Tuesday, September 28, 2010

Pujangga mengatakan............

Salam,

1. Di petang Khamis lalu, tatkala aku melangkah masuk ke rumah terbuka Iona Street, gegendang telingaku di sapa bertalu2.
" Bro! Kau pakai spender tak ni?"
Sambil mata-mata mereka liar cuba menelanjangi celah kangkangku.

2. Terus aku tersentak. Pergh! Inilah kemantapan penulisan. Susunan abjad-abjad yg kerdil, tetapi menghasilkan ombak-ombakan gergasi yg menerjah ke sepelusuk alam.

3. Seringkali aku terlupa. Ketampananku dan penulisanku. Walaupun baru ku nukilkan di subuh hari itu. Akan tetapi tengah hari di Selatan Australia di hari itu sudah hangat dengan kisah erotisku (sini).

4. Iya benar. Aku merdeka dari kongkongan di hari itu. Angin dingin sepoi2 bahasa di senja musim bunga, memang membelai2 manja senjata alamku di waktu itu. Mujur. Rerambut ku memberikan sedikit pelindungan.

5. Tidak mengapa. Ku biarkan warga Adelaide menghirup kelakian aku di waktu itu. Aku tak ambil pusing. Kerana. Di minda aku hanyalah satu. Pertemuan empat mata dengan seorang pujangga terkenal tanahair, Profesor A. Wahab Ali di petang itu (buku2nya)

Tabek Prof! Terima kasih!

6. Beliau adalah seangkatan dengan Awang Had Salleh, Othman Puteh, Dharmawijaya, Kemala, Suhaimi Hj Mohammad, Shahnon Ahmad dan lain2 nama garduan MPSI ( sekarang UPSI) yg harum di persada persuratan kesasteraan Melayu tanahair (source). Maka tidak hairanlah apabila beliau di anugerahkan S.E.A Writer Award pada tahun 1994 (source)

6. Diskusi petang itu bersama Prof Wahab hanyalah berbentuk separa formal. Cukup sempurna. Secocok denga kehadiran yang hanya berlima.
Saudara FakirFikir menongkah dagu sejak dari mula.....
....hingga ke akhir.
Saudara BukhariRamli pon sama.....lalu...
.....aku pon turut sama. Pergh! Terus terasa macam berilmiah.....

7. Banyak ilmu yg di timba. Tapi malangnya masa itu bervagina. Mencemburui kami bila berdampingan dengan gadis ayu berpayudara mekar. Baru bercumbu, terpaksa berlalu.

8. Entahlah. Mungkin di waktu yang datang kita akan bertemu semula. Seringkali liku perjalanan aku dan Prof Wahab berselisihan sebelum ini. Beliau masih ingat aku dari pertemuan yg lampau. Walaupun memori ku vakum.

9. Maka berkumandanglah suara2 sumbang mahram yang mengatakan mungkin Azam dahulu berlainan. Lebih tampan. Tapi kini mamahan usia sudah mencarik-carik topeng kekacakannya.

10. Tapi
" Eh Tidak!" kata Profesor terkemuka itu.
Pujangga itu hanya mengambil seketika untuk membuka lipatan memorinya dan memilih kata2 seterusnya. Ibarat isian peti harta karun yg terhambur, keluarlah emas permata dari mulutnya.

"Azam memang sentiasa hensem!"


Sekian, mekasih, wassalam.

3 comments:

FakirFikir said...

Fuh, ayat yang halus macam sutera.

ihsan_huhu said...

pergh kne amik gamba tongkat dagu gk pas nih.

chika said...

omaigot macam novel dah.
HAHAHAHA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails