Showing posts with label wangi. Show all posts
Showing posts with label wangi. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Bau Swinging Bowl

Salam,

1. Kau boleh kutuk aku apa2 sahaje, aku boleh terima.(tipu)
Kalau kau nak kata aku tua, memang aku tua pon. Takdehal.
Aku hitam. Memang aku "tanned" pon. Takdehal.
Aku poyo. Memang aku poyo. Takdehal.
Aku kurang hajar. Memang aku kurang hajar pon. Takdehal.
Aku tak hensem. Haaa. Ni aku tau kau nipu. Aku mmg hensem pon. Cuma kau saje buat2 tak perasan. So aku terima je. Takdehal.

2. Satu je kutukan yang boleh buat aku jadi psycho on the spot. Kalau kau kata aku bau busuk!

3. Dem. Shit laaa..!!

4. Abesla pastu sepanjang hari aku akan kejap2 cium baju aku, cium ketiak aku dan aku akan tanya semua orang aku bau busuk ke tak. Aku boleh sampai siap pergi toilet cabut baju dan cium lagi. Aku mmg tak boleh siot. Aku mmg jadi mental.

5. Dah lah kerja aku mmg akan menyebabkan aku berbau kari, kurma, bawang etc. Dah memasak, takkan tak lekat bau masakan kat badan kan? Budak2 pekerja aku ada istilah utk bau ni. "Bau Swinging Bowl". So kalau diaorang kerje, dioarang dah siap2 bawak perfume dan baju extra utk salin seblum pergi kelas. Kalau tak abis classmate dioarg sound, "U smell funny".

6. Itu dioarang yang kerja 2-4 jam je. Akuuu??? Aku kerja dari pagi sampai malam kot. Aku lah yang masak. Bukan diaorang. Dah aku kerja sampai berpeluh2. So konfem aku lagi kuat bau "Swinging Bowl". Waaargh...Lagilah bertambah psaiko aku!

7. Aku tak suka berbau busuk bukanya sebab aku nak jaga saham ke hapa. Saham aku mmg dah tinggi, so setakat turun indeks komposit 20-30% tak jejas nyer. Aku just hate the thought that bau aku annoyed someone else sepertimana aku hate bila bau orang lain annoyed aku. Macam bau rokok, ketiak masam or baju masam (paling tak tahan).

8. Oleh sebab itu, sejak dari matrik, aku suka pakai perfume. Aku progres drp Dashing "Power" kepada cool water kepada Joop Go kepada CK. Banyak gilos kot perfume yang best2 tapi kau taulah sekali beli perfume ni, 10 tahun pon tak abis. So malas nak beli lain.

9. Along the way, aku discover antidoedorant spray. Zaman MRSM dulu mmg ada budak2 pakai rexona stick yang calit ketiak tu. Tapi jijik sial. Kau calit that waxy stuff pastu kau tutup cover dan calit balik besok. Siot. Bapak keji. So walaupun aku mmg Raja Peluh, tapi aku tak main la rexona.

10. So bile ada genius buat anti-deodorant spray, itu baru layan. Its effective and aku abuse menatang ni gila2 nyer. Aku bukan stakat spray ketiak je. Aku buat spray kaki kalau aku tanak kaki busuk bile pakai stokin lama2. Aku jugak selambe spray muka kalau aku tanak muka berpeluh.


Kat rumah lama. Joop dan Cool Water aku dah kene rembat ngan pak guard airport Adeled. Gone. Aku rotate anti-deodorant aku. Aku tak pakai yg sama everyday. Sebab tu ada banyak. Mortein kat hujung tu pakai biler nak jumpa awek2 huduh jer. Kasi dia lari la.


Ni shelf barang2 jantan aku kat rumah baru. CK aku beli dalam flight AirAsia. Ada 4, so aku rotate everyday. Tapi semua bosan. Next project, Hugo Boss Orange.

Aku ada bekap anti-deodorant EVERYWHERE. In case emergency bila "terbau" busuk or lupa pakai pagi tu. Sebab tu bila aku beli, aku beli 4-5 trus. Ni adalah kat kedai aku atas fridge. Dalam beg galas aku ada satu. Dalam beg swimming aku yg permanently dok dalm kereta, ada dua. Aku memang Mat Bekap. Semua bende aku akan ada bekap. Bini je belum ada bekap..............lagi.


13. So tiap2 pagi sekarang ni, aku akan overdose kan diri aku dgn perfume PLUS antideodorant. Wangi giler macam nak gi dating. Belum kira lagi hari yg aku ter-over-over-over dose sebab kesilapan teknikal ataupun hidung dah hilang sensitiviti.

14. Pernah skali bini aku punya kereta rosak, so dia kene tumpang aku gi kerja. Normally dia keluar dulu sebab dia start awal. So dia tak tau camana "bau" aku pepagi. So bile dia dok satu kereta dengan aku, apalaga. Kantoi la! Kena soal siasat la bro. Perlu ke wangi2? Sapa kerja hari ni? Apsal aku wangi sangat? Aku nak ngorat sapa?

15. Tapi aku rilek je jawap soalan2 tersebut tanpa setitis peluh pon menitik dari mana2 permukaan kulit aku. Kerana gua dah spray anti-deodorant abes beb! Oleh itu ingatlah. Sebelum nak nipu bini, gunakan lah anti-deodorant.

Sekian, mekasey, wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails