Saturday, September 18, 2010

Liat Jugak Nyawa Bini Aku Ni!

Salam,

1. Rabu lepas bini aku dah komplen dah dia trasa macam nak amik sick leave sebab dia trasa macam nak demam. Tapi orait je dia pagi Rabu tu aku tengok. So dia pegi kerja gak la. So aku assume biasalah ni. Syndrome org tua2 yg dah tak de kudrat.

2. Malam tu tu je, terus bini aku KO. Punya lah tak larat gamaknya sampai KO kat lantai ruang tamu, depan heater. Terpaksalah aku heret tilam pegi ke dapan gak. Takkan la aku tido sengsorang dlm bilik kan. Aku ni kan manja. Tiap malam sebelum tidur kene cium bini. Tapi dia letih arini. Tak nak kacau la.

3. Kamis pagi tu aku punyalah kalut, aku tak sempat nak antar anak aku yg kecik, Usna pegi childcare. So dia dok rumah lah ngan bini aku. Aku tau dia akan kacau bini aku nyer. Maklumlah budak2 pompuan. Mulut pot pet pot pet, ngan dinding pon diaorg boleh ajak bersembang dua tiga jam.

4. So aku kerja air Kamis tu penuh dgn kekalutan. Sebab aku bajet nak balik awal, pkul 2pm utk pikap Husna, bawak keluar, so bini aku boleh rest sikit sengsorang. Alih2 pukul 3 baru aku sempat balik.

5. Aku tengok rumah dah macam tongkang pecah di kerjakan Usna! Bini aku, masih tergolek beriktiqaf dlm selimut kat ruang tamu. Nak bercakap pon mcam orang kene stroke. So aku bawak Usna dan Muhammad pegi main2 kat playground. Sejam gitu aku hantar diorg balik dan pegi balik kerja.

6. Dalam maghrib gitu, aku dapat call. Muhammad call aku. Dia kata
"Papa! Mama sakit perut"
.
Alamak. Aku tau. Bini aku mesti tak makan apa2 sebab tak lalu, so dia dah kene gastrik. Aku pon cakap,
"Okay2! Papa balik sekarang."


7. "Sekarang" utk aku maskudnya paling koman sejam. Sebab aku bukan kerja pkai punch-card. Boleh masukkan card tu pastu chow. Aku kene kemas kedai dulu, sapu sampah, mop etc.

8. Lagipon ni "bini" je pon. Bukannya "aweks". Kalau aweks, dia call je, aku dah terus pegang kunci kereta. Dia cakap baru cakap "Hai", aku dah masuk gear tiga.

9. So lepas tutup kedai aku trus pegi farmacy dan beli ubat2 standard. Cordral Day and Night Formula (utk demam selsema) dan Buscopan (utk gastric). Tengah aku merempit balik, tetiba dapat SMS bini aku mintak aku belikan antibiotik plak!

..power..

10. Damn. Kat sini antibiotik adalah barang terkawal. Kene prescription drp doktor. Kalau kat Malaysia kau sempoi je boleh beli kat farmasi mcam kau beli pil tongkat ali dan kondom kan?

11. So nasib baiklah aku kenal adalah dalam lima enam doktor Melayu yg kerje GP kat sinih. Pilihlah yg mana satu idaman kalbu. So lepas aku amik prescription "for free" (TQ Zaki), pergilah balik aku ke farmasy utk beli ubat tu.

12. Last2 sampai gak aku kat rumah, pukul 9pm, kira2 2 jam selepas mendapat pangilan kecemasan tadi. Pergh! Kalau bini aku kene heart attack ke apa2 yg serius tadi ni, dah lama dah gol ni. Mayat dah sejuk dah! Dah keras! Kecewalah aku kerana terpaksa mencari duit utk kawin ngan bini baru. Alangkah tidak seronoknya!

13. Aku pon pot pet la kat bini aku, apsal tak makan, kan dah sakit perut, bla. bla bla. Bini aku cakap tak boleh makan sebab tekak dia sakit, bila nak telan terasa perit, makanan jam. Dia nak bercakap pon mcm susah. Sempot2 gituh. Macam bateri weak. Alangkah nikmatnya klau ari2 begini. Aman gegendang telinga aku.

14. Dia kata ni demam pelik. Satu badan abis bateri. Sendi lenguh2. Dia tau dia panas, tapi dia mengigil bwah selimut. Kepala macam nak pecah. Selsema, pastu bla bla bla bal bla...aku dah tak nak dengar! Sebab aku dah lari jauh2! Ni ntah2 SELSEMA BABI! Pelik smacam je. Tak nak aku dok dekat2.

15. Lagi 3-4 hari ni aku ada event besar. Moon Lantern Festival. Aku tak de masa utk sakit2 ni! Aku nak kene pulun buat satay, kuah kcang, rendang etc. Kalau aku sakit, sapa nak buat kerja? No work no money. No money no berbini lagi. No berbini lagi, no happy. No happy because I got lots of mani.

16. So, malam tu masa tidur, aku make sure ada "tembok besar negeri cina" antara aku dan bini aku. Tembok itu bernama Husna. Aku sanggup mengorbankan anak aku untuk kepentingan diri sendiri. Aku tak kisah. So bini aku tido bucu sana, dan aku tico bucu sini. Selimut pon lain2. Cium? Boleh belah!

17. Again, besoknya Jumaat tu, aku kerja kalut2 pastu balik amik Husna bawak jalan2 sejam gituh. Tapi aku dah pesan kat bini aku malam tu aku tak boleh balik awal. Aku kene start masak/preps untuk rumah terbuka "The Legends of Taiko Karats" besok.

Cepat2! Kita nak main bola.

18. Sekali, budak2 ni kata ada futsal pukul 1000 malam tu. Alamaks!
Moto hidupku: "Tiada yg lebih penting di dalm dunia ini, selain drpd sembahyang, melainkan berbola-sepakan."
Pukul 945 malam aku sampai rumah malam tu, aku tgk semuanya dah tergolek. Chanteek! Aku pelan2 amik kasut bola, pastu....Yaaaaahhhhuuuuuuuuuuuuu!

....Tolonglah rembat bijik mata kanan Sirul (keper hampeh)...Tolonglah!

19. Pukul 1130 baru balik rumah. Belajar bertwitter skit, bukak account fesbuk baru 2-3 account2, baca news,...pkul 2 pagi baru aku tidur. Cium? Hishh! Tanak aku! Aku tengok dia dok pakai baju yg sama sejak rabu arituh lagi! Dah sah tak mandi! Uweekssz!

20. Pukul 6 pagi aku dah kat kedai sambung projek open house Legends. Pukul 10am baru aku balik rumah balik. Nasib baik Sabtu aku tak kerja! Boleh beraya sakan!

21. Tapi, Ya Allah! Bila aku balik rumah pagi tu bini aku masih dok beriktiqaf kat spot yg sama sejak 3 hari yg lalu. Rambut dia dah terpacak2 macam kene elektrik shock. Olololololololo...kesiannya. Tapi tak mati2 pulak bini aku ni. Liat jugak nyawa dia ni! Hish! Kalau mati kan senang. Tak payah aku madukan dia. Boleh aku berbini baru tanpa sedikit rasa bersalah pon.

22. So pagi Sabtu tu aku pergi beraya kat rumah "the Legends" seperti Duda Berhias. Bini-less. Nasib baik aku bawak anak2 aku. Klau tidak, dah selamat dah aku di baham gadis2 Adeled pada hari itu.

"The Lejeng". AK, AfiqAsjay, Naim, Ise', dan Lejeng Import Que. Awek lejeng yg kanan tu Patin.

23. Balik je ke rumah tengah hari tuh, aku ajak bini aku pergi beraya kat rumah org lain plak. Jalanlah sikit kan.
Demam ni sebenarnya macam org perempuan.

Lagi di layan, lagi naik lemak. Di beri betis nak peha. Di beri peha, nak zakar. Susah lah nanti kene mandi wajib. Kang bil air naik!

24. So akhirnya bini aku keluar lah jugak beraya petang tu ke Mount Barker. Skang, arini ni, Ahad, dia dah nampak okay dah. Tapi anak aku pulak yg demam! Siapa? Husna, my "tembok besar negeri cina"! Yes! Taktik aku menjadi. Aku selamat!

25. Pergh! Mungkin aku kene pergi beraya di Open Day MASCA/UMNO ari ni bini-less dan anak-less.
Alamak!
Ya Allah! Selamatkanlah aku drpd godaan2 rakus gadis2 Adeled nanti.
Sesungguhnya insanMu ini ada many-many mani but no money untuk berbini.
... lagi !

Sekain. mekasey, wassalam.

p/s: - Skang ni mcm ada wave. Lepas sorang2 demam. Ada virus yg agak brutal kot nih. So kalau trasa kau demam "lain macam" je, jgn segan2 jumpa doktor cepat2.
- Swinging Bowl boleh cater untuk kenduri arwah.
Untuk kawan2, harga $5.oo sekepala. Kepala mayat tidak di ambil kira.

3 comments:

Encik aMin said...

hahahar.. klakar2, aku suka tembok cina ko tuh... tp cam agak kejam sket laa...

btw, aku trus add ko kat exchange link aku.. :)

mangkuk statik said...

tenkiu2 encik Amin aka lompak tike. Gilo hebak belog muh sapa 479 folowers!

Anonymous said...

Thanks la bro tlg kteorang.. tp ak import tenaga buruh kasar kauh dr melben utk mmbntu ko.. muahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails