Friday, December 26, 2008

Melancung ke Malaysia.

1. Post aku yg sebelum ni ader ramai yg blur tak tau hujung pangkal, tapi ader gak yg dapat straight away. Aku dah komen panjang berjela kat situ kalau korang tak de kerje pekdah nak buat boleh lah bacer. Tapi aku nasihatkan, bacer Al-Quran ler lagi baik.

2. Sekarang ni aku tengah melancung ke Malaysia selamer 12 hari. Konfirm 12 ari tu aku makan tak lalu, berak tak puas, kentut tak busuk di sebabkan di landa kecuakan meninggalkan kedai aku di tangan budak2 ingusan tu. Bukan cuak kedai aku tunggang langgang, makanan tak cukup dan servis lembab. Sebab tu memang dah berlaku tiap2 ari maser aku dok jage. Aku gabra kalau dieroang jage kedai jadi cun melecun, masakan kaw-kaw dan servis tip-top , jadi nyusahkan aku nak menten standard nanti la....

3. Bisnes slow sikit sekarang ni, tu yang aku ngelat balik jap antar anak bini. Boleh gak aku buat research sikit cari resepi masakan2 baru dan cari bini2 baru.

4. Speaking of bende2 baru, kedai akan berwajah baru. NAnti aku post gambar. Tertinggal kat adelaide la.

5. Sabtu depan aku dah kene balik ke tanah air tercinta australia darul kangaroo. Alamak husna dok kacau aku. Setakat ni dululah yer
Sekian. Wassalam.

Wednesday, December 17, 2008

Gunalah otak, sebelum melantak!

1. Angkat tangan saper pernah jumpa DAGING KANGAROO HALAL di adelaide!
2. Angkat tangan saper pernah jumpe kedai butcher jual DAGING KANGAROO HALAL di adelaide!
3. Angkat tangan saper pernah jumpe brader tukang sembelih KANGAROO HALAL di adelaide!
4.Angkat tangan saper pernah jumpe tokey kedai (husband mat salleh or bini melayu siam) yg jual DAGING KANGAROO HALAL di adelaide di mane2 masjid waktu semayang jumaat atau raya!
5. Angkat tanagn saper raser kalau kedai tu boleh jual DAGING KANGAROO HALAL, jadi ayam/lamb/lembu dier pon kiter halal makan tanpa ke-cuak-an maksima!
6. Angkat tangan saper pernah mintak tengok certificate halal di kedai yg jual DAGING KANGAROO HALAL tu, untuk daging kangaroo, daging ayam, lamb atau lembu dan certificate halal untuk kedai itu sendiri!
7. Angkat tangan saper pernah makan DAGING KANGAROO HALAL di mane2 rumah senior, postgrad, local muslim atau kedai aku!
8. Angkat tangan saper takde otak!
9. Angkat kaki saper tak nak angkat tangan sebab penuh bulu ketiak!

Sekian, makaseyy, wassalam.

Sunday, December 7, 2008

Kerja kosong. Khatib di perlukan.

1. Happy rayer qorban everybodi. Yes the shop will be closed. Aku pon nak beraye.

2. Sori lah aku lame tak update sebab aku malas dan ader byk kerje lain. Comp aku pon dok crash memenjang, sampai tertido2 aku dok meng-reinstalled aper2 yg patut. Satu je nak cakap. VISTA is SHitA.

3. Kepada sesiaper yg dah grad taun ni, tahniah dan boleh blah. Kepada sesiaper yg kene extend lagi I said thank you and I welcome U.

4. Pegumuman pertama. Maner2 mak, pak, tuk, nek, opah, tok wan, abg, kakak yg cun, pak sedara, mak sedara yg cun yg belum kawin, janda, cucu-cicit, sepupu-sepapat, tunang, girlfren, uncle, auntie, tok penghulu kampung, jaga sekolah yg datang untuk celebrate graduation atau sajer jer buang tebiat datang melawat Adelaide ni, aku bagi diskaun 20 percent cam student gak la. Jadi jgn takut2 dtg kedai ye.

3. Pegumuman kedua. Kiteorang dok carik volunteer utk jadi khatib semayang jumaat kat Uni sepanjang cuti ni. Jadi sesiape yg sudi silelah bitau pihak yg berkuasa (ehh sape ye? aku pon tak tau nak bagitau saper). Syarat2 utk jadi khatib Uni adelaide ni memanglah mudah. Pemohon/pengvolunteer mestilah:
a. tau camne nak semayang
b. datang semayang jumaat
c. tau prayer room Uni adeladie kat maner
d. lelaki sejati. Pengkid akan di sula.
e. mempunyai kaki yg perkasa utk menapak naik tangga. Saper naik lift akan di persoalkan kelakiannya. Lift hanya untuk awek atau org2 yg nak usha awek. Mane leh khatib mengusha anak dara org. Tu petander lomah iman tu.
f. Iman yg tidak lemah.
g. tidak bengap kerana kena follow sedikit rukun yg simple.
h. tidak bisu. Kerana kalau pakai sign language tak cukup 40 org leh faham aper kau dok communicate. Lagi satu boleh ke guner sign language seblah tangan je sebab tangn yg lagi satu kene pegang script khutbah kan?
i. tidak buta. Kerane kene bacer script khutbah sikit. Klau anda seorang yg cacat penglihatan, anda masih boleh menjadi khatib tapi hapal je lah rukun2 lam bahaser arab tuh. Khutbah sendiri goreng lah kan. Tapikan sedikit kemusykilan. Kalau anda seorang yg cacat penglihatan. camner anda boleh bacer blog ni?
i. boleh mambace script bahase arab yg disediakan. Tak paham pon tak pe.
j. boleh mambace bahaser inggeris. Org lain kenalah paham ape kau doh berkhutbah. Tak perlu lah perfect pronunciation macam Harjit Sigh Hullon. Cukuplah kalau boleh kurangkan sedikit slang kemalaysia-an, kekelantan-nan, keutara-an dan keultra-man-an.
k. Sebaik-baiknyer seseorang yg biler bercakap air liur tak bersembur sampai 10 saf.

4. Kan senang tu. Tak perlu kene pergi sekolah arab ker, lulusan al- azhar ke, sehensem aku ker untuk layak jadi khatib. Almost every bodi can do it. Except me, sebab aku ni kurang konfiden, kurang iman, dan kurang siuman.

TQ, Slamat rayer, Maap zahir batin, Wassalam.

Wednesday, December 3, 2008

Nah amik update engkau.

Bile nak update? Bile nak update? Ni aku update la ni. Ok babai.

Sekian mekaseh wassalam.

Tuesday, November 25, 2008

Pemburu bohsia dan futsal

1. Wei wei wei. Ingat tak ari tuh aku mintak tulun carikan penganti bohsia aku. Korang memang lahabau. Sekor jer nak tollong aku. Jadi sebab aku dah janji kat post tu nak bagik 20 dollah baucar utk the best suggestion, aku declarekan mr/miss anon yang beremail di ardwerkz@yahoo.com sebagai pemenang. TQ beri much. Teh tarik aik cheong tu bini aku ader sekampit kat opis dier. tak best pon kate nyer. Tapi masalah utamanya adelah, dier dah siap2 campur susu skali kan. Jadi satu paket utk satu glass. Mahal lah cost dier jadi nyer. Anywho, thanks for the sugestion mr/miss ardwerkz. Aku akan mail kau dan kau leh dtg tuntut hadiah anytaim.

2. Kalau ader org tanye saperkah world champion football sekarang. Jawapanyer mestilah Itali kan sebab dieorang menang 2006 FIFAworld cup kat germany aritu. Disebabkan takder world cup 2007, 2008 dan 2009 Itali akan pegang title the best team in the world sampai South Africa 2010 lah kan.

Jadi kalau org tanyer sape kah champion futsal kat adelaide tahun ni, jawapan nyer mestilah ehm ehemm..team ensem ni

Kami menang 2007, dan di sebabkan 2008 tak de futsal tournament, aku dengan kembang lubang idung nyer mengnobatkan team aku sebagai FUTSAL CHAMPION 2008!! Jgn jeless bro. Tahniah huhu, fahmi, jibo, apam, omar, lee, Allahyarham muk dan gua. yeaaaaa. we are the champion, no place for looserss. Nanti kiter buat meeting sesamer kiter nak set saper dapat piala best player dan top scorer futsal 2008. Ihsan Huhu makaseh for the picture dan tolon sebarkan khabar gembira ni ke seluruh pelosok Adelaide. Ehh sorang tolong bagitau muk yer....gilo budak ni tak der kat adlaide pon leh menang.

Aku tau pass ni akan kedengaranlah suara-suara sumbang mahram yg protes dan akan ader timbul dalam otak2 lucah budak2 ni utk buat last minit tournament. Lu bole blah!! Miss posa boleh di qadakan, telajak dateline buat futsal tournament tak boleh di qadakan, sebab takde dalil aqli dan naqli pasal kes ni. Terimalah kemenangan kami ni dengan hari yg terluka..mauahhaha.

Sekian. Mekaseh sebab bagi kami menang free. Wassalam.

Ulat bulu dah naik daunnnn!


1. Miracle do happen. Harge minyak murah giler beb. Jom semuer beli banyak2. Kalu tak de keta pon boleh beli minyak, pastu simpan cam saham ler. Harap2 harge brg2 mentah aku jatuh sikit pass ni pasal transportation cost jatuh lah kan. Biler cost aku murah, boleh lah aku jual murah sikit kat korang........muahahhahah.. boleh blah. Its one way street babeh. Once its up, it stays up. Otak aku mungkin mereng , tapi nafsu aku yg pegang stereng. Nafsu nak kayo dan nak kawin dua..ceewaahh. Kau ingat murah ke nak kawin 2 sekarang. Kena bagi gula2 kat pak mentua sikit, kat bini tua sikit dan kenduri kendara, maner aku nak cekau fulus?

2. Ader org dok tanyer "ape ke jadah kau ni asyik citer nak kawin 2 jer, nak sangat ker?" Muahahhaa. Yes pliss. Tak de lah. Aku tau ramai yg tensen biler citer pasal kawin 2 ni. Poligami ni isu yg leh bawak kepada perpecahan keluarga, perpecahan pinggan dan perpecahan kepala. Tapi sebab aku degil dan suka sakat org2 yg anti poligami ni, aku nak citer gak pasal poligami. Kalu leh, tiap2 post aku nak kaitkan dgn kawin dua tiga atau empat muahahha.

Aku happy kawin ngan bini aku sekarang. Alhamdullillah. Tapikan kalau aku leh kawin satu lagi tak ke double my happiness. Worst case senario, katakan bini muda aku sewel. Satu happi satu tak happy , jadi aku jadi neutral balik cam zaman bujang dulu la...in the state of hampeh-ness. Penyelesaian nyer mudah. Kawin no3. Kalau worst case senario bini no 3 aku "masuk angin keluar asap" gak. Aku carik no 4 utk neutralkan yg no 3. Kalau pisang berbuah 3 kali, yg no 4 ader angin kus-kus pulak, aku akan tetap happi. Camner lak tu? Kan ader satu jer bini tua yg baik tapi ader 3 bini muda yg mereng?

Kawin bukan matematik my fren. Maner ade org kawin 4 ateh dunia ni yg tak happi. Maner dier, cube tunjuk kat aku. Ader 4 org bini beb, best giler tuh...Ader 4 macam paras rupa, 4 jenis cara masakan, 4 otak utk fikir masalah keluarga, 4 org yg generate duit utk famili (kalau bini2 keje la kan), 4 kampung untuk balik beraya dan 4 kitar haid yg berbeza-beza. Impossible utk tak best. I rest my case your honour.

Senang nyer dalam hati, kalau jadi lelaki.......

Sekian. mekaseyyyyyyyyy. Wassalam

Tuesday, November 18, 2008

Mari mari adik kakak abang pakcik..dah ader poll terbaru

1. Sorry, aku busy sikit semenjak dua menjak nih. Ni pon aku curi2 maser update.

2. Ulasan poll lagu. Mekasih kpd yg menunaikan tanggungjawap mengundi.
-Cayalah no satu dgn 46%(12 undi) nyer ialah tak pasang aper2 cam sekarang. Senang keja aku. Aku memang dah agak dah.
-No dua pasang lagu jiwang at 30% (8 undi). Rock kaparkk ruless
-No 3 Fiona 24/7 at 23 % (6 undi). Ni nak dengar lagu fiona ker nak dengar lisa nyanyi ni?
-No 4 Death metal at 15% dgn 4 undian. Ni tak lain abg ben ngan lutife; mula2 kat rumah, pastuh pakai comp uni lak!
-No 5 Al-Quran at 11%. Korang ni aper nak jadi. Suruh bace liat, nak suruh dengar plak malas. Terpaksa lah aku mengambil tindakan drastik utk menenangkan jiwa ku yg bergelora ni. Kalau bini aku tanyer kenaper, aku nak salahkan poll korang ni!
-No 6 Hindustan at 7% dgn 2 undian. Satu Arsyad, satu lagi Usin. Org lain maner? Racist la korang nih. Kari mau, maruku mau, capati mau, teh tarik mau, kain pelikat mau, toll mau, lagu industan apa pasal tarak mau?
-No 7, 3% dgn 1 undian jer nasyid jiwang utk carik calon bini. Muahahhaha. Korang ni budak2 laki, tak nak carik bini educated ker? Ker sabar menanti awek2 malaya yg "educationally challenged". Kawin bini educated lah best. Nanti dier mesti senang dapat kerja, pastuh dier akan bizi ngan kerja tak lekat kat rumah, makan minum anak maid indon yg jaga, anak pon cakap bahasa indon, piala Thomas pon sokong indon, nak jumpa kena buat lunch date, balik rumah dah gelap lama-lama muka bini pon dah tak ingat kalau jumpa siang2. Itulah sebabnye saya nak kawin 2 tuan hakim!! Ehh terpraktis kuat2 lak.
Tu lah , kalau kawin bini kurang education (ni aku generalised lah ni) nanti bini dok terperap kat rumah 24/7, jumpa tiap2 ari dan dijaga segalanyer, so tak kukuh lah alasan nak kawin satu lagi...betul dak?


3. Poll terbaru. Ari tuh ader konco2 MAS aircrew dtg makan kedai. Skali ader org naik angin sebab brader2 MAS yg beruban panggil dieorang "kakak". Dieorang kata dieorang masih muda lagi, jadi tak patut la di panggil kakak. Jadi aku suggestkan aku buat poll lam nih, nak tau aper pandangan korang. Individu yg traser ati dan yg meng-volunteer diri untuk di poll-kan adalah "kakak" Lisa dan "kakak" Seri. Saper Lisa dan Seri ni? Boleh usha sini.
Pekerja cemerlang yg kanan tu Lisa dan yg kiri Seri. Di waktu kedai tak laku, kepala mereka di gunakan utk sangkut kuali2 basah oleh brader Kamarun.

Jadi persoalan yg di tanyakan adalah "Wajarkan Cik Lisa dan Cik Seri di panggil kakak oleh krew MAS yg beruban?" Pilihan anda adalah seperti berikut
a) Wajar. Beruban tak semestinyer tua. Ntah2 silap pakai minyak rambut, tak pon genetik. Tengok APAM!.
b)Patut. MAS crew dilatih untuk bersopan santun. Adalah menjadi adab melayu untuk menghormati seseorang dgn di panggil panggilan abang atau kakak.
c)Memangla. Kalu panggil "cik adik" kang ader org perasan pramugara tu nak ngorat lak kang.
d)Bagus apa. Kalau panggil puan lisa/sri nanti ader org kene sawn babi lak ari tu.
e)Tepat la tu. Sedarlah diri sikit, korang dah tua!!
f)Tak patut. Kalau saya , saya panggil makcik Lisa dan makcik Seri. Dah layak jadi mak tiri saya dah ni

Aku ni bila pramugari panggil aku abang , aku tak kesah pon. Kalau panggil sayang pon aku tak kisah.
Sekian.Makaseyy. Wassalam.

Thursday, November 13, 2008

Fellowship of Death

1. Aisey men. serius nye muker brader2 nih. Ni meeting aper kat SB nih. Nak kater ader makan free, makanan nyer tak nampak dan muker sorang2 mcam nak baham org jer,tak ceria pon.

2.Nak kata mesyuarat PIBG bukan sebab semuer bapa2 jer, nak kata persatuan peminat 4U2C pon bukan sebab presidentnye aku tak der (dok sibok masak) dan nak kater mesyuarat UMNO takkan buat kat kedai aku sebab aku org PAS dan kalau nak hulur duit bawah meja kat kdai aku org leh nampak sebab meja aku glass lutcahaya.
3. Sebenarnya ni brader2 dan pakcik2 ni kumpul nak buat tabung khariat kematian kat adeladie ni. Disebabkan jumlah org melayu (drpd malaya dan temasik) di sini makin ramai dan juga usia masing2 termasuklah aku dah makin tua, selain drpd fikir camne nak kawin 4, 3, atau 2, kami kenalah pikir pasal kematian juga.


4. Jadi sekiranyer dana ini tertubuh, sesaper member atau sedara terdekat mati, dier layak terima bantuan kewangan utk menguruskan mayat tersebut. Kos utk kebumi mayat aku dengar dieorang cakap ada lam $4000. Mana nak cekau masa tu. Dan bile tertubuhnyer fund cam ni, kita org melayu yg beragama islam boleh demand sikit la ngan government mintak pulus sikit dan kiter leh mintak tanah kubur lebih ker, mintak tak buat autopsy ker dan sebagainyer lah.
5. Macam ni nyer persatuan baru best sebab semuer org masuk tanpa kepentingan. Tak kan ader org berebut nak jawatan dalam persatuan sebab nak bagik resume cun, jadi dapat kerje cun dan dapat bini cun. Semuer org akan buat kerje lam persatuan sebab kalau kita tak tolong org biler org tu mati, org lain ntah2 tak tolong keluarga kite lak biler kita gol. Jadi semua org jujur dan ikhlas dlam join tabung khariat kematian ni
6. Kecuali lah aku! Susah giler aku nak ikhlas join tabung ni sebab aku dok pikir kalau ader org mati aku leh tender kenduri arwah. Tu sudah cun. Aku tak lah mengalu-alukan kematian korang kan tapi kalau dah rezeki tuh tak kemana org kata! Jgn maree yer...
7. Lainlah kalau aku yg mati dulu.
Sekian Makaseh Wassalam.


Tuesday, November 11, 2008

Mak dah kata jgn main api... budak niii!!



courtesy of syed http://obskuramata.blogspot.com/

1. Tarik nafas panjang2 azam. Control kepoyo-an diri sendiri kerna poyo itu sebenarnye riak!!

2. Maser aku berbini muda ehh tershasul...muda2 dulu (last week), pernah aku tertinggal kuali panas ngan minyak kat dapur. Biler aku baling barang nak digoreng, trus terbakar. Aku panik terus padam api dan aku baling penutup periuk atas kuali . Few seconds later after api dah padam, aku dok kat luar terketar lutut sambil isap marlboro lights..pergh nekmat. Kira burn masak ari tuh... tapi aku wonder naper jadi camtuh?

3. Sekarang aku masih belum berbini muda dan sudah pencen merokok, tetapi aku dah jadi tukang masak sepenuh masa. Insiden yg sama berulang lagi, tapi aku dah kurang panik sebab
-pertama maner la tau ader awek cun usha aku jadi ilang lah macho kalau aku panik atau
-kedua atas kepala aku ader stainless steel canopy jadi kurang possibility kedai terbakar (refer gambar syed) atau
-ketiga aku dah season. Matang dan tenang dalam membuat tindakan didalam apa jua situasi. ehemm gatal tengkok plak.

4. Biler aku dah tak panik, aku mula lah mengada2 buat experimen. To cut short story shorter, biler kuali panas yg berminyak dah berasap2 di campakkan air atau bende yg berair (eg:udang basah), it only needs a spark to ignite the flame. The spark in my case, is abundantly provided by all the kerak from the ass of my kuali. The ferocity of the flame is proportional to the amount of water used. Jadi sekarang aku leh buat api camtuh bila2. Tu yang aku leh posing lam picture syed pastuh ngan alip lak tuh.

5. Jadi selaku model/cook professional, aku nak beri peringatan. Ingatlah, jika perkara yg samer berlaku pada diri anda, JANGAN...

-JANGAN sekali2 baling air lam api yg tengah menyala sebab dier akan jadi lagi besar kecuali air dlm kuantiti yg banyak eg satu baldi. Tengok pic syed, tu baru setengah gelas air.
-JANGAN lupa padam kan api dapur to cool down the kuali, no heat no flame.
-JANGAN try replicate cam aku kat umah. Terbakar nati naya. The picture was taken under strictly controlled situation at all time- ye lah tu!!
-JANGAN ingat api besar maser masak buat masakan lagi best. Sama je cam tarik teh tarik panjang2, kedua2nya untuk show jer.-JANGAN panik, lari terjerit2 macam awek kecuali kalau anda adalah sememangnyer awek sejati atau awek bukan sejati ..auww.
-JANGAN lupa mengucap. Terbace doa kunut , hadis atau memberi khutbah spontan boleh di terima.
-JANGAN lupa check danger pada keliling anda mcm curtain, wallpaper atau n kecik yg menyibok nak masuk frame (gambar syed).
-JANGAN gunakan api yg tengah menyala untuk nyalakan api rokok atau buat BBQ.
-JANGAN mengada2 carik kamera nak amik gambar. Sedarlah diri lu tak sehensem diri gua.
-JANGAN lupa no tepon bomba, ambulan dan polis kat australia adalah 000, dan no tepon model lam pic tuh 040234...sat bini aku lalu...nanti aku sambung.
-JANGAN tak tau yg model lam pic tu sebenarnyer terpaksa mengcontrol ke-enseman dlm kepanasan dan mengorban kan beberapa helai bulu roma untuk menjayakan pengambaran tersebut. Dah lah bulu roma aku terbatas. Lainlah kalau arsyad, ilang bulu roma tangan leh transplant pakai bulu dada.
-JANGAN tergelak kalau aku mati terbakar esok-lusa...Mak dah kata dah...jgn main api!!

Sekian. Makacih to all but no thanks to alip and syed sebab tak edit bagi muka aku ensem cikit!! muahahhaha.
Wassalam

Friday, November 7, 2008

Penantian buat bohsiaku. Sebuah cerpen UPSR

Peperiksaan akan bermula pada hari ini untuk mangkuk2 yg malang. Kah Kah kah aku takde exam yeaaah. Sebagai seorang yg prihatin, aku buat soalan pemahaman karangan kat bawah untuk korang praktis jwp soalan exam.

Penantian buat bohsiaku
Tatkala ku dengari engkau dalam pelayaran ke Australia tempohari, hatiku terhenti sedetik dua. Oh bohsia ku, tidakah engaku memahami betapa selama ini aku gundah gulana menantikan kehadiranmu disisiku. Maka keputusan mu untuk merentas samudera bukan untuk terbang di awangan telah membuntukan ku. Ku tahu dikau sedar,pelayaranmu bohsiaku akan menangguhkan detik gembira penyatuan kita selama 3 minggu.

Walhal, sekiranya dikau menaiki penerbangan MAS, kita akan ketemu dalam masa kurang drp 6 jam. Sekranya wang ringgit jadi penghalang, pernerbangan yg berkesinambungan sedia di tempahi di alam siber. Dari bumi Malaysia ke bumi gold coast atau melbourne mengunakan jetstar atau air asia, sebelum kembali berterbangan ke bumi Adelaide tercinta ini. Semua ini dlam masa tidak lebih drpd 2 hari.

Saban hari yg mendampingi ku hanyalah penganti mu yg kebohsia-an-nya tidak selincah gerak tarimu., tidak seharum dedaun kasihmu. Yang ada hanyalah kepalsuan yang hambar dan lesu.

Malamhari ku termimpikan mu, dinihari ku masih terasa kelazatanmu di peghujung lidahku dari mimpi semalam.
Bermain main di benaku detik pertemuan kita nanti. Pertama-tamanya, akan ku hirus dikau dengan air yang hangat sehingga luntur warna perang ke-emasanmu, sehingga keluar jbau-bauan harumu. Dan akan ku padankan dikau dengan pasanagan yg setandingmu di bumi asing ini, susu condensed milk home brand. Malang pasangan yg benar2 secocok denganmu hanya wujud di tanahair kita. Cap teko, cap junjung atau dutch lady memang selayaknya. Kemudian akan ku isi dikau bohsia ku dengan telitinya ke dalam kole ku, dan akan ku tarik, dan tarik dan tariikk dikau dengan sebaek baeeknyer.Akhirnya, akan ku hirup madu kasih mu sepuas-puas sehingga ketitisannya yg terakhir.
Dan apabila semuanya telah berlalu, akan ku kumbah-kan dikau bohsiaku kedalam mangkuk tandas myers shopping centre. Selamat tinggal bohsiaku, terimakasih atas nikmatmu, ujarku sambil tekan button flush dengan hujung bootku.

Lu boleh blah. "Arshad teh tarik bohsia lagi satu!" jeritku di dlam tandas itu.

Sinopsis utk yg bengap
Teh tarik bohsia yg best tu akan sampai lagi 3 minggu naik kapal. Best camner pon akan jadi air kencing jer akhirnya. Teh tarik arsyad ada di jual di dalam tandas myer!( bahagian lelaki ke poompuan aku tak ingat sebab maser tu aku dok lalok pening kepala nak cari ilham tulis blog..aku raser tandas OKBD).


Pengajaran drpd cerpen

1. Boss SB dah lalok, esok lusa mungkin gol. Jadi tolong beli ramai2 jadi kurang ke-lalokan nya atau datang kedai untuk mengucapkan selamat tinggal dan bermaafan.

2. Boss SB jiwang. Mesti ader mende dalam makannya yg menyebabkan dier jiwang. Jadi saper nak jiwang jom makan kedai.

3. Kedai SB tak laku sebab tu boss SB ader maser buat kerepek sambil merepek dalm blog.

4. Boss nak carik bohsia ni..semacam jer ayat2 dalam karangan tu!

5. Flush toilet boleh ditekan dengan kaki kalau jijik nak tekan pakai tangan.

6. Jangan bercakap sewaktu buang air. Aku rasa makruh kot. Sepatutnya sunat berdehem2.

Soalan pemahaman

1. Berikan dalil aqli dan naqli hukum qada hajat. (1.524 markah)

2. Susu pekat manis manakah yang paling sesuai untuk digunakan di dlm teh tarik: Cap teko, junjung , dutch lady, nestlea, home brand atau yang lain. Berikan hujah penyokong dan hujah bantahan bagi setiap contoh yg di bandingkan (150 markah)

3. Berapa helai kah jumlah bulu dada boss (0 markah)

4. Berapakah jumlah saman royalti yang akan boss terima daripada syarikat Teh Boh Malaysia Bhd kerana memandai-mandai ubah nama teh mereka dan mengunakan paket asal teh boh utk jual teh bohsia? (5 juta markah)

5. Pada pendapat anda, adakah boss SB kencing sambil duduk, berdiri, berlari atau menari? (markah bahagi 2 markah soalan no 1)

6. Di manakah boleh di dapati tiket murah balik malaysia pada 24/12/08 untuk 2 dewasa dan 2 kanak2 dan penerbangan kembali untuk 1 dewasa dan 1 bini muda pada 6/1/09? (markah free)

6. Berapakah jumlah huruf a di dalam cerpen diatas?(0.000000 selepas 2 hari tekan no 0..00012 markah)

7. Khas untuk budak2 bengap yg tak leh jawap soalan2 kat atas. Sila copy jer cerpen diatas balik ke dalam kertas jawapan anda. Cikgu akan bagi markah pass nyer sebab mak2 anda semua cun-cun dan cikgu suka tolong melayu (untuk lingkup!).

Sekian. Padan muka ada exam. Makasih. Wassalam.




Wednesday, November 5, 2008

Buruh kasar yang mangkuk

SAlam
Ehh letih dah aku buat lawak. serius sikit.
Dah nak masuk 6 bulan dah kedai dibuka. Ader pekerja aku dah pulang ke rahmatullah dan ramai akan menyusuri hujung tahun nih. Jadi utk ingatan aku yang dah nyanyuk nih, aku listkan pekerja2 SB ikut tututan start kerja lebih kurang.
1. arsyad macha teh tarik special..
2. hiswani jawa murtad yg jiwang
3. aini sastera lalok
4. intan jawa sijangkang
5. aishah tangga batu
6. ihsan huhu makan berak dier pastu tido
7. aznan umno melaka
8. azmi ustad KIK
9. mat syah "the destroyer" yg "belum kawin lagi"
10. asri che ali
11. CD abang DVD
12. kamarun datuk K
13. syazila siti nurhaliza
14. rozanizam dr chef
15. lisa andartu che ali
16. N suraya angkasapuri kerdil
17. farah katun maksima
18. usin macho galah bernyawa
19. safwan lawyer khalwat
20. bear jambu SDAR
21. N besar Kelate sesat di Kedah
22. seri Kelate sesat di Adelaide
special mention.:
CD, sani blonde dan fakir fikir. Tolong maser aku setup mula2.
Din roti canai master.

Ader tertinggal ker? AKu terhutang budi dan gaji kat korang semua. Klaau tak der korang aku dah gulung tikar lama dah. Aku harap aku tak gulung tikar mase cuti 2-3 bulan ni sebab student tak der. Sedap jer aku kutuk korang kat atas yer. Kutuk lah aku plak. Aku tak kesah pon....untuk buang sesapa yg kutuk aku!

Pantun 3 das
erra fazira bersimpuh ayu
mengkemut buntutnya, menahan kentut
korang semua datang to the rescue
dengan pertolonganya, hilanglah semput.

badak dikacuk dengan labi2
anak mereka di panggil ba-bi
terima kasih daun keladi
ade rezeki kubayar gaji.

anak katak di pijak mak limah
pecah perut, tahinya jingga
sehingga badan di kandung tanah
budi baikmu ku kenang sentiasa


lesen L:
nadia dan nisa. Application pending.








Woit! brapa gelen dah masuk dalam singki. klau gua bankrap, gua saman lu safwan. Ehh lu lawyer ker, solli yer solli. Mintak no tepon. Ader member sorang tuh nak tau aper procedure2 utk kawin dua. Aku ni kawan yg prihatin jer. Satu lagi aku nak registered trade mark tahi lalat aku boleh ka?Apo den kesah ngan teh tarik aresyad! Tak do ko bondo spesel pon! Tengok den taghik tak do mandang air nyo pon!Aduh, konno tangan den.PAneh..paneeehhh. Omakkk setat kancil tu copek kito konno poi ghumah KJ! Aduihhh KJJJJ..KJJJ tolon bawak den pakai halikoptar ko sepital bole?

Sekaian.Makaseh.Wassalam

Sunday, November 2, 2008

Poll carta lagu swinging bowl

Impak drpd series lagu pilihan gempaq SB (fiona, huarghh dan hidung tamilku), aku di hujani dengan macam2 komen yg aku pon jadi biol tatau nak pilih maner satu.
JAdi susah2 aku buat poll lah berdasarkan komen2 bernas yg aku listkan dibawah. Sile undi poll di seblah ni. Ingat korang boleh mengundi lebih drpd satu pilihan.

1. "ABg Ben raser lu kene pasang lagu death metal kuat2 sampai keluar tahik telinga. Jadi kalau gua komen lu nyer CKT masin ker, teh tarik lu cair ke lu tak dengar jadi tak trasa lah kan". Lu datang kedai gua lagi skali gua bagik lu "special" baek nyer kawan2 nyer harga. Arsyaddd....susu basi tuh simpan lam fridge yer. Ada "special order".

2. "Biarr senyap je lah bang. Suasa sepi di kedai abang mengingatkan saya kesepian yang kita akan alami di alam kubur nanti. Tak pon kekadang tuh safwan trasa mcam beriktikaf di dlm masjid sambil mengmuhasabah diri". Itu kalau tak kene seksaan kubur lah kan. Adus..aircond aku takjalan ke ari nih.

3."Lisa nak abng pasang lagu fiona 24/7 jugak. Kalau tak I akan nyanyi kuat2 all day sambil berdiri atas counter abang mcm lam cayote ugly tuh!".Pergh..sabau sabau, maner aku letak air yasin aitu hah? Ader budak nak kene di renjis2 sikit nih..

4. "Abang pasang lah lagu nasyid yg mendayu2 dan penyanyi dier jambu2 tuh. Jadi ramai lah sikit sisters2 usrah datang senang arsyad nak pilih calon isteri". Ehem..abg pon sama...sama sama minat lagu nasyid cam tuh.

5."Lagu feeling lah bang, baru org layan lagu sambil makan slow2, jadi kedai nampak ramai org. N raser, silap2 terus lelap kat kedai. Kita leh charge cam hotel lak kan!". Wooo, yahudi pon tak pikir jauh macam tuh. Ideea yg bagus. AKu raser IQ kau memang lagi tinggi daripda ketinggian kau dalam cm.

6."Industan lah bro. Tak pon tamil ker. Dr mahathir dalam chedet.com pon setuju bagik datuk kat syah ruk khan atas sumbanganyer menglamerkan melaka. Abang pasang lagu industan , gerenti Indian satu adelaide lepak kedai abang. Maner ade kedai kat adelaide ni pasang lagu industan. nyillekk. Silap2 Bollywood pulak bagik abang datuk! " Neehhhiiiiiiiiiiiiiiiii usen sahab. Nanti menyusahkan kau ngan arsyad asyik tukar baju 5-6 kali satu lagu. Lagipon kalau hanya awek industan datang lepak kedai no hal. Tapi biler balak2 industan datang tuh, aku raser mcm OKBD lak..orang kurang bulu dada.

7."Yanti rase pasang jer al-Quran all day. Kita dapat barakah dan ketenangan drpnya insyaAllah". Alhamdullillah. Betul tu istriku. Sama macam poligami, ader barakahnya dan ia mendatangkan ketenangan kepada jiwa suami yg bergelora.

Sekian. makasey. Wassalam

Friday, October 31, 2008

Jawatan kosong

Pihak pentadbiran Swinging Bowl Pty Ltd menwartakan disini, tentang kewujudan kekosongan dalam pengendalian restoran "swinging bowl satay" (SB) sewaktu cuti hujung tahun ini. Adalah menjadi visi dan misi kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami, maka pemohon mestilah memenuhi kriteria seperti yang tersebut dibawah. Kriteria tersebut telah dibahagikan kepada kategori A,B,C,D,E,F dan G.Individu hanya perlu memenuhi SALAH SATU daripada kategori tersebut untuk layak memohon.

KATEGORI A
1. Lulus SPM dengan kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia dan boleh bertutur bahasa malaysia dengan baik.
2. Lulus SPM Bahasa Inggeris dan boleh bertutur bahasa Inggeris sampai berabuk.
3. Fasih bertutur dalam Bahasa Arab paling minima satu perkataan eg Assalamualaikum.
4. Boleh membuat pelbagai tugasan di waktu yang sama (multitasking). Had minima ialah mampu untuk memasak roticanai sambil ambik order nescafe tarik, mintak no phone awek cun yg order nescafe tarik tersebut dan korek lubang hidung kiri mengunakan jari telunjuk tangan kanan.
5. Berkebolehan untuk berkerja dibawah tekanan yang ekstrim. Tidak menangis, blur, mati atau sakit otak bila menghadapi saat saat getir.
6. Pantas. Mesti berkemampuan untuk berlari 100m di bawah 9.67s berkain pelikat (untuk lelaki sahaja) atau berkemban (perempuan atau lelaki).
7. Ketinggian. Disebabkan kaunter kami agak tinggi, ketinggian pemohon mestilah sama atau lebih tinggi daripada cik n.
8. Memiliki kepandaian atau IQ yang tinggi. Jadi mampu untuk mengimbangi antara pembelajaran dan pekerjaan. Ujian adalah diwajibkan. Contoh soalan; Namakan ahli kumpulan 4U2C mengikut susunan abjad jawi.
9. Memiliki suara yang merdu untuk memikat hati pelanggan dan menyanyikan lagu tema SB "fiona" sambil melutut dengan baik.
10. Tidak sayangkan jari dan kulit tangan anda.
11. Sanggup menjadi tong sampah kami untuk menghabiskan sisa2 makanan yang berlebihan dimalam hari.
12. BUKAN orang muar, bekas penuntut MRSM muar,MCKK, SDAR,STAR dan Alam Syah.
13. Pengkid atau bukan pengkid daripada alumni TKC, STF dan Sri Putri diterima dengan tangan terbuka.

atau
KATEGORI B
1. Cun.
atau
KATEGORI C
1. Sanggup berkerja free.
atau
KATEGORI D
1.Memiliki darah keturunan India.
atau
KATEGORI E
1. Ore Kelate.atau
KATEGORI F
1. Bini aku. atau
KATEGORI G
1. Sanggup jadi bini no 2,3,4 aku.

Pemohon yang berkelayakan diminta email pihak SB di mangkukstatik@gmail.com. Pemohon yang mengunakan kategori B dan G diwajibkan menyertakan gambar ukuran passport dari sudut depan dan tepi.
Sekian.Terima Kash dan wassalam.

Thursday, October 30, 2008

siaran tergendala

1. Ehh aper jadi ngan last post aku. Apsal lain macam jer rupernyer. Ni mesti sebab aku pakai computer arsyad ni jadi camtuh. Tu la computer bayar mahal2 takpe, software satu sen pon tak bayar!
2. Sorri lama tak update psal aku ader masalah internet sejak last week lagi. Baru malam ni wokay.
3. Utk swot vac dan mingu exam nih, aku perlukan org lebih sikit utk cover pekerja2 SB yg kene exam. Jadi sesaper yg ader time free, kalau tak de exam ker, dah habis study ker, dah boring study ker, nak extend satu tahun lagi dok australia sebab sini best ker, nak repeat year sebab lecturer tahun ni ensem ker/awek junior cute ker, sajer buangtebiat, nak carik penyakit, mempunyai masalah psikologi atau bodoh; bolehlah email akuciter time bile korang free. Jadi aku leh setup timetable. Email beta adalah mangkukstatik@gmail.com.

Tenkiu. Wassalam

Sunday, October 26, 2008

mana hidung tamil ku

1. Aduss. Internet aku dah jam. Ader org jeles kat aku nih, gitau iprimus suh block internet aku. Aku dah 4 hari tak leh access internet dari rumah. Risau gak aku tah apa korang merepek kat lam blog nih aku pon tak tau. Ni pon aku terpaksa menumpang kasih my macha utk post blog nih. 10Q. Masuk bill yer.

2. Wokeh. Sambungan muzik gempaq SB kategori antarabangsa..

3. Tiap kali aku gi kedia asian grocery meremang bulu ketiak aku biler dengar lagu dieorng pasang. Samalah camtuh kot utk pelanggan aku yg bukan melayu kalau aku dok pasang lagu melayu lah kan. Jadi di sebab akan aku ni seorang yg hensem dan prihatin terhadap customer aku, jadi aku kenalah pasang lagu yg dier org layan. Wa mula ngan lagu feeling dulu kay, pastuh kita pickup pelan2 heheehe.

4. Firstt lagu mat salleh memandangkan kita dok ozzi kan. Ni la lagu inlglis yg aku slalu dok berduet ngan mr huhu masa dia keja dulu..uwaaa. why don’t u come back...are u sure U don’t wanna come back..U sure or not? http://au.youtube.com/watch?v=dcoJF8B1Hls&feature=related . Pergh..ni kalau release full song nih boleh dapat no 1 english chart nih.

5. Lagu sterusnya aku dedicate kat abg ben yg menyambut ulangtahun perkahwinannya yg ke 19 dgn istri pertama dia. Brader ni siap tulis sajak lagi utk bini dier. Gua tau dah lu jiwang kaarat bro. Tak pon mesti nak amik hati bini sebab nak mintak permit kawin 2 nih...memang pro lah lu.Terimalah sebuah lagu cintan korea yg berjodol “mana hidung tamilku”. http://au.youtube.com/watch?v=Mfs4vNasQA4

Pergh menusuk kalbu suara penyanyi jambu tu yer...nasib baik aku bukan insan yg bernaama saiful bukhari. Betu ke ni lagu cnta, ader cita psal gaban la, nenek miang lah, motor game, buyong teh la. Ni membuktikan lirik lagu tak penting, hentam jer asalkan lagu besh. Tengok langsuyr.Ader lirik ke tuh?

6. Aku tak der lagu jepun best lah. Mintak budak2 katun cik parah dan N kecik tolong carikan yerk. Yang aku letak cni dak bes pon. Tak yah click pon takper,. Toksah lah klik, ...jangann...i say no need lahh..buang maser jer.. http://au.youtube.com/watch?v=kmCF_2V-FI4&feature=related.shit no mamak deh.Kan dah nyesal..aku dah bagitau, korang tak mau dengar. Padan muker.

7. Aku tau usen macho dah terlompat2 tak sabau nak joget dengar lagu industan. Sabau kerbau. Tak yah lompat Usen karang kepala pecah terantuk siling rosak siling aku. Biasernyer org macho tak buh namer kat nama la bro, mcm batman, bukan bat “macho” man atau “my name is bond, james macho bond!”. Org macho mcam aku nih biasenyer org tengok pon dah terpancar kemachoaannya, tak pon daripada perbuatan kita, contohnya tengok camner macho bro ni belli boat! http://au.youtube.com/watch?v=WOocAbFSzA4&feature=related.

8. Lagu sterusnyer dari India gak tapi aku raser bukan lagu industan.. sat tanyer macha , wey ini lagu saper bikin? Ok konfirm tamil dan aku cakap kat korang best giler. Jgn gelak sampai jatuh kursi yer. http://au.youtube.com/watch?v=IgbsQ8Buu40&feature=related. Jahat sungguh kangaroo tu patahkan shin guard amar, kaki kau ok ke dak amar? Mat pakai baju kaler merah tuh joget ape kelass. Belum tengok arshad lagi. Nak tengok arshad lepas joget gi sini gambar ke 15 . Gambar maser joget tak leh tunjuk nanti arshad kene tazkirah!

9. Last skali lagi lagu cina lah yer. Dan sebab aku ni jiwang, lagu cintan lagi satu. Balik2 lagu cintan muahahha. Lagu ni aku dedicate kat rumah yg ader 2 aini dan satu aishah? Sebab aper.., lu tengok sendrilah yerk.. http://au.youtube.com/watch?v=_G6BvXKZsHc&feature=related.

10. I lap meja dan lap u all.tenkiu

Wednesday, October 22, 2008

jejak kasih

1. Aku tak sempat nak sambung pasal muzik pilihan SB kategori antarabangsa sebab bz sikit skang malam2 kira duit...mauhhahah pok cii kayoo!!. Lepas sessi kira duit aku buat sessi nangis sorang2 lak pasal kene kira plak brapa duit kene hulur kat bang long, bang ngah, bang teh , bang cik, bang su dan bang ngang...uwaaa pak cik pokai! JAdi bro uSeN MachO (nama samaran yg di cadangkan sendiri oleh tuanya. Aku ingat aku lah paling poyo!) yg mintak lagu industan dan tamil tuh, mintak bersabar...dan meh sini tengok IC sikit! Alang2 tuh meh sini tengok kad nikah skali. Friendster profile kau kate dah married. Bila kau kantoi wet catch? ke kau pegi Siam? Apsal tak cakap, aku nak pesan jersi bola.



2. Jejak kasih. Sapa lah lalok tertinggal pensel case dier nih dah dekat seminggu lebih dah. Penuh ngan pensel ,pen, dll stationery. Kalau penuh ngan duit aku dah cilok dah. Bila aku buat CSI skit, pen2 dier ader tanda RM. Org M'sia lah kot. Ader satu pen UniSA dan ada satu pen tulis"elaine's stuff". Jadi sapa tau org Malaysia yg study uniSA bernama elaine yang cun..tolong bagi tau aku, jadi aku leh bagitau die. Kalu tak cun, lu bagi tau sendiri lah!
Entah2 namer dier bukan elaine, tah2 ni pensel case jantan..auwww. Itu case bagitau abgben kasi settel.

3. Poll dah tutup. Timo kasih kepada yg mengundi. Yg tak mengundi..pooodahh! Undian adalah seri antara bagik sorang satu (boring..mesti pompuan skema vote yg nih) dan sumbat lam lbg idung (yeahh...mesti jantan ngan peng kid vote ni). Kepda sesapa yg vote "tak bagik langsung aku haji bakil" dan tissu kedua $10, I lap U beri2 much!!
Polisi sekrang memang bagik sorang satu biler beli, tapi yg terjadi mesti lupa nak bagik..I terforgot la. Bukan diniatkan yer..kecualikalau aku yg buat kih kih kih. Jadisebagai rekod aku letak result kat bawah nih sebab aku nak letak poll lain nanti kot.

Bayak org suka membazir tissue/serviette. Ambik banyak2 macam nak bukak kedai runcit pastuh pakai satu dua jer. Apahal. Apa aku patut buat?Bayak org suka membazir tissue/serviette. Ambik banyak2 macam nak bukak kedai runcit pastuh pakai satu dua jer. Apahal. Apa aku patut buat?
Bayak org suka membazir tissue/serviette. Ambik banyak2 macam nak bukak kedai runcit pastuh pakai satu dua jer. Apahal. Apa aku patut buat?
Letak je depan tuh bagik customer pakai puas2. Tak luak pon duit abg azam (banyak canteek!!)
4 (10%)
Bagik sorang satu bila beli apa2
14 (37%)
Buat2 bodoh jer tak bagik maser org membeli. Bila org tanyer baru bagik "sorry I ter-forgot-lah!!"
4 (10%)
Tak bagik langsung kat customer. Aku Haji bakhil. Apa tisu-tisu. Sakali aku lesingg
2 (5%)
Bagik satu je free. Sapa mintak extra kene bayar $10 sehelai.
1 (2%)
Bagik all-u-can -use. Tapi sapa membazir aku tenyeh2 bagik masuk tissu tu lam lubang idung dieorang.
14 (37%)

4. Aku dah letak merepek box kat sablah. Tolong jgn merepek lebih2. Kang aku sumbat kerepek .

Makaseyy. wassalam

Monday, October 20, 2008

AArrgghhhhh huk huk warghhhhh ptuih ptuihh

muzik gempaq sambungan part 2

Korang semua dah semayang dah ke. Ada air semayang lagi ke? WOkeh boleh tengok entry ni.

1. Aku nak ajak grp ni buat live utk mewakili kategori bahasa yg gagal di kategorikan oleh pakar bahasa UNIMAP, UNISEL,UNIMAS dan UNICORN, grp ni memang gempaq gila. Dah ready ker...wa bagi warning kay. Cekal kan hati dan kasi klik sikit http://au.youtube.com/watch?v=SZu5QuIbzgE&feature=related. Rilek2, penyanyi dier tuh ada lipan msuk seluar, tu dier dok jerit2 sakit mintak tolong sampai ilang2 suara. Tengok mamat tu bila dier tak menjerit, dier tergeliat2 mengelupur kesakitan...kesian.Tapi memember dier sesekor buat donno, "lantak hang, aku dok syok main" especially yang main gitar hitam putih cam kungfu panda tuh. Cam pernah usha la lu.

2. Check yg ni plak tenggok sikit http://au.youtube.com/watch?v=HoLZcg_hMyU&feature=related . Alamak cop...chop..yg ni dier sakit tekak ari tuh..Dier sebenornye nak teran kahak dier bagik keluar. Takde sekor pon memember brader nih tolong ketuk2 sikit ke kat blakang ker, sapukan vicks kat celah2 buludada brader tu ker, hulur klorox bagik brader tu minum bagik clear sikit tekak die ker.. Tenggok tuh brader gitar kungfu panda tuh dok "angguk2 ensem" (istilah di cilok baeknyer drp satu blog krg glamer) atas pentas tuh jer..isyh ..isyh..isyh. Cam kenal yer..

3.Tak pe lah, aku tau suara penyanyi tu sebenornya lunak merdu. Ni tenggok videoclip ni lak.http://au.youtube.com/watch?v=ffxkCZS79I4 Alamak kesian gilo suara dier dah lekat jadi camtuh.Tu la member tak leh harap. Brader gitar panda tu hasyik dok posing maut jer tiap kali gig member sakit pon tak kesah. Lu sekolah maner dulu, cam biase nampak la.

4.Sebenarnya lagu pesen nih tak kesah la kalau tulis lirik dlm bahase batak utara ker, negrito ke, eskimo ker, masai ker, venezuella tellenovella ker, bunyi dier samer jer. Semuer bunyi cam beruang sembelit kaki tersepit. Mulla2 aaarghh..pastu huarghh...pastuu arghh balik. dan seterusnyer. Kalau lupa lirik..hentam aarrghhh jer. Tapi korang ingat senang ker nyanyi camtuh. Meh sini acu cuba try buat. Aku cabar nyanyi satu lagu jer. So brader ni nyanyi satu konsert kira gila lah skill dier.

5.OOO baru wa ingat , itu brader budak mrsm muar lor. Konfirm melayu. Lirik dier kalau camtuh, dah sah pasal cinta...Patut la dok terjerit2 tuh...putus cinta la tuh agaknyer. Tajuk lagu tu pon mata ayer lak tuh.

6.Tahniah MRSM muar kerana berjawa..ops berjaya menghasilkan insan2 second hand nih. Tengok sheikh muzaffar yg hanya mampu menjadi angkasawan kedua malaysia selepas ayah pin. Brader gitar panda ni lak hanya mampu menjadi kumpulan death metal kedua hebat selepas "Sil Kannaz". muahahha. Alamak, pekerja aku N pon budak MRSM muar(bukan namer sebenar sebab namer dier start ngan s dan kalau pakai namer N pon dier guna small letter). Tengoklah nanti deir akan jadi angkasawati kedua terpendek dlm sejarah angkasa lepas, takk pon jadi isteri ke dua sesapa (tak pe jgn di duakan sudah).

7.Kehadiran MRSM muar juga telah mengjejaskan fengshui bandar muar, menyebabkan depa pon ter-effect. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yg ader skandal seks kene rakam lam VCD tuh org mana? Namawee budak yg buat lagu negarakuku tu org mana ? Mak Suffiah Yusof budak genius yg jadi escort kat UK tu org mana? Muhyiddin org manaer? Arsyad org maner? Sepatutnya kita buat system bater ngan singapore. "Lu kasi sini balik itu pulau batu putih, wa give U muar ..Bole ka?". Bukan aper, takut muar menganggu fengshui negara malaysia plak..Sudah.

Dah lah , aku dah letih melalut. Ada last part pasal muzik in the next post.

Makasih. Wassalam.

Fionaa...berrikan daku setitis kasihmu

1. Computer aku merajuk. Aku malas nak pujuk, aku format, boh bini baru..ehh window baru. Tapi macam bini baru jugak, installed programme balik nih kene di adjust sikit sana sini baru ngam. Tapi nakbagik ngam tu yg makan mase tuh. Rindu kat setting computer lama. Tapi nak buat camner dah format tu kira talak 4 la. Kasi cina buta pon takkan dapat balik. Uwaaaa.

2. Wokeh. Manyak worang mintak aku pasang lagu kat kedai. Tapi pasang sound system tu senang , nak pilih nak pasang lagu maner satu tu yg poning kepalo den. Ari tuh aku try pasang lagu drpd laptop aku, dah kene kutuk aku jiwang la, old school la. Kantoi betapa tuanya aku ni. Bila aku suruh budak2 aku pasang lagu diaorg, aku pulak yg pelik sejak biler indon buat album. Setahu aku indon buat rumah, jambatan, jamban dan jenayah. Sejak biler its cool dengar lagu indon. Baru aku sedar, sesungguhnya generation gap between engkorang dan aku adalah besar. Maser korang2 semuer dok bawah ketiak mak lagi, aku dah ada bulu ketiak. Jadi camner nak puas hatikan semua org. Konfirm tak leh nyer. Kalu pasang al-quran tu kira lain lak. Baisanya org diam jer tak protes. Naper agaknyer?

3. Nasyid? AKu terus terang kalau nasyid yg suara keras dan semangat especially lam bahasa arab, aku cukup minat. Tapi kalau yg macam "boy-band" (istilah dipinjam drpd saudara azmi), yg pakai smart2 cam alim, ngan buat2 muka khusyuk dan tawaduk dan suara manja plak tuh mengalahkan anak dara, itu aku kurang minat sikit. Kalau ader gitar karan dan bunyi cam hip hop lagi lah out.

4.Ader beberapa org cadangkan aku buat live muzik even live nasyid kat kedai (abg Ben jgn perasan dan mintak royalti lak yer..roti adala..nak ker?). Nyanyi live memang kaw, baru tau sapa betul hebat dan sapa yg gempaq kat album jer. Kalau aku nak panggil org buat live pon, aku confirm akan panggil grp kesayangan aku nih http://au.youtube.com/watch?v=Rp9DFnpMhlk .Tarian seret menyerret kaki mu pasti akan memukau pelangganku. Geram jer aku nak tackle betis sekor2.

5.Tak sah ajak mangkuk2 tuh kalau aku tak ajak http://au.youtube.com/watch?v=gk3-mi7RsZ8&feature=related. Joget mcam nak roboh pentas, nyanyi macam budak2 ngaji yg luper nak practice sebelum tuh. Segan nak keluar suara takut kantoi ngan tok guru. Yusry KRU memang la idola bagi aku. Talent sebagai penyanyi sgt limited tetapi berbekalkan wajah yg jambu berjaya jadi jutawan dan kawin erra at one time. Sebagaimanalah dengan aku, dengan talent memasak yg limited, aku berbekalkan wajahku yg mcm jambu batu nih, cuba nak jadi kayo dan kawin satu lagi dgn awek cam erra. mauahahhahahha. macam sial!!.tak leh blah.

6.To be fair to the ladies kita jemputlah girl band satu. Nah ambik http://au.youtube.com/watch?v=D-VZZurOynU&feature=related. Aku raser mcam ader bende jer lam idung lead vocalist uh...sengau semacamjer..banyak taik idung kot. Sakit telinga aku woiii.

7.Sebak aku ore kelate dan keda ni keda make mako ambo keno berdikir pasa makane. Acu tera hok nih http://au.youtube.com/watch?v=BCefbjYDRN0. Sedak gitumo.. ambo tok leh nok jupo alik mano ssaloh lasung. Come lotte. Lapaaa budu weii!.

Panjang gile aku tulis, jadi aku sambung part 2 lam next post.
TenQ, wassalam

Friday, October 17, 2008

Jeng....jeng jeng.



1. Huyooo. Fulamakkk. Apa nihhh!!Gilaaa! Biar benarrr! Mak o aiiii! Mak kau!!Opocott! Arrrghhh! Apa kah(intan)!!Weiiiii! Mantapp! Tarbaekk! masyaAllah!Aiyaa!Ayoyooo!Whak de hel ! Oh Noo! Holi sit!Get out of here! Nor way!Are u serius! Hek ellehh! Tak leh blah!!


Char kuay tiaw la beb. Tutup mulut tu dan telan air liur masing2. Nanti abis jatuh ayer liur tuh atas keyboard. $5.50 jer. Available after 5 pm almost everyday subjected to barang2 semua cukup dan taraf jati diri chef. Abg Ben tutup mulut lu wa cakap!!

Yang mana satu idaman kalbu. Char kuay tiaw (CKT) sebelah kiri ke, CKT seblah kanan ke, CKT yang tengah.....tengah masak dalam kuali.

Sekalung penghargaan diberikan kpd model2 di atas kerana sudi memperagakan CKT aku. Model2 ni di taja oleh sebuah syarikat teh terkemuka di Malaysia yang aku dah ingat2 lupa nama apa. Mereka malangnya gagal mengkontrol kecun-an masing2 biler membesalah CKT tersebut macam mat pit dapat ganja selepas sesi photo pada hari tersebut. Abg Ben tutup mulut tu la.

2. Computer meragam. Cilakak nyer bill gates. Mintak activation tru internet utk sp3 lak. Ehh apa hal lak..aku yg pakai software lanun kan. Aku lah yg salah..sollli bill..maap zahir batin. Wa sengkek dan kedekut lagi. Aku bayar pakai satay dan teh yg aku ingat2 lupa namanyer tu boleh? Lgipun bulan syawal ni kita kira sebagai duit rayaer la...set tak? CKT ker? bandung?
U bisnesman, I bisnesman to. Everyday I cook itu satay or rotchan misti ada kasi terbakarnyer..(ainy-shamsy la especially-bukan ejaan nama sebenar) Wa kila liject la itu masakan. Sama la ini kes mr gates. U kila burn la my lanun XP. U ada vista what!! Ada boleh ka?
Wokeh Abg Ben leh bukak mulut tu balik.
Makasih yer. Wassalam.

Wednesday, October 15, 2008

Fakir tisu

1. Lu aphal. Tengok apa ni. Brapa banyak tissue lu mau pakai.

Amik wa nyer tissue satu utk lap tangan kanan, satu utk lap jari kelingking kiri, satu utk lap kening mata kiri, dua untuk lap ketiak kanan, satu untuk lapik elbow kanan takut melecet dan pastuh amik lam 10 helai buat bekal kot2 kene gi toilet lak kan. Pastuh tengok kat atas plate kiri tuh. Tak pakai pon. Yg atas plate kanan tuh dah pakai 2 helai tisu, pastuh dah tak tau nakbuat apa ngan tissue no3 jadi dier mengada buat origami plak .

Banyak terjadi kes2 lagu nih. Panas hati wa. Terpaksa bagik pantun dwibahasa sebijik nak relis tenson.
mandian jakuzi, sedapnya aduhai
amalan si putri, sebelum beradu
are U crazy, or are u high
i'm definately angry, i'll definately kick u

Walaupon kos tisu tuh lam brapa sen jer, tapi sebeb banyak sangat pembaziran aku kenelah buat tindakan.

Jadi wa dah buat poll kat lam blog nih , utk mintak pandangan korang lah kan. Rajin2lah klik.

Meanwhile, polisi aku starting drpd arini, tissu hanya diberikan sehelai sorang bila beli makanan. Polisi yg sama juga diamalkan oleh kedai makan lain kalau korang perasan lah kan.

2.Yeaaa!! aku dapat diskaun 15% beli barang kat general trader sebab aku ada kedai. Jadi aku beli lah sebijik lagi periuk sebab periuk sekrang ada yg dah tenat dah. Cik ciswani (nama diubah utk privacy) sila perati betul2 camner berkilau periuk ni. Bila cuci nanti aku nak sebijik jadi camni balik yer. boley?


Tu brader yg dok di background tuh brader fakir-fikir from http://fakirfikir.blogspot.com/. Pegi ramai2 bace blog dier belajar camner org tua....eh lama mengarang. Takde bunga2 dan abstrak. Ayat short dan simple2. senang org nak baca.

Aku tak tau lah stail dier yg simple ni disengajakan ke memang dier ni fakir berfikir sehinggga nak cipta ayat panjang2 pon tak reti. Tak pon dier ingat kita semua ni bodoh sebab tu die buat ayat simple2.Tak pon dier sengaja buat ayat simple2 tapi di sebalik ayat yg tersurat tu ader message yg tersirat. Tak pon...ehhh dah lah ..gilo den. Ni sebab banyak sangat bacer blog fakir-fikir ni lah jadi sasau. kansel promosi..semua org jgn pegi blog dier. Nanti sakit otak.

Apa kena mengena brader ni ngan mangkuk hayun? Aku hutang duit karipap lah ngan bini die lah. Ni dier dtg selaku along lah nak potong jari aku. Tu lah puncanya jari aku ilang sikit. Lainkali dier dtg dier potong lebih sikit. Jadi korang kene lah tolong beli ramai2 kat kedai aku sebab aku sayang jari aku nih.

Wassalam. Makasey

Tuesday, October 14, 2008

Wolver-Bean

1.Ni dier rupa jari aku sekarang.

Lebih runcing dan aeorodynamic. Ni Silap2 kalau tak jaga2 maser korek idung atau beristinjak boleh mendatangkan kecederaan yg serius nih. Kes naya nanti.

Tapi cepat giler semboh, alhamdullilah. Mesti aku ada darah Wolverine nih.

2. Tapi yg pasti aku pon ader darah Mr Bean. Sekejap2 dapat injury. Luka lah, melecur lah, terseliuh lah. Org kelete royak tebolah. tengok aper jadi semalam.

Minyak panas melompat keluar kuali maser aku masak sayur terus landing situ. Ehh sekali pandang nampak macam kurap yg aku kene maser aku form 4 dulu pulak yer.

Jari telunjuk aku yg telah direnovatekan dan jari tengah (jari hantu kan??lupo den, lamo dok ostolia ni ) yg terguris maser bukak mainan muhammad.

Aku raser tak lama lagi ader yg jari terputus ker, kepala terpenggal ke, aku terbunuh ker maser keja nanti. Ni kene muhasabah diri dan bersiap sedia ni.

3. Wei aper cerita teh tarik. Aku serius nih.. Tak de feed back yg bernas pon drpd korang. Sapa tau pot carik teh tarik tolong beritau.

Wokeh Makasih. Wassalam

Monday, October 13, 2008

Mayday mayday, tolooonggg, ... ---...

1. Adelaide. We have a problem. Disebab kan kerakusan org2 adelaide ni membelasah teh tarik aku (makasih!), maker segala stok serbuk teh tarik aku dan di kedai tokan/pusher aku telah ketandusan. Tokan aku kater dier baru nak order pakai kontena drpd Mesia tapi lagi 1-2 bulan baru sampai kot. Uwaaaaaa!
2. Jadi aku di sini melutut merayu kpd sesiapa yg mempunyai stok2 berlebihan sebarang serbuk teh yg mempunyai bakat utk di tarikkan supaya sedekah kat aku. Nak mintak duit ngan aku pon boleh.tapi ingat dah tak dapat pahala sedekah..rugi tau.
3. Aku juga di sini meng-offer, voucher makanan sebanyak RM20 (duit Mesia mahal sekarang wei) utk di gunakan di swinging bowl(kami tak terima RM, we accept AUD only)kepada sesiapa yg dapat memberitahu aku kat maner leh dpat stok "teh yg boleh di tarik" di Adeladie nih sekarang. Lu pi asian grocery , lu usha lah mener la tau kot2 ader teh boh ke, cap kapal laut ker, 555 ker dll yg boleh di googlekan sendiri. Pemenang akan di tentukan oleh ke cun-an raser teh tarik tersebut dan braper banyak stok aku boleh borong. Ayoh dong! apa lagi dinantikan.
4.Aku juga nak minta jasa baik sesapa yg ader mak pak, abg kakak, dua pupu, tuk sedara, jiran seblah rumah, refree bola sepak atau tok mudim kampung sesapa lah yg nak datang ke adelaide dalam mase terdekat ni, boleh tak bawakkan serbuk teh tarik nih. Alah bukan aku suruh bawak ganja kan. Perbelanjaan anda utk membeli barang2 tersebut akan di compensate sewajarnya. Jgan claim tiket ngan aku sudah!!
5.Aku juga dgn rendah hatinya memohon kepda sesiapa yg mempunyai contact no mat2 hitam/afrika di malaysia yg dok mempel-keldaikan budak2 pompuan kita dalam sindiket seludup dadah kat madrid tuh lah. Aku nak marah diaorang sikit!! Kenapa tak datang adelaide!!
6.Dengan hati yg pasrah ini juga, aku nak mintak sesaper yg ader no tepon awek2 pramugari yg cun. Bukan aku nak ngorat, aku nak mintak tolong sikit jer. Nak suruh korang talipon pramugari2 tu kang takut abis duit korang lak kan. Biarlah aku yg tepon, aku boleh claim tax!
7.Inilah bungkusan last skali. Tu pon dah tinggal titisan2 darah terakhir dah ni. Besok aku dah kene campur ngan teh2 cokia lain. Jadi kalau tak best jgn mare yer..Sekian Makaseh.Wassalam

Saturday, October 11, 2008

Char kuey tiaw, sabtu dan arsyad.

1.Aku nak buat stail nombor2 jugak lah macam che det.

2.Petang2 agak2 lam pukul 5 camtuh aku akan "cuba" start balik buat char kuay tiaw/CKTon request. Mee dan bihun gorenga juga akan di buat sekiranyer tertulis di luh mahfuz...tapi makcik kantin stail lah..aku buat banyak2 terus longok kat food warmer tuh..amik kau. Tapi resepi mee goreng tuh masih dalam ujikaji lagi...so mintak maap kalu ni raser lain esok raser lain. Letih siol buat mee nih..Krem bicep aku. Ohh harege CKT $5.50 student $6.00 nonstudent. Mee & bihun aku letak flat 4.00 dulu kot sementara aku dok testing nih. Feedback di alu2kan

3. At this moment, ari sabtu ahad aku tutup. Sunday aku nak maintain jadi rest day. Trade Ari sabtu insya ALLah aku akan bukak balik minggu depan from 11-4pm dulu kot. Petang aku nak main bola cadangnyer yabeda beduu. Nanti dekat2 minggu exam, aku try bukak sampai ke malam.

4. Arsyad dah balik...yeaaa. Baru keja balik 5 minit dah ader org tanyer arsyad tu boss ker. Muahahha. Aku tak kisah...kalau kene rompak silap2 arsyad yg kena tikam. ke tembak ker..selamat aku. Klau org nak komplen pon aku nak kate tu dier boss tuh.. gi komplen kat dier. Selamat telinga aku.
Rmai org tertanya maner arsyad pegi selama 2 minggu nih.. Rami rupanyer yg rindulkan teh tarik dan milo ais arsyad. Ni aku jeles nih. Geram jer aku nak penaik harge air yg arsyad buat. Aku bagik lah arsyad royalti money. Lepas nih mungkin aku nak perkenalkan arysad unplugged teh tarik dan milo ais session.

5. Testing taruk gambar sikit. Jgn pengsan yer.
Ader sesaper jumpa hujung jari aku dak?
Sesaper termakn hujung jari aku arituh dah jadi sedarah daging dengan aku kih kih kih.

So i cannot do murtabak and roti telur lah for now becoz i cannot uli tepung lah.
Wassalam.


Friday, October 10, 2008

sapa2 mau komen

Aku dah start blog ni utk update manusia2 yg berminat tentang apa2hal yg berkaitan ngan kedai aku. Saper2 nak komen ke kutuk ke dipersilakan. Segala yg baik dtg drpd Allah dan yg buruk dari kelemahan diri aku sendiri.
Aku nak kene pi beli brg..nanti aku update lain.

jom blogging

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails