Showing posts with label malayisa. Show all posts
Showing posts with label malayisa. Show all posts

Saturday, November 7, 2009

What Appen Las Nite masa Kelantan vs N9 final game


Salam,

1. Susah gile aku nak tulis this post. Tapi bukan sebab aku bersedih sebab Kelantan kalah. Aku peduli hapa. Aku dah tua. Dah brapa banyak Piala Malaysia dah aku dah follow. Aku tau tahun depan ada lagi, tahun depan2 dan seterusnya sampai kiamat , insyaAllah selagi Piala Malyasia masih ada lagi, Kelantan akan terus mencuba. Lawe' tetap Lawe"'. Dan kalau di takdirkan kiamat dtg sebelum Kelantan menang Piala Malaysia pon, aku takkan terkilan. Takde effek sikit habuk pon di padang mahsyar nanti.
Yeaaaa...mercun. Macam raya plak. Tenggok! Mana ada kami penyokong Kelantan bersedih. Kami happi lagi bermain mercun ibarat kanak2 girang.

2. Tapi aku susah nak tulis post ni sebab pertamanya, boringla bila Negeri Sembilan menang. Org N9 pon tak celebrate. Tgk berapa banyak dtg stadium? 3/4 stadium penyokong Kelantan. 1/4 je penyokong N9 padahal negeri mereka dekat secoit tu je. Nampak terus org N9 takde jati diri dan semangat menyokong pasukan bolasepak mereka sendiri........(muahhahaha abis org nogori boikot kedai aku pasni)
Mano nyo penyokong N9?...Patut sonyap jo jang. Takdo morcun ko? Ko takut konno ponorajang dari penyokong kelantan gilo

3. Keduanya, sebab aku telah menghabiskan satu hari, hari sabtu semalam tulis 3 post pre-match build-up, bini aku dah bising. So ari ni kene tunggu malam cengini baru aku boleh tulis. Itulah namanya "politik rumahtangga". Kenalah jaga hati bini. Tapi bila aku ada dah ada 2 bini nanti, bising je sikit, aku trus pegi rumah bini muda. Kalu dia pon bising2 gak........ermm.......terpaksalah aku dengar sebab sapelah dalam dunia ni yg tak sayang bini muda kan!!!

4. Dah lah merapu. So, at the moment, aku still tak boleh komen lebih2 pasal game semalam sebab aku sendiri pon tak tenggok. Muahahhahahhaha.....

5. Semalam , bila aku bukak streaming TV1, tetiba tak boleh konek. Silap aku ialah, aku tunggu last minute baru aku bukak. Line dah jammed. Kelam kabut aku search google for alternative. Aku jumpa dua link, tapi dua2 suara je ada, tapi frame rate is 1 frame for 3 minutes gitu. Bullshitt! Ade gambar sesape dok freeze/keras gitu, pastuh Hasbullah dok merepek kat belakang selama 3 minute baru dapat frezze-frame gambar baru. Tetiba dengar N9 score gol. Teh Buh-Tol laa!!

3. Pastu time tu la firefox aku nak mengatal mintak restart untuk update software. Pak-istan betul!. Terpaksa aku tutup semua firefox dan restart. Bila restart, aku bukak balik steraming, dah tak dapek pulak. Aku pon refresh dan refresh, bukan satu, tapi 3 window streaming drpd 3 site yg lain2.

4. Tapi tak dapt pon, sampailah aku tertido melopong depan komputer. Ada dekat sejam gak aku pengsan. Bila aku terjaga, aku refresh balik window2 tertsebut. Lepas 5 minute gitu baru dapat "suara" balik....gambar tetap hampeh tarak. Hasbullah umumkan masa lagi 10 minute tinggal dan Kelantan ketinggalan 3-0. Hmm..its over, aku tau.

5. Aku check fesbuk, game belum over dah dah ader 2-3 msg org N9 order gulai masak lomak dari aku. Cilanat! Muahhahaha.......victory is sweet my fren, but REVENGE is SWEETER than sambal nasi kerabu from KayBee Padang Bas market.

6. Pastu aku dengar Indra score sebijik untuk Kelantan, nampak gambar freeze-frame seat stadium terbakar, pastu game over. Aku pon tutup window streaming yg bladigol tu, pastu layan fesbuk jap.

7. 15 minit lepas game over, terlintas dlm hati aku nak try balik bukak balik streaming tu. Sekali, tu dia...terang benderang, takde sangkut2 langsung tenggok N9 angkat Piala Malaysia. What deHek. Boleh plak. Kenaper gitu yerk?
mamat midfield no 17 tu konpirm power. Aku dah usha live. Boleh main Malaysia .

8. Ni lah tak bestnye tgk streaming. Bila ramai org tengok online, maka slowlah dia nyer connection. Sometimes so slow, macam ape jadi kat aku semalam. Itu pasal banyak gak site yg aku rasa put-a-cap/limit org bioleh tgk online kat site dia. Lebih dari limit, dia bolayan. Itu pasal refresh pon tak jalan.

9. Lagipon semalam ialah peak time org ber-internet. Malam weekend lah katakan. Cube tgk brapa ramai online fesbuk time weekend compare to weekdays. Time weekend ni la ramai social internet user nak surf online. So connection on weekend will always be slower than weekdays.

10. So in summary apa yg berlaku semalam ialah, ramai gila org dari Adeled dan satu dunia bukak RTM TV1 streaming online kerana semua org ingin menyaksikan Kelantan menang Piala Malysia buat pertama kali nya dlm sejarah 80 tahun lebih. Sebab tu aku tak boleh konek selama sejam tu. Sekali bila Negeri Sembilan leading 3-0 di akhir perlawanan, lantas mereka pakat2 stop tengok. Sebab tu la aku pon bolehlah mencilok masuk di mint2 yg terakhir tu.

11. Bila wisel penamat di bunyikan, maka semua org stop tgk, sebab ape kes nak tgk N9 angkat Piala Malaysia. Bohsan giler. Tidak newsworthy. Tiada nilai2 sentimental. Itu pasallah aku boleh tgk adegan menjolok mata tersebut dgn terang benderangnya. Ade lah kot 2-3 peminat N9 yg tau apo ko bondo internet tu, dok streaming gak.

12. Gitulah ceritenye. Aku tak bole komen pasal gameplay sebab aku tak tgk. Nantilah aku stadi utube footage, baru aku tulis

Sekian, terrymakacey, wassalam.

Friday, November 6, 2009

Kenapa org Kelantan Maju dan Hebat macam Mat Salleh


Trilogi of pre-match Piala Malaysia post
first: tengok utube lagu best giler
sekend: yg ni..
third: Senjata Kelantan

Salam,

1. Aku tau ramai orang CUAK dengan org Kelantan. Tapi aku tau org Kelantan tak kisah pon. Kami tau "bangsa kami" adalah bangsa teradvance pemikirannya di Malaysia. Sebab tu korang jeles!!

2. Pemikiran kami sungguh advance sehinga se-level mat salleh sebenarnya. Kami advance dalam pemikiran politik macam mat salleh, sebab tu negeri kami lebih lama di perintah PAS drpd BN sejak merdeka lagi. Orait je! Macam US la. Skejap Democrat, sekejap Republican. Takde hal!!

3. Pemikiran kami dalam bola pon sebegitu. Kami menyokong team bola Kelate sampai kiamat. Bila menang, Alhamdullilah. Bila kalah, seperti mat salleh, kito pakak2 GOOCOHHHHHHHHH!!

4. Aku tau sekarang ni FRU tengah gilap perisai dan helmet diaorang. Tengah practise hayun batton diaorang nak balun penyokong Kelate malam ni kalau ada rezeki. Aku tau jugak Polis sekarang tengah pack-up extra tear-gas dan gari. Susun-susun org diaorang nak kontrol traffik malam ni sekitar stadium, nak bagik line clear untuk bas team N9 keluar masuk stadium tanpa di baling dengan akok, jala-emas dan nasi kerabu.

5. Media2 pon ghairah bak kerbau di musim mengawan.....selepas tidak di-kawankan selama 39 tahun. Reporter bertulis dan siap2 pen 2-3 kotak. Yang berlaptop, tengah charge bateri bekap. Yg dari TV, tengah beli bedak extra untuk tempek kat muka reporter Tv tu. Sebab kalau berlaku apa2 malam ni......silap aribulan subuh besok baru abes.

6. Bomba pon standby sekaki, sebab manalah tau kalau ape2 ter-dibakar kalau Kelantan ter-dikalahkan malam ni. Sepital pon dah siap2 order extra cili padi, santan dan kunyit. Sebab kalau gaduh, gerenti ramai penyokong Negeri Sembilan masuk sepital. Mesti diaorang nak makan gulai masak lomak cili api sewaktu terlantar di sepital kan!!

7. Jadi kepada Polis, FRU, Media, Bomba dan Hospital workers, aku ucapkan selamat berkerja malam ni.
Kepada pemain pasukan bolasepak Kelantan, selamat bekerje keras malam ni atas padang.
Kepada pemain dan penyokong bolasepak N9, selamat di kerje-kan malamni. Ekau jgn ghisau. Den dah order gulai masak lomak kat septal, ekau boleh balun pueh2.

8. Kepada penyokong2 bolasepak Kelantan, aku ucapkan......
Please, Please,Please.....Kamu Jgn Nakal!!!!!


Sekian, teriymakasey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails