Salam,
1. Masa aku first year, ade sorang awek kecik molek pakai tudung satu batch ngan aku, dgn selambadog-nya tanya aku.....
Awek Medik: " Bro ensem! Kalau orang lelaki takde testis, boleh hidup tak?"
Aku: " Amende? Takde hapa?"
Awek Medik: " Kalau org laki....... takde telur, boleh hidup dak?"
Aku: "Boleh hidup la kot. Tu org kene kasi, tak mampos pon?"
Awek Medik: " Tapi.....Kalau korang budak laki kene tembak kat telur, ....bukan boleh mati ke? Terlompat aku....!! Mak datuk punya soalan.
Aku: "Woi....kau giler ke. Telur sape kau nak bedal ni?
2. Bengong punye awek. Tanya soalan sensitip. Mula2nya aku inggat dia merapu je. Nak je aku bantai balik,
" Kalau aku tembak kau nyer kelentit, agak2 kau boleh mati dak?"
3. Rupa2-nya bila aku slow-talk balik ngan awek tu, ada kisah di sebalik soalan merepek tadi. Dia kata malam semalam, ade kawan dia yg stadi kat Tasmania cerite. Ada sorang budak Melayu ni mabuk dan pegi ke rumah awek dia dan dok besing2 kat depan rumah. So diaorang pon takut dan trus panggil polis. Bila polis datang, mamat Melayu mabuk tu lagi naik angin dan nak terkam Polis2 Ozzy tu. Mamat tu ada senjata kot masa tu. So polis pon tembak mamat tu as self-defence. Agak2 budak melayu tu kene tembak kat mana???
ADOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiIIIIIIIIIIIIIIllllllllllaaaaaammaaaaaakkkkkkkkkk!!
4. Maka tersebutlah al-kisah di Perlis sekarang ni Polis sendiri kene siasat pasal kes mamat yg ngamuk di tembak mati. Mamat yg malang tu, ceritanya org Arau. Malam sebelum tu, dia keluar ngan member2 pegi round2 Alor Setar. Sekali, kawan2 dia tinggal je dia kat situ pukul 12 malam. Mamat tu kenelah menapak balik dari Aloq Setaq ke Arau..........menapak sejauh 60 kilometer.
5. Agak2 kalau jadi kat korang ape korang buat? Mamat tu sampai ke rumah dia Subuh gitu dan terus ke rumah salah sorang dari member yg tinggalkan dia semalam. Dia belasah mamat tu ngan batang besi. Pastu mamat tu balik rumah dan ambik pisau bodoh....pisau potong sayur. Pastu dia pergi balai polis buat report yg dia kene aniaya ngan member2 dia dan sekarang dia nak bunuh member2 dia.
6. Polis pon apalaga, cuak la gak kan. So bila mamat tu menapak keluar dari balai, diaorang follow la kan. Tapi mamat tu dah macam ilang akal. Terjerit2 dan terlompat2 ......org mengamuk lah katakan. Polis try pujuk dia sejam, tapi tak makan. Dia lagi naik angin nak nak tikam polis plak. 2 tembakan amaran ke udara telah di lepaskan.
7. Sekali bila mamat tu nak terkam polis, BANGGG!! Polis bagi sebijik as self-defence. Mamat tu jatuh tergolek, polis tangkap dan gari. Bila check2, sekali baru perasan rupanya tembakan tadi kene kat dada. Giler pandai! Tak lama pastu meninggal mamat tu. Kesian dia.
8. Siasatan sekarang tengah di buat samada tindakan polis itu mengikut procedure. Antara persoalan penting yg perlu di jawap oleh pihak polis, ialah
" Mengapakah mangsa di tembak di dada, bukannya di tempat2 lain yg tidak fatal?".
Soalan ini telah di bangkitkan oleh semua org, dari famili mangsa sampailah kepada ahli2 politik.
9. Sebenarnya ni lah akibatnya terlampau banyak tenggok TV. Kau inggat senang ke nak tembak kaki atau tangan org? Nak tembak pakai pistol plak tuh. Pistol ni lah senjata paling susah nak aim. Sebab dia kontot, so projectile dia shorter dan pistol pon kuat tendang. Nampak dalm cerite koboi mcam senang je kan. Tapi in real life...mak oii ai..!! Lainlah kalau pakai snapang sniper ke gitu. Itu bukan setakat tembak peha. Nak tembak bulu peha sahaja pon boleh.
10. Ginilah senang cerite. Kalaulah aku bagik kat hang pistol, pastu aku datang terjerit2 nak tikam kau, apa kau akan buat? Mestilah tembak aku kan? Kalau dak hang akan mati. Tapi hang nak tembak kat maner? Mestilah tembak kat tempat2 yg sure boleh kene. So, the obvious choice is tembak kat badan. Bukan kaki atau tangan sebab most likely akan miss. Sebab target lagi kecik dan kan tangan/kakai tu tengah gerak pantas, Kiri-Kanan ke arah kita.
11. So janganlah marah polis2 tu. Korang pon akan buat tindakan yg sama kalau korang yg kene ancaman. Kalaulah aku yg jadi pemuda ngamuk tu pon, aku lebih rela polis tembak aku kat dada. Kat kepala pon takpe! Sebab aku tau kalau polis tu try tembak kaki aku, silap aribulan, bukan kaki aku yg kene!! Tapi yg akan berkecai ialah Encik Zakaria dan Apit kiri dan Apit kanan-nya.
Relaku mati........dari hidup tidak sempurna................
Sekian, TerryMcKacey, Wassalam.
4 comments:
hehehe, fakta yang disulam dengan elemen humor ni betul2 best
encik zakaria?
Lucah yang bermanfaat
ala ramai je mamat2 idop xdek testis
mamat taff bine badan makan steroid tuh bkn ade testis pon.
sbb tuh r aku xnk buat body cam diorg
Post a Comment