Setiap kali aku naik flight, aku tak boleh elak drp berfantasi pasal satu bende ini. Aku akan start dari awal-awal lagi, berminggu-minggu sebelum flight.
Aku akan siap2 prepare, jogging/bola/workout atau swim, just to make sure pada hari aku naik flight, body aku berada di dalm keadaan fit gila.
Pastu ari tu aku akan pakai spender paling baru. Aku akan pakai baju yg paling senang utk cabut. Dan aku akan pakai seluar paling senang untuk tanggal.
Bulu ketiak dan bulu2 yang lain, aku dah cukur atau trim kemas2.
All ready and set untuk fantasy aku, sekiranya ianya terjadi.
Jadi apabila ada pramugari tetiba bergegas datang ke seat aku dan kemudian tunduk berbisik ke telinga aku, "Follow me please Encik Azam", lantas mengengam erat tangan aku dan mengheret aku ke tandas dan menguncinya nya dari dalam, aku telah bersedia.
Apabila dia kelihatan gelisah lantas meletakkan kedua2 telapak tanganya ke dadaku lantas dgn matanya yg kuyu berkata, "I have to tell you something, but please Encik Azam jangan cakap kat passanger lain hokay?", aku telah bersedia.
Hit me with the news bebeh!
Dan apabila bibir dia terketar-ketar mengucapkan kata-kata ......" Encik Azam....... oh my God you are so handsome.......but I just want to tell you......that.......this plane is about to crash".
Well bebeh! I am ready!
HOYEAH! PLEASE LAH CRASH!
Crash on the water lah kan. Kalu crash atas darat mati la aku.
Haha. Fantasy aku adalah plane aku crash dalam air dan somehow aku terselamat dan swim ke pulau terdekat dan jadi Robinson Crusoe.
Sebab tu lah aku akan sebok2 make sure aku fit gila sebelum flight sebab mana tau aku kene swim jauh gila nanti. Silap2 kene swim dalam lautan yg bergelora gila babas plak. Mau semput kalau dah lama tak swim. Belum citer pasal jaws lagi.
Gulp! Cemana nak swim ni? |
Sebab tu juga lah aku make sure aku pakai baju dan seluar yg senang tanggal, sebab kalau kene swim jauh, aku kenelah tanggal baju dan seluar aku tu. Berat kot basah2 nak swim cemana?
Dress cheap sudeh. $10 plus $40. Kalau kene tanggal, hambiklah. |
Aku pakai spender paling baru, sebab mana tau aku akan stranded berapa lama kan? Kalau berbulan2, spender tu lah satu2nya pakaian aku. Tanak aku pakai daun ke pelepah kelapa ke bagai. Masuk sembilu ke kat situ kang, fuh, mana nak cari doktor.
Aku cukur siap2 bulu2 sensitif, sebab kalau aku stranded lama2 mana nak cekau Gillete? Takan la aku sanggup buang masa cari batu memana pastu asah tajam2 semata2 nak trim pubic hair? Baik aku pergi melembing ikan ke, menjerat babi hutan ke bagai buat lauk.
Jadi itulah fantasi aku setiap kali aku naik flight. Semoga ianya TIDAK menjadi kenyataan.
Sekian, mekasey, wassalam.
p/s: flight lagi 9 jam.
Belanja boxing day skit2 sudep. |
3 comments:
Gmbr last yg edit tu dah mcm ghope pakai tube. Kikiki.
issabel: PM aku for gambar uncensored. Haha
1. spender Bonds, murah ke?
2. Klu crash dlm laut, mcm mane nk tahu direction nk swim? Untung2, dpt smpi pulau Reunion.. Baik buat mcm Pi.. buat rakit.. pastu hanyut lame2.. tangkap ikan.. makan sashimi.. uiyoo.. seram la plak.. btol la.. moga2 fantasi abg Azam ni x menjadi kenyataan pada sesape pun..
Post a Comment