Friday, December 26, 2008

Melancung ke Malaysia.

1. Post aku yg sebelum ni ader ramai yg blur tak tau hujung pangkal, tapi ader gak yg dapat straight away. Aku dah komen panjang berjela kat situ kalau korang tak de kerje pekdah nak buat boleh lah bacer. Tapi aku nasihatkan, bacer Al-Quran ler lagi baik.

2. Sekarang ni aku tengah melancung ke Malaysia selamer 12 hari. Konfirm 12 ari tu aku makan tak lalu, berak tak puas, kentut tak busuk di sebabkan di landa kecuakan meninggalkan kedai aku di tangan budak2 ingusan tu. Bukan cuak kedai aku tunggang langgang, makanan tak cukup dan servis lembab. Sebab tu memang dah berlaku tiap2 ari maser aku dok jage. Aku gabra kalau dieroang jage kedai jadi cun melecun, masakan kaw-kaw dan servis tip-top , jadi nyusahkan aku nak menten standard nanti la....

3. Bisnes slow sikit sekarang ni, tu yang aku ngelat balik jap antar anak bini. Boleh gak aku buat research sikit cari resepi masakan2 baru dan cari bini2 baru.

4. Speaking of bende2 baru, kedai akan berwajah baru. NAnti aku post gambar. Tertinggal kat adelaide la.

5. Sabtu depan aku dah kene balik ke tanah air tercinta australia darul kangaroo. Alamak husna dok kacau aku. Setakat ni dululah yer
Sekian. Wassalam.

2 comments:

.:farayas:. said...

sesungguhnya, wajah SB yg baru mmg baru.. sangat hijau skali bersama bunga2 kenzonya.. haha..

Lutfie said...

lama tak ziarah SB nih

wajah baru pun nanti aku maseh maseh maseh masehhh..mahu bekerja sebagai macai multitask kau!
all the best SB in summer!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails