Wednesday, December 24, 2014

Fantasi Aku Setiap Kali Aku Naik Flight

Salam,

Setiap kali aku naik flight, aku tak boleh elak drp berfantasi pasal satu bende ini. Aku akan start dari awal-awal lagi, berminggu-minggu sebelum flight.

Aku akan siap2 prepare, jogging/bola/workout atau swim, just to make sure pada hari aku naik flight, body aku berada di dalm keadaan fit gila.

Pastu ari tu aku akan pakai spender paling baru. Aku akan pakai baju yg paling senang utk cabut. Dan aku akan pakai seluar paling senang untuk tanggal.

Bulu ketiak dan bulu2 yang lain, aku dah cukur atau trim kemas2.

All ready and set untuk fantasy aku, sekiranya ianya terjadi.

Jadi apabila ada pramugari tetiba bergegas datang ke seat aku dan kemudian tunduk berbisik ke telinga aku, "Follow me please Encik Azam", lantas mengengam erat tangan aku dan mengheret aku ke tandas dan menguncinya nya dari dalam, aku telah bersedia.

Apabila dia kelihatan gelisah lantas meletakkan kedua2 telapak tanganya ke dadaku lantas dgn matanya yg kuyu berkata, "I have to tell you something, but please Encik Azam jangan cakap kat passanger lain hokay?", aku telah bersedia.

Hit me with the news bebeh!

Dan apabila bibir dia terketar-ketar mengucapkan kata-kata ......" Encik Azam....... oh my God you are so handsome.......but I just want to tell you......that.......this plane is about to crash".

Well bebeh! I am ready!

HOYEAH! PLEASE LAH CRASH!

Crash on the water lah kan. Kalu crash atas darat mati la aku.

Haha. Fantasy aku adalah plane aku crash dalam air dan somehow aku terselamat dan swim ke pulau terdekat dan jadi Robinson Crusoe.

Sebab tu lah aku akan sebok2 make sure aku fit gila sebelum flight sebab mana tau aku kene swim jauh gila nanti. Silap2 kene swim dalam lautan yg bergelora gila babas plak. Mau semput kalau dah lama tak swim. Belum citer pasal jaws lagi.
Gulp! Cemana nak swim ni?

Sebab tu juga lah aku make sure aku pakai baju dan seluar yg senang tanggal, sebab kalau kene swim jauh, aku kenelah tanggal baju dan seluar aku tu. Berat kot basah2 nak swim cemana?
Dress cheap sudeh. $10 plus $40. Kalau kene tanggal, hambiklah.

Aku pakai spender paling baru, sebab mana tau aku akan stranded berapa lama kan? Kalau berbulan2, spender tu lah satu2nya pakaian aku. Tanak aku pakai daun ke pelepah kelapa ke bagai. Masuk sembilu ke kat situ kang, fuh, mana nak cari doktor.

Aku cukur siap2 bulu2 sensitif, sebab kalau aku stranded lama2 mana nak cekau Gillete? Takan la aku sanggup buang masa cari batu memana pastu asah tajam2 semata2 nak trim pubic hair? Baik aku pergi melembing ikan ke, menjerat babi hutan ke bagai buat lauk.

Jadi itulah fantasi aku setiap kali aku naik flight. Semoga ianya TIDAK menjadi kenyataan.

Sekian, mekasey, wassalam.

p/s: flight lagi 9 jam.

Belanja boxing day skit2 sudep.


Saturday, December 20, 2014

Kalaulah Aku Dollah



Salam

1. Memula aku akan hire RCW sebagai assistant coach, assistant wife and personal masssage therapist aku.

2. Kemudian aku akan lempang Fadli Sas sebab mengelabah terlebih masa first leg sampai kasi penalti lagi. Pastu aku akan lempang Afif, qadha lempang dia sbb masih tak puas ati dgn kesalahan dia waktu group game lawan Thailand kat Singapore aritu.

3. Game malam ni, aku turunkan Apek, sebab aku target paling kuat menang 2-0 sahaja. Lepas tu penalti sbb aggregate sama dan apek lagi power stop penalti drp Farizal.

4. Defend dah mantap dah, pakai kunanlan , shukor, fadli sas dan zubir. Fadli lepas kene lempang ngan aku dan urut dgn RCW(kasi pinjam jap, demi negara,), konfem tenang kembali. Its important that kita tak concede any goal malam kang. Sebb kalau siam skor sebijik jer, nak tanak kita kene menang at lease 4-1, because of away gol rules. Kau agak2 celah mana kita nak skor 4? Puii...mmg takde chan.

5. Tengah Safiq defensive mid, piya. Wing kiri Amri dan wing kanan jeng jeng jeng, Gary Steven Robat. Alex tak perform la bro. Buang je. Robat boleh swap ngan kunanlan gilir2 naik. Aku tau ramai nak wak mahali main winger, tapi di tu kan...ehhh...malas citer. Korek idung lagi best.

6. Striker, aku pilih Mat Yo dan ehem.....Safee Sali. Sabar....Sabar. Pastu lepas main satu minit, aku straight sub Safee dgn Indra, just a warning kpd satu team, kalau kau main cam bangsat, berat jubor, pemalas, isap kok, kau akan kene sub.

7. Dari segi taktikal plak, aku tau Siam akan expect kita serang drp awal, so diaorang akan mainly practice cari gol through counter-attack. Jadi instead, kita start pelan2, control possesion, invite diaorang utk presssure kita.

8. Kita build-up towards a goal. Bukan main long-ball and through pass sahaja. Sekali sekala through pass okay la. Semua pemain kita sangat-sangat-sangat-sangat berkebolehan utk main tiki-taka gak la. Just be confident bros. Takan la Amri, Chopot, Piya, etc tak boleh main pass2.

9. Kita kene cuba byk kan cross. Ade ke barua mana admin sukan star kata kita takde player yg boleh head? Indra tu cemana? Amri? Shafiq? Semua boleh head la bro.

10. Key players kita bagi aku malam kang, selain drp Apeks, adalah Amri Yahya, Shukor, Indra dan Mat Yo. Aku tau ramai yg benci Mat Yo, tapi sepanjang tournament ni dia dah main sampai brasap kepala lutut bro. Harap2 dia jadi hero kita malam ni, insyaAllah. Amin.

11. Jadi kesimpulannya malam ni kita tak boleh bolos walaupun satu, dan cari dua goal dulu dengan tenang dan yakin. Pastu extra-time blakang cerita. Kalau kita menang dlm masa sebenar, itu dah Alhamdulillah banyak. Rilek bro pemain2 Malaysia semua. Wa tau korang dah penat. Tapi sikit je lagi bro. 90 mins je lagi. Pastu setel. Bila lagi nak dapat chan main final kan? Sedar skit korang semua dah tua.

12. Tapi kalau aku jadi Dollah, tapi player2 aku semua bengap tak paham2 taktikal dan degil buat kepala sendiri, nak tanak aku terpaksa menawarkan sesapa yg jadi player-of-the-match, aku akan kasi ......... bra RCW! Konfem 100juta percent, semua org akan main tip top. Silap2 pemain Thailand pon tolong sumbat gol sendiri sebab nak jugak. Hell.....coach Thailand Zico pon akan terjun masuk padang dan skor utk Malaysia kot. Bra RCW kot. Lagi rare drp Piala AFF Suzuki kot. Piala tu 2 tahun sekali. Tapi bra tu, sekali seumur hidup bro.

13. Aku taulah akan ramai awek2 dan lelaki2 lembut akan kata gelilahhh. Kau senyap sudah. Ni lelaki sejati je yg paham. Tapi. Takan la aku sanggup kasi bra RCW yg betol kan. Aku pergi lah beli memana kat Kamdar ke Giant ke sebab bra RCW, aku sorang yg punya laaaaaaa...!!!!
Sekian,mekasey,wassalam.


Wednesday, December 17, 2014

Adakah Aku Sorang Yang Nampak Team Thailand Adalah Tahi Ayam?

Salam.

Aku dah lama membuat satu kesimpulan tentang peminat2 bolasepak Malaysia. Lagi banyak diaorang tengok EPL, lagi bertambah bodoh abadi lah diaorang pasal hal-ehwal bola sepak ni.

Dah berbuih2 dah aku cakap, bola ni kau kene main, baru kau paham. Kalau kau tengok sampai pecah biji mata ke, keluar air mata darah ke, kau tetap takan paham bola nya. Sama seperti kalau kau usha awek sampai pecah biji mata dan keluar air mata darah pon, bila ada awek bogel dan ajak kau beromen, kalau kau tak pernah ber"main", akan mengelabah lah korang tak tau cemana nak mula.

Practical dan theory bukanya 100% sama.
Futsal dan bola padang bukanya sama.
Main Fifa kat PS dan main bola betul bukanya sama.

Jadi aku tak terkejut bila aku diskas pasal bola dan baca2 kat internet pasal pendapat2 so call expert pasal game Malaysia Thailand malam ni. Sebab aku tau, ramai yg dok borak pasal bola ni adalah bangang abadi.

Semua orang yg aku jumpa dan pundit2 bookies kat internet cakap thailand konfem menang lah.
Penyokong2 Malaysia yg cakap Malaysia boleh menang pon, aku tau dalam hati diaorang, "Babilah. Tolong lah menang malam ni. Thailand power siot".
Memang lah nampak cam power. Lawan team2 ayam. Lawan Philipina je kot. Puii Puii Puii!

Tapi aku, bila aku tengok last game Thailand lawan Malaysia kat Singapore aritu, serious aku terkejut gila. Aku terkejut sebab aku ingatkan team Malaysia lauk. Aku ingatkan team Thaialdn power gila sbb dengar2 macam mantap. Sekali, dalam game tu, Malaysia totally outplayed Thailand.

Malaysia conquered game gila kot. Midfield mmg Malaysia menang. Physically, pemain2 Thailand kecik2 comel2 je compare to Shukor Adan and the geng. Technical skills pemain2 Malaysia jauh lagi mantap. Shafiq Rahim selamba gelecek masuk kawasan penalti dan skor kot.

Tetapi akhirnya kita kalah jugak sebab, pertamanya chemistry between player Malaysia tak ada lagi time tu. Baru awal tournament kot. Second and most importantly, kita conceded 3 gol sebab kesalahan bodoh Afif.

Tetapi, biasa lah tu, semua org yg bangang abadi pasal boal ni hanya pandang skor. Bila diaorang tengok Thailand menang, dioarang kata, Thailand lagi power. Padalah Malaysia main lagi bagus kot. Malaysia lead dua kali kot. Kau buta ke?

Sembang banyak tak guna, tengok sendiri stats la
Kau tengok ball possession tu. Malaysia control 2/3 game kot.

Finals format adalh home and away. Jadi kesialapan bodoh2 macam Afif kita boleh tebus balik. Its more of the whole home and away performance drp once off kalah-mati game, as we have seen masa lawan Vietnam aritu.

Tapi aku suka gak bila org letak Malaysia seabagi underdog. At least player2 kita tak turun main dgn kerek dan last2 kene ajar oleh Thailand.

So what Malaysia must do is main macam diaorang lawan Vietnam aritu la. Main dgn hunger. Menang semua bola. Pressure semua bola. Pressure high. Defender Thailand tak pernah di tested lawan tema power lagi tu. Midfielder diaorang kecik2 kot. Boleh makannya.

But off course team Thailand dah usha game Malaysia lawan Vietnam aritu. Jadi manalah kita tahu apakah tektik diaorang malam ni kang. In the end, its a chess game between Dollah Salleh dan coach Thailand.
Semat natang ni masa muda2 dulu. Haha

Tapi aku memberikan kepercayaan sepenuhnya kpd Dollah. Kerana bagi aku man of the match lawan Vietam aritu adlah Dollah. Taktik dia yg berkesan. Line-up dia yang menjadi.

So good luck Dollah. Good luck Malaysia.
Menang kalah kami akan tetap support Malaysia.

Sekian, mekasey, wassalam.

Wednesday, December 10, 2014

Hooliganism Masa Game Vietnam, Perkembangan Sehat Bolasepak Tanahair

Salam,

1. Dua tiga hari ni, media perdana dan media social network, sakan tibai geng2 hooligan yg serang penyokong2 Vietnam aritu.Segala tohmahan negative di labelkan kepada hooligan2 tersebut generally dan kepada IJF specifically, kerana budak2 IJF telah kantoi busuk baek punya. Noobs.

Hai Daniel!

2. Walau bagaimanapun, bagi aku hooliganism yang berlaku tempohari, sebenarnya adalah satu perkembangan sihat yang berlaku untuk bolasepak Malaysia. Bila ianya berlaku, aku kata "Alhamdulillah". Aku gembira. YES! Aku dah agak dah bende ni akan berlaku, bila aku tahu tahun ni Suzuki Cup peringkat kumpulan di buat di Singapore.

3. Okay chop2. Jangan kata aku keji kay. Jangan kata aku mengalakkan keganasan. Dengar sini argument aku dulu, bagu kau tahu, darah2 Vietnam yang mengalir pada malam tu, merupakan titisan2 rahmat di dalm penyatuan ultras2 di Malaysia. Terima kasih Vietnam!
___________________________
Mengapakan Hooliganism Berlaku?

1. Hooliganism berlaku apabila "mana2 pasukan yang lemah mempunyai penyokong yang kuat". Jadi apabila pasukan cap ayam tersebut gagal menghasilkan persembahan yang baik ataupun merangkul apa2 piala, maka lama-kelamaan, penyokong2 yang fanatik tersebut akan rasa terhina dan cuba "mask" their team perceive weakness dengan exerting their force towards the opponent's players and supporters.

2. Mereka bajet kalau mereka menang dalam off-pitch battle, maka mereka boleh balik rumah pada malam tersebut dengan perasaan "kemenangan". Padahal kemenangan mereka hanyalah palsu dan tidak mengubah keputusan yang team mereka telah sayur kat atas padang pada malam tersebut.

3. Punca start hooliganism itu tak penting. Bila mereka tahu pasukan meraka akan sayur nya, maka hooligan ini akan sengaja mula cari pasal walaupun sikit je. Team opponent pandang slack ke, makan kuaci tangan kiri ke, bersin tak tutup mulut ke, awek diaorang lagi hot ke, semuanya boleh menjadi punca2 takpepasal diaorang kene tibai! Bila dah reramai tengah hot tu, the crowd hanya perlukan satu spark je, pastu semua akan join kenduri tersebut walaupun taktahu apakah hujung pangkalnya. Kita tolong set2 kita dulu, sebab tu belakang cerita.

Malam tu padang licin. Hujan licin , pisang pon licin. Jadi ini semua salah kau lah pisang. Babilah pisang! Aku makan kau!-logik seorang hooligan-

4. Sebab tu contoh klasik hooliganism adalh England. Satu pasukan eternal losers, yang tak sengaja menang World Cup 1966, pastu bajet every time world cup ke, Europe ke, dia orang adlah favourite utk menang. Jadi apabila pasukan mereka time-after-time kene tibai dalam semua tournament, penyokong2 mereka akan mulalah cari pasal, merusuh bagai (sumber). Nak menang cemana brader, pemain2 kau banyak main sub je kat club. Macam team Malaysia skang ni lahh.....ehhh.....sial lah terkene pulak.

5. Budak2 IJF (Inter Johor Firm) tu ambik nama mereka daripada the world famous, Inter City Firm (ICF). Ultras West Ham United FC ini is widely credited as the first organised hooligan firm in the world (sumber). Mereka adalh otai hooligan dan operated since 1970s. Dan bila last time West Ham menang apa2? Ntah. Jadi macam aku cakap tadi lah, pasukan ayam dan penyokong yg kuat adalh resepi terbaik utk hooliganism.

6. Sapa minat boleh boleh tengok citer Green Street Hooligan yang based on ICF. Layan lah jugak (full movie). Ye aku tahu, kaorang akan cakap citer apa ni ada Frodo! Frodo gay kot, mana lojik jadi gangster. Ni bukan lord of the ring kay. Ni lord of the pecah kepala.
Fellowship of the hooligan. Frodo adalh gay termacho kay.

Bajet gangster, tapi pakai topeng bagai. Maksudnya kau "care" lah in case Polis sapu kau.
7. Budak2 IJF pon rembat motto, "No one like us, we don't care". Ini diaorang ciplak daripada musuh ketat no satu ICF/WestHam United FC, iaitu Millwall FC (sumber). Chant hooligan diaorang, one of the most notorious di England, the "Bushwackers" kat stadium adalah
"No one like us, no one likes us
No one like us, we don't care
We are Millwall, super Millwall
We are Millwall from The Den." (sumber)


8. Seperti biasa, bila last time Millwal menang apa2? Yilek puchik. EPL pon tak boleh masuk, dok main div dua jer. Mana penyokong2 semua tak saiko.

9. Manchester United pon ada hooligan firm, Red Army. Dulu2 masa Manchester United adalah loser dan kene relegated main second division, geng2 Red Army adalah hooligan paling bangsat kat England, buat riot kat semua away stadium satu England.(sumber)

10. Tapi kini bila Manchester United banyak menang, penyokong2 fanatik mat salleh diaorang dah mula chill, tak jadi hooligan dah. Penyokong2 ManU pulak skang ni banyak pulak Asian2 pondan dan aweks2 yang tak tahu pon offside tu hapa. Kalau nyah sepak bola pon lagi power drp diaorang, nak hooligan celah mana.
_________________________
Ubat Hooliganism

1. Ubat dia senang je. MENANG. Macam kes ManU tadi. Selagi team kau tak menang, selagi itulah akan ada segelintir penyokong2 kau akan buat taik, sebab frust dgn team mereka.

2. Contoh terbaik di dalm bolasepak tanahair adalah pasukan Kelantan. Korang ingat tak sebelum Kelantan menang apa2 dulu, kan penyokong2 Kelantan semua kejap2 mengelabah pukul orang lah, bakar stadium lah, bakar trak polis lah bagai. Prasan tak bila dah menang, semua tu dah tak berlaku dah.

3. Paling kelakar, skang ni set2 Kelantan plak yang tengok kat JDT dan kata apalah JDT ni tak bertamadun, buat malu je bagai. Hello brader, kau lupa ke kau dulu lagi teruk. Ambo set Kelate. Tapi bedal kene sama rata.

4. Jadi korang skang tentunya sudah understand kenapalah budak2 JDT, tak kira IJF ke BOS(Boys of Straits), behaved the way they did di dalam liga Malaysia selama ini. Penyokong2 diaorang kuat dan organised gila, tetapi pasukan diaorang asyik last2 kene ayam jer. The same thing berlaku kepada pasuan Sarawak, that were seeing sudden resurgence in stadium attendance in recent years, tapi pasukan diaoang tak perform, itu pasal ada riot aritu (sumber).

5. So kalau pasni JDT ke, Serawak ke, mana2 pasukan dok main baling2 batu bagai, korang tak payah mengelabah sangat lah. Ini adalah bende biasa bro. Perangai budak2 nak up. Lama2 nanti bila diaorang dah menang, diaorang okay lah tu. Err....harap2 JDT tak menang lah kan sampai bebila. Sebab bila dah memang tu, stadium akan kosong. Macam Kelantan skang. Puii....
_____________________________
Hooliganism Yang Berlaku Di Dalam Game Aritu Adalah Petanda Baik

1. Korang ingat tak tak sewaktu Kelantan tengah nak up dulu, siapakah team musuh no satu penyokong2 Kelantan? Game2 yang polis akan jaga lebih skit? Team Selangor kan. Sebab team Selangor pon mempunyai ultras yang besar yang boleh challenge ultras Kelantan. Memang banyak lah kes2 clashes between these two sets of hooligans.

2. Jadi apakah pencetus yang menyebabkan last2 kedua2 group ultras ni tetiba berbaik plak skang ni? Its Suzuki Cup 2010. Tetiba apabila team Malaysia lawan, kedua2 gergasi ultras Malaysia time tu, nak tanak terpaksa bersatu di bawah satu banner, Ultras Malaya.



3. Kerjasama ini akhirnya menyebabkan berlakunya perdamaian di antara set2 ultras mereka bahkan di antara kumpulan2 ultras semua negeri di Malaysia. Dah tu, kita menang plak tu. Hero2 kita pulak adalh Apek dan Mat Yo dari Kelantan dan Safee Salee dan Amri Yahya daripada Selangor. Menang. Pengubat segala hooliganism.

4. Jadi mana penyokong2 JDT time tu? Ada kat rumah dok korek hidung, tumbuk tempe, menari zapin dan berkuda kepang. Diaorang tak tahu pon stadium kat mana time tu. Masa tu Larkin tempat cengkerik dok beromen. Johor masa tu dok main liga FAM ke gitu.

5. Jadi tetiba apabila JDT di tubuhkan dan mem-beranak-kan IJF dan BOS ni, hooligan2 ni tidak mempunyai sebarang ikatan dengan mana2 ultras satu Malaysia. Sebab tu lah diaorang memandang semua orang musuh mereka. Akibatnya, apabila JDT lawan sesapa, SATU MALAYSIA akan sapot sesapa sahaja yang lawan JDT dan tunggu nak gelak je tegok JDT kalah.

6. So, apabila peringkat kumpulan Suzuki Cup tahun ni di buat di Singapura, dalam hati aku straight menjerit YES! Sebab semua orang tahu, sapekejadah lah nak pergi Johor, takde hapa2 kot, terperuk bawah sana. Ni kan pula Singapura. Jadi nak tanak, UltrasMalaya kenalah meminta kerjasama ultras2 JDT utk sapot Malaysia.

7. Itulah jadinya bila Malaysia lawan Myanmar ritu, kau boleh dengar diaorang dok nyanyi chant "Luaskan Kuasamu" dan chant2 JDT yg lain tu. Lantaklah. Asalkan diaorang tak nyanyi lagu Myanmar sudep. Terima kasih lah bebanyak penyokong2 JDT.

8. Jadi apabila Malaysia memenang 3-1, perlawanan epik last group game lawan Singapore aritu, tetiba budak2 JDT baru prasan, "Mama! Papa! Saya baru tahu Johor ini berada di dalam Malaysia. Seronoknya sokong Malaysia! Yeayyy! Nak pergi stadiumlah masa Malaysia lawan Vietnam nanti".
Abang Long dah ajak geng keluar kawasan

9. Jadi tak hairanlah, apabila "orang2 yang baru start sokong Malaysia" ini menjadi terlampau semangat dan apabila Malaysia kene ayam dengan Vietnam aritu, segala frust mereka dgn JDT dan dengan team Malaysia bergabung lantas terkeluarlah perangai hooligan mereka pada malam tersebut. Maafkanlah mereka wahai rakyat Malaysia. Diaorang ni noobs.

10. Walaubagaimana pun, hooliganism mereka ini adlah satu petanda yang sihat untuk bolasepak tanahair kerana ultras2 JDT dan ultras2 satu Malaysia yang dahulunya berlaga angin kentut pon boleh bergaduh, kini boleh duduk bersama berlaga bahu, merapatkan saf demi untk menyokong Malaysia. Ikatan ini, camaraderie ini, harapnya menjadi ikatan silaturrahim yang berkekalan pada musim2 bolasepak Liga Malaysia yang akan datang.

11. Memang in short-term, ultras Vietnam akan mengamuk on return game. Tetapi in long term, hooliganism pada malam tempohari, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Sorang dua orang Malaysia mati malam besok kat Hanoi takde hal lah. Asalkan bukan sedara-mara kita........ehh silap ......asalkan kita penyokong bolasepak tanahair bersatu padu akhirnya.

Sekian, Mekasey, Wassalam.

Wednesday, December 3, 2014

Jangan Balik Rumah Kecuali Dengan Merangkak

Bersama rakan sebaya
Salam,

Ramai sangat org tanya aku, cemana aku boleh menten fit selama ni.
Maka kini, di umur 40 tahun ini, wahyu telah tiba utk menyampaikan kan secret aku selama ini kepada umat manusia. Mohon masing2 pergi ambik wuduk sebelum meneruskan membaca blogpost ini.......kerena ambik wuduk itu adalah sunat. Tanak ambik pon takpe. Pemalas.

Prinsip aku senang je. Jika aku keluar main sukan apa2 je lah, aku akan make sure aku takan balik rumah selagi bateri aku tak abes. Aku akan main gila2, sampai kaki ni dah tak larat nak melangkah. Kalau tak cukup, aku akan jogging sorang2 keliling padang nak perabih bateri. Sampai balik ke kereta terhoyong-hayang pastu merempit pergi ke stesen minyak carik coke sebab hypoglycaemia.

Kalau hari yang aku kerja, sebelum balik aku akan check level energy aku dulu. Kalau bateri ada lagi, aku pergilah main bola dulu ke. Tapi biasalah budak2 melayu ni lembik. Skit2 kansel main bola, so aku kene always carik sumber2 peluh yang lain yg aku boleh buat sengsorang mcm swim ke, panjat Mt Lofty ke, etc utk perabih bateri. Kalau bateri lepas kerja dah abis, tapi aku nak main gak, aku akan try recharge energy level aku. Tido jap ke, makan junk food ke (ice-cream the best), pastu baru pergi main.

Therefore, aku kene always prepare for any activities in a spur of the moment. Sebab tu, aku akan always carry my magic bag everywhere. Permanently ada dlm lambo hijau aku or skang ni van Mitsubishi ALLEPAT pinjam drp al-Liph (gambar2 bawah ni aku ambik masa kemas van kau la ni bro. Jgn risau, skang dah bersih, boleh guling2 sambil berYahanana sampai maqam kasyaf bro)

Bag comot sebab pakai kay. Buat apa bag cun bersih tapi tak pakai. Poyo je lebih.
Jangan underestimate bag aku kay. Nampak selekeh cam kene gelek lori dua tiga round pastu rendam dalam tong budu, tapi bila kau bongkar isi dia, fuyooo......

Macam tipu je semua boleh muat dlm bag tu? Okay la. Okay la. Kasut2 tu aku letak dlm plastik woolies kay. Happy?
Utk senang citer aku bahagi2kan barang2 aku ni di dalm dua kategori.
1. Angkatan Tentera Darat
2. Angkatan Tentera Laut
_______________________________
TENTERA DARAT

Kategori pertama ini adalah untuk apa2 aktiviti diatas darat, kecuali aktiviti2 buaya darat. Itu dalam bag lain.

Mungkin akan ada orang bertanya, bau kasut2 ni cemana? Well, tak usah meneka-neki. Sesiapa boleh dtg booking dgn aku utk sessi mencium kasut aku secara percuma. Guarantee syokkk! Tangki oksigen kecemasan tidak disediakan.

Kasut 1 aku beli sebab kasut jogging/bola kat SQ aku (kasut 5) dah nak rosak. Aku juga gunakan kasut 1 ni utk game liga bola sepak 7-a-side every Tuesday yang sungguh bodoh. Main atas rumput, tapi dia tak kasi pakai kasut bola padang, iaitu boots 2 (dah koyak) dan boots 3.

Kau tau tak betapa licinnya main bola pakai sneakers atas rumput. Bangang la mat salleh ni. Konfem ni mat salleh yang sama yang mengwajibkan strippers pakai high-heels waktu pole dancing. Tau tak betapa licinnya pentas tu. Pastu bila guling2 atas pentas tu, peluh pulak jatuh atas lantai. Fuhh, struggle akak2 stripper nak menten balance. Respek sis! Suka tengok errr....athleticism akak2 semua. Nah singgit!

Kasut 4 pula adalh bekas kasut kerja, tapi stelah tumpah kari dua tiga periuk, di gunakan utk main kat SQ. Skang dah rabak dan dah takde cushion langsung. Tu la kasut punca injury tumit aku skang ni. Dah 2 minggu patah kaki ni....uwaaa.. Nak mama! Sumpahan betol la kasut ni.

Barang2 lain adalh support stuffs utk Tentera Darat aku. No 6 shinpad, No 7 Stokin dan No 8 Pump Bola. Kalaulah aku cerdik sikit dan charge setiap kali bebudak melayu ni pinjam pump aku ni, aku rasa skang ni aku dah boleh upgrade pakai Vellfire dah ni. Biasalah melayu. Kasut bola Ebay, jersey Ebay, bola Ebay. Pump bola? "Abey Azey pinjey boley?". Puii..
Letak kat depan sebab sayang baru beli. Wahuhu 

Barang kat depan ni plak adlah barang2 utk jogging/hiking. No1 adalh biceps holder. Orang2 taff cam aku memang susah skit nak lari sebab biceps besar suka goyang2 with a mind of their own. Abis lari balance. Macam awek2 yg mempunyai asset yang err... berprestasi tinggi. Kan nampak cam struggle nak lari gitu. Alamak kantoi usha! Astaghfirullah. Husnuzon la skit bro. Aku usha utk academic research lah.

No 2 adalh sport headphone yg sangat penting sebab earphone iphone tu bila telinga aku peluh, dia tanak lekat nyer. Tak semangat lah berlari kalau tak boleh dengar lagu Fiona 4U2C. No 3 itu pula adalh ubat warmup masel. Maklumlah, masel aku besar, lambat nak hot. Kene massage2 gitu sambil pejam mata teringat ladyboy Phuket.
_____________________________________
TENTERA LAUT

Dem. Kecik la plak gambar ni. Malas lah nak re-upload.

Ini rare. Budak2 melayu konfem takde. Sebab rasa2nya takde langsung swimmers kot skang ni. Aku bukan cakap swim satu lap pastu bersidai rehat kat tepi kolam setengah jam, sebelum buat satu lap lagi. Pui. Itu bukan swim. Itu org panggil cubaan utk tidak lemas.

Aku bahagikan tentera laut ini kpd dua sub-kategori. Kategori kolam dan kategori laut.

Kalau kat kolam aku pakai swim pants (takde dlm gamabr) dan goggle tu je. Sepatutnya aku pakai baju masa swim kat kolam sebab six-packs aku ini telah menjadikan body aku tidak hydrodynamic. Resistance tinggi sebab body tak smooth sebab ketul2 six packs gitu. Tapi apa salahnya belanja six-packs kat aweks2 mat salleh berbikini sekali-skala. Aku pemurah gitu. Usha lah. Give and take gitu.

Tapi kalau kat laut, aku akan pakai baju surf hitam tu, sebab laut Ozzy sejuk kot. Kenalah keep the body warm, baru boleh tahan lama berendam.  Snorkel tu plak utk guna 2-3 kali setahun je, bila ada masa pergi Pt Noarlunga.

Semua barang2 yang kanan drp baju kuning tu adalah barang2 persalinan selepas swim. Fresh shirts, fresh socks, shampoo utk buang air laut atau chlorine drp rambut, losen whitening aku tak tinggal, air kalau dahaga, panadol kalau injured dan ...ehhh kenapa ada ubat gigi dan berus gigi plak? Utk time bini halau keluar rumah ke sebab mementingkan sukan drp famili? Salah tu bro.

Haaa...ini adalh secret otai2 swimming. Apakah masalh utama bila kita pakai goggles or snorkel? Fogging kan. Cara utk kasi goggle/snorkel clear adalh, kau comor ubat gigi skit. pastu mixed dgn air, pastu kau rub the toothpaste into the lens. Biar 5-10 minit, viola! As clear as daylight utk usha anak2 ikan atau anak2 mat salleh di dalm air.



__________________________________
THE CHALLENGES

Paling berat sebenarnya adalah utk istiqamah. Nak menten wajib bersukan setiap minggu at least. Ramai org tidak berdisiplin enuff utk jaga the routine. Ada ketikanya kita bizi giler or letih giler, so kita ngelat.

Bahayanya bila kita lama sangat tinggal exercise, kita akan jadi banyak lemak. Trasa macam best jer. Tak rasa perlu exercise jer. Rasa macam sihat jer. Tu yg bila tetiba kene kerja sikit, stret pancit. Nak dapat balik fitness tu, mmg struggle lah. Lebih2 lagi bila dah tua gini. Berapa ramai orang aku jumpa, belum 30yo dah give-up exercise terus. So sad.

Truthfully, my main motivation utk istiqamah adalah aku kene fit utk kerja macam aku kerja. Kalau aku tak fit, cemana cerita? Sapa yg nak masak, potong ayam/daging, angkat barang, kemas kedai, etc. Aku bukanya jenis boss yang dok atas kerusi depan cash register kira duit sambil tepuk2 perut boroi dan cungkil gigi.

My second motivation is aku suka join tournament ke, main liga ke gitu. So aku ada motivation utk obtain my fitness sebelum time utk tournament or main match utk liga. Jadi tak kira cemana lembiknya kaki aku, cemana low nya energy aku, aku akan paksa diri aku utk main bola or hike Mt Lofty 2-3 hari sebelum game.

But of course tak lojiklah aku nak maintain main hari2. Ada harinya yang aku dah cukup letih gila from kerja, memang balik rumah merangkak2. Nak mandi pon tak larat. Tidur gitu jer pakai baju dan seluar kerja. Memang konnfem bini aku bisinglah. Busuk cadar aku!! Lantaklah. Kalau nak aku salin baju, please come here and kau bogelkan aku kay. Aku dah pancit.......oh wait. Energy surge detected........

Sekian, mekasey, wassalam
The wife be like......Apa? Letih? Nah jaga baby!

Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya solat yg paling berat bagi orang2 munafik adalah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka tahu pahala dua solat tersebut, pasti mereka pergi ke masjid utk mengerjakanya meskipun dgn merangkak.......", Bukhari 657, Muslim 651
Inilah merangkak yg lebih afdhal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails