Quote of the day: ".....gembirakan lah kaum melayu ini Ya Allah dengan mensedihkan mereka."
Thursday, December 10, 2009
Aku Tak Boleh Give-Up. Aku Akan Tetap Fight
Salam,
1. Besok adalh jumaat, hari terakhir untuk minggu ni. Hari terakhir di minggu yg amat stressful untuk aku. Hari terakhir yg kritikal untuk aku. Apa yg aku buat minggu ini, aku berharap is enough untuk memastikan kedai tidak di tutup minggu depan buat selamanya.
2. Landlady aku sudah bising. Dia bagik aku minggu ni untuk setelkan 2 problem. Pertama, bayar semua rent yg tertunggak dan kedua, kemas kedai bagik nampak "not disgusting". Terjerit2, terpekik2 kat aku. Datang bulan kot. Emo, psycho, gilo!! But she got her rights. I am at fault. I just have to fulfill her demand.
3. So, masalah pertama ialah duit. Hmmm...ibu segala masalah di dunia kot. Aritu ade budak ni bawak "org baru"/freshies budak post-grad dtg kedai dan dia kenalkan aku kat dia..
" Ni lah Mr Mangkuk, org paling kaya kat Adeled....". AMIN!!
4. Aku memang la kaya. Kaya ngan bullshit. Kaya ngan hutang.
5...........................................
Kalaulah korang tau brapa banyak kali dah kedai aku di ancam tutup.
Kalaulah korang tau berapa banyak kah aku dah spend untuk kedai ni.
Kalaulah korang tau berapa sikitnya duit dalam akaun aku sebelum aku bukak kedai ni.
Kalaulah korang tau berapa banyak duit aku hutang sebelum dan selepas kdai di bukak.
Kalaulah korang tau berapa banyak duit aku dalm bank sekarang, pada hari ini.
Kalaulah korang tau camne gilanya aku pusing duit untuk makesure kedai operational.
Kalaulah korang tau camne hancur luluhnya hati aku tak dapat bayar gaji pekerje ontime walaupun aku tau korang dah keje keras gila babeng.
Tebal sungguh muka aku........
6. Alhamdulillah kedai aku semakin hari semakin laku. Tapi ramai org salah faham inggat sales banyak equal to duit banyak. Padahal, katakan sales aku 1 juta sehari, tapi operating cost aku 1juta dan seposen sehari. By the end of the day, kau end up hutang seposen.
7. At the moment, alhamdullilah, aku untung. Tapi di sebabkan utang aku belambak, jadi segala2 duit tu mengalir ke penghutang2 aku. Sisa-sisa dan baki2 tu baru aku gunakan untuk bayar gaji2 pekerja yg juga terhutang.
8. Aku cuba manage my debt according to keperluan. Itu pasal aku sengaja delay bayar rent sebab aku tau landlady aku kaya raya. Tapi bila kene marah ni, trus aku bayar perabih utang rent sebab kalau kedai kene tutup, no more money masuk. Camner aku nak bayar utang2 aku kat org lain plak kan?
9. Tapi mengapakah pada minggu ni out of all the weeks this year!! Pertamanya, sekarang ni cuti, jadi sales aku drop gila2. Sekend, by this weekend, aku nak kene setel gaji macha yg akan balik forever. Dan thirdly, aku nak kene bayar gaji budak2 petronas yg keje ngan aku sebab diaorang nak pegi interbiu kat sidney (ke melben? Aku dah nyanyuk). Petronas yg kaya raya tak sapport makan diaorang kat sidney selama seminggu. Sapot formula 1malaysia berbillion2 boleh plak! Takkan aku nak biarkan diaorang pegi interbiu kebuluran kot!
10. Tapi tak baik kita tanya mengapa. Allah dah tentukan bukan. We just deal with it.
11. Pasal kebersihan kedai, aku dah susun strategi to tekel the problem day by day sikit2. Seriously aku takde masa dan tenaga untuk handle this problem. Alhamdulillah jugak bende ni ni berlaku minggu ni sebab kalau masa uni bukak, komfirm aku tergolek-dog. Dah 80% setel at this moment. Besok tinggal cat dan pelekat wallpaper. This weekend aku nak hangkut semua botol2 recycle pegi jual. Aku juga ada small katering ari Ahad. Dapatlah duit extra sikit.
12. Terima kasih kepada semua pekerje dan bukan pekerje yg tolong "men-gambling-tenaga" untuk meng-per-cunkan kedai aku.
13. Tapi di sebabkan landlady aku ..ehem, pompuan, aku tau dah. Memang akan ada bende yg dia tak puas ati nyer. Nak buat camner!!
14. Walau apa pon yg terjadi, aku akan tetap fight. I must fight. Aku sedar, realistically tenggok pada gayanya, kedai aku tak boleh bertahan lama. Bukan sebab tak laku. Tapi sebab increasing cost. Tapi aku tak kan give-up early. Aku TAK BOLEH give-up. Selagi aku tak bayar perabis utang2 aku.
15. Kalau selepas semua ini berlalu, bila aku dah takde kedai lagi, apa yang tinggal untuk aku hanyalah secawan teh tarik je, aku dah puas hati dah. Ehh .....melampau sanggat jiwang tu!! Chop! Semula-semula! Kalau selepas kedai aku gone, yang ada pada aku hanyalah spender masam yg koyak rabak pon, aku dah bersyukur.
16. Kalau ada orang kata kat aku masa tuh,
"Bodohnya engkau, kerje bertahun2 tapi tak dapat se-sen pon"
Aku hanya akan tersenyum.
Sebab aku tau, aku memang la miskin harta benda, tapi aku kaya raya dengan pengalaman.
Terima kasih Allah.
Sekian, terima kasih, wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
weyh mat.pehal lu jiwang plak awal pagi ni.dahla malam jumaat plak tu.li bikin gua saspisyes la.hak-ala,manede kitorang kebulur kat sydney nanti, aku make sure lauk lebeyh hari jumaat nnt aku bawak gi sydney simpan dalam peti ais kat hotel tu pastu masuk dlam mcrowave.setel.kedua,kau kidnap la arsad pastu mintak ransom kat encik sidek kalau tak kau jadikan arsad supervisor SB selama-lamanya.sure kau kaya on the spot nyer la.pastu lagi hape daaa kau nak risau ngan landlord kau tu dia kan cun.lagi marah lagi hot wacakap lu.takpe takde hal.esok hari jom cat kedai dengan warna2 yg telah dicadangkan oleh para peminat kau yg nak kaler coklat la ijau la kuning la bulat putih la.by sabtu iA kedai tu akan kita make over sampai jadi cun mcm abby abadi (before kawen).orite bro.cek2cekidauttt.
ko ko pawer renjes.
i can feel your pain.sapok our local scene!
biasalah business. untung sabut timbul untung batu tenggelam. apa2 pun aku mengharapkan semoga sb sukses selalu. insyaAllah. dan juga kepada plan kahwin rozita che wan kau. semoga dua2 jadi realiti. kami warga GheySA salute sama sb!
bro... simpati dari aku. Moga lepas ujian nih.
Kalau nak hias tu, kasi letak crystal ball disco kat siling tu. Ala yang 702 tu, pusing2 bila shoot dengan cahaya dia pantul... letak sekali spotlight warna warni. Kasi tema 70s. Lepas tu pasang lagu Seiring Sejalan (Hail Amir/Uji Rashid). Happening wooooo...!
Lepas tu jangan jual nasi kandar, sebab nak kena masak dalam kedai. Ko jual kasut la pulak. Tak pun jual alatan tulis.
gurau je bro... kasi happy sikit.
Make du'a brother..
dont be sad..
Allah always with u..
Targhib : Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Bahawasanya nabi s.a.w sering berdoa minta perlindungan kepada Allah Taala dari suratan takdir yang buruk, dari mendapat celaka, dari kegembiraan musuh (kerana penderitaan baginda) dan dari tekanan ujian.” (MUSLIM)
Al-Turkistani
ali bumaye ali bumaye
wah, kalau macam nih, aku pun nak plan makan lagi selalu kat kedai kau la, boleh? (but aku kena tgk wallet aku jugak)..
sabar bro, moga2 kau berjaya. aka ku support SB. semoga maju jaya (ayat dlam buku report sekolah rendah aku dulu).
Sabar bro.....jgn tutup dulu...
Aku tak sampai lagi kat kedai ko ni.....
alamak aih, mane nk makan kalo ko tutup kedai weh? SB ar tempat paling happening kat adelaide siot! aku siap dah plan bile dah kawen nnti isteri-to-be aku leh keje kat kedai ko haaha! harap2 kedai ko masih utuh berdiri time aku dah kawen takpon time ko dah kawen due atau tiga hahahha!
Post a Comment