Monday, February 9, 2009

Adat aku meniaga Bab 1: Monday mayhem

Salam,

1. Adus letih nyer aku. Tiap2 ari monday extra letih.

2. Monday banyak kerja sikit sebab banyak kene buat prep pagi tu jugak. Sebabnya kelmarin hari Ahad aku tak bukak. Biasanya aku buat prep the day before.

3. Kena pulak ari ni freshie2 dah datang. Pagi2 buta dah datang bapak budak freshie nak makan. Aku belum ready jadi aku halau lah dier dgn bersopan-santunnya sebab manalah tau anak dia cun. Pass tu datang budak cina dok bawak freshie2 cina datang makan. Pon aku tak ready, tapi depa sanggup tunggu, tak pelah. Lunch awek2 freshie datang dan lewat petang balak2 freshie lak menyerang. Tq arsyad for the warning.

4. Walaupun aku dah bajet dah bende2 ni, tapi kadang2 ader bende2 tak masuk bajet. Macam aku silap bajet bangun subuh pukul 8 pagi, aku silap bajet taugeh lupa beli, bawang belum kupas, ayam belum defrost, lamb tak cukup etc.

5. Biler aku lari bajet ni aku akan buat kerje mencicit macam org dok lari cari tandas sambil kemut buntut tahan taik cirit. Jadi kalau lah taim tuh ader customer mintak air kosong, member ke tegur, awek tetek besar ke mintak no talipon, aku buat bodo jer la. Kepada yg terasa sori lah yer. Aku kene prioritize, kalau dak mati... lauk tak cukup ker, nasi abis ke. Biler dah settle baru boleh aku pegi bagi no tepon kat awek tadi......

6. Tadi pon ader kenalan yg dah 2 tahun aku tak jumpa datang ke kedai. Baru datang ke Adeladie nak antar anak sekolah katanya. Pon aku tak sempat nak layan. Harap2 die dtg esok.

7. Tapi mayhem hari ni, possibly akan get worsened pada minggu2 mendatang nanti iA. Biler budak2 dak balik nanti, mampos aku. Aku inggat betapa ketar lutunya aku biler lauk2 makin ketandusan, camner berpeluh dinginnya aku dok bertungkus lumus pulun masak lagi. Sekali tersirap darah biler lauk banyak tapi nasi plak abis.

8. Bagi aku, aku hanya ade "one-shot" untuk impress tiap2 customer yg masuk kedai aku. Jadi kalau dier masuk kedai pastu lauk takde, tak pon rasa or look macam sial, most likely dier takkan datang dah. Worst, dier bagitau org lain jgn datang kedaio aku. Tu namernyer the power of first impression.

9. Tu yg kedang2 masa aku kesemputan sebab lari bajet, aku dok doa dalam hati, jgnla org datang...jgnla org datang. Biler aku cakap kat bini aku, dier marah. Dier kater ehh biar la org datang. Entah , aku pon tak tau.

10. Stress aku. Tapi aku selalu teringat saudara fakir fikir pernah kata kat aku, problem aku ni "is a happy problem". Org datang kedai ramai sampai tak terlayan. Kalau org tak datang kedai...hah ..tu di panggil "not happy" problem kot..aku pon dah lupe. Jadi aku rasa aku kenelah improve productivity and speed of service untuk cope with the demand.

11. Biler aku sanggat terdesak biasenyer korang2 mesti leh nampak camner gilo nye aku. Korang mesti perasan mulut aku kumat kamit bacer mentera ape kejadah entah. Mungkin ader org silap anggap aku dok baca jampi pelaris ke, bagi sedap masak ker, pemanis mulut ke, dok panggil pocong kota tinggi ke, tak pon ayat pengasih. Tolong lah bro. Aku memang dah ensem tak perlu ayat pengasih lah.

12. Sebenarnya yg aku baca adalah zikir simple je. Doa nabi yunus maser lam perut ikan Nun."LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHALIMIIN" maksudnya " tiada tuhan melainkan engkau dan sesungguhnya aku ni termasuk dalam golongan org yg zalim" Betul dak Ihsan? kau kan sekolah taliban dulu.
Bagi aku, zikir ni adalah zikit taubat dan ia bermaksud aku telah menzalimi diri sendiri dengan membuat dosa. Dan aku mengaku tiada tuhan lain melainkan Allah. Maka aku acknowledge my weakness and how small I am compared too you Allah. Although I didn't say it, I hope for your forgiveness.

13. Sesuai di baca apabila seseorang itu telah terlajak subuh, tak ikhlas layan customer sebab nak tekel anak dia, tak layan customer, usha tetek (mana kopi dayus ni!!), rengang silturrahim dgn sahabat, tamakkan duit, tak besyukur dgn apa yg ada, menjual makanan yg tak berkualiti, ujub perasan hensem, kesempitan dan menghadapi apa jua cabaran dalam hidup.

14. Sekian tazkirah saya pada hari ini. Saper nak keluar 3 hari sila bagi nama. Aku nak kene tulis pasal perkembangan terbaru di perak plak ni..Dan terima kasih saudara fakir fikir atas khidmat nasihat beliau ttg stress dan kaedah2 penulisan kalis saman/ISA/OSA/Akta Hasutan.

Kenape lah kau bagitau kat aku? Kalau kau tak bagitau, aku boleh bagitau hakim "Yg ariff, saya tak tau pon, tak pernah dengar pon. Jadi saya ingat oklah kalau saya kata bendera malaysia hanya layak di buat sapu buntut anak saya sebab bendera tu di cilok drp design USA" sebagai contohnya lah kan. Tak boleh cakap camtuh rupanya...Challo dulu.

Sekian, makasih, wassalam.

Friday, February 6, 2009

Terberak di Perak!

Salam.
1. Ramai dah org dok tegur aku apa blog makin ganas ni? Alamak. kan aku dah letak warning dah kat atas tu. Jadi kalau rase2 tak layak, silalah jgn baca.
2. Apa2 hal pon, kalau korang rasa apa aku tulis tak patut, tegurlah aku. Aku ready to hear it. Kalau valid argument kau , aku akan ubah apa yg patut. Jgn takut2 yer....sat aku nak tulis namer kau!
3. Kadang2 aku ni ader idea nak tulis, tapi konteksnyer tak menepati blog ni. Jadi aku dah buat 2 lagi blog untuk aku merepek. Satu tentang pilem rebiu yg lagho. Jgn baca!
4. Kedua tentang politik di Malaysian Republican Party . Semua org tension tetang ape yg terjadi di perak sekarang ni kan. Jadi sebagai peringatan kepada aku di masa depan, aku rekodkan pandangan aku di alam siber ni. Kalau korang tak baca pon aku tak kisah.
5. Tapi berhati2 korang. Aku ada banyak pandangan2 politik songsang yang boleh mengharu-birukan hotak korang. Jadi jaga2 lah. Pikir sendiri lah yer. Silap2 aku masuk jel sebab blog ni. Bestnyer dapat glamer free!

Sekian, trimakasih, wassalam.

Monday, February 2, 2009

Trilogi kopi kuat no3: Kopi Dayus untuk "jantan" sejati.

Salam,
This blog is rated MH15+- it contains idea2 mangkuk yg mepunyai sexual reference yg di tujukan untuk org2 lelaki jer. Org pompuan jgn nyebok! Syuhhhhh!

1. Ni adalah bab terakhir dalam trilogi kopi kuat.

2. Dah bersepah org2 pandai di malaysia dan obersea meletup kepala otak dok pikir camner nak settle masalah jenayah seks dan seks bebas ni. Mereke meng-krem-kan otak sendiri kerana semua perasan die lagi pandai dari Allah. Sebenarnya Allah yg buat kita, jadi hanya Dielah yg tahu camner nak menyelesaikan masalah kita. Macam kerete mercedes kita rosak, kenelah hantar ke pusat servis mercedes kan..takkan nak antar ke proton plak! Takpon brani korang pomen kete mercedes korang sendiri?

3. Tapi bila cakap pasai Islamic law ni, maka ramailah yg "allergik", "melatah" dan kene "sawan piggy". Kita semuer kan slalu bace berita org2 "besar" m'sia memperlekehkan hudud. Dia kater kejam lah potong tgn , nak makan sup tangan pegilah negeri kelantan dll.

Al-kisah selang 3-4 ari, ader kes sumbang mahram atau rogol, biler di tanyer reporter, ada org2 yg sama cadangkan potong kemaluan lah, potong telinga lah. Ehh boleh plak!! Jadi kalau nak makan sup kemaluan dan kari telinga boleh lah pegi putrajaya yer...nyam, nyam, nyam. Kalau sambutan mengalakkan boleh aku import buat satay jual kat Swinging Bowl. "Bang Ensem...bagi satay 5 "batang" boleh!!"

4. Di samping Islamic law, aku bercadang untuk memperkenalkan satu product sensasi untuk mengekang kebuasan herba tongkat ali dan sekutunyer!! The solution for all the sexual misconduct is in front of our eyes after all. Introducing...KOPI CAP DUA BUDAK DAYUS!!
Maklumat lanjut tetang model 2 ekor tersebut boleh di dapti di sini.

5. Kopi 22 (and more..)-in-1 ini di perkayakan dengan segala macam mak nenek makanan2 yg di kecoh-kecohkan sebagai pelemah tenaga batin lelaki. List ni adalah berdasarkan kajian hebat satu brader di cini dan yg kedua yg tak boleh bagitau sebab sensor.
1. UBI JALUR
2. AIR KELAPA
3. PUTIH TELUR
4. Teh O
5. TERUNG
6. PETOLA
7. AIR BATU
8. AIR SEJUK
9. ARAK- oppss..bende ni aku tak bubuh la...
10. BUAH DUKU
11. JAMBU AIR
12. JAMBU BATU
13. PISANG HIJAR
14. PISANG EMBUN
15. MANGGIS
16. LANGSAT
17. TEMBIKAI
18. PISANG BERANGAN
19. UBI SENGKUANG
20. TIMUN
21. KEPAK AYAM
22. KEMUCUP
23. and more....tolong tambahkan jika ade berita-berita mutakhir.

6.Khasiat-khasiat kopi ini, di samping "mendinginkan" anda, adalah:
i. membersihkan ketiak kanan anda.
ii. menambahkan jumlah kawah2 di permukaan bulan.
iii. menjadikan gambar passport anda kelihatan hemsem
iv. melengahkan kebotakan tayar spare kereta anda.
v. mengekalkan status team England sebagai team loser dalam FIFA world cup.
vi. mencegah global warming dengan menambah lapisan ozone sebanyak 3 suku kali ganda.
vii. menjimatkan minyak petrol kereta anda...sebab tak ON air-cond..maklumlah dah "dingin"
viii. menjimatkan bil letrik....tak ON kipas dan aircond kat rumah. Fridge pon tak de!
ix. menjimatkan bill air..sebab dingin-dingin ni org tak mandi...yg wajib atau yg harus!
x. tidak menlenguhkan tangan pengipas/pengapit anda sewaktu bersanding dengan bini kedua mat salleh australia cun blonde...sebab pengantin dah "cool", tak perlu kipas kuat2.

7. Mungkin ader yg bertanya, "Adakah mamat ni biol? Saper nak pakai product pelemah seks?" AH-haaa. On the contrary my prens, the target market for this product is infinity. For example..

i. jemaah2 haji atau umrah serata dunia. In 2008 3 juta pilgrims. Depa nak pegi beribadat bukan nak pi usha awek negara maner lagi cun. Kalau org pompuan, diaorang amik pill perancang keluarga lagi sebab tak nak kasi datang haid. So boleh konsentrate beribadat. Jadi apa salahnya kalau org jantan amik kopi dua budak dayus (KDBD) untuk konsentrate beribadat gak.

ii. org2 dalam penjara. Untuk megurangkan kadar pemakanan jambu di kalangan mereka.

iii. budak2 sekolah MCKK, SDAR, STAR, Alam Shah dan berskutu denganya. Suka menjambu dan membaham jambu. Udah lah makan jambu bro. Tengok list no 11 dan 12 atas tuh. Makan jambu melemahkan mojo lah bro!

iv. cikgu2 lelaki, tukang kebun, brader ko-op, abang kanteen, pak guard dan pelawat2 lelaki di sekolah TKC, STF, Sri Putri dan sehaid denganya. Al-maklum............

v. Semua budak2 sekolah di malaysia. Biar depa dok tekun study jer. Bukan dok skodeng bra awek sekelas tuh kaler apa. Ibu bapa tolong jadikan KBDB amalan breakfast anak2 anda.

vi. ahli sukan seperti main tennis mix doubles dengan ana ivanovic.

vii. datuk2 ahli politik atau perniagaan. Untuk menenangkan hati yg terlebih girang sewaktu berjumpa artis2 muda di konsert amal GAZA.

viii. Doktor, bomoh, dukun, pawang dan bidan lelaki sewaktu merawat pesakit yg "mengancam".

ix. Suami2 terabai sewaktu batu belah batu bertangkup di naiki air banjir bulanan.

x. Suami2 gersang yg dok mencari bini no 2 awek australia cun blonde sebab bini dok jauh!

8. Mungkin akan kedengaran suara2 sumbangsih yg mengatakan "Ehh malulah nak beli kopi dayus ni. Kang aper org kate?". Cuba kau imagine korang gi kedai pastuh order
- " Macha!! Kopi dayus kasi kaw-kaw pekat satu." atau
-" Kak! Bagi saya kopi dua budak dayus 10 guni boleh?" tak pon
-" Dik! Bagi abang kopi dayus 5 gelas. Buh ais banyak2 tau"

Sudah semestinya semua org akan menganga kerana itu maksudnya anda adalh seorang yg "perkasa" dan anda memerlukan kopi dayus tersebut untuk mengekang tenaga anda. Jadi aku jaminnyer kemaluan anda tidak besar jika minum kopi ni. Kalau aku buat sticker moto, cap ngan baju kopi dayus ni, confirm sold-out. Minuman ini adalah status simbol kemachoaan anda.

9. Slogan KDBD yg sedang dipertimbagkan adalah "Saya minum sebab saya power!!" atau "Kopi dayus pencegah jenayah" dan "Pastikan suami anda minum kopi dayus tu ari2! Kang dok mengatal cari betina australia cun blonde!!" Ehh camner plak terselit slogan ni kat sini?? Kang aku cari madu.......utk boh lam kopi tu baru tau!!


Testimoni pengguna prototype sample Kopi Dua Budak Dayus. "Memang canteeek lah kopi ni bro! Sekarang saya boleh konsentrate buat kerje tanpa sebarang gangguan seksual. Dulu saye kerje asyik dok usha awek sampai terputus-putus jari saya kene pisau..Sekarang dah masuk ari ker 28 jari saye tak tercantas. Tenkiu la bro."

10. Boikotlah barangan US dan Israel. Gunakan barangan saya....ehh silap ..barangan tempatan lah.

Sekian, makasey, Wassalam.

Friday, January 30, 2009

Kopi Kuat 2: Sape minum dier mengaku mati pucuk!!

Salam.
sambungan kopi kuat.
This post is rated OP. Ia hanya utk orang pandai atau org yg persan pandai sahaja.

1. Aku biler tengok org minum kopi-kuat , aku mesti geram nak bertanyer.:

- sejak biler encik ni mati pucuk sampai kene makan tongkat ali nih..eh kesiannyer. Nah amik buah limau ni.
- En zakaria demam ke ari nih?
- Muda2 pon barang dah kondem ker?
- woo bestnyer lu ...malam ni "on" ke?
- abang nak bersilat malam ni dah dapat permit polis ker?
- abang tak nak tapau kopi kacip fatimah skali ker...?
- Ehh bang..minum kopi "power" pagi2 ni nak "kais pagi makan pagi" ker? Tak kerje ke arini?

Jadi, tak malu ke korang dok minum kopi-kuat ni. Seolah2 korang declare kepada khalayak ramai yang kau ni mempuanyai masalah batin ATAU kau ni nak balik rumah buat project!

2. Peminum2 kopi-kuat tegar akan berkata, kopi ni bukan untuk tenaga batin jer. Malah ia baik untuk kesihatan. Cuber lu check forum kopi radix ni. Cuba bacer bahagian komen pembace tuh. Mangkuk sungguh. Sebok bertanyer al-nujum tetang masalah kesihatan drp masalah batin kepada masalah zahir.

3. Pak belalang nak jual obat. Memang dia cakap semuer boleh. AKu tension jadi aku pon post komen ni
  1. 1. Adakah kopi radix ni dapat menyembuhkan masalah gejala mat rempit di negara kita?
    2. Bolehkah kopi radix ni membantu rakyat palestin dalam perjuangan mereka menentang israel?

Ciss aku lupa nak bubuh satu lagi. Bolehkan org lain menjadi sehensem saye biler minum kopi radix ni?
(Note- kalau aku mati tetiba, itu bukan sebab aku di santau oleh HPA Industries Sdn Bhd pembuat kopi radix yg terer bab herba ni. Mati ku hanyalah suratan takdir. Plis don't avenge my deathhh !! And you can mengorat my wife..kesian dier menjanda nanti!!)
(Second note- kalau nak santau ker antar hantu/jin/setan ker..naper tak hantar ke israel ker, ke goerge bush ker. Ke adakah mungkin ia sebenarnya TAK JALAN!!)

4. Jadi persoalan aku, ADAKAH PERLU KITA MENGAMBIL KOPI-KUAT ATAU PRODUK2 TENAGA BATIN SEUMPAMANYA?

5. Bagi aku, kalau kau ader masalah batin yg di sahkan oleh doktor...why not. BUT kalau kau sehat wal-lepat-liat kenape kau nak ambik jugak? Contohnya: kau biasa makan panadol bila pening kepala. Tapi bila kau tak pening kepala, adakah kau makan panadol jugak?....sajer suka2 makan panadol, mane lah tau kan ..kot2 datang pulak pening kepala ni. Giloo ko!!

6. Product2 seks ni bukan main2 cam panadol. Impaknya MERBAHAYA! Sebabnya ramai org gunakan pruduk-seks ni sebagai amalan harian sebab termakan dengan label "menjaga kesihatan". Buatnyer product tu betul2 effective...tak ke ramai org lelaki yg berjalan denagn keris yg terhunus....sedang mencari sarungnya. Kalau sarung tu sarung yg halal tak pe. Tapi kalau sarung yg haram camner?

7. Biler asyik dok pikir seks jer dalam otak dan asyik mengujakan diri sendiri dengan makan ubat-kuat.....maker timbulah banyak masalah. Pembuat product2 herba seksual ni dah tak peduli effect camtuh. Depa dah berijtihad korang pakai product tuh utuk jln yg halal. Tetapi secara tidak langsung, mereka sebenarnyer menyumbang kepada gejala haruan makan anak/sumbang mahram, zina, khalwat, pemerkosaaan, bohsia pre-paid, vcd porno dsb.

8. Dalam website kopi radix yg lain ni, tengok responses pertama drpd farahin(yg obviously salah seorang jurujual radix) dan jawapannya di responses ke dua. Adekah patut seorang emak dan tok bomoh rekemen bagik kopi-kuat ni kepada remaja? Langsung tak bertanggung jawap! Ni "salah satu" punca kes yg aku baca masa aku balik malaysia aritu yg seorang budak perempuan berumur SATU TAHUN di perkosa oleh suami dan anak lelaki remaja penjaganyer (child care). Mak budak tu bukak nappies tengok penuh ngan darah. Ni namernyer Bangang tahap babi kuraplah kalau kau nak bagi anak kau makan kopi-kuat!! Budak2 muda mana perlukan ubat kuat. Awek tiup jer dah cukup!!

9. Kita kenalah pandai dalam menbuat pilihan. Jangan jadi terlalu taksub dengan ubat-ubatan melayu yg tidak di kaji secara scientific tentang effect dan side effect nya. Jgn termakan dengan ayat2 salesman yg memjual nama2 saintis jalanan maner, doktor murahan mane dan kajian2 universiti yg tidak pula diberikan tajuknya, tahun bila dipublish, journal mana etc. Kalau betul ia menyembuhkan kanser, naper ari2 masih ramai org kat malaysia mati kanser lagi? Engkorang ni bukannyer BODOH. Korang tengah dok study OBERSEA lagi. Jgn merendahkan minda anda ke level pakcik makcik tak sekolah tuh. Kritikal sikit!

10. Kalau ader org still kater ni ubat jaga kesihatan, silelah tulis komen, nanti aku bagik hujjah2 aku. Kalau ader org bagik AYAT STANDARD..."nanti bile dah tua baru tau ape kesanya". Aku nak mintak pakcik/makcik tu bagitau aku aper kesanya SEKARANG, aku nak buat list tulis satu2 dan kalau tak jadi nanti biler aku dah tua, aku nak report kat ALLAH. Biler dah tua tuh, enjine dah semput, sendi2 dah jam..tak kira lah kalau kau ambik ubat herba maser muda ke tidak. Sakit2 maser tua tu PASTI. Mati tu KONFIRM. Jgn nak jadikan alasan nak jual ubat.

11. Sebelum aku chow, kopi radix aku jadikan contoh bukan sebab aku tak suka kompeni tuh. Tapi sebab depa kempen sakan lam internet, tu yg senang search tu. Kopi2 lain pon 3 kali 4 gak. Kompeni HPA tu aku tengok lam website memang bagus. Satu kompeni muslim yg patut di contohi. Semoga Berjaya.

to be continued..

Sekian. Terima Kasih. Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails