Showing posts with label carlton. Show all posts
Showing posts with label carlton. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

Meng-Islam kan keta aku !!!

Salam,

1. Arituh isteri pertama aku mintak beli keta satu untuk dia. So tak payah lah berebut2 keta ngan aku kalau dia nak merewang sakan. So aku belilah Mers sebijik kat dia......dengan menggunakan duit dia. (Duit aku tak leh sentuh! Simpan buat belanja kawan empat, tiga atau paling koman dua nanti iA)
Limited edition Mers. Memang keluar-keluar kilang dah camni. Abuk tu standard pakej. Rim caber blakang di buang untuk kasi kurang weight. Senang aku nak drift!!

2. Last2, aku plak yg pkai Mers tu dan dia cilok keta Porch aku. Aku chill je. Sebab aku kene practice bertolak ansur dari sekarang dah sebab bila dah berbini 4 nanti, aku dah prepared mentally, physically and sexually.

3. Tapi keta aku ni ada satu masalah BESAR! Ni keta org kapir. Tu dia stiker salib bersepah2.

St Kilda my ass!!

4. Ni silap2 kalau ninggal eksiden, masuk keranda pakai kot nanti. Walaupun aku tau aku ni ensem ber-kot, tapi malaikat Mungkar Nakir mungkin kurang sporting dalam hal itu.

5. Lagipon, kalau kat Msia org Islam marah org lain pakai nama Allah, kat sini plak mungkin mat salleh marah org Islam boh salib kat keta! Silap aribulan keta aku plak yg kene bakar ke, baling cat merah ke ape jadah.

6. Ini tak boleh jadi. Sudah menjadi tanggung-jawap aku untuk meng-Islamik-kan keta Ozzy nih.

7. Mula2 kita kikis baek stiker2 puaka nih...
Susah giler nak cabut. Ni tampal pkai holy water ke jadah.

8. Bila dah tanggal stiker, Alamak! Ala-Mamak! Baru kantoi bawah stiker tu, tu dia, cat tanggal lah, calar balar lah.

9. Jadi terpaksalah aku boh stiker lain, untuk meng-kaber line kecacatan keta aku tu. Dengan hati yg penuh berat di dalm keterpaksaan, maka aku boh lah stiker yg "kebetulan" terbeli kat Msia arituh.

Jgn jeles! Stiker bulan aku nyer. Stiker palestine courtesy of tokan stiker, Ammar.

10. Mungkin sudah di takdirkan kot! Ehh! Ape kejadah aku cakap nih. Dah sah2 ni telah di takdirkan. Takkan bende ni berlaku tanpa takdir. Seperti wujudnya Pak Pandir dan Mahadir atau cecair berlendir.

11. Ehh ada stiker lebih plak! Boh kat cermin cun gak.
Cun plak seat caber kereta Muallaf aku nih!!

12. Tapi, Plis! Plis! Plis! Kamu jangan.......cuba melabel aku sebagai pengikut fanatik sebuah parti politik "yang cuba membawa wadah perjuangan Islan di bawah gandingan mantap ulama dan profesional" tersebut. Kerana pada masa ini, aku hampir boleh 100% gerenti, bahwa pada pilihanraya akan datang, aku TAKKAN BAGI UNDI AKU kepada parti yg cuba untuk "menghentikan kemungkaran kerajaan sekarang" tersebut. Tidak mungkin terjadi. Kerana .....aku belum daftar mengundi lagi. Kalau aku dah daftar nanti, itu lain stori lah kan!

12. Hmmmm! Sebuah misteri di sini. Naper tadak stiker AMNOR jual kat tepi2 jalan atau kat pasar2 malam yerk? Kata AMNOR ni "Juara Rakyat"! Tak de org nak ke?

TAKBIRRR!!!!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

Sunday, June 7, 2009

Melben Cup 4: WarmUp Gempaq, Lutut Lawan Ketaq

Salam,
Ni adalah susulan kepada Melben cup 3

Disclaimer: Semua gambar2 yg ader potensi untuk mengaibkan tuannya telah di ambil verbal consent masing2. Tak caya tanye sendiri. Gambar2 lucah ini tidak sesuai untuk di tonton oleh jejaka2 sensitif atau perempuan2 skema yg emo. Anda telah di warned! ...walaupun aku tau kau akan tenggok gak.....kantoi!!
All gambar credit to: elfer, syitah, pak lan dan zaid. TQ guys!!

1. First day Melben cup...(Woi tak abis2 cerita lagi ke?...Diam la kau Melben Lovers!)

2. Tibalah saat yg di nantikan, pertemuan balas dendam antara Carlton Blues vs Adeled. Personally, aku rase memang kami akan kene belasah ari tuh. Tapi belum lawan belum tau. Aku pasrah jer lah.

3. Setiap team yg gempak, seperti Barca, AC, Inter, Galatasaray, Real, Kashima Antlers, Kelantan dan Swinging Bowl FC, mempunyai persediaan yg mantap sebelum menghadapi apa2 perlawanan. Marilah kita saksikan apakah methodologi yg diguna-pakai oleh Swinging Bowl FC yg membuahkan kemenangan tidak sengaja di Melben Cup arituh.

4. Penyususan barisan pemain-pemain dan strategi yang teliti.

Teliti kepala hangguk kau. Aku tenggok board tu sekali ni jer pakai. Pastuh board ni di gunakan oleh penyokong2 untuk caber daripada matahari dan sebagai senjata stand-by! Muahahahhaha..siol boleh ngaku plak.

5. Kehadiran pom pom girls dan bodigard boys.

Pasal girls supporter, aku no comment. Kang ader keluar komment2 emo kate aku sexist lah, tidak sensitif la, mcam2. Silap aribulan ader yg kater aku racist sebab semua pom2 girl melayu!! So, aku diam sudah! Penyokong2 lelaki walaubagaimanapon dipertanggungjawapkan untuk menggoda pom2 girls pihak lawan sehingga mereka mengabaikan tanggungjwap untuk mengsorak team mereka. Sebab itulah penyokong2 lelaki kami, asyik2 lesap dari touchline sebab pakat2 dok melepak belakang khemah budak2 melben.....dok mengusha.....jgn usha saja je bro!!

6. Warm-up secukupnya

Ibarat kerete proton saga keluaran edisi pertama 1985, maka aku kena awal2 gi warmup dulu. Engine lambat panas. Dah seasen. Sendi2 dah berkarat. Kenelah bagik minyak pelincir dulu. Tenggok muka aku dah start garang Game face mat salleh kater. Ni muka "apa hal?". Muka yg sama gak kat kedai, "Hah! Nak komplen apa?". Padahal aku baru bangun dari 10 minit nap kat blakang keta sebab malam semalam aku tido 3 jam je kot. Dahlah pulun V sampai brape can ntah, aku pon dah lost kaun.

7.Practise buat muke innocent, muka tak reti main bola, muka kesian.

Inilah muka pok check masa gembira, marah, menangis, rindu, tertawa hiba, tension, frust dan berak. Senyum sentiasa. Murah rezeki kau, iA. Ini macam, lawan tenggok pon tak sampai ati nak tekel. Ref pon tak bagi kad. Padahal, ni lah senjata midfield kami yg utama. Kalau aku budak melben, turun2 je pok chek dari kerete kat parking lot, aku dah tekel terus kat pangkal tengkuk budak ni!!

8. Mental and psycological preparation

Cekal kan hati dan pasang kan positif thought di minda. Ingat mak, pak, awek, abang , adik, sepupu, awek hot sebelah rumah, timbalan ketua pengawas sekolah rendah anda, rozita cek wan, nenek sedara kawan fesbuk anda, kambing biri2, ayam, itik, pokok durian dan ikan puyu anda, yang masing2 menaruh harapan besar kpd anda untuk menjulang nama adeled di persada bolasepak antarabangsa!!

9. Membetulkan parking

"Wei..aku baca kat blog maldini die kata "bonjourno mamasitas". Itu maksudnyer, kita kenelah parallel parking untuk mengoptimakan pergerakan kita di padang bola. Side parking, atas parking dan upside down parking tak main la!!" Parking yg betul adalah vital kerana ia membolehkan pemain2 konsentrate sepenuhnya kepada bola di tengah padang dan bukannya kepada bebola di celah........opss brekkk!!! ..Sila isi tempat kosng sendiri (pergh cuak aku. Silap2 ni pon kene komment..)

10. Massage dan physiotheraphy.

Berguna untuk meng-loosekan otot2 yg tegang dan menguraikan urat2 yg tersimpul di sebabkan terlampau lama duduk terperuk dalam kereta masa drive dari adeled ke melben. Urutan haruslah di lakukan tidak mengira masa sebagaimana di tunjukkan oleh physio kami ini. Waktu salin baju pon tidak di persiakan olehnya. Kerakusan beliau di dalam menjalankan tugas, amatlah kami hargai. Kami sungguh beruntung, setelah kehilangan phyiso lama ihsan huhu atas faktor umurnya yg tua, kami mempunyai bekap yang.............Ehh!! Kejap Kejap!! Woi...Yang kau dok urut buntut tu bukan pemain! Itu penyokong siolll! Apa? Dok tepuk Nyamuk? Ehh ader nyamuk kat pipi kau..PANG!!

11. Begitulah persedian team kami, champ melben cup 2009. Kepada budak2 melben, jgn la tension plak yerk. Nanti kat Sidni, kami bagik chan la korang menang sebab kami takde chan langsung, kecualilah kalau aku di apgredkan jadi stiker!! ehem ehem..Faris! Nak makan free 10 tahun dak? (aku tau kau ader 6 bulan jer kat sini)

Sekian. Makasih. Wassalam.

Saturday, April 18, 2009

AMNO Melbourne Cup 2009 Jilid Kedua - Sejarahnya


Skuad Looser Melben Cup 2007: Berdiri: azman (super sub), faris (belum baligh lagi), aku (tetap macho), imm (belum mumayyiz), azmi (keeper spare), mong (manager/kaki pukul/ budak milo), fahmi (taim tu dah terrer dah), zarip (kapten emo), papa (nampak tinggi plak kau), abdullah (import saudi), ezy (bek kanan...ke kiri?ntah)
Duduk: mus (baru sampai awal tahun tu..sudah bermisai sejak darjah 3), jibo (zaman kurus), fawaz (zaman hensem), ihsan huhu (budak migraine), mukh (gay), pulong (zaman kurus gile..ehh skang pon kurus gak), chup (DM maut)


Salam,

1. Gilo! Aku dah addikted ngan facebook. Menate' sungguh. Ni kena mandi air 7 kuala sungai dan 4 mangkuk jamban baru boleh sembuh ni.

2. Wokay. Aku dah main bola di adeled ni dah bertahun2 lamanya atau lebih accurate berbelas tahun lamanya. Alhamdullilah aku dah menang atau dapat medal dlm almost all competitions, padang atau futsal, yang ada kat Adeled ni yang melibatkan pasukan amatur cam kita. Bukan sebab aku terre kay. Kalu korang dok adeled bertahun2 cam aku ni, kalau masuk tournament tu 10 kali, takkan tak menang sekali kan. Alhamdullillah aku masih main lagi sekarang...tak sedor diri lagi aku ni. Nak buat camne...Aku ni mcam Beckham la, dah veteran tapi tetap hensem dan terrer main bola........amik kau!

3. Akan tetapi, Melben cup lah yang aku rase paling special. The journey we have to make, the thrills of meeting the unknown opposition, the pressure of being the away team, the quality of the teams, kita di adeled ni tak leh challenge lah senang kata.

4. Aku tak tau berapa lama dah ade melben cup ni, tapi yang aku dengar2 tahun 2005 dah ade. Asalnya tournament ni untuk bduak2 melben je. Tapi depa buat tournament ni slalunya mase easter semester break, jadi ramai budak2 adeled melepak sana taim tu untuk jumpa awek, carik awek, melancung dan melencung.

5. Maka bermula lah sejarah penyertaan team adeled mase tu bile budak adeled bername josie "kurus" (ni jantan wei.bukan awek yerk) kenal organizer tournement tu dan berjaya cilok masuk. Maklumlah UMNO lah katakan...kenyit2 mata sikit sambil belanje makan sikit, kira settle lah muahahha. Jadi team adeled time tu aku dengar2 josie pakai tangkap muat bdk2 kita yg gi lepak sana lah dan campur kawan die kot. Aku rase jadi budak blasahan kot team tu tahun 2005 tu.

6. Next year iaitu 2006, josie yang "sudah tidak kurus", telah mengumpulkan team yang better dengan memasukkan superstar adeled iaitu Anas. Pergh siriau aku biler taip nema dier. Budak lain yang aku kenal yang pegi sekali ialah mukh, zarip, no'o gittu kot. Tapi team ni bukanlah team all-star adeled cakap lu. Masa tu aku inggat lagi, berlakunya perpecahan besar di dalam kancah arena perbolasepakkan adeled diantara team "budak yang cintakan syurga dan berusaha untuk pergi ke arahnya sekarang" dengan "budak yang cintakan syurga tetapi nak rilek2 dulu, nanti kita pergi la".

7. Politik bolasepak la senang kata. Jadi walaupun team yang pergi tu ade star, tapi banyak position2 lam team tu adalh drpd kroni2 pihak pengurusan ataupun, star2 adeled tak leh pegi sebab ade aktiviti di adeled. Resultnya, pada melben cup 2006 tu, team adeled tak lepas grp stage pon. Uwaaaa........padan muko sebab tak ajak aku.

8. Kalau tak silap aku, tak lama lepas tu berlaku pengstrukturan semula team bolasepak adeled di mana zarip (star midfielder) telah di cilok drpd team jossie/rosepark untuk diserapkan kedalam team paling dominan di adeled taim tu yang aku tak inggat pekejadah namenya. Team ni adalh team gabungan antara" budah baik" dan "budak ada niat baik" tetapi still bukan team all-star adeled sebab josie dan no'o tak join sekaki. Dan team ni angkut ape yang boleh diangkut dalam tornament bola adeled ni (lebih kurang gittu lah ceritenyer..betul ke ni?).

9. Jadi pada tahun 2007, team adeled telah mantap di bawah kepimpinan kapten zarip dengan dibantu oleh pasangan gay abadi beliau iaitu saudara mukh. Kali ni betul2 all-star adeledians teamnyer. Kami dah main sekali sebagai satu pasukan dalam beberapa tournament dan frenlies dah. Kira2 chemistry tu dah tahap gaban la taim tu.

10. Pergilah kami ke Melben cup dengan penuh konfiden pada tahun 2007 tu sebanyak 4 buah keta kot. Semua player dan manager jer. Aku pegi sendiri ngan bini no satu aku dan anak aku. Semuer org sampai sehari sebelum match jadi sempat tido semalaman lagi.

11. Besoknya main, mak oii ai, untuk org firsttime cam aku dan 90 percent drpd team tu kot, tercungap2 gak ah. Kaki aku terasa berat gile mcam ader awek dok bergayut kat situ suatu waktu dahulu . Baru aku sedar standard budak melben lagi tinggi siol. Lagi banyak star, semue org boleh main bola, depa physically lagi besar dan fit, taktically lagi prepare dan lebih berpengalaman.

warm-up warm-up.....Bola cun jibo sebelum ilang..Aritu kat melben jibo ilang bola lagi. Wei jibo. lain kali bola tu gantung kat tengkuk baru tak kene cilok.
12. Terima kasih di ucapkan kepada team Carlton blues yang hanya membelasah kami 2-0 (celaka nya bakar) mase first game walaupun depa ader beratus2 chances sebab depa totally menyontot defend kami kiri dan kanan. Pelan2 kami bangkit dalam group kami dengan seri 1-1 dengan kpg vic, menang dengan urban blood dan menatang ape team satu lagi ntah. Jadi kami dapat sekend lam grp blakang CBlues. Yeahh masuk semi buat pertama kalinya dalam sejarah dan tercapai objektif kami. Sekarang target medal.

13. Second day tournament kami main semi lawan thights FC yang badan masing2 besar gedabak mcam main ragbi dan di tunjangi oleh....anas. Kami team adeld dah ramai yang dah injured ataupon dah nak tercabut kepala lutut. Setelah bertahan macam org gila, benteng kami bolos biler pemain thightFC dapt through ball yang tak terkejar oleh kuda tua iaitu aku dan mamat tu terus pecut dan mengalahkan fahmi....trauma ku belum berlalu... Lepas tu team kami bersepai dan di kalahkan 3-o akhirnya.

14. Semue org down dan tengah sakit2 lagi tu, kami kena main untuk tempat ketiga atau empat. Tpt ketiga je ade medal, jadi kami pulun gak main dalam terseksa dan akhirnya team clazyio tu score satu di penghujung second half dan menang 1-0. Kami pon balik tangan kosong. Cisssss.

15. On hindsight, ada beberapa kesalahan kami 2007 tuh,
a) tak bawak awek2 cun untuk menyokong team kami.
b) terlebih usha awek2 cun yang TAK sokong team kami.....especially Im yang baru mumayyiz.
c) pegi gaduh ngan awek2 cun yang tak sokong team kami menyebabkan
d) balak2 awek cun gaduh ngan kami. Imm dan faris kene yellow..aku rase zarip pon same kot.
e) Jadi kami main dalam suasana stress sebab main kejap2 stop sebab nak bergocoh. Kalau gocoh sungguh best la, tapi sebab masing2 main acah2 je, tu yang tak release tension tu.
f) team 2007 aku rase lagi power tapi tak cukup preparations eg frenlies ngan team lagi hebat dari kami, fitness dan psyhcological. Tu yang cuak semacam biler lawan team power
g) ramai injured pastu sub tak power atau pon sub takde pemain pada posisi kritikal eg midfielder atau striker. Jadi biler sekor2 dah pancit, kene migraine (sapa ntah..buat rugi je bawak..muhahaha) atau terkehel, pemain yang gantikan first eleven tu , tak sepower pemain asal. Jadi game jadi down la. Mcam mane nak buat...

Sebenarnye kami budak2 adeled jeles ngan CB sebab ramai awek2 cun sokong dieorang. Tengok la. Awek sikit punya cun gini pon zarip bole buat gadoh.....
16. Aku tak tau lah korang inggat tak aku cakap mase lepas kalah placing 3,4 tuh. Aku cakap dah team kita ni sepatutnya boleh senang2 blasah team clazio, kpg vic etc dan kalau train sikit lagi, boleh fight lawan thight atau CBlus. Aku dengan emo-nyer cakap kita next year (2008) dtg balik kita boleh menang kalau kita train lebih sikit. Aku tenggok muka sekor2 taim tu macam tak caya cakap aku.

17. Pastu baru aku terpikir. Camner nak menang kalau 2008 takde zarip, muk, papa dan chup. Daripada junior yang sampai tahun 2008 tu, hanya don je yg cukup ensem untuk di serapkan masuk team kami. Kalau pegi kompirm kene blasah. Sekali tenggok tahun 2008 tu, kita tak di invite masuk cakap lu. Budak2 adeeld dok spekulate sebab team adeled sibuk dok kecoh2 dan gadoh2 maka depa tunggu kaki kepoh tu balik baru depa invite balik in 2009..Tapi depa tak bajet Imm ade lagi.!!!muahahha

18. Gitulah ceritenye. Walaupun team okay, tapi dah takde rezeki dier orang.

19. Jadi tahun 2006 carlton blues menang, 2007 tu thight fc menang dan 2008 carlton blues menang balik.

Thight FC champion 2007. Anas yg lompat kangaroo depan kanan.


Carlton Blues champion last year 2008. Mat salleh dan keeper je tukar kot drp team tahun ni. Doller yang bawah kiri. Bakar budak pendek sebelah mat salleh tu. Wing kanan kim ke pekejah name yg depan kanan tu.

TBC: Melben cup 2009 the road to victory....

Sekian. makasih, wassalam.

Monday, April 13, 2009

MELBOURNE UMNO CUP CHAMPION of 2009.

Salam,

Melben memang bandar yg lagi gempak dari adelaide.
Melben lagi besar.
Melben lagi happening.
Melben lagi banyak kedai makanan halal. Lagi best pon drpd SBowl aku.
Melben students plak gilo babi lagi ramai daripada adeled. Jadi..
Melben aweks lagi ramai lah daripada adeled.
Melben aweks ni plak, lagi cute, cun and hot daripada adeled....whyyyyy!!!
Melben balak pon lagi ensem dari adeled... sukar untuk ku menerima kenyataan.
Melben students pon dapat scholar lagi banyak dari adeled. Lagi lah sakit hati!
Melben students banyak anak org kaya, jadi depa bawak keta lagi besar dari budak2 adeled.
Melben students tak bawak keta cabuk cam budak adeled.
Melben students tak perlu kerek ngan keta sewa dari avis atau hertz.
Meben students pon lagi stailo dari adeled. DFO ader 3-4 buah cakap lu.

Akan tetapi......
di dalam kancah bolasepak antarabangsa Australia......

Adelaide terbukti lagi terrer dari Melben!!!

Bcoz,
ADELAIDE SWINGING BOWL FC is the winner of UMNO CUP 2009!

Cayaaaaaaa laaaaaaaaa.........!! Gilo babi aku tak caya lagik!
Macam mimpi siol!!

Bukan setakat kami menang, tapi kami telah have our revenge from 2007 against Carlton Blues twice (2-0 masa group stage dan 4-1 penalti masa final) and Clayzio (1-0 semis) as well. Thights FC escape our wrath, but they are way below our level..di belasah Carlton 4-1 dan clasio 2-0, jadi tak yah lah jumpa kami.

Superstars of the tournament adalah goal machine Mus petronas yg dapat top scorer medal dan Fahmi yang tak dapat medal, tetapi kami tau dia adalah keeper terbaik di dalam sejarah yang pernah main untuk adelaide dan man of the match mase final.

Terima kasih Mus sebab menjaringkan KESEMUA gol2 kami (6 gol).
Terima kasih Fahmi sebab blok bakar's (carlton) point-blank shot maser final dan menyelamatkan 2 penalti disamping mejaringkan penalti kemenangan sewaktu finals game penalty shoot-out .
Terima kasih kepada budak2 junior bandu, meiu dan shaver yang nyuntik the vital tenaga muda kepada DM (deffensive midfielder).
Terima kasih kepada penyaring gol penalti maser final tu, mula2 aku (ehems...), kemudian imran, miew dan dah cakap tadi, fahmi.
Terima kasih kepada penyokong2 fanatik adelaide, yang lelaki dan perempuan, yang junior dan senior, yang memang budak adelaide dan budak2 dari tempat lain (budak2 melbourne sendiri yang berpaling tadah dan NZ, etc).
Terima kasih kepada kapten superGheySA yang organize frenlies, jersey dan team di samping menodai bakar, doller dan lain2 pemain ensem sewaktu tournament tu.
Terima kasih kepada budak2 melben yang menumpangkan kami sewaktu di sana.
Terima kasih kepada kelab UMNO adelaide kerana sponsor fees dan subsidised the expanses. (cakap la TQ kat KJ ke khir toyo ke yang bagi duit kat U kay!!)

And lastly, berterima-kasihlah kepada ALLAH kerana segalanya telah di tentukan dan usaha kita telah membuahkan kejayaan.
Alhamdullilah kita telah selamat di dalam perjalanan pergi dan kembali.
Semoga kita telah mendapat pengalaman yang berguna.
Semoga kita berjaya mempertahankan kejuaraan next year.

And now, our next aim is champion of australia..MASCA game July 2009.

Sekian, makasih, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails