Showing posts with label melbourne cup. Show all posts
Showing posts with label melbourne cup. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Ramalan Ku Benar Belaka.

Salam,

Aku dah cakap in last post .klik sini



1. Injury

Baru 5 minit start tornament, Cho dah pengsan kene langgar.

2. No Gewes = No Win

Sampai terpaksa salah sorang drpd pemain kami menumpang kasih dengan gadis melben. Tapi dia makan sorang2 jer...

3. Punca Isey TokSey Ikuk Gi Melben.

Kantoi kaw-kaw punya, baru sejam aku bertolak gi melben kot.

4. AK= Akmal Khairy

AK= Akan Kalah...
__________________________
Maka Resultnya Adalah...

....... eliminated kat group stage. Uwaa...
___________________________
Bad Luck Bras....

SBFC 2012. TQ boys kerana train dan bermain bermati-matian dan TQ manager Afiq (baju hitam tu) kerana berusaha paling keras ..... utk tahan nafas dan sedut perut di situ. Haha.

Better luck next tornament insyaAllah.

Sekian, mekasey, wassalam.

Thursday, April 12, 2012

Dah Nampak Dah Petanda-Petanda Nak Kalah Ni.....

Salam,

1. Lagi 1 hari lagi the time will come again. Waktu yang di tunggu2 oleh budak2 bola Adelaide. Tournament bola anjuran kelab Umno Melbourne, atau Jimmy ("Timbale Kekteng Pasukey"), panggil Melbong Kap. Yeaaaayy!.

2. Kitaorang memang suka gi Melbong Kap. Mana boleh challange the thrill buat road-trip, pastu gi main tempat orang, lawan team power2, pastu menang plak tu. Di samping ianya memupuk semangat assobiyah kenegerian Australia Selatan, Melbong Kap juga memberikan peluang kepada budak2 Adelaide untuk mengusha awek2 hot, yang amat2 jarang di temui di kampung Adelaide.

3. Alhamdulillah, team Adeled pernah menang dua kali Melbong Kap ni, 2009 and last year 2011. Jadi this year kitaorang akan pergi sebagai defending champion. Pehhh. Tapi bro, belum apa2 lagi, aku dah nampak macam-macam petanda2 nak kalah ni. Camner ni bro, camner?
________________________
Punca2 Kekalahan Team Adeled Tahun Ni.

1. Aku injured
- Aku sebenarnya sakit lutut kiri aku dah dekat dua bulan .......sebab aku tersepak dinding sorang2. Dah puas aku rest, makan neurofen, glucosamine dan fish oil, semuanya hampeh.
- Jadi aku nyer "swing" masa sepak dah lari alignment banyak. Sebab tu lah aku tak skor penalti masa final tornement futsal arituh. Bukan sebab aku dah tak hebat. Aku masih hebat. Tapi lutut aku tak hebat.
- Jadi aku psikologically agak terganggu. Sebab tu prestasi aku agak dowm dan seringkali posisi aku terhad di atas padang dan di atas ranjang.

2. Star player tak ikut
- Jadi apabila aku, selaku star ranking no dua dalam team ni injured, aku ingatkan boleh lah star2 ayam yang lain cover aku kan? Sekali back-up2 singer Adeled macam Miu, Bebeh, Im dan Naimullah, tanak pergi pulak! Kerek siol diaorang.
- Tak pasal2 midfield, defend dan keeper kita kureng. So mula2 aku chill jer sebab star ranking no satu Adelaide kata dia pergi. Dia sorang jer boleh cover kesemua posisi2 tu, termasuklah posisi striker, linesman dan pom-pom girls. Sekali tetiba semalam dia cakap dia pon .......tak pergi.......uwaaaaaa.
Star ranking No Satu

3. Dua kali kena halau beb!
- Dua kali beb. Dua kali! Mula2 tengah syok2 training kat Greenhill Rd tetiba datang mat salleh halau kitaorang. "You cannot play here! This is our pitch! We will sue you!". Rilek la bro. Jangan nangis plak.
- Pastu dua hari lepas kat St Clair. "We pay for this field. We paint the lines. Next time you must called council first. They will tell you, to contact us". Banyak la kau punya konek...ehh kontek. Naim dah talipon doblas kali kot. Diaorang cakap line clear.
- Jadi korang paham2 lah kan. Ni macam alamat2 tak baik lah nih. Tak pon ni kerje budak2 Melben ni aku rasa. Dioarng nampak kita post kat group fesbuk kita train kat mana, pastu dioarng suruh awek2 hot diaorang called mat salleh-mat salleh ni semua. Demm. Haha, Gurau je budak2 melben hokay. Jgn bunuh saya..

4. No Gewes, No Win.
- Tahun 2008 masa first taim aku main Melben Kap, tiada gewe2 Adelaide yang ikut. Result = Kalah.
- Tahun 2009, gewe follow satu kereta. Result = Menang.
- Tahun 2010, No gewes. Result = Kalah.
- Tahun 2011, gewe follow satu kereta. Result = MENANG!!
- Tahun 2012, NO gewes. Result= Konfom Kalah!

5. Isey tok ikuk!
- Semua budak2 bola tahu, mastermind kemenangan team kita last year adalah Isey selaku coach dan Afiq selaku manager. Malangnya tahun ni Isey tak ikut!
- Jadi tahun ni, tiada lagi seorang individu yang kurus macam tiang, putih melepak kalah neelofa dengan muka serius macam Aaron Aziz dlam KL Gangster (melampau sangat dah nih!), yang berada di line-out dok conduct movement and substituition team kita.
- Aku tahu semua orang agak down sebab Isey tak ikut kerana dia cakap dia test next monday ni. We need his expertise. Tapi aku yang kenal Isey selama dua tahun ni langsung tak down. Sebab aku tau taktik kotor dia ni.
- Aku tau Isey bajet bila kita 20 orang budak2 bola yang hensem2 berada di Melbong, dia boleh senang2 tapau semua awek2 Adelaide sorang2. Dem. Korang ingat tak masa NCG last year, selambe dia tinggalkan kita budak2 bola semata2 kerana dia nak main frisbee......dengan aweks2. Takpe Isey! Takpeeee...
Salah satu drp berpuluh2 bahan bukti kekantoian beliau mengodis....

6. Akmal Khairy
Siapa yang dia sokong, konfom.......alah kau tengok skor tu sudep.

_____________________
Life is not perfect


1. Bro. Tiada bende yang perfect di dalm dunia ini. The only perfect stuffs are in heaven. We are meant to live in this imperfect world with our imperfect self, so that we can be tested to separate the worthy from the not worthy, to enter heaven.

2. So kalau kita being tested, surrender should not be in the menu. Kita fight. Sampai mati kita fight. Menang kalah suku cerita. Kita bukan di judge dengan keputusan fight tu menang or kalah. Kita di judge dengan semangat kita untuk fight. The quality of our fight.

3. Korang jangan lupa. Orang2 yang mati syahid tu, mati bro. They don't even know dioarang menang ke kalah dalam pertempuran itu. Doesn't matter if dioarang ayam main pedang or pukul macam pondan. Diaorang masuk syurga sebab they died for their cause.

4. Aku tak mintak korang semuanya mati syahid hari Sabtu dan Ahad ni. Aku hanya nak korang main bermati-matian. Forget all the alasan2 remeh yang boleh kita jadikan alasan kita kalah.

5. Setiap kemenangan yang kita kecapi dulu di dalam Melbong Kap ni, datangnya dengan dugaan. In 2009, sampai pagi Sabtu so tak cukup tidur, main gaduh2, injury etc. Last year, 2011 pehhh...kalaulah korang tahu betapa gilernye "behind the scene" taim tu, or even "after the tournament" nyer politikus, pehhh. Mampos pecah pala aku. Tapi alhamdullilah everyone was very professional and put the team first. Tq people.

6. And sorry to Que and team kaki bangku from myself. Totally my fault.

7. So this year aku no longer jadi kapla. Aku happy je dok belakang2 diam2 dan follow instruction from kapten Naim, coach Isey dan manager Afiq. They have done a good job to manage the headache untuk select sapa main dan cover budak2 yang tak boleh pergi. We have a good team again this year, and hopefully we will go all the way insyaAllah. So boys. Gud lak!

" Melbourne Cup 2012 Champion. NCG 2012 Gold Medal. Nothing less"
Kite bakorr...

Sekian, mekasey, wassalam.

Thursday, April 28, 2011

Kajian Geografi Terperinci Terhadap Padang Bolasepak Yang Akan Di Gunakan Di Melbourne Cup Nanti.

Salam.
....kpd budak2 melben. Ni gurau2 je. Jgn la emo plak yer. Gud lak in the tournament bros...

Pehh..dah lah krem buntut drive 8 jam pegi melben. Pastu kene drive pergi manahala ntah nih. Ni macam ajak budak2 Melben main kat Adeled, pastu bila sampai, kita cakap padang kat Victor Harbour!

Pehh...Padang berpanau! Tapi takpe. Parking ade. Toilet ade. Dan bila kita close-up bangunan2 kat parking lot tu...

Ade Nandos sial. Kenyang Shaver! Selamat lah tokey kedai tu jadi kaya boleh pergi buat umrah minggu depan. Tapi, menatang ape yg across the road tu?

Fuyoo! Ade mini-golf sial! Hmmm..ni sudah suspicious! Mari kita zoom out skit,

Pehh! Ade Golf course plak. Zoom-out lagi...

Mak Bapuk! Berapa banyak golf course ade kat sini. Keysborough, Southern, Rossdale, Kingswood, City of Kingswood Public, Woodland. Enam! Pehh..kalau kau zoom-out skit lagi, lagi-lagilah melampau!

Aikk! Budak2 Melben ni mcam tetau je budak2 Adeled ni ramai yg kaki golf. Ini sudah saspek. Ini sudah macam ada konpirasi utk menjatuhkan team Adelaide nih!
Daripada keeper, ke defender, midfielder, striker sampai ke manager2 semua kaki sabit menyabit rumput. Dem la! Ni sekor2 ntah2 tetiba hilang taim game nanti sebab pergi menyabit!
Ni tak boleh jadi. So aku check balik view padang bola tadi...

Pehh...sebelah western side ade rumah orang ngan swimming pool siol. Macam tetau je ramai budak2 bola ni kaki porn yg konfirm akan pergi skodeng nanti.

Tapi aku baik. Aku mat masjid kot (sila tekan sikit qolkolah pada perkataan "kot" tersebut) Mana masjid nih?
Fuhh...dekat2. Keysborough Turkish Islamic Centre. Marilah kita bersama2 beriktiqaf di waktu lapang ye rakan2 sebaya ku!

Tetiba nostalgia 2010 kembali meng-flashback ke benak ku. Aku pergi "K-Mart Punya Pasal" tak pepasal team kami kalah last year. So, apalagus. Trus aku check lokasi dan koordinat K-Mart yg berhampiran.
K-Mart kat Parkmore shopping centre 4.7 km or 6 mins drive je! Fuhh! Lega! Dekat je tuh. Tetapi, apabila aku click return trip....



Hoi! Hotak kau! Jadi 10.9 km or 19 mins drive! Whatde!...Pergi 6 mins, tapi balik 13 minit! Apakes?
Bila aku usha elok2, rupa2nya tak nak pergi padang ni mcam harem skit. Tak boleh masuk cilok trus. Kene pusing jauh, pastu buat u-turn. Siol.

Pehh...ni mmg meng-konfirmkan bahawa budak2 Melben ni mmg pandai2. Saje je diaorang nak mengoda aku untuk pergi K-Mart. Tapi, bila aku nak balik, perghh...berzaman. Itupon kalau aku jumpa jalan nak masuk ke padang balik tu!

Dah lah pantai kat situ mcam melambai2 aku untuk pergi snorkelling plak tuh. Dem la.

So, slepas puas aku mengkaji dan mengulang kaji Gugel map ini, aku ingat dah setel dah kajian aku terhadap faktor2 geografi yg mungkin mempengaruhi permainan bolasepak kami.
Sekali ada orang forward e-mail drp organizer kat aku. Kat situ ade attachment "Venue map". Bila aku kelik je, aku nampak ni......

Okay. Sekali tengok, biasa je. Tapi bila aku perati elok2......
Aikkk!!!! Ade SHELL!!! Hoii! Manahala datangnyer Shell ni! Whatdeduck! Takde pon kat dalam Gugel map!
Pehhh...betul ke location yang di berikan kepada kita ni sebenarnya? Ni semuanya konspirasi nih! Konspirasiii!!!

...Gud luck Adeled!

Sekian, mekasey, wassalam.

View padang 360 degree: http://www.footballchaos.com/index.php?option=com_content&view=article&id=159:braeside-lemnian-community-centre&catid=52:venues-provisional-metro-leagues&Itemid=92

Saturday, February 19, 2011

Rampasan Kuasa !!!

Entry ini adalh untuk budak2 bola Adeled

Salam bros....

Aku nak britau engkorang semua, tahun ni Aku volunteer untuk jadi Kapten!

Selambe rock je melantik diri sendiri. Muahhahahhaha!
Sesape yg tak puas hati, boleh slow talk ngan aku.

KENAPA AKU NAK JADI KAPTEN

1. Aku hebat kot! Kamon la. Lagi mau tanya! Nasib baik ada pangkat kapten jer. Kalau ada pangkat General, dah lama dah aku jadi General Azam!

2. Aku nampak, team bola kita masih pening2 lagi sejak Melben Cup last year. Semua org macam down,giler. NCG pon kita tak main. Jadi kita memerlukan seorang pemimpin yg berkarisma dan berwibawa utk membawa kita keluar dari lembah kehinaan. Aku la tu!

3. Bila takde sorang yg dominan, team jadi pening. Semua org nak bagi opinion. Player keluar masuk ikut suka hati jer, semua taktik dan strategi boleh buat lap buntut lagi baik. Organize lah sikit. Jgn main mcam keling.

4. Satu lagi, aku ni dah err.....season. Umur pon dah 27 tahun (uhuk... uhuk!). Jadi kemungkinan besar inilah last kopek aku untuk main gila2 ngan lelaki2 muda di atas padang. Lepas ni aku mungkin hanya mampu untuk "bermaen gila2 ngan wanita2 muda di atas katil" sahaja.

TEMPOH AKU HANYALAH 6 BULAN SAHAJA.

1. Melben Cup dan NCG sahaja. 6 bulan pon tak sampai!

2. Sebab apa kejap sangat? Kerana aku dah bertahun2 jadi kapten masa zaman aku muda remaja dulu (iaitu last week). Cukupla. Takkan aku nak jadi kapten forever kan? Mampos la gitu. Aku tolong kasi korang stabil skit tahun ni, pastu, aku lepaskan balik kat korang.

3. Korang pulak kene jadi kapten. Baru korang belajar. Baru korang improve.

WARNING!!

1. Aku memang main emo. Kalau aku terjerit2 marah korang, sorri ler bro.

2. Bola first, kawan second. No favours. Kita train letih2, pastu naik kereta jauh2 ke Melben dan spend duit untuk ke Melben Cup dan NCG. Jadi kalau kau expect aku nak select team sebab member2 ke, player last year ke or budak2 final year ke, boleh pegi mampos. Tapi kalau kau ada adik cun berbodi melekuk-lekuk, itu boleh di pertimbangkan.

3. Aku carrying an injury skang ni. Lutut spoil. So ada kemungkinan aku takleh main. Jadi kalau main pastu kalah, itu di sebabkan ketiadaan aku selaku star, bukannya kerana kelemahan skill pengurusan aku!

TEAM AKU

Aku takkan boleh buat kerje ni sengsorang. So aku akan berkerja dengan dengan orang2 yg sekepala ngan aku.

1. Afiq Asjay = Manager
- Ala2 Tan Sri Anuar Musa.
- Dia akan menguruskan pendaftaran, pengangkutan, penginapan, pemakanan, perubatan, pemakaian (jersey la), pengadisan team dan juga peng-tactical-lan.
- Dia akan check dan make sure time table bila main, so kalau ada Abang Hot tu pergi K-Mart lagi taim game dah start, itu semua salah Afiq Asjay semata2.
- Salah seorang daripada ahli Panel Selection Player.

2. Ise' = Coach dan Assitant Manager
- Ala2 Beckham.
- Dia akan tolong aku, especially utk menguruskan taktikal aspect dan substitution masa game. Pening la aku, kalau nak organize semua ni masa game dari tengah2 padang.
- Di harapkan jubor Ise bertambah baik so dia boleh main tahun ni. Tapi kerana taraf sakit jubor dia agak kronik, aku rasa next year kot baru dia boleh main balik.
- Salah seorang daripada ahli Panel Selection Player.

3. Imran Ramli = Fitness Coach dan Vice Captain
- Ala2 ALAMAK!
- Semua org tau Im kuat isap rokok dan rajin layan porn. Tapi selaku ex-player hoki daerah manahentah, aku yakin dia mmg berkaliber untuk meningkatkan taraf kefitnes-san team kita ke level player All Black.
- Semua org tau Im adalh emo gila babi bila main bola. Yellow card wajib tiap tournament. Tapi dia nangis bila tengok dokumentari P Ramlee dowh. Itu bermakna hati dia lembut dan prihatin terhadap org lain sebenarnya!
- Itu sebabnya dia vocal di padang. So, kalaulah lutut aku jadi arwah ataupun aku pon turut jadi arwah sekali, Im lah yg paling layak ganti aku sebagai kapten. Bukan sebab dia terer main. Tapi sebab dia cakap banyak!
- Im BUKAN salah seorang daripada ahli Panel Selection Player.....sebab dia emo.

PLAYER SELECTION

1. Untuk memberikan ketelusan di dalm pemilihan player, tahun ni player akan di pilih oleh tiga org ahli panel iaitu, Gua, Afiq dan Ise.

2. Setiap nama akan di pertimbangkan dan di undi oleh kami bertiga. Undi adalh rahsia. Tapi boleh di beli. Sila belanja kami ke percutian di Gold Coast ataupun Haadyai selama 7 hari. Untuk aku, korang bagi fon no Rozita Che Wan sudeh.

3. Kami telah sepakat untuk memilih player yg betul2 boleh main, bukan member2 or kroni2.

4. Apakah yg di maksudkan "player yg betul2 boleh main"? Roughly, ialah player yg boleh bermain di dalam team, tidak bolot, fit, pantas, berdisplin masa game dan training, dan mempunyai ketinggian melebihi ketinggian Bandu.

TACTICAL

1. Semua orang di alu2kan untuk kasi opinion diaorang tentang strategi, pemilihan player, posisi etc.Kemudian aku akan discuss bersama Afiq dan Ise sebelum membuang cadangan anda ke dalm tong sampah.

2. Sekiranya ada conflict dari segi tactical, keputusan muktamad terletak kpd aku. Sebab alih2, kalau di takdirkan team ni hancus, aku juga yg kene kutuk kan. So because its my responsibility, I will be making the decision!

LONG TERM VISION

1. Aku mengharapkan, 6 bulan dari sekarang sewaktu kita insyaAllah peluk Melben Cup dan pakai gold medal NCG di tengkuk, aku boleh lepaskan team ni kepada Afiq or Ise selaku manager. Kapten di atas padang, korang decide lah sendiri. Last kopek kalau takde org, Im pon boleh la. Muahahhaha!

2. Aku akan step down dan jadi penasihat ala2 Dr Mahathir. Dengan kata lain, ......... aku akan kutuk korang daripada blog aku setiap hari.

"Majulah Sukan Untuk Tekel Awek"

Sekian, mekasey, wassalam.

Sunday, April 11, 2010

Ni Semua K-Mart Punya Pasal !!!

Salam,..after 24 hrs, back at the same computer in melben airport. What a stuffap day it was.

Aku tengah bayar kat kaunter K-Mart, di Melben. Tetiba......

.KRInGGGGG!!!!!
Aku: Ello
Arn (Budak Sabah): KAU DI MANAK NI BAH?
Aku: Kay-Mat la bro.
Arn: KITAK MAU START SINGKARANG SUDAH!!
Aku: Sekarang? Bukan lagik 2 game ker?
Arn : BUKAN!! ....Kitak SUDAH SILAP bacah timetable.
Aku: Alamakz! ....Okay. Aku datang sekarang.!

1. Aku dah tanya dah sebelum pegi.

Bila next game?

Semua org kata lagik 2 game. So aku pegi la KayMart!

2. Aku dah tanya dah.

"Ehh! Naper semua team group sebelah pindah pegi dok padang kita plak?"

Rupa2nya, selepas main 2 game, semua team swap padang. So semua team merasa kedua2 pitch.

3. First game ngan "Kaki Bangku". Seri 1-1. Both goals penalties. Main gabrak giler.

Sekend game ngan "Drop-Out". Seri 0-0. Takde luck.

4. Sekarang ni tinggal 2 game lagik in the group. Brisbane leading with 2 wins kalau tak silap. Lain2 semua same point sebab banyak giler seri. So, utk proceed to semi, WAJIB MENANG salah satu game dan WAJIB TAK BOLEH KALAH kedua2 match.

5. Aku sampai je ke padang, aku tengok. Aikk..maner semua org pegi? Diaorang dah pindah ke padang satu lagik rupanya. Bila sampai ke padang satu lagik tuh, game dah On. Org lain dah ganti tempat aku, as Centre Back. Kelam kabut aku carik kasut.

6. Bila dah siap. Kita score satu goal. Amri. Pastu kita kontrol game. Team Clayzio tu kene ayam jer ngan team aku. Tetiber camner ntah, selepas bola melantun2 cam ping-pong dlm kotak penalti team aku, BANG...kene volley. Diaorg score. 1-1. Pergh...takpe...takpe. Game still kita kontrol.

7. Sekend half, aku tak masuk lagi sebab aku tgk defender main baik jer. Aku maleh nak kaco chemistry defender yg dah main baik in the first half tadi. Sekali tetiba mamat no 6 team Clayzio mat nyah maner ntah dive kat penalti box kitaorg. PENALTI! Damn. Memang ader contact. Tapi very soft. Diaorg score. 1-2.

8. Alamak! Team Clayzio pon apalaga. Main defensive. Tekel pemain2 Adeled macam dok menekel gadis2 kilang baru abis shift. Arn, Fiker dan Miu, masa gelecek bola bunyi macam kompang...kelepek..kelepek..kelepek...kelepek..shin pad kene tibai ngan pemain2 Clayzio.

9. Tapi, to be fair, kalau aku in that situation, aku pon akan buat bende yg sama. Kalau leading dan masa sikit je tinggal, standard tactics is to tackle hard as hell. Kalau opponent injured lagi bagus, sebab masa akan terbuang masa player opponent to bergolek di padang.

Apa yang Penting?....KERJASAMAAA!!
Budak Adeled berkerjasama mengerjakan kaki Q, star Drop-out.

10. Standard Referee dia mcam biasa. Atas dari mangkuk jamban, bawah dari jubur. Ada 2 Ref. Ref kat padang first, kau "jamah" sikit je pemain lawan, trus kene free-kick or yellow. Tak boleh body contact keras2. Tetiba Ref di pdg kedua, nak bagik Yellow Card macam nak serahkan Dara.

11. Bila Ref tak keluarkan yellow card or bagik freekick, pemain naik tocang ler. Biler diaorg perasan tekel macam haram pon boleh lepas, jadi diaorg tekel macam setan la plak. Ref sepatutnya guna otak. Dia kene jaga the good player yg kene tibai. Bukan biar lantak player kene sodom kat tgh2 padang.

12. Kalau aku ada kat tgh2 padang tu, aku dah menyontot dah sekor dua player Clayzio tu.

teknik yg ni dalam kamasutra pon tak de.

13. Lagi 3-4 minit game tinggal, baru aku masuk. Aku main atas...ehm..ehems. Dah ketinggalan kan? So kenalah carik gol kan. Tapi masa tu aku tak tepikir. Sepatutnya aku main defense dan suruh defender aku yg lagi mantap gelecek yg naik atas, macam Naim or Anas. Tapi nak wat camner. Tgh kalut2 tu, maner bole pikir.

14. Preeeeetttt !!! Masa tamat. Uwaaaaaaaaaaaaaa....Kami kalah 1-2.

15. Last game, lawan Brisbane, seri 0-0. So kami dapat tempat sekend last dlm grp. So kami, the defending champion was eliminated. Brisbane and Clayzio proceed.

16. Adoi la. Itulah nasib bola. In general, team2 dlm grp tu sepatutnya boleh makan. Brisbane je liat sikit kot. Tapi, defendlah power camner pon, kalau tak score goal, komfirm out of the tournament.
So, main 4 games, 3 points, bolos 3 (2 penalties, 1 field goal), score 2 (1 penalti, 1 field goal). 3 yellows (Kapitan Donk, Azrul dan macam biasa ....Imran Jahat!!).
Hanya SATU gol je kami score during normal play!

17. Itu la pasal aku selalu dok "berceramah bebas" tentang kewajipan main di padang besar yg bergoal besar. So, baru reti camner nak score goal! Ni asyik dok main goal kecik kat EsQ or Robe jer. So biler main goal besar je, engkorang tak reti camner nak score.

18. Ari-ari main bola pakai gol kecik ni macam ari2 kau dok melancap. Bajet power la konon. Tapi biler ader pompuanb berbogel atas katil di depan mata engkau, kau tak reti pon camner nak beromen.
Ehh..ni nak start lagu maner nih?

Udah2 lah tu. Biarkan lelaki2 yg berzakar kecil je bermain di gol2 kecik di EsQ dan Robe tuh!

18. Petang tu jugak, di tepi padang tu kami bermuhasabah diri, di manakah kesilapan2 yg telah berlaku. Aku pon, selaku abang hensem yg dah season, dok berpot-pet la pasal point2 aku kat atas tu.

19. Sekali, sape ntah mencelah.
"Hek Elleh! Ni sebab ada org tu pegi K-Mart ler nih! Game dah start, kau dok mengatal pegi KMart per criter!"
Sialan nyer budak2!
Muahahhahhahaha...

20. So, ape kes aku pegi Kmart tadi? Aku kalut2 pekap spender secukup rasa utk ke Melben, tapi aku lupa bawak baju sejuk/sweater/jacket! On the game day/saturday temperature was 25C. Tapi aku tau besoknya, kalau masuk semifinals, temperature lagi sejuk. So aku bajet, aku nak cilok taim pegi beli baju sejuk murah di KayMat untuk pakai waktu semifinal dan final besoknya! Tapi aku tersilap bajet!
Peringkat group pon tak lopeh!

21. Tapi aku terima jelah, tohmahan2 bahawasanya aku pegi KMart la punca kekalahan game ngan Clayzio tu. Walaupun aku dah tanya berjuta2 kali, bila next game, boleh dak aku pegi KayMat skang ni....Walaupun mcam la engkorang tau, kalau aku main, entah2 aku yg bagik penalti tuh or buat kesilapan lagi besar sampai kene dua tiga bijik lagi !

22. Tapi keluh resah rintihan kalbu pemain2 bola Adelde ttg pemergian aku ke KayMat itu sebenarnya agak memBANGGAkan aku. Itulah buktinya bahawasanya aku ni SANGAT-SANGAT PENTING utk team Adeled.

23. Sungguh tak ku sangka, di sebalik gaya, mutu dan keunggulan kehenseman aku ni, rupa2nya aku ni bapak power mainbola. Hanya 40 minit ketiadaan aku, sudah bisa merubah segala-galanya.
Selama ini, aku ingatkan hanya cikaroz Adeled jer yg AMAT memerlukan daku.
Rupa2nya balakaroz Adelde pon bernaung menumpang kasih di bawah kehebatan aku main bola.

24. Terima kasih KayMat kerana telah menyedarkan mereka..........

Sekian, mekasey, wassalam

p/s
i) Clayzio menang UMNO cup! Biar benar! Mmg standard taun ni drop skit. Sekend thights, third carlton dan my favourite Brisbane fourth.
Aper citer Brisby? Apa sudah jadi?
ii) Acknowledgement kpd Aqmal Anis. Timo kacih atas kebenaran utk gunakan gamba2 UMNO Cup dari fesbuk dia. Gamba lu cun. Kepap da gud work!

Friday, April 9, 2010

Salah Sapa ?

Manusia Kejam

Salam,
...skang 12jam be4 kickof Melben cup. Kat Melben erpot tunggu Fahmi Van Der Sar.


1. Kejam ke aku, yg selambe tinggalkan bukan setakat anak bini, mak dan mak sedara aku gak, di Adeled, semata2 utk mainbola di Melben?


2. Bini aku bising2 kata.

"Sanggup kau tinggalkan anakbini yg baru dtg slepas tak jumpa 3 bulan?"

Dia dok psycho aku, tak nak bagik aku pegi.
Tapi dia lupa, aku kan saiko!

"Elleh! 3 bulan aku tinggalkan kau, aku takdehal, ni plak 3 ari! Lagipon kau dtg haid kan? Bukannya aku boleh pakai kau pon". opsss.....


3. Mak dan aunty aku plak, lagi 2 hari akan balik Msia. Aku takkan antar, sebab aku masih di Melben. Next time aku jumpa Mak aku, mungkin lagi setahun. Next time aku jumpa aunty aku, ....pergh...entah. Mungkin 5-6 tahun macam last time. Anak2 dia/cousin aku, ada yg aku tak jumpa-jumpa 15 tahun dah!


4. Tapi nakbuat camner. Bola nyer pasal! Muahahhahah......bengong!


5. Bini aku pon paham. Bola ialah bini pertama aku. Dia bini kedua...bini muda!


6. Opss..sebelum lupa, let me clarify. Aku minat MAIN bola. Aku minat tengok bola kat stadium LIVE. Tapi aku TAK MINAT TENGOK BOLA DLM TV. Org yg kaki tengok bola dlm TV tu BODOH! Tgk penat2 malam2 buta, sokong bagai nak rak, kalau team kau menang pon, next year, all over again. And the next year, and next year..bla..bla...bla. Bosan siol.


7. Mamat yg main bola dlm TV dapat duit, dapat medal dan semakin fit. Engkorang, letih free, takde medal dan perut makin boroi. Org yg main bola, sihat jantungnya. Kau penonton bahlul, kene sakit jantung bila team kalah.


8. Kamon fat asses, flabby tummy and semput dudes. Turun padang ler brader.


9. Itu apsal bila bini aku bising2 pasal aktiviti berbola-an aku, aku buat pekak jer. Sebab aku tahu, biasalah perempuan kan berfikiran singkat (amik kau...muahahhah). Sebab, aku pergi main, bukan pergi tengok. Aku jadi fit, berbodi seksi, berjantung sihat insyaAllah. Maka bila badan sihat, insyaAllah zakar ku pon turut sihat. Bila zakar aku sihat, sapa gak yg syokk?? Sapa?..Sapa?


10. Tapi org pompuan maner paham. Tak boleh paham nyer. Dia cuba saiko aku cara lain plak.

"Kalau di katakan main tetiba kaki patah ke, tangan sakit ke, camner? Sapa nak jaga kedai?"

Ni kalau nak main cakap "ber-kalau2" ni, memang pantang aku.

"Kalau aku main bola, tetiba kene tekel, trus jatuh di tengah2 tetek kanan dan kiri Megan Fox, kau jeles dak?"

Jadi sapa lah yg boleh predik apa akan jadi. Sapa?...Sapa?


11. Sebenarnya bini aku masih lagi terpegun dgn kehenseman aku sebab tak jumpa 3 bulan. Aku punyalah cun, dia tak sanggup berenggang ngan aku. Itu pasal dia jelous-kemarahan sebab dia bajet aku pegi Melben utk main bola sambil berpoya2 ngan awek2 Puteri UMNO. Walaupun dia takkata aku hensem, tapi dia tahu aku ni boleh laku di Melben!


12. Itu pasal aku janji kt bini aku, aku insyaAllah takkan mengorat awek2 Melben sebab aku kan suami mithali.
Tapi, kalau awek2 Melben nak ngorat aku, aku tak lah menolak.
Org kata, "rezeki jgn di tolak, bala jgn di cari".
Dah jadi rezeki awek2 Melben boleh "mengkenduri akekah-kan" aku minggu ni, nak wat camner kan?


13. Bini aku tak boleh marah kat aku gak sebenarnya. Sebab bila jika kita kaji selidik punca2 confict aku laki-bini ni, kita tidak akan menjumpai mana2 kesimpulan kecualilah SATU ...

Sapa suruh dia kawin ngan laki Hensem giler cam Aku ni?

SAPA?
SAAPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA........????????

Sekian, mekasih, wassalam.

Thursday, April 8, 2010

Kelam kabut apdet pasal Bola

Salam,

1. Masa kecik2 abang aku paksa aku main bola. Sorang sepak, sorang keeper. Saper score gol, turn dia plak jadi keeper. Aku kecik lagi. Sepak lembik. Tak score2. Abang aku plak terrer gaban jadi keeper. Jadi berejam-jam aku sepak, dia keeper.

2.Masuk sekolah menengah, abang aku jadi keeper sekolah. Keeper bola dan bola baling. Main sampai peringkat state.
Aku? Hampehh.
Why?

3. Sejak kecik2 aku tak pernah ada "bola betul". Paling best, main bola plastik keras budak2 kecik, yg jual kat kedai2 runcit tu la. Biasanya, aku dan abang aku main aper2 je yg kami boleh sepak. Botol plastik, tudung botol etc. Tapi biasanya aku gumpal2 kertas suratkhabar dan boh dalam plastik bag dan ikat banyak2 ngan rubber band. Pakai 2-3 hari , hancur. Buat lain. Main plak kaki ayam.

4. Jadi, "bola2 tiruan" ni, walaupun syok jer main, ia tidak mempunyai natural characteristic of proper ball. Pikirla. Same ke bola bergolek ngan botol pastik bergolek. Camner aku nak juggle tudung botol? Ziadane pon serrender.

5. So, bila pegi sekolah dan main pakai bola betul, aku jadi bengong. Keje aku asyik hambat bola, bila dah dapat aku bawak sikit,trus ilang, sebab tak reti bajet. Haram jadah! Camner nak wakil sekolah gitu.

6. Abang aku jadi keeper senang le. Prinsip tangkap bola ni same je samade kau baling bola ke, bom tangan ke, bra ke, kondom terpakai ke.....no differences. Tapi teknik sepak bola ni lain bila kau sepak bola, lain bila kau sepak bom tangan, lain bila kau sepak bra dan lain bila kau sepak kondom terpakai.

7. Sampai la aku ke sini, Adeled, berbelas2 tahun yg dulu. Masa aku second year, baru aku start main bola betul. First boot bola aku beli masa aku umur 22 tahun.
Slow2 aku belajar ngan star2 bola Melayu taim tu, Boyan, C.O dan Topek. Diaorang ajar aku the teknik= camner nak sepak tinggi, sepak leret, chip, volley, tackle etc. Diaorang pastu ajar aku basic taktik bola = camner nak main as a team, defending etc.

8. Entah camner, mungkin sebab aku hensem, fit dan paling laju taim tuh, dalam 3-4 bulan pastu, aku tetiba masuk team A Melayu untuk tornament pekebende entah. 7-sebelah beb! Padang Besar! Jadi defender la, sebab aku still bodoh. Aku main punyalah gabra, tapi bersemangat la. Sampai terover semangat. Aku tekel maut sampai kene 2 penalti in 2 separate matches. Both matches, ....kami kalah 1-0....salah aku! Siol. Senior2 jeling macam nak menyodom aku je taim tu!

9. Lepas tu aku main ngan team budak2 coursemate aku je. Masuk macam2 tournaments. Setahun 3-4 tournaments. Banyak kalah peringkat group. Banyak gak yg menang. Aku rasa2, aku eventually during the years, win every single tournaments at least once, except for MSA Cup (malaysian student asso). Futsal tebalik plak. Team aku asyik menang je, kekadang je kalah sampai la sekarang ni.

10. Masa aku third year, aku start main dalam league Uni ngan Mat Salleh dan bangsa2 lain. Ade la aku main dalam 4-5 tahun kot gitu ngan 3 different teams. Aku main sampai aku injured. Pastu aku pencen. Tapi tahun ni aku nak start main balik.

11. Walaupun aku dah menang banyak, tapi aku sedar yg aku ni tak sehebat mane. Aku still ada the same flaws sejak dari kecik. Aku tak reti bajet bola betul.
Aku still tak reti juggle.
Aku tak reti gelecek.
Sepakan aku still cacatz.

12. Tapi aku gerenti, aku akan hambat engkau sampai mampus. Kalau tak boleh aku akan tibai kaki kau. Kalau kau main cam sial dan tibai kaki teamates aku, aku tunggu je kau masuk area aku, pastu aku bagik salam....... kat keting kau! Aku tak peduli kau besar maner. Aku mmg suka carik pasal. Korea ke, Jepun ke, Mat Salleh ke, semua "sayang" kat aku. Mulut aku plak, pergh......petah cam pelacur Haadtyai.

13. Yes. Aku emo. Aku suka main emo. Emo bagik adrenaline rush.

14. Dalam banyak2 tornament yg aku dah masuk so far, tournament yang paling mencabar physical, psikologi dan minda ialah UMNO/Melbourne Cup. Dah lah kene travel, pastuh semua player dalam tournament tu terrer plak tuh. Team mantap2. Best.

15. Dan bila team Adeled menang last year, ....pergh! Sebulan kot players dok tersenyum manjang. Jalan macam terbang. Rasa macam menang Champions League. Macam menang World Cup sial!


16. In less than 48 hours, kitaorang akan insyaAllah berada di Melben untuk defend the title. Lets be realistic. To win was hard. To retain the title, fulameekkk. ...Perit! Everybody hates us. Everybody will try their best to demolish us.

17. Dah lah grouping skali ngan Clasio, Kaki Bangku dan Brisbane. Kalau lepas group stage, mungkin kene jumpa Thights or jeng...jeng...jeng Carlton Blues in semis. Bapak best. Bestnyerr....Stim aku siol!

18. Tournament gini, bila semua team lebih kurang sama terrer, luck plays an important role. Takdir ilahi

19. Prediction? My aim is to masuk semi. Lepas tu ape nak jadi, jadilah.
One game at time fellas.
Nak kene chow dah....

See u after Melben cup iA with the Cup!

Sekian, mekasih, wassalam.

Monday, April 13, 2009

MELBOURNE UMNO CUP CHAMPION of 2009.

Salam,

Melben memang bandar yg lagi gempak dari adelaide.
Melben lagi besar.
Melben lagi happening.
Melben lagi banyak kedai makanan halal. Lagi best pon drpd SBowl aku.
Melben students plak gilo babi lagi ramai daripada adeled. Jadi..
Melben aweks lagi ramai lah daripada adeled.
Melben aweks ni plak, lagi cute, cun and hot daripada adeled....whyyyyy!!!
Melben balak pon lagi ensem dari adeled... sukar untuk ku menerima kenyataan.
Melben students pon dapat scholar lagi banyak dari adeled. Lagi lah sakit hati!
Melben students banyak anak org kaya, jadi depa bawak keta lagi besar dari budak2 adeled.
Melben students tak bawak keta cabuk cam budak adeled.
Melben students tak perlu kerek ngan keta sewa dari avis atau hertz.
Meben students pon lagi stailo dari adeled. DFO ader 3-4 buah cakap lu.

Akan tetapi......
di dalam kancah bolasepak antarabangsa Australia......

Adelaide terbukti lagi terrer dari Melben!!!

Bcoz,
ADELAIDE SWINGING BOWL FC is the winner of UMNO CUP 2009!

Cayaaaaaaa laaaaaaaaa.........!! Gilo babi aku tak caya lagik!
Macam mimpi siol!!

Bukan setakat kami menang, tapi kami telah have our revenge from 2007 against Carlton Blues twice (2-0 masa group stage dan 4-1 penalti masa final) and Clayzio (1-0 semis) as well. Thights FC escape our wrath, but they are way below our level..di belasah Carlton 4-1 dan clasio 2-0, jadi tak yah lah jumpa kami.

Superstars of the tournament adalah goal machine Mus petronas yg dapat top scorer medal dan Fahmi yang tak dapat medal, tetapi kami tau dia adalah keeper terbaik di dalam sejarah yang pernah main untuk adelaide dan man of the match mase final.

Terima kasih Mus sebab menjaringkan KESEMUA gol2 kami (6 gol).
Terima kasih Fahmi sebab blok bakar's (carlton) point-blank shot maser final dan menyelamatkan 2 penalti disamping mejaringkan penalti kemenangan sewaktu finals game penalty shoot-out .
Terima kasih kepada budak2 junior bandu, meiu dan shaver yang nyuntik the vital tenaga muda kepada DM (deffensive midfielder).
Terima kasih kepada penyaring gol penalti maser final tu, mula2 aku (ehems...), kemudian imran, miew dan dah cakap tadi, fahmi.
Terima kasih kepada penyokong2 fanatik adelaide, yang lelaki dan perempuan, yang junior dan senior, yang memang budak adelaide dan budak2 dari tempat lain (budak2 melbourne sendiri yang berpaling tadah dan NZ, etc).
Terima kasih kepada kapten superGheySA yang organize frenlies, jersey dan team di samping menodai bakar, doller dan lain2 pemain ensem sewaktu tournament tu.
Terima kasih kepada budak2 melben yang menumpangkan kami sewaktu di sana.
Terima kasih kepada kelab UMNO adelaide kerana sponsor fees dan subsidised the expanses. (cakap la TQ kat KJ ke khir toyo ke yang bagi duit kat U kay!!)

And lastly, berterima-kasihlah kepada ALLAH kerana segalanya telah di tentukan dan usaha kita telah membuahkan kejayaan.
Alhamdullilah kita telah selamat di dalam perjalanan pergi dan kembali.
Semoga kita telah mendapat pengalaman yang berguna.
Semoga kita berjaya mempertahankan kejuaraan next year.

And now, our next aim is champion of australia..MASCA game July 2009.

Sekian, makasih, wassalam.

Thursday, April 9, 2009

Bola di melbourne

Salam,

1. Aku tengah tunggu budak2 sampai pickup aku sebab kami nak pegi main bole di melbon. Jadi aku tak dapat update sampai lah aku balik senin depan.

2. Aku nak tulih pasal penonton bola merusuh di kelate arituh, tapi tak sempat la. Kalau team kami kalah di melbon, aku pon dah bajet nak merusuh bakar kereta gak la.

3. Aku sedar yg aku ni sebenornye dah tua, takde stamina dan perut pon dah start memboroi. Mungkin tibalah masanya untuk aku pencen.

4. Ape chances kami di melbone? Aku rase masuk final is a possibility , tapi nak menang tu susah la sebab tak biasa main sekali, tak fit dan sebab main "away"/ tempat org.

5. Tu tak kisah lah. Yang penting selamat pergi dan kemabli. Kalau ikut research, bawak kereta dgn member2 menambahkan chances untuk accident sebanayak 3 kali. Tu yg aku suspen tu.

6. Okay got to go. Kalau aku accident, jgn lupa dtg melawat di hospital. Kalau aku mati, jgn lupa semayang mayat aku yer. Maap banyak2. Untuk budak SB, kalau aku gol, mintak gaji ngan bini aku..muahhahaha

Sekian, makasih dan Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails