Quote of the day: ".....gembirakan lah kaum melayu ini Ya Allah dengan mensedihkan mereka."
Sunday, November 2, 2008
Poll carta lagu swinging bowl
JAdi susah2 aku buat poll lah berdasarkan komen2 bernas yg aku listkan dibawah. Sile undi poll di seblah ni. Ingat korang boleh mengundi lebih drpd satu pilihan.
1. "ABg Ben raser lu kene pasang lagu death metal kuat2 sampai keluar tahik telinga. Jadi kalau gua komen lu nyer CKT masin ker, teh tarik lu cair ke lu tak dengar jadi tak trasa lah kan". Lu datang kedai gua lagi skali gua bagik lu "special" baek nyer kawan2 nyer harga. Arsyaddd....susu basi tuh simpan lam fridge yer. Ada "special order".
2. "Biarr senyap je lah bang. Suasa sepi di kedai abang mengingatkan saya kesepian yang kita akan alami di alam kubur nanti. Tak pon kekadang tuh safwan trasa mcam beriktikaf di dlm masjid sambil mengmuhasabah diri". Itu kalau tak kene seksaan kubur lah kan. Adus..aircond aku takjalan ke ari nih.
3."Lisa nak abng pasang lagu fiona 24/7 jugak. Kalau tak I akan nyanyi kuat2 all day sambil berdiri atas counter abang mcm lam cayote ugly tuh!".Pergh..sabau sabau, maner aku letak air yasin aitu hah? Ader budak nak kene di renjis2 sikit nih..
4. "Abang pasang lah lagu nasyid yg mendayu2 dan penyanyi dier jambu2 tuh. Jadi ramai lah sikit sisters2 usrah datang senang arsyad nak pilih calon isteri". Ehem..abg pon sama...sama sama minat lagu nasyid cam tuh.
5."Lagu feeling lah bang, baru org layan lagu sambil makan slow2, jadi kedai nampak ramai org. N raser, silap2 terus lelap kat kedai. Kita leh charge cam hotel lak kan!". Wooo, yahudi pon tak pikir jauh macam tuh. Ideea yg bagus. AKu raser IQ kau memang lagi tinggi daripda ketinggian kau dalam cm.
6."Industan lah bro. Tak pon tamil ker. Dr mahathir dalam chedet.com pon setuju bagik datuk kat syah ruk khan atas sumbanganyer menglamerkan melaka. Abang pasang lagu industan , gerenti Indian satu adelaide lepak kedai abang. Maner ade kedai kat adelaide ni pasang lagu industan. nyillekk. Silap2 Bollywood pulak bagik abang datuk! " Neehhhiiiiiiiiiiiiiiiii usen sahab. Nanti menyusahkan kau ngan arsyad asyik tukar baju 5-6 kali satu lagu. Lagipon kalau hanya awek industan datang lepak kedai no hal. Tapi biler balak2 industan datang tuh, aku raser mcm OKBD lak..orang kurang bulu dada.
7."Yanti rase pasang jer al-Quran all day. Kita dapat barakah dan ketenangan drpnya insyaAllah". Alhamdullillah. Betul tu istriku. Sama macam poligami, ader barakahnya dan ia mendatangkan ketenangan kepada jiwa suami yg bergelora.
Sekian. makasey. Wassalam
Friday, October 31, 2008
Jawatan kosong
KATEGORI A
1. Lulus SPM dengan kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia dan boleh bertutur bahasa malaysia dengan baik.
2. Lulus SPM Bahasa Inggeris dan boleh bertutur bahasa Inggeris sampai berabuk.
3. Fasih bertutur dalam Bahasa Arab paling minima satu perkataan eg Assalamualaikum.
4. Boleh membuat pelbagai tugasan di waktu yang sama (multitasking). Had minima ialah mampu untuk memasak roticanai sambil ambik order nescafe tarik, mintak no phone awek cun yg order nescafe tarik tersebut dan korek lubang hidung kiri mengunakan jari telunjuk tangan kanan.
5. Berkebolehan untuk berkerja dibawah tekanan yang ekstrim. Tidak menangis, blur, mati atau sakit otak bila menghadapi saat saat getir.
6. Pantas. Mesti berkemampuan untuk berlari 100m di bawah 9.67s berkain pelikat (untuk lelaki sahaja) atau berkemban (perempuan atau lelaki).
7. Ketinggian. Disebabkan kaunter kami agak tinggi, ketinggian pemohon mestilah sama atau lebih tinggi daripada cik n.
8. Memiliki kepandaian atau IQ yang tinggi. Jadi mampu untuk mengimbangi antara pembelajaran dan pekerjaan. Ujian adalah diwajibkan. Contoh soalan; Namakan ahli kumpulan 4U2C mengikut susunan abjad jawi.
9. Memiliki suara yang merdu untuk memikat hati pelanggan dan menyanyikan lagu tema SB "fiona" sambil melutut dengan baik.
10. Tidak sayangkan jari dan kulit tangan anda.
11. Sanggup menjadi tong sampah kami untuk menghabiskan sisa2 makanan yang berlebihan dimalam hari.
12. BUKAN orang muar, bekas penuntut MRSM muar,MCKK, SDAR,STAR dan Alam Syah.
13. Pengkid atau bukan pengkid daripada alumni TKC, STF dan Sri Putri diterima dengan tangan terbuka.
atau
KATEGORI B
1. Cun.
atau
KATEGORI C
1. Sanggup berkerja free.
atau
KATEGORI D
1.Memiliki darah keturunan India.
atau
KATEGORI E
1. Ore Kelate.atau
KATEGORI F
1. Bini aku. atau
KATEGORI G
1. Sanggup jadi bini no 2,3,4 aku.
Pemohon yang berkelayakan diminta email pihak SB di mangkukstatik@gmail.com. Pemohon yang mengunakan kategori B dan G diwajibkan menyertakan gambar ukuran passport dari sudut depan dan tepi.
Sekian.Terima Kash dan wassalam.
Thursday, October 30, 2008
siaran tergendala
2. Sorri lama tak update psal aku ader masalah internet sejak last week lagi. Baru malam ni wokay.
3. Utk swot vac dan mingu exam nih, aku perlukan org lebih sikit utk cover pekerja2 SB yg kene exam. Jadi sesaper yg ader time free, kalau tak de exam ker, dah habis study ker, dah boring study ker, nak extend satu tahun lagi dok australia sebab sini best ker, nak repeat year sebab lecturer tahun ni ensem ker/awek junior cute ker, sajer buangtebiat, nak carik penyakit, mempunyai masalah psikologi atau bodoh; bolehlah email akuciter time bile korang free. Jadi aku leh setup timetable. Email beta adalah mangkukstatik@gmail.com.
Tenkiu. Wassalam
Sunday, October 26, 2008
mana hidung tamil ku
1. Aduss. Internet aku dah jam. Ader org jeles kat aku nih, gitau iprimus suh block internet aku. Aku dah 4 hari tak leh access internet dari rumah. Risau gak aku tah apa korang merepek kat lam blog nih aku pon tak tau. Ni pon aku terpaksa menumpang kasih my macha utk post blog nih. 10Q. Masuk bill yer.
2. Wokeh. Sambungan muzik gempaq SB kategori antarabangsa..
3. Tiap kali aku gi kedia asian grocery meremang bulu ketiak aku biler dengar lagu dieorng pasang. Samalah camtuh kot utk pelanggan aku yg bukan melayu kalau aku dok pasang lagu melayu lah kan. Jadi di sebab akan aku ni seorang yg hensem dan prihatin terhadap customer aku, jadi aku kenalah pasang lagu yg dier org layan. Wa mula ngan lagu feeling dulu kay, pastuh kita pickup pelan2 heheehe.
4. Firstt lagu mat salleh memandangkan kita dok ozzi kan. Ni la lagu inlglis yg aku slalu dok berduet ngan mr huhu masa dia keja dulu..uwaaa. why don’t u come back...are u sure U don’t wanna come back..U sure or not? http://au.youtube.com/watch?v=dcoJF8B1Hls&feature=related . Pergh..ni kalau release full song nih boleh dapat no 1 english chart nih.
5. Lagu sterusnya aku dedicate kat abg ben yg menyambut ulangtahun perkahwinannya yg ke 19 dgn istri pertama dia. Brader ni siap tulis sajak lagi utk bini dier. Gua tau dah lu jiwang kaarat bro. Tak pon mesti nak amik hati bini sebab nak mintak permit kawin 2 nih...memang pro lah lu.Terimalah sebuah lagu cintan korea yg berjodol “mana hidung tamilku”. http://au.youtube.com/watch?v=Mfs4vNasQA4
Pergh menusuk kalbu suara penyanyi jambu tu yer...nasib baik aku bukan insan yg bernaama saiful bukhari. Betu ke ni lagu cnta, ader cita psal gaban la, nenek miang lah, motor game, buyong teh la. Ni membuktikan lirik lagu tak penting, hentam jer asalkan lagu besh. Tengok langsuyr.Ader lirik ke tuh?
6. Aku tak der lagu jepun best lah. Mintak budak2 katun cik parah dan N kecik tolong carikan yerk. Yang aku letak cni dak bes pon. Tak yah click pon takper,. Toksah lah klik, ...jangann...i say no need lahh..buang maser jer.. http://au.youtube.com/watch?v=kmCF_2V-FI4&feature=related.shit no mamak deh.Kan dah nyesal..aku dah bagitau, korang tak mau dengar. Padan muker.
7. Aku tau usen macho dah terlompat2 tak sabau nak joget dengar lagu industan. Sabau kerbau. Tak yah lompat Usen karang kepala pecah terantuk siling rosak siling aku. Biasernyer org macho tak buh namer kat nama la bro, mcm batman, bukan bat “macho” man atau “my name is bond, james macho bond!”. Org macho mcam aku nih biasenyer org tengok pon dah terpancar kemachoaannya, tak pon daripada perbuatan kita, contohnya tengok camner macho bro ni belli boat! http://au.youtube.com/watch?v=WOocAbFSzA4&feature=related.
8. Lagu sterusnyer dari India gak tapi aku raser bukan lagu industan.. sat tanyer macha , wey ini lagu saper bikin? Ok konfirm tamil dan aku cakap kat korang best giler. Jgn gelak sampai jatuh kursi yer. http://au.youtube.com/watch?v=IgbsQ8Buu40&feature=related. Jahat sungguh kangaroo tu patahkan shin guard amar, kaki kau ok ke dak amar? Mat pakai baju kaler merah tuh joget ape kelass. Belum tengok arshad lagi. Nak tengok arshad lepas joget gi sini gambar ke 15 . Gambar maser joget tak leh tunjuk nanti arshad kene tazkirah!
9. Last skali lagi lagu cina lah yer. Dan sebab aku ni jiwang, lagu cintan lagi satu. Balik2 lagu cintan muahahha. Lagu ni aku dedicate kat rumah yg ader 2 aini dan satu aishah? Sebab aper.., lu tengok sendrilah yerk.. http://au.youtube.com/watch?v=_G6BvXKZsHc&feature=related.
10. I lap meja dan lap u all.tenkiu