Showing posts with label ayat. Show all posts
Showing posts with label ayat. Show all posts

Monday, April 12, 2010

Semakin Hari Semakin Muda

Salam,
"Jika ia fakta, ia bukan Poyo!" mangkuk 2010

1. Aku memang dah sedar aku ni dah tua. Aku tak pernah malu ngaku aku ni dah tua. Tiap2 ari bila aku tgk muka aku kat cermin, aku mesti kata pada diriku..
"Hmm...dah tua aku ni. Alhamdullilah aku insaf. Dan Alhamdullilah ........ masih ensem lagi aku rupa2nya."

2. Sebab tu aku tak pernah tanya bini aku,
"Yang! Aku ni dah tua ke?". Sebab aku memang dah tau yg aku ni dah tua.
Sebaliknya aku tanya bini aku
"Yang! Aku ni hensem lagi dak?".

3. Latest jawapan, Setelah pikir 2-3 saat.
"Hmm...sedap gak la mata memandang!"
Maksudnya tu , aku ni hensem le. Dia dok pikir 2-3 saat tu, utk carik ayat caber skit la. Kalau dia trus kata "HENSEM GILERRRR!". Dah tentu besok gak aku gi ngorat awek2 gojes yg berkeliaran di alam sekitar aku.

4. Tapi dalam aku pasrah menerima hakikat bahawasanya aku ni dah tua, banyak sungguh dugaan yg melanda. Silih berganti, saban hari, ade saje org yg cuba meruntuhkan keimanan aku terhadap status ke-tua-an aku.

5. Aku dah tak larat bilang dah, berapa kali org kata aku ni muda.
Ada org kata aku ni 25, ada kata 26.
Ada makcik panggil aku budak2.." Ala..makcik dtg ke adeled ni nak tgk camner budak2 meniaga.." . Makcik tu baru 40!

6. Dialog paling standard yg aku dah dengar berpuluh2 kali dah kat kedai ialah
Kastemer: Sapa bos ni dik?
Macha/Minachi: Tu la Bos saya.....Yg hensem, kacak, macho dan tuff dan hensem tu.....
Kastemer: Ehh ! MUDA nyeeeeeerrrr....

7. Arini pon dialog yg sama berlaku antara kastemer Makcik dengan pekerje gojes tapi bajet hawt aku. Kastemer tu siap tambah lagik.
Kastemer Makcik: Dia dah kawin ke belum?
Perghhh!
Kan aku dah kata! Makcik-makcik memang tak boleh menahan gelojak gelora nafsu bila tengok aku. Bila la anak2 makcik plak yg teruja nafsunya entah.

8. Lepas tu, pekerje tinggi bajet model aku plak kata kat aku
"Ramai kawan2 saya tak caya langsung bila saya cakap Abang Mangkuk ni dah tua".
Perghh!
Memang benarlah tanggapan aku selama ini. Bahawa namaku bermain2 di bibir2 mulus gadis2 muda remaja seantaro Adeled. Ngumpat pon ngumpat la....

9. Tapi aku sikit pon tak heran bila gadis2 dan makcik2 ni semuanya nampak aku ni muda. Sebab aku paham sangat orang pompuan ni.
Orang pompuan ni mudah je!
Bila dia minat kat seseorang tu, apa2 cacat-cela yg ada pada laki tu, dia langsung tak nampak.
Pandangan mereka seolah2 tertutup, terhijab or terpesong.

10. Tak caya? Cuba tgk berapa banyak gadis2 gojes dan hawt yg kawin/kapel ngan laki biasa, botak, gemuk, pendek, etc, yang tak kaya pon.
Bila orang pompuan dah minat tu, laki yg gemuk dia kata cuddly, yang tembam dia kata cute, yang botak dia kata macho, yang hitam dia kata manis, yang kuat jeles dia kata "bcoz he loves meh", yang jahat dia kata hawt, yang berbulu dia kata subur, yang kuat meraba dia kata mesra.

11. Jadi kepada adik2, kakak2, makcik2 dan nenek2 yang kata aku ni nampak muda, aku tau engkorang ni sebenarnya "MINAT" kat aku.
Sebab tu engkorang tak nampak pon aku ni dah tua!

12. Tapi engkorang tentunya tak minat kat aku sebab aku ni "muda". Sebab berapa banyak org muda kat atas dunia ni, engkorang tak plak cakap kat org2 muda ni, "Ehh! Kau nampak muda la"
Jadi minat engkorang kepadaku sudah semestinya kerana aku ni hensem.

Jadi terima kasih lah kerana mengatakan aku ni hensem secara tak langsungnya bila kau kata aku ni muda.

Tak pe beb! Wa paham!

Sekian, mekaseh, wassalam

Monday, December 7, 2009

The Steam-Cutter: Part 3: Eclipse !!

my honey!!! muahhahahha
Salam,

Berikut adalah ilmu yg merbahaya. Ilmu ngelat apabila di tanya "soalan2 hot" oleh anak sendiri!! Gunakan ketika perlu sahaja. Amaran Keras. Penyalah-gunaan ilmu ini, boleh menyebabkan otak anak anda mereng!

No 1: Jgn menipu! Sebab budak2 akan tau lambat laun yg kau telah tipu dia.
Contohnya bila dah besar dia akan tau yg Santa Klos/Spiderman/Superman etc tak wujud, makan ais krim banyak2 tak rosak gigi kalau kau gosok gigi dan hantu tak pernah bunuh sekor manusia pon sejak zaman nabi adam lagi.

No 2:
Bila budak2 tanya soalan2 "hot", mula2 kau try create doubt dlm mind dia.

Soalan Contoh: "Papa, What is seks?"

Dan response kau ialah....
" Betul ke Muhammad dengar perkataan seks? Buku teks kot? Muhammad nak brapa banyak buku teks? Subjek apa?"......takpon
" Muhammad dengar perkatan sax kot? Sax adalh singkatan kepada saxaphone, iaitu sejenis alat muzik yg macam belalai.......ehh cukuplah setakat tuh jawapannya"

No 3:
Apa2 soalan dari budak2, kau pusing balik/tala soalan tu kat budak tu. Biar dia yg kene pikir balik. Baru dia pening dan fedap!! Wakakkaka

Soalan Contoh sekali lagi: "Papa, What is seks?" dan response kau ialah...

"Hmm...what do u think sex is? Why don't U tell me!"......
Hamik kau.Tanya sanggat soalan pelik2 kat aku.

No 4: Tukar topik dengan counter soalan yg aggressive. Again shift the balance of answering to the kid. Cilok baeek punya.

Eg: " Why do u want to know about sex Muhammad?"
Asalnya dia dok tanya menatang apa tu seks, tetiba dia plak kene pikir kenape dia plak nak tau pasal seks. Pening kepala budak tu.

N0 5: Yg ni jahat gila. Muahhaha. Kau terus attack dengan pukulan maut. Kau put the blame/burden kat budak tuh.

" Why do you ask? Do you like sex now Muhammad? Whos yr girlfren?"
Wakakkakaka.....mampus kau. Komfirm anak kau akn down giler sampai nangis2 nyer.

-------------------------------------------------------------------------------------------
So, berikut adalh lakonan semula conversation aku dan Muhammad lepas keluar dari kedai optometris tuh................

Md: " Papa? Why did that perempuan Cina called U honey? What does honey means?

Alamak. Aku tau dia dah terdengar. Jadi tak boleh menipu. Tapi aku tak nak bagitau dia yg perkataan honey tu agak "kontroversi" skit!....So aku create doubt.

Papa Hensem:
" Are u sure that u heard she called me honey? it could be money?"
Md: " No, she called u honey. I heard it! What does honey means"
Apalaga, suruh dia lah yg jawap.

Papa Hensem
: " What do u think that it means Muhammad?"
Md: " I dont' know that! What does it means?"

Budak nih. Apalaga. Attack mode is ON!

Papa Hensem: " I heard she called u honey too!!"
Md: " But I am a sweet little kid. But you are old papa. I can see that u got white hair when u asleep. You are not like me......."

Papa Hensem: " Wooo!! Wait a second. So its okay if she called u honey but when she called me honey, its not okay? I think u are jelous Muhammad!"
Md: " NOO!! I am not jelous......"

Papa Hensem: " Do u think that she is gorgeous? Do u like her?"
Md: No....She is not gorgeous... So why does she called u honey Papa?"

sebok la budak nih!

Papa Hensem: I dont know....maybe she like me Muhammad!! Muahahhahaha
Md: NOO. Papa! Why do u like young girls?"
Papa Hensem: NOO! I dont like young girls Muhammad. Papa only likes young "gorgeous" girl. Huge different there!!"

Md: Nooo. So what does honey means Papa?

tak habis2.


Papa Hensem: Why dont u ask mama. Tell her that a young gorgeous girl called papa honey!! Muahahhahah
Md: Yea.. I will ask her what honey means.

Okaylah. Cukup la setakat tu aku torture anak aku. Aku serrender

Papa Hensem: Do u still wanna know what honey means?
Md: Yea
Papa Hensem: Honey is like calling someone "darling". I told u that she likes me Muhammad. Muahhahahha..
Md: Noooooooo!!....

Padan muko hengkau!

And this wednesday, aku ada secend appointment jumpa dia jugak. Dia insist!! Aku nak buek camno. Dia kan doktor mata! Kita kene dengar cakap doktor. Lebih2 lagi doktor yg cun.
Aku kene buat sekend appointment sebab optik nerve aku besar gajah. Patutla aku ada X-Ray Vision

So sesape yg takde kerje, boleh dak jaga muhammad jap dari pukul 4 sampai aku abis tekan ayat. Aku belanja makan free 3 hari!!

TAMAT series

Sekian, mekasey, wassalam.



Sunday, December 6, 2009

The Steam-Cutter: Part 2: New Moon !!

Salam,
continue from part 1

1. So awek optometris muda (mid 20s kot....nanti aku tanya dia!!) tu pon chekap la aku dulu sebab dia takut Muhammad gabra kalau dia yg kene chekap dulu. Sambil dia chekap aku pon beramah-mesra dan bermanja-manjaan lah ngan awek tu. Muhammad aku tgk macam tak amik pot pon sebab dia dok syok main ngan kanta pembesar ngan cermin2 yg mcam2 sais kat situ.

2. Sekali awek tu bagik instruction kat aku,

" Honey!! Can U put yr chin on this strap and press yr forehead on this top part?"

Hulamek!! Awek tu panggil aku honey? Trus, secara refleks, aku jeling ke Muhammad, kot2 dia terdengar. Fuhh selamat, dia still dok syok main ngan cermin kat situh.

Selang seminit lepas tuh, kedengaran lagi suara merdunya di bawa angin yg berlalu

" Can u look at my right ear Honey while I shine this light ........."

Bergetar jantungku di goncang syaitannnnn!!
Muhammad still nampak macam tak amik pot!

3. Honey? Its sort of weird choice of word. Honey ni bagik aku, agak intimate. Macam org panggil husband, balak atau anak-anak sendiri. Normally kau tak panggil stranger "honey". Kau panggil, first name dia ke, "dear" ke, "sir" ke (Old british style. Zaman skang org tak pkai sir dah!). Tak pon kau tak panggil apa2 nama pon takpe.

4. So, bila awek tu panggil aku honey, sudah tentu sebab dia dah syok kat aku!!!! Kui Kui Kui Kuih Rayaaaa...

5. Pastu Muhammmad nyer turn plak kene chekap. Dia pon kene panggil honey....honey do this, honey do that. Tapi tu biasa lah kan sebab dia kan budak. Aku pon tak amik pot. Walupun ada lah sikit2 trasa jeles!!


6. Tup tap tup tap, settle chekap. Awek gorgeous tu kata both mata aku dan Muhammad perfect. Tak payah pkai spek. Muhammad sedih sebab dia mmg teringin sanggat nak pakai spek sebab dia nak jadi macam Harry Potter. Gatal je mulut aku nak cakap Harry Potter tu loser sebab selambe je biar member cun dia/Hermione di rembat oleh best fren dia/Ron, sampai terpaksa Harry kutip sisa2 org lain iaitu Ginny adik Ron yg biasa je!! Kalau aku, dah lama dah aku "avada kadavra" Si Ron tu.

7. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari tempat optometris tersebut dgn langkah yg berat dan masih di alam lamunan, Muhammad terus tanya aku.......

" Papa? Why did that perempuan Cina called U honey? What does honey means?"

Halamak! Aku inggat dia tak dengar. Ciss!! Telinga batman ke hapa nih!

To Be Continued

Sekian, makasey, wassalam

Saturday, December 5, 2009

The Steam-Cutter: Part 1: Twilight!!

La takrabuzzina!! Mana IC dan Kad Nikah? .....Garang sungguh Ustad Kangaroo ni!!

Salam,

1. Sejak kecik2 lagi aku dah perasan anak aku, Muhammad, 7 yo, memangla berbakat untuk kerje ngan JAIS. Masa dia belum boleh bercakap lagi, hanya baru start belajar berjalan, dia dah beberapa kali membuat serbuan sewaktu aku berkhalwat ngan bini aku. Sebab tu aku bagik codename "Pegawai Pencegah Maksiat" kat dia kalau aku nak cakap pasal dia ngan bini aku, depan2 dia.

Contohnya: "Bilalah pegawai pencegah maksiat ni nak masuk tido malam ni ye? Tak boleh carik makan la kita nampaknya."

2. So, tersebutlah al-kisah, 2 minggu yg lepas, seorang mamat "yg tak boleh di britahu namanya" telah ter-merembat bola tepat kat bijik mata aku.
Aku tak boleh BRITAU nama atau TUNJUK sapa dia, sebab itu dah di kira ngumpat!

KO aku kat situ kejap. Lepas tu habis mata aku lari alignment dekat semingggu lebih. Oleh kerana bekap plan aku kalau kedai aku pelingkup ialah untuk menjadi seorang Sniper Assassin, maka aku pon buat lah apointment untuk jumpa optometris.

3. Cakap pasal optometris ni, teringat aku kisah salah sorang otai Adeled yg jumpa jodoh dia dgn seorang optometris "hot" masa dia buat chekap kat mesia. Jadi aku bajet yg semua optometris mestilah hot kalau gitu. Jadi masa aku buat appointment tu, aku dah mengharap dah, manelah tau ada rezeki aku, kot-kot terjumpa dan ter-mengorat optometris ozzy, cun, blonde dan body mantap.

4. Akan tetapi, seperti biasa, Muhammad "The Steam-Cutter" telah kcau-line. Aku dapek surat dari cikgu dia yg Muhamamd fail exam mata dia kat sekolah, dan dia pon kene checkap mata. So, nak buek camno. Terpaksalah aku booking double appointment untuk aku dan Muhammad sekaligus lah. Pasrah aku.

5. Pada hari yg bersejarah itu, memang sungguh aku terasa lain skit. Terasa macam melayang2. Terasa macam extra sikit.. Aku tau yg aku adalah hensem, tapi pada hari tersebut, aku terasa sungguh "extra-ensem". Tak tau lah kenape. Mungkin sebab ianya adalh anugerah Allah. Alhamdullilah. Ataupun sebab aku tido 2 jam je semalam sebab dok stay-up tengok cerite "twilight", so aku rasa.....ermm..fuzzzy sebab tak cukup tido dan dok feeling lovey-dovey slepas tgk cerite romatik tanpa sebarang romen.

Kristen Stewart, awkwardly gorgeous. Makes the film bearable.

6. Sekali bila aku jumpa optomteris aku, Tuu Diaa! Mak Datuk! Giloss! Mimpi menjadi realiti duh! Cun banget! Asian, Vietnamese, possibly mixed sebab idung dia mancung sangat, slang ozzy bau vegemite. Dah lah suara halus nak mapus ala2 liv tyler dlm Lord of the Ring gitu. Nak kata macam bidadari tak boleh la bro, sebab bidadari tentu lah lagi cun dan....ehem tetek dia tentulah besar la skit dari awek ni. Tapi ni dah kira lawa nak mampos dah lah ni.

7. Tapi, yg lebih menyebabkan aku berada awang-awangan, dengan mulut terlopong, air liur basi meleleh-leleh dan jantung aku tertekan button pause tu, ialah, dah lah dia cun, dia dressing dan make-up gile babi sebijik mcam dlm cerite mat salleh awek2 nak gi prom gitu. Maka aku pon bagi ayat sedas

" Wow! Is that your normal dress, or are u going somewhere after this? Do you have dinner or somethin'?"

Maka awek tu pon tergelak2 manja sambil menjawap

" Hihihii, No! This is my normal everyday summer dress. Thanks for the compliment"

Ker-ching! Ker-ching! Response yg memberangsangkan nampaknya.

8. Aku tahu, pada saat ini, ramai budak2 pompuan, pembetulan, SEMUA budak2 pompuan dan setengah2 budak lelaki yg jeles akan berkata

"Woi! Anak kat sebelah pon ada ati nak tekel awek lain! Gerenti awek tu bo-layan-nya. Belah -lah lu!"

9. Tapi sebenarnya ada anak ni lah yg best. Org pompuan akan inggat aku ni "safe", ie takkan ayat diaorag nye lah. Jadi they keep their guard down. Paling best kalau ada baby! Konfirm cair mana2 awek!

10. Maka bermulalah lakonan aku ala2 pelakon pembantu lelaki terbaik Academy Award yg memegang watak selaku "bapak mithali"....................

To Be Continued................

Sekian, mekasey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails