TV malaysia dan kate,
"ehh.... jom kita naik plane gi ostolia makan kat mangkuk!".Tak Logik.
Lainlah kalau docu tu tayang kat TV sini...baru ader impact pada bisnes aku.

7. Lagipon, aku tak perlu gabrak2 sebab most likely in the future it will happen again. Adelah nanti krew2 lain yang datang nak shooting pasal salam perantau ker, pelancungan ker dll lagi. Jadi tak pelik pon...

8. Jadi besok aku akan berjubah putih, berkopiah putih dan berserban hijau serta berlencana http://swingingbowlsatay.blogspot.com/ dan akan bertutur di dalam bahase kelate bile di tanyer.
"Berapa lamakah encik mangkuk telah berada di bumi Australia ini?"
"Ambo nok royak pong susoh. Nok kato lamo, teraso semeta. Nak kato semeta, serro supo pelawok pulok"
(subtitle: Janggan malu2 mintak no henpon saya. Saya lah yang ke 214 terhensem di alam semesta dan juga pelawak super...!).

9. Tajuk dokumentari tu pon aku tak tau..Tapi aku dah bajet dah. Biler depa tengok aku, fokus mereka akan automatik berubah drpd Zaki kpd aku. Silap2 tajuk dokumentari tu akan menjadi...

- Lelaki terhensem di hemisphera selatan.........dan utara
dan timur dan barat
- Menyingkap rahsia kekacakan dewa remaja 1982.
- Penyalah-gunaan kehenseman sebagai pelaris bisness.
- Pengakuan seorang pengguna tongkat ali tegar.
- Nur keimanan pda wajahnya
- Kacak jasmani dan kacak rohaninya
- Kehidup yang hensem di dunia dan kesudahan yg hensem di akhirat.
- Riak dan ujub: Satu contoh.
- Proses pembersihan semula aqidah seorang anak usrah yang telah terpesong daripada dasar2 pembangunan sahsiah diri yang bertunjangkan prinsip2 amali Ikhwanul Muslimin.
- Apabila batin terbelenggu....
- Salah paham tentang istilah hensem: Satu penilaian semula.
- The most eligible "suami orang" in Adeled.
- Fenomena nyanyuk. Menjadikan tua kutuk tak sedor diri gile berpoligami.

Sekian, makasih,wasalam.

Wednesday, May 6, 2009

Tiga Dalil Mengapa Aku Sudah Semestinya Ensem

Salam,

1. Lamer giler aku tak update sebab baru dapat konnek internet semalam sejak pindah rumah. Untuk budak2 yg sibuk bertanye, alhamdullilah rumah baru best, tidak aku belum abis kemas lagi (nak tolong ke?), belum aku belum jumpa antu lagi tapi kalau jumpa aku nak suruh dier gi ke maple street broadview untuk kacau arsyad yg bilik sebelah blakang tuh (tolonglah gigit dier!) dan tidak, aku tidak hengin untuk buat house warming.

2. Kembali kepada tajuk di atas. Ade beberapa anasir-anasir m.nasir yg cuba mempertikaikan keenseman aku sejak akhir2 ini. Jadi terpaksa lah aku mepertahankan kehenseman aku denagn hujjah2 yang jitu untuk mematahkan retorik-retorik kosong mereka selama ini

3. Aku ngaku tak ramai yg cakap aku ni ensem..hmmm tak elok nipu..sebenarnye TAK DE sekor pon yg cakap aku ni ensem termasuklah bini aku sendiri. Tapi aku yakin dan percaya bahawasanya ini semue adalah cubaan untuk menjaga keimanan aku supaya tidak di songsangkan dengan riak atau ujub, dan juga taktik bini aku untuk mengelakkan aku memperalatkan wajah sempurna aku untuk kawin lagi satu..ehh silap lagi tiga.

4. Akan tetapi, ramai yg cakap anak aku muhammad (si mamat) ensem lah, kacak la dan macam2 lagi yang naik rimas aku nak taip sebab......aku jeles. Dah lah tu, awek2 drpd kecik2 ke besar2 tua bangka dok terhegeh2 main ngan dier....cisss..Tetapi di sebalik kekeciwaan aku itu timbullah......

DALIL PERTAMA mengapa aku semestinya ensem:
Aku tentunya ensem kerana dari SEGI BIOLOGY, aku adalh penyumbang setengah daripada 46 kromosome muhammad dan aku adalah sole provider of the vital Y-chromosome yg menjadikan mamat tu lelaki. Jadi selain daripada membekalkan alat kemaluan kpd mamat, genetik aku juga tentunya menjadi faktor utama dalam meng-machokan mamat kerana kalau dapat genetik bini aku, maka tentunya mamat akan menjadi kalau "best case scenario" seorang khunsa atau kalau "worst case scenario" seorang mak nyah. So, in summary, anak hensem dan macho mestilah mendapat genetik yang ensem dan maacho dari ayahnya. ie: heridatary.

5. Tetapi aku yakin akan timbul arguments drpd budak2 yg perasan pandai di adeled ni yang ke-henseman tak tak terbukti datangnya drpd chromosome X kerana loci (lokasi) genetik keenseman most likely terletak di merata2 chromosome yang lain dan juga berlakunya mutasi shift atau drift sewaktu mitosis dan meiosis, mengakibatkan genetik heridatary ni tak 100% perfect. Untuk org2 yang bangang (anda semua)....ni maksudnye kalau betul anak kita dapt setengah gene drpd bapak dan setengah drpd mak, mengapakah rupe anak2 mereka tak 100% serupa. Sebabnya adalah kerana ade sikit kelainan di dalam setiap proses pengabungan antara 2 gene yang berbeza itu. Itu kuasa Allah untuk jadikan kita berbeza2. Jadi in summary, org leh kate kalau anak ensem, bapak tak semestinye ensem.

6. Tak pe...no hal lah...beralih kita ke ....
DALIL KEDUA mengapa aku semestinya ensem.
Aku tentunya ensem kerana dari SEGI SASTERA, banyak di kaitkan sifat anak kepada sifat bapak seperti "di mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi" atau "bapa borek anak rintik" (borek dan rintik tu pekejadah?) atau istilah "anak bapak". Kalu bahase omputih plak kite sering mendengar "like father, like son" tak pernah lak dengar "like mother like son" kan. Takkan kite tak caye omputih? So in summary, if son ensem, father ensem to also. Tenkiu.
7. Tapi aku tak lah claim 100% sifat anak aku dtg dari aku. Walaupun ramai org kate muka muhammad macam muka aku seperti cikgu2 muhammad, bini2 postgrad dan macam budak junior yg kate kat nina "ehh tokey SB tu muke dier sebijik mcm anak deir kan kan kan kan kan". Biasenyer klau org tanyer, aku akan cakap "Segala yg baik dtg drp Allah dan segala yg buruk di asbabkan oleh bini aku". Kalau dari segi sastera, walaupon tiada istilah mat salleh "like mother like son" tapi depa ade istilah "son of a bitch". Di mana BITCH tu maksudnye betina atau di kenali juga sebagai perempuan. Jadi istilah SOB ni bermaksud "celaka nyer manusia" dan ia di kaitkan sebagai "son of" emak nyer. Jadi sastera telah membuktikan segala yg jahat datng dari emak nyer and this indirectly imply that segala yg baik dtg drpd bapaknya. Yesssssssssss!

8. Tapi ade org kata satera ni merapu dan org aliran satera ni org bodoh yg tak leh masuk sains stream maser porm 4. Tak pa...hang ingat hang terrer ka! Jom kita ke....
DALIL KETIGA mengapa aku semestinya ensem.
Aku tentunya ensem kerana dari SEGI MATEMATIK punya konsep algebra yg di ajar oleh cikgu rokiah seksi berkebaya ketat dulu,
If X=Z dan X=Y
Therefore X=Y=Z.

Jadi sekiranya kita replace X= "Muka Muhammad" dan Y= "Muka AKU" dan Z=Ensem
So if, "Muka Muhammad"= Ensem , is true
and because, "Muka Muhammad"= "Muka AKU" , is also true,
therefore "Muka AKu" =Ensem

Sesungguhnya muka Aku is trully ensem mathematically.

9. I rest my case your honor!!! You guys can shadupp now! kuah kuah kuah kuah kuah kuah kuah kuah kariiiiiii..

Sekian, makasey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails