Wednesday, December 30, 2009

Persetankan Shopping: Jilid Kedua

Salam,
........... sambungan dari jilid pertama.....

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG MANUSIA BODOH YANG KAKI SHOPPING??

6. Masa anda sengkek pon , anda masih sanggup pegi window shopping je, dan dok perasan bajet nak beli barang ni la, barang tu la. Macam org posa pegi jalan bazar ramadhan. Semua nak beli, nasib baik duit nyillek.

7. Apabila pulang ke rumah, membawa hasil2 shopping anda, anda merasa sungguh megah dan bangga dengan hasil penat lelah seharian anda. Umpama nelayan yg balik ke pelabuhan penuh dengan hasil tangkapan. Umpama panglima perang yg membawa balik harta rampasan. Dari pintu keluar shopping centre, hinggalah ke rumah, hidung anda tak berhenti2 kembang kempis dengan kencangnya hinggakan taik hidung pon tak berupaya untuk melepek dalam lubang idung anda. Hari anda pula berdebar2 keseronokan rasa macam jumpa Shah Rukh Khan. Anda rasa semua orang lain bodoh sebab beli ngan harga yg mahal. Anda sekor je yg hebat sebab telah berjaya "menipu" kedai!!!

8. Apabila anda balik rumah, hari dah malam dan kedai dah tutup, anda terus amik mobile fon dan call "member mengumpat" anda untuk eksyen tentang kejayaan anda memborong barang dgn murah sekali. Saje je.. Nak bagik air liur kawan kau meleleh dan bagik dia sakit ati. Kalau dia nak beli gak, well.... Its too late!! Dah mlm dah. Kdai dah tutup. Lozerrss.

9. Sanggup travel beribu2 kilo ke Melben atau Sidni untuk shopping. Klau di Msia travel beratu2 kilo ke Langkawi atau Kota Bharu. Mase pegi dah bajet keta kene kosong sebab nak isi barang bawak balik nanti. Klau keta cinonet, sanggup pegi sewa keta besar ataupun Tarago baru puas hangkut barang. Kalau takde duit nak sewa keta, sanggup dok berhimpit2 dalam keta dan biarlah takde space untuk kaki asalkan barang2 shopping selesa dan selamat. Bahlul!
"Hokay...Dah takde space untuk Kak Long. Kak Long dok atas tayar je lah. Pinggan mangkuk Mak tak boleh dok atas tayar. Nanti pecah pulak....."

10. Selepas travel beratus2 atau beribu2 kilo ke Langkawi, KayBee, Melben atau Sidney, walaupun kulit pungkok anda sudah melecet-lecet, dengan tak payah mandi atau berus gigi, anda terus ke Pekan Kuah, Pasar Siti Khatijah, DFOs (Direct Factory Outlet) atau Harbour Town. Lepak berhari2 di kedai2 tu dan keluar hanyalah untuk makan, berak dan semayang.
Di masa itu, suami ibarat duda. Anak ibarat anak piatu. Anda pula, ibarat babi hutan naik minyak. Semua barang hang nak sondol.

11. Orang biasanya travel ke Langkawi, Kelate, Melben dan Sidni untuk melancung ke tempat2 yg menarik. Ada Makam Mahsuri la, Pantai Cinta Berahi lah, Pasir Mas (tempatnya tak menarik pon. Aweknya sanggat menarik kononnya), opera house lah, daling harbour lah atau tetek minah salleh di Bondi lah. Tapi bagi anda yg kaki shopping, dinding empat penjuru yang melingkungi shopping centre itu merupakan kawasan paling best di bumi Melben ataupun Sidni ataupun seantaro dunia.

Bagik aku, bodoh mcam cipan lah kalau pegi travel jauh2 pastu spend satu hari dok ngadap dinding kedai atau shopping centre. Kalau lah aku nak usha dinding lah kan, jamban rumah aku pon ada 4 dinding. Buat apa aku nak travel jauh2 sampai buntut jadi kematu. Tapi bagik korang, kau rasa bagikan syurga apabila di kelilingi pelbagai pinggan mangkuk, perfume, kain, cadar, baju, kasut etc yg sedia untuk di shopping. Semua barang kau rasa ada keperluan sanggat2 untuk membelinya sebab murah kononnya.

Kau adalah ibarat pelancung Mat Saleh yg sanggup travel beribu2 kilo ke Thailand ataupun Pilipina untuk di kelilingi oleh pelacur2 murahan di sana. Semua pelacur2 tu kalau boleh mat salleh tu nak borong sebab murah sangat. Tetiba mat salleh tu terasa pentingnya ada sorang pelacur untuk urut zakar anda, sorang untuk usap telur kiri, sorang usap telur kanan dan sorang untuk gentel nipple anda. Ohh...Syurga Duniawiiii...
Sawadikap!...You...A-kap, B-kap, C-kap, DD-kap?

12. Anda sanggup spend masa berhari2 shoping ataupun travel jauh2 untuk shopping, walaupun ianya bukan untuk anda pon. Anda bersusah-payah shopping sebab orang lain pesan ataupun sebab nak bagik barang tu kat orang sebagai souvenir

Jadi anda sanggup bersusah payah beli hand bag untuk adik darjah 1 lah, high-heels untuk opah lah, G-string untuk Tok Ayah lah, Corelle untuk mak saudara penolong ketua darjah jiran anda masa dia darjah 3 dulu la.

Ini semua sebenarnya adalah manusia2 fantasi ciptaan anda kerana diaorang ni tak perlukan barang2 tu sebenarnya. Adik anda hanya perlukan pelempang, opah anda perlukan kain kapan, Tok Ayah anda perlukan kematian dan auntie penolong ketua darjah jiran anda perlu di madukan.

Anda cuba menipu diri sendiri kerana semata2 anda rasa perlunya nak beli barang2 tersebut. Ianya menjadi satu kepuasan bagik anda kalau anda boleh beli banyak, banyak, banyakk, banyakkkk, banyakkkkkk, banyakkkkkkkkk.....banyyyyyaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk!!.

13. Tatkala senja berlabuh dan and telah kembali ke rumah bersama hasil titik peluh shopping, anda susun semua barang tu dengan cermatnya. Tapi teknik susunan ni ada dua kaedahnya.

Kaedah susunan pertama:
Barang2 yg boleh di kerek-kan macam Corelle atau Noritake, anda susun di tempat yg orang lain kompirm akan nampak. Tak pon bila kau pakai barang tu, orang tak tanya pon kau dah siap2 bagitau,
" U nampak tak kasut Prada I nih? Cantikkan! I dapat 75% off tau. Dari USD2000 jadi USD500 je tau".
Hek elleh!! Aku sikit pon tak heran. Lainlah kalau hang tu cun dan buntut tonggek, nak gak aku tengok G-string yg hang dok pakai sekarang ,yg hang beli dapat 75% off dari Victoria Secret arituh.
bontot tonggek!!
Orang2 macam ni umpama hunter yg dok gantung kepala menatang yg depa dapat tembak kat dinding. Nak kerek bagitau dia hebat bole tembak Rusa la, Zebra la dll, walhal kepala rusa atau zebra tu kalau buar kari ke, sup lidah ke, satay telinga ke, kan best tuh!!

Kaedah susunan Kedua:
Barang2 yg dah beli tapi sayang nak pakai, tak tau pakai, tak tau bila nak pakai, takkan pakai tapi dah terbeli, dah ada barang yg sama sedang di pakai sekarang jadi yang ni tak tau nak buat hapa. Contoh yg terbaik ialah cadar, quilt, sarung bantal ke jadah, kain.

Barang2 gini, biasanya orang akan letak bawah katil, sorok dalam lemari, letak dalam store atau shipping balik malaysia. Jadi orang tak tau dan kau boleh clear space dalam rumah kau untuk boh barang shopping lagik.

Orang mcam ni macam serial kiler yg simpan mayat di bawah katil atau secret room. Diaorang malu ataupun takut, kalau orang dapat tau hakikat sebenar mereka.
Iaitu............
Manusia2 yg gagal mengekang nafsu liar mereka terhadap bende2 yg terlarang.
Manusia yg melampaui batas2 kemanusiaan.


------the end---------------

Akan ada org yang berkata,
" Habis kalau tak pakai duit tu, bukannya boleh bawak ke kubur pon. Baik aku spend shopping"




Sekian, McKasey, Wassalam

Persetankan Shopping: Jilid Pertama

Salam,

Sekarang ni , kat Ozzy, Ukay dll negara yg sambut Krismas, orang2 tengah gila shopping. Period between 24 dec hingga 1 jan every year, mmg la heaven untuk tokey2 kedai membeli belah dan juga heaven untuk kaki2 shopping seantaro dunia mat salleh.

Aku ngaku yg aku sungguh benci shopping. Ermm...benci is not the right word. Hatred is more accurate. I bear a hatred towards shopping!! Fuck shopping!!

Bagik aku orang2 yang kaki shopping ni ada dua jenis:
Pertama ialah orang2 yg BODOH !
Kedua ialah orang2 yg pandai tetapi telah di perbodohkan......ermm....sebab diaorang bukannya pandai sanggat pon sebab hakikat realitinya, mereka ni BODOH gak!!

Jadi, ADAKAH ANDA SALAH SEORANG MANUSIA BODOH YANG KAKI SHOPPING?? Cepat ngaku!!!

1. Apabila anda masuk rumah baru yg ada sticker "No Junk Mail", anda sanggup kikis buang sticker tu sebab anda tagihkan junk-mail iaitu phamplet2 sales yg beranika pesen tuh.
2. Apabila anda pulang kerumah dan nampak leter box penuh ngan junk-mail/phamplets, hati anda berdebar2 dan anda terus amik dan baca semua phamplets tuh berulang2 kali, umpama budak2 tahfiz nak ngapal surah. Dan bila anda dah hapal harga2 dalam phamplets tuh, anda tak sabar2 nak bagitau semua harga sale tu kat sesape je yg kau jumpa, walaupun diaorang tak tanya pon. Bila borak je, kejap2 kau selit harga barang ni berapa-berapa, sampai org ingat kau ni keje sales girl la plak.

3. Tiap kali terdengar perkataan sales, stock-take clearance, "today only" atau "everything must go", seluar anda basah dengan air mazi.

4. Anda terasa sungguh rugi sekiranya beli barang masa takde sales. Membazir duit kata anda. Walhal duit yg anda jimat bila beli barang waktu sales tu anda simpan untuk apa sebenarnya? Untuk derma bina masjid Ar-Rahman di Kok Lanas? Untuk derma anak2 yatim kat Kossovo? Untuk beli peluru 7.62x39 AK-47 untuk Hamas? Duit yg anda jimatkan masa sales tuh, alih2 anda gunakan untuk shopping lagi dan lagi dan lagi hingga abis semuanya. Hampeh!!

5. Adalah menjadi fardhu-ain bagi anda untuk pegi shopping tiap kali ada sales. Walaupun sebelum Krismas ada krismas sales, lepas krismas ada Boxing day(26 dec) sales, lepas Boxing day ada stock-take/end-of-the-year sales, dan selepas tu, New Year sales plak. Ape ke menatang jadah people!!! Mane satu yg murah ni??

Katakan aku nak beli kondom, patutkah aku beli taim krismas sales, atau boxing day atau stock take sales atau new year sales?

Opps wait a sekend!! Ke patut aku tunggu taim stocktake sales bulan June? Easter sales? Berapa kali kedai2 ni buat stock-take dalam setahun hah? Kalau boleh, tiap2 ari kedai2 ni nak buat stock-take sales semata2 nak memperbodohkan engkorang.

6. Anda selalu pergi shopping, walaupun anda tak tau pon nak beli apa sebenarnya.
Ini adalh umpama kau bawak satu battalion Regimen Askar Melayu Di Raja, dan selamba rock je cross sempadan dan masuk area Siam. Ataupun kau berbogel, pastuh toreh satu badan ngan pisau dan terjun kolam ikan jaws kat SeaWorld. Takpon kau masuk kuil Hindu dan pakaikan serban kat patung2 kat situh. Ini sengaja carik nahas namanya.
kangkang kak......kangkang lagi!! Jgn kongsi trolli tu!

Bila kau pegi shopping, tapi tak tau nak beli apa, most likely kau akan beli barang tak de pekdah satu haram pon. Contohnya sarung tilam walaupun kat rumah dah ada 5 set sarung tilam.

Ataupun pinggan mangkuk Noritake yg konon-kononnya kau nak gunakan masa kenduri kawin anak2 engkau nanti. Walaupun realitinya anak engkau tak prasan pon pinggan mangkuk apa yg dia gunakan masa makan "bersuap" tu.

Anak engkau masa tu hanya dok pikir, camner la dia nak projek bini dia malam ni, adakah zakar dia cukup besar, adakah dia masih dara walaupun selalu naik moto kehulu kehilir masa muda, posisi apa mau pakai, berapa kali nak buat, boleh ke makan Viagra campur skali ngan Tongkat Ali, camner nak buat senyap2 sebab sebelah bilik tu ialah bilik mak pak mentua.

RM 20, 300 tu baiiii!! Kalau aku makan pakai pinggan ni taik aku jadi semerbak harum wangi, baru berbaloi kot.

Aku tau makcik2 kaki noritake mesti dah bising2 terpekik terlolong nak kata kat aku....

"Ehh...Noritake tu bukannya untuk anak kita perasan semata2. Untuk bagik grand depan guess kenduri kawin tu la sebenarnya."


Well makcik2...guess2 kenduri kawin tu berapa kerat lah yg makan kat meja pengantin tuh. Most of them, makan nun, di khemah2 blakang2 tuh. Takkan nampak brand atau logo noritake tuh.

Sesape yg makan di meja pengantin plak, ialah geng2 veteran yg masing2 dok pikir bende lain yg jauh lagi penting dari brand apa pinggan mangkuk yg diaorang dok pakai tu.
Yang makcik2 dok pikir "Sia2 aku berpoco-poco pagi tadik, sekarang pelahap nasi minyak plak. Tak berkuranganlah ukur ilit pinggang I minggu nih!"
Yang pakcik2 plak dok pikir, "Ehh gulai kambing ni bole bagik naik syahwat ni. Jadi malam ni kene katting dose Tongkat Ali ni dari 10 pill jadik 8 pill. Aku tau kolesterol aku pon boleh naik. Tapi takpe asalkan peler aku boleh naik sudah. Peduli hapa aku apa doktor cakap!".

-----------------TBC--------------------------------------------

Sekian, mckasey, wassalam.

Tuesday, December 29, 2009

1Jamban 1Malaysia

Salam,
......WARNING: sesapa yg geli gleman, sila belah sekarang.

1. Inilah 1Jamban 1Malaysia. Ia adalah cetusan ilham seseorang yg bakal menerima anugerah "Tokoh Maal 1Malaysia 2010"

2. Sekali imbas, 1Jamban 1Malaysia ni macam jamban2 biasa di malaysia. Ada mangkuk tandas, ada pili air dan lantainya banjir. Tiada keistimewaanya pon.

3. Akan tetapi, dari kacamata aku, seorang yg kukuh terpahat konsep 1Malaysia di sanubarinya, jamban ini adalah jamban keramat 1Malaysia.

4. Kegeniusan architect 1Jamban 1Malaysia ini terletak pada paritnya yg betul2 terletak di depan mata anda. Ia di kenali juga sebagai 1Parit. Ya. 1PArit yang menyalurkan air daripda setiap kubikel mengikut arah downstream dan terus masuk lubang keluar di muara parit tersebut.

5. Jadi najis2 degil yg masih bertempek di buntut anda, apabila di basuh dgn pili air, akan mengalir downstream, dari kubikel ke kubikel, untuk tatapan jasmani dan rohani setiap insan pengguna 1Jamban 1Malaysia ini. Inilah roh 1Malaysia. Taik anda, di kongsi tonton bersama, tak kira darjat atau bangsa. Hidup Najib!!!

6.Sungguh mengasyikkan dan menghiburkan sewaktu menunggu peneranan taik anda yg seterusnya. Ingin ku peluk erat org sebelah upstreamku kerana budinya dalam menghiburkan ku di situ. Andalah pengamal 1Malaysia sejati. Syabas!

7. Parit itu sebenarnya boleh di tutup senang2 sebenarnya. Tapi tidak!! Itu adalh dakyah pembangkang yg cuba menyesatkan anda. Kotorlah konon. Lagi Islamik lah konon! Taik anda dan taik saya, hendaklah di jadikan tontonan umum, kerana itulah petunjuk, 1Malaysia itu "transparent". Tiada yg ingin di sembunyikan.

8. Kadang2, apabila taik2 yg telah terlerai dari lubang buntut anda hanyut downstream, adakalanya, ia terlalu besar, berat atau melekit, jadi taik anda tersangkut di 1Parit tersebut. Istilah teknikalnya ialah, taik anda telah "1Transit" di kubikel downstream.

9. Akan tetapi, janganlah anda sekali2 lupa. Inikan 1Jamban 1Malaysia. Semangat yg di pupuk oleh barisan kepimpinan kita yg di ketuai oleh Datin Rosmah dan Timbalannya Ajib, adalah amalan praktikal harian di sini.
kami hanya menggunakan satu jari.....senang masuk rekahan2...

10. Jgn risau. Taik anda yg tersangkut tu, akan di bantu penghijrahannya oleh pengguna2 kubikel2 downstream itu dengan pancutan2 air pili mereka. Inilah semangat kerjasama, setiakawan dan gotong royong yg merupakan teras di dlam dalam konsep 1Malaysia.

Yang berat sama di pikul, yang ringan sama di jinjing, yang melekit sama dijirusi.

11. Tahniah kawan, kerana telah mengzahirkan gagasan 1Malaysia dalam bentuk yg unik sebegini. Jasamu akan di kenang zaman dan wajahmu akan di ukirkan di duit siling 30 sen nanti.

1Malaysia. Rakyat di dahulukan
(berak di kubikel upstream), Kelawasan di utamakan.

Sekain Mekasey Wassalam

Friday, December 25, 2009

Takde masa

salam,

1. Aku sekarang tengah kat changi. Transit nak ke KL. Pkai internet McD pkul 4 pagi.
2. Dah seminggu lebih aku tak apdet sebab bizi gile malam2 dengan aktiviti2 yg halal. Kawan dtg la, org jemput makan la......so bloggo terbiar.
3. Ni aku balik malaya seminggu lebih ni, aku tak tau la plak bila boley proper apdet lagi.
4. Alamak......internet McD ni ader timer la plak. 10min limit. Kedekut punya Singaporean!!
5. Slamat. Sorri..Gua kene chow

Sekian, mekasey, wassalam

Friday, December 18, 2009

Bila Bulu2 Mu Sudah Beruban........................

Salam,

1. ....................itulah tanda yang paling pasti, kukuh dan jitu, undeniable and not plausible at all, bahawasanya engkau sudah tua!

2.
Maka di suatu senja nan muram, daku tersentak

Apabila menemui sehelai buluku sudah beruban

Lantas ku gapai gunting berdekatan,
penuh cermat
ku petik buluku itu dari celah2 rimbunan nan mekar

Lalu ku semadikan di atas cover Blackberry ku

Hitam warnanya, menjadi kontrast kepada putih bulu ubanku.
Kerana daku mencari kepastian

Adakah mata ku yg keralatan

Ataupun ianya satu realiti
Lantas ku akur kepada hakiki
"Cilakak! Sah-sah2 uban" spontan ku memaki

Tidak ku sedar, tarikh booking kuburku, ntah2 besok pagi

--------------------------------------------------------------------

3. Petanda2 bahawasanya seseorang tu dah tua ada banyak gila. Tapi percentage false positive drpd petanda2 tersebut adalh tinggi. So kebanyakkan drp petanda2 tu tak leh pakai sanggat sebab mungkin ada macam2 explanation lain di sebalik petanda2 tersebut.

Mari kita usha beberapa petanda2 tua yg common, tak leh pakai atau "bohsan" ni

A. Budak kecik panggil kau pakcik.
- budak kecik nak basuh konek pon boleh miss kene dagu. Jadi mata diaorang tak boleh pakai sanggat.

B. Perut boroi.
- berapa banyak budak2 baru pakai pampers dah boroi dah.

C. Org yg nampak sebaya atau lagi tua dari kau panggil kau "abang" atau "kakak"
- ada dua sebab. Sebab pertama ialah salah hengkau. Kau, walaupun muda lagi, tapi nampak macam dah beranak sepuluh.
-sebab kedua. Salah diaorang. Diaorang yg tua kutuk tak sedar diri. Nak caber line yg diaorang dah tua, kita plak yg di panggil abang/kakak!!

D. Org2 pompuan yg usha kau sampai terbeliak bijik mata masa balik Mesia arituh, bolehlah di kategorikan sebagai bini2 ataupun lagi sadis, mak2 orang. ( .....maybe pengalaman peribadi seseorang)
- sebab kau memang hensem. Wajahmu menjadi idaman wanita tak kira usia. Alah...kira macam Robert Pattinson, Remy Ishak dan abang Mangkuk Hayun tu lah.

E. Awek2 muda tak layan kau dah bila di -mengorati (........bukan pengalaman peribadi)
- awek2 tu buat2 jual mahal je. Kalau cepat sanggat kata nak, nampak sanggat la jualan murah penghabisan stok Hari Raya atau Boxing Day la plak.

F. Rambut sudah Beruban.
- Ni adalh pendapat yg sudah expired dan boleh di buang ke dalam kandang babi macam ajaran "Islam Hadhari" tu. Ada dua punca rambut beruban selain drpd tua.
Pertama
, sebab genetik. Diagnose-me.com kata, ade budak umur 8 tahun dah beruban sebab genetik. Wiki kata 10. Apam (seorang student di adeled, bukannya sejenis "kuih") kata dia beruban masa umur 6 tahun lagi. Apam spesel. Dia ada genetik panda. Sebab tu rambut dia kaler itam dan putih.
Keduanya
, ialah penyalahgunaan minyak rambut. Overdose, asyik tukar2 brand dan minyak rambut tak ngam ngan jenis rambut seseorang.

4. Tapi jgn konpius rambut ngan bulu. Rambut aku sejak tingkatan 4-5 pon dah ada beruban satu-dua. Tapi itu sebab penyalahgunaan minyak rambut lah kan. So rambut beruban , bukan satu petanda tua yg muktamad.

5. Akan tetapi bila bulu2 aku sudah beruban, itu adalh titik nokhtah kepada zaman mudaku. Kerana sudah pasti bulu2ku itu beruban sebab aku ni dah tua. Kerana bulu2ku itu tidak pernah terpalit noda minyak rambut yg bermacam2 brand. Ia adalh dara yg hakciptanya terpelihara.

6. Kalau bulu ketiak, bulu roma atau bulu yg "raja kpd segala bulu2", mungkin jugak pernah di sprayi minyak wangi, di tenyeh-hi Rexona atau di curahi bedak Jonson & Jonson sewaktu ketika dahulu. Tapi tidak pada bulu ku ini.

7. Mana ada orang letak minyak rambut, boh deodoarant atau bedak etc kat bulu idung kan? Itu pasal bila bulu idung ku beruban, tidak boleh ku nafikan realitinya lagi.

Klosap bulu ku. Yg kelabu kelam2 sikit kat ujung tu, palitan taik idung kot. Kalau aku basuh, rendam klorox semalaman, konpirm keluar abis, kantoi 100% putih uban.

8. Di tika ini, aku pasrah. Tiada dayaku untuk mengubahnya. Jika dahulunya aku di kenali umum sebagai seorang "pemuda yang hensem". Tapi kini, aku hanyalah di kenali sebagai seoarang yg "hensem" sahaja. Diriku menerima sahaja suratan takdir illahi ini!
Kerana aku ingin menjadi, seorang insan yg bersyukur.

Sekian, Mekacey, Wassalam

p/s: part 2 insyaAlah muncul nanti. Petanda2 tua yg KUKUH selain drpd uban di bulu.

Wednesday, December 16, 2009

Babi Arshad....ehh silap eja....Babai Arshad!

Mau diskaun? Ulang skali lagi!
Salam,

Hendak ku nangis
Tiada berair mata

Hendak ku senyum

Tiada siapa nak teman

Kalaulah nasib

Sudah tersurat

Begini hebat

Apa nak buat


Di mana kan ku cari ganti

Serupa denganmu

Tak sanggup ku berpisah

Dan berhati patah

Hidup gelisah


Alangkah pedih rasa hati

Selama kau pergi

Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian


Dunia terang menjadi gelita

Cahaya indah tiada berguna

Keluhan hatiku

Menambah derita

Namun kau jua

Tak kunjung jelma


Di mana kan ku cari ganti

Mungkinkah di syurga

Untuk kawan berduka

Menangis bersama

Selama-lama



Gempaq sial lirik dia! Selama ni masa aku tengok citer ni, mane aku perati lirik lagu ni. Aku asyik dok usha Chombi je. Cun sial! Aku memang ada crush kat dia dari dulu sampai sekarang....Ada sesape ada phon kontek dia ke atau fesbuk ke, pass sini boley?

Tareekk on the last day! Pembeli teh tarik tersebut di percayai menyimpannya di dalm thermos untuk di simpan buat jual di ebay one day nanti bile kedai aku dah jadi mega-multi-billion franchise. InsyaAllah! Amin!

Ahad 13 dec 2009, seluruh bumi Adeled berkabung atas pemergian Arshad yg pulang ke tanahair- tanahairnya. Yes Ashad ada 2 tanahair. Bollywood dan Hollywood.

TenQ arshad for being there in the very beginning. Dia bekerje dalam shift pertama ever in the history of Mangkuk Hayun. Masa tu aku tak tau apa2, main belasah je. Dan Arshad ada bersama membelasah dengan aku. Konfiden lah aku sikit sebab ada bekap.

Aku suka Arshad sebab aku dan dia ada banyak persamaan.. Hensem, macho dan hensem. Dia berbulu dada dan aku berbuah dada. Dia pantas, multitasking gempaq, tak buang masa, tak banyak berkira, stamina power ranger dan pandai "baca" customer.

So all the best Shad. Bila kawin nanti, kalau bini kau cun melecun ala awek Bollywood, tolong jgn ajak aku. Nanti aku jeles. Aku bunuh kau!

Sekian Mekasey, Wassalam.

.......out-take......

Last chan posing ngan superstar. Kene la amik bebanyak. Aku tukar gak posing, tapi Arshad menten cool sama je. Itulah bezanya antara pro ngan amatur. Pro keep the performance excellent everytime.

Thursday, December 10, 2009

Aku Tak Boleh Give-Up. Aku Akan Tetap Fight


Salam,

1. Besok adalh jumaat, hari terakhir untuk minggu ni. Hari terakhir di minggu yg amat stressful untuk aku. Hari terakhir yg kritikal untuk aku. Apa yg aku buat minggu ini, aku berharap is enough untuk memastikan kedai tidak di tutup minggu depan buat selamanya.

2. Landlady aku sudah bising. Dia bagik aku minggu ni untuk setelkan 2 problem. Pertama, bayar semua rent yg tertunggak dan kedua, kemas kedai bagik nampak "not disgusting". Terjerit2, terpekik2 kat aku. Datang bulan kot. Emo, psycho, gilo!! But she got her rights. I am at fault. I just have to fulfill her demand.

3. So, masalah pertama ialah duit. Hmmm...ibu segala masalah di dunia kot. Aritu ade budak ni bawak "org baru"/freshies budak post-grad dtg kedai dan dia kenalkan aku kat dia..

" Ni lah Mr Mangkuk, org paling kaya kat Adeled....". AMIN!!

4. Aku memang la kaya. Kaya ngan bullshit. Kaya ngan hutang.

5...........................................
Kalaulah korang tau brapa banyak kali dah kedai aku di ancam tutup.
Kalaulah korang tau berapa banyak kah aku dah spend untuk kedai ni.

Kalaulah korang tau berapa sikitnya duit dalam akaun aku sebelum aku bukak kedai ni.

Kalaulah korang tau berapa banyak duit aku hutang sebelum dan selepas kdai di bukak.

Kalaulah korang tau berapa banyak duit aku dalm bank sekarang, pada hari ini.

Kalaulah korang tau camne gilanya aku pusing duit untuk makesure kedai operational.

Kalaulah korang tau camne hancur luluhnya hati aku tak dapat bayar gaji pekerje ontime walaupun aku tau korang dah keje keras gila babeng.


Tebal sungguh muka aku.
.......

6. Alhamdulillah kedai aku semakin hari semakin laku. Tapi ramai org salah faham inggat sales banyak equal to duit banyak. Padahal, katakan sales aku 1 juta sehari, tapi operating cost aku 1juta dan seposen sehari. By the end of the day, kau end up hutang seposen.

7. At the moment, alhamdullilah, aku untung. Tapi di sebabkan utang aku belambak, jadi segala2 duit tu mengalir ke penghutang2 aku. Sisa-sisa dan baki2 tu baru aku gunakan untuk bayar gaji2 pekerja yg juga terhutang.

8. Aku cuba manage my debt according to keperluan. Itu pasal aku sengaja delay bayar rent sebab aku tau landlady aku kaya raya. Tapi bila kene marah ni, trus aku bayar perabih utang rent sebab kalau kedai kene tutup, no more money masuk. Camner aku nak bayar utang2 aku kat org lain plak kan?

9. Tapi mengapakah pada minggu ni out of all the weeks this year!! Pertamanya, sekarang ni cuti, jadi sales aku drop gila2. Sekend, by this weekend, aku nak kene setel gaji macha yg akan balik forever. Dan thirdly, aku nak kene bayar gaji budak2 petronas yg keje ngan aku sebab diaorang nak pegi interbiu kat sidney (ke melben? Aku dah nyanyuk). Petronas yg kaya raya tak sapport makan diaorang kat sidney selama seminggu. Sapot formula 1malaysia berbillion2 boleh plak! Takkan aku nak biarkan diaorang pegi interbiu kebuluran kot!

10. Tapi tak baik kita tanya mengapa. Allah dah tentukan bukan. We just deal with it.

11. Pasal kebersihan kedai, aku dah susun strategi to tekel the problem day by day sikit2. Seriously aku takde masa dan tenaga untuk handle this problem. Alhamdulillah jugak bende ni ni berlaku minggu ni sebab kalau masa uni bukak, komfirm aku tergolek-dog. Dah 80% setel at this moment. Besok tinggal cat dan pelekat wallpaper. This weekend aku nak hangkut semua botol2 recycle pegi jual. Aku juga ada small katering ari Ahad. Dapatlah duit extra sikit.

12. Terima kasih kepada semua pekerje dan bukan pekerje yg tolong "men-gambling-tenaga" untuk meng-per-cunkan kedai aku.
Juga TQ ayie, hazerq, sarah, yany, nik esha, topek, ashad, nazi, mus dan usin...ade tetinggal ke?

13. Tapi di sebabkan landlady aku ..ehem, pompuan, aku tau dah. Memang akan ada bende yg dia tak puas ati nyer. Nak buat camner!!

14. Walau apa pon yg terjadi, aku akan tetap fight. I must fight. Aku sedar, realistically tenggok pada gayanya, kedai aku tak boleh bertahan lama. Bukan sebab tak laku. Tapi sebab increasing cost. Tapi aku tak kan give-up early. Aku TAK BOLEH give-up. Selagi aku tak bayar perabis utang2 aku.

15. Kalau selepas semua ini berlalu, bila aku dah takde kedai lagi, apa yang tinggal untuk aku hanyalah secawan teh tarik je, aku dah puas hati dah. Ehh .....melampau sanggat jiwang tu!! Chop! Semula-semula! Kalau selepas kedai aku gone, yang ada pada aku hanyalah spender masam yg koyak rabak pon, aku dah bersyukur.

16. Kalau ada orang kata kat aku masa tuh,
"Bodohnya engkau, kerje bertahun2 tapi tak dapat se-sen pon"
Aku hanya akan tersenyum.
Sebab aku tau, aku memang la miskin harta benda, tapi aku kaya raya dengan pengalaman.
Terima kasih Allah.


Sekian, terima kasih, wassalam.

Wednesday, December 9, 2009

Awek malang: KB Mall stunt-show and Breast Inspector

Salam,

1. Few days ago, ada awek tingkatan 5 ni rempuh dinding parking lot tingkat 3 di KB Mall

dan terus jatuh tengah2 escalator

terus ke tingkat bawah. 3 tinggkat tu bro!!
Stunt man pon tak berani buat ginni....

2. Malangnya, 2 org budak pompuan yg dok atas escalator mati dan sorang lagi cedera parah. Drebar dia cedera ringan shj.

3. Aku tak nak komen apa2 pasal kenape dinding parking tu tak di steel reinforce kerana mmg ada danger di rempuh kereta.

4. Walaupun aku gatal tangan nak kutuk "the female driver", tapi dalam kes ni memang dia TAK BERSALAH langsung! Dia mmg tak tau bawak keta. Abang "angkat" dia yg suruh dia jadi drebar masa dia nak jump start keta dia yg mampus.

Ni la punca kete dia mampus kot. Speaker besar gaban!! Mane tak abis bateri.

5. Awek tu telah mengikut arahan "abang angkat" dia sebigik-sebijik iaitu "masuk gear, lepas clutch dan tekan minyak KUAT2". Malangnya abang tu tak bagik arahan nak buat apa lepas kerete dah bole start. Contohnya, " Masuk gear neutral dan TEKAN BREKK" sebelum kau langar dinding depan tu.

6. Abang angkat dia , 27 yo, bole lah di katakan agak mangkuk gak dalm kes ni. Pertamanya, kenape lah dia lari lepas eksiden tuh? Tak nak check ke adik "angkat" (gerenti awek dia ataupun ada ati nak buat awek dia lah ni) dia hidup ke mati? Langsung tak macho! Kenape plak nak lari? Bukannya buat salah pon.

7. Keduanya, bukankah kau parking kat atas bumbung. Ape susah2 nak suruh budak pompuan tu jadi drebar masa kau tolak? Brader. Lu tolak lah ke jln turun ke bawah tuh, pastu lu lompat masuk la, jumps start sendiri la masa kete kau dok meluncur ke bawah tuh. Sorang je sudah bisa bikin. Tapi nak buat camne lah kan. Malang tak berbau. Mungkin aku pon akan buat kesilapan bodo gini satu ari nanti. Mintak jauh! Amin.

8. Tapi bila aku tengok gamba ni memang la aku tepuk dahi. Ni adalh awek drebar keta tadi.

Mamat-mamat 2 ekor yg dok "menjamah" awek ni doktor ke attenden ambulan? Bedasarkan kehadiran mereka di lokasi, dah sah2 diaorg ni org ambulan dan bukannya doktor. Mana ada doktor Msia naik ambulan treat pt kat lokasi eksiden. Doktor m'sia terlampau bizi kerje dan dok kira duit kot!!

9. Gamba ni agak pelik siol. Aku dulukan budak medik. So aku dah buat ntah brapa banyak first aid course, follow panjat masuk ambulance ronda2 Adeled dan aku dah lepak kat emergency room RAH, QEH, WCH dan Lylle Mac. Walaupun aku fail medik, tapi aku tak fail subjek first aid!

10. So, "apeke-menatang-haram-jadah" mamat-mamat dua ekor tu tgh dok buat ni?

Pertamanya: Awek tu baru lepas eksiden, kau nak pegang dada dia buat apa? Bonjol kat dada dia tu bukannya bengkak sebab eksiden brader. Itu namenyer tetek!

Keduanya:
Kau sandarkan badan awek tuh kat kaki dan kepala awek tu kat peler attendent ambulance pkai seluar ijau tuh buat ape? Mamat tu volunteer bagik kaki/peler dia ke? Kau nampak dak dinding dalam dua jengkal je dari brader seluar ijau tuh (seluar sepital ni). Tak boleh ke kalau kau sandarkan awek tu kat dinding tu masa kau check dia?

11. Correct procedure masa lepas trauma, especially head trauma macam dalm kes ni, ialah "complete immobilization" of the head and neck, ie biar mangsa terlentang atas lantai je gitu. Pastu kau pakaikan neck brace dan transfer onto a stretcher with minimal movement. So spine patient tak gerak2. Lepas sampai sepital dan xray kata tulang blakang orait, baru patient tu bioleh di gerakkan ikut suka kau.
Ni la cara yg betul.....Tau pon buat!

12. The danger is kalau tak ikut procedure ni, kotnya tulang tengkuk (cervical) dia patah, bila patient tu bergerak, spinal cord dia boleh get injured, so boleh jadi lumpuh!

13. So aku tak tau la plak, sejak bila kau boleh abaikan protocol tersebut dan hanya letak kepala mangsa kat celah2 peha kau dan lapik kepala dia ngan peler kau. Adakah sebab dia ni "gewe", sebab tu kau buat camtu? Kalau lah mangsa ialah fatty makcik, boleh tercabut lutut kau nak sapport dia doh!

14. Mungkin ni adlah the latest protocol untuk patient with head injury kot. Mungkin gak, aku tak tau sebab aku dah lama tak update ilmu first aid aku kot. Tapi yg pastinya, aku takkan buat camtu. Sebab kalau kepala awek tu bersandar kat peler aku, kompirm dia takkan dapt sandaran yg empuk nyer.

Sekian, mekasey, wassalam.

Monday, December 7, 2009

The Steam-Cutter: Part 3: Eclipse !!

my honey!!! muahhahahha
Salam,

Berikut adalah ilmu yg merbahaya. Ilmu ngelat apabila di tanya "soalan2 hot" oleh anak sendiri!! Gunakan ketika perlu sahaja. Amaran Keras. Penyalah-gunaan ilmu ini, boleh menyebabkan otak anak anda mereng!

No 1: Jgn menipu! Sebab budak2 akan tau lambat laun yg kau telah tipu dia.
Contohnya bila dah besar dia akan tau yg Santa Klos/Spiderman/Superman etc tak wujud, makan ais krim banyak2 tak rosak gigi kalau kau gosok gigi dan hantu tak pernah bunuh sekor manusia pon sejak zaman nabi adam lagi.

No 2:
Bila budak2 tanya soalan2 "hot", mula2 kau try create doubt dlm mind dia.

Soalan Contoh: "Papa, What is seks?"

Dan response kau ialah....
" Betul ke Muhammad dengar perkataan seks? Buku teks kot? Muhammad nak brapa banyak buku teks? Subjek apa?"......takpon
" Muhammad dengar perkatan sax kot? Sax adalh singkatan kepada saxaphone, iaitu sejenis alat muzik yg macam belalai.......ehh cukuplah setakat tuh jawapannya"

No 3:
Apa2 soalan dari budak2, kau pusing balik/tala soalan tu kat budak tu. Biar dia yg kene pikir balik. Baru dia pening dan fedap!! Wakakkaka

Soalan Contoh sekali lagi: "Papa, What is seks?" dan response kau ialah...

"Hmm...what do u think sex is? Why don't U tell me!"......
Hamik kau.Tanya sanggat soalan pelik2 kat aku.

No 4: Tukar topik dengan counter soalan yg aggressive. Again shift the balance of answering to the kid. Cilok baeek punya.

Eg: " Why do u want to know about sex Muhammad?"
Asalnya dia dok tanya menatang apa tu seks, tetiba dia plak kene pikir kenape dia plak nak tau pasal seks. Pening kepala budak tu.

N0 5: Yg ni jahat gila. Muahhaha. Kau terus attack dengan pukulan maut. Kau put the blame/burden kat budak tuh.

" Why do you ask? Do you like sex now Muhammad? Whos yr girlfren?"
Wakakkakaka.....mampus kau. Komfirm anak kau akn down giler sampai nangis2 nyer.

-------------------------------------------------------------------------------------------
So, berikut adalh lakonan semula conversation aku dan Muhammad lepas keluar dari kedai optometris tuh................

Md: " Papa? Why did that perempuan Cina called U honey? What does honey means?

Alamak. Aku tau dia dah terdengar. Jadi tak boleh menipu. Tapi aku tak nak bagitau dia yg perkataan honey tu agak "kontroversi" skit!....So aku create doubt.

Papa Hensem:
" Are u sure that u heard she called me honey? it could be money?"
Md: " No, she called u honey. I heard it! What does honey means"
Apalaga, suruh dia lah yg jawap.

Papa Hensem
: " What do u think that it means Muhammad?"
Md: " I dont' know that! What does it means?"

Budak nih. Apalaga. Attack mode is ON!

Papa Hensem: " I heard she called u honey too!!"
Md: " But I am a sweet little kid. But you are old papa. I can see that u got white hair when u asleep. You are not like me......."

Papa Hensem: " Wooo!! Wait a second. So its okay if she called u honey but when she called me honey, its not okay? I think u are jelous Muhammad!"
Md: " NOO!! I am not jelous......"

Papa Hensem: " Do u think that she is gorgeous? Do u like her?"
Md: No....She is not gorgeous... So why does she called u honey Papa?"

sebok la budak nih!

Papa Hensem: I dont know....maybe she like me Muhammad!! Muahahhahaha
Md: NOO. Papa! Why do u like young girls?"
Papa Hensem: NOO! I dont like young girls Muhammad. Papa only likes young "gorgeous" girl. Huge different there!!"

Md: Nooo. So what does honey means Papa?

tak habis2.


Papa Hensem: Why dont u ask mama. Tell her that a young gorgeous girl called papa honey!! Muahahhahah
Md: Yea.. I will ask her what honey means.

Okaylah. Cukup la setakat tu aku torture anak aku. Aku serrender

Papa Hensem: Do u still wanna know what honey means?
Md: Yea
Papa Hensem: Honey is like calling someone "darling". I told u that she likes me Muhammad. Muahhahahha..
Md: Noooooooo!!....

Padan muko hengkau!

And this wednesday, aku ada secend appointment jumpa dia jugak. Dia insist!! Aku nak buek camno. Dia kan doktor mata! Kita kene dengar cakap doktor. Lebih2 lagi doktor yg cun.
Aku kene buat sekend appointment sebab optik nerve aku besar gajah. Patutla aku ada X-Ray Vision

So sesape yg takde kerje, boleh dak jaga muhammad jap dari pukul 4 sampai aku abis tekan ayat. Aku belanja makan free 3 hari!!

TAMAT series

Sekian, mekasey, wassalam.



Sunday, December 6, 2009

The Steam-Cutter: Part 2: New Moon !!

Salam,
continue from part 1

1. So awek optometris muda (mid 20s kot....nanti aku tanya dia!!) tu pon chekap la aku dulu sebab dia takut Muhammad gabra kalau dia yg kene chekap dulu. Sambil dia chekap aku pon beramah-mesra dan bermanja-manjaan lah ngan awek tu. Muhammad aku tgk macam tak amik pot pon sebab dia dok syok main ngan kanta pembesar ngan cermin2 yg mcam2 sais kat situ.

2. Sekali awek tu bagik instruction kat aku,

" Honey!! Can U put yr chin on this strap and press yr forehead on this top part?"

Hulamek!! Awek tu panggil aku honey? Trus, secara refleks, aku jeling ke Muhammad, kot2 dia terdengar. Fuhh selamat, dia still dok syok main ngan cermin kat situh.

Selang seminit lepas tuh, kedengaran lagi suara merdunya di bawa angin yg berlalu

" Can u look at my right ear Honey while I shine this light ........."

Bergetar jantungku di goncang syaitannnnn!!
Muhammad still nampak macam tak amik pot!

3. Honey? Its sort of weird choice of word. Honey ni bagik aku, agak intimate. Macam org panggil husband, balak atau anak-anak sendiri. Normally kau tak panggil stranger "honey". Kau panggil, first name dia ke, "dear" ke, "sir" ke (Old british style. Zaman skang org tak pkai sir dah!). Tak pon kau tak panggil apa2 nama pon takpe.

4. So, bila awek tu panggil aku honey, sudah tentu sebab dia dah syok kat aku!!!! Kui Kui Kui Kuih Rayaaaa...

5. Pastu Muhammmad nyer turn plak kene chekap. Dia pon kene panggil honey....honey do this, honey do that. Tapi tu biasa lah kan sebab dia kan budak. Aku pon tak amik pot. Walupun ada lah sikit2 trasa jeles!!


6. Tup tap tup tap, settle chekap. Awek gorgeous tu kata both mata aku dan Muhammad perfect. Tak payah pkai spek. Muhammad sedih sebab dia mmg teringin sanggat nak pakai spek sebab dia nak jadi macam Harry Potter. Gatal je mulut aku nak cakap Harry Potter tu loser sebab selambe je biar member cun dia/Hermione di rembat oleh best fren dia/Ron, sampai terpaksa Harry kutip sisa2 org lain iaitu Ginny adik Ron yg biasa je!! Kalau aku, dah lama dah aku "avada kadavra" Si Ron tu.

7. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari tempat optometris tersebut dgn langkah yg berat dan masih di alam lamunan, Muhammad terus tanya aku.......

" Papa? Why did that perempuan Cina called U honey? What does honey means?"

Halamak! Aku inggat dia tak dengar. Ciss!! Telinga batman ke hapa nih!

To Be Continued

Sekian, makasey, wassalam

Saturday, December 5, 2009

The Steam-Cutter: Part 1: Twilight!!

La takrabuzzina!! Mana IC dan Kad Nikah? .....Garang sungguh Ustad Kangaroo ni!!

Salam,

1. Sejak kecik2 lagi aku dah perasan anak aku, Muhammad, 7 yo, memangla berbakat untuk kerje ngan JAIS. Masa dia belum boleh bercakap lagi, hanya baru start belajar berjalan, dia dah beberapa kali membuat serbuan sewaktu aku berkhalwat ngan bini aku. Sebab tu aku bagik codename "Pegawai Pencegah Maksiat" kat dia kalau aku nak cakap pasal dia ngan bini aku, depan2 dia.

Contohnya: "Bilalah pegawai pencegah maksiat ni nak masuk tido malam ni ye? Tak boleh carik makan la kita nampaknya."

2. So, tersebutlah al-kisah, 2 minggu yg lepas, seorang mamat "yg tak boleh di britahu namanya" telah ter-merembat bola tepat kat bijik mata aku.
Aku tak boleh BRITAU nama atau TUNJUK sapa dia, sebab itu dah di kira ngumpat!

KO aku kat situ kejap. Lepas tu habis mata aku lari alignment dekat semingggu lebih. Oleh kerana bekap plan aku kalau kedai aku pelingkup ialah untuk menjadi seorang Sniper Assassin, maka aku pon buat lah apointment untuk jumpa optometris.

3. Cakap pasal optometris ni, teringat aku kisah salah sorang otai Adeled yg jumpa jodoh dia dgn seorang optometris "hot" masa dia buat chekap kat mesia. Jadi aku bajet yg semua optometris mestilah hot kalau gitu. Jadi masa aku buat appointment tu, aku dah mengharap dah, manelah tau ada rezeki aku, kot-kot terjumpa dan ter-mengorat optometris ozzy, cun, blonde dan body mantap.

4. Akan tetapi, seperti biasa, Muhammad "The Steam-Cutter" telah kcau-line. Aku dapek surat dari cikgu dia yg Muhamamd fail exam mata dia kat sekolah, dan dia pon kene checkap mata. So, nak buek camno. Terpaksalah aku booking double appointment untuk aku dan Muhammad sekaligus lah. Pasrah aku.

5. Pada hari yg bersejarah itu, memang sungguh aku terasa lain skit. Terasa macam melayang2. Terasa macam extra sikit.. Aku tau yg aku adalah hensem, tapi pada hari tersebut, aku terasa sungguh "extra-ensem". Tak tau lah kenape. Mungkin sebab ianya adalh anugerah Allah. Alhamdullilah. Ataupun sebab aku tido 2 jam je semalam sebab dok stay-up tengok cerite "twilight", so aku rasa.....ermm..fuzzzy sebab tak cukup tido dan dok feeling lovey-dovey slepas tgk cerite romatik tanpa sebarang romen.

Kristen Stewart, awkwardly gorgeous. Makes the film bearable.

6. Sekali bila aku jumpa optomteris aku, Tuu Diaa! Mak Datuk! Giloss! Mimpi menjadi realiti duh! Cun banget! Asian, Vietnamese, possibly mixed sebab idung dia mancung sangat, slang ozzy bau vegemite. Dah lah suara halus nak mapus ala2 liv tyler dlm Lord of the Ring gitu. Nak kata macam bidadari tak boleh la bro, sebab bidadari tentu lah lagi cun dan....ehem tetek dia tentulah besar la skit dari awek ni. Tapi ni dah kira lawa nak mampos dah lah ni.

7. Tapi, yg lebih menyebabkan aku berada awang-awangan, dengan mulut terlopong, air liur basi meleleh-leleh dan jantung aku tertekan button pause tu, ialah, dah lah dia cun, dia dressing dan make-up gile babi sebijik mcam dlm cerite mat salleh awek2 nak gi prom gitu. Maka aku pon bagi ayat sedas

" Wow! Is that your normal dress, or are u going somewhere after this? Do you have dinner or somethin'?"

Maka awek tu pon tergelak2 manja sambil menjawap

" Hihihii, No! This is my normal everyday summer dress. Thanks for the compliment"

Ker-ching! Ker-ching! Response yg memberangsangkan nampaknya.

8. Aku tahu, pada saat ini, ramai budak2 pompuan, pembetulan, SEMUA budak2 pompuan dan setengah2 budak lelaki yg jeles akan berkata

"Woi! Anak kat sebelah pon ada ati nak tekel awek lain! Gerenti awek tu bo-layan-nya. Belah -lah lu!"

9. Tapi sebenarnya ada anak ni lah yg best. Org pompuan akan inggat aku ni "safe", ie takkan ayat diaorag nye lah. Jadi they keep their guard down. Paling best kalau ada baby! Konfirm cair mana2 awek!

10. Maka bermulalah lakonan aku ala2 pelakon pembantu lelaki terbaik Academy Award yg memegang watak selaku "bapak mithali"....................

To Be Continued................

Sekian, mekasey, wassalam.

Friday, December 4, 2009

My Son The Steam-Cutter: .....The Preview Baru!.

Salam,

Dari anak aku bernama Muhammad, 7 y.o......

Muhammad: " Mama! Do you know, tadi ada perempuan Cina called Papa Honey! What does honey means?"

Alamak!

Muhammad: " Mama! I think Papa like that girl so much!"

Opocot!

Muhammad: " Papa! Why do you like young girls?"

Adess! Heart Attack!

Nantikanlah.......
Ketibaannya......


Filem sensasi dari imiginasi seoarang budak gergasi yg sukakan sarsi.....

Jeng! Jeng! Jeng!.......

MY SON, THE STEAM-CUTERRRRRRRRR

Rated G- for Girls, Girlfriend, Gadis, Gundik dan Gewe' Only !!!


Wassalam

Sunday, November 29, 2009

PART 2: Penentuan Tarikh Raya/Posa: Antara Akal Dan Sunnah

Nak usha kuih bulan ...senang

nak usha anak bulan.....juling bijik mata pon belum tentu nampak.
Salam,
First part di SINI.

1. Aku sebenarnya dah lama dah dok pikir pasal Muslim Date-Line tuh. Aku juga memanglah sedar bahawasanya sunnah untuk menentukan posa dan raya ialah dengan tengok anak bulan/hilal di tempat masing2. (sila rujuk bahagian komen di first part untuk baca hadith tersebut. Tq Alip Al-Turkistani)

2. Tapi aku telah justify dgn logik akal aku, bahawasanya Rasullulah suruh buat gitu sebab itulah kaedah yg terbaik pada waktu tersebut.. Rasullulah suruh buat gitu sebab dia tahu bila Islam berkembang geographically, maka susahlah untuk mengkomunicate anatara satu region with another.

3. Zaman tu bukanya ada TV, Radio, Internet, mobile phone untuk menyebarkan tarikh posa/raya di Mekah untuk ikutan semua ummat Islam. Nak antar utusan bekuda dari Mekah ke Algeria atau Pakistan bukannya dekat doh! So paling senang ialah masing2 tengok anak bulan di region mereke sendirti.

4. So secara logiknya sekarang bila kita dah maju, sepatutnya kita boleh koordinate waktu raya /posa kita supaya sama satu dunia. Aku harap korang sedar, bahawasanya anak bulan ni bukan kene tengok 2 kali setahun je. Kene tengok tiap2 bulan untuk menetukan bila start bulan Islam.

5. Jadi bila negara masing2 start bulan Islam pada hari yg lain, adalah agak kelakar bila katakan Malaysia pada hari ni ialah 11 Zulhijjah tapi Filipina katakanlah 10 Zulhijjah, walaupun Filip dok sebelah timur kita! Bagaimanakah pulak nak set tarikh meeting internationally kalau tarikh masing2 ialah lain. Jadi penyudahnya bulan Islam menjadi tidak praktikal dan hanyalah relevan untuk tau bila posa, raya, puasa sunat, hari haram posa dan lain2 hal keagamaan semata2.

6. Tapi Chop! Ini semua adalh drp "logik" akal aku semata2. So, firstly logik akal ini boleh di pengaruhi oleh syaitan, dan setan mungkin telah mempergunakan aku untuk meng-was2 kan korang semua dgn buat bidaah Muslim Date-Line. Secondly, logik akal ini di batasi oleh ilmu yg ada pada aku sahaja. Banyak pasal falak ni aku masih jahil. Nak stadi malas. So mungkin aku telah ter-error di situ.

7. Thirdly and most importantly, akal kita terbatas kepda bende2 yg zahir semata2. Sesungguhnya Allah jua yg tahu tentang hal2 yg ghaib, kompleks atau abstract yg takan tergapai oleh akal mana2 manusia atau supercomputer pon. So, kalau sunnah kata tengok anak bulan, mungkin ada hikmah di sebaliknya yg kita tak terpikir atau perasan. So follow je lah sunnah.

8. Antara hikmah pengunaan lunar calendar di dlam Islam yag berlaku jelas di mata kepala aku sendiri ialah KEADILAN daripada Allah kepda ummat Islam sedunia. Apabila Allah menjadikan bumi, dia telah jadikan bumi ini berputar sengget/tilt pada 23.44 degree angle daripada orbitnya mengelilingi matahari. So wujudlah 4 musim setahun di majoriti negara2 on earth.(negara2 northern hemisphere plus southern mestilah lagi banyak dari negara2 khatulistiwa kan).

9. Jadi kalau Allah perintahkan semua org posa bulan Disember, tak ke menyampah kita org2 Ozzy, New Zealand etc yg kene posa time summer yg panjang dan panas nak mampos. Org2 kat Ukay atu US mestilah happy manjang sebab posa time winter dan kene tunggu beberapa jam je sebelum bukak posa. Dah lah tu, malam lailatul qadr diaorang panjang nak mampus. Semayang sambil melecet2 dahi pon belum masuk2 subuh lagik.

10. Tapi Allah perintahkan kita ikut lunar calender, yg shorter drpd solar calander. So aku yg dah lama dok bermastautin di bumi Adelded ni telah merasakan posa/raya yg pada masa aku mula2 sampai dulu di bulan march, pelan2 berganjak ke feb(panas), jan (mendidih), dec (mengelegak), nov , oct dan sekarang bulan september.

11. Aku inggat lagik masa tahun 2000 aku gi semayang terawih kat Adeled mosque yg start pukul 1030 dan habis 1130 malam. Lepas abis terawih, kitaorag singgah jap kat Victoria square untuk terlompat mcam beruk kene cucuh buntut meng-celebrate millenium new year pukul 12mlm tu. Pastu balik rumah dan sahur pukul 3 pagi. Makan bukak posa tadi pon belum abis tercerna jadi taik, dah kene sumbat masuk sahur la plak.

12. Alamak dah merepek bernostalgia la plak pakcik ni! Jadi kesimpulannya, aku masih lagi berfikir. Tapi at the moment aku memanglah leaning towards follow je lah sunnah dan tenggok la anak bulan tu. Hmm..tapikan, kalau la aku kata aku prefer tenggok anak bulan, kenapa lah pulak aku dan majoriti org2 Ozzy celebrate Raya Korban pada hari Jumaat dan bukannya Hari Sabtu sedangkan anak bulan 1 Zulhijjah tak nampak 10 days ago? Jeng...jeng jeng.. Dlam hal ni aku bertaqlid buta kpd suara kesepakatan.
Hipokirt sungguh aku!!

Sekian, McKasey, Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails