Sunday, November 29, 2009

PART 2: Penentuan Tarikh Raya/Posa: Antara Akal Dan Sunnah

Nak usha kuih bulan ...senang

nak usha anak bulan.....juling bijik mata pon belum tentu nampak.
Salam,
First part di SINI.

1. Aku sebenarnya dah lama dah dok pikir pasal Muslim Date-Line tuh. Aku juga memanglah sedar bahawasanya sunnah untuk menentukan posa dan raya ialah dengan tengok anak bulan/hilal di tempat masing2. (sila rujuk bahagian komen di first part untuk baca hadith tersebut. Tq Alip Al-Turkistani)

2. Tapi aku telah justify dgn logik akal aku, bahawasanya Rasullulah suruh buat gitu sebab itulah kaedah yg terbaik pada waktu tersebut.. Rasullulah suruh buat gitu sebab dia tahu bila Islam berkembang geographically, maka susahlah untuk mengkomunicate anatara satu region with another.

3. Zaman tu bukanya ada TV, Radio, Internet, mobile phone untuk menyebarkan tarikh posa/raya di Mekah untuk ikutan semua ummat Islam. Nak antar utusan bekuda dari Mekah ke Algeria atau Pakistan bukannya dekat doh! So paling senang ialah masing2 tengok anak bulan di region mereke sendirti.

4. So secara logiknya sekarang bila kita dah maju, sepatutnya kita boleh koordinate waktu raya /posa kita supaya sama satu dunia. Aku harap korang sedar, bahawasanya anak bulan ni bukan kene tengok 2 kali setahun je. Kene tengok tiap2 bulan untuk menetukan bila start bulan Islam.

5. Jadi bila negara masing2 start bulan Islam pada hari yg lain, adalah agak kelakar bila katakan Malaysia pada hari ni ialah 11 Zulhijjah tapi Filipina katakanlah 10 Zulhijjah, walaupun Filip dok sebelah timur kita! Bagaimanakah pulak nak set tarikh meeting internationally kalau tarikh masing2 ialah lain. Jadi penyudahnya bulan Islam menjadi tidak praktikal dan hanyalah relevan untuk tau bila posa, raya, puasa sunat, hari haram posa dan lain2 hal keagamaan semata2.

6. Tapi Chop! Ini semua adalh drp "logik" akal aku semata2. So, firstly logik akal ini boleh di pengaruhi oleh syaitan, dan setan mungkin telah mempergunakan aku untuk meng-was2 kan korang semua dgn buat bidaah Muslim Date-Line. Secondly, logik akal ini di batasi oleh ilmu yg ada pada aku sahaja. Banyak pasal falak ni aku masih jahil. Nak stadi malas. So mungkin aku telah ter-error di situ.

7. Thirdly and most importantly, akal kita terbatas kepda bende2 yg zahir semata2. Sesungguhnya Allah jua yg tahu tentang hal2 yg ghaib, kompleks atau abstract yg takan tergapai oleh akal mana2 manusia atau supercomputer pon. So, kalau sunnah kata tengok anak bulan, mungkin ada hikmah di sebaliknya yg kita tak terpikir atau perasan. So follow je lah sunnah.

8. Antara hikmah pengunaan lunar calendar di dlam Islam yag berlaku jelas di mata kepala aku sendiri ialah KEADILAN daripada Allah kepda ummat Islam sedunia. Apabila Allah menjadikan bumi, dia telah jadikan bumi ini berputar sengget/tilt pada 23.44 degree angle daripada orbitnya mengelilingi matahari. So wujudlah 4 musim setahun di majoriti negara2 on earth.(negara2 northern hemisphere plus southern mestilah lagi banyak dari negara2 khatulistiwa kan).

9. Jadi kalau Allah perintahkan semua org posa bulan Disember, tak ke menyampah kita org2 Ozzy, New Zealand etc yg kene posa time summer yg panjang dan panas nak mampos. Org2 kat Ukay atu US mestilah happy manjang sebab posa time winter dan kene tunggu beberapa jam je sebelum bukak posa. Dah lah tu, malam lailatul qadr diaorang panjang nak mampus. Semayang sambil melecet2 dahi pon belum masuk2 subuh lagik.

10. Tapi Allah perintahkan kita ikut lunar calender, yg shorter drpd solar calander. So aku yg dah lama dok bermastautin di bumi Adelded ni telah merasakan posa/raya yg pada masa aku mula2 sampai dulu di bulan march, pelan2 berganjak ke feb(panas), jan (mendidih), dec (mengelegak), nov , oct dan sekarang bulan september.

11. Aku inggat lagik masa tahun 2000 aku gi semayang terawih kat Adeled mosque yg start pukul 1030 dan habis 1130 malam. Lepas abis terawih, kitaorag singgah jap kat Victoria square untuk terlompat mcam beruk kene cucuh buntut meng-celebrate millenium new year pukul 12mlm tu. Pastu balik rumah dan sahur pukul 3 pagi. Makan bukak posa tadi pon belum abis tercerna jadi taik, dah kene sumbat masuk sahur la plak.

12. Alamak dah merepek bernostalgia la plak pakcik ni! Jadi kesimpulannya, aku masih lagi berfikir. Tapi at the moment aku memanglah leaning towards follow je lah sunnah dan tenggok la anak bulan tu. Hmm..tapikan, kalau la aku kata aku prefer tenggok anak bulan, kenapa lah pulak aku dan majoriti org2 Ozzy celebrate Raya Korban pada hari Jumaat dan bukannya Hari Sabtu sedangkan anak bulan 1 Zulhijjah tak nampak 10 days ago? Jeng...jeng jeng.. Dlam hal ni aku bertaqlid buta kpd suara kesepakatan.
Hipokirt sungguh aku!!

Sekian, McKasey, Wassalam.

Saturday, November 28, 2009

Penentuan Tarikh Raya/Posa. Simpanlah Motor Besar Mu Wahai Raja2

Salam,

Let's shift our paradigm.

1. Masalah menentukan tarikh raya/posa bukanlah satu masalh besar di M'sia. Kau follow je cakap Penyimpan Motor Besar Raja2 sudah.

2. Tapi bila kita dok obersea, baru kita sedar yg org2 Islam dlm dunia ni, nak raya serentak pon susah. Contohnya tarikh raya aji taun ni di ozzy. Ada raya semalam dan ada raya arini.

3. Aku pernah tulis pasal bende2 gini dulu. Dan aku dah janjikan untuk bagik penyelesaiannya masa tu.

So let me open your mind., while I am opening your shirt.

4. Di manakah centre of our muslims world?
Mestilah di middle-east or more specifically Mekah.

5. Siapa tahu hari bermula di mana di atas muka bumi ni?
Untuk org2 nerd macam aku, kami tahu hari bermula di "International Date Time" yang meng-keros lautan Pacific.

6. So negara2 yg di timur drpd line tuh macam Ozzy dan M'sia ni akan always siang dulu dari Mekah. So kami kene lah tengok anak bulan dulu dari Mekah, therefore posa dan raya dulu. Di sinilah muncul kepeningannya. Masalah ni kurang prominent di negara di sebelah barat drpd Saudi, kerana "majoriti" drp mereka, just follow Saudi, seperti Europe dan US.(ref)

7. Bagi aku masalh ni simple sahaja. In an ideal world, dunia kita ini sepatutnya di perintah oleh Kerajaan Islam yg berpusat di Mekah. So Kerajaan Islam inilah yg mengistiharkan bilakah tarikh raya dan kita semua folow je lah.

8. TAPI, jeng..jeng..jeng..Kita hendaklah mengubah persepsi minda kita yg hari bermula dari International Date Line tersebut. Hari, bagi dunia Islam, hendaklah di fatwakan semula. Hari, bagi dunia Islam sebaik2nya di mulakan dari Semenanjung Arab, dan pusing se-raound bermula dari situ.

9. Aku tau mesti ramai yg kata.."Ehhhhh!! Mana boleh gitu?". "Salah tu". Well, tunjukkan aku mane dalam Al-Quran atau Hadith yg kata "hari mestilah bermula di longitude 180 degrees, iaitu International Date Line". Mana ada doh!!

10. Apekah sejarah menatang line ni koran gtau dak? In 1880, British kira mcam US sekarang lah. Kuasa paling kerek dalam dunia. So dia kata,
TIME MESTILAH BERMULA DARI UKAY.
So ahli2 geography yg poyo di Royal Observatory telah buat line yg mengcross bumi dari kutub utara ke selatan yg melalui "centre of the world" iaitu LONDON. Line ini di berikan jodol..."0 degree longitude"


11. More specifically, mereka telah dengan cilakaknya adjust line tuh untuk lalu betul2 atas bumbung makmal goegraphy mereka di Royal Observatory tersebut yg terletak di salah satu suburb di bandar London, iaitu Greenwich. Lalu time-line tersebut di panggil Greenwich Mean Time (GMT).(ref)

12. So apabila mereka mengextend kan line GMT tu to the opposite side of the globe (at 180 degree longitude), sekali ngam2 plak lalu atas lautan Pacific di atas pulau2 kecik yg tak significant seperti Tonga, Kirribati dan New Zealand.....muahahhahha. Chanteekk! Maka line tersebut di istiharkan sebagai International Date Line (ref). So apabila pukul 0.00am di situ, di London pukul 12.00 tghari.

13. Pastu org2 UK paksa semua org pakai time dia. Tapi sebab depa paling kerek time tuh, maka semua org pakai cakap dia lah. Org2 French cuba nak lawan dgn buat Parisian Line ke pekejadah, tapi takde org layan (untuk budak2 nerd...inggat tak "Rose Line" dlm DaVinci Code. Itulah Parisian line yg nak challange GMT). Tapi sekarang bila org dah tak pakai cakap org UK, diaorang telah ubah nama line GMT tu kepada, UTC ( Coordinated Universal Time).

14. So anak2 muridku sekelian, hari tidaklah bermula di Int Date Line or kat England. Itu semua bullshit mat salleh. Kita org2 Islam patut bersepakat keluarkan fatwa yg istiharkan our own date line untuk memudahkan penetapan tarikh raya atau posa.

15. Untuk pengetahuan korang dan untuk menunjukan ke-terreran aku, org Yahudi pon ade Date-Line mereka sendiri (ref). Setelah mrk kaji depanyer kitab2, date-line mereka adalh 6 jam ke timur dari Jerusalem. Line tu kros, thru Filipina. So hari raya mereka bermual dari line tu lah.

16. So Muslim Date Line? Mengapakah tidak?

Wednesday, November 25, 2009

Korban: 2 bahagian

cont from part 1...

Salam,

3. BN mengorbankan otak.

BN telah cuba untuk mengkorbankan otak2 kita, setelah mereka cuba untuk memburuk-burukan kerajaan negeri Kelate buat kali seratus juta billion kuasa tiga puluh kalinya.

Pasal penajaan haji untuk Tok Guru dan anak branak. Bak kata ihsan huhu, macam la org Buntut Negara (BN) cam Najib, Dollah, Madey, MBs etc dan entourage mereka tak pernah pegi haji/umrah pakai duit sponsor. Lagi mau kecoh.

Pasal menantu Nik Aziz. Nik Aziz sedar dia dah buat kesilapan. Dia bukanya maksum! Dan dia dah perbetulkan. Suruh budak tu letak jawatan. Settel.

Bagaimana plak ngan anak2 dan menantu org parti Buntut Negara.?
Adakah org2 BN tidak mengamalkan Nepotisma? Mr Clean pon tak klean. KJ? Scomi from shit to "are u shitting me"? Sekarang ni plak, CIMB! Its Najib's SCOMI.
Nazir, the highest paid CEO in Malaya. RM 779,166 sebulan beb!! The second highest only got paid 4.5 times lower than him. What the fuck is wrong here!

Kamon la BN. Suruh lah anak branak kau letak jawatan jugak! Hengkau buat tak hape. Org lain "ter"buat dan sudah perbetulkan dah, lagi mau kecoh. Ingat kami tak de hotak?

4. BN korban telur

Org lain korbankan bintang ternakn An'am, BN korbankan telur2 mereka.

DUN Kota Siputeh telah disitiharkan open table oleh Mahkamah Tinggi slepas mangkuk hayun YB dia monteng DUN 2 kali. Bodoh betul. Inggat ni sekolah ka?

Jadi BN sudah kecut telurnya dan trus suruh SPR buat rayuan untuk bla bla bla pjg cerita. Senang cerite SPR nak adjust kasi close table balik.
Kenapa BN kecut telur? Naper SPR sibuk cium buntut BN? Kan ni kawasan BN sejak dari "zaman jepun" lagi? Kata sokongan rakyat terhadap gagasan 1malaysia sudah meningkat? Piramabok!

DUN ni adalh kawasan majoriti melayu, at 91%. Walaupun undi chinese hanyalah at 7%, tapi undi mereka lah yg vital di sini. Masa 2004 BN menang by 1573. But in 2008 BN menang by 495 je!! So, BESAARRRR kemungkinan kawasan ni PAS akan cilok, insyaAllah, samada by undi Melayu ataupun by undi Cina.

Sebab tu lah BN takde telur. Kerusi mereka di Kedah hanyalah sejemput je. So sebolehnya2 depa tak nak lwan la

5. Buntut yg terkorban

".......dubur itu tidak berdarah, tidak cedera, tidak bernanah dan ia adalah bersih, kering serta kelihatan normal,"
-medical report doktor kat Pusrawi selepas meneropong jubur seorang lelaki terlampau.

Doktor HKL pon cakap sama gak.
No Penetration yg berlaku terhadap buntut tersebut
Buntut Masih Dara!!! (......kot)

Apalaga? Buang kes la bro.
Camner nak tuduh Nuar liwat Sepol kalau jubur Sepol tidak di jolok?

Ginilah. Definasi "makan" ialah makanan masuk ke mulut dan di telan. Jadi kalau makanan tak masuk mulut, hanya amik bau je, atau kalau hanya lomor kat mulut atau sumbat ke lubang telinga, itu bukannya "makan".
Adakah ini maggi kegemaran Anwar?

Begitulah liwat. Definasi liwat ialah zakar masuk ke dubur.

No entry, no sodomy.

Sekian, McKasey, Wassalam.

Korban

Salam,
Selamat Ari Rayo!!

Berikut adalah korban, kurban dan qorban semenjak-duamenjak ni. Seminggu lebih aku burn-out, maleh nak update. Sekarang aku qadha balik cerita2 lama!

1. Pengorbananku

Kedai akan di bukak cam biase di hari raya, Friday ni kerana aku adalh seorang kapitalist extremist. Sajian istimewa yg percuma akan di sediakan di kedai ku, iaitu sajian wajahku yg tampan untuk di nikmati bersama. Enjoy!!

2. Asri mengorbankan NaJAIS


JAIS sudah tercirit sekali waktu tangkap Asri (Dr. Md Asri Zainul Abidin ex-mufti Perlis) aritu. Patut dok diam2la. Tapi telah mencirit kali kedua bila akhirnya membuat keputusan untuk mendakwa Asri last week. Tapi geng2 old-skool ni sudah nyanyuk dan tak sedar taik cirit dok meleleh di dubur mereka.

Kerana Asri sudah menang. Tahniah brader!!! Alhamdullilah! Sebab kalau lah Asri menang di court, itu adalah keputusan yg sewajarnya kerana dia di dakwa atas tuduhan yg merepek.

Dan kalau Asri kalah di court, SEMUA ORANG akan kata, mahkamah syariah korupt dan tidak telus. Sama mcam mahkamah civil yg ikut telunjuk BN.

Kes Asri akan jadi macam kes Anwar. Win-Win scenario untuk Asri

Ironically, JAIS kata ajaran Asri akan memecah-belahkan org islam di Malaysia. Tapi penangkapan Asri lah yg membesarkan lagi jurang perpisahan (polarization mat salleh macam aku ni kata) antara kaum payu-teruna (muda) dan kaum payu-lanjut mengelebeh (tua).

Tobatlah NaJais kerana ingin mencegah "kemungkaran", fitnah yg lagi besar telah timbul (perpecahan)

TBC.......................

Salam, Sekian, Mekasey

Wednesday, November 18, 2009

Bolehkan orang lelaki hidup tanpa telurnya?

Salam,

1. Masa aku first year, ade sorang awek kecik molek pakai tudung satu batch ngan aku, dgn selambadog-nya tanya aku.....

Awek Medik: " Bro ensem! Kalau orang lelaki takde testis, boleh hidup tak?"
Aku: " Amende? Takde hapa?"
Awek Medik: " Kalau org laki....... takde telur, boleh hidup dak?"
Aku: "Boleh hidup la kot. Tu org kene kasi, tak mampos pon?"
Awek Medik: " Tapi.....Kalau korang budak laki kene tembak kat telur, ....bukan boleh mati ke? Terlompat aku....!! Mak datuk punya soalan.
Aku: "Woi....kau giler ke. Telur sape kau nak bedal ni?

2. Bengong punye awek. Tanya soalan sensitip. Mula2nya aku inggat dia merapu je. Nak je aku bantai balik,
" Kalau aku tembak kau nyer kelentit, agak2 kau boleh mati dak?"

3. Rupa2-nya bila aku slow-talk balik ngan awek tu, ada kisah di sebalik soalan merepek tadi. Dia kata malam semalam, ade kawan dia yg stadi kat Tasmania cerite. Ada sorang budak Melayu ni mabuk dan pegi ke rumah awek dia dan dok besing2 kat depan rumah. So diaorang pon takut dan trus panggil polis. Bila polis datang, mamat Melayu mabuk tu lagi naik angin dan nak terkam Polis2 Ozzy tu. Mamat tu ada senjata kot masa tu. So polis pon tembak mamat tu as self-defence. Agak2 budak melayu tu kene tembak kat mana???

ADOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiIIIIIIIIIIIIIIllllllllllaaaaaammaaaaaakkkkkkkkkk!!



4. Maka tersebutlah al-kisah di Perlis sekarang ni Polis sendiri kene siasat pasal kes mamat yg ngamuk di tembak mati. Mamat yg malang tu, ceritanya org Arau. Malam sebelum tu, dia keluar ngan member2 pegi round2 Alor Setar. Sekali, kawan2 dia tinggal je dia kat situ pukul 12 malam. Mamat tu kenelah menapak balik dari Aloq Setaq ke Arau..........menapak sejauh 60 kilometer.

5. Agak2 kalau jadi kat korang ape korang buat? Mamat tu sampai ke rumah dia Subuh gitu dan terus ke rumah salah sorang dari member yg tinggalkan dia semalam. Dia belasah mamat tu ngan batang besi. Pastu mamat tu balik rumah dan ambik pisau bodoh....pisau potong sayur. Pastu dia pergi balai polis buat report yg dia kene aniaya ngan member2 dia dan sekarang dia nak bunuh member2 dia.

6. Polis pon apalaga, cuak la gak kan. So bila mamat tu menapak keluar dari balai, diaorang follow la kan. Tapi mamat tu dah macam ilang akal. Terjerit2 dan terlompat2 ......org mengamuk lah katakan. Polis try pujuk dia sejam, tapi tak makan. Dia lagi naik angin nak nak tikam polis plak. 2 tembakan amaran ke udara telah di lepaskan.

7. Sekali bila mamat tu nak terkam polis, BANGGG!! Polis bagi sebijik as self-defence. Mamat tu jatuh tergolek, polis tangkap dan gari. Bila check2, sekali baru perasan rupanya tembakan tadi kene kat dada. Giler pandai! Tak lama pastu meninggal mamat tu. Kesian dia.

8. Siasatan sekarang tengah di buat samada tindakan polis itu mengikut procedure. Antara persoalan penting yg perlu di jawap oleh pihak polis, ialah
" Mengapakah mangsa di tembak di dada, bukannya di tempat2 lain yg tidak fatal?"
.
Soalan ini telah di bangkitkan oleh semua org, dari famili mangsa sampailah kepada ahli2 politik.

9. Sebenarnya ni lah akibatnya terlampau banyak tenggok TV. Kau inggat senang ke nak tembak kaki atau tangan org? Nak tembak pakai pistol plak tuh. Pistol ni lah senjata paling susah nak aim. Sebab dia kontot, so projectile dia shorter dan pistol pon kuat tendang. Nampak dalm cerite koboi mcam senang je kan. Tapi in real life...mak oii ai..!! Lainlah kalau pakai snapang sniper ke gitu. Itu bukan setakat tembak peha. Nak tembak bulu peha sahaja pon boleh.

10. Ginilah senang cerite. Kalaulah aku bagik kat hang pistol, pastu aku datang terjerit2 nak tikam kau, apa kau akan buat? Mestilah tembak aku kan? Kalau dak hang akan mati. Tapi hang nak tembak kat maner? Mestilah tembak kat tempat2 yg sure boleh kene. So, the obvious choice is tembak kat badan. Bukan kaki atau tangan sebab most likely akan miss. Sebab target lagi kecik dan kan tangan/kakai tu tengah gerak pantas, Kiri-Kanan ke arah kita.

11. So janganlah marah polis2 tu. Korang pon akan buat tindakan yg sama kalau korang yg kene ancaman. Kalaulah aku yg jadi pemuda ngamuk tu pon, aku lebih rela polis tembak aku kat dada. Kat kepala pon takpe! Sebab aku tau kalau polis tu try tembak kaki aku, silap aribulan, bukan kaki aku yg kene!! Tapi yg akan berkecai ialah Encik Zakaria dan Apit kiri dan Apit kanan-nya.

Relaku mati........dari hidup tidak sempurna................

Sekian, TerryMcKacey, Wassalam.

Sunday, November 15, 2009

Orang-Orang yang Allergik Kepada Budu : PART 1

Salam,

1. Negatif stereotype terhadap org Kelantan, aku bajet telah berlaku sejak zaman Jurassic lagik. Sebab tu dalam istilah Dinosour, ade perkataan "sour" atau "Dina-sor" dlm bahsa melayu. Sor dlm bahasa kelantan ialah "satu". Jadi Dina-sor adalh bermaksud "satu dinar". Paham tak murid2 sekelian! Kalau tak paham itu bukan salah cikgu. Itu sebab kamu bukan org Kelantan, maka kamu memanglah bengap!! Muahhahahaha

2. Masa aku sekolah rendah, aku pernah baca buku2 lama kat rumah nenek aku sebagai hobi budak2 nerd...ehh silap genius macam aku. Antaranya karya (cerpen) Allahyarham Uthman Awang/Tongkat Warrant (saterawan negara 1981) yg citer kisah2 50/60han, kat KL. Zaman tu pon org dah cuak ngan org2 Kelantan sebab kalau sesape carik pasal, maka keluarlah "kapak siam" yg akan melayang ke dahi mangkuk tersebut. So jgn carik pasal. Hmm..aku pikir, teruk sanggt kah "kami" ni. Mungkin itu zaman dulu kot ?
Mungkin Gemuloh(kelate)/Allahyarham Pak Uthman org Johor, so standard la stereotype terhadap org Kelantan. Al-Fatihah untuk sasterawan yg gempak ni.

Kapak siam/kapak bungkus/kapak terbang. Kecik je. Kalau ninja ada bintang ninja, ni traditional ore Kelate punya bintang ninja zaman dulu2.

3. Tapi, semakin ku di mamah usia, (tapi kehenseman tidak dimamah lagi), dan aku pergi sekolah/matrik/uni merata2 tempat kat West Coast, aku dengar macam2 kisah negative ttg org Kelantan yg keluar dari mulut2 org "luar" yg racist. Dah lah tu, aku sorang je budak Kelantan masa aku form 3 di Sekolah Kementerian dan form 4-5 di MRSM. Jadi ape2hal pasal Kelantan, aku lah yg kene gelak oleh budak2 lain. Cikgu2 pon ade gak yg tumpang sekaki kutuk aku wa cakap lu. Siol punya org Melaka! Bile aku tercakap slang Kelate, kena lagi sebijik. Tapi tak de hal lah bro! Aku best student gak.

4. Masa aku di MRSM tu jugak, tetiba masa form 5 (1991), ramai budak2 Yayasan Sabah di transfer kan dari MRSM2 Pantai Timur ke MRSM2 di Pantai Barat. Takde sekor habuk pon budak Sabah tinggal di pantai timur. Bila aku tanya budak2 Sabah yg mausk MRSM aku, diorang kata puncanya masa tu Yayasan Sabah di pegang oleh Joseph Pairin Kitingan yg totok Kristian. Jadi bila PAS merampas kembali Kelantan dari BN masa pilihanraya 1990, dia cuak gile. Dia nampak macam Islam kuat semacam di Kelantan, so tak pepasal dia banned student2 Yayasan Sabah dari pergi ke Pantai Timur sebab takut abis murtad student2 kristian dia nanti. Bodohnya manusia tak belajar Geography. Dia inggat Kelantan, Ganu dan Pahang tu satu state gamaknya.

5. Masa aku buat matrik USM pulak , best student batch aku (chinese), tak nak apply buat medik USM sebab kalau masuk medik, kenelah duduk kat Kelantan for at least 5 tahun. Kalau tak silap aku, dia tak nak dan bapak dia pon tak kasi. Tapi daddy dia bukan Apek Penang jual besi buruk. Bapak dia top Professor bidang Nyamuk kat USM lagi. Org bijak pandai pon jadi bodoh bila masuk bab kelantan ni. Tapi, toksahkan Cina, org Melayu sendiri pon ade yg cuak pegi Kelantan.

6. Aritu ade kawan kpd kawan, org melayu Kolumpo, first time pegi kelantan. Masuk je bandar KB tiap kali dia nampak awek tak pakai tudung., dia mula kecoh..

" Ehh, tu ade org tak pakai tudung tu...Tuuu! Tuu Dia Tuu",

" Tu ade sorang lagik tak pakai tudung!! Kau nampak tak bro? Baju kaler merah. Blakang kete Kancil".

Dgn muka seriesnyer. Apekela mangkuk ni. Rupanya dia ingat kat Kelantan tak de sekor pon yg tak pakai tudung. Semua di paksa pakai tudung labuh dan memegang kad keahlian seumur hidup PAS. Jadi bila ade org tak pakai tudung, dia bajet mesti anytime org2 Jabatan Agama Islam akan datang dan sebat pompuan2 tersebut di khalayak umum....ala2 Iran/Taliban gitu. Bodoh punya worang!!
Awek paling happening kat Kelate.

7. Org India pon cuak bro. Pernah di reportkan dalam paper an Indian tourist group from West Coast telah melawat Kelantan dan terserempak dgn Tok Guru?.Diaorang jadi panik dan dlm kelam kabut tu tetiba diaorang greet Tok Guru dengan
"Daulat Tok Guru Nik Aziz!".
Punya lah gabrak. Hmm..Padan la Sultan Kelate kurang berkenan sikit ngan Tok Guru sejak akhir2 ni.

8. Persepsi negative terhadap org2 Kelantan jugak sangat2 berleluasa dalam hal ehwal munakahat/kawin. Antara cerita paling best, keluar dari mulut sorang Ustad Pantai Barat ni, dia pesan kat kami budak2 lelaki kat MRSM, jgn kawin ngan Pompuan Kelantan. Pompuan Kelantan ni tak boleh caya. Nanti kita pegi kerja pintu depan, bini kau keluar kot pintu belakang. Lama gak aku pikir, bertahun2 baru aku paham ajaran sesat Ustad ni. Takpelah. Mungkin dia bukan ustad PAS..muahhahahhahahaha.

9. Di kalangan budak2 pompuan plak, pernah tak korang dengar org kata jgn kawin ngan lelaki Kelantan. Nanti asyik nak balik Kelate je. Ade org penah kata kat aku, org laki Kelantan posssesive la, King control la dan macam2 lagi. Famili bini aku pon pernah pesan kat bini aku , jgn kawin ngan org Kelantan. Tapi nak di jadikan cerita, sekarang dia kawin ngan aku, kerje kat Kubang Kerian, kene King-control by aku, di paksarela benarkan aku berpoligami dan jarang2 dapat balik Perlis. Muahahhahahahhaha....padan muka dia!!

10. Juga dalam sports. Cubalah bukak utube dan taip keywords "Kelantan" and "bola". Kalau nak best lagik, tambah perkataan "rusuhan". Pastu amik lah mane2 video dan baca komen kat bawah tu . Aku gerenti korang, konfrim jumpa perang mulut yg almost always di start oleh provokasi dari geng2 anti-kelate. Maka bila org2 Kelantan yg bodoh menjawap maki hamun tuh, bermulalah the never-ending cycle aku ngata kat engkau dan kau ngata kat aku. Aku saspek ni kerje budak2 sekolah ni..

11. Insiden yg berlaku di Staduim Bukit Jalil aritu, menjadi satu "Self-fulfilling prophecy" di mana semua org bajet/prophesied penonton Kelantan akan ngamuk. So Polis dan Bomba, intimidatingly dah siap2 dok dekat penyokong Kelantan. Apabila Kelantan kalah, maka apalaga, semua bende di anggap oleh penyokong kelantan sebagai provokasi. So polis, bomba, referee dan even jurukamera RTM pon kene target. Sebab dah diaorang ade depan mata. Maka all hell broke lose. Dan ramalan/prophecy menjadi kenyataan/"full-filled".

Baling FRU tu, baling sama dia. Ada sesape bawak kapak siam?

12. Maka media pon mulalah recycle kembali sentimen2 anti-kelantan. Analyst sana sini dipanggil untuk beri pendapat2 bullshit mereka (Utusan Merepek 1(pukimak bangang),& 2). Perbuatan yg di lakukan oleh segelintir penyokong, di hebahkan seolah2 di lakukan oleh semua org Kelantan. Nasib baik KAFA (Kelantan Football Association) di kontrol oleh org UMNO, Nuar Muso. Jadi di saman 50 ribu je. Kalu lah di bawah PAS, aku rasa mahu kene saman 50 juta kot.

13. Dan politician2 pon tumpang sekaki perli2 kerajaan PAS Kelantan. Entah apa kene mengene PAS dgn bola entah. Tenggoklah jersi bola Kelantan tu brader. Kan kaler UMNO terang tang-tang tu. Sebab Nuar Muso yg buat. Mereka tak puas2 lagi hentam Kelantan dgn rhetoric2 Mundur, Miskin dan sebagainya. Kalau taim pilihanraya, tiap2 ari Kelantan kene kutuk dalam TV. So no wonder sentimen anti-kelantan ni masih berleluasa di malaysia.

Kan Kaler UMNO tu. Patut perangai penyokong cam UMNO!! Cuba la amik kaler ijau. Baru penyokong cool sikit......kot! Kalau boleh main pakai serban lagi bagus. Heading power!! Muahahahhaha

14. Tapi syndrome allergik kpd budu ni bukanlah chronik sanggat sebenarnya. Kutukan2 yg di berikan kpd org Kelantan walaupun kadang2 ada yg extreme, tapi kebanyakannya hanyalah senda gurau kita sesama rakyat Malaysia. Samalah seperti kita perli si gemuk, si hitam, si Indon dll. Dia perli kita, kita perli dia. Sama2 gelak. End of stori !!
The Real Sultan of Kelantan. Ku Anis "The Land Seller"

15. Kalaulah aku kata wujudnya racism terhadap org Kelantan, sebaliknya org Kelantan pon tak kurang racismnya terhadap org "luar". Itu aku stori in Part 2.

Sekian, TerryMcKAsey, Wassalam.

p/s: Sesape nak komen kutuk balik Kelantan, tunggu la sat lepas aku tulis part 2.
Sesapa buat komen bodoh macam jubor, aku akan delete.

Saturday, November 7, 2009

What Appen Las Nite masa Kelantan vs N9 final game


Salam,

1. Susah gile aku nak tulis this post. Tapi bukan sebab aku bersedih sebab Kelantan kalah. Aku peduli hapa. Aku dah tua. Dah brapa banyak Piala Malaysia dah aku dah follow. Aku tau tahun depan ada lagi, tahun depan2 dan seterusnya sampai kiamat , insyaAllah selagi Piala Malyasia masih ada lagi, Kelantan akan terus mencuba. Lawe' tetap Lawe"'. Dan kalau di takdirkan kiamat dtg sebelum Kelantan menang Piala Malaysia pon, aku takkan terkilan. Takde effek sikit habuk pon di padang mahsyar nanti.
Yeaaaa...mercun. Macam raya plak. Tenggok! Mana ada kami penyokong Kelantan bersedih. Kami happi lagi bermain mercun ibarat kanak2 girang.

2. Tapi aku susah nak tulis post ni sebab pertamanya, boringla bila Negeri Sembilan menang. Org N9 pon tak celebrate. Tgk berapa banyak dtg stadium? 3/4 stadium penyokong Kelantan. 1/4 je penyokong N9 padahal negeri mereka dekat secoit tu je. Nampak terus org N9 takde jati diri dan semangat menyokong pasukan bolasepak mereka sendiri........(muahhahaha abis org nogori boikot kedai aku pasni)
Mano nyo penyokong N9?...Patut sonyap jo jang. Takdo morcun ko? Ko takut konno ponorajang dari penyokong kelantan gilo

3. Keduanya, sebab aku telah menghabiskan satu hari, hari sabtu semalam tulis 3 post pre-match build-up, bini aku dah bising. So ari ni kene tunggu malam cengini baru aku boleh tulis. Itulah namanya "politik rumahtangga". Kenalah jaga hati bini. Tapi bila aku ada dah ada 2 bini nanti, bising je sikit, aku trus pegi rumah bini muda. Kalu dia pon bising2 gak........ermm.......terpaksalah aku dengar sebab sapelah dalam dunia ni yg tak sayang bini muda kan!!!

4. Dah lah merapu. So, at the moment, aku still tak boleh komen lebih2 pasal game semalam sebab aku sendiri pon tak tenggok. Muahahhahahhaha.....

5. Semalam , bila aku bukak streaming TV1, tetiba tak boleh konek. Silap aku ialah, aku tunggu last minute baru aku bukak. Line dah jammed. Kelam kabut aku search google for alternative. Aku jumpa dua link, tapi dua2 suara je ada, tapi frame rate is 1 frame for 3 minutes gitu. Bullshitt! Ade gambar sesape dok freeze/keras gitu, pastuh Hasbullah dok merepek kat belakang selama 3 minute baru dapat frezze-frame gambar baru. Tetiba dengar N9 score gol. Teh Buh-Tol laa!!

3. Pastu time tu la firefox aku nak mengatal mintak restart untuk update software. Pak-istan betul!. Terpaksa aku tutup semua firefox dan restart. Bila restart, aku bukak balik steraming, dah tak dapek pulak. Aku pon refresh dan refresh, bukan satu, tapi 3 window streaming drpd 3 site yg lain2.

4. Tapi tak dapt pon, sampailah aku tertido melopong depan komputer. Ada dekat sejam gak aku pengsan. Bila aku terjaga, aku refresh balik window2 tertsebut. Lepas 5 minute gitu baru dapat "suara" balik....gambar tetap hampeh tarak. Hasbullah umumkan masa lagi 10 minute tinggal dan Kelantan ketinggalan 3-0. Hmm..its over, aku tau.

5. Aku check fesbuk, game belum over dah dah ader 2-3 msg org N9 order gulai masak lomak dari aku. Cilanat! Muahhahaha.......victory is sweet my fren, but REVENGE is SWEETER than sambal nasi kerabu from KayBee Padang Bas market.

6. Pastu aku dengar Indra score sebijik untuk Kelantan, nampak gambar freeze-frame seat stadium terbakar, pastu game over. Aku pon tutup window streaming yg bladigol tu, pastu layan fesbuk jap.

7. 15 minit lepas game over, terlintas dlm hati aku nak try balik bukak balik streaming tu. Sekali, tu dia...terang benderang, takde sangkut2 langsung tenggok N9 angkat Piala Malaysia. What deHek. Boleh plak. Kenaper gitu yerk?
mamat midfield no 17 tu konpirm power. Aku dah usha live. Boleh main Malaysia .

8. Ni lah tak bestnye tgk streaming. Bila ramai org tengok online, maka slowlah dia nyer connection. Sometimes so slow, macam ape jadi kat aku semalam. Itu pasal banyak gak site yg aku rasa put-a-cap/limit org bioleh tgk online kat site dia. Lebih dari limit, dia bolayan. Itu pasal refresh pon tak jalan.

9. Lagipon semalam ialah peak time org ber-internet. Malam weekend lah katakan. Cube tgk brapa ramai online fesbuk time weekend compare to weekdays. Time weekend ni la ramai social internet user nak surf online. So connection on weekend will always be slower than weekdays.

10. So in summary apa yg berlaku semalam ialah, ramai gila org dari Adeled dan satu dunia bukak RTM TV1 streaming online kerana semua org ingin menyaksikan Kelantan menang Piala Malysia buat pertama kali nya dlm sejarah 80 tahun lebih. Sebab tu aku tak boleh konek selama sejam tu. Sekali bila Negeri Sembilan leading 3-0 di akhir perlawanan, lantas mereka pakat2 stop tengok. Sebab tu la aku pon bolehlah mencilok masuk di mint2 yg terakhir tu.

11. Bila wisel penamat di bunyikan, maka semua org stop tgk, sebab ape kes nak tgk N9 angkat Piala Malaysia. Bohsan giler. Tidak newsworthy. Tiada nilai2 sentimental. Itu pasallah aku boleh tgk adegan menjolok mata tersebut dgn terang benderangnya. Ade lah kot 2-3 peminat N9 yg tau apo ko bondo internet tu, dok streaming gak.

12. Gitulah ceritenye. Aku tak bole komen pasal gameplay sebab aku tak tgk. Nantilah aku stadi utube footage, baru aku tulis

Sekian, terrymakacey, wassalam.

Friday, November 6, 2009

6 Senjata Merbahaya yg akan di Bawa oleh Kelantan ke Final Piala Malaysia malam ni.

Trilogi of pre-match Piala Malaysia post
first: tengok utube lagu best giler
sekend: mat salleh pon cuak kat penyokong Kelate
third: yg ni la..Senjata Kelantan


Salam,

1. Sebagai langkah keselamatan, Polis dah banned 6 barang yg tak leh masuk stadium. Barang2 tersebut, according to Utusan ialah 1.bahan letupan, 2.senjata berbahaya, 3.payung, 4.topi keledar, 5. botol dan tin minuman, 6.kiub ais serta 7.wisel.

2. Aik?? Kenapa ada 7 barang plak? Sejak biler plak wisel boleh membunuh? Ais la korang yg gi stadium malam ni minum air panas sebab ais pon tak leh masuk.

3. Jadi kpd sesape yg ada pisau, pedang samurai, bintang ninja, nunchaku, batang besi, hand-grande, senapang gajah, mesingan, kapak siam dan pisau potongbabi, tolonglah jgn bawak masuk staduim . Simpan semuanya dalam kereta. Bila gocoh start, baru kito gi amik dale kereto. Orait!!
Omak engkau!!!
4. Tapi tanpa barangan terlarang tersebut, kelantan tak risau pon jumpa N9 malam ni sebab kami akan bawak 6 Senjata Rahsia yg polis tak boleh halang kami bawak masuk dalam stadium pon.

Senjata Pertama: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Baru keluar IJN pagi tadi kalau tak silap. Kalau N9 nak hantar MB dia atau Isa Samad.......pocah purut den!!

Senjata Kedua: Lidah dan Bibir kami. Yang tak kering2 bertakbir ikut pesan tok Guru.

Senjata Ketiga: Lighter. Boleh bakar kerusi, sumbu mercun dan trak polis. Kalu abis, boleh tuju kat penyokong N9.

Senjata keEmpat: Budu. Kalau ikut arahan yg di keluarkan Polis, botol yg tidak dibenarkan masuk stadium ialah "botol minuman". Jadi bolehlah kita puok2 Kelate bawak masuk budu, sebab "budu bukannya minuman". Kalu Polis mintak, bagi kat dia suruh dia acu try minum tengok! (warning; siapkan budu spare sebab kalu polis tu ore kelate, dio mungkin pau sebotol....takdo hal..Set2 kito jugok!!). Pekong kak penyokong N9 sedak nih. Doh lah sakik keno pekong, bade penuh budu pulok tuh! Wakakakkaka.
Pilot kamikaze yg akan jatuhkan bom budu ke atas section penyokong N9. Kalu pilot ni mati kito ore2 Kelate tok soh bersedeh. Dio ore luar pong!!
Senjata keLima: Artis Janda. Pihak polis langsung tak boleh melarang kami bawak masuk artis janda ke dalam stadium. Polis hanya boleh stop kejap kat gate untuk amik autugraph, amik gamabr dan mungkin kalau tetiba rajin, check body untuk senjata2 merbahaya. Kita boleh letak artis2 janda kat satu section, dan suruh diaorang dok bersimpuh elok2 dan kontrol ayu masing2 sambil main dgn anak 2 mareka. Irresistable....utk pemain N9.
kryptonite untuk lelaki....

Woi!!! Yg ni simpan kat rumah. Jgn bawak ke stadium. Aku dah booking!!

Senjata keEnam: Ialah senjata paling ampuh. Senjata yg tak payah bawak masuk stadium pon. Senjata ini ialah DOA. Doa supaya Kelantan menang. Doa pemain2 kelantan. Doa penyokong2 kelantan. Doa Polis/FRU/Bomba yg bajet kalau Kelantan menang, balik rumah pukul 12 tghmalam, tapi kalau kelantan kalah, balik rumah 12 tengahari besok.......kot. Doa anak bini tersayang mereka supaya suami2 mereka tak mati terbunuh malam nanti dan selamat pulang ke rumah. Doa Referee malam ni, supaya tak di sula kalau Kelantan kalah. Dan lastly doa drp Datuk Seri Najib. 1Pm 1malaysia kita, supaya Kelantan memang sebab kalau Kelantan kalah dan org2 kelantan ngamuk, malu besarlah dia seba imej negara yg tercalar...
Amin..

5. Jadi camner la N9 nak menang malam ni. Satu Malaya tak bekap diaorang untuk menang pon. Serrender ajolah Jang!!!!

Sekian TerryMaKacey, wassalam

p/s: credit to Ringgo for the pictures.

Kenapa org Kelantan Maju dan Hebat macam Mat Salleh


Trilogi of pre-match Piala Malaysia post
first: tengok utube lagu best giler
sekend: yg ni..
third: Senjata Kelantan

Salam,

1. Aku tau ramai orang CUAK dengan org Kelantan. Tapi aku tau org Kelantan tak kisah pon. Kami tau "bangsa kami" adalah bangsa teradvance pemikirannya di Malaysia. Sebab tu korang jeles!!

2. Pemikiran kami sungguh advance sehinga se-level mat salleh sebenarnya. Kami advance dalam pemikiran politik macam mat salleh, sebab tu negeri kami lebih lama di perintah PAS drpd BN sejak merdeka lagi. Orait je! Macam US la. Skejap Democrat, sekejap Republican. Takde hal!!

3. Pemikiran kami dalam bola pon sebegitu. Kami menyokong team bola Kelate sampai kiamat. Bila menang, Alhamdullilah. Bila kalah, seperti mat salleh, kito pakak2 GOOCOHHHHHHHHH!!

4. Aku tau sekarang ni FRU tengah gilap perisai dan helmet diaorang. Tengah practise hayun batton diaorang nak balun penyokong Kelate malam ni kalau ada rezeki. Aku tau jugak Polis sekarang tengah pack-up extra tear-gas dan gari. Susun-susun org diaorang nak kontrol traffik malam ni sekitar stadium, nak bagik line clear untuk bas team N9 keluar masuk stadium tanpa di baling dengan akok, jala-emas dan nasi kerabu.

5. Media2 pon ghairah bak kerbau di musim mengawan.....selepas tidak di-kawankan selama 39 tahun. Reporter bertulis dan siap2 pen 2-3 kotak. Yang berlaptop, tengah charge bateri bekap. Yg dari TV, tengah beli bedak extra untuk tempek kat muka reporter Tv tu. Sebab kalau berlaku apa2 malam ni......silap aribulan subuh besok baru abes.

6. Bomba pon standby sekaki, sebab manalah tau kalau ape2 ter-dibakar kalau Kelantan ter-dikalahkan malam ni. Sepital pon dah siap2 order extra cili padi, santan dan kunyit. Sebab kalau gaduh, gerenti ramai penyokong Negeri Sembilan masuk sepital. Mesti diaorang nak makan gulai masak lomak cili api sewaktu terlantar di sepital kan!!

7. Jadi kepada Polis, FRU, Media, Bomba dan Hospital workers, aku ucapkan selamat berkerja malam ni.
Kepada pemain pasukan bolasepak Kelantan, selamat bekerje keras malam ni atas padang.
Kepada pemain dan penyokong bolasepak N9, selamat di kerje-kan malamni. Ekau jgn ghisau. Den dah order gulai masak lomak kat septal, ekau boleh balun pueh2.

8. Kepada penyokong2 bolasepak Kelantan, aku ucapkan......
Please, Please,Please.....Kamu Jgn Nakal!!!!!


Sekian, teriymakasey, wassalam.

Kalau Kelantan Menang Alhamdullilah. Kalau Negeri Sembilan Menang Innalillah!!!!

Trilogi of pre-match Piala Malaysia post
first ni la..:
sekend: mat salleh pon cuak kat penyokong Kelate
third: .Senjata Kelantan


Salam,
Serious skit pasal bola

1. Tahniah di ucapkan kpd Kelantan sebab berjaya masuk final Piala Malaysia. Tahniah juga diucapkan kpd pasukan Negeri Sembilan (N9) yg bakal menjulang piala pada malam besok. Piala Naib Juara la kan...

2. At the moment, Kelantan is the sentimental favourite to win tomorrow. Majoriti org yg neutral mahukan Kelantan menang sebab N9 "bohringgggggg".

3. Tapi untuk org2 yg "reti bola", diaorang tau kelebihan ada di pasukan N9 sebenarnya. Aku pon sokong coach2, pemain2 lama yg kata team N9 adalh lebih balance di semua posisi drp Kelantan. Kelantan ada midfield power, tapi part defence contohnya, main tak cun pon.

4. Musim ni, Kelantan dah jumpa N9 3 kali seingat aku. Kalah 2 kali dan menang sekali je. Mase first time jumpe N9 kat KB, aku gi tenggok kat stadium. Ni lah game yg penonton ngamuk dan kepung bas sebab pengadil bahlul. Tapi takde bakar2. Sekend game lawan N9 yg ade trak polis kene barbeque.

5. So dari game yg aku usha sendiri, memang N9 kawal game dan defence Kelantan tak boleh langsung (no exxageration) kontrol Zaquan Adha. Defence N9 pon solid dgn Aidil Zafuan n geng. Kat midfield bersepah pemain2 yg main untuk Malaysia (yg rambut panjang tu esp). Gaya permainan pantas, with thru-ball pastuh Zaquan hambat. Mujur banyak off-side je mlm tu. Kalau dak Kelantan kene belasah
N9 loser tak cukup pemain sampai kene buat cloning nak bagik cukup pemain power..

6. N9 team org2 muda (majority 23 tahun below), so depa main dgn gaya "kerek" org muda. Depa tak kisah pon penyokong2 Kelantan satu stadium ejek, baling objek kat diaorg. Bagus. Gitulah main dgn penuh konfiden.

7. TAPI, dalam game bola ni ade 2 faktor terbesar yg menentukan sapa menang atau kalah.

Pertama: Mood. Bola ni mcm pompuan. Kau tak leh bajet ape mood team kita masa game nanti. Kalau tetiba ngam, semua org main cun-melecun, passing jadi, rembat masuk, main best giler la. Tapi kalau kene PMS, semua main macam taik. Hancus lah game tuh

Kedua: Takdir Alllah. Luck. Kadang2 kau main mood baek/ semua cun gila, tapi bila depan gol, asyik tak masuk. Keeper tahan la, kene palang la, ref sial bagik offside la. Dan kadang2 kau main teruk gile, opponent control game gila2, tapi kau dpt satu chan tetiba kau yg score dan menang.

8. Contohnya mcm Kelantan vs Perlis , both game home & away. Dua game Perlis main lagi baik dari Kelantan. Tapi Kelantan yg menang. Alhamdullilah.
Male ni ado Indra. Mapuh la mu N9!!
9. So malam ni, kita tengok apa jadi. Kelantan go into the game tonight with 2 advantages.
Pertama: Mereka dah main dalam Final FA cup tahun ni. So team Kelantan dah tau apa perasaan main final dan kalah. So mentally diaorang lagi prepared drp team N9.
Kedua: Penyokong2 yg Mental!! (mari kelih)

10.Tiket bas ke KL dari KB dah abis. Tiket train pon dah abis. Terpaksa KAFA book/mintak KTM tambah extra gerabak untuk bawak penyokong ke KL. Ni belum kira org yg bawak keta gi KL. Org2 SETAN( dok SElangor tapi asal kelanTAN) pon belum masuk lagi. Pendek kata, kalau gaduh, penyokong n9 jadi gulai masak lemak la. Kene Hobin, Kene TelanJang.
Jumlah keahlian.....duoboleh oghang. Takdo sapo poi..

11. Nasihat aku kpd penyokong N9 (ada website gak rupenya. Langsung tek hapenning) , tak payah la pegi stadium malam ni. Baik korang pegi negeri Kelantan sekarang jugak. Sebab sekarang ni kat Kelate, aku bajet, tak de sekor pon org laki tinggal. Jadi kalau sesape nak ngorat "mek kelate", line clear.

dengar lama2 best puloks!!!! Comenyo gewe2 demo!!

12. So all the best kpd both team malam ni. Kalau Kelantan menang, Alhamdullilah. Kalau N9 menang, ......kalau N9 menang? KALAU N9 MENANG??.......
Tak sanggup aku pikir akibatnya.........

Sekian, teriymakasey, wassalam.

Wednesday, November 4, 2009

Budget Swinging Bowl 2010 Di Dedahkan

Salam,

Inilah bajet-bajet Swinging Bowl 2009. (Gua tunjuk sikit2 sudess)

Bajet KOREA !!!


Bajet muda ...ataupun bajet nak kawin muda?.....atau dua2 skali?

Topek dok bajet agak2 pisau tu cukup power ke nak tembus bulu dada Arshad.


Bajet tepon awek, tapi handphone takde bateri......Nak sepak masuk laut tak sampai hati.

Bajet Playboy, tapi awek habuk tarrak!

Bajet peluk Rozita Chek Wan........Aku rasa kalau Rozita nampak gambar ni, dia pon bajet jadi punching bag tu gak..

Bajet hero tamil sebelah tong sampah sarap kedai aku. Lokasi hancus, tapi posing dan muka tip top mcam biasa.

Bajet ayu.....Woi..tudung mana bro?

Ringgo bajet putih....Aku dah boh "ultra power" setting kat flash, tapi tak nampak2 gak muka dia. Pasrah je lah bro..

Bajet Akhil Hayy......tapi terOver bajet. Lagi hensem la plak dari Ustad Akhil!!

Lari Bajet...!!!!

Terima kasey kpd Ringgo, Topek (bro ni bagik original idea) dan Arshad sebab "takdehal" gambar masuk sini. Spotting abes.

Terima kaseh jugak kpd Abg Hensem Swinging Bowl kerena sudi meminjamkan kehenseman dia barang seketika untuk entry blog kali ni. Biasanya top model macam dia charge maut punya.

Bagaimanapun, ada gak gambar yg tak boleh masuk sini sebab "orangnya" tak bagik permission. Poodaah!!. Jadi untuk gambar Gadis Bajet Hot, aku terpaksa gantikan dgn awek yg betul2 hot!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails