Salam,
1. Ohh! Dimanakah dikau wahai spender2 ku. Last week, masa aku dok kalut2 bersiap2 nak pegi keje, tetiba aku tak jumpa spender plak. Ni sudah kes haru.
2. Aku dah perasan dah awal2 minggu tu yg stock spender bersih aku agak berkurangan drpd biasa. Pelik! Sapa cilok? Aku kan dok sengsorang. Aku saspek ni mesti ade awek2 stalker aku yg cilok dan bawak pegi jumpa bomoh "pengasih" siam. Susah jadi org hensem ni korang tau dak. Usha aku je dah lah kan. Ni nak tekel main kotor plak.
3. Tidakah mereka tahu bahawasanya spender ialah pakaian aku yg paling aku hargai. Aku tukar tiap2 hari. So kalau aku nak pergi maner2, first thing yg aku pekap ialah spender. Kalau pegi 3 hari, aku bawak 3 spender. Kalau pegi 10 hari, 10 spender. Kalau pegi 20 hari, 10 hari pkai spender, 10 hari "gaya bebas". Takkan la aku nak bawak 20 helai spender la plak kan. Celah maner la plak aku nak letak seluar dan baju aku kan.
5. So apabila spender bersih aku "abis" aritu, itu sudah krisis yg mengugat kestabilan mental aku. Emo la jap.
6. Aku tau aku ni extremely hensem dan extremely organize. So aku sure aku dah basuh spender2 macham aku dari minggu lepas. Tapi kat maner yer? Kacau sungguh.
7. Aku pikir, nak carik sekarang buang masa je. Dah lah mamai, emo plak tuh. So baik aku siap2, kang aku carik le spender tu. So mula2 pagi tu aku kemas katil aku dulu.
8. Ni lah rupa katil aku yg DAH siap kemas. Ready untuk landing malam kang pulak.
Jgn terpedaya dgn rupanya yg macam orang baru lepas berwrestling atasnya. Tidak, aku tidak beromen semalam. Aku kan dok sengsorang. Cadar, selimut dan bantal tu semuanya bersih tu. Tiada pancutan air mani ataupun air mazi yg tersasar pon. Tiada peluru sesat di sini. Tak caya, pegi panggil CSI soh check.
Ehh tapikan! Mungkin aku mimpi best malam tu kot. Perghh, kene katting aktiviti stalking awek fesbuk ginih.
9. Lepas kemas katil, aku trus mandi. Kelaur je dari bilik air, ni lah view nyer.
Sambil keluar berkemban, aku akan trus capai baju dari bakul tu. Baju je, seluar belum lagi.
Bakul2 tu adalah bakul baju2 yg aku dah cuci.
Kenape aku tak lipat? Aku tak reti lipat melipat ni. Fail sejak azali lagi. Sebab tu kat asrama aku boh kat hanger je semua baju2 aku.
Kenapa aku tak pakai hanger skang ni? Sebab bini aku telah menakluk kesemua almari aku dgn baju2 dia. Kau tau-tau je la, awek2 nyer baju, masyaAllah berlori-lori. Kesian dak kat gua yg pakai bakul je. Nasib baik gua hensem. So gua tak kisah la.
10. So aku pakai baju tadik. Pastu aku capai kain pelikat dan semayang subuh.
Ni adalh port sidai kain pelikat. Juga dikenali sebagai port letak baju dan seluar2 mengadis aku. Baju dan selaur2 kat sini, aku tak pakai gi keje. So kalau ader awek2 yg memeluk mesra aku sambil dok atas riba, dia takkan tetiba kata,
"Ehh ....Darling ni ader bau Swinging Bowl la!"
Damnn! Potong stim sungguh!
11. Lepas semayang, aku akan masuk bilik Markaz Tarbiyyah Swinging Bowl/bilik computer/bisnes/makan/blogging/stalking.
Kat sini aku letak Seluar2 keje. Biasanya aku pakai 2 kali, pastu aku basuh.
Kat rumah aku, aku pakai sistem cam Hotel.
Ape yg bersih letak atas. Yg kotor letak kat lantai.
12. Kain baju yg kotor ni plak aku bagi dua. No1 ialah kain baju yg kotor cam Lipan/cikit2 je. No 2 plak ialah kain baju yg kotor cam Cipan/masyaAllah! Baju2 kotor cipan ni biasanya baju2 aku main bola.
Gila organize aku kan? Tolong jgn terpegun dgn level kegeniusan aku.
Kenapa aku separatekan level2 kekotoran tu pon aku tak paham sebenarnya. Sebab bila aku basuh, aku taram je boh semua dalam washing machine.
13. Okay. Baju dah pakai. Seluar dah ada. Skang jom carik spender.
Hanya satu tempat je aku simpan spender2 bersih aku kat rumah. Di dlam bakul2 tadik ler.
So aku pon punggah kedua2 bakul tu. Korek punya korek, tak jumpa gak. Alamak Ala-mamak! nak wak camner ni?
14. Last kopek, aku pegi check tempat bini aku letak baju2 aku lepas dia lipat 3 bulan yg lepas.
Atas lantai je kau letak baju aku beb! Tgk tu, 3 bulan masih keras belipat lagi setengah2 baju tu tu.
Aku sepah sepahkan baju2 tu, sekali...Yes jumper satu boxer. Jalan.
15. Balik je dari keje malam tu,aku dah bajet dah dalam kepala, nak kene basuh spender malam ni. Kalu dak besok, ber"gaya bebas" lah aku. Manyak bahaya wooo.. Kalu ada gadis hawt camner?
16. Sekali aku terperasan. Ehhhh.....
Ni ape kes? Aphal ade baju bersidai2 ni. Dah seminggu aku lalu lalang situ, boleh aku tak perasan pon.
Baru aku ingat, minggu sebelumnya tu ujan. So aku sidai kain baju kat dalam rumah ler.
Jadi, ini bermaksud spender2 aku........Yes spender2 aku mesti ader bersidai kat sini gak.
17. Sekali bila aku check, tuu diaaa!
Ada 7 spender dok tawaf meja makan aku. Hulamek! Tak payah basuh baju seminggu!
18. Begitulah ceritanya, tentang krisis spender shortage yg berlaku kepadaku last week. Mungkin akan ader awek dan biawek (balak yg lembut cam awek) akan kata,
"Awat la ghumah hang cam tongkang pecah! Patut la hang nak carik spender selai pon macam nak mampoih"
Sabar macik2 sekelian.
Tak semua org mempunyai level of genius macam aku.
Pada pandangan mata kasar orang2 biasa cam engkorang, rumah aku mmg macam kene pecah pencurik.
Tapi percayalah.
Tidyness is a sign of mental illness
There is an order to my chaos.
There is method to my madness.
19. "Order to your chaos? Ape ordernyer? Tak nampak pon?", tanya engkorang.
Well, besok, selepas 3 bulan di Msia bini aku balik Adeled. Mak aku dan mak sedara aku pon datang sekali.
So apalaga.
Besok aku ORDER la diaorang.
"Kamon Women. Clean-up my mess!"
20. "Method to your maddness? Method kepala hotak engkau!!" kata engkorang.
Nasib baek kepala hotak aku genius.
Ni lah namanya METHOD untuk bagik bini aku GEMBIRA.
Dia konpirm akan berlapang dada dan berhati gembira gile bila pagi besok masuk2 je tgk rumah dah jadi gini.
Gembira sebab konfirm aku tak bawak balik awek beromen kat rumah.
Gembira sebab dia bajet aku memang miss giler dia sebab aku "nampak cam hopeless" bila dok sengsorang kat sini.
Dan sekiranya di takdirkan bini aku kene balik Malaysia buat jangka masa yg lama lagi in the future, dia juga akan "dengan gembiranya" mengizinkan aku kawin lagi satu untuk jaga aku yg "nampak cam hopeless" bila dok sengsoarang ni.
Aku juga......... gembira sama.
Yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.......!!!!
Sekian. mekasih, wassalam.
7 comments:
Cayalah azam. Ni baru hidup bujang... hahahha.
mmg xdek harapa dirogol oleh lelalki gay
munir: bukan membujang la. "Menduda"
huhu: Alhamdullilah
Bini aku dah sampai.
Aku dengar dia kata kat mak aku.
"Tak pe Mama. Ni maksudnya dia tak bawak balik awek ke rumah!"
Kan aku dah cakap!Terrer dak aku?
Tapi aku menyampuk..
"Awek bawak pegi hotel la....."
tgok situasi rumah..tgok situasi kedai..brruup
Anon: Tenkui!Aku bajet dah komen gini.
Kebersihan dan kekemasan are two different matters.
Cth: pubic hair kau mungkin berserabai dan panjang sampai ke lutut. So tak kemas. Tapi klau kau cuci elok2, ia adalah bersih dari segi syarak.
On the other hand, kau mungkin cukur abis bulu pubik kau. Tapi kencing tak basuh, walaupun zakar/vagina kau kemas, ia tidak bersih dari segi syarak dan tertolak ibadatnya.
Tapi kemas dan bersih, sudah tentu lagilah baik.
lu memang genius
Post a Comment