Friday, December 18, 2009

Bila Bulu2 Mu Sudah Beruban........................

Salam,

1. ....................itulah tanda yang paling pasti, kukuh dan jitu, undeniable and not plausible at all, bahawasanya engkau sudah tua!

2.
Maka di suatu senja nan muram, daku tersentak

Apabila menemui sehelai buluku sudah beruban

Lantas ku gapai gunting berdekatan,
penuh cermat
ku petik buluku itu dari celah2 rimbunan nan mekar

Lalu ku semadikan di atas cover Blackberry ku

Hitam warnanya, menjadi kontrast kepada putih bulu ubanku.
Kerana daku mencari kepastian

Adakah mata ku yg keralatan

Ataupun ianya satu realiti
Lantas ku akur kepada hakiki
"Cilakak! Sah-sah2 uban" spontan ku memaki

Tidak ku sedar, tarikh booking kuburku, ntah2 besok pagi

--------------------------------------------------------------------

3. Petanda2 bahawasanya seseorang tu dah tua ada banyak gila. Tapi percentage false positive drpd petanda2 tersebut adalh tinggi. So kebanyakkan drp petanda2 tu tak leh pakai sanggat sebab mungkin ada macam2 explanation lain di sebalik petanda2 tersebut.

Mari kita usha beberapa petanda2 tua yg common, tak leh pakai atau "bohsan" ni

A. Budak kecik panggil kau pakcik.
- budak kecik nak basuh konek pon boleh miss kene dagu. Jadi mata diaorang tak boleh pakai sanggat.

B. Perut boroi.
- berapa banyak budak2 baru pakai pampers dah boroi dah.

C. Org yg nampak sebaya atau lagi tua dari kau panggil kau "abang" atau "kakak"
- ada dua sebab. Sebab pertama ialah salah hengkau. Kau, walaupun muda lagi, tapi nampak macam dah beranak sepuluh.
-sebab kedua. Salah diaorang. Diaorang yg tua kutuk tak sedar diri. Nak caber line yg diaorang dah tua, kita plak yg di panggil abang/kakak!!

D. Org2 pompuan yg usha kau sampai terbeliak bijik mata masa balik Mesia arituh, bolehlah di kategorikan sebagai bini2 ataupun lagi sadis, mak2 orang. ( .....maybe pengalaman peribadi seseorang)
- sebab kau memang hensem. Wajahmu menjadi idaman wanita tak kira usia. Alah...kira macam Robert Pattinson, Remy Ishak dan abang Mangkuk Hayun tu lah.

E. Awek2 muda tak layan kau dah bila di -mengorati (........bukan pengalaman peribadi)
- awek2 tu buat2 jual mahal je. Kalau cepat sanggat kata nak, nampak sanggat la jualan murah penghabisan stok Hari Raya atau Boxing Day la plak.

F. Rambut sudah Beruban.
- Ni adalh pendapat yg sudah expired dan boleh di buang ke dalam kandang babi macam ajaran "Islam Hadhari" tu. Ada dua punca rambut beruban selain drpd tua.
Pertama
, sebab genetik. Diagnose-me.com kata, ade budak umur 8 tahun dah beruban sebab genetik. Wiki kata 10. Apam (seorang student di adeled, bukannya sejenis "kuih") kata dia beruban masa umur 6 tahun lagi. Apam spesel. Dia ada genetik panda. Sebab tu rambut dia kaler itam dan putih.
Keduanya
, ialah penyalahgunaan minyak rambut. Overdose, asyik tukar2 brand dan minyak rambut tak ngam ngan jenis rambut seseorang.

4. Tapi jgn konpius rambut ngan bulu. Rambut aku sejak tingkatan 4-5 pon dah ada beruban satu-dua. Tapi itu sebab penyalahgunaan minyak rambut lah kan. So rambut beruban , bukan satu petanda tua yg muktamad.

5. Akan tetapi bila bulu2 aku sudah beruban, itu adalh titik nokhtah kepada zaman mudaku. Kerana sudah pasti bulu2ku itu beruban sebab aku ni dah tua. Kerana bulu2ku itu tidak pernah terpalit noda minyak rambut yg bermacam2 brand. Ia adalh dara yg hakciptanya terpelihara.

6. Kalau bulu ketiak, bulu roma atau bulu yg "raja kpd segala bulu2", mungkin jugak pernah di sprayi minyak wangi, di tenyeh-hi Rexona atau di curahi bedak Jonson & Jonson sewaktu ketika dahulu. Tapi tidak pada bulu ku ini.

7. Mana ada orang letak minyak rambut, boh deodoarant atau bedak etc kat bulu idung kan? Itu pasal bila bulu idung ku beruban, tidak boleh ku nafikan realitinya lagi.

Klosap bulu ku. Yg kelabu kelam2 sikit kat ujung tu, palitan taik idung kot. Kalau aku basuh, rendam klorox semalaman, konpirm keluar abis, kantoi 100% putih uban.

8. Di tika ini, aku pasrah. Tiada dayaku untuk mengubahnya. Jika dahulunya aku di kenali umum sebagai seorang "pemuda yang hensem". Tapi kini, aku hanyalah di kenali sebagai seoarang yg "hensem" sahaja. Diriku menerima sahaja suratan takdir illahi ini!
Kerana aku ingin menjadi, seorang insan yg bersyukur.

Sekian, Mekacey, Wassalam

p/s: part 2 insyaAlah muncul nanti. Petanda2 tua yg KUKUH selain drpd uban di bulu.

8 comments:

Abang Ben said...

dah tua la langkah bermula. No 2.

mangkuk statik said...

Ben: langkahan seorang yg pokai tak lebar! Takkan aku nak bagik bini no 2 nafkah batin je!

ihsan_huhu said...

gle boleh tersumbat idong ko, boleh mati mcm mamat nih

http://www.youtube.com/watch?v=_T-4E96tuT0

mangkuk statik said...

huu: manelah kau cekau berita2 tak bemanafaat ni....Kesian mamat tu mati katak!!

n cun said...

SELAMBE KUTUK APAM.

Anonymous said...

Yo, if you're looking to get some video production work done or you need to [url=http://shootavideo.net]shoot a video[/url], give us a hollar: (404) 865-1501

Anonymous said...

Thank You for being the member of this website. Please allow me to have the opportunity to express my satisfaction with Host Gator web hosting. They offer professional and quick support and they also offer many [url=http://tinyurl.com/gatorcoupon ]Hostgator coupon codes[/url].

I appreciate HostGator hosting, You will too.

http://www.udruga-hok.hr/forum/profile.php?mode=viewprofile&u=198430

Anonymous said...

Major depression isn't a indication of weakness. It is just a standard a reaction to selected events that happen in our lifestyles [url=http://buytramadolonlinen.com/]order tramadol[/url] that people can't stand as well as which usually we have absolutely no treatments for. It's only natural to get frustrated once in a while in the event the situation so warrants this.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails