Showing posts with label computer. Show all posts
Showing posts with label computer. Show all posts

Monday, January 11, 2010

TV will rot your brain !!!!!!

Salam,

1. Sejak balik dari Malaya ni, aku maleh sungguh nak apdate blog. Idea ada selonggok, tapi motivasi = hampeh.

2. Aku hampir tiap2 malam, dok pecah kapla qadha tengok movie2 yg aku dok ripped dan dload selam ni. Dulu tak bley tgk sebab takde masa sebab kene layan anak bini. So sekrang gua balas dendam.

3. Weekend arituh aku tak tido lebih dari 24 jam dok layan movie. Trus biol jap aku.

4. Teringat aku kat kata2 bapak aku masa aku kecik2 dulu...
.." Jangan tengok TV lama-lama, nanti jadi bengong!"

5. Oleh sebab itu aku tak tengok movie kat TV aku langsung. Aku tengok kat komputer je.

6. Abis movie, aku baca berita malaysia, UK, US, Ozi, pastu movie balik, pastu game, pastu movie, pastu fesbuk. Tiap kali aku nak pengsan je, mesti dekat2 taim solat. Setan betul. So aku paksa diri berjaga tunggu masuk waktu dengan.......tengok MORE movie.

7. Mat Salleh pon percaya, tengok TV lama2, boleh jadi bengong. Ada Website (click cinnih), siap buat ringkasan lagi ttg keburukan TV. Bukan setakat jadi bengong, anak kau boleh jadi lagi gemuk, anak kau kuat komplen nak beli berang baru, anak kau bole dapat ADHD, anak kau tak interact ngan community, anak kau expose to murder and violance, anak kau akan jadi ganeh tua2 nanti, anak kau tengok sexual stuff dan boleh dapat long term effect nanti.

8. Jahat sungguh TV ni rupanya. Nasib baik semua kesan2 buruk tuh boleh berlaku kat anak aku je. Kat aku, seorang yg dewasa ni tak dapat ape2 pon. So aku pon truskan usaha murni aku untuk menonton TV tanpa rasa bersalah. Usaha tangga kejayaan.

9. Tapi ada org kata TV ni elok plak untuk budak2. " Does Television Rot Your Brain? New evidence from the Coleman study". Gentzkow, Shapiro 2006. Nama Yahudi sial. Ntah2 Speilberg punye sepupu sepapat. Apa dia raban aku maleh baca. Seperti student melayu yg sejati, aku hanya baca abstract dan conclusion dan buat2 paham je.
ermmmm.....journalll!!!!

10. So what do I think? Well, aku rasa TV ni macam kehenseman aku lah kan. Ada kebaikanya dan ada keburukanya. Budak2 kecik, kalau kita jaga cerite yg dia tengok, diaorang boleh cepat belajar. Sekejap je boleh pikap cakap berabuk mcam mat salleh, kenal ABC atau membaca. Tapi itu semua kalau tenggok Sesame street, Dora atau PlaySkool gitu.

11. Tapi kalau tenggok Hi-5 ke gitu, jgn terkejut kalau one day anak kau mintak belikan skirt pendek sejengkal setengah dari gua hikmat dan bapaknya pulak sibuk carik awek cun blonde yg pakai skirt pendek sejengkal setengah dari gua hikmat pulak!
i lav U tuuuu!!!!
Barisan depan konsert2 mereka di penuhi oleh bapak2 orang dan orang2 lelaki yg tiada anak pon. Sungguh misteri.....

12. Game dan internet pon same cerite. Pepandai korang lah gunakannya. Kalau korang abused the media, don't shoot the messenger......ermm..don't shoot the TV, Comp or game console lah kan. Bagik je kat aku. Akan ku terima dengan hati yg berat...........seberat helium!

13. Pepehal pon, aku still setuju ngan bapak aku. Kalau kau dok elok2 tenggok cerite yg baik2 je kat TV, hanya usha ceramah Dr Asri je kat u-tube, hanya usha fesbuk sahabat seusrah je, hanya dengar Raihan je kat ipod, hanya main game RTS je sebab kau bajet nak jadi panglima Islam one day sewaktu membebaskan Palestine drp rejim Zionist, ......kau try buat semua tuh 24/7. Meh sini aku nak tenggok.
Cukup seminggu, kompirm kau jalan pon dah mereng!

14. Oleh itu, jom kita main BOLAAAAA!!!...Woi bola woi...Dok terperap kat rumah buek apo tu jang!!

Sekian, Mekasey, Wassalam.

Sunday, December 7, 2008

Kerja kosong. Khatib di perlukan.

1. Happy rayer qorban everybodi. Yes the shop will be closed. Aku pon nak beraye.

2. Sori lah aku lame tak update sebab aku malas dan ader byk kerje lain. Comp aku pon dok crash memenjang, sampai tertido2 aku dok meng-reinstalled aper2 yg patut. Satu je nak cakap. VISTA is SHitA.

3. Kepada sesiaper yg dah grad taun ni, tahniah dan boleh blah. Kepada sesiaper yg kene extend lagi I said thank you and I welcome U.

4. Pegumuman pertama. Maner2 mak, pak, tuk, nek, opah, tok wan, abg, kakak yg cun, pak sedara, mak sedara yg cun yg belum kawin, janda, cucu-cicit, sepupu-sepapat, tunang, girlfren, uncle, auntie, tok penghulu kampung, jaga sekolah yg datang untuk celebrate graduation atau sajer jer buang tebiat datang melawat Adelaide ni, aku bagi diskaun 20 percent cam student gak la. Jadi jgn takut2 dtg kedai ye.

3. Pegumuman kedua. Kiteorang dok carik volunteer utk jadi khatib semayang jumaat kat Uni sepanjang cuti ni. Jadi sesiape yg sudi silelah bitau pihak yg berkuasa (ehh sape ye? aku pon tak tau nak bagitau saper). Syarat2 utk jadi khatib Uni adelaide ni memanglah mudah. Pemohon/pengvolunteer mestilah:
a. tau camne nak semayang
b. datang semayang jumaat
c. tau prayer room Uni adeladie kat maner
d. lelaki sejati. Pengkid akan di sula.
e. mempunyai kaki yg perkasa utk menapak naik tangga. Saper naik lift akan di persoalkan kelakiannya. Lift hanya untuk awek atau org2 yg nak usha awek. Mane leh khatib mengusha anak dara org. Tu petander lomah iman tu.
f. Iman yg tidak lemah.
g. tidak bengap kerana kena follow sedikit rukun yg simple.
h. tidak bisu. Kerana kalau pakai sign language tak cukup 40 org leh faham aper kau dok communicate. Lagi satu boleh ke guner sign language seblah tangan je sebab tangn yg lagi satu kene pegang script khutbah kan?
i. tidak buta. Kerane kene bacer script khutbah sikit. Klau anda seorang yg cacat penglihatan, anda masih boleh menjadi khatib tapi hapal je lah rukun2 lam bahaser arab tuh. Khutbah sendiri goreng lah kan. Tapikan sedikit kemusykilan. Kalau anda seorang yg cacat penglihatan. camner anda boleh bacer blog ni?
i. boleh mambace script bahase arab yg disediakan. Tak paham pon tak pe.
j. boleh mambace bahaser inggeris. Org lain kenalah paham ape kau doh berkhutbah. Tak perlu lah perfect pronunciation macam Harjit Sigh Hullon. Cukuplah kalau boleh kurangkan sedikit slang kemalaysia-an, kekelantan-nan, keutara-an dan keultra-man-an.
k. Sebaik-baiknyer seseorang yg biler bercakap air liur tak bersembur sampai 10 saf.

4. Kan senang tu. Tak perlu kene pergi sekolah arab ker, lulusan al- azhar ke, sehensem aku ker untuk layak jadi khatib. Almost every bodi can do it. Except me, sebab aku ni kurang konfiden, kurang iman, dan kurang siuman.

TQ, Slamat rayer, Maap zahir batin, Wassalam.

Friday, October 17, 2008

Jeng....jeng jeng.



1. Huyooo. Fulamakkk. Apa nihhh!!Gilaaa! Biar benarrr! Mak o aiiii! Mak kau!!Opocott! Arrrghhh! Apa kah(intan)!!Weiiiii! Mantapp! Tarbaekk! masyaAllah!Aiyaa!Ayoyooo!Whak de hel ! Oh Noo! Holi sit!Get out of here! Nor way!Are u serius! Hek ellehh! Tak leh blah!!


Char kuay tiaw la beb. Tutup mulut tu dan telan air liur masing2. Nanti abis jatuh ayer liur tuh atas keyboard. $5.50 jer. Available after 5 pm almost everyday subjected to barang2 semua cukup dan taraf jati diri chef. Abg Ben tutup mulut lu wa cakap!!

Yang mana satu idaman kalbu. Char kuay tiaw (CKT) sebelah kiri ke, CKT seblah kanan ke, CKT yang tengah.....tengah masak dalam kuali.

Sekalung penghargaan diberikan kpd model2 di atas kerana sudi memperagakan CKT aku. Model2 ni di taja oleh sebuah syarikat teh terkemuka di Malaysia yang aku dah ingat2 lupa nama apa. Mereka malangnya gagal mengkontrol kecun-an masing2 biler membesalah CKT tersebut macam mat pit dapat ganja selepas sesi photo pada hari tersebut. Abg Ben tutup mulut tu la.

2. Computer meragam. Cilakak nyer bill gates. Mintak activation tru internet utk sp3 lak. Ehh apa hal lak..aku yg pakai software lanun kan. Aku lah yg salah..sollli bill..maap zahir batin. Wa sengkek dan kedekut lagi. Aku bayar pakai satay dan teh yg aku ingat2 lupa namanyer tu boleh? Lgipun bulan syawal ni kita kira sebagai duit rayaer la...set tak? CKT ker? bandung?
U bisnesman, I bisnesman to. Everyday I cook itu satay or rotchan misti ada kasi terbakarnyer..(ainy-shamsy la especially-bukan ejaan nama sebenar) Wa kila liject la itu masakan. Sama la ini kes mr gates. U kila burn la my lanun XP. U ada vista what!! Ada boleh ka?
Wokeh Abg Ben leh bukak mulut tu balik.
Makasih yer. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails