Wednesday, September 30, 2009

4. Tabung Bantuan Perubatan Kementerian Kesihatan: Looks like gold, but taste like shit.

Salam,
...post ke 4 dalam siri Supremo Bloggo Go Extremo : 30 blog entries for 30 days challenge.
yg lepas..post 3 rompakan,
post 2 kantoi


1. Mula2 masa aku buat draft dalam kepala hotak aku pasal post kali ni, penuh dengan carut marut maki hamun. Walaupun pihak yg aku nak kutuk kali ni LAYAK untuk di maki hamun dan di sula jubor mereka, tapi aku tau, all the swearing and "fuck you" in the world, takkan merubah masalah ni secebis haram pon.

2. Di negara kita, banyak org yg tidak berkemampuan. Bila org2 yang dah already underprivileged ni di timpa musibah seperti masalah kesihatan contohnya, keadaan mereke akan bertambah teruk.

3. Hancur hati aku tiap kali bila baca pasal org dok merayu bantuan kewangan untuk diri sendiri atau lagi terharu, anak2 diaorang yg sakit. Contoh terbaru dari HMetro pasal budak ni.


4. Aku tau budak ni akan suffer penyakit Alagille syndrome tu for the rest of his life because penyakit tu malangnya tiada cure whatsoever. Personally aku harap biarlah kesengsaraan budak ini tibalah kepenghujungnya. Tapi apa salahnya kalau "somebody" tolong untuk belikan ubat2 untuk "mengurangkan" sengsara budak ni , for as long as he live, seperti medications mentioned on the wiki contohnya untuk bagik ilang gatal dan sebagainya.

5. That "somebody" adalh tak lain dan tak bukan, kerajaan BN yang kita semua tahu cukup prihatin terhadap masalah rakyatnya. Kerajaan yg berjiwa rakyat dan mempunyai pemimpin yg selalu turun bersama2 dengan masyarakat. Kerajaan yang banyak duit bersepah2 dari tol, saman speding, income tax, etc, dah tak tau nak buat apa dah, jadi diaorang decide nak join F-1.

6. Setahu aku, kerajaan BN memang sedar ttg kebongokan mereka dalam menghandle this situation. Itu pasal , seinggat2 aku, beberapa tahun yg lepas (2002 kalau tak silap aku) diaorang telah keluarkan arahan kepada pihak media untuk tidak lagi menyiarkan berita2 org meminta bantuan kewangan untuk masalah kesihatan mereka.

7. Segala aduan hendaklah di forwardkan kepada kementerian kesihatan (KK). So, pihak KK akan membuat siasatan dan memberikan keputusan samada layak atau tidak untuk menerima bantuan drpd dana yang baru di tubuhkan pada ketika itu iaitu Tabung Bantuan Perubatan (TBP).

8. WOW!! Fulamek! Cun nyer sistem. Pandai sungguh kerajaan. . Penuh ketelusan dan sistematik. Syarat2 kelayakan, cara memohon dan borang download boleh di access di website KK kat sini atau sinun. Pasti settle masalah org yg sesak takde pulus untuk mengubati anak2 mereka pasnih.

9. AIkkk!! Ehh kenaper pulak lepas 7 tahun Tabung Bantuan Perubatan (TBP) di tubuhkan, masih ade org lagi dok mintak bantuan kewangan thru' paper?......Kenapa agaknya? Nanti aku kupas in next post lain malam. Untuk yg tak sabar2, secara sinopsisnya, the tabung is shit and the system is like taik.

.......to be continued
26 post to go...

sekian, makasey , wassalam

Tuesday, September 29, 2009

PROTOKOL UNTUK KHADAM2 SWINGING BOWL SEWAKTU KEDAI DI RAMPOK.



Salam,
post ke 3 in Supremo Bloggo Go Extremo : 30 blog entries for 30 days challenge.

1. Hapenning sungguh Stephens Plc. Kedai kat kedai aku semalam di rompak. Kedai jewelery secend hand tu di rompak selambe rock oleh 3 org pakai parang pukul 3.30pm semalam. Habis pecah cermin display diaorang. Pastuh org jahat tu lari pakai keta curi yg tak lame kemdian di jumpai terbakar.

Impreza tu woii. Kalau tak nak bagik la kat aku.

2. Malangnya perompak2 tu tak bagitau aku awal2. Jadi aku dah keluar pegi beli barang masa tuh. Bila aku balik je ke kedai, aku tengok polis dah blok jln stephens plc tu dah. Terpaksa aku parking jauh skit, inggatkan nak cilok parking illegel dpn kedai je tadik. Cisss!

3. Cuak kejap aku sebenarnya, sebab aku inggatkan kedai aku jadi ape2, terbakar ke, org ngamuk sebab arshad balik malaysia so teh tarik tak best ke, kastemer "awek cun blonde tetek besar" jadi emo sebab depa tak dapat tatap wajahku yg ensem ke.

4. Lagipon yg jaga kedai masa tu hanyalah hazerq (awek, bukannya balak) sorang je. Kalulah jadi ape2 kat anak dara orang....mati gua. Kalau Arshad ke Ringgo yg keje aku tak kisahlah sanggat. Silap aribulan kalau depa kene tikam, aku buat kenduri kesyukuran next week!

5. The next day after the roberry (pagi slasa), reporter cun blonde dari channel 9 dtg kedai tanya aku nampak ape2 dak? Nak je aku kelengtong......

" sorry I did't saw anything darl, bcoz this place was chock-a-block since noon...The customers are blocking my view to the outside....The sun cannot shines thru, I have to switch on extra lights ..."


" I wouldn't expect the customers to notice anything except the sweet tangy delicious "sweet chilli chicken" that I made....Would like to try some? By the way, not that it matters, are u married?..."
Instead, aku just said.."Sorry! Wasn't here. Can't help there".


6. Kalaulah aku nampak apa2, kan best dapat di interbiu depan kedai. Publisiti free tuh. Buat modal blog setahun belum abis. Muahhahahah.

7. This incident, buat aku meng-muhasabahserawak kejap. Kedai aku sendiri pon sanggat vulnerable sebenarnya sebab agak secluded drp trafffic esp pada malam hari. Its roberry waiting to happen. Oleh sebab itu, aku rasa aku perlu buat procedure or line of action to be taken by the employee if kedai aku plak kene samun!

PROTOKOL UNTUK KHADAM2 SWINGING BOWL SEWAKTU KEDAI DI RAMPOK.
A. Bagik je duit ke perompak tuh. Nak melawan buat ape? Jgn lupa. Bagik duit korang lah ye. Nak bagik duit aku buat apa.....

B. Khadam2 semua digalakkan buat2 bengap dan tak tau cakap English.
Penjahat: Hands-up
Khadam : Kicap? Me dong ave.
Penjahat: give me your money bitch!
Khadam: Sorri sir. We dong ave monkey dish. Onli tuu dishes or tlee disyes.


C. Khadam2 semua di wajibkan menjaga keselamatan kastemer. Jgn bagik depa trauma. Setiap kastemer patut di tenangkan oleh korang semua. Kecuali kastemer awek cun atau awek tak cun tapi seksi. Itu terpaksalah aku volunteer peluk, untuk jaga diaorang dari org jahat dan bagik depa rasa selamat.

D. Sewaktu di rompak, aku turun tahta. Boss ketika itu ialah Arshad. Pesanan kepada perompak...."Kalau nak tikam arshad, jgn tikam kat dada. Dia ade bullet-proof-chest-hair...Abis sumbing pisau kau nanti!"

Boss kata baguss!!
E. Jadi sewaktu di rompak, khadam2 sekelian di tegah drp panggil aku bos atau jeling/usha/kenyit2 mata atau SMS aku atau tuding jari kat aku. Kau nak bagitau perompak tu tau buat apa.? Kalau aku kiok kene tetak, sapa gak yg susah? Aku sorang je yg tau pasal selok belok gaji korang lam dunia ni.

F. So, kalau nak panggil aku, pakailah nama2 gelaran yg patut tapi logik dari segi akal lah kan. Contohnya, jgn la panggil aku "pakcik" ke atau "hey good looking". Gay la plak bunyinyer !! Pencuri pon saspek semacam nanti. Panggil lah aku, "abang ensem", "kachak", "macho bro" atau "Ustad" ke baru logik la kan.

Settle. 27 to go.
Sekian, makasih wassalam.

Monday, September 28, 2009

2. Kantoi

Salam,
post ke 2 in Supremo Bloggo Go Extremo : 30 blog entries for 30 days challenge.
post 1

1. Blog aku sudah kantoi. Kantoi dengan mak pak aku. So diaorang dah baca apa yg aku dok merepek kat sini.

2. Woi!! Sapa memandai bagitau mak aku hah masa dia datng sini arituh? Abis mak aku bagitau adik beradik sepupu sepapat aku kat malaysia.

3. But, aku tak kesah pon. In fact I am glad coz now I am free!! No holds barred. Lembu dah terlepas kandang. Beruk dah terlepas zoo. Nasib la korang.

4. Dulu pernah ada budak2 anonymous ugut nak menglamerkan aku kat Malaysia sebab aku tulis post-post POWER LAGI MANTAP ( jom baca balik kat sini. bola dan siri menyelak rahsia wanita (aku akan sambung balik iA). Aku cakap jgn sebab aku tak nak mak pak aku tau. So in view of current situation, my dear anonymous, I don't give a shit anymore. Tolonglah tambahkan keglameran aku. ISA me!

5. Basically, my dad tau aku tulis sebab aku nak release tension. In fact dia bagik suggestion untuk aku tulis bende2 ilmiah sikit dan dalam English. Muahahhaha. I will try. Harap2 korang tak termuntah!

6. To my parents kalau u guys baca post ni, I have to warn you, a few of my blog post after this will be vulgar. Message yg di sampaikan adalh keras dan dgn cara yg keras. So I hope that u are not offended.

7. Yeaa..28 posts to go

Sekian, makasey, wassalam

Supremo Bloggo Go Extremo : 30 blog entries for 30 days challenge.


Salam,

1. Aku bizi dan lemah tenaga batin semenjak dua menjak raya nih sampai tak berselera nak apdet blog. Sorilah kalau sesape yg tertunggu2 tu.

2. Aku sebenarnya ada idea mencurah2, tapi di sebabkan terlampau mengada nak perfect dan tak de pressure nak sudahkan post, maka banyaklah yg tertangguh atau tulis draft separuh jalan je.

3. Korang pon tau kan, the best time nak buat assignment ialah lagi malam be4 due date. Mase tuh productivity mencanak naik. Kalau lecturer bagik masa 100 tahun pon tak guna. Alih2 stay-up malam last tuh, 100 years worth of work was done in 12hrs.

3. Jadi untuk mengujakan diri sendiri dan untuk membuktikan bahawa possible untuk seseorang itu mempunyai ciri2 hensem, macho, romantik dan pandai pada satu jasad, maka aku pon buat target untuk tulis 30 blog entries dalam masa 30 hari.

4. Walaupun aku rasa macam-macam tak mampu, tapi aku akan cuba untuk tidak premature ejaculate. Aku akan pulun, belasah, lenjan the best that I can.

5. Hek elleh...kalau aku malas sanggat, aku post gambar je sudah......satu hari satu. Muahahhaha

6. So hopefully by 29 October 2009, aku akan ada 30 post...fulamek!

7. Amacam? Korang rasa aku boleh buat ke tidak? Sila vote kat atas kanan tu kalau korang tak de keje

8. Sekian post aku yg pertama....lagi 29 to go.

Salam, sekian, wassalam

Tuesday, September 22, 2009

Open House

Salam,

Dengan sedih hatinya (bangkrap aku!!), aku nak invite korang SEMUA datang rumah aku open house sabtu nih!
Nak buat untuk raya sahaja tak berbaloi, jadi, aku buat open house ni untuk banyak sebab terus antaranya.......

1. Raya

2. House warming rumah ni dan rumah2 akan datang, mahligai2, caravan2 , yacht2 dan private island aku yg akan datang insyaAllah!!

3. Farewell untuk saudara Zai dan maner2 budak yag nak balik hujung tahun ni, tahun depan, tahun depan-depan, tahun depan-depan-depan, tahun depan-depan-depan-depan....

4. Untuk mencari jodoh lagi........dan lagi.........dan lagi sekali........dan seterusnya.

5. Walimatul urus bakal bini kedua, ketiga, keempat........dan tak lupa juga untuk kelima dan enam...in case bini-bini aku mati dulu sebelum aku.

6. harijadi aku dari 1 tahun, hinggalah 150 tahun (in case teknologi canggih giler in the future, maklumlah Kedah Maju 2010, M'sia plak maju 2020.

7. Kenduri arwah aku, bini2 aku, anak2 aku dan cucu cicit aku.


Inggat! Buat kat rumah, bukan kat kedai. Last taim aku buat kat kedai, macam nak runtuh kedai aku.
Alamat: 3/8, durham tce, ferryden park, adeled.
Date: 26/9/09 (sabtu)
Taim
:

for Aweks- 9 pagi hingga 12 tenggahari
for Balaks- 9 hingga 9.01 pagi shj. Bagi line clear skit. Takde kaco daun

Inggat! Semua orang di jemput, so
TOLONG BRITAU ORG LAIN YERK!!

Sekian, Eid mubarrrak, Wassalam

Saturday, September 19, 2009

Raya.....

Salam,

Maafkan daku

Eid Mubarak !!!

Wassalam

Sunday, September 13, 2009

Satu analisis retrospektif yang komprehensif tentang representasi dan kebarangkalian kehadiran malam lailatul qadar di malam yang ganjil imbuhannya.

tajuk panjang sanggat...kene tulis balik kat bwah ni. Satu analisis retrospektif yang komprehensif tentang representasi dan kebarangkalian kehadiran malam lailatul qadar di malam yang ganjil imbuhannya. Satu resolusi yang revolusionari di keutarakan.

Salam.

Tazkirah ringkas dari ana, Sheikh Ensem Al-Swing BowlY, a.k.a S.E.X.Y

1. Susulan drpd post lepas, ada org kata takpe buat jahat di 10 malam terakhir ramadhan ni. "Kita buat jahat malam genap dah lah. Kan hadith kata nabi pon target lailatul qadar di malam2 yg ganjil."

2. Bagi ana itu adalh idea yang cukup bernas daripada antum yang berakal seperti unta albino yg gay.
"Limadha??...." antum akaan bertanya, atau in kelantanes,
"Why u royak like that?"

3. Pikirkanlah. Berapa pastikah antum yang malam itu malam genap atau ganjil?
Ehh, kan penyimpan moTor besar raja2 kata posa start bila, so kita kiralah start dari aritu lah kan secara logiknya.

4. Itulah pasal. Kita org melayu ni umpama tetek di bawah coli. Dok terpekung ,tidak menjengok dunia luar. Kita inggat kita sorang je Islam dalm dunia ni yg posa. Hakikatnya, setiap negara membuat pengistiharan mereke tersendiri ttg tarikh posa a.k.a 1 ramadhan dan seringkali berlaku pengumunan hari yg berlainan walaupun negara masing2 berjiran.

5. Tok sah gi jauh. Kat adeled ni pon dah masing2 buat pesen/ijtihad mrk sendiri. Yang follow mufti kat sidney ada, yang follow negara masing2 pon ada, yang tunggu mekah nyer pengumunan pon ada dan yg tunggu maner satu umum "lambat posa dan cepat raya", itulah yg di pakainya pon ada.

6. Jadi, kalau tarikh 1 ramadhan pon dah lain2, mane antum tau mane satu yg betul? Mane satu yang antum nak pakai buat pedoman malam ganjil dan genap? Amamak! Ala-mamak! Baru korang cuak...

7. Terimalah hakikatnya yang malam lailatul qadr ni macam mati. Kita tau kedua-duanya pasti akan datang. Tapi kita tak tau bila. So nak tak nak, kenalah beribadat seolah2 hari itu adalh hari ini.....iaitu NOW!

8.Hakikatnya, Nabi Muhammad S.A.W tau exactly bilakah mlm lailatul qadr. Tapi Nabi tetap buat amalan tiap2 mlm , cuma di mlm2 yg ganjil di extrakan. Ini adalah tanda kasih sayang nabi kpd kita, siap bagik hint lagi, so mudah untuk kita yg pemalas ni untuk target malam ganjil je.

9. Jadi, marilah kita bersama2 mencari mlm lailatul qadr pada bulan i........ehh bukan dah lepas dah ke? Ramai kata malam semalam, 27 ramadhan. UwAAaaaaaaaaaaaa.....Ana dok sibuk berfesbuk. Selamatlah ana berfesbuk selama 1000 bulan.

10. Inilah yg membuatkan ana terpikir, kita kenalah buat sesuatu untuk meng-yama-tarikhkan start posa dan mengenal-komprim malam lailatul qadr. Itu ana stori lain kalilah ye. Ana mau moreh.....

Kita sudahi tazkirah ringkas ana a.k.a Sheikh S.E.X.Y ini dengan surah al-asr dan tasbih kifarah.

Sekian. mekasey, wassalam.

Thursday, September 10, 2009

Main Game Selama Seribu Bulan!! Fulamekk!!


Salam,

1. Cuak gak aku kalau2 korang dok baca blog aku yg merepek ni di malam lailatul qadar. Tak pepasal aku pon dapt saham jahat gak!

2. Jadi, ana selaku Sheikh Ensem Al-Swing Bowly, bercadang nak letak posting ala2 tazkirah je lah, di sepuloh malam terakhir ni lah kan.

3. Seperti yg nak termuntah mana2 uztad dok balik-balik cerite, malam lailatul qadr ni adalh malam di mana ibadat kita di supercharge seolah kita beribadat selama seribu malam. Apa nas-nya?
Surah 97 a.k.a Surah Al-Qadr (from here)
ayat 3.
The night of Al-Qadr (Decree) is better than a thousand months (i.e. worshipping All�ah in that night is better than worshiping Him a thousand months, i.e. 83 years and 4 months).

4. Jadi, jgn lah membuang masa (seperti menulis blog contohnya...ciss). Rebutlah peluang ini sebaiknya. Mana tau besok dah gol.

5. Tapi , selaku seorang yg berminda mereng tapi aktif, aku selalu dok pikir sejak zaman MRSM aku, 15 tahun yg lampau (tak elok nipu bulan posa....17 tahun sebenarnya). Aku pikir, kalu gitu, what if seseorang tu buat bende tak pekdah, contohnya pegi main mercun ke, atau main game ke di malam lailatul qadar tuh. Adakah akan tertulis di kitab amalan dia, yang dia dok main mercun atau main game tuh selama seribu tahun jugak?

6. Lagi teruk, what if orang tuh buat jahat. Adalah dosa kejahatannya akan di gandakan selama seribu bulan jugak? Amamak Ala-mamak!! Baru korang cuak.

7. Jadi aku nak tau la apakah jawapannya sebab nanti boleh buat modal nak pujuk budak2 kaki projek di maktab aku tuh, supaya tak notty2 di bulan ramadan ni.

8. Tapi bila aku dok tanya ustad2 ni, depa samada tak menjawap soalan ataupon lagi teruk, aku pulak yang kene tuduh...
"Woii!! Awak ada cadang nak buat jahat ke pada malm tu?"
Aku cekik engkau pakai serban tu kang!! Ehh,...sabar..sabar. Bulan posa nih.
Aku rasa depa buat camtuh, sebab ustad2 tu pon tak tau apa jawapanya. So , itu pasal dok belit2 tu.

9. Sampailah aku jumpa sorang ustad ni, yang walaupun muda dari aku, tapi sungguh berhikmah jawapannya.

10. Dia kata, dia pon tak pasti. Tapi sebaik2nya, elakkanlah buat jahat di sepuloh malam terakhir dan juga di mana2 malam atau siang pon tak kira bulan apa. Cuma dia tegur pasal soalan aku yg agak nakal tu sikit.

12. Dia kata tak pelik org cam aku yg dok tanya soalan agama yg bengong2 sikit. Pernah terjadi dalam sejarah islam, iaitu di zaman kekhalifahan Abassiyah (rujukan), di mana org dah mula memandai masukkan unsur2 logik akal ala-greek/aristotle gitu kedalam pengajian agama islam. So banyaklah topik2 "hypothetical" yang di perdebatkan di zaman itu, sekadar untuk mengasah minda atau lagi tepat, untuk tunjuk sapa lagi pandai. So bila dah glamer, sultan lagi sayang dan ulamak tu dapt habuan lah yg sewajarnya. Ala2 imam hadhari zaman pak lah lah gitu!

13. Aku pernah follow bapak aku belajar kitab kuning yg diskus bende2 hypothetical merepek gini. Kalu tak silap ingatan aku, pasal
"kalau lembu betina di romen oleh manusia, dan lembu tu dapat anak, bolehkah anak "bu-sia" itu di jadikan korban di hari raya aidil adha?"
Jawapannya, Boleh. Bahkan ustad tu kata, "bu-sia" tu siap boleh jadi imam semayang raya tuh dan lepas raya boleh pakat ramai2 sembelih dia. No Hal!! Wallahualam bi sawab..


14. Gilo Babi merepek! Itu pasal biler Kerajaan Abassiyah kene atttack dengan mongol pada tahun 1258, selambe je kene tibai sampai putus kejap kerajaan islam yg continuous sejak dari zaman nabi Muhammad s.a.w lagi. Mampos engkau! Otak pandai terlajak tapi badan lemah. Kira2 pak2 arab zaman kerajaan abassiyah tuh macam budak2 nerd la. Otak besar, bicep cinonet!

15. So, moralnya ustad tu kata, jgn lah kita dok bazir waktu dengan buat pende2 tak pekdah atau pikir/diskus isu2 yang bukan aulawiyat/keutamaan/penting (rujuk 1, 2). Jadi kurangkanlah soalan2 hypothetical gitu.

16. At least soalan aku boleh lah jugak di layan. Ustad tu dok cerite, ustad dia (ustad kepada ustad aku), kene tanya,
"Tadi ustad kata air mani tu bukan najis kan. Jadi kalau gitu sah tak kalau kita ambik wuduk pakai air mani?"
Aku rasa ustad tu mesti stop kejap, nak menenangkan diri daripada meng-sidekick tulang rusuk budak tu. Akhirnya, dia menjawap dengan penuh hikmahnya.

"Awak kumpul dulu air mani sebanyak dua kolah, nanti saya bagi jawapannya!!"

Bijak...................

Sekian tazkirah kita pada malam ini drp ana, Sheikh Ensem Al-Swing Bowly atau shortform S.E.X.Y. Semoga mendapat iktibar.

Mekaseyy..
Wassalam.

Wednesday, September 9, 2009

ULTRA MAMAK

Salam,
warning: jgn baca kalau bajet2 malam lailatul qadar. Berbanyaklah beribadat. Jgn baca blog aku ni..

1. Aku ada 2 pekerja yg berketurunan india a.k.a mamak. Bila aku kompare antara diaorg dengan pekerje2 melayu aku yg lain, ..pergh!! Macam membezakan siput dengan G-String. Langsung in a different league lah diaorang nih.

2. Bukan setakat rajin, tenacious, PR power dan berbateri energizer, cara diaorang pikir pon lain. Depa ada anticipation. So diaorang boleh nampak apa yg akn berlaku (lagi seminit, lagi sejam etc), so diaorang dah tau apa nak buat to handle the problem. Kira macam lebih kurang kasyaf la dlm bab2 biznes kedai ni la..

3. Malah ramai kastemer yg kata air yg geng2 mamak ni buat lagi best dari air yg pekerje melayu buat. Cisss!! Racist Giler!!

gambar hiasan

4. Aku selalu pikir, aku baru ada 2 mamak je, dah terasa meningkat ke-efficent-nan. Jadi kalau kedai mamak kat malysia yg ader berpuloh2 org mamak tuh camana?

5. Patut depa boleh maju. Boleh layan beratus2 atau beribu kastemer everyday dengan cepat dan cekap, 24/7. Susah untuk org kita (melayu) challange.

6. Aku rasa atas dunia ni, kaum yg boleh challenge geng2 mamak ni adalh kaum jepun. Depa lagi tekun, bersemangat dan efficiency tahap gaban. Tengoklah, jepun ada toyota, honda, mistu, nissan etc. India apa ada? Jepun ada Gaban, Kesatria Baja Hitam/Power Ranges dan Ultraman. India apa ada?
7. Org2 india ada gak cuba2 buat kereta dulu, tapi setakat ni belum berjaya lah lagi di peringkat global.

8. Mamak2 ni jugak, ada yang cuba2 try jadi ultraman dulu. Tapi semua ultraman mamak ni dah pupus. Semua ultraman mamak dah mati kene makan dengan dinosour.
Kenapa?
Sebab, ultraman mamak tuh tak perasan lampu kat dada diaorang dah kelip2 petanda power dah nak abis. Jadi depa dok sebok berkalari-payat cam biasa. Sekali power abis, kena ngap lah dengan dinosour.
Kenapa ultraman mamak tak perasan lampu kat dada berkelip?
Sebab ultaman mamak berbulu dada tebal. Blokking visualisasi......

Sekian kemerepekan pada malam ni
Mekaseyyy
Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails