Saturday, November 7, 2009

What Appen Las Nite masa Kelantan vs N9 final game


Salam,

1. Susah gile aku nak tulis this post. Tapi bukan sebab aku bersedih sebab Kelantan kalah. Aku peduli hapa. Aku dah tua. Dah brapa banyak Piala Malaysia dah aku dah follow. Aku tau tahun depan ada lagi, tahun depan2 dan seterusnya sampai kiamat , insyaAllah selagi Piala Malyasia masih ada lagi, Kelantan akan terus mencuba. Lawe' tetap Lawe"'. Dan kalau di takdirkan kiamat dtg sebelum Kelantan menang Piala Malaysia pon, aku takkan terkilan. Takde effek sikit habuk pon di padang mahsyar nanti.
Yeaaaa...mercun. Macam raya plak. Tenggok! Mana ada kami penyokong Kelantan bersedih. Kami happi lagi bermain mercun ibarat kanak2 girang.

2. Tapi aku susah nak tulis post ni sebab pertamanya, boringla bila Negeri Sembilan menang. Org N9 pon tak celebrate. Tgk berapa banyak dtg stadium? 3/4 stadium penyokong Kelantan. 1/4 je penyokong N9 padahal negeri mereka dekat secoit tu je. Nampak terus org N9 takde jati diri dan semangat menyokong pasukan bolasepak mereka sendiri........(muahhahaha abis org nogori boikot kedai aku pasni)
Mano nyo penyokong N9?...Patut sonyap jo jang. Takdo morcun ko? Ko takut konno ponorajang dari penyokong kelantan gilo

3. Keduanya, sebab aku telah menghabiskan satu hari, hari sabtu semalam tulis 3 post pre-match build-up, bini aku dah bising. So ari ni kene tunggu malam cengini baru aku boleh tulis. Itulah namanya "politik rumahtangga". Kenalah jaga hati bini. Tapi bila aku ada dah ada 2 bini nanti, bising je sikit, aku trus pegi rumah bini muda. Kalu dia pon bising2 gak........ermm.......terpaksalah aku dengar sebab sapelah dalam dunia ni yg tak sayang bini muda kan!!!

4. Dah lah merapu. So, at the moment, aku still tak boleh komen lebih2 pasal game semalam sebab aku sendiri pon tak tenggok. Muahahhahahhaha.....

5. Semalam , bila aku bukak streaming TV1, tetiba tak boleh konek. Silap aku ialah, aku tunggu last minute baru aku bukak. Line dah jammed. Kelam kabut aku search google for alternative. Aku jumpa dua link, tapi dua2 suara je ada, tapi frame rate is 1 frame for 3 minutes gitu. Bullshitt! Ade gambar sesape dok freeze/keras gitu, pastuh Hasbullah dok merepek kat belakang selama 3 minute baru dapat frezze-frame gambar baru. Tetiba dengar N9 score gol. Teh Buh-Tol laa!!

3. Pastu time tu la firefox aku nak mengatal mintak restart untuk update software. Pak-istan betul!. Terpaksa aku tutup semua firefox dan restart. Bila restart, aku bukak balik steraming, dah tak dapek pulak. Aku pon refresh dan refresh, bukan satu, tapi 3 window streaming drpd 3 site yg lain2.

4. Tapi tak dapt pon, sampailah aku tertido melopong depan komputer. Ada dekat sejam gak aku pengsan. Bila aku terjaga, aku refresh balik window2 tertsebut. Lepas 5 minute gitu baru dapat "suara" balik....gambar tetap hampeh tarak. Hasbullah umumkan masa lagi 10 minute tinggal dan Kelantan ketinggalan 3-0. Hmm..its over, aku tau.

5. Aku check fesbuk, game belum over dah dah ader 2-3 msg org N9 order gulai masak lomak dari aku. Cilanat! Muahhahaha.......victory is sweet my fren, but REVENGE is SWEETER than sambal nasi kerabu from KayBee Padang Bas market.

6. Pastu aku dengar Indra score sebijik untuk Kelantan, nampak gambar freeze-frame seat stadium terbakar, pastu game over. Aku pon tutup window streaming yg bladigol tu, pastu layan fesbuk jap.

7. 15 minit lepas game over, terlintas dlm hati aku nak try balik bukak balik streaming tu. Sekali, tu dia...terang benderang, takde sangkut2 langsung tenggok N9 angkat Piala Malaysia. What deHek. Boleh plak. Kenaper gitu yerk?
mamat midfield no 17 tu konpirm power. Aku dah usha live. Boleh main Malaysia .

8. Ni lah tak bestnye tgk streaming. Bila ramai org tengok online, maka slowlah dia nyer connection. Sometimes so slow, macam ape jadi kat aku semalam. Itu pasal banyak gak site yg aku rasa put-a-cap/limit org bioleh tgk online kat site dia. Lebih dari limit, dia bolayan. Itu pasal refresh pon tak jalan.

9. Lagipon semalam ialah peak time org ber-internet. Malam weekend lah katakan. Cube tgk brapa ramai online fesbuk time weekend compare to weekdays. Time weekend ni la ramai social internet user nak surf online. So connection on weekend will always be slower than weekdays.

10. So in summary apa yg berlaku semalam ialah, ramai gila org dari Adeled dan satu dunia bukak RTM TV1 streaming online kerana semua org ingin menyaksikan Kelantan menang Piala Malysia buat pertama kali nya dlm sejarah 80 tahun lebih. Sebab tu aku tak boleh konek selama sejam tu. Sekali bila Negeri Sembilan leading 3-0 di akhir perlawanan, lantas mereka pakat2 stop tengok. Sebab tu la aku pon bolehlah mencilok masuk di mint2 yg terakhir tu.

11. Bila wisel penamat di bunyikan, maka semua org stop tgk, sebab ape kes nak tgk N9 angkat Piala Malaysia. Bohsan giler. Tidak newsworthy. Tiada nilai2 sentimental. Itu pasallah aku boleh tgk adegan menjolok mata tersebut dgn terang benderangnya. Ade lah kot 2-3 peminat N9 yg tau apo ko bondo internet tu, dok streaming gak.

12. Gitulah ceritenye. Aku tak bole komen pasal gameplay sebab aku tak tgk. Nantilah aku stadi utube footage, baru aku tulis

Sekian, terrymakacey, wassalam.

15 comments:

Dr. Bentara said...

orang kata team Kelantan bukan kejar bola, tapi kejar orang. Camana tu?

mangkuk statik said...

Bunyi macam N9 control dan passing ball around. Kelantan player dok perambat je la. Tapi aku tengok stat match, possesion is 50:50. SO aku tak boley komen lebih2 pasal tu sebab aku pon taktgk geme tu.

ihsan_huhu said...

padang basah gle.. sure rita rudaini pon basah2 gk woho.

dh kenyang makan2 1st half aku tdo je 2nd half tuh bia budak2 kelantan tgk dan meratapi kekalahan. aku tidur dlm kekenyangan. wahahahah

Anonymous said...

game tu kelantan pegang, tp NS lagi effective.kelantan kalah sebab defender seko2 nervous gila babs. 2 bijik sbb comical defending. and diorang tkleh cope dgn zaquan adha tu. maybe sbb diorang sume nk usya ayu raudah jugak, so kasik chance la kt mamat tu dulu

astro

maer wan said...

takde, taun depan ada lagi. aku dah janji dgn tunang aku, if kelate masuk final tahun depan, aku pakat2 sokong la. itupun, if tak jumpa NS lagi la..

:)

sori eh bro kalau terasa apa2. peace.

mangkuk statik said...

huhu: at least bekap la kelantan. Ni tido plak. Nak tunggu johor masuk final, mungkin lagi 7 keturunan baru layak......kot

astro;
1. thanks for the info. Aku tau kau lah yg nyamar jadi penyokong kelate dan baka2 kerusi dan banner tuh. Org Ganu memang sakit hati ngan org kelate.
2. semua org cakap pasal defender/bek kiri kelate tu. Memangla mapuh kene gocoh nanti.
3. pasal zaquan adhha tu, kan aku dah cakap dlm pre-match analysisi, the first part "kalau kelantan menang alhamdullilah, klau n9 mng innalillah"...point no 5. Aku inggat team kelte dah belajar. Tapi tak reti2 gak nak stop zaquan. Padan muka!

maer:ni lah contohnya penyokong N9 yg tiada jati diri. Kalulah aku di takdirkan kawin ngan bini muda no 4 model kaki panjang, body baeek dari Brazil (AMIN semua org), dan Brazil buat frenlies lawan Kelate, aku akan tetap sookong Kelate walupun kene titik 20 juta-kosong.
MAer...aku mana ada trasa "apa2". AKu trasa "sakit hati" , trasa " nak baling mercun kat kepala engkau" je gitu je......muahahhaha

maer wan said...

bukan takde jatidiri bro. tu namanya opportunist. haha..

lagipun, aku ikut kata2 TG Nik Aziz, berusaha buat umat Islam gembira..

:)

Syafiq said...

xpe.cuba lagi tahun depan.

tu pun kalau xkene ban dgn FAM la...

Anonymous said...

budak ofis aku kata NS pakai bomoh. siap nk baling kerusi kt aku sbb aku gelakkan dia kelantan kalah.muahaha. tkpe, kita tgk next season. kan 2010 tahun bolasepak kelantan. silap2 T-Team menang Super League tahun depan.muahaha

astro

maer wan said...

newspaper kata, kerugian stadium rosak is up to RM214,000..

kalau aku nak cadangkan tolak duit tu dari duit ehsan 1 billion utk Kelate tu boleh tak?

:)

Serious ni..

Anonymous said...

haih da kalah tu kalah jela. mu nihhh

GheySA said...

haha. ramai je artis2 yg sokong kelate. haha. fasha sandha pon sokong kelate. ape lagi. boleh masuk list bini muda kau. http://www.ridzuanrichie.com/2009/11/15/artis-sokong-kelantan-final-piala-malaysia-termasuk-fasha-sandha.html/comment-page-1

zan said...

Ada rumours mengatakan sejumlah wang yang besar terlibat dalam perlawanan final ni. Deal dia: Kelantan menang Piala Malaysia, player x dapat gaji + tunggakan. N9 menang Piala Malaysia, player Kelantan dapat gaji + tunggakan...

Agak2 boleh terima tak rumours ni? RM 5J menjadi galang ganti...

mangkuk statik said...

zan: Payoh nok royak la lagu ni. Keno tanyo Indra baro sengoti. Tapi bukan mudah utk masuk final PMalaysia. Kalau aku lah, biar menang drpd amik rasuah.

zan said...

Tu lah bro. Tapi tu cakap kita, ini rumours pulak dapat dari mulut orang gomen sendiri..

Takpe lah..biarkan rumours kekal sebagai rumours..huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails