Tuesday, January 26, 2016

Sekolah Bermula Di Pagar




G'day mate
Cikgu2 kat Malaysia mmg power. Kalah cikgu2 Australia cakap lu. Kalau kat sana budak2 kene masuk dlm kelas baru start belajar. Di Malasia ni, belum masuk pagar sekolah, cikgu2 dah start ngajar. Fuhh. Mantop! Di pagar sekolah2 di seluruh Malaysia, ni cikgu2 telah mengajar satu undang2 kehidupan paling penting utk korang semua rakyat2 Malasia. Bahawa sesiapa lambat sampai sekolah, dia akan di ambil nama dan didenda. Tak kira lah yg lambat tu adalah sebab bapak kau bangun lambat ke, sebab dia kene hantar 3-4 org anak masuk sekolah lain2 ke, sebab jalan jem ada construction/accident/hujan ke, etc. Cikgu tidak akan tangkap bapak kau pastu ambik nama atau rotan. Cikgu tidak akan suruh menteri kerja raya buat ketuk ketampi. Cikgu takan panggil makcik yg bawa kereta kancil slow macam siput babi cacat sampai abes blocking org lain utk pergi depan masa roll-call. Cikgu takan marah kat Allah lalu murtad kerana mentakdirkan jalan jem pagi tu sbb eksiden/banjir/hujan/etc. Kalau kau lambat, itu adalah salah kau. Hanya engkau! End of story.

Moralnya adalah bila kau besar2 nanti, apa2 pon kesalahan atau penyelewengan yg berlaku, yg salahnya adalah org paling bawah yg takde nilai.
Oleh itu berlumba2lah menjadi org paling besar, supaya kalau kau buat suwey, org bawah kau yg akan kene. Seronoks!

Sbb tu aku selaku jejaka hensem Australian, yg kini lepak Malasia , dulu2 terkejut apsal perasuah yg bilis kene masuk jail, tapi yg juta dan billion siap ngaku betol masuk account peribadi, SPRM dan AG buat lepak je. Apsal kerani pejabat tanah kene tangkap, tapi yg dok banglo2 dan istana org buat2 tak prasan.
Rupa2nya cikgu2 Australia tak sepower cikgu2 kat Malaysia. Bdak2 sana klau lambat, boleh berlenggang stret masuk kelas. Pintu pagar tak kunci, pengawas tak ambik nama. Silap tu. Diaorg ni tak reti nak ngajar sifir kasta kehidupan yg hakiki kpd bdak2 Ozzy. Dan cikgu2 Malasia ajar semua ni. belum budak2 masuk kelas lagi. Kat pagar sudep. Respek.

Dan ini telah di ajar sejak azali lagi. Sejak melayu memula pergi sekolah zaman Britsh dulu. Sapa yg ajar? Cikgu England. Apsal cikgu2 kat Malasia tak ubah? Sebab cikgu England lagi besar, .......walaupun diaorg dah lama mampos.

Slamat. Wsalam.

Saturday, January 23, 2016

Kalau Datuk Sri Vida Adalah Seorang Australian.

Good Day.
Saya adalah mat salleh ozzy yg kini menjadi expat di Malaysia. Jadi selaku org putih, saya mempunyai pandangan yg jauh lebih maju dan bertamadun, drp anda2 semua.
Sekarang ini, wanita tercantik Malaysia, Datin Sri Vida (DSV), sedang menangis di rumahnya kerana Kementerian Kesihatan Malaysia telah banned salah satu drp product whitening beliau kerana ada mercury. Brunei pula telah banned dua product Vida Beauty siang2 lagi.
Tetapi DSV sepatutnya bersyukur kerana dia bukan ozzay seperti saya. Kerana sekiranya dia Ozzay, kisah ini tidak terhenti di sini sahaja. Kerana org2 bertamaduun macam Australian akan:
1. Suspend semua product Vida Beauty, pending investigation terhadap contents and processing methods of Vida Beauty.
2. Random sampling of other whitening products in the markets, due to high possibilities of them using similar method ie: mercury, for whitening purposes. Studies showed that 1 in 4 whitening products sold in Asia contained mercury, so jgn hanya mengambil tindakan terhadap DSV sahaja. Org lain pon patut kena.
3. Saman Vida Beauty from several angles. Pertama, kerana jual product merbahaya kpd umum. Kedua, saman personal damages/harm drp pengguna2 yg telah dapat side-effects from exposure to mercury. Ketiga, saman for the unsubstantiated claim yg product2 Vida Beauty ada segala mak nenek khasiat, tapi mana research papers that proves all that? Manaaa?
4. Serang DSV dlm media perdana. Confirm masuk 60mins ke, A Current Affair ke, Today Tonights ke. Abis segala rahsia kene korek la. Diaorg akan carik memana ex-pekerja2 Vida Beauty pastu offer duit utk bukak mulut.
5. Serang DSV dlm tabloid. Paling lazat. Abisla paparazi akan stalk dia utk ambik gambar2 masa rupa jongos abis tanpa mekap dan tiara. Pastu kantoikan kalau DSV pon beli product lain sbb dia sendiri tak caya/takut pakai product sendiri. Anak beranak dia pon kene stalk. Takan dia jual Qu Puteh tapi anak beranak dia kaler macam Obama.
Tetapi ini semua fantasi sahaja kerana DSV bukan ozzy macam saya. Dia hanyalah rakyat negara Melesia. Rakyat melesia mudah sahaja. Apa? Ada bende merbahaya? Tanak belilah. Beli product lain lah lepas ni. Babai QuPuteh. Babai Gegar Veganza. Babai AJL. Babai Pamoga QuPutehTheRedWarrior.

Saturday, February 28, 2015

Dik Dik Baju Abang Kaler Apa?

Salam,

Ehh korang tak payah pecah kepala lah pikir kenapa baju tu kaler gitu!

Mende simple je. Mata kita ada dua sensor cahaya.

Yang pertama namanya "cones" yang berfungsi hanya bila ada cahaya eg waktu siang, bawah lampu. Dia akan detect kaler setiap obkjek. Tapi bila cahaya berkurangan, dia akan jem, so dia shutdown.

Masa tu lah sensor yang kedua namanya "rods" akan berfungsi. Dia boleh detect cahaya walaupun sikit tapi dia tak boleh detect objek tu kaler apa. Jadi semua objek dalam low-light or gelap nampak in different shades of black and white. Macam night vision goggle yg buat semua object in different shades of green gitu.
Sebab tu waktu malam pasir tak nampak putih dan laut tak nampak biru.


So, gambar celaka yang abis satu dunia dok gaduh kaler hapa tu, adalah satu contoh yang sangat unik. Sebab gambar tu jatuh kat borderline between cones receptor shutdown and rods activation. Sebab tu org yang mata power masa gelap akan nampak kaler = blue/black. Tapi org2 yang rabun senja, dia hanya akan nampak different shades of black and white = white/gold.

Sebab tu lah semua hantu kaler hitam putih. Pocong, pontianak, langsuir, orang minyak, dracula semua kaler hitam putih kan. Sebab kau nampak diaorang waktu malam. Cuba kau terserempak hantu waktu siang ke, masa kau pakai torch light ke, hantu2 tu mungkin kaler lain.

Hantu2 aweks mungkin sebenarnya kaler pink. Awek kan suka pink. Kamon la, kain telekung pon ada kaler pink kot skang ni.



 



Pocong mungkin kaler coklat sebab dia kan baru lepas kene tanam. Mesti kain kapan dia dah kotor2 kene tanah yang kaler coklat. Tak lojik lah kain kapan dia kaler putih melepak, melainkan kalau dia sempat hantar pergi dobi ataupun dia lari drp masjid sebelum kene tanam.



Dracula ni kalau jumpa siang2 konfem macam nyah. Macam pondan tua yang pakai mekap tebal dan lipstick merah bagai. Pastu sebuk nak cium tengkuk orang. Hish geli aku!

Jadi lain kali kalau korang jumpa hantu memalam kau jangan lah lari kalau diaorang datang melompat ke, terbang ke kat kau. Dia mungkin nak tanya kau sesuatu. Layan lah diaorang kejap.



Jadi apakah kaler sebenar baju tersebut.

Well, secara saintifik, aku boleh jawab dengan keyakinan 100 juta percent.

Kalau kau letak baju tu kat hanger bodoh gitu je, baju tu sebenarnya kaler biru/htam.

Tapi kalau Rozita Che Wan yang pakai baju tu, secara saintifik nya, kau tak kan nampak baju. Baju? Mana ada baju?

Sekian

Azam al-Hensem wal-Sado
Bachelor of Health Science
Adelaide University

p/s: Iya aku tau mata kita ada photoreceptor yg ketiga yang control pupilary reflects and circadian rhytm, tapi aku malaslah nak riak tunjuk terer kat sini.

Wednesday, December 24, 2014

Fantasi Aku Setiap Kali Aku Naik Flight

Salam,

Setiap kali aku naik flight, aku tak boleh elak drp berfantasi pasal satu bende ini. Aku akan start dari awal-awal lagi, berminggu-minggu sebelum flight.

Aku akan siap2 prepare, jogging/bola/workout atau swim, just to make sure pada hari aku naik flight, body aku berada di dalm keadaan fit gila.

Pastu ari tu aku akan pakai spender paling baru. Aku akan pakai baju yg paling senang utk cabut. Dan aku akan pakai seluar paling senang untuk tanggal.

Bulu ketiak dan bulu2 yang lain, aku dah cukur atau trim kemas2.

All ready and set untuk fantasy aku, sekiranya ianya terjadi.

Jadi apabila ada pramugari tetiba bergegas datang ke seat aku dan kemudian tunduk berbisik ke telinga aku, "Follow me please Encik Azam", lantas mengengam erat tangan aku dan mengheret aku ke tandas dan menguncinya nya dari dalam, aku telah bersedia.

Apabila dia kelihatan gelisah lantas meletakkan kedua2 telapak tanganya ke dadaku lantas dgn matanya yg kuyu berkata, "I have to tell you something, but please Encik Azam jangan cakap kat passanger lain hokay?", aku telah bersedia.

Hit me with the news bebeh!

Dan apabila bibir dia terketar-ketar mengucapkan kata-kata ......" Encik Azam....... oh my God you are so handsome.......but I just want to tell you......that.......this plane is about to crash".

Well bebeh! I am ready!

HOYEAH! PLEASE LAH CRASH!

Crash on the water lah kan. Kalu crash atas darat mati la aku.

Haha. Fantasy aku adalah plane aku crash dalam air dan somehow aku terselamat dan swim ke pulau terdekat dan jadi Robinson Crusoe.

Sebab tu lah aku akan sebok2 make sure aku fit gila sebelum flight sebab mana tau aku kene swim jauh gila nanti. Silap2 kene swim dalam lautan yg bergelora gila babas plak. Mau semput kalau dah lama tak swim. Belum citer pasal jaws lagi.
Gulp! Cemana nak swim ni?

Sebab tu juga lah aku make sure aku pakai baju dan seluar yg senang tanggal, sebab kalau kene swim jauh, aku kenelah tanggal baju dan seluar aku tu. Berat kot basah2 nak swim cemana?
Dress cheap sudeh. $10 plus $40. Kalau kene tanggal, hambiklah.

Aku pakai spender paling baru, sebab mana tau aku akan stranded berapa lama kan? Kalau berbulan2, spender tu lah satu2nya pakaian aku. Tanak aku pakai daun ke pelepah kelapa ke bagai. Masuk sembilu ke kat situ kang, fuh, mana nak cari doktor.

Aku cukur siap2 bulu2 sensitif, sebab kalau aku stranded lama2 mana nak cekau Gillete? Takan la aku sanggup buang masa cari batu memana pastu asah tajam2 semata2 nak trim pubic hair? Baik aku pergi melembing ikan ke, menjerat babi hutan ke bagai buat lauk.

Jadi itulah fantasi aku setiap kali aku naik flight. Semoga ianya TIDAK menjadi kenyataan.

Sekian, mekasey, wassalam.

p/s: flight lagi 9 jam.

Belanja boxing day skit2 sudep.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails