Showing posts with label airport. Show all posts
Showing posts with label airport. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

The King Of Good Bye....

Salam,

- Kekadang tu bila aku tengok orang2 yang sungguh tragis bile ber-goodbye, aku trasa sungguh kesian.
- Keyword ayat di atas adalah "kekadang".
- Kerana perasaan kesian aku itu hanyalah "kekadang".
- Kerana perasaan "biasa" aku apabila melihat org yg sungguh tragis ber-goodbye adalah perasaan nak sepak-sepak je kepala diaorang. Kamonla!!!
- Korang ni tak paham konsep goodbye betul. Setiap titisan air mata, setiap esakan, setiap dakapan, setiap gambar itu semuanya adalah perbuatan yang sia-sia je sebenarnya.
- Tolonglah faham sikit apakah falsafah di sebalik good-bye ini.
__________________
Jenis2 Goodbye

Goodbye ni ada dua jenis

A. Goodbye Gedik
Ini adalh goodbye kepada orang yang konfem kau akan dan boleh jumpa balik bebila.....
i. hanya dengan naik kereta/bas/aeroplane bebila kau teringin.
ii. lagi seminggu/sebulan/setahun/lima tahun etc = "ada time-frame"
Orang yang "trauma" dengan goodbye kategori ini, wajar di sula dengan peha Jonah Lomu.

B. Goodbye Betul
Ini adalah goodbye kepada orang yang konfem or sangat2 besar kemungkinan takkan jumpa balik sampai ke mati.
Goodbye kategori ini adalah agak parah.
__________________
Aku Adalah Otai GoodBye

1. Aku dah duduk Ozzy ni dekat 20 tahun dah beb. Setiap tahun WAJIB aku hantar berpuluh orang balik Malaysia for good.

2. Ini semuanya adalah goodbye kategori B hokay! Goodbye Betul2 nyer la. Manusia2 yang konfem aku akan lupa nama tahun depan. Yang aku takkan cham rupa. Yang aku takkan jumpa di dunia mahupun di akhirat.

3. So slowly but surely aku sekarang dah jadi macam numb masa goodbye. Aku dah tak heran. Aku pasrah je lah. People will come to Adelaide. And they will surely one day goes. Nothing I can do.

4. Believe me it is easier for you to say goodbye to me and go. Than aku yang still kat sini. Di tinggalkan. Korang balik Malaysia and live in a new environment. Tetapi aku still see the everyday places or things yang will remind aku kpd engkorang. Jetty tempat memancing, Robe Tce tempat menendang bola, court SQ, Pt Noarlunga, surau Uni, Swinging Bowl etc.

5. So excuse me if I don't give a shit bila korang balik Msia for good. I have to do it because without my coping mechanism, I can't function.
________________
Konsep Goodbye

1. Goodbye ni macam kentut.
Mula2 kau terbau busuk, tapi lama2 tu bau itu akan hilang di telan zaman. So masa kau terbau busuk kentut masa mula2 tu kau tahan je lah. Pelan2, lama2 bau itu pasti akan hilang. So kalau kau sedih gila2 macamana pon, itu takpe. Biasalah. Nanti lama2 okay la tu.

2. Goodbye ni macam kematian.
Ia adalah sesuatu yang pasti. Ia tidak boleh di elakkan. Ia tidak boleh di tangguhkan. Tak kira berapa gelen air mata kau menangis, berapa kuat kau menjerit, berapa erat dakapan engkau or berapa keping gambar kau ambik.
Bila tiba masanya, goodbye pasti berlaku.

3. Goodbye ni kene macam handyplast.
Do it quickly and abruptly. Get it over with and move on. The longer kau prolonged the proses, lagi traumatic la. Say goodbye and chow. Beware of airport, sebab dia prolonged the proses. So cepat2 check-in dan masuk. Or kalau otai cam aku, aku say my goodbye kat rumah dan pegi airport sengsorang je takpe.
_________
Jumpa balik

1. So sekiranya selepas bergoodbye sampai tergolek2 bagai, tetiba kau terjumpa balik, anggaplah ia sebagai satu bonus. Nowadays dgn fesbuk, lagilah besar kemungkinan utk jumpa balik kawan2 lama, reunion etc.

2. Tetapi adakah benar kau nak jumpa balik kawan2 lama itu? Adakah itu a good idea.

3. Aku sebenarnya suka je jumpa kawan2 lelaki aku yg lama2. Boleh bernostalgia kisah2 bangang zaman dahulu kala. Zaman asrama. Zaman matrik etc.

4. Tetapi aku seboleh-bolehnya tanak jumpa balik mana2 kawan2 perempuan aku sebab........sebab aku tak sampai hati nak tengok betapa tua dan hodohnya mereka bila dah tua2 ni. Kalau boleh. Biarkanlah aku freeze memori aku terhadap "makcik2" itu sewaktu zaman diaorang masih "awek2" di sekolah dulu, zaman matrik, zaman medik, zaman Adelaide or zaman Swinging Bowl.

5. Melainkan lah kalau korang turn-up to be hot MILF kategori Rozita Che Wan ke atas. Kalau gitu, jom buat re-union kita dua je boleh?
__________________
Gambar2 Cliche

Masa aku mula datang adelaide dulu, semua gambar aku adalh gambar standard pelancung jakun pegi oversea. Tetapi, last2 gambar aku banyak gambar kat airport hantar orang je. Same shit, different day, different shirt, ageing face. Bosan dowh.

Err... gambar2 sebelum 2003 semuanya pakai filem. Maleh den nak scan nyoor.



Kiri: 2003 kot di airport lama Adelaide, hantar King. Hitam dowh sebab sakan membola.
Kanan: 2006 masa airport baru Adelaide baru bukak. Hantar Najmi.
Posing standard ala2 ambik gambar kelas.


2012, petang tadi hantar Donk. Dah hentah brapa juta gambar cenggini telah di aplod kat fesbuk. Semua orang nak posing di tempat masuk international flight ni..... Ehh!! Khairul Fahmi Che Mat tuuuu...!!!.



Pastu kalau tak puas bergambar lagi, mesti konfem sambung lagi kat cermin ni. So typical. Tapi ni bukan goodbye manusia yg typical. Ni goodbye Dr Awang. Kawan/mentor/spiritual leader aku. Kalau kau tengok gambar seblah kiri tu, muka dia hilang. Haaa...itu ilmu ghaib namanya. Kai jgn maen2...



Atau untuk member2 yg otais, dioarang datang ambik gambar kat kedai. Baru mesra alam sikit kan. Fuyo. Boleh masuk pertandingan Dewa Remaja lagi ni.....


So to all the people yang telah belah dari Adelaide, goodbye, goodluck in your life and I don't care. Haha.


Dan kepada parents Donk Kedonkdonk, sayo nok royak anok pocik ni tok kelik Kelate slalu. Dio jupo gewe dulu male ni dan besok di Kelupo. Pahtu baru kelik Klate. Gelenyarr nok keno nikoh doh ni anok pocik sorre nih!




Sekian, mekasey, wassalam.

Tuesday, August 31, 2010

1 September 1994


Okay jgn gelak! Aku tau korang dok gelakkan aku. Siol! Anak aku, Husna kata "Thats abang!".
Muka passport aku taim dtg sini muda remaja sebab ni gambar masa form 3. Passport lama. Sejak dok sini aku dah bersalin 3 passport. Cuma bini je tak bersalin2 ataupun ditambah2kan.


Salam,

1. Skang ni lepas sahur, pukul 7 pagi 1st September 2010.

2. Genap 16 tahun yg lepas, flight aku sedang decending slowly utk mendarat di Adelaide International Airport. Airport lama. Kecik je. Besar skit dari reban ayam.

3. Sambil aku dok isap Dunhill (dulu boleh smoking atas flight), hanya satu je yg aku dok pikir. "Weyh...Camner nak smayang subuh ni? Subuh masuk dan abis pkul brapa kat Adeled? Kiblat atas kapal terbang ni arah mana?".
Semakin aku tengok kat luar langit semakin cerah, semakin aku panik. Babi lah JPA (Skang ni SPA. Same shit, different name.)! Apsal bagi taklimat pasal ni?

4. Aku solat menghormati waktu je lah taim tu. Tapi aku tau ramai budak batch aku kantoi subuh taim tuh. Insan cemerlang sungguh.

5. Reverse back 7 hours before that. Takde sekor daripada kitaorg 6 org budak laki batch aku volunteer utk bacakan doa selamat sebelum berlepas ke sini. Kami tak prepared. Nak baca doa apa? Pakcik JPA tu selambe tak nak bacakan.

6. Slepas dekat 5 minit terhegeh2 depan mak bapak yg menghantar, aku pon volunteer lah. Aku bantai baca doa naik kenderaan. Hamik kau. Setel. Ayah aku geleng2 kepala je.
"Doa ngok-sey mugapo mu bacho tu Azam? ", dia perli. Apa2 la!

7. The funny thing was, masa kat rumah sebelum bertolak tu, aku tengok abang aku dok sibuk2 tanya ayah aku dan siap tulis lagi doa selamat untuk dia bacakan sebelum dia fly pegi UK kalau tak silap aku seminggu selepas tu. I wish I was paying attention at that time. Muahahhaha.

8. Reverse back 24 hours before aku fly, on the eve of 31st August 1994, aku melepak di Dataran Merdeka dgn ada sorang awek dok bergayut kat pinggang aku. Bukan awek aku, awek member la. Muahahhaha.

"Subang" itu bukannya sesuatu yg di gantung ditelinga awek2 ataupun brader2 jambu.

9. Orang ramai lah bro. Beribu-ribu-ribu. Nak jalan pon struggle.Utk tak nak bagi separated dan memudahkan perjalanan, kitaorg buat keretapi. So aku kan taff. Jadi aku di tugaskan oleh member2 aku utk jadi kepala kretapi utk mencilok dan mencari kot celah mana kitorang nak balik nih. Sebab member aku tak nak org lain pegang pinggang awek dia, so dia kenelah dok blakang awek dia. Itu pasal awek dia dok belakang aku! Cemerlang. Sungguh cemerlang.

10. Bodoh betul kawan aku tu. Sapa suruh bawak awek pegi tempat crowded. Noob betul. Berapa ramai awek or pada tahun 1994 tu nama glamer dia bohsia, yang kene kenduri raba kat Dataran Merdeka. Lepas sekor, sekor. Mcam kene rogol siol. Pikirlah. Bila sorang je start meraba, sekejap je beratus2 tangan join sekaki. Takde sekor pn boleh tolong awek tuh. Nangis lah dia sorang2. Apakan daya. Tangan ku tak sampai untuk menolong ataupun meraba.

11. Subuh baru aku sampai ke rumah member. Tidur 2 jam, pastu baru balik rumah pak sedara aku yg mak pak aku tumpang di KL ni. Mandi2, pegi Subang Airport (KLIA tak pecah tanah lagi pon!). Baca doa. Cemerlang!

12. Bila kapal terbang touch down je kat Adelaide, aku lega. Alhamdullilah doa aku termakbul. Kata baca doa naik kenderaan tadi kan. Cemerlang!
...di manakah anda pada tahun 1994? Gila ahh aku otai Adeled ......

13. 1 September 1994. Maka bermulalah perjalanan hidup aku di Adelaide ini. Adakalanya aku berjalan, ada kalanya aku berlari, adakalanya aku merangkak, adakalanya aku teraba2, ada kalanya aku mati.

14. Yang pastinya aku masih berjalan. Sampai bila perjalanan hidup aku ini di sini, hanya Allah yg tahu. Mungkin perjalanan aku bernoktah di sini sahaja. Diharapkan sebelum titik noktah itu dipenakan, ada beberapa koma yang mendahulinya.

15. Dan di antara koma-koma tersebut,tercatit, "murah hatinya", "simple dunianya", "kaya akhiratnya", "kaya anaknya", "bininya kaya", "kaya bini". Nokthah. The End.
Cemerlang!

Sekian, mekasey, wassalam.

Friday, April 9, 2010

Salah Sapa ?

Manusia Kejam

Salam,
...skang 12jam be4 kickof Melben cup. Kat Melben erpot tunggu Fahmi Van Der Sar.


1. Kejam ke aku, yg selambe tinggalkan bukan setakat anak bini, mak dan mak sedara aku gak, di Adeled, semata2 utk mainbola di Melben?


2. Bini aku bising2 kata.

"Sanggup kau tinggalkan anakbini yg baru dtg slepas tak jumpa 3 bulan?"

Dia dok psycho aku, tak nak bagik aku pegi.
Tapi dia lupa, aku kan saiko!

"Elleh! 3 bulan aku tinggalkan kau, aku takdehal, ni plak 3 ari! Lagipon kau dtg haid kan? Bukannya aku boleh pakai kau pon". opsss.....


3. Mak dan aunty aku plak, lagi 2 hari akan balik Msia. Aku takkan antar, sebab aku masih di Melben. Next time aku jumpa Mak aku, mungkin lagi setahun. Next time aku jumpa aunty aku, ....pergh...entah. Mungkin 5-6 tahun macam last time. Anak2 dia/cousin aku, ada yg aku tak jumpa-jumpa 15 tahun dah!


4. Tapi nakbuat camner. Bola nyer pasal! Muahahhahah......bengong!


5. Bini aku pon paham. Bola ialah bini pertama aku. Dia bini kedua...bini muda!


6. Opss..sebelum lupa, let me clarify. Aku minat MAIN bola. Aku minat tengok bola kat stadium LIVE. Tapi aku TAK MINAT TENGOK BOLA DLM TV. Org yg kaki tengok bola dlm TV tu BODOH! Tgk penat2 malam2 buta, sokong bagai nak rak, kalau team kau menang pon, next year, all over again. And the next year, and next year..bla..bla...bla. Bosan siol.


7. Mamat yg main bola dlm TV dapat duit, dapat medal dan semakin fit. Engkorang, letih free, takde medal dan perut makin boroi. Org yg main bola, sihat jantungnya. Kau penonton bahlul, kene sakit jantung bila team kalah.


8. Kamon fat asses, flabby tummy and semput dudes. Turun padang ler brader.


9. Itu apsal bila bini aku bising2 pasal aktiviti berbola-an aku, aku buat pekak jer. Sebab aku tahu, biasalah perempuan kan berfikiran singkat (amik kau...muahahhah). Sebab, aku pergi main, bukan pergi tengok. Aku jadi fit, berbodi seksi, berjantung sihat insyaAllah. Maka bila badan sihat, insyaAllah zakar ku pon turut sihat. Bila zakar aku sihat, sapa gak yg syokk?? Sapa?..Sapa?


10. Tapi org pompuan maner paham. Tak boleh paham nyer. Dia cuba saiko aku cara lain plak.

"Kalau di katakan main tetiba kaki patah ke, tangan sakit ke, camner? Sapa nak jaga kedai?"

Ni kalau nak main cakap "ber-kalau2" ni, memang pantang aku.

"Kalau aku main bola, tetiba kene tekel, trus jatuh di tengah2 tetek kanan dan kiri Megan Fox, kau jeles dak?"

Jadi sapa lah yg boleh predik apa akan jadi. Sapa?...Sapa?


11. Sebenarnya bini aku masih lagi terpegun dgn kehenseman aku sebab tak jumpa 3 bulan. Aku punyalah cun, dia tak sanggup berenggang ngan aku. Itu pasal dia jelous-kemarahan sebab dia bajet aku pegi Melben utk main bola sambil berpoya2 ngan awek2 Puteri UMNO. Walaupun dia takkata aku hensem, tapi dia tahu aku ni boleh laku di Melben!


12. Itu pasal aku janji kt bini aku, aku insyaAllah takkan mengorat awek2 Melben sebab aku kan suami mithali.
Tapi, kalau awek2 Melben nak ngorat aku, aku tak lah menolak.
Org kata, "rezeki jgn di tolak, bala jgn di cari".
Dah jadi rezeki awek2 Melben boleh "mengkenduri akekah-kan" aku minggu ni, nak wat camner kan?


13. Bini aku tak boleh marah kat aku gak sebenarnya. Sebab bila jika kita kaji selidik punca2 confict aku laki-bini ni, kita tidak akan menjumpai mana2 kesimpulan kecualilah SATU ...

Sapa suruh dia kawin ngan laki Hensem giler cam Aku ni?

SAPA?
SAAPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA........????????

Sekian, mekasih, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails