Wednesday, March 4, 2009

Wei...lu mane datang?

Salam,
1. Ramai gak org cuak bacer last post aku. Depa takut kalau2 bini aku kena ngorat tak pasal2 nanti aku clash ngan dier. Ade siap kate aku kena balik Msia sekarang gak!
2. Tapi advantage bila di jadikan Allah hensem,macho dan poyo mcam aku ni, hal2 camni aku tak ambik pot pon! Alhamdullilah. Saper lah yg lagi hensem dan macho drpd aku kat kelate tu?
3. If worst case senario happen, itu sudah kasi clear line untuk masuk "yg baru". Patah tumbuh, silih berganti. Rezeki datang bergolek kata org. Tak payah mintak sain bini tua untuk makan mangga muda. Tak payah pecah kepala nak susun timetable yg seolah2 kita masih sayang kat kereta lama padahal kita seboleh2nya nak bawak keta baru je!
4. Wokay tukar topic sebelum aku naik syeh!.
5. Au ader feedjit live kat bawah blog ni yg bagitau aku dari maner korang2 ni semue datang
6. Banyak org dtg drpd blog2 yg link ngan aku mcam nurulainibakar.blogspot.com, krenmaut.blogspot.com , fakirfikir.blogspot.com, aizusbc.blogspot.com, dll lagi
Mekasih lah yer.
7. Tapi byk gak yg dtg tak sengaja maser cari ntah bende2 merapu ape ntah kat google atau yahoo.
8. Paling common biler org search "che det blog" mesti gi ke "swinging bowl: Alahai che det..!! !Hang ingat hang terrar" . Muahahha. Aku try gak search ni dulu, tapi aku raser blog aku mungkin dalam page ke 7-8 gitu kot. Yang bikin aku pelik tu, kalau org search che det blog, kan number one link tu dah www.chedet.com? Klik la yg tu bodoh! Yang kau pegi sampai page 7-8 tu apa ke hal nyer? Lalok ka!
9. Lain2 search yg bawak org dtg sini, yg aku tengok malam ni dan yg aku ingat setakat ni adalah "tutup kantin mrsm muar", "kek halal di adelaide", "bohsia" ,"sebab dayus", "bini kawan", "kelate biso", "seks power", "cerita janda" dan "doa pengasih", Ntah ape2 ntah korang ni.

Wokay, tido taim.
Sekian, Mekasey dan Wassalam.

Monday, March 2, 2009

Adat org meniaga ke-2: Bini yg di tinggalkan,

Salam,

....fiona...tercipta lah irama.. cinta ini....tuttt
Suami Ensem: A.kum adinda, apahal tepon, rindukan kekanda lah tu?
Bini Pertama: W.salam kekanda. Sudah garahu cendana pula kekanda ni. Mane boleh kalau satu hari tak rindukan kekanda yg ensem lagi macho tu.
SE: Terima kasih2. Adinda tak yah lah ayat kekanda sebab adinda tu dah tua kerepot. Nak terkeluar taik telinga kekanda mendengarnye.
BP: Ampunkan adinda kekanda.
SE: Beta ampunkan.
BP: Kekanda, ade orang dok mengorat adidnda lah kekanda!
SE: Ye lah tuh! Org buta kot? Tak pon org indon yg gersang?
BP: Betul la. Ade orang dok message adinda sampai 3-4 kali, dok tanya boleh dak berkenalan. Semalam pon ade miss call dari no yg sama 3 kali lagi. Tapi dier call sekali dering jer. Pastu letak.
SE: Ehh camne lelaki durjana itu boleh dapat no adinda?
BP: Entahlah kekanda. Tapi no adinda ni no public sebab adinda kan lecturer. Jadi satu university tau kalau tanyer maner2 staff.
SE: Ntah2 student adinda kot dok kacau adinda kot. Tu yg call sekali dering tu. Bajet org call balik sebab tak cukup kredit.
BP: Entahlah.
SE: Dia orang tau yg adinda ni dah tua kerepot kan?
BP: Ya kekanda.
SE: Dia orang tau yg adinda ni dah ade anak dua kan?
BP: Ya kekanda
SE: Dia orang tau yg adinda nyer laki sangat ensem lagi macho kan.
BP: Ya kekanda.
SE: Tak pe. Nanti kekanda talipon Razak Baginda mintak nasihat ye. Jgn ghisau.
BP: Baiklah kekanda. Roger and out
.

1. Celaka nyer manusia. Bini aku nak di ngoratnyer. In sudah serius. Ini lah nasibnya bila bisnes sampai bini terbiar.

2. Untuk sesapa yg blur, bini aku dan anak2 aku dok malaysia sekarang ni sebab bini aku kena serve her contract with USM. Jadi aku sololah sekrang ni..ehem ..ehem. Tapi bulan July ni iA famili aku dtg balik sini.

3. Manusia yg pesen ngorat bini org ni memanglah manusia saja cari nahas. Nahas pertama adalah drpd Allah sebab hukumnya haram ngorat bini org. Tunang org pon kita kena elakkan. Tetapi kalau ngorat laki orang, tu aku rasa no problemo sebab laki boleh kawin 4. Yahuuu!

4. Nahas kedua yg di tempah oleh setan2 camni adalah nahas dunia. Nahas bila aku jumpa malaun tu. Nak carik org bodoh tu bukannya susah. No talipon dah terang2 tertulis dalam miss call atau SMS tu. Bila dah dapat no talipon, aku adalh cara2 aku nak locate mamat tu. Pastu BOOMM!!

5. Manusia yg ngorat bini org ni dah selalu kita dengar atau baca lam paper. Aku pon ader kenal dua tiga ekor setan camni. Sekor tu, dok ozzy lagi, dok ngorat bini kawan aku yg dok solo kat sini buat pHD. Memanglah bini kawan aku tu cun tak kalah ngan rozita che wan, tapi itu bunga larangan beb. Aku dok usha dari jauh jer setan tu dok pasang perangkap. Kononnya, cam bini aku jugak la, bila org pompuan dok jauh dari suami ni, senang nak di uja. Nasib baik tak jadi.

6. Tapi bini kawan aku yg cun melecun tu sekarang dah jadi janda due to unrelated problem. Jadi aku dalam process untuk mintak bini aku, bagi aku amik janda tu jadi bini no 2. Aku tak boleh. Aku kesian. Aku kesian tenggok ibu-ibu tunggal ni! Lebih2 lagi ibu tunggal yg HOT!!

7. Aku suspect, drpd kekerapan SMS dan call yg bini aku terima, aku rasa ade org dah tulis namer bini aku kat pintu jamban mane2 ntah ni. Untuk pengetahuan kaum2 hawa pembaca blog ni, org lelaki ni cacat otak sikit. Kami suka tulis bende pelik2 kat pintu jamban sambil dok meneran taik. Pintu jamban tu seolah2 menjadi tempat berkarya atau membuat lawak badul. Memang banyak ilham datang ke kapala mase berak ni. Mungkin bile teran taik tu, banyak darah naik ke kepala kot!

8. Jadi, adalah mangkuk mane tulis namer dan no tepon bini aku kat pintu jamban tu. Jadi biler ader org dok melabur, sambil2 dok menunggu ketibaan baginda yg kedua ketiga dan sterusnya, apa salahnya dia SMS guna tgn kanan dia yg free tu.

9. Jadi dengan ini, aku melutut dan merayu, kepada semua awek2 di sini, untuk tulis nama dan no tepon aku di pintu2 jamban seluruh adelaide ni. Mane aci bini aku jer kene mengorat. Aku pon nak di mengorati !!.

10. Kepada GheySA dan member2 nyer, korang toksah lah buat2 rajin tulis name aku dan no tepon kat jamban lelaki plak yer. Kalau aku dapat pangillan drpd abang roslan ..."tapi panggil I Rose dah lah yer!!" , next time korang gi jamban...BOOMM!!.

sekian.mekasih.wassalam

Saturday, February 28, 2009

Hok alloh Kelate. Maing bola supo nate!

Stadium Kelate

Salam.

1. Nate Kelate. Kaloh lawe Slangor male nih. Skor tigo kosong pulok tuh, kiro habih te' doh tuh. Gano demo? Kato terror gitumo. Aku ingak kelate biso doh taung nih pasa dok atah numbor satuh dale liga melesiya dan tok rajing kaloh lagi. Tapi sebak kaloh ni aku raso jatuh no duo lah pah nih.

2. Tak po kelate. Kito buak koho2. Musing lambak laghi nok abih. Kito kutik point sebutir2 lamo2 insyaAllah mene' lah kito. Sabar. Bukekah kesabaran itu sebahagian drp iman.

3. Kelate haloh ko mene ko, aku tetap nyokong team kito. Tapi di harap barise' pertahanae hok tebolah tuh , bagi kemmah sekit. Defender jangae dok gelewak depe gol jah, hambak sikik player lawe nuh. Marking bro. Kalu player lawe terlepah, dok tunggu nate gapo lagi gak! Cah keting slalu!

4. Yes. Aku memang penyokong kuat team bolasepak kelate. Aku tak peduli standard bolasepak malaysia macam taik ke, asalkan team kelate menang aku puas hati. Kalau team kelate kalah pon, asal kan pastuh kami menang gocoh di dalam atau di luar padang sudah kira cover kekalahan tadi la.
"team selangor memang lagi best daripada kelantan"......Itulah kata2 pak Suparman pada hari terakhir die mempunyai gigi untuk mengunyah tempe.

5. Aku tak layan langsung bola England sekarang ni, sebab bagi aku itu hanya untuk budak2 gay dan budak2 pompuan yg tak tau main bola. Kalau team ManU, chelsea, arsenal, team national england ke etc mati terhempas kapal terbang, aku mungkin buat kenduri kesyukuran kalau mana2 mufti bagi line clear. Biar dierorang mampus sebab british football is polluting our mind people.

6. Why?
a) Bile last england menang maner2 major footbal competition? Champions league tak kira sebab tu pakai pemain import la. Team England loser lah bro. Jadi buat ape ikut depa.

b) Cara/corak pemainanan bolasepak england tidak sesuai dengan pemainan bolasepak malaysia. Pemain kita malas berlari dan tak bersemangat nak hambat bola kalau dah terlopeh. Reasons? Because di malaysia iklim nya panas dong. Kalau di hambatnya bola itu, pasti akan semput dengan gratisnya. Kalu di england atau australia ni, kapan musim bolanya pak? Time autumn-winter-spring, betul dak? Summer tak main. Jadi sedap je perambat bola. Kalu tak hambat, telur anda akan beku lah bro.

c) ramai orang buang mase stay up malam2 tengok bola kat mapler maner2. Besok gi kerje/blajar lalok jer.

d) bola england ni hype lebih dan bias. Cube korang dengar komentari tu baik2. Kalu pasal gerrard ke, lampard ke, menatang haram daripada england mane ntah: commentator tu mesti puji lebih2. Kalau menatang2 tu terror sangat naper tak gi main kat bayern ke, barca, real, inter ac, mizal. Penuh berdaki ketiak pon belum tentu masuk first eleven!

7. Bola ni tuan2 dan puan2, tak abis2 selagi kita hidup ni. Kita sokong letih2 bagai nak rak team mane2 pon, kalau team tu menang pon that season, next season lawan balik. Pemain bolasepak kat padang tu semakin hari semakin kaya, semakin fit, semakin besar muscle kaki dier, semakin tinggi skill bolasepak dia. Korang budak2 gay penyokong bolasepak england, semakin hari semakin susut duit sebab lepak mapler, semakin tak fit sebab dok isap rokok tak putus2 sambil tengok bola, semakin besar perut sebab dok melantak pukul 2-3 pagi pastu balik tido. Itu name nya masuk angin keluar kentut!

8. Satu lagi, tengok bola kat TV ni very bad for soccer mind. TV hanya tunjuk pemain yg dok bawak bola jer. Dier tak tunjuk camner pemain di luar kaca TV yg dok buat overlapping run, dok bukak space, sweeper dok susun defence balik, gol keeper dok jerit kat defender suruh cover wing kiri ke kanan, coach dok bagik sign tukar taktik dll. Itu yg ramai budak2 dok main bola bolot sorang2. Mangkuk2 ni bile dapat bola dok gelecek sorang sorang, tak nak passing member. Dier ingat org main bola memang cam tu.Aku geram jer nak tibai kaki bagik patah budak2 cam ni. Ni lah padah kalau dok tengok bola kat TV jer. Jadi kalau nak tau camner org main bola betul2, rajin2 lah ke stadium.

9. Malangnya bolasepak malaysia sekarang ni memang hancus. Ada seribu satu masalah yg perlu di atasi. Realistically speaking, we will never overcome this problem ever...ever. Terimalah hakikat bola sepak kita macam cikai. Paling tinggi kita leh naik adalah juara ASEAN jer..kot...kalau pemain thailand sakit perut makn tom yum basi hari tu dan pemain indon letih gi tengok konsert inul semalam. Peringkat ASIA no hope ever n forever.

10. Camner nak baiki "sikit" mutu bola kita? Well its a huge task. But you can start with these 2 steps
a) Start with developing young talents. When I say young, I means 4-5 years old. NOT 15 years old. Macam bersunat lah bro. Kita buat maser kecik2. Kalau dah berjuntai, merbahaya. So, you must develope the youngsters ball skills, basic tactics, strength, speed and psycho. As they grow, follow-up with more rigorous regime and so on. So bila dah main team malaysia, coach dah tak risau pasal fitness, psycho, strength and all that bullshit. Coach hanya pikir pasal taktikal jer.

b) Sultan2, politicians dan anak2 mereka haruslah di tendang keluar drpd FAM. Kita lantik org yg betul2 tau pasal bola jer untuk lead FAM. Aku tau la kalau ader org2 camtuh dalam persatuan, cakap je amende, semuar jadi cepat jer. Tapi on the other hand, biler Sultan pahang dok jadi presiden FAM, saper berani nak lawan cakap die? Kalau dia buat tindakan atau bagi cadangan cam cibai, saper nak bangkang dier?

11. Ade ke patut mangkak tu bagik talk kat pemain malaysia sebelum asia cup last year dier kata "jgn memalukan malaysia". Itu sudah negatif thinking namernyer. Tengok ape jadi? Kita di malukan! Maser anak dier letak jawatan selaku tim. presiden, dia boleh kata "beta bukan pengecut" so he refused to step down. Well pak cik sultan, aku tak kata engkau pengecut. Aku kata kau BODOH. Dah berkurun zaman kau dok jadi presiden FAM, mutu bola kita makin gostan ade la. Belah lah woii...

viva la republica
Wassalam.

Monday, February 16, 2009

Welkam freshies

Salam,

1. Wellkam to adelaide diucapkan kpd semua budak2 baru. Semoga anda find success di bumi ostolia ni dan masing2 dapat mengislamkan sekor mat salleh cun blonde untuk di peristerikan. Aku bagaimanapun sedang masih mencuba. Saper2 ader spare, boleh passing sini.

2. TQ di ucapkan kepada student2 tua, ops senior yang sudi pimpin tangan kanak2 tadika tersebut untuk ke kedai aku yg cikai ini. Semoga jasa engkorang di bayar Allah di akhirat kelak sebab nak harap aku bagi makan free kat dunia ni, korang boleh belah.

3. Kepada freshies, berjimat lah sikit dgn duit yg ade sekarang ni. Aku tau korang loaded. Tapi tak perlu lah unload duit tu kat kedai aku. Masak sendiri lagi bagus.

4. Abang2 atau kakak2 senior boleh tunjuk ajar camner nak masak bende2 simple cam maggi, laksa atau kek gula hangus. Spy2 aku pon dah report kat aku, sudah ader orang2 dok ngajar budak2 baru camner nak masak. Baik sungguh abang kakak tu yer. Rajin2 lah praktis. Lame2 terrer la.

5. Tapi biaselah kan orang baru belajar masak ni selalu buat simple2 mistakes. Tak kesah nyer, small small mater. Mistake2 yg selalu di buat biasanya boleh mendatangkan sakit2 perut sikit2 jer, cirit birit semalam dua je, pening2 kepala ckit, muntah2 darah semangkuk dua, kecacingan sekor dua, food poisoning elleh tarak mende, koma seminggu dua jer dan KEMATIAN, macam org lain tak mati kan!

6. Sumber rujukan di cini. Jgn cuak tengok kat US 5000 org mati every year. Korang kat australia, hanya 120 je kiok daripada 5.4 juta kes setiap tahun! Kenduri arwah boleh di kater oleh SB, jgn risau. No hall. AKu juga adalah AJK khairat kematian Adelaide. Pengkebumian bisa di atur. InsyaAllah.

7. Jadi, di sebabkan aku ni hari ni baik hati, aku pon nak tunjuk ajar cara menyediakan nasi dengan 2 lauk (ayam masak merah evening star dan taugeh goreng ala zimbabwe)

Bahan2nya
2 ekor ayam dara- (ayam bohsia tak di terima) wei camner nak tau ayam tu ader dara ke tidak?
2 biji lemon - ambil kulit dan jus -(habis isi dier nak buat ape)
1 biji oren - ambil kulit dan jus (jgn lupa cabut sticker sunkist)
50 ml sos HP (bukan hawlett-packard)
50 ml sos L&P (jgn pakai sos M&P plak)
1 cawan gula tebu (mat salleh panggil sugar-sugar cane, ringkasan daddy of sugar or suggar daddy)
2 gm bawang putih
2 sudu kecil kicap pekat (beres)
3 sudu kecil madu (canteek, madu tiga)
10 gm daun parsli - dicincang (sama species ngan daun bruce-lee)
250 gm sos tomato (ehh sape ader penimbang? camner nak sukat 250gm nni.)
1 sudu kecil serbuk cili ( jaga2. Kalau overdose berak bersembur)
3 sudu kecil minyak (tanah)
Garam dan lada sulah secukup rasa (in other words, BELASAH je lah)
Cara menbuatnya
1. Kisar kesemua bahan di atas kecuali ayam dan minyak. Perap ayam selama 12 jam sebelum dipanggang. Orait.
2. Bila dah ayam dah masak, bubuh dalam tupperware.
3. Naik bas pegi city.
4. Pegi 18, Stephens Plc dan bagi ayam tu aku. Aku nak check aper rasernya
Ayam Dara Berempah Gula Tebu ni. Aku maleh nak try sendiri.
5. Bawak keluar pulus 5 dollar dan order rice with 2 dishes plis. Gimme chilli chiken evening star and beansprout zimbabwe style. Tenkiu.
6. Settle. Kan aku cakap "cara menyediakan", bukan "cara memasak" lah bro.

8. Resepi di cilok dari cini. Di sebabkan hampir kesemua penyumbang resepi2 ni org pompuan, jadi atau tak jadi masakan anda adalh mengikut kitaran bulan. Bolehlah kot kalau nak try2 resepi kat situ atau sajer nak baca sampai gelak pecah perut tengok name merepek2 kakak2 dan makcik2 poyo ni bagik!

9. Selamat mencuba. Jgn lupa baca bismillah dan mengucap sebelum makan yer.

Sekian, Makasey, Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails