Wednesday, December 24, 2014

Fantasi Aku Setiap Kali Aku Naik Flight

Salam,

Setiap kali aku naik flight, aku tak boleh elak drp berfantasi pasal satu bende ini. Aku akan start dari awal-awal lagi, berminggu-minggu sebelum flight.

Aku akan siap2 prepare, jogging/bola/workout atau swim, just to make sure pada hari aku naik flight, body aku berada di dalm keadaan fit gila.

Pastu ari tu aku akan pakai spender paling baru. Aku akan pakai baju yg paling senang utk cabut. Dan aku akan pakai seluar paling senang untuk tanggal.

Bulu ketiak dan bulu2 yang lain, aku dah cukur atau trim kemas2.

All ready and set untuk fantasy aku, sekiranya ianya terjadi.

Jadi apabila ada pramugari tetiba bergegas datang ke seat aku dan kemudian tunduk berbisik ke telinga aku, "Follow me please Encik Azam", lantas mengengam erat tangan aku dan mengheret aku ke tandas dan menguncinya nya dari dalam, aku telah bersedia.

Apabila dia kelihatan gelisah lantas meletakkan kedua2 telapak tanganya ke dadaku lantas dgn matanya yg kuyu berkata, "I have to tell you something, but please Encik Azam jangan cakap kat passanger lain hokay?", aku telah bersedia.

Hit me with the news bebeh!

Dan apabila bibir dia terketar-ketar mengucapkan kata-kata ......" Encik Azam....... oh my God you are so handsome.......but I just want to tell you......that.......this plane is about to crash".

Well bebeh! I am ready!

HOYEAH! PLEASE LAH CRASH!

Crash on the water lah kan. Kalu crash atas darat mati la aku.

Haha. Fantasy aku adalah plane aku crash dalam air dan somehow aku terselamat dan swim ke pulau terdekat dan jadi Robinson Crusoe.

Sebab tu lah aku akan sebok2 make sure aku fit gila sebelum flight sebab mana tau aku kene swim jauh gila nanti. Silap2 kene swim dalam lautan yg bergelora gila babas plak. Mau semput kalau dah lama tak swim. Belum citer pasal jaws lagi.
Gulp! Cemana nak swim ni?

Sebab tu juga lah aku make sure aku pakai baju dan seluar yg senang tanggal, sebab kalau kene swim jauh, aku kenelah tanggal baju dan seluar aku tu. Berat kot basah2 nak swim cemana?
Dress cheap sudeh. $10 plus $40. Kalau kene tanggal, hambiklah.

Aku pakai spender paling baru, sebab mana tau aku akan stranded berapa lama kan? Kalau berbulan2, spender tu lah satu2nya pakaian aku. Tanak aku pakai daun ke pelepah kelapa ke bagai. Masuk sembilu ke kat situ kang, fuh, mana nak cari doktor.

Aku cukur siap2 bulu2 sensitif, sebab kalau aku stranded lama2 mana nak cekau Gillete? Takan la aku sanggup buang masa cari batu memana pastu asah tajam2 semata2 nak trim pubic hair? Baik aku pergi melembing ikan ke, menjerat babi hutan ke bagai buat lauk.

Jadi itulah fantasi aku setiap kali aku naik flight. Semoga ianya TIDAK menjadi kenyataan.

Sekian, mekasey, wassalam.

p/s: flight lagi 9 jam.

Belanja boxing day skit2 sudep.


Saturday, December 20, 2014

Kalaulah Aku Dollah



Salam

1. Memula aku akan hire RCW sebagai assistant coach, assistant wife and personal masssage therapist aku.

2. Kemudian aku akan lempang Fadli Sas sebab mengelabah terlebih masa first leg sampai kasi penalti lagi. Pastu aku akan lempang Afif, qadha lempang dia sbb masih tak puas ati dgn kesalahan dia waktu group game lawan Thailand kat Singapore aritu.

3. Game malam ni, aku turunkan Apek, sebab aku target paling kuat menang 2-0 sahaja. Lepas tu penalti sbb aggregate sama dan apek lagi power stop penalti drp Farizal.

4. Defend dah mantap dah, pakai kunanlan , shukor, fadli sas dan zubir. Fadli lepas kene lempang ngan aku dan urut dgn RCW(kasi pinjam jap, demi negara,), konfem tenang kembali. Its important that kita tak concede any goal malam kang. Sebb kalau siam skor sebijik jer, nak tanak kita kene menang at lease 4-1, because of away gol rules. Kau agak2 celah mana kita nak skor 4? Puii...mmg takde chan.

5. Tengah Safiq defensive mid, piya. Wing kiri Amri dan wing kanan jeng jeng jeng, Gary Steven Robat. Alex tak perform la bro. Buang je. Robat boleh swap ngan kunanlan gilir2 naik. Aku tau ramai nak wak mahali main winger, tapi di tu kan...ehhh...malas citer. Korek idung lagi best.

6. Striker, aku pilih Mat Yo dan ehem.....Safee Sali. Sabar....Sabar. Pastu lepas main satu minit, aku straight sub Safee dgn Indra, just a warning kpd satu team, kalau kau main cam bangsat, berat jubor, pemalas, isap kok, kau akan kene sub.

7. Dari segi taktikal plak, aku tau Siam akan expect kita serang drp awal, so diaorang akan mainly practice cari gol through counter-attack. Jadi instead, kita start pelan2, control possesion, invite diaorang utk presssure kita.

8. Kita build-up towards a goal. Bukan main long-ball and through pass sahaja. Sekali sekala through pass okay la. Semua pemain kita sangat-sangat-sangat-sangat berkebolehan utk main tiki-taka gak la. Just be confident bros. Takan la Amri, Chopot, Piya, etc tak boleh main pass2.

9. Kita kene cuba byk kan cross. Ade ke barua mana admin sukan star kata kita takde player yg boleh head? Indra tu cemana? Amri? Shafiq? Semua boleh head la bro.

10. Key players kita bagi aku malam kang, selain drp Apeks, adalah Amri Yahya, Shukor, Indra dan Mat Yo. Aku tau ramai yg benci Mat Yo, tapi sepanjang tournament ni dia dah main sampai brasap kepala lutut bro. Harap2 dia jadi hero kita malam ni, insyaAllah. Amin.

11. Jadi kesimpulannya malam ni kita tak boleh bolos walaupun satu, dan cari dua goal dulu dengan tenang dan yakin. Pastu extra-time blakang cerita. Kalau kita menang dlm masa sebenar, itu dah Alhamdulillah banyak. Rilek bro pemain2 Malaysia semua. Wa tau korang dah penat. Tapi sikit je lagi bro. 90 mins je lagi. Pastu setel. Bila lagi nak dapat chan main final kan? Sedar skit korang semua dah tua.

12. Tapi kalau aku jadi Dollah, tapi player2 aku semua bengap tak paham2 taktikal dan degil buat kepala sendiri, nak tanak aku terpaksa menawarkan sesapa yg jadi player-of-the-match, aku akan kasi ......... bra RCW! Konfem 100juta percent, semua org akan main tip top. Silap2 pemain Thailand pon tolong sumbat gol sendiri sebab nak jugak. Hell.....coach Thailand Zico pon akan terjun masuk padang dan skor utk Malaysia kot. Bra RCW kot. Lagi rare drp Piala AFF Suzuki kot. Piala tu 2 tahun sekali. Tapi bra tu, sekali seumur hidup bro.

13. Aku taulah akan ramai awek2 dan lelaki2 lembut akan kata gelilahhh. Kau senyap sudah. Ni lelaki sejati je yg paham. Tapi. Takan la aku sanggup kasi bra RCW yg betol kan. Aku pergi lah beli memana kat Kamdar ke Giant ke sebab bra RCW, aku sorang yg punya laaaaaaa...!!!!
Sekian,mekasey,wassalam.


Wednesday, December 17, 2014

Adakah Aku Sorang Yang Nampak Team Thailand Adalah Tahi Ayam?

Salam.

Aku dah lama membuat satu kesimpulan tentang peminat2 bolasepak Malaysia. Lagi banyak diaorang tengok EPL, lagi bertambah bodoh abadi lah diaorang pasal hal-ehwal bola sepak ni.

Dah berbuih2 dah aku cakap, bola ni kau kene main, baru kau paham. Kalau kau tengok sampai pecah biji mata ke, keluar air mata darah ke, kau tetap takan paham bola nya. Sama seperti kalau kau usha awek sampai pecah biji mata dan keluar air mata darah pon, bila ada awek bogel dan ajak kau beromen, kalau kau tak pernah ber"main", akan mengelabah lah korang tak tau cemana nak mula.

Practical dan theory bukanya 100% sama.
Futsal dan bola padang bukanya sama.
Main Fifa kat PS dan main bola betul bukanya sama.

Jadi aku tak terkejut bila aku diskas pasal bola dan baca2 kat internet pasal pendapat2 so call expert pasal game Malaysia Thailand malam ni. Sebab aku tau, ramai yg dok borak pasal bola ni adalah bangang abadi.

Semua orang yg aku jumpa dan pundit2 bookies kat internet cakap thailand konfem menang lah.
Penyokong2 Malaysia yg cakap Malaysia boleh menang pon, aku tau dalam hati diaorang, "Babilah. Tolong lah menang malam ni. Thailand power siot".
Memang lah nampak cam power. Lawan team2 ayam. Lawan Philipina je kot. Puii Puii Puii!

Tapi aku, bila aku tengok last game Thailand lawan Malaysia kat Singapore aritu, serious aku terkejut gila. Aku terkejut sebab aku ingatkan team Malaysia lauk. Aku ingatkan team Thaialdn power gila sbb dengar2 macam mantap. Sekali, dalam game tu, Malaysia totally outplayed Thailand.

Malaysia conquered game gila kot. Midfield mmg Malaysia menang. Physically, pemain2 Thailand kecik2 comel2 je compare to Shukor Adan and the geng. Technical skills pemain2 Malaysia jauh lagi mantap. Shafiq Rahim selamba gelecek masuk kawasan penalti dan skor kot.

Tetapi akhirnya kita kalah jugak sebab, pertamanya chemistry between player Malaysia tak ada lagi time tu. Baru awal tournament kot. Second and most importantly, kita conceded 3 gol sebab kesalahan bodoh Afif.

Tetapi, biasa lah tu, semua org yg bangang abadi pasal boal ni hanya pandang skor. Bila diaorang tengok Thailand menang, dioarang kata, Thailand lagi power. Padalah Malaysia main lagi bagus kot. Malaysia lead dua kali kot. Kau buta ke?

Sembang banyak tak guna, tengok sendiri stats la
Kau tengok ball possession tu. Malaysia control 2/3 game kot.

Finals format adalh home and away. Jadi kesialapan bodoh2 macam Afif kita boleh tebus balik. Its more of the whole home and away performance drp once off kalah-mati game, as we have seen masa lawan Vietnam aritu.

Tapi aku suka gak bila org letak Malaysia seabagi underdog. At least player2 kita tak turun main dgn kerek dan last2 kene ajar oleh Thailand.

So what Malaysia must do is main macam diaorang lawan Vietnam aritu la. Main dgn hunger. Menang semua bola. Pressure semua bola. Pressure high. Defender Thailand tak pernah di tested lawan tema power lagi tu. Midfielder diaorang kecik2 kot. Boleh makannya.

But off course team Thailand dah usha game Malaysia lawan Vietnam aritu. Jadi manalah kita tahu apakah tektik diaorang malam ni kang. In the end, its a chess game between Dollah Salleh dan coach Thailand.
Semat natang ni masa muda2 dulu. Haha

Tapi aku memberikan kepercayaan sepenuhnya kpd Dollah. Kerana bagi aku man of the match lawan Vietam aritu adlah Dollah. Taktik dia yg berkesan. Line-up dia yang menjadi.

So good luck Dollah. Good luck Malaysia.
Menang kalah kami akan tetap support Malaysia.

Sekian, mekasey, wassalam.

Wednesday, December 10, 2014

Hooliganism Masa Game Vietnam, Perkembangan Sehat Bolasepak Tanahair

Salam,

1. Dua tiga hari ni, media perdana dan media social network, sakan tibai geng2 hooligan yg serang penyokong2 Vietnam aritu.Segala tohmahan negative di labelkan kepada hooligan2 tersebut generally dan kepada IJF specifically, kerana budak2 IJF telah kantoi busuk baek punya. Noobs.

Hai Daniel!

2. Walau bagaimanapun, bagi aku hooliganism yang berlaku tempohari, sebenarnya adalah satu perkembangan sihat yang berlaku untuk bolasepak Malaysia. Bila ianya berlaku, aku kata "Alhamdulillah". Aku gembira. YES! Aku dah agak dah bende ni akan berlaku, bila aku tahu tahun ni Suzuki Cup peringkat kumpulan di buat di Singapore.

3. Okay chop2. Jangan kata aku keji kay. Jangan kata aku mengalakkan keganasan. Dengar sini argument aku dulu, bagu kau tahu, darah2 Vietnam yang mengalir pada malam tu, merupakan titisan2 rahmat di dalm penyatuan ultras2 di Malaysia. Terima kasih Vietnam!
___________________________
Mengapakan Hooliganism Berlaku?

1. Hooliganism berlaku apabila "mana2 pasukan yang lemah mempunyai penyokong yang kuat". Jadi apabila pasukan cap ayam tersebut gagal menghasilkan persembahan yang baik ataupun merangkul apa2 piala, maka lama-kelamaan, penyokong2 yang fanatik tersebut akan rasa terhina dan cuba "mask" their team perceive weakness dengan exerting their force towards the opponent's players and supporters.

2. Mereka bajet kalau mereka menang dalam off-pitch battle, maka mereka boleh balik rumah pada malam tersebut dengan perasaan "kemenangan". Padahal kemenangan mereka hanyalah palsu dan tidak mengubah keputusan yang team mereka telah sayur kat atas padang pada malam tersebut.

3. Punca start hooliganism itu tak penting. Bila mereka tahu pasukan meraka akan sayur nya, maka hooligan ini akan sengaja mula cari pasal walaupun sikit je. Team opponent pandang slack ke, makan kuaci tangan kiri ke, bersin tak tutup mulut ke, awek diaorang lagi hot ke, semuanya boleh menjadi punca2 takpepasal diaorang kene tibai! Bila dah reramai tengah hot tu, the crowd hanya perlukan satu spark je, pastu semua akan join kenduri tersebut walaupun taktahu apakah hujung pangkalnya. Kita tolong set2 kita dulu, sebab tu belakang cerita.

Malam tu padang licin. Hujan licin , pisang pon licin. Jadi ini semua salah kau lah pisang. Babilah pisang! Aku makan kau!-logik seorang hooligan-

4. Sebab tu contoh klasik hooliganism adalh England. Satu pasukan eternal losers, yang tak sengaja menang World Cup 1966, pastu bajet every time world cup ke, Europe ke, dia orang adlah favourite utk menang. Jadi apabila pasukan mereka time-after-time kene tibai dalam semua tournament, penyokong2 mereka akan mulalah cari pasal, merusuh bagai (sumber). Nak menang cemana brader, pemain2 kau banyak main sub je kat club. Macam team Malaysia skang ni lahh.....ehhh.....sial lah terkene pulak.

5. Budak2 IJF (Inter Johor Firm) tu ambik nama mereka daripada the world famous, Inter City Firm (ICF). Ultras West Ham United FC ini is widely credited as the first organised hooligan firm in the world (sumber). Mereka adalh otai hooligan dan operated since 1970s. Dan bila last time West Ham menang apa2? Ntah. Jadi macam aku cakap tadi lah, pasukan ayam dan penyokong yg kuat adalh resepi terbaik utk hooliganism.

6. Sapa minat boleh boleh tengok citer Green Street Hooligan yang based on ICF. Layan lah jugak (full movie). Ye aku tahu, kaorang akan cakap citer apa ni ada Frodo! Frodo gay kot, mana lojik jadi gangster. Ni bukan lord of the ring kay. Ni lord of the pecah kepala.
Fellowship of the hooligan. Frodo adalh gay termacho kay.

Bajet gangster, tapi pakai topeng bagai. Maksudnya kau "care" lah in case Polis sapu kau.
7. Budak2 IJF pon rembat motto, "No one like us, we don't care". Ini diaorang ciplak daripada musuh ketat no satu ICF/WestHam United FC, iaitu Millwall FC (sumber). Chant hooligan diaorang, one of the most notorious di England, the "Bushwackers" kat stadium adalah
"No one like us, no one likes us
No one like us, we don't care
We are Millwall, super Millwall
We are Millwall from The Den." (sumber)


8. Seperti biasa, bila last time Millwal menang apa2? Yilek puchik. EPL pon tak boleh masuk, dok main div dua jer. Mana penyokong2 semua tak saiko.

9. Manchester United pon ada hooligan firm, Red Army. Dulu2 masa Manchester United adalah loser dan kene relegated main second division, geng2 Red Army adalah hooligan paling bangsat kat England, buat riot kat semua away stadium satu England.(sumber)

10. Tapi kini bila Manchester United banyak menang, penyokong2 fanatik mat salleh diaorang dah mula chill, tak jadi hooligan dah. Penyokong2 ManU pulak skang ni banyak pulak Asian2 pondan dan aweks2 yang tak tahu pon offside tu hapa. Kalau nyah sepak bola pon lagi power drp diaorang, nak hooligan celah mana.
_________________________
Ubat Hooliganism

1. Ubat dia senang je. MENANG. Macam kes ManU tadi. Selagi team kau tak menang, selagi itulah akan ada segelintir penyokong2 kau akan buat taik, sebab frust dgn team mereka.

2. Contoh terbaik di dalm bolasepak tanahair adalah pasukan Kelantan. Korang ingat tak sebelum Kelantan menang apa2 dulu, kan penyokong2 Kelantan semua kejap2 mengelabah pukul orang lah, bakar stadium lah, bakar trak polis lah bagai. Prasan tak bila dah menang, semua tu dah tak berlaku dah.

3. Paling kelakar, skang ni set2 Kelantan plak yang tengok kat JDT dan kata apalah JDT ni tak bertamadun, buat malu je bagai. Hello brader, kau lupa ke kau dulu lagi teruk. Ambo set Kelate. Tapi bedal kene sama rata.

4. Jadi korang skang tentunya sudah understand kenapalah budak2 JDT, tak kira IJF ke BOS(Boys of Straits), behaved the way they did di dalam liga Malaysia selama ini. Penyokong2 diaorang kuat dan organised gila, tetapi pasukan diaorang asyik last2 kene ayam jer. The same thing berlaku kepada pasuan Sarawak, that were seeing sudden resurgence in stadium attendance in recent years, tapi pasukan diaoang tak perform, itu pasal ada riot aritu (sumber).

5. So kalau pasni JDT ke, Serawak ke, mana2 pasukan dok main baling2 batu bagai, korang tak payah mengelabah sangat lah. Ini adalah bende biasa bro. Perangai budak2 nak up. Lama2 nanti bila diaorang dah menang, diaorang okay lah tu. Err....harap2 JDT tak menang lah kan sampai bebila. Sebab bila dah memang tu, stadium akan kosong. Macam Kelantan skang. Puii....
_____________________________
Hooliganism Yang Berlaku Di Dalam Game Aritu Adalah Petanda Baik

1. Korang ingat tak tak sewaktu Kelantan tengah nak up dulu, siapakah team musuh no satu penyokong2 Kelantan? Game2 yang polis akan jaga lebih skit? Team Selangor kan. Sebab team Selangor pon mempunyai ultras yang besar yang boleh challenge ultras Kelantan. Memang banyak lah kes2 clashes between these two sets of hooligans.

2. Jadi apakah pencetus yang menyebabkan last2 kedua2 group ultras ni tetiba berbaik plak skang ni? Its Suzuki Cup 2010. Tetiba apabila team Malaysia lawan, kedua2 gergasi ultras Malaysia time tu, nak tanak terpaksa bersatu di bawah satu banner, Ultras Malaya.



3. Kerjasama ini akhirnya menyebabkan berlakunya perdamaian di antara set2 ultras mereka bahkan di antara kumpulan2 ultras semua negeri di Malaysia. Dah tu, kita menang plak tu. Hero2 kita pulak adalh Apek dan Mat Yo dari Kelantan dan Safee Salee dan Amri Yahya daripada Selangor. Menang. Pengubat segala hooliganism.

4. Jadi mana penyokong2 JDT time tu? Ada kat rumah dok korek hidung, tumbuk tempe, menari zapin dan berkuda kepang. Diaorang tak tahu pon stadium kat mana time tu. Masa tu Larkin tempat cengkerik dok beromen. Johor masa tu dok main liga FAM ke gitu.

5. Jadi tetiba apabila JDT di tubuhkan dan mem-beranak-kan IJF dan BOS ni, hooligan2 ni tidak mempunyai sebarang ikatan dengan mana2 ultras satu Malaysia. Sebab tu lah diaorang memandang semua orang musuh mereka. Akibatnya, apabila JDT lawan sesapa, SATU MALAYSIA akan sapot sesapa sahaja yang lawan JDT dan tunggu nak gelak je tegok JDT kalah.

6. So, apabila peringkat kumpulan Suzuki Cup tahun ni di buat di Singapura, dalam hati aku straight menjerit YES! Sebab semua orang tahu, sapekejadah lah nak pergi Johor, takde hapa2 kot, terperuk bawah sana. Ni kan pula Singapura. Jadi nak tanak, UltrasMalaya kenalah meminta kerjasama ultras2 JDT utk sapot Malaysia.

7. Itulah jadinya bila Malaysia lawan Myanmar ritu, kau boleh dengar diaorang dok nyanyi chant "Luaskan Kuasamu" dan chant2 JDT yg lain tu. Lantaklah. Asalkan diaorang tak nyanyi lagu Myanmar sudep. Terima kasih lah bebanyak penyokong2 JDT.

8. Jadi apabila Malaysia memenang 3-1, perlawanan epik last group game lawan Singapore aritu, tetiba budak2 JDT baru prasan, "Mama! Papa! Saya baru tahu Johor ini berada di dalam Malaysia. Seronoknya sokong Malaysia! Yeayyy! Nak pergi stadiumlah masa Malaysia lawan Vietnam nanti".
Abang Long dah ajak geng keluar kawasan

9. Jadi tak hairanlah, apabila "orang2 yang baru start sokong Malaysia" ini menjadi terlampau semangat dan apabila Malaysia kene ayam dengan Vietnam aritu, segala frust mereka dgn JDT dan dengan team Malaysia bergabung lantas terkeluarlah perangai hooligan mereka pada malam tersebut. Maafkanlah mereka wahai rakyat Malaysia. Diaorang ni noobs.

10. Walaubagaimana pun, hooliganism mereka ini adlah satu petanda yang sihat untuk bolasepak tanahair kerana ultras2 JDT dan ultras2 satu Malaysia yang dahulunya berlaga angin kentut pon boleh bergaduh, kini boleh duduk bersama berlaga bahu, merapatkan saf demi untk menyokong Malaysia. Ikatan ini, camaraderie ini, harapnya menjadi ikatan silaturrahim yang berkekalan pada musim2 bolasepak Liga Malaysia yang akan datang.

11. Memang in short-term, ultras Vietnam akan mengamuk on return game. Tetapi in long term, hooliganism pada malam tempohari, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Sorang dua orang Malaysia mati malam besok kat Hanoi takde hal lah. Asalkan bukan sedara-mara kita........ehh silap ......asalkan kita penyokong bolasepak tanahair bersatu padu akhirnya.

Sekian, Mekasey, Wassalam.

Wednesday, December 3, 2014

Jangan Balik Rumah Kecuali Dengan Merangkak

Bersama rakan sebaya
Salam,

Ramai sangat org tanya aku, cemana aku boleh menten fit selama ni.
Maka kini, di umur 40 tahun ini, wahyu telah tiba utk menyampaikan kan secret aku selama ini kepada umat manusia. Mohon masing2 pergi ambik wuduk sebelum meneruskan membaca blogpost ini.......kerena ambik wuduk itu adalah sunat. Tanak ambik pon takpe. Pemalas.

Prinsip aku senang je. Jika aku keluar main sukan apa2 je lah, aku akan make sure aku takan balik rumah selagi bateri aku tak abes. Aku akan main gila2, sampai kaki ni dah tak larat nak melangkah. Kalau tak cukup, aku akan jogging sorang2 keliling padang nak perabih bateri. Sampai balik ke kereta terhoyong-hayang pastu merempit pergi ke stesen minyak carik coke sebab hypoglycaemia.

Kalau hari yang aku kerja, sebelum balik aku akan check level energy aku dulu. Kalau bateri ada lagi, aku pergilah main bola dulu ke. Tapi biasalah budak2 melayu ni lembik. Skit2 kansel main bola, so aku kene always carik sumber2 peluh yang lain yg aku boleh buat sengsorang mcm swim ke, panjat Mt Lofty ke, etc utk perabih bateri. Kalau bateri lepas kerja dah abis, tapi aku nak main gak, aku akan try recharge energy level aku. Tido jap ke, makan junk food ke (ice-cream the best), pastu baru pergi main.

Therefore, aku kene always prepare for any activities in a spur of the moment. Sebab tu, aku akan always carry my magic bag everywhere. Permanently ada dlm lambo hijau aku or skang ni van Mitsubishi ALLEPAT pinjam drp al-Liph (gambar2 bawah ni aku ambik masa kemas van kau la ni bro. Jgn risau, skang dah bersih, boleh guling2 sambil berYahanana sampai maqam kasyaf bro)

Bag comot sebab pakai kay. Buat apa bag cun bersih tapi tak pakai. Poyo je lebih.
Jangan underestimate bag aku kay. Nampak selekeh cam kene gelek lori dua tiga round pastu rendam dalam tong budu, tapi bila kau bongkar isi dia, fuyooo......

Macam tipu je semua boleh muat dlm bag tu? Okay la. Okay la. Kasut2 tu aku letak dlm plastik woolies kay. Happy?
Utk senang citer aku bahagi2kan barang2 aku ni di dalm dua kategori.
1. Angkatan Tentera Darat
2. Angkatan Tentera Laut
_______________________________
TENTERA DARAT

Kategori pertama ini adalah untuk apa2 aktiviti diatas darat, kecuali aktiviti2 buaya darat. Itu dalam bag lain.

Mungkin akan ada orang bertanya, bau kasut2 ni cemana? Well, tak usah meneka-neki. Sesiapa boleh dtg booking dgn aku utk sessi mencium kasut aku secara percuma. Guarantee syokkk! Tangki oksigen kecemasan tidak disediakan.

Kasut 1 aku beli sebab kasut jogging/bola kat SQ aku (kasut 5) dah nak rosak. Aku juga gunakan kasut 1 ni utk game liga bola sepak 7-a-side every Tuesday yang sungguh bodoh. Main atas rumput, tapi dia tak kasi pakai kasut bola padang, iaitu boots 2 (dah koyak) dan boots 3.

Kau tau tak betapa licinnya main bola pakai sneakers atas rumput. Bangang la mat salleh ni. Konfem ni mat salleh yang sama yang mengwajibkan strippers pakai high-heels waktu pole dancing. Tau tak betapa licinnya pentas tu. Pastu bila guling2 atas pentas tu, peluh pulak jatuh atas lantai. Fuhh, struggle akak2 stripper nak menten balance. Respek sis! Suka tengok errr....athleticism akak2 semua. Nah singgit!

Kasut 4 pula adalh bekas kasut kerja, tapi stelah tumpah kari dua tiga periuk, di gunakan utk main kat SQ. Skang dah rabak dan dah takde cushion langsung. Tu la kasut punca injury tumit aku skang ni. Dah 2 minggu patah kaki ni....uwaaa.. Nak mama! Sumpahan betol la kasut ni.

Barang2 lain adalh support stuffs utk Tentera Darat aku. No 6 shinpad, No 7 Stokin dan No 8 Pump Bola. Kalaulah aku cerdik sikit dan charge setiap kali bebudak melayu ni pinjam pump aku ni, aku rasa skang ni aku dah boleh upgrade pakai Vellfire dah ni. Biasalah melayu. Kasut bola Ebay, jersey Ebay, bola Ebay. Pump bola? "Abey Azey pinjey boley?". Puii..
Letak kat depan sebab sayang baru beli. Wahuhu 

Barang kat depan ni plak adlah barang2 utk jogging/hiking. No1 adalh biceps holder. Orang2 taff cam aku memang susah skit nak lari sebab biceps besar suka goyang2 with a mind of their own. Abis lari balance. Macam awek2 yg mempunyai asset yang err... berprestasi tinggi. Kan nampak cam struggle nak lari gitu. Alamak kantoi usha! Astaghfirullah. Husnuzon la skit bro. Aku usha utk academic research lah.

No 2 adalh sport headphone yg sangat penting sebab earphone iphone tu bila telinga aku peluh, dia tanak lekat nyer. Tak semangat lah berlari kalau tak boleh dengar lagu Fiona 4U2C. No 3 itu pula adalh ubat warmup masel. Maklumlah, masel aku besar, lambat nak hot. Kene massage2 gitu sambil pejam mata teringat ladyboy Phuket.
_____________________________________
TENTERA LAUT

Dem. Kecik la plak gambar ni. Malas lah nak re-upload.

Ini rare. Budak2 melayu konfem takde. Sebab rasa2nya takde langsung swimmers kot skang ni. Aku bukan cakap swim satu lap pastu bersidai rehat kat tepi kolam setengah jam, sebelum buat satu lap lagi. Pui. Itu bukan swim. Itu org panggil cubaan utk tidak lemas.

Aku bahagikan tentera laut ini kpd dua sub-kategori. Kategori kolam dan kategori laut.

Kalau kat kolam aku pakai swim pants (takde dlm gamabr) dan goggle tu je. Sepatutnya aku pakai baju masa swim kat kolam sebab six-packs aku ini telah menjadikan body aku tidak hydrodynamic. Resistance tinggi sebab body tak smooth sebab ketul2 six packs gitu. Tapi apa salahnya belanja six-packs kat aweks2 mat salleh berbikini sekali-skala. Aku pemurah gitu. Usha lah. Give and take gitu.

Tapi kalau kat laut, aku akan pakai baju surf hitam tu, sebab laut Ozzy sejuk kot. Kenalah keep the body warm, baru boleh tahan lama berendam.  Snorkel tu plak utk guna 2-3 kali setahun je, bila ada masa pergi Pt Noarlunga.

Semua barang2 yang kanan drp baju kuning tu adalah barang2 persalinan selepas swim. Fresh shirts, fresh socks, shampoo utk buang air laut atau chlorine drp rambut, losen whitening aku tak tinggal, air kalau dahaga, panadol kalau injured dan ...ehhh kenapa ada ubat gigi dan berus gigi plak? Utk time bini halau keluar rumah ke sebab mementingkan sukan drp famili? Salah tu bro.

Haaa...ini adalh secret otai2 swimming. Apakah masalh utama bila kita pakai goggles or snorkel? Fogging kan. Cara utk kasi goggle/snorkel clear adalh, kau comor ubat gigi skit. pastu mixed dgn air, pastu kau rub the toothpaste into the lens. Biar 5-10 minit, viola! As clear as daylight utk usha anak2 ikan atau anak2 mat salleh di dalm air.



__________________________________
THE CHALLENGES

Paling berat sebenarnya adalah utk istiqamah. Nak menten wajib bersukan setiap minggu at least. Ramai org tidak berdisiplin enuff utk jaga the routine. Ada ketikanya kita bizi giler or letih giler, so kita ngelat.

Bahayanya bila kita lama sangat tinggal exercise, kita akan jadi banyak lemak. Trasa macam best jer. Tak rasa perlu exercise jer. Rasa macam sihat jer. Tu yg bila tetiba kene kerja sikit, stret pancit. Nak dapat balik fitness tu, mmg struggle lah. Lebih2 lagi bila dah tua gini. Berapa ramai orang aku jumpa, belum 30yo dah give-up exercise terus. So sad.

Truthfully, my main motivation utk istiqamah adalah aku kene fit utk kerja macam aku kerja. Kalau aku tak fit, cemana cerita? Sapa yg nak masak, potong ayam/daging, angkat barang, kemas kedai, etc. Aku bukanya jenis boss yang dok atas kerusi depan cash register kira duit sambil tepuk2 perut boroi dan cungkil gigi.

My second motivation is aku suka join tournament ke, main liga ke gitu. So aku ada motivation utk obtain my fitness sebelum time utk tournament or main match utk liga. Jadi tak kira cemana lembiknya kaki aku, cemana low nya energy aku, aku akan paksa diri aku utk main bola or hike Mt Lofty 2-3 hari sebelum game.

But of course tak lojiklah aku nak maintain main hari2. Ada harinya yang aku dah cukup letih gila from kerja, memang balik rumah merangkak2. Nak mandi pon tak larat. Tidur gitu jer pakai baju dan seluar kerja. Memang konnfem bini aku bisinglah. Busuk cadar aku!! Lantaklah. Kalau nak aku salin baju, please come here and kau bogelkan aku kay. Aku dah pancit.......oh wait. Energy surge detected........

Sekian, mekasey, wassalam
The wife be like......Apa? Letih? Nah jaga baby!

Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya solat yg paling berat bagi orang2 munafik adalah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka tahu pahala dua solat tersebut, pasti mereka pergi ke masjid utk mengerjakanya meskipun dgn merangkak.......", Bukhari 657, Muslim 651
Inilah merangkak yg lebih afdhal.

Tuesday, November 25, 2014

Kenapa Orang Yang Berkapel Akan Kuat Gaduh

Salam,

Orang2 yang tak pernah berkapel always ingat org yg berkapel tu tentunya semuanya bahagia. Nampak cam seghonok slalu. Well I dare u bro, kau tanyalah memana kapel, saat-saat bahagia dan seronok tu mmg la ada. Tapi akan datang period di dalam berkapel ni yg memang sampai pecah kepala sbb tension bergaduh.

Ini tak boleh nak elak. Semua kapel mmg wajib akan bergaduh. Ada yg hidup aman sentosa lama gila, tetiba skali gaduh straight break. Ada yg jenis gaduh yg kronik, kejap2 gaduh, ari2 macam makan nasi. Sampai last2 clash. Kalau belum kawin dah gaduh gila, kalau lepas kawin cemana, kata mereka.

Jadi kenapa ini berlaku? Bukankah diaorang ni saling suka menyukai? Bukankah cinta itu mengatasi segalanya2? Tak boleh ke bertolak ansur? Di manakah silapnya?
_________________________________________________
Default Setting Manusia

Let me bring you one step backward. Pencipta kita adalah Allah. Jadi siapakah yang lebih tahu sebenar2nya apakah sifat semulajadi manusia? The default setting utk manusia? Ataupun istilah arabnya, "fitrah". Tentunya Allah Rabbul Alamin.

Fitrah ini bukannya suatu yang misteri. Allah dengan penuh hikmahnya tidak pernah campak kita ke bumi tanpa menghantar utusanNya silih berganti kpd kita sejak zaman berzaman. Dan semua utusan2 ini telah always repeatedly telling the same messages, firstly about the aqidah kpd yg Satu dan secondly giving us the manual kehidupan. Iaitu panduan cemana nak hidup di muka bumi ini. Manual ini di namakan "syariat".

Macam kita beli barang drpd kedai lah. Kan barang tersebut pengilang telah siap2 set on default setting dan dalam kotak tu ada disertakan manual untuk mengunakan barang tersebut. Begitulah juga kita sebagai manusia ini.



Jadi sekiranya kita tak kacau default setting tersebut dan follow manual kalau ada problem, semua kilang dgn penuh konfident-nya  bagi warranty yang barang dia konfem takan rosak punyalah, untuk a certain period of time

Begitulah kehidupan kita sebagai insan. Sekiranya kita tidak melanggar fitrah kita dan sentiasa follow His syariat, maka Allah guarantee....GUARANTEE....yang kita akan tidak akan terpesong dan tidak akan gagal, bukan sahaja di dunia khayalan ini, bahkan di akhirat yg infiniti.
__________________________
Fitrah Percintaan

Manusia tidak di ciptakan utk mengusha awek, pastu ngorat, pastu kapel dan dating 4-5 tahun, pastu bertunang selama setahun pastu berkahwin. Itu hanyalah cliche jualan filem2 dan novel2 romantis khayalan manusia. Script yang di ulang2 hinggakan kita menjadikannya rukuncinta yang di-template-kan untuk kesemua cinta yang kita alami.

Tetapi itu bukan fitrah kita. Bukan default setting kita apabila kita keluar drp perut ibu.

Di dlm manual kehidupan kita, tak kira samada cinta sebelum kahwin ataupun selepas berkahwin, script drp Allah jelas menghadkan batasan2 pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Perjumpaan boleh diaturkan, tetapi terhad dgn kehadiran seorang lagi muhrim sebagai pemantau. Seterusnya perkahwinan di langsungkan dan perkenalan yg lebih lanjut di teruskan selepas itu.

Maka kapel yang dahulunya tiada cinta, sudah mula menanam benih2 cinta. Manakala kapel yang dahulunya baru berputik cinta, kini cinta itu menjadi akar tunjang kukuh berdiri.

Mungkin ada orang akan berkata, "Alahh tak syok la kalau cinta pon nak ikut Islam!".

Well bro, kau paham tak citer aku ni. Allah telah mengfitrahkan kita untuk berkahwin dulu sebelum dating. Dalam bahasa lebih direct, Allah dengan penuh hikmahNya telah mengarahkan kita untuk beromen dahulu, baru pastu dating bagai. Kalau itu tak syok, tak tahu lah aku. Sesunggunya Dia tahu kita adalh makhluknya yang sungguh horny.
______________________________
Apabila Fitrah di Langgar

Jadi sekiranya kita berkapel lama2, berdating, flirting bagai, tapi last2 masing2 balik rumah tanpa buat seks, kita sebenarnya telah melawan arus fitrah kita.

Cinta adalh perasaan sexual attractiveness to the opposite gender, leading to willingness to have sex and having baby together.

Jadi adalah impossible utk seseorang yang berkapel untuk tidak merasai sebarang sexual arousal di dalam pergaulan mereka. Segala sentuhan, perlanggaran, pengeselan, lirikan mata, bau, senyuman, suara, ketawa, etc menyebabkan berlakunya tembakan2 hormon cinta ke dalam salur darah kita untuk meng-readykan tubuh kita untuk membuat hubungan seks.



Jadi apabila berulangkali sexual arousal berlaku, tetapi tiada seks pada penghujungnya, accumulation of hormon2 cinta di dalam badan manusia, akan menyebabkan berlakunya sexual tension di antara pasangan tersebut. Satu perasan celaru keliru misteri yang membebankan kepala otak. Umpama makan yang tidak kenyang, tidur yang tidak lena, berak yang tidak lawas, jerawat yg tidak masak,


Akhirnya sexual tension ini menghasilkan stress dan akhirnya meletup dengan pergaduhan. Tuduh menuduh saling di lontarkan. Cemburu mencemburui mula membelah ikatan cinta. Last2 clash.



Lepas clash, sexual tension hilang, rujuk kembali, sexual tension datang balik, gaduh, clash balik. Wash-rinse-spin repeat cycle yang menjadi barah kepada hati.

Padan muka. Sapa soh langgar fitrah. Degil!
_____________________________________
Fitrah Songsang

Aku tahu, mesti ada antara korang yg terlebih pikap akan cakap, kalau gini baik kita beromen terus lah masa bercinta. Jadi dah takde sexual tension, macam mat salleh gitu. Banyak pandai!

Tapi kau lupa fitrah manusia ini pelbagai. Antara fitrah yang Allah telah set-kan dlm diri kita adalah sense of good and bad. Sebab tu la kalau kita buat salah, kita sendiri tak tentu pasal tetiba trasa bersalah.

Jadi kapel2 yg beromen sebelum berkahwin, juga akan merasai tensi. Tension dosa.

Di tambah lagi perasaan insecure kerana tiada komitment di dalam perhubungan mereka. Tentunya pihak wanita, yang telah menyerahkan passport dara mereka kpd pihak lelaki, akan merasai bagai Noritake di hujung tanduk sepanjang their sinful relationship. Sekiranya pihak lelaki belah, ternganga saja la awek tu.

Jadi, jangan buat!
____________________________________
Alamak! Saya Berkapel Skang Ni Bang. Jadi Apa Yang Patut Saya Buat?

Sekiranya anda seorang awek yang cun, sila add saya dlm Fb dan Ig. Jika di dapati anda mempunyai paras rupa dan tubuh badan yang melepasi piawai saya, maka adalah lebih afdhal untuk anda clash dgn boifren anda dan berkapel dgn saya secara Islamik. Anda sebenarnya memerlukan bimbingan seorang yang lebih dewasa yang arif tentang selok belok percintaan. Adalah fitrah saya, suka membantu insan2 yg memerlukan.

Sebaliknya sekiranya anda seorang awek yg miskin paras rupa, maka di nasihatkan anda forward blogpost ni kepada bf anda, kemudian membuat last confrontation dgn dia, bersama org ketiga of course, untuk memberikan kata dua kepada dia, supaya cepat2 kahwin ataupun korang mulai hari itu akan berpuasa dating buat selama-lamanya.

InsyaAllah, bf anda akan memahaminya dan meminang anda secepat mungkin.
InsyaAllah juga bf anda akan membaca paragraph di atas dan menyedari bahawasanya anda tidak cun sebenarnya dan clash dengan anda. Maka kini anda telah bebas. Tidak lagi berkapel. Problem solved.
Usah di ucapkan terima kasih kpd saya. Please No!
Berterima kasih lah kpd Allah.

Sekian mekasey wassalam.

Ya Allah. Janganlah Engkau bebani hambaMu ni dgn awek yg terlampau ramai.. 


Sumbers
1. Fitrah Dalam Pandangan Islam
2. Konsep Fitrah Di Dalam Al-Quran
3. Sexual tension
4. The Science of Love
5. Neurochemistry of Love
6. Biological basis of Love

Sunday, November 23, 2014

Kenapa Malaysia Silap2 Kena Blasah AFF Suzuki Kali Ni.


Gambar dulu2 masa umur 36. Skang ni 26.
Salam,

Bila aku tgk skuad skang, aku kesian kat Dollah. Skuad kita brada di status yg sungguh2 nazak. Bila kita terpaksa panggil Indra dan Shukor Adan main balik. Bila kita terpaksa pakai striker2 yang hanya main sebagai sub di kelab masing2. Bila kita terpaksa recycle hero2 lama cam Apek, Mat Yo, Chopot, Mahali. Bila tiada youth players. Ini semua sifir untuk di rogol beramai2 di AFF nanti.

Rajagopal dulu bukan terer mana pon. Tapi dia inherit player2 muda yang telah excellently brought up by Sekolah Sukan Bukit Jalil. Chemistry dan technical skills diaorang mantap. Zaman tu, kalau kita letak Moyes jadi coach Malaysia pon kita boleh menang. Tapi era tu dah over. Batch Apek dan kawan2 dah pass their peak bro.

Jadi mana barisan pelapis kita? Mana budak2 yang kita hantar pergi Slovakia? Takan dalam ramai2 budak2 Harmau Muda A yg main kat Queensland, Gary Steven Robat sorang jer yg layak main senior team?

Jadi apakah yang telah terjadi? Di manakah silapnya?
____________________________
Punca Masalah

PERTAMA. Somewhere along the path, ada orang yang telah mengkelingkan youth sytem kita. Dulu dah elok2 semua dok kat SS Bukit Jalil, pastu tetiba diaorang buat skuad satu lagi kat SS Bandar Penawar plak (skang dah tukar nama jadi SS TMJ). Apsal ada sampai dua sekolah? Pastu tetiba pum pam buat Akademi Mokhtar Dahari plak. Sudah. Ni apa plak fungsi dia?

Barca, ManU etc semuanya pakai satu akademi je cukup. Kita sampai bersepah2 Sekolah Sukan dan akademi bagai ni, dah sungguh bercelaru nampaknya. Cemana diaorang tentukan budak2 yg berpotensi pergi mana satu? Belum kira lagi budak2 drp sekolah2 projek negeri2 satu Malaysia. Ade ke org yg memantau prestasi diaorang dan quality coaching yang diaorang terima drp sekolah2 tersebut? Gilos.

Last2 youth team FAM nak main tournament pon kene tumpang kasih Frenz. Nak harap diaorng buat friendly, mmg berkulat lah. Frenz United tu private youth teams kot. Cemana management dan marketing diaorang lagi mantab ni? Terima kasih Frenz United. Korang penyelamat negara!

Jadi tak heranlah bila batch2 lepas chopot/apek/aidil etc, semua kualiti dah macam tahi. Tak layak naik pangkat main senior team. Tamil Arasu for example. Wan Zack sekor je boleh harap, itu pon karrier dia telah over. Lutut dia dah abis. Babai wan zek forever.
Dulu Umno Melbourne Cup boleh import. Ada mat salleh lah, africa lah. Ni striker power Singapore tapau aku. Sial lah. 

KEDUA. Dasar player import Liga Super. Korang jgn buat2 lupa, masa kita menang Suzuki Cup 2010 tu, TIADA SORANG PON PLAYER IMPORT dlm liga kita. Masa tu player import kene banned. Sbb FAM takde duit kot. Jadi tetiba masa tu, mana2 team yang berjaya kumpul player2 tempatan yg power (kelantan, terengganu) atau pun mempunyai youth team yg power (NSembilan champ SUKMA 2004), maka team tu yg dominated liga kita.

Pastu tetiba adalh team negeri ataupun kerabat2 durjana mana ntah yang nak kejayaan mee segera macam dahulu kala. Jadi diaorng telah mengarahkan FAM utk bukak balik utk player import. Jadi kembalilah kita kepada sistem tahi najis yg asal, iaitu semua team akan import striker yg power, pastu ambiklah player2 tempatan utk jadi pelakon tambahan ataupun pak pacak.

Jadi kita telah berhijrah drp iklim bolasepak di mana semua striker2 tempatan boleh main full game, kepada hanya bermain pada 5 minit terakhir. What the najis.

KETIGA. JDT. Pasukan bala ini telah mengimport satu skuad Malasyia dan mana2 player berpotensi tinggi, untuk di jadikan sub. Player2 yang kalau main di mana2 pasukan lain, confirm first eleven, suddenly struggle utk main walaupun 5 minit satu game. Silap2 tak main langsung.

To be fair, TMJ dan JDT tak bersalah pon. Apa yg diaorang buat adalh mengikut peraturan, so on paper fair lah. They got the money, so sapa soh player2 tersebut sian kontrak dgn mereka? Malangnya, demi untuk kejayaan yang tak kunjung tiba oleh satu pasukan tersebut, maka kita semua peminat fanatik bola sepak malaysia yang terpaksa menangis sampai abis taik mata bila tgk kualiti star2 player kita semuanya kelaut sejak join Jahanam Darul Takzim.
_______________________________
SOLUSINYA

Utk masalh PERTAMA
Kita kena membuat rombakan besar-besaran kpd youth developement system of Malaysia. Hapuskan Bukit Jalil dan Bandar Penawar dan Akademi Mokhtar Dahari. Satukan everybody di bawah satu team/management. Pastu kita kenalh develop drp kecik2, drp Darjah Satu, bukanya bila dah form One!

Paling penting, jangan letak kuasa ini pada mana2 politician (Menteri Sukan) atapupun bureaucrat FAM yg tak de telur yg hanya tahu bodek sultan.
Letak pada badan private yg manage boalsepak negara macam satu komersial entity. Macam England lah senang citer. Baru efficient.

Utk Masalah KEDUA
Kita kene ubah polisi player import kita. Kalau ikut aku, jgn import langsung mana2 striker dan midfielder. Import keeper dan defender je cukup. Haha. Jadi striker kita dah biasa lawan defender/keeper power, maka bila lawan peringkat Asia, kacang jer.
Tetapi, nanti defender kita plak yg tak biasa lawan striker peringkat internasional kan? Masalah pulak. Jadi solusi yg terbaik mungkin kita kene gilir2. Kalau tahun ni kita boleh import. Tahun depan tak bole. Senang citer. Haaa...okay tak? haha

Utk Masalah KETIGA
Nak tanak, kita kenelah introduce salary cap. Kerana tanpa salary cap, pasukan2 yg kaya boleh membeli kejayaan dgn wang tetapi kita yg bayar dengan kegagalan di peringkat internasional. Kita semua paham, player2 pon nak hidup, so mereka terpaksa ambik kontrak yg tertinggi di offer kpd diaorang.
Tetapi apabila kelihatan seolah2nya JDT kekadang tu main beli je player, bukan utk mengkuatkan pasukan mereka, tetapi sebagai strategi utk menglemahkan pasukan lawan, itu sudah tak fair.

Senang citer, kita bagi je terus Piala Malaysia kat JDT selama 10,000 tahun. Kasi puas hati mamat tu. Dah tak payah susah2 buang duit beli star2 utk buat sub atau main kat JDT2 je.
Alhamdullilah TMJ tak mampu utk beli aku.

__________________________________
AFF Suzuki Cup 2014

Sebenarnya aku tulis ni sebelum AFF start. Tapi tak sempat habis. Jadi selepas aku tgk game2 AFF kali ni yg dah main, hmmm...aku rasa semangkuk2 team Malaysia, team lain pon sama semangkuk. Haha. Semua bodoh. Tengok sini

Jadi silap2 kita boleh paling koman masuk semi. Masalahnya skang ni, kita nak cari gol drp mana. Mat Yo plak dah low konfident gila sbb korang lah lahabau kuat gila kutuk dia kat fb.

Sorang je player yg boleh menyelamatkan kita bro. Striker terpower yg selalu skor dan kebal kutukan2 korang kat fb, twitter, radio, tv dan kedai2 kopi. Jgn bagi dia ambik penalti sudep. Beliau adalah .........UltraFakriman.
Legendd!!!
Tapi sial lah Dollah tak select dia plak. Belum terlewat lagi. Sapa ada fon no Dollah, pass sini jap. Aku nak sembang skit.

Sekian mekasih wassalam.

Throwback tengok Final Sea Games 2011 kat rumah Farrat. Penalty shootout.







Monday, November 17, 2014

Hadiah Yang Terindah Untuk Sang Isteri




Salam,

Tiada hadiah yang terindah yang dapat di berikan oleh seorang suami melainkan terlupa harijadi ke 40 seorang isteri dua hari lepas, kerana pada minda suami tersebut, isteri beliau masih berumur 24 yold, jika di pejam kedua belah mata ataupun ditutup lampu di malam hari.

Tidak kesampaian di hati beliau utk mengucapkan welcome to the fourties and now you officially are a makcik.

Oleh sebab itu keterlupaan beliau merupakan hadiah yang lebih berharga drp wang permata.

Ucapkanlah terima kasih kepadanya, kerana dialah sang suami yg terbaik di dunia.

Sekian mekasey wassalam.


Petang tadi

Thursday, November 13, 2014

Kenapa Kita Kene Ajar Anak Kita Pasal Seks.

My Baby Boy!
Salam,

1. Semua mak bapak kalau boleh nak anak2 kita maintain kecik dan comey forever. Maintain their innocence. But lumrah alam, diaorang akan one day become adults and leave us to live their own lives.

2. So sejak kecik2 lagi, semua parents are racing against time, to prepare their kids for the future, primarily by giving them the proper education.

3. Malangnya, salah satu ilmu yg ramai mak bapak ngelat tanak ajar anak2 adalah ilmu seks. Malu konon. Taboo. Kotor. "Kau belum cukup umur". "Ni cerita org tua2". "Besar2 nanti tau la".

4. So they leave it to the kids to discover apakah itu seks by themselves. Apakah kebodohan ini? Kau ingat belajar pasal seks ni macam belajar naik basikal jatuh bangun sendiri ke? Belajar masak2 main download resepi drp internet dan blasah try sendiri?

5. Kalau belajar subjek2 lain kau boleh antar tuisyen, ngaji pulak kau boleh cari ustad, tapi SEKS kau biar dia belajar sorang2? Komonla. Basuh berak pon kau sendiri ajar kan?

6. Jadi, as Muhammad turn 12 yo this year, aku berazam utk ajar dia pasal seks bila next time aku jumpa dia kat Malaysia nanti iAllah.
_____________________________________________
Ajar Apa?

1. Ramai org salah anggap bila aku ckap aku nak ajar anak aku seks, diaorang dok bayang aku nak ajar sexual teknik, foreplay, position bagai. Hoi. Kau lebam?

2. Apa yang kita perlu ajar adalh basic je bro. Mula2 kita cakap apakah perubahan2 yg berlaku pada badan diaorang bila diaorang baligh. Sentuh skit pasal bila dah baligh ni, buku catatan akan di buka, so kene jaga dosa pahala dah start drp time tu.
Dah ada dlm buku teks darjah 6 anak aku pon. Tak payah susah2.

Punggung melebar! Haha

3. Pastu baru citer apakah itu seks, kenapa kita buat seks dan cemana seks boleh menghasilkan baby. Thats it.

4. Teknik2 kuak dada, kuak kupu2, kuak lentang, side parking, backhand smash, jurus 1Malaysia, Rosmah Lemah, itu semua tu, pepandai dia lah belajar nanti. Takan aku nak ajar plak. Kang terbayang dok menteknik kan bakal bini dia plak, tak ke awkward.
_________________________________________________
Kenapa Kena Ajar?

1. First and foremost, kita kene ajar anak2 kta pasal seks supaya dia dapat identify sex crimes, if somebody want to or nauzubillah had perpetrated it to them. Who knows somebody telah pedo or molest anak2 kita. So bila dia dah tahu, boleh lah dia ngadu kat kita if anything happens,
"Eh Papa, aritu somebody telah buat camni kat kita punya". Time to beli pistol.

2. Secondly, kita kene ajar sebab kalau kau sendiri tak ajar, dia eventually akan dengar drp sumber2 yg lain. Kalau sumber itu elok macam drp buku teks ke, drp ustad ke gitu tak pe lah. Tapi biasanya sumber2 yang anak2 kita akan belajar adalh drp sumber yg tak boleh pakai macam drp kawan2 dan internet.

3. Teringat lagi kat jiran aku, masa tu dia form 2 gitu, tetiba citer kat aku yg masa tu baru 8-9 tahun,
"Mu nok tau rogol tu gappo? Rogol tu bilo hok jatey masuk ko hok tino pahtu jatey kencing dalm hok tino dan tino kencing dalm hok jatey". Euww. Apa main kencing2 ni. Tanak lah jadi perogol cenggitu.

4. Aku malas nak mencarut sbb dah janji aritu (sumber), tapi this misinformation telah mindfucked aku sampailah aku form 1 dan akhirnya belajar pasal seks yg sebenar dlm subjek sains. Jadi sorry lah bro. Aku tanak anak aku jadi cam aku. Mindfucked by some idiot!
__________________________________________________
Bila Kene Ajar?

1. This is actually very hard to judge. Aku rasa bila dia dah mula dapat "sexual awareness" boleh start kot pelan2. But my first ever hard-on was masa aku 4 y.o kot, waktu terusha bra hitam sorang nurse ni masa aku kene hospitalised. Tetiba, "Kelas Berdiri!". Tapi takan lah nak belajar pasal seks masa 4 yo kot!

2. Or kau boleh tunggu sampai anak2 kau dah mula "sexually curious". As they grow up, they will eventually heard or read istilah2 taboo macam "rogol/rape", "cabul/molest", "liwat", "homo", "gay" etc, kan? So bila dia dah start tanya kita pasal terms2 tersebut, kau boleh lah explain time tu. (aku pernah blog pasal istilah2 ni. Baca sini)

3. Tapi aku sendiri tak buat, sebab waktu Muhammad start tanya aku tu, dia baru 10 yo kot. Tak sampai hati aku.  Haha. Akibatnya, dia telah buat apa yang aku risau kan selama ni. Dia carik info sendiri.

4. So, oneday, dia telah bukak buku ensaiklopedia mana ntah, pastu dia confronted bini aku,
" Now I know, where does the baby come from! Its when the sperm from the boys meet the eggs from the girls. But I still don't understand how the sperms get to met the eggs?"
Fuhhh! Lega bini aku. Haha.
Baca pasal sperm mmg laju. Acu try ngajii....

5. But you can delay the inevitable only for so much. Few days ago, my wife telah terkantoikan dia search for something, on her phone. Nampak kat history. But I don't blame him at all. He is just curious. The blame lies entirely on me. Arghhhh! Wish I am in Malaysia now, and explaining everything to him. Sorry bro.
_________________________________________________
The End Of Innocence

1. Of course, selepas kita cakap pasal bende ni dgn diaorang, it will change everything between us and them. Konfem pastu anak2 kita akan pandang slack je kat kita bila kita dok dekat2 mak dia. Nak buat camne.  Knowledge will open their eyes.

2. Then Muhammad will know the answers to all his taboo questions. For example, what I was actually doing waktu aku "mengemas katil" dgn Rozita or soalan klakar dia, "Why I need to sleep by my own in my own room, but Papa can sleep with Mama? Papa pon dah big boy, he should sleep by himself tooo!". Haha."..Err. Mama is afraid to sleep by herself la. Papa teman jee..."

3. Or the answer to his favourite subject, the "pubic hair", that had bothered him ever since he was 8 yo bila ada mat salleh cilakak mana ntah pergi bogel depan2 kita org kat changing room di swimming pool. After that, masuk2 kereta je, letih aku menjawap soalan2, "Papa. Do you have hair on your weewee?", "Am I gonna get hair on my weewee to?", "When I am gonna get hair on my weewee?".

4. Tengah aku bersilat sakan, nak try jawap soalan Muhammad tu sesopan mungkin, tetiba terdengar suara kecik tapi kuat dariapda seat belakang,
"I DON"T HAVE HAIR ON MY WEE WEE!!!".
Demm. Tengah seronok cerita pasal pubic hair, terlupa kat blakang ada.....4 yold Husna. Alamakkkk!

Sekian Mekasih Wassalam




Tuesday, November 11, 2014

Kenapa Muscle Yg Paling Sia-Sia Adalah 6-packs

Salam,

1. Petang tadi lepas game bola, seperti biasa aku tanggallah baju sebab dah basah lencun peluh kot. Dah lah arini panas. Baru halfway stripping, tetiba ada mat salleh team opposition dtang kat aku dan tuding kat perut aku pastu cakap,
"Hey dude. U got almost 6-packs".
What de! Gay mana plak ni dok usha 5.999-packs aku ni.

2. Tapi ini adlah cerita biasa pasal 6-pack bro. Ia adalh muscle yang semua lelaki berangan nak dapt. Muscle yang kalau satu body besar bapak, tapi kalau takde 6-pek, satu body akan nampak lemau. Muscle yang apabila adanya memana lelaki topless, konfirm semua lelaki akan curi2 usha ada 6-pek ke tak, samada dgn perasaan homo ataupun bebas-homo.
Astaga! Ni laki ke pompuan hah?

3. Sebab tu lah nama saintifik dia adalah Rectus Abdominis. Rectus as in Rectum = dubur. Gay magnet kot. Inilah antara puncanya aku ini adlah bapuk-magnet. Side effect sbb ada 6-pek la ni. Dem.

4. Masalahnya 6-pek ni susah nak dapat. Aku bernasib baik di anugerah kan Allah, dengan genetik bodytype mesomorphic. So aku yg jenis makan tak jaga, junk food ari2, gym tak pernah pergi, situp tak buat, tapi tup tap ada natural 6-pek. Aku hanya main bola, swimming dan kerja. Itu je.
Breakfast aku aritu.

5. Tapi orang2 lain kene struggle. Diet dan workout bagai kot, semata2 nak perut ketul2. Kesihan pon ada, nak tergelak pon ada kat diaorang.

6. Yang harems nye, bila kau ada six-pek ni, sebenarnya kau pon tak perasan. Kalau kau ada 6-peks, pastu kau tengok drp atas, mmg tak nampak habuk hapa pon. Kau kene tengok dari depan kat cermin, kene lighting kasi angle baek skit, kaler kulit kenelah tanned macam aku, pastu kene berminyak2 skit, sambil kasi keras2 skit, baru nampak.

7. Pastu bila kau dah ada, its a constant struggle utk maintain. Salah makan skit, malas bersukan skit, itu lah yg jadinya "almost 6-packs tu". Maximum jumlah pack yg aku pernah ada, adalh 8-packs. Itu aku achieved dua tahun lepas masa NCG/MASA games kat Melbourne. Siap tak ambik gambar taim tu. Kalau tak dah belanja selfie satu kat sini. Haha.

8. Satu lagi bila ada 6-pack ni, kau bukan boleh tunjuk pon kat orang. Biceps ke, kepak ke, lengan ke, kau senang2 je boleh belanja aweks. Pakai T-shirt ketat ke, singlet ke, setel. Tapi 6-pack mana nampak ketul2 tembus baju. Hampeh. Sia2 je kau simpan dlm baju.

9. Oleh sebab itu, satu2 caranya utk belanja 6-pack adalah kau kene topless. Acu cuba cerita kat aku, apakah situasi2 normal di dalam kehidupan manusia yang kita boleh topless? Waktu swimming satu dan masa salin baju no dua, macam kes aku kat atas tadi. Itu jer kot. What a rare moment. Kau tau tak brapa kali aku wish yg kita lelaki boleh pakai sari.

10. Pastu bila in somehow kita berjaya tayang kat aweks, tup tap, skali diaorang tak usha pon. Sebab apakah muscle yg awek usha first? Bontot (sumber). Even gay pon usha bontot kot. 6-packs ni balak2 lain je yg usha.

11. Kau perasan sorang2 je yg awek2 konfem akan beratur datang. Sekali yg usha dan datang gedik2 puji kau adalh balaks. Aku pernah kene skali, "You have a beautiful body?". Sepak kang! Trauma stret. Haha. Sapa sini tak pernah tgk abs Christiano Ronaldo pastu mengetap2 gigi keghairahan. Kamon la bro. We all know kita semua buat. Haha.

12. Jadi kalau korang tak mampu nak achieved 6-packs, korang tak payah risau sangatlah bro. Ini semua tak penting bro. Yang penting adalah ketulan2 iman di hati. Itu sahaja yg matter di akhirat nanti di depan Allah.

13. Sesungguhya jodoh itu di tanganNya. Berapa ramai lelaki2 boroi/gemuks tapau awek2 hot selamba je. Apakah kunci kejayaan mereka? Mereka rajin kemas bilik. Kerana di mata wanita, apalah guna 6-packs kalau pemalas kemas bilik......potong selera katanya....

Nampak gayanya RCW takan dapat lah anak no 2 gini

Sekian, mekasey, wassalam.

Tuesday, November 4, 2014

Aku Tanak Mencarut Dah Pasni



Salam,

1. Antara perangai yang aku paling benci pada diri aku, adalah baran aku. Tengah elok2 aman damai, tetiba bila tersentap, straight aku tukar perangai cam b***. Nak wat cemana. Aku ada darah Melaka. Senang tersentap.

2. Aku tahu marah ni permainan syaitan bla2, sebab tu lah aku seboleh2nya nak kawal. Sebab kalau tak terkawal, abis segala2nya kaki, tangan, mulut aku pehh.

3. Aku pernah blasah kawan baik aku sebab dia lambat bukak pintu. Aku pernah terajang pintu rumah sampai pecah. Aku pernah mengamuk kat Vatan, sebab lambat siap order aku. Aku terajang kotak sampai bersepah dlm Vatan. Siang tadi aku mengamuk kat kedai Afghan kat Henley Beach plak. Aku tumbuk pintu kaca kedai dia, sebab lupa order aku. Nasib tak pecah.

4. Sambil2 tu mulut berzikir F this, MF that, haiwan itu dan ini. I hate that. I hate that bila aku pergi kedai Afghan lepas tu, semua org cuak ngan aku, diaorang bisik2 "Azam is here. Azam is here". Pastu cepat2 setelkan order aku. Aku tak suka org takut ngan aku dowh. Aku bukannya gangster.

5. Tapi aku tak boleh deny, ada ketikanya aku suka baran aku. Me loike! Contohnya bila ada "difficult" customer kat kedai. Mmg dapat treatment "A" lah drp aku. A stand for Asshole. Aritu ada makcik mana lah berleter2 pukul 6 petang apsal kedai kotor, nak makan tak selera lah etc. Kami dah nak tutup lah makcik. Baru nak start cleaning. Next time dia datang sengaja aku cakap kuat2 kat pekerja aku, "Ni makcik tua manajadah ni nak order. Cepat ambik order dia". Sentap dia. Straight tak datang pastu. Good.

6. Prinsip aku kat kedai is simple. We treat asshole customers like asshole so they don't come back again. Buat pening aku je. I don't want your money okay. Go away please!

7. But off course, bila baran aku go unchecked, brapa kali aku tersilap treat my good customers badly. Banyak kali ada diaorang complained pasal something2, tapi aku tak layan sebab aku sure aku tak buat silap. Tapi bila aku double checked slepas aku perambat diaorang, baru aku akui, memang complain diaorang betul. Haduhh!

8. For example ayam tak cukup masak, masakan masin, hangit dan paling aku teringat-ingat sampai sekarang, makcik yg komplen kambing liat, dia tak boleh kunyah. Kau tau apa aku cakap kat makcik tu?
"I think you are too old. Thats why you cannot chew".
Fuhhh...insan berhemah sungguh aku ni. *hantuk kepala kat keyboard*. Pastu bila aku sendiri makan, mak aih mmg betol2 liat. Abisla konfem kes ni akan naik kat Padang Mahsyar nanti. Uwaaa....Nauzubillah. Maafkan saya makcik.

9. Baran ni macam api. Cepat terbakar, dan cepat padam. Bila padam tu, baru trasa menyesal.

10. Brapa kali aku marah2 pekerja aku sebab lambat ke buat silap ke, tapi bila lepas tu aku pikir2, aku telah berlaku tak adil di situ. Aku dah kerja situ 6-7 tahun. Budak2 ni baru kerja few days kot, mmg tak sama lah level ngan aku. Sorry guys.

11. Dari segi mencarut tu, itu semua pengaruh matsalleh2 team mates bola aku. Aku dulu bukan mulut celupar. Tapi lepas main bola selama 18 tahun dengan diaorang, mencarut tu dah jadi macam zikir mathurat amalan harian. Sikit2 F. Setiap ayat wajib ada satu F. Kalau takde F, trasa cam tersalah grammar pulak.
Bersama sifu2 mencarut aku.

12. Jadi bila aku main ngan budak2 melayu, aku terbawak-bawak perangai buruk ni. Lebih kurang 10 tahun lepas, aku pernah main bola untuk satu "pertubuhan NGO Islam Adelaide". Diaorang siap soh abang long besar usrah sound aku utk stop mencarut. Haha. sorry akhi, itu semua automatik.

13. Memang bila dah terbiasa mencarut, perkataan yg kau akan automatik first sebut bila anything happened is perkataan2 carut. What I am scared off the most is, bila life threatening things happen oneday, I don't my last word to be F, MF, Shit or Babi or perkataan2 yg sewaktu denganya! Fuhh. Aku nak mengucap! Aku nak bertakbir! Allah. Tolong aku.

14. Plus aku tanak anak2 aku pikap swearing words ni drp aku. Buruknya contoh sebagai ayah. Anyway, I am under no illusion that they will learn it from someone else. In fact, Muhammad dah tanya dah kat aku apakah maksud F? Well, at least dia tak pikap drp aku, that time.

15. Jadi please please please Ya Allah, help me to stop swearing from now on and to control my anger. Dan korang pon tolonglah jgn provoke aku plak. Kalau korang nampak muka aku mcm stress kat kedai tu, hati2 lah. Korang mengucap dan baca ayat Kursi dulu lah seblum tegur aku.

16. Sebab, bila muka aku masam, ianya mungkin, betul2 aku tengah stress, tengah concentrate buat kerja. Or secondly, itu mungkin hanyalah default setting muka aku. Nak buat cemana bro. Dah genetik. Muka serious ......tapi hensem.

Sekian, mekasih,wassalam.

Oh Tak, kami tak marah. Ni muka normal kami. Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails