Showing posts with label kacak. Show all posts
Showing posts with label kacak. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Aku Dah Letih Mempoyo.....

Salam,

1. Minggu ni rekod! Selama Empat hari berturut2, empat org yg berlainan, yang tak pernah baca blog aku, kata aku ni nampak masih muda, masih steady, nampak cam sebaya je ngan budak2 dlam gambar team bola yg tergantung kat dinding kedai tu. Ari jumaat aritu jer, aku maleh nak cukur janggut, baru takde org kata aku muda. Uwaaaa..!!

2. Mula2 tu, aku gelak jer. Poyo seharian. Tapi bila dah masuk ari ke tiga tu, ia dah jadi agak disturbing. Pergh! Bahaya nih. Boleh menimbulkan perassan riak dan ujub di hatiku.

3. Hensem ataupun muda, yg aku selalu dok bising2 kat blog ni, adalah anugerah Allah yg aku amat syukuri. Tapi anugerah ini, bukan ibarat anugerah Mr Universe ataupun Pencarian Kacak Bergaya Pancaindera/Vigor 2010 (usha1, usha2), yg kalau sekali dapat, title tu lekat selama2nya.


4. Sebaliknya, kehenseman, kekacakan, ke-taff-fan dan kemudaan pada diri aku ini.....opss..lupa plak satu lagi, kemachoan....,ini semua adalah ibarat anugerah Datuk ataupun Tan Sri. Bila2 masa je boleh kene tarik balik by Allah. Anytime je kuah kari boleh tumpah atas muka hensem aku ni, baju terbakar masa masak abis melecur muka aku jadi senget, kurap tumbuh atas batang idung ke, panau kat pipi ke, etc. Anytime je juga, aku boleh kene penyakit kronik macam kanser ke gitu dan terus accelerate my aging proces.

5. Jadi aku selaku seorang insan yg merendah diri, ingin keluar dari lembah kepoyoaanku.

6. Aku sedar kehenseman dan kemudaan aku ni merupakan satu "amanah". Ia di anugerahkan kepada aku untuk aku gunakan sebaiknya dan dlm masa yg sama tidak harus di persalahgunakan. Allah mengamanahkan aku untuk menjadi salah satu bukti kebesaran penciptaanNya yg indah. Jadi jangan la plak aku gunakan anugerah ini untuk simpan berlonggok2 awek-awek yg "indah-indah" plak. Aduss....terasa aku!

7. Allah juga barangkali mengamanahkan kemudaan kepada aku, supaya aku terus kuat bertenaga menunaikan fardhu kifayahnya di bumi Adeled ni, iaitu bukak kedai makan halal. Manyak sakit woo!! Tapi jangan la plak aku salah gunakan kemudaan aku ini dengan memperisterikan salah satu drpd berpuluh2 awek yg minat kat aku disini kerana diaorang ingat aku ni masih muda. Sepatutnya, selaku penjaga amanah, aku harus memperisterikan salah EMPAT drpd awek2 tersebut! Aminnnn!


8. Kehenseman dan kemudaan ini juga merupakan satu "ujian" bagiku. Bila hensem sepertiku, ramai awek2 yg datang bergolek2 di depan kakiku. Itu merupakan ujian yg berat dan kadang2 tu aku jadi macam ilang akal untuk melawannya. Maklumlah, syahwat ku mega, iman ku micro.

9. Ujian untuk umur yg muda ataupun physical yg bajet muda sepertiku ini pula adalah straight forward.
Sabda Rasullulah (usha sini) diriwayatkan oleh
Al-Hakim dan Al-Baihaqi daripada ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma
Maksudnya: “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara, masa engkau hidup sebelum mati, masa engkau sihat sebelum sakit, masa engkau lapang sebelum sibuk, masa engkau muda belia sebelum tua dan masa engkau kaya sebelum miskin.


Jadi masa yg di pinjamkan Allah kepada aku ini, aku kene mengmanafaatkan sepenuhnya untuk ke syurga. Aku kene cuba berusaha keras ke arahnya. Kaya di dunia, bila mati hampeh. Kaya di akhirat, kekalnya everlasting. Cikaroz di dunia bukannya boleh bawak beromen. Cikaroz di mahligai2 syurga, perghh......satu istana tu beb! Apa stail lu mau? Brapa org skali lu larat layan?

10. Imam Ghazali pernah bernah berteka-teki ngan anak2 murid dia.(usha source)

Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

MATI
Apakah yg paling jauh dari kita di dunia ini?
MASA YG BERLALU
Apakah yg paling besar di dunia ini?
HAWA NAFSU
Apakah yg paling berat di dunia ini?
MENJAGA AMANAH
Apakah yg paling ringan di dunia ini?
MENINGGALKAN SOLAT
Apakah yg paling tajam di dunia ni?
LIDAH MANUSIA

11. Jadi untuk menjaga amanah kehenseman dan kemudaan ini adalah BERAT kerana nafsu ku adalah BESAR. Apabila manusia2 memuji2 aku, ia makan dalam kerana ia adalah TAJAM. Hinggakan aku lupakan kematian yg semakin DEKAT dan masa terbazir yg telah pergi JAUH.

12. So, udah2 lah kata aku ni muda ataupun hensem. Saja je engkorang nak bagik aku poyo, riak dan ujub. Iblis! Aku sepak kang! Macam la aku tak tau aku ni memang hensem dan nampak muda.
Tapi kalau dah terlampau gatal mulut tu boleh je cakap. Tapi bukan kat aku ler. Cakap ler kat kawan2 engkorang yg muda2, chomey2, gojes2, hawt2 tuh. Aku halalkan engkorang ngumpat aku dalam bab itu.
Takdehal!

Sekian, mekasey, wassalam.

Wednesday, August 19, 2009

Lelaki terkacak di dunia

Salam,

1. Dalam dunia ni, ada 2 orang jer Usin yg aku kenal. Usin Hassan Ali dan Usin Bolt.

2. Kalau kompare diaorang berdua side by side physically, memanglah jauh lagi gempak Usin Hassan Ali dari Usin Bolt. Walaupun both lahir pada tahun 1986 (22 yo), Usin Hassan Ali berketinggian 1.98m vs Usin Bolt yg pendek dan kontot 2cm, so 1.96m je. Dari segi berat pon Usin Bolt (86kg) kalah ngan Usin Hassan Ali (90kg).

Usin Bolt (kiri) dan Usin Hassan Ali (kanan)

3. Usin Hassan Ali juga lagi gempak kerana dia berkebolehan untuk memasak 8 roti canai dalam masa 9minit 58second. Usin Bolt boleh buat ape? Lari 100m dalam masa 9.58seconds? Hek elleh! Bukannya boleh kenyang perut aku pon kalau kau boleh lari laju laju.

Kameraman yg dok belah line pelepasan tu macam homo. Die zoom semacam ke bontot racer kaler merah tu. Aku rasa lagi satu inci muncung kamera tu nak masuk lubang bontot mamat tuh.

4. Jadi ramailah org kata Usin Bolt "is the fastest man alive "la, "world record holder " la..bla bla bla. Boleh belah!!!! TAK LOGIK LANGSUNG !!!!

5. Ginilah senang cerite. Adakah pemenang Miss Universe tiap2 tahun tu gadis tercantik di seluruh alam semesta ( kau kata Miss Universe= Semesta alam lah kan?). TIDAK. Sebab ada bini2 org, janda2 hot, awek sekolah tingkatan 2, minah arab bodi power tapi pkai purdah, alien dari planet Zuhal, juara tahun lepas, juara tahun lepas lepas lepas dan ramai lagi yg tak participate dalam competition tu kan. So mana logik tu gadis tercun di seluruh semesta alam.

6. Samalah macam tittle "the fastest man in the world". Percayalah cakap aku, semasa kau dok baca blog ni, somewhere in the world rekod Usin Bolt yg di kecoh-kecohkan tu telah di pecahkan oleh Wak Kartono yang berlari kencang 9.2sec ke jamban umum di kota jogjakarta kerana dia nak tercirit sebab blasah tempe basi pagi smalam. Ukule Niyongabo seorang nigger dari Burundi plak berabuk-rabuk lari 8.9sec diperambat rimau di Afrika. Muhammad Bin Azam Nur plak, seorang pelajar darjah satu SRK Kubang Kerian, mencanak lari pulang ke rumah 7.1 sec sebab Wonder Pets dah nak start dah.

7. Bezanya, Usin Bolt lari masuk TV dan di rekodkan. Org lain lari tak masuk TV. Tu jer. So tok sah kecoh2 lah Usin Bolt!!

8. So, based on the same logic, ada kemungkinan lelaki terkachak di dunia ni adalah...aku. Cuma tak masuk TV lagi jer, so orang tak tau. Melopeh lah korang awek2 seluruh dunia sebab tak dapat aku!!

Sekian, terima kasih, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails