Tuesday, November 11, 2014

Kenapa Muscle Yg Paling Sia-Sia Adalah 6-packs

Salam,

1. Petang tadi lepas game bola, seperti biasa aku tanggallah baju sebab dah basah lencun peluh kot. Dah lah arini panas. Baru halfway stripping, tetiba ada mat salleh team opposition dtang kat aku dan tuding kat perut aku pastu cakap,
"Hey dude. U got almost 6-packs".
What de! Gay mana plak ni dok usha 5.999-packs aku ni.

2. Tapi ini adlah cerita biasa pasal 6-pack bro. Ia adalh muscle yang semua lelaki berangan nak dapt. Muscle yang kalau satu body besar bapak, tapi kalau takde 6-pek, satu body akan nampak lemau. Muscle yang apabila adanya memana lelaki topless, konfirm semua lelaki akan curi2 usha ada 6-pek ke tak, samada dgn perasaan homo ataupun bebas-homo.
Astaga! Ni laki ke pompuan hah?

3. Sebab tu lah nama saintifik dia adalah Rectus Abdominis. Rectus as in Rectum = dubur. Gay magnet kot. Inilah antara puncanya aku ini adlah bapuk-magnet. Side effect sbb ada 6-pek la ni. Dem.

4. Masalahnya 6-pek ni susah nak dapat. Aku bernasib baik di anugerah kan Allah, dengan genetik bodytype mesomorphic. So aku yg jenis makan tak jaga, junk food ari2, gym tak pernah pergi, situp tak buat, tapi tup tap ada natural 6-pek. Aku hanya main bola, swimming dan kerja. Itu je.
Breakfast aku aritu.

5. Tapi orang2 lain kene struggle. Diet dan workout bagai kot, semata2 nak perut ketul2. Kesihan pon ada, nak tergelak pon ada kat diaorang.

6. Yang harems nye, bila kau ada six-pek ni, sebenarnya kau pon tak perasan. Kalau kau ada 6-peks, pastu kau tengok drp atas, mmg tak nampak habuk hapa pon. Kau kene tengok dari depan kat cermin, kene lighting kasi angle baek skit, kaler kulit kenelah tanned macam aku, pastu kene berminyak2 skit, sambil kasi keras2 skit, baru nampak.

7. Pastu bila kau dah ada, its a constant struggle utk maintain. Salah makan skit, malas bersukan skit, itu lah yg jadinya "almost 6-packs tu". Maximum jumlah pack yg aku pernah ada, adalh 8-packs. Itu aku achieved dua tahun lepas masa NCG/MASA games kat Melbourne. Siap tak ambik gambar taim tu. Kalau tak dah belanja selfie satu kat sini. Haha.

8. Satu lagi bila ada 6-pack ni, kau bukan boleh tunjuk pon kat orang. Biceps ke, kepak ke, lengan ke, kau senang2 je boleh belanja aweks. Pakai T-shirt ketat ke, singlet ke, setel. Tapi 6-pack mana nampak ketul2 tembus baju. Hampeh. Sia2 je kau simpan dlm baju.

9. Oleh sebab itu, satu2 caranya utk belanja 6-pack adalah kau kene topless. Acu cuba cerita kat aku, apakah situasi2 normal di dalam kehidupan manusia yang kita boleh topless? Waktu swimming satu dan masa salin baju no dua, macam kes aku kat atas tadi. Itu jer kot. What a rare moment. Kau tau tak brapa kali aku wish yg kita lelaki boleh pakai sari.

10. Pastu bila in somehow kita berjaya tayang kat aweks, tup tap, skali diaorang tak usha pon. Sebab apakah muscle yg awek usha first? Bontot (sumber). Even gay pon usha bontot kot. 6-packs ni balak2 lain je yg usha.

11. Kau perasan sorang2 je yg awek2 konfem akan beratur datang. Sekali yg usha dan datang gedik2 puji kau adalh balaks. Aku pernah kene skali, "You have a beautiful body?". Sepak kang! Trauma stret. Haha. Sapa sini tak pernah tgk abs Christiano Ronaldo pastu mengetap2 gigi keghairahan. Kamon la bro. We all know kita semua buat. Haha.

12. Jadi kalau korang tak mampu nak achieved 6-packs, korang tak payah risau sangatlah bro. Ini semua tak penting bro. Yang penting adalah ketulan2 iman di hati. Itu sahaja yg matter di akhirat nanti di depan Allah.

13. Sesungguhya jodoh itu di tanganNya. Berapa ramai lelaki2 boroi/gemuks tapau awek2 hot selamba je. Apakah kunci kejayaan mereka? Mereka rajin kemas bilik. Kerana di mata wanita, apalah guna 6-packs kalau pemalas kemas bilik......potong selera katanya....

Nampak gayanya RCW takan dapat lah anak no 2 gini

Sekian, mekasey, wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails