Sunday, November 23, 2014

Kenapa Malaysia Silap2 Kena Blasah AFF Suzuki Kali Ni.


Gambar dulu2 masa umur 36. Skang ni 26.
Salam,

Bila aku tgk skuad skang, aku kesian kat Dollah. Skuad kita brada di status yg sungguh2 nazak. Bila kita terpaksa panggil Indra dan Shukor Adan main balik. Bila kita terpaksa pakai striker2 yang hanya main sebagai sub di kelab masing2. Bila kita terpaksa recycle hero2 lama cam Apek, Mat Yo, Chopot, Mahali. Bila tiada youth players. Ini semua sifir untuk di rogol beramai2 di AFF nanti.

Rajagopal dulu bukan terer mana pon. Tapi dia inherit player2 muda yang telah excellently brought up by Sekolah Sukan Bukit Jalil. Chemistry dan technical skills diaorang mantap. Zaman tu, kalau kita letak Moyes jadi coach Malaysia pon kita boleh menang. Tapi era tu dah over. Batch Apek dan kawan2 dah pass their peak bro.

Jadi mana barisan pelapis kita? Mana budak2 yang kita hantar pergi Slovakia? Takan dalam ramai2 budak2 Harmau Muda A yg main kat Queensland, Gary Steven Robat sorang jer yg layak main senior team?

Jadi apakah yang telah terjadi? Di manakah silapnya?
____________________________
Punca Masalah

PERTAMA. Somewhere along the path, ada orang yang telah mengkelingkan youth sytem kita. Dulu dah elok2 semua dok kat SS Bukit Jalil, pastu tetiba diaorang buat skuad satu lagi kat SS Bandar Penawar plak (skang dah tukar nama jadi SS TMJ). Apsal ada sampai dua sekolah? Pastu tetiba pum pam buat Akademi Mokhtar Dahari plak. Sudah. Ni apa plak fungsi dia?

Barca, ManU etc semuanya pakai satu akademi je cukup. Kita sampai bersepah2 Sekolah Sukan dan akademi bagai ni, dah sungguh bercelaru nampaknya. Cemana diaorang tentukan budak2 yg berpotensi pergi mana satu? Belum kira lagi budak2 drp sekolah2 projek negeri2 satu Malaysia. Ade ke org yg memantau prestasi diaorang dan quality coaching yang diaorang terima drp sekolah2 tersebut? Gilos.

Last2 youth team FAM nak main tournament pon kene tumpang kasih Frenz. Nak harap diaorng buat friendly, mmg berkulat lah. Frenz United tu private youth teams kot. Cemana management dan marketing diaorang lagi mantab ni? Terima kasih Frenz United. Korang penyelamat negara!

Jadi tak heranlah bila batch2 lepas chopot/apek/aidil etc, semua kualiti dah macam tahi. Tak layak naik pangkat main senior team. Tamil Arasu for example. Wan Zack sekor je boleh harap, itu pon karrier dia telah over. Lutut dia dah abis. Babai wan zek forever.
Dulu Umno Melbourne Cup boleh import. Ada mat salleh lah, africa lah. Ni striker power Singapore tapau aku. Sial lah. 

KEDUA. Dasar player import Liga Super. Korang jgn buat2 lupa, masa kita menang Suzuki Cup 2010 tu, TIADA SORANG PON PLAYER IMPORT dlm liga kita. Masa tu player import kene banned. Sbb FAM takde duit kot. Jadi tetiba masa tu, mana2 team yang berjaya kumpul player2 tempatan yg power (kelantan, terengganu) atau pun mempunyai youth team yg power (NSembilan champ SUKMA 2004), maka team tu yg dominated liga kita.

Pastu tetiba adalh team negeri ataupun kerabat2 durjana mana ntah yang nak kejayaan mee segera macam dahulu kala. Jadi diaorng telah mengarahkan FAM utk bukak balik utk player import. Jadi kembalilah kita kepada sistem tahi najis yg asal, iaitu semua team akan import striker yg power, pastu ambiklah player2 tempatan utk jadi pelakon tambahan ataupun pak pacak.

Jadi kita telah berhijrah drp iklim bolasepak di mana semua striker2 tempatan boleh main full game, kepada hanya bermain pada 5 minit terakhir. What the najis.

KETIGA. JDT. Pasukan bala ini telah mengimport satu skuad Malasyia dan mana2 player berpotensi tinggi, untuk di jadikan sub. Player2 yang kalau main di mana2 pasukan lain, confirm first eleven, suddenly struggle utk main walaupun 5 minit satu game. Silap2 tak main langsung.

To be fair, TMJ dan JDT tak bersalah pon. Apa yg diaorang buat adalh mengikut peraturan, so on paper fair lah. They got the money, so sapa soh player2 tersebut sian kontrak dgn mereka? Malangnya, demi untuk kejayaan yang tak kunjung tiba oleh satu pasukan tersebut, maka kita semua peminat fanatik bola sepak malaysia yang terpaksa menangis sampai abis taik mata bila tgk kualiti star2 player kita semuanya kelaut sejak join Jahanam Darul Takzim.
_______________________________
SOLUSINYA

Utk masalh PERTAMA
Kita kena membuat rombakan besar-besaran kpd youth developement system of Malaysia. Hapuskan Bukit Jalil dan Bandar Penawar dan Akademi Mokhtar Dahari. Satukan everybody di bawah satu team/management. Pastu kita kenalh develop drp kecik2, drp Darjah Satu, bukanya bila dah form One!

Paling penting, jangan letak kuasa ini pada mana2 politician (Menteri Sukan) atapupun bureaucrat FAM yg tak de telur yg hanya tahu bodek sultan.
Letak pada badan private yg manage boalsepak negara macam satu komersial entity. Macam England lah senang citer. Baru efficient.

Utk Masalah KEDUA
Kita kene ubah polisi player import kita. Kalau ikut aku, jgn import langsung mana2 striker dan midfielder. Import keeper dan defender je cukup. Haha. Jadi striker kita dah biasa lawan defender/keeper power, maka bila lawan peringkat Asia, kacang jer.
Tetapi, nanti defender kita plak yg tak biasa lawan striker peringkat internasional kan? Masalah pulak. Jadi solusi yg terbaik mungkin kita kene gilir2. Kalau tahun ni kita boleh import. Tahun depan tak bole. Senang citer. Haaa...okay tak? haha

Utk Masalah KETIGA
Nak tanak, kita kenelah introduce salary cap. Kerana tanpa salary cap, pasukan2 yg kaya boleh membeli kejayaan dgn wang tetapi kita yg bayar dengan kegagalan di peringkat internasional. Kita semua paham, player2 pon nak hidup, so mereka terpaksa ambik kontrak yg tertinggi di offer kpd diaorang.
Tetapi apabila kelihatan seolah2nya JDT kekadang tu main beli je player, bukan utk mengkuatkan pasukan mereka, tetapi sebagai strategi utk menglemahkan pasukan lawan, itu sudah tak fair.

Senang citer, kita bagi je terus Piala Malaysia kat JDT selama 10,000 tahun. Kasi puas hati mamat tu. Dah tak payah susah2 buang duit beli star2 utk buat sub atau main kat JDT2 je.
Alhamdullilah TMJ tak mampu utk beli aku.

__________________________________
AFF Suzuki Cup 2014

Sebenarnya aku tulis ni sebelum AFF start. Tapi tak sempat habis. Jadi selepas aku tgk game2 AFF kali ni yg dah main, hmmm...aku rasa semangkuk2 team Malaysia, team lain pon sama semangkuk. Haha. Semua bodoh. Tengok sini

Jadi silap2 kita boleh paling koman masuk semi. Masalahnya skang ni, kita nak cari gol drp mana. Mat Yo plak dah low konfident gila sbb korang lah lahabau kuat gila kutuk dia kat fb.

Sorang je player yg boleh menyelamatkan kita bro. Striker terpower yg selalu skor dan kebal kutukan2 korang kat fb, twitter, radio, tv dan kedai2 kopi. Jgn bagi dia ambik penalti sudep. Beliau adalah .........UltraFakriman.
Legendd!!!
Tapi sial lah Dollah tak select dia plak. Belum terlewat lagi. Sapa ada fon no Dollah, pass sini jap. Aku nak sembang skit.

Sekian mekasih wassalam.

Throwback tengok Final Sea Games 2011 kat rumah Farrat. Penalty shootout.







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails