Showing posts with label kereta doktor. Show all posts
Showing posts with label kereta doktor. Show all posts

Saturday, September 18, 2010

Liat Jugak Nyawa Bini Aku Ni!

Salam,

1. Rabu lepas bini aku dah komplen dah dia trasa macam nak amik sick leave sebab dia trasa macam nak demam. Tapi orait je dia pagi Rabu tu aku tengok. So dia pegi kerja gak la. So aku assume biasalah ni. Syndrome org tua2 yg dah tak de kudrat.

2. Malam tu tu je, terus bini aku KO. Punya lah tak larat gamaknya sampai KO kat lantai ruang tamu, depan heater. Terpaksalah aku heret tilam pegi ke dapan gak. Takkan la aku tido sengsorang dlm bilik kan. Aku ni kan manja. Tiap malam sebelum tidur kene cium bini. Tapi dia letih arini. Tak nak kacau la.

3. Kamis pagi tu aku punyalah kalut, aku tak sempat nak antar anak aku yg kecik, Usna pegi childcare. So dia dok rumah lah ngan bini aku. Aku tau dia akan kacau bini aku nyer. Maklumlah budak2 pompuan. Mulut pot pet pot pet, ngan dinding pon diaorg boleh ajak bersembang dua tiga jam.

4. So aku kerja air Kamis tu penuh dgn kekalutan. Sebab aku bajet nak balik awal, pkul 2pm utk pikap Husna, bawak keluar, so bini aku boleh rest sikit sengsorang. Alih2 pukul 3 baru aku sempat balik.

5. Aku tengok rumah dah macam tongkang pecah di kerjakan Usna! Bini aku, masih tergolek beriktiqaf dlm selimut kat ruang tamu. Nak bercakap pon mcam orang kene stroke. So aku bawak Usna dan Muhammad pegi main2 kat playground. Sejam gitu aku hantar diorg balik dan pegi balik kerja.

6. Dalam maghrib gitu, aku dapat call. Muhammad call aku. Dia kata
"Papa! Mama sakit perut"
.
Alamak. Aku tau. Bini aku mesti tak makan apa2 sebab tak lalu, so dia dah kene gastrik. Aku pon cakap,
"Okay2! Papa balik sekarang."


7. "Sekarang" utk aku maskudnya paling koman sejam. Sebab aku bukan kerja pkai punch-card. Boleh masukkan card tu pastu chow. Aku kene kemas kedai dulu, sapu sampah, mop etc.

8. Lagipon ni "bini" je pon. Bukannya "aweks". Kalau aweks, dia call je, aku dah terus pegang kunci kereta. Dia cakap baru cakap "Hai", aku dah masuk gear tiga.

9. So lepas tutup kedai aku trus pegi farmacy dan beli ubat2 standard. Cordral Day and Night Formula (utk demam selsema) dan Buscopan (utk gastric). Tengah aku merempit balik, tetiba dapat SMS bini aku mintak aku belikan antibiotik plak!

..power..

10. Damn. Kat sini antibiotik adalah barang terkawal. Kene prescription drp doktor. Kalau kat Malaysia kau sempoi je boleh beli kat farmasi mcam kau beli pil tongkat ali dan kondom kan?

11. So nasib baiklah aku kenal adalah dalam lima enam doktor Melayu yg kerje GP kat sinih. Pilihlah yg mana satu idaman kalbu. So lepas aku amik prescription "for free" (TQ Zaki), pergilah balik aku ke farmasy utk beli ubat tu.

12. Last2 sampai gak aku kat rumah, pukul 9pm, kira2 2 jam selepas mendapat pangilan kecemasan tadi. Pergh! Kalau bini aku kene heart attack ke apa2 yg serius tadi ni, dah lama dah gol ni. Mayat dah sejuk dah! Dah keras! Kecewalah aku kerana terpaksa mencari duit utk kawin ngan bini baru. Alangkah tidak seronoknya!

13. Aku pon pot pet la kat bini aku, apsal tak makan, kan dah sakit perut, bla. bla bla. Bini aku cakap tak boleh makan sebab tekak dia sakit, bila nak telan terasa perit, makanan jam. Dia nak bercakap pon mcm susah. Sempot2 gituh. Macam bateri weak. Alangkah nikmatnya klau ari2 begini. Aman gegendang telinga aku.

14. Dia kata ni demam pelik. Satu badan abis bateri. Sendi lenguh2. Dia tau dia panas, tapi dia mengigil bwah selimut. Kepala macam nak pecah. Selsema, pastu bla bla bla bal bla...aku dah tak nak dengar! Sebab aku dah lari jauh2! Ni ntah2 SELSEMA BABI! Pelik smacam je. Tak nak aku dok dekat2.

15. Lagi 3-4 hari ni aku ada event besar. Moon Lantern Festival. Aku tak de masa utk sakit2 ni! Aku nak kene pulun buat satay, kuah kcang, rendang etc. Kalau aku sakit, sapa nak buat kerja? No work no money. No money no berbini lagi. No berbini lagi, no happy. No happy because I got lots of mani.

16. So, malam tu masa tidur, aku make sure ada "tembok besar negeri cina" antara aku dan bini aku. Tembok itu bernama Husna. Aku sanggup mengorbankan anak aku untuk kepentingan diri sendiri. Aku tak kisah. So bini aku tido bucu sana, dan aku tico bucu sini. Selimut pon lain2. Cium? Boleh belah!

17. Again, besoknya Jumaat tu, aku kerja kalut2 pastu balik amik Husna bawak jalan2 sejam gituh. Tapi aku dah pesan kat bini aku malam tu aku tak boleh balik awal. Aku kene start masak/preps untuk rumah terbuka "The Legends of Taiko Karats" besok.

Cepat2! Kita nak main bola.

18. Sekali, budak2 ni kata ada futsal pukul 1000 malam tu. Alamaks!
Moto hidupku: "Tiada yg lebih penting di dalm dunia ini, selain drpd sembahyang, melainkan berbola-sepakan."
Pukul 945 malam aku sampai rumah malam tu, aku tgk semuanya dah tergolek. Chanteek! Aku pelan2 amik kasut bola, pastu....Yaaaaahhhhuuuuuuuuuuuuu!

....Tolonglah rembat bijik mata kanan Sirul (keper hampeh)...Tolonglah!

19. Pukul 1130 baru balik rumah. Belajar bertwitter skit, bukak account fesbuk baru 2-3 account2, baca news,...pkul 2 pagi baru aku tidur. Cium? Hishh! Tanak aku! Aku tengok dia dok pakai baju yg sama sejak rabu arituh lagi! Dah sah tak mandi! Uweekssz!

20. Pukul 6 pagi aku dah kat kedai sambung projek open house Legends. Pukul 10am baru aku balik rumah balik. Nasib baik Sabtu aku tak kerja! Boleh beraya sakan!

21. Tapi, Ya Allah! Bila aku balik rumah pagi tu bini aku masih dok beriktiqaf kat spot yg sama sejak 3 hari yg lalu. Rambut dia dah terpacak2 macam kene elektrik shock. Olololololololo...kesiannya. Tapi tak mati2 pulak bini aku ni. Liat jugak nyawa dia ni! Hish! Kalau mati kan senang. Tak payah aku madukan dia. Boleh aku berbini baru tanpa sedikit rasa bersalah pon.

22. So pagi Sabtu tu aku pergi beraya kat rumah "the Legends" seperti Duda Berhias. Bini-less. Nasib baik aku bawak anak2 aku. Klau tidak, dah selamat dah aku di baham gadis2 Adeled pada hari itu.

"The Lejeng". AK, AfiqAsjay, Naim, Ise', dan Lejeng Import Que. Awek lejeng yg kanan tu Patin.

23. Balik je ke rumah tengah hari tuh, aku ajak bini aku pergi beraya kat rumah org lain plak. Jalanlah sikit kan.
Demam ni sebenarnya macam org perempuan.

Lagi di layan, lagi naik lemak. Di beri betis nak peha. Di beri peha, nak zakar. Susah lah nanti kene mandi wajib. Kang bil air naik!

24. So akhirnya bini aku keluar lah jugak beraya petang tu ke Mount Barker. Skang, arini ni, Ahad, dia dah nampak okay dah. Tapi anak aku pulak yg demam! Siapa? Husna, my "tembok besar negeri cina"! Yes! Taktik aku menjadi. Aku selamat!

25. Pergh! Mungkin aku kene pergi beraya di Open Day MASCA/UMNO ari ni bini-less dan anak-less.
Alamak!
Ya Allah! Selamatkanlah aku drpd godaan2 rakus gadis2 Adeled nanti.
Sesungguhnya insanMu ini ada many-many mani but no money untuk berbini.
... lagi !

Sekain. mekasey, wassalam.

p/s: - Skang ni mcm ada wave. Lepas sorang2 demam. Ada virus yg agak brutal kot nih. So kalau trasa kau demam "lain macam" je, jgn segan2 jumpa doktor cepat2.
- Swinging Bowl boleh cater untuk kenduri arwah.
Untuk kawan2, harga $5.oo sekepala. Kepala mayat tidak di ambil kira.

Wednesday, December 9, 2009

Awek malang: KB Mall stunt-show and Breast Inspector

Salam,

1. Few days ago, ada awek tingkatan 5 ni rempuh dinding parking lot tingkat 3 di KB Mall

dan terus jatuh tengah2 escalator

terus ke tingkat bawah. 3 tinggkat tu bro!!
Stunt man pon tak berani buat ginni....

2. Malangnya, 2 org budak pompuan yg dok atas escalator mati dan sorang lagi cedera parah. Drebar dia cedera ringan shj.

3. Aku tak nak komen apa2 pasal kenape dinding parking tu tak di steel reinforce kerana mmg ada danger di rempuh kereta.

4. Walaupun aku gatal tangan nak kutuk "the female driver", tapi dalam kes ni memang dia TAK BERSALAH langsung! Dia mmg tak tau bawak keta. Abang "angkat" dia yg suruh dia jadi drebar masa dia nak jump start keta dia yg mampus.

Ni la punca kete dia mampus kot. Speaker besar gaban!! Mane tak abis bateri.

5. Awek tu telah mengikut arahan "abang angkat" dia sebigik-sebijik iaitu "masuk gear, lepas clutch dan tekan minyak KUAT2". Malangnya abang tu tak bagik arahan nak buat apa lepas kerete dah bole start. Contohnya, " Masuk gear neutral dan TEKAN BREKK" sebelum kau langar dinding depan tu.

6. Abang angkat dia , 27 yo, bole lah di katakan agak mangkuk gak dalm kes ni. Pertamanya, kenape lah dia lari lepas eksiden tuh? Tak nak check ke adik "angkat" (gerenti awek dia ataupun ada ati nak buat awek dia lah ni) dia hidup ke mati? Langsung tak macho! Kenape plak nak lari? Bukannya buat salah pon.

7. Keduanya, bukankah kau parking kat atas bumbung. Ape susah2 nak suruh budak pompuan tu jadi drebar masa kau tolak? Brader. Lu tolak lah ke jln turun ke bawah tuh, pastu lu lompat masuk la, jumps start sendiri la masa kete kau dok meluncur ke bawah tuh. Sorang je sudah bisa bikin. Tapi nak buat camne lah kan. Malang tak berbau. Mungkin aku pon akan buat kesilapan bodo gini satu ari nanti. Mintak jauh! Amin.

8. Tapi bila aku tengok gamba ni memang la aku tepuk dahi. Ni adalh awek drebar keta tadi.

Mamat-mamat 2 ekor yg dok "menjamah" awek ni doktor ke attenden ambulan? Bedasarkan kehadiran mereka di lokasi, dah sah2 diaorg ni org ambulan dan bukannya doktor. Mana ada doktor Msia naik ambulan treat pt kat lokasi eksiden. Doktor m'sia terlampau bizi kerje dan dok kira duit kot!!

9. Gamba ni agak pelik siol. Aku dulukan budak medik. So aku dah buat ntah brapa banyak first aid course, follow panjat masuk ambulance ronda2 Adeled dan aku dah lepak kat emergency room RAH, QEH, WCH dan Lylle Mac. Walaupun aku fail medik, tapi aku tak fail subjek first aid!

10. So, "apeke-menatang-haram-jadah" mamat-mamat dua ekor tu tgh dok buat ni?

Pertamanya: Awek tu baru lepas eksiden, kau nak pegang dada dia buat apa? Bonjol kat dada dia tu bukannya bengkak sebab eksiden brader. Itu namenyer tetek!

Keduanya:
Kau sandarkan badan awek tuh kat kaki dan kepala awek tu kat peler attendent ambulance pkai seluar ijau tuh buat ape? Mamat tu volunteer bagik kaki/peler dia ke? Kau nampak dak dinding dalam dua jengkal je dari brader seluar ijau tuh (seluar sepital ni). Tak boleh ke kalau kau sandarkan awek tu kat dinding tu masa kau check dia?

11. Correct procedure masa lepas trauma, especially head trauma macam dalm kes ni, ialah "complete immobilization" of the head and neck, ie biar mangsa terlentang atas lantai je gitu. Pastu kau pakaikan neck brace dan transfer onto a stretcher with minimal movement. So spine patient tak gerak2. Lepas sampai sepital dan xray kata tulang blakang orait, baru patient tu bioleh di gerakkan ikut suka kau.
Ni la cara yg betul.....Tau pon buat!

12. The danger is kalau tak ikut procedure ni, kotnya tulang tengkuk (cervical) dia patah, bila patient tu bergerak, spinal cord dia boleh get injured, so boleh jadi lumpuh!

13. So aku tak tau la plak, sejak bila kau boleh abaikan protocol tersebut dan hanya letak kepala mangsa kat celah2 peha kau dan lapik kepala dia ngan peler kau. Adakah sebab dia ni "gewe", sebab tu kau buat camtu? Kalau lah mangsa ialah fatty makcik, boleh tercabut lutut kau nak sapport dia doh!

14. Mungkin ni adlah the latest protocol untuk patient with head injury kot. Mungkin gak, aku tak tau sebab aku dah lama tak update ilmu first aid aku kot. Tapi yg pastinya, aku takkan buat camtu. Sebab kalau kepala awek tu bersandar kat peler aku, kompirm dia takkan dapt sandaran yg empuk nyer.

Sekian, mekasey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails