Penantian buat bohsiaku
Tatkala ku dengari engkau dalam pelayaran ke Australia tempohari, hatiku terhenti sedetik dua. Oh bohsia ku, tidakah engaku memahami betapa selama ini aku gundah gulana menantikan kehadiranmu disisiku. Maka keputusan mu untuk merentas samudera bukan untuk terbang di awangan telah membuntukan ku. Ku tahu dikau sedar,pelayaranmu bohsiaku akan menangguhkan detik gembira penyatuan kita selama 3 minggu.
Walhal, sekiranya dikau menaiki penerbangan MAS, kita akan ketemu dalam masa kurang drp 6 jam. Sekranya wang ringgit jadi penghalang, pernerbangan yg berkesinambungan sedia di tempahi di alam siber. Dari bumi Malaysia ke bumi gold coast atau melbourne mengunakan jetstar atau air asia, sebelum kembali berterbangan ke bumi Adelaide tercinta ini. Semua ini dlam masa tidak lebih drpd 2 hari.
Saban hari yg mendampingi ku hanyalah penganti mu yg kebohsia-an-nya tidak selincah gerak tarimu., tidak seharum dedaun kasihmu. Yang ada hanyalah kepalsuan yang hambar dan lesu.
Malamhari ku termimpikan mu, dinihari ku masih terasa kelazatanmu di peghujung lidahku dari mimpi semalam.
Bermain main di benaku detik pertemuan kita nanti. Pertama-tamanya, akan ku hirus dikau dengan air yang hangat sehingga luntur warna perang ke-emasanmu, sehingga keluar jbau-bauan harumu. Dan akan ku padankan dikau dengan pasanagan yg setandingmu di bumi asing ini, susu condensed milk home brand. Malang pasangan yg benar2 secocok denganmu hanya wujud di tanahair kita. Cap teko, cap junjung atau dutch lady memang selayaknya. Kemudian akan ku isi dikau bohsia ku dengan telitinya ke dalam kole ku, dan akan ku tarik, dan tarik dan tariikk dikau dengan sebaek baeeknyer.Akhirnya, akan ku hirup madu kasih mu sepuas-puas sehingga ketitisannya yg terakhir.
Dan apabila semuanya telah berlalu, akan ku kumbah-kan dikau bohsiaku kedalam mangkuk tandas myers shopping centre. Selamat tinggal bohsiaku, terimakasih atas nikmatmu, ujarku sambil tekan button flush dengan hujung bootku.
Lu boleh blah. "Arshad teh tarik bohsia lagi satu!" jeritku di dlam tandas itu.
Sinopsis utk yg bengap
Teh tarik bohsia yg best tu akan sampai lagi 3 minggu naik kapal. Best camner pon akan jadi air kencing jer akhirnya. Teh tarik arsyad ada di jual di dalam tandas myer!( bahagian lelaki ke poompuan aku tak ingat sebab maser tu aku dok lalok pening kepala nak cari ilham tulis blog..aku raser tandas OKBD).
Pengajaran drpd cerpen
1. Boss SB dah lalok, esok lusa mungkin gol. Jadi tolong beli ramai2 jadi kurang ke-lalokan nya atau datang kedai untuk mengucapkan selamat tinggal dan bermaafan.
2. Boss SB jiwang. Mesti ader mende dalam makannya yg menyebabkan dier jiwang. Jadi saper nak jiwang jom makan kedai.
3. Kedai SB tak laku sebab tu boss SB ader maser buat kerepek sambil merepek dalm blog.
4. Boss nak carik bohsia ni..semacam jer ayat2 dalam karangan tu!
5. Flush toilet boleh ditekan dengan kaki kalau jijik nak tekan pakai tangan.
6. Jangan bercakap sewaktu buang air. Aku rasa makruh kot. Sepatutnya sunat berdehem2.
Soalan pemahaman
1. Berikan dalil aqli dan naqli hukum qada hajat. (1.524 markah)
2. Susu pekat manis manakah yang paling sesuai untuk digunakan di dlm teh tarik: Cap teko, junjung , dutch lady, nestlea, home brand atau yang lain. Berikan hujah penyokong dan hujah bantahan bagi setiap contoh yg di bandingkan (150 markah)
3. Berapa helai kah jumlah bulu dada boss (0 markah)
4. Berapakah jumlah saman royalti yang akan boss terima daripada syarikat Teh Boh Malaysia Bhd kerana memandai-mandai ubah nama teh mereka dan mengunakan paket asal teh boh utk jual teh bohsia? (5 juta markah)
5. Pada pendapat anda, adakah boss SB kencing sambil duduk, berdiri, berlari atau menari? (markah bahagi 2 markah soalan no 1)
6. Di manakah boleh di dapati tiket murah balik malaysia pada 24/12/08 untuk 2 dewasa dan 2 kanak2 dan penerbangan kembali untuk 1 dewasa dan 1 bini muda pada 6/1/09? (markah free)6. Berapakah jumlah huruf a di dalam cerpen diatas?(0.000000 selepas 2 hari tekan no 0..00012 markah)
7. Khas untuk budak2 bengap yg tak leh jawap soalan2 kat atas. Sila copy jer cerpen diatas balik ke dalam kertas jawapan anda. Cikgu akan bagi markah pass nyer sebab mak2 anda semua cun-cun dan cikgu suka tolong melayu (untuk lingkup!).
Sekian. Padan muka ada exam. Makasih. Wassalam.
9 comments:
kepada yang exam tu, gua ucapkan selamat good luck. Moga score masing-masing ye. Ingatlah, selepas exam lu orang boleh merdeka. Gua? WAAAAA....!!!!
kehkehkeh.abg ben^:P
bos, bohsia tarik satu...kureng manis k
btw, aku da upload gambar berapi ko dgn post-editing yg kaw2 nye...haha
visit my blog...original picture, sok aku email kat ko kot...
arituh adik aku fwd website airasia.
mesia-gold coast start at RM0..
tp xigt r lak bape aribulan
abg ben: padan muka.Extend jer dok sini lama2. Boleh teman aku.
syed:TQ.Kau tak leh maser post-editing tuh delete muka budak kecik kat backgrnd tuh. TAk pon ganti ngan muka abby abadi ker, erra ker,ramlah ram ker
huhu: tiket $0 tuh duduk lam toilet ker dok atas riba stewardess?
seyes fail karangan nih.
ngeh, berjaya aku masuk dlm gamba walaupun diblurkan >:p
duit tak byk nak kire, tula psl ade mase buat cerpen??
weii, ketemu bukan bahase malaysia lahh.
azam, bohsia manisss satu, dua lagi okay. fuhhhhhhh!
n: kau memang giler glamer. kau berdiri atas periuk maner tu n sampai berjaya masuk frame?
pelanggan lu:ehh pelanggan gua."Lu" dan "tula" pon bukan bahasa malaysia. Ini namernyer "ibarat PAk Lah membuat kursus kepimpinan" atau "ibarat najib mengajar diet"
gheySA:
Ni ader sekor lagi nak kene renjis air yassin nih. Wei tak reti BM ker. Kan lam karangan tu kater bohsia lagi 3 minggu sampai. Penkid muar ader la kalau kau nak!!Wachaaa
Post a Comment