Sunday, December 6, 2009

The Steam-Cutter: Part 2: New Moon !!

Salam,
continue from part 1

1. So awek optometris muda (mid 20s kot....nanti aku tanya dia!!) tu pon chekap la aku dulu sebab dia takut Muhammad gabra kalau dia yg kene chekap dulu. Sambil dia chekap aku pon beramah-mesra dan bermanja-manjaan lah ngan awek tu. Muhammad aku tgk macam tak amik pot pon sebab dia dok syok main ngan kanta pembesar ngan cermin2 yg mcam2 sais kat situ.

2. Sekali awek tu bagik instruction kat aku,

" Honey!! Can U put yr chin on this strap and press yr forehead on this top part?"

Hulamek!! Awek tu panggil aku honey? Trus, secara refleks, aku jeling ke Muhammad, kot2 dia terdengar. Fuhh selamat, dia still dok syok main ngan cermin kat situh.

Selang seminit lepas tuh, kedengaran lagi suara merdunya di bawa angin yg berlalu

" Can u look at my right ear Honey while I shine this light ........."

Bergetar jantungku di goncang syaitannnnn!!
Muhammad still nampak macam tak amik pot!

3. Honey? Its sort of weird choice of word. Honey ni bagik aku, agak intimate. Macam org panggil husband, balak atau anak-anak sendiri. Normally kau tak panggil stranger "honey". Kau panggil, first name dia ke, "dear" ke, "sir" ke (Old british style. Zaman skang org tak pkai sir dah!). Tak pon kau tak panggil apa2 nama pon takpe.

4. So, bila awek tu panggil aku honey, sudah tentu sebab dia dah syok kat aku!!!! Kui Kui Kui Kuih Rayaaaa...

5. Pastu Muhammmad nyer turn plak kene chekap. Dia pon kene panggil honey....honey do this, honey do that. Tapi tu biasa lah kan sebab dia kan budak. Aku pon tak amik pot. Walupun ada lah sikit2 trasa jeles!!


6. Tup tap tup tap, settle chekap. Awek gorgeous tu kata both mata aku dan Muhammad perfect. Tak payah pkai spek. Muhammad sedih sebab dia mmg teringin sanggat nak pakai spek sebab dia nak jadi macam Harry Potter. Gatal je mulut aku nak cakap Harry Potter tu loser sebab selambe je biar member cun dia/Hermione di rembat oleh best fren dia/Ron, sampai terpaksa Harry kutip sisa2 org lain iaitu Ginny adik Ron yg biasa je!! Kalau aku, dah lama dah aku "avada kadavra" Si Ron tu.

7. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari tempat optometris tersebut dgn langkah yg berat dan masih di alam lamunan, Muhammad terus tanya aku.......

" Papa? Why did that perempuan Cina called U honey? What does honey means?"

Halamak! Aku inggat dia tak dengar. Ciss!! Telinga batman ke hapa nih!

To Be Continued

Sekian, makasey, wassalam

6 comments:

ihsan_huhu said...

apsal r budak2 nih nk sangat pkai spek

spek menyebabkan awek yg cun pon menjadik xcun

mangkuk statik said...

huhu: Wahai org muda! Jgn di nilai kecun-nan awek berdasarkan rupa paras bila pkai spek sahaja. Kau kenelah mengambil kira kemantapan imannya, kemantapan akaunt bank bapaknya, kemantapan keturunanya, dan kemantapan bodi-nya. Kerana di waktu malam, kau takkan dapat nampak mukanya yg ber-spek pon!!

Anonymous said...

wahahhaaa~
aku rabun gak tapi jarang pakai spek
so kira aku cun tak?

GheySA said...

kedai spek manakah ini. aku nak pegi ambush ala2 jais ni. untung2 aku buat video tokey restoren terlampau. haha

Lutfie said...

ihsan dah memang tak hensem.tengok macam mana pun dia tak jadi hensem.baik ada spek atau takdak spek.HAHAHAHAH

mangkuk statik said...

ayu: silalah kawin ngan org yg pakai spek jugak. Yang pkai spek tebal 2 inchi! InshaAllah diorang tak tau yg kau tak cun!! Kalau kau cun ponbukanny diaorag nampak pon!!

ghey: Mu nok gi ambush ke, mu nak potong line gua!! Mcm aku tak leh baca niat kau! Sekilas ikan di air, sudah ku tahu masak lemak lagi best ke atau masak sweet-sour

lutfie: Aku tau la kau prez persatuan spek tebal melebihi 0.5cm! Tolonglah jgn emo kat ihsan. Ttak de pekdah pon. Kau belasah je terus! Setel problem.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails