Wednesday, December 10, 2014

Hooliganism Masa Game Vietnam, Perkembangan Sehat Bolasepak Tanahair

Salam,

1. Dua tiga hari ni, media perdana dan media social network, sakan tibai geng2 hooligan yg serang penyokong2 Vietnam aritu.Segala tohmahan negative di labelkan kepada hooligan2 tersebut generally dan kepada IJF specifically, kerana budak2 IJF telah kantoi busuk baek punya. Noobs.

Hai Daniel!

2. Walau bagaimanapun, bagi aku hooliganism yang berlaku tempohari, sebenarnya adalah satu perkembangan sihat yang berlaku untuk bolasepak Malaysia. Bila ianya berlaku, aku kata "Alhamdulillah". Aku gembira. YES! Aku dah agak dah bende ni akan berlaku, bila aku tahu tahun ni Suzuki Cup peringkat kumpulan di buat di Singapore.

3. Okay chop2. Jangan kata aku keji kay. Jangan kata aku mengalakkan keganasan. Dengar sini argument aku dulu, bagu kau tahu, darah2 Vietnam yang mengalir pada malam tu, merupakan titisan2 rahmat di dalm penyatuan ultras2 di Malaysia. Terima kasih Vietnam!
___________________________
Mengapakan Hooliganism Berlaku?

1. Hooliganism berlaku apabila "mana2 pasukan yang lemah mempunyai penyokong yang kuat". Jadi apabila pasukan cap ayam tersebut gagal menghasilkan persembahan yang baik ataupun merangkul apa2 piala, maka lama-kelamaan, penyokong2 yang fanatik tersebut akan rasa terhina dan cuba "mask" their team perceive weakness dengan exerting their force towards the opponent's players and supporters.

2. Mereka bajet kalau mereka menang dalam off-pitch battle, maka mereka boleh balik rumah pada malam tersebut dengan perasaan "kemenangan". Padahal kemenangan mereka hanyalah palsu dan tidak mengubah keputusan yang team mereka telah sayur kat atas padang pada malam tersebut.

3. Punca start hooliganism itu tak penting. Bila mereka tahu pasukan meraka akan sayur nya, maka hooligan ini akan sengaja mula cari pasal walaupun sikit je. Team opponent pandang slack ke, makan kuaci tangan kiri ke, bersin tak tutup mulut ke, awek diaorang lagi hot ke, semuanya boleh menjadi punca2 takpepasal diaorang kene tibai! Bila dah reramai tengah hot tu, the crowd hanya perlukan satu spark je, pastu semua akan join kenduri tersebut walaupun taktahu apakah hujung pangkalnya. Kita tolong set2 kita dulu, sebab tu belakang cerita.

Malam tu padang licin. Hujan licin , pisang pon licin. Jadi ini semua salah kau lah pisang. Babilah pisang! Aku makan kau!-logik seorang hooligan-

4. Sebab tu contoh klasik hooliganism adalh England. Satu pasukan eternal losers, yang tak sengaja menang World Cup 1966, pastu bajet every time world cup ke, Europe ke, dia orang adlah favourite utk menang. Jadi apabila pasukan mereka time-after-time kene tibai dalam semua tournament, penyokong2 mereka akan mulalah cari pasal, merusuh bagai (sumber). Nak menang cemana brader, pemain2 kau banyak main sub je kat club. Macam team Malaysia skang ni lahh.....ehhh.....sial lah terkene pulak.

5. Budak2 IJF (Inter Johor Firm) tu ambik nama mereka daripada the world famous, Inter City Firm (ICF). Ultras West Ham United FC ini is widely credited as the first organised hooligan firm in the world (sumber). Mereka adalh otai hooligan dan operated since 1970s. Dan bila last time West Ham menang apa2? Ntah. Jadi macam aku cakap tadi lah, pasukan ayam dan penyokong yg kuat adalh resepi terbaik utk hooliganism.

6. Sapa minat boleh boleh tengok citer Green Street Hooligan yang based on ICF. Layan lah jugak (full movie). Ye aku tahu, kaorang akan cakap citer apa ni ada Frodo! Frodo gay kot, mana lojik jadi gangster. Ni bukan lord of the ring kay. Ni lord of the pecah kepala.
Fellowship of the hooligan. Frodo adalh gay termacho kay.

Bajet gangster, tapi pakai topeng bagai. Maksudnya kau "care" lah in case Polis sapu kau.
7. Budak2 IJF pon rembat motto, "No one like us, we don't care". Ini diaorang ciplak daripada musuh ketat no satu ICF/WestHam United FC, iaitu Millwall FC (sumber). Chant hooligan diaorang, one of the most notorious di England, the "Bushwackers" kat stadium adalah
"No one like us, no one likes us
No one like us, we don't care
We are Millwall, super Millwall
We are Millwall from The Den." (sumber)


8. Seperti biasa, bila last time Millwal menang apa2? Yilek puchik. EPL pon tak boleh masuk, dok main div dua jer. Mana penyokong2 semua tak saiko.

9. Manchester United pon ada hooligan firm, Red Army. Dulu2 masa Manchester United adalah loser dan kene relegated main second division, geng2 Red Army adalah hooligan paling bangsat kat England, buat riot kat semua away stadium satu England.(sumber)

10. Tapi kini bila Manchester United banyak menang, penyokong2 fanatik mat salleh diaorang dah mula chill, tak jadi hooligan dah. Penyokong2 ManU pulak skang ni banyak pulak Asian2 pondan dan aweks2 yang tak tahu pon offside tu hapa. Kalau nyah sepak bola pon lagi power drp diaorang, nak hooligan celah mana.
_________________________
Ubat Hooliganism

1. Ubat dia senang je. MENANG. Macam kes ManU tadi. Selagi team kau tak menang, selagi itulah akan ada segelintir penyokong2 kau akan buat taik, sebab frust dgn team mereka.

2. Contoh terbaik di dalm bolasepak tanahair adalah pasukan Kelantan. Korang ingat tak sebelum Kelantan menang apa2 dulu, kan penyokong2 Kelantan semua kejap2 mengelabah pukul orang lah, bakar stadium lah, bakar trak polis lah bagai. Prasan tak bila dah menang, semua tu dah tak berlaku dah.

3. Paling kelakar, skang ni set2 Kelantan plak yang tengok kat JDT dan kata apalah JDT ni tak bertamadun, buat malu je bagai. Hello brader, kau lupa ke kau dulu lagi teruk. Ambo set Kelate. Tapi bedal kene sama rata.

4. Jadi korang skang tentunya sudah understand kenapalah budak2 JDT, tak kira IJF ke BOS(Boys of Straits), behaved the way they did di dalam liga Malaysia selama ini. Penyokong2 diaorang kuat dan organised gila, tetapi pasukan diaorang asyik last2 kene ayam jer. The same thing berlaku kepada pasuan Sarawak, that were seeing sudden resurgence in stadium attendance in recent years, tapi pasukan diaoang tak perform, itu pasal ada riot aritu (sumber).

5. So kalau pasni JDT ke, Serawak ke, mana2 pasukan dok main baling2 batu bagai, korang tak payah mengelabah sangat lah. Ini adalah bende biasa bro. Perangai budak2 nak up. Lama2 nanti bila diaorang dah menang, diaorang okay lah tu. Err....harap2 JDT tak menang lah kan sampai bebila. Sebab bila dah memang tu, stadium akan kosong. Macam Kelantan skang. Puii....
_____________________________
Hooliganism Yang Berlaku Di Dalam Game Aritu Adalah Petanda Baik

1. Korang ingat tak tak sewaktu Kelantan tengah nak up dulu, siapakah team musuh no satu penyokong2 Kelantan? Game2 yang polis akan jaga lebih skit? Team Selangor kan. Sebab team Selangor pon mempunyai ultras yang besar yang boleh challenge ultras Kelantan. Memang banyak lah kes2 clashes between these two sets of hooligans.

2. Jadi apakah pencetus yang menyebabkan last2 kedua2 group ultras ni tetiba berbaik plak skang ni? Its Suzuki Cup 2010. Tetiba apabila team Malaysia lawan, kedua2 gergasi ultras Malaysia time tu, nak tanak terpaksa bersatu di bawah satu banner, Ultras Malaya.



3. Kerjasama ini akhirnya menyebabkan berlakunya perdamaian di antara set2 ultras mereka bahkan di antara kumpulan2 ultras semua negeri di Malaysia. Dah tu, kita menang plak tu. Hero2 kita pulak adalh Apek dan Mat Yo dari Kelantan dan Safee Salee dan Amri Yahya daripada Selangor. Menang. Pengubat segala hooliganism.

4. Jadi mana penyokong2 JDT time tu? Ada kat rumah dok korek hidung, tumbuk tempe, menari zapin dan berkuda kepang. Diaorang tak tahu pon stadium kat mana time tu. Masa tu Larkin tempat cengkerik dok beromen. Johor masa tu dok main liga FAM ke gitu.

5. Jadi tetiba apabila JDT di tubuhkan dan mem-beranak-kan IJF dan BOS ni, hooligan2 ni tidak mempunyai sebarang ikatan dengan mana2 ultras satu Malaysia. Sebab tu lah diaorang memandang semua orang musuh mereka. Akibatnya, apabila JDT lawan sesapa, SATU MALAYSIA akan sapot sesapa sahaja yang lawan JDT dan tunggu nak gelak je tegok JDT kalah.

6. So, apabila peringkat kumpulan Suzuki Cup tahun ni di buat di Singapura, dalam hati aku straight menjerit YES! Sebab semua orang tahu, sapekejadah lah nak pergi Johor, takde hapa2 kot, terperuk bawah sana. Ni kan pula Singapura. Jadi nak tanak, UltrasMalaya kenalah meminta kerjasama ultras2 JDT utk sapot Malaysia.

7. Itulah jadinya bila Malaysia lawan Myanmar ritu, kau boleh dengar diaorang dok nyanyi chant "Luaskan Kuasamu" dan chant2 JDT yg lain tu. Lantaklah. Asalkan diaorang tak nyanyi lagu Myanmar sudep. Terima kasih lah bebanyak penyokong2 JDT.

8. Jadi apabila Malaysia memenang 3-1, perlawanan epik last group game lawan Singapore aritu, tetiba budak2 JDT baru prasan, "Mama! Papa! Saya baru tahu Johor ini berada di dalam Malaysia. Seronoknya sokong Malaysia! Yeayyy! Nak pergi stadiumlah masa Malaysia lawan Vietnam nanti".
Abang Long dah ajak geng keluar kawasan

9. Jadi tak hairanlah, apabila "orang2 yang baru start sokong Malaysia" ini menjadi terlampau semangat dan apabila Malaysia kene ayam dengan Vietnam aritu, segala frust mereka dgn JDT dan dengan team Malaysia bergabung lantas terkeluarlah perangai hooligan mereka pada malam tersebut. Maafkanlah mereka wahai rakyat Malaysia. Diaorang ni noobs.

10. Walaubagaimana pun, hooliganism mereka ini adlah satu petanda yang sihat untuk bolasepak tanahair kerana ultras2 JDT dan ultras2 satu Malaysia yang dahulunya berlaga angin kentut pon boleh bergaduh, kini boleh duduk bersama berlaga bahu, merapatkan saf demi untk menyokong Malaysia. Ikatan ini, camaraderie ini, harapnya menjadi ikatan silaturrahim yang berkekalan pada musim2 bolasepak Liga Malaysia yang akan datang.

11. Memang in short-term, ultras Vietnam akan mengamuk on return game. Tetapi in long term, hooliganism pada malam tempohari, adalah suatu perbuatan yang terpuji. Sorang dua orang Malaysia mati malam besok kat Hanoi takde hal lah. Asalkan bukan sedara-mara kita........ehh silap ......asalkan kita penyokong bolasepak tanahair bersatu padu akhirnya.

Sekian, Mekasey, Wassalam.

4 comments:

Dr. Bentara said...

ini artikel terbaik. Kat Adelaide, kelab bolasepak Melayu adelaide takde geng hooligan ke?

speedrider said...

Bacaan best

mangkuk statik said...

Dr Ben: Semua mat study kat sini. Jenis 18A SPM. Nak hooligan celah mana. Stakat hempas2 game controller masa main game FIFA tak cukup hooligan lagi. Haha

Speedrider: Thanks bro. Panjang skit la kan. Saje nak tunggu rambut kau tumbuh sambil2 baca tu.

Skudal said...

terbaik!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails