Tuesday, June 20, 2017

Kenapa Melayu Perlu Sedih Taim Raya?

Aku bosan gile dengan perangai melayu ni yg taim raya2 ni mesti nak fefeeling sedih bagai.
Walaupun kau takde satu bende nak sedih pon, tapi kau nak jugak rasa sedih. Nak kata tak balik kampung, memang dah balik. Nak kata miskin tak jugak. Nak kata ada sedara ninggal, tak pulak. Tapi ntah lah, mesti sedih gak. Tak sedih, tak raya la.
Pesta kesedihan ni kalau boleh diaorang akan start awal2 lagi. Standard zaman skang ni, masuk ramadhan je dia akan start dengan iklan2 raya yg sedih. Abes jadi viral semua org pakat share dan nangis sorang2 ngadap henfon bawah selimut tengah malam.
Pastu seminggu seblum raya, radio2 dah start dah pasang lagu2 raya yg kalau kau perati 95% tema sedih kot. Ce petik satu lagu raya yg gembira selain lagu "Mintak mak kuih sepotong" Saloma tu? Haaaa tau takpe.
Pastu pagi raya bila bangun je, kene tangkap mood syahdu dulu sambil pakai baju melayu yg fuhh hangat bau kedai tu. Pastu gi kubur plak yg aku tak tau apa motifnya kene pergi pagi raya tu jugak. Padahal sehari seblum tu kau dah pergi dah ke kubur tu utk kemas2 buang lalang, sampah bagai utk nampak cun pagi raya, tapi kau tak sedih plak time tu? Memang pelakon terbaik nah ambik anugerah ABPHB 2017.
Pastu lepas solat raya lentok seround lagi pulak dah taim bile kene beratur mintak maap dgn tok nek mak ayah bagai. Apa jahat benar anak durhaka sangat ke kau ni selama ini setahun kau langsung tak pernah salam dan mintak maap dgn diaorang? Kenapa taim raye je nak salam? Patut Allah petir je korang ni.
Hari raya bagi org Islam adalh hari kemenangan yang mesti di sambut dengan perasaan yg sangat2 gembira. Kau bangun pagi raya tu kau mesti kene feel macam nak terlompat2 macam nak naik flight gi jalan2 ke UK, macam bila kau duduk kat roller coaster dan mamat tu jerit "are U Ready!!!", macam malam pertama bila bini kau dah terbaring separa bogel atas katil.
Ini tidak. Melayu pagi raya wajib mandom. Bagi mereka, diaorang "kesedihan itulah kegembiraan" di hari raya.
Oleh itu sempena hari ini hari ke 27 Ramadhan dan insyaAllah malam lailatul Qadar, aku ingin mendoakan "kegembiraan" untuk kesemua kaum Melayu.
Ya Allah!
Menjelang Syawal tahun ini, kepada melayu2.......
Yang kaya, kau papa kedana kanlah.
Yang mempunyai rumah, kau bakarkanlah.
Yang mempunyai kampung halaman, kereta mereka kau kemalangankan-lah.
Yang beribu bapa, kau yatim piatukan lah.
Yang mempunyai anak, jari2 mereka kau putuskanlah.
Kerana bagi bangsa ini Ya Allah, kegembiraan mereka di hari raya adalah kesedihan. Jadi gembirakan lah kaum melayu ini Ya Allah dengan mensedihkan mereka.
Fatah Amin

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails