Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Balik Kampung: Bil Fon 3000 Dollar? Biasalah Tu.... Wa Tokoh Korporat

Salam.

1. Insiden best kedua yang berlaku sejak aku balik ni berlaku sebab aku nak research lokasi2 yang berpotensi untuk aku bukak kedai kat Malaysia. Jadi aku bajet
a. Aku ada bekap plan sekiranya bisnes aku kat Australia bungkus.
b. Bila in the future kalau mak bapak aku sakit, anak2 dah besar or aku dah bosan ngan Australia, aku boleh senang2 berhijrah balik sini.

2. Tapi niat sebenar aku ialah untuk bukak kedai kat Malaysia supaya aku boleh tapau dua tiga lori awek Malaysia dan buat bini sorang dua lagi.

3. So sesampai je kat Msia,aku lepak KL 3 hari utk meng-research lokasi2 yang berpotensi untuk bukak bisnes dan sekaligus menapau awek.

4. Maka dengan niat yg tulus ikhlas itu, aku bukak mata luas2 utk mengusha aweks-aweks hot dan bukak iphone app Maps permanently so aku boleh membuat carta minda di manakah posisi kedudukan awek2 tersebut. Maklumlah. Aku kan org Ozi. Mana reti jalan-jalan kat KL nih!

5. Sambil jalan2, sambil bertwitter dan berfesbuk. Balik rumah pulak aku apdet blog pakai ifon aku sebagai hotspot/modem.

6. Jadi, masuk hari yang ketiga, tetiba fon aku jam. Ape hal pulak ni aku pikir. Tak boleh call in and out. Internet down. Nak call help line kat Ozi pon tak boleh.

7. Dahlah aku takde fon lain. Tak sampai hati plak nak pinjam fon orang lain utk call Ozi help line. So aku tunggulah sampai 2 hari pastu bila aku dah beli fon utk bini aku, baru aku call Ozi.

8. Sekali dia cakap, bill fon aku dah cecah 3000 dollar utk dua hari! Sebab data usage macam gila. So diaorang automatic suspend service fon aku sampai aku settlekan at least $2000.

9. Bila aku dengar je dia kata tiga ribu dollar, hati aku melonjak gembira. Sebab duit 3000 boleh di cari. Material untuk tulis dalm blog ………… Pricelesssss.!
________________________
Ops Borong.

1. Malam last before kene saspend, aku keluar makan ngan member2 aku. Salah sorang tu ada bisnes tender kitchen dua tiga bijik. Tetiba dia kata malam tu dia nak pergi borong stock dia. So aku trus tag along dia dari kedai makan tu dari tengah malam sampai ke subuh, ronda2 KL cari barang.

2. Sebab aku nak check lokasi, distance etc, Ifon Maps Apps.......ONNN..........pandai.



12 tgh malam. Ops bermula dari depot Pos Mel Nasional Shah Alam. Misi. Kasi penuh truck

Spot beli barang2 kering. Wholesaler. Nampak cam bangsat. Tapi....bila kau masukk......perghh! Kalah mayden. Minus all the crowd and berhimpit2 dgn aweks. But wallet kau lega.

Bawangs-Bawangs

Beras. Tapi aku pelik kenapa kampit paling besar is 10 kg jer. Kat Ozzy 20 kg maaa. Mungkin bicep2 org Msia kecik2 kot. Bicep org2 ozzy cam aku jer yg besar2 yg mampu angkat 20kg selambe.

Pergh! Tapi. SEMUA telur dia ada taik ayam melepek2 kat kulit dia. Pemalas punya tokey telur. Nak cuci pon saving. Sebab tu ada peniaga2 kedai makan kat KL aku tengok, terang2 iklan, "Telur Ayam Di Basuh". Sebab biasanya, chef tak basuh telur. Pecah telur, stret masuk Char Kuey Tiaw etc. Jadi kalau ada serpihan kulit telur or serbuk2 taik ayam kering masuk dalam mee or kuey tiaw engkorang......Alhamdullilah. Dapat vitamin extra engkau malam tu.

Harta rampasan perang. Ni baru dry goods.

Awsome gila. Tobat cultural shock aku. Tempat ni aku tak boleh nak describe. Kau kene pegi dan experience sendiri. Gilos.

Pukul 3-4 pagi tapi bizi cam siang hari. Ni section yg tak bizi. Kalau kau pegi hujung2 tu, tempat ikan, nak berdiri setempat pon tak boleh. Kene tolak ngan orang. Mamat2 yg tolak trolley or tong ais tu namanya "teksi". Semua myanmar kot. Bapak aku trasa macam kat Rangoon malam tu.
Korang ingat tak dlam KL Gangster ada scene Harun Aziz yg kerje "teksi" kat Pasar Borong Selangor, bergocoh ngan gangster2 india? Haa.....kat sini mmg ada "orang jaga". But diaorang jaga untuk kasi aman skit. Give order to the chaos. Okayla. Contoh, kalau kau beli barang pastu tinggal dalam lori tak berkunci, takde org rembat. Sapa rembat, remuk. Dan kat section ikan ada unwritten law, tak boleh jual frozen seafood sebelum pukul 4 pagi. Diaorang nak kasi laku fresh seafood dulu sebab yg tu mahal so karang tak de org nak beli.
Aku nak ambik gambar pon kawan aku sound aku jaga2 skit. Sebab nanti "ada org" marah! Pehhh... wa bukan nak langgar tempat lu bro!


Apek!! Ni mana cukup. Wa mau lima kolam ayam. Bukan satu kolam!!!

Pukul 7 pagi. Setel. Lebam aku.


Sekian, Mekasey, Wassalam.

Tuesday, October 18, 2011

Koner Baring di Mamak Koner..........

Uwaaaaaa...Uwaaaaa....Waaiiiiii........mammiii....aunttttiii........minachiiiii!!
Salam,

1. Seriously bila first taim aku dengar last week Mamak Corner nak bukak, jantung aku stop sekejap. Tapi selepas bernapas pelan2 ikut mulut fuhhhh...fahhhh...fuhhh...fahhhh, aku kembali chill.

2. Rilek la. Sudah lumrah kehidupan, sooner or later, memang akan ada kedai lain akan di bukak di Adelaide. Apa kau ingat masa Haji Samhuri mula2 bukak kedai satay kat Kajang dulu, dia ingat dia sorang je boleh bukak kedai satay kat situ sampai kiamat?

3. In fact, aku pulak yang eksaited terlebih2 sekarang ni. Abis aku britau semua orang, sampai siap ada org slow talk ngan aku cakap , "Hoi! Kau diam2 sudah lah! Jgn la britau orang". Bini aku pulak, bila tau je, trus buat muka monyok, "Macamana kita ni? Macam manaaaaaaaaa? Uwaaaaaaa!!!!".

4. Hahahhahaa. Noobs! Korang ni semuanya Noobiess!!
_______________
The way I see it

Bende ni simple jer..

1. Pertamanya, the population will always grow. So the number of potential customer will also increased right? So plenty of fish in the sea. Buktinya tengok K-nudel is still thriving and not affected by my shop opening at all pon.

2. Keduanya, the type of food yg Mamak Koner serves is different from mine. Diaorang jual Roti varieties mostly. Of course diaorang jual Nasi lemak dan teh tarik gak, but, cehhh, aku tak heran lah. Diaorg buat pesen diaorang, aku buat pesen aku.

Seorang model ternama tanahair di gunakan untuk menjayakan photoshoot ini.

3. Ketiganya, our shop complement each other. Mana2 "gadis2 usrah yg simpan duit nak derma kat Aqsa Syarif/Aman Palestin" or "gadis2 gedik yang diet" or "gadis2 pendek berperut kecik" or "jantan2 yg nak mengusha gadis2 tersebut", boleh lah makan kat situ, sebab banyak light food (but not lite-food! Haha). Tapi sesapa yang nak bicep besar cam aku or boroi cam Munir, diaorang kenelah melantak nasi gak! So pusing2, korang akan come tu papa jugak la nanti!

4. Ke-empat. Unfortunately, the reality is, I have to say here, even though they buat halal, tak semua orang Islam akan makan pon! Sebab ramai yg tak percaya bila non-muslim jual makanan halal. Tak boleh masuk tekak la, ape jadi kalau diaorang guna minyak babs la, etc etc etc. Macam2 la.
______________
They will be successful

1. Mamak Koner akan start bukak besok. Aku harap korang sapot la sebab lagi banyak halal shop kat Adelaide ni, lagi stronglah "Halal brand" kat Adelaide ni. We must show them that there is a strong demand for Halal food, so eventually it becomes a second nature to any eatery shops, to use only Halal meat.

2. Aku predict kedai tu will have no problem at all to survive. In fact, eventually it will be thriving better than kedai aku pon. Cost barang2 dia low, with a unique menu in Adelaide, high turn-over of customers, open till late, nice location, etc, gives me a good vibes. (I wonder how much is their rent?)
Bank St, kat Hindley St. Lepas makan, boleh meng-kuda trus!

3. The same formula had work wonder at Sydney "Mamak" restaurant kat Chinatown/Haymarket. Orang beratur panjang gaban. Skang dah ada brapa branch dah kat situ. I believe, Mamak Koner Adelaide ni try to mimick Mamak Sydney la ni.

4. Dan Mamak Sydney tu tak halal pon! The harsh reality is my friends, mana2 kedai don't need to be halal pon. There are enough non-muslim customers kat Adelaide ni utk sustain diaorang. K-Nudel takkan bankruptnya kalau takde kastemer Melayu pon!
_____________
Dan Jgn Lupa!!!

1. Dan korang jangan buat2 lupa plak kan. Tarikan utama kastemer ke kedai aku adalah aku, pemilik kedai paling hensem di dalam sejarah ketamadunan Adelaide.

2. Aku rasa tokey Mamak Koner mana bole challange aku kot walaupun aku tak jumpa lagi pon!
So kalau perut je yg kenyang tapi mata tak kenyang, buat apa kan.

3. Oleh itu pusing2 nanti, korang akan datang balik ke Swinging Bowl jugak. Kerana hanya di Swinging Bowl sahajalah, anda boleh mendapat santapan yang men"yelera"kan jasmani dan juga rohani.

Sekian, Mekasey, Wassalam.

Sunday, September 12, 2010

Pekerja-Pekerja Aku Yang Cun


Salam,

1. .............1145pm. Aku masih tengah high. Adrenaline membuak2. Baru lepas niaga kat Malaysian Carnival.

2. Aku tak lah rasa letih sangat. Biasa lah ni.

3. Bagi aku letih ni ada 2 kategori. Letih badan dan letih otak.

4. Letih otak lagi sakit bagi aku. Kalau otak letih, satu badan letih. Kalau otak tak letih, agak mustahil utk aku letih badan. Sebab bila otak lapang, buat kerje pon trasa ringan.

5. Sebab tu aku suka buat kerja sengsorang sebenarnya. Biar semua aku buat. Pakai satu kepala. Kepala aku saje. Betul ke salah ke, aku yg tanggung. Asalkan aku tak pening kepala bila banyak2 kepala ni!

6. Antara bende yang paling aku benci ialah bila "orang lain membuang masa aku."
Biarla kalau aku buang masa aku dgn kerje2 yg tak pekdah. Asalkan jgn org lain! Mcm, bila org bayar kat cashier pakai credit card ke, org lambat tukar gear kat traffic light ke, org yg terkedek2 masa buat konvoi kereta ke mana2 or org byk songel masa nak membeli kat kedai ke!

7. Itu pasal aku benci nak serve org kat kedai. Aku geram je nak lempang2 sekor2 yg terhegeh2 mengorder. So drpd aku buat dajal, baik aku suruh org lain serve!

8. Tapi sebab aku suka buat kerje sorang2 ni lah yg menyebabkan aku selalu injured. Overdose kerje sampai lengan dan tangan nak tercabut!

Lengan aku yang dah bengkak! Gambar bersama fakirfikir yg nampak muda sebab misai dan janggut dah gondol! (Nahh bro! Kau mintak sangat aku post!)

9. Itu pasal character/skill yg aku paling perati, tekankan dan hargai di kalangan pekerje2 SBowl ialah speed. Pantas, pantas, pantas.........

10. Cara aku kerje ialah, aku lead the way, and diaorang kene catch-up. Aku tak kisah je pon klau diorang takleh catch-up sebab mmg mustahil diorang nak melawan aku. Aku kerje tiap2 ari dari pagi ke ptg dah dekat 3 tahun. Diaorang just kerje 1-2 kali seminggu sebanyak 2-5 jam. Mmg tak dapek challange aku la kan!

11. Semua orang yg start kerje kat SB akan gabrak dan rasa macam nak mampos kot mula2 tuh. Tapi lama2 aku perati, sekor2 jadi cool dan methodical dlm kerja2 diaorang, walaupun under constant pressure. Stamina kerja diaorang pon meningkat. Funnily, most of them aku tengok macam jadi addicted nak berkerja!

13. Macam masa event tadi, jelas nampak lain staf2 aku compare to pekerja2 gerai lain. Kitaorang sikit je, tapi non-stop, fit and fast. Orang lain mcam nak tercabut kepala lutut je aku tgk bila dah petang2 tuh.

14. I am sure that everybody yg bukak gerai tadi, masih dok mencuci sampai pukul 10 malam ni or later. Takpon, paling common, balik tidor dulu, basuh besok pagi! Tapi, kitaorang pukul 6pm dah setel semua kat kedai. Besok boleh niaga back to normal.

15. So, itulah characteristic pekerja2 yg aku pilih utk kerja ngan aku. Pekerja2 yg tidak akan meletihkan "otak" aku. Kuat, kelakar, multitasker, PR power, bijak, sengal or chun, hanyalah bonus.

16. Alhamdullilah, so far, I am proud of each and every single one of them.

17. ........Except for Chika!! Aduhai! Nasib baik la kau kelakar! Woii.....kerja tu laju2 la skit!

Kau tengok la muka ni. Sampai ati ke kau nak buang keje?

Sekian, mekasey kpd sapa yg sapot aku tadi dan wassalam.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Kaya Raya.........

Salam,

....Smakin aku letih smakin tak leh tido.

Bila aku sampai rumah pukul 11pm tadi, semua org dah tido. Sorri berlori diucapkan kpd isteri pertama dan anak2 kerana aku tak beraya dgn dioarg langsung pada hari ini.

Mengapakah aku kejam sebegitu....?
___________________________________________

1. Selaku kapitalis tegar, ari ini bersamaan 1 Syawal tahun ke err....brapa hijrah ntah, aku tak tutup kedai. Business as usual.

2. Hari bermula pada pukul 610am. Aku bangun melompat. Lambat! 630am aku dah beriktiqaf di kedai, aku mengdalca utk 2 open houses. 8am, aku dah balik rumah. 815am pegi Al-Khalil.

..gambar kitar semula.. catering dalca dulu2

3. Bergambar bersama rakan2 sebaya.. Chronik Bloggerz yg dulunya bertiga, skang tinggal 2. Ni gambar kat kubur Al-Khalil. Aku mungkin parking kat sini juga satu hari nanti. Tapi klau parking kat Pelestin ke Afganistan ke, lagi best kot.
...kantoi...mata tgh ushar aweks yg melawat kubur.

4. Abis semayang aku pegi hantar dalca, pastu trus merempit kekedai. Sampai pukul 10am. Maka bermulalah iktiqaf aku yg kedua.

5. Terlambat lagi! Pulun masak ala-kadar sebab bajet org tak ramai. Sekali tuu dia ramainyer orang! Keching Keching! Duit masyuk!

6. Trimakacih di ucapkan kpd losers2 yg takde kerja lain di pagi raya tadi, so sanggup kerje!

Yang ni mcam takde perasaan. Robot besut!

Ala anak emak cayang buschuk makan pon kene berdiri sebab tak sempat.....

...ololololololo....mcam laki mati bini

7. Trimakasih juga di ucapkan kpd semua pekerja2 yg datang beraya kedai tadi. Semua macha-machi aku datang kot kecuali Arifah yg pergi membalak.

Chika dok mengayat pakcik parking inspector. Naseb baek ayat dia power, pakcik tu tak jadi saman.
Takpon mat salleh tu ingat ni budak cacat, so kasi chan la sebab dia handicap!

Bajet ayu la lu! Pandang sini la bila orang amik gambar!...

8. Dan tq gak kpd orang2 lain yg datang beraya di kedai tadi. Sapa yg datang lambat tadi dan tak dapek meraso, den mohon hampun maaf...seblum den maki hamun..
"Woi! Bukankah aku dah tulis kat febuk, sebelum datang SMS aku dulu, so aku boleh prepare. Ni main terjah je, susah lah aku nak bajet kan. Sorri la yer sapa yg tak makan tadi".

9. Pukul 4pm, sales objective for the day was achieved. Awal gila. Lauk nazak. Solution=TUTUP.

10. Aku dah trasa macam nak tergolek dog dah taim tuh. Aku trus pegi bank dan on the way balik aku singgah CIBO beli ice coffee. Tak jalan. So lepas smayang asar je pkul 4:50pm, aku trus pengsan dekat sejam.

11. Celik2 je sambung projek ngan Bukh. Projek yg aku dok kalut2 ni sampai lupa anak bini danraya ni ialah Malaysian Carnival this Sunday, 2 hari lagi. Aku tengah pulun buat satay la skang ni. Bukh potong ayam dan daging, aku marinate pastu aku pasing kat armada cikaro-cikaroses aku utk di cocok.

12. PETUA MEMASAK: Aphal pulak ni kan? Bila bahan2 marinate satay ni di gaul skali, ada exothermic chemical reaction yg menyebabkan keluar gas kaw2 sampai pedih berair2 mata.
Kalau buat 3-4 kilo takpe la. Tapi kalau buat samapi berpuluh2 kilo cam aku, boleh pengsan woooo!
The magical solution is cover your idung, NOT the eyes. Sebab punca pedih mata itu ialah pedih idung sebenarnya!

The same with bila hiris bawang. Kalau kau tahan nafas or cover idung, gerenti tak pedih mata. Kalau kau tahan nafas lagi lama-lama lagi bagus. Boleh mati trus. Org mati tak pedih mata bila hiris bawang.


13. Berdentam berdentum sampai pukul 1030pm baru belah dari kedai. Iktiqaf selesai akhirnya. Pastuh aku dan Bukh pegi deliver satay2 utk di cocok kpd haweks. Pkul 11pm baru sampai rumah.

14. Tetiba kat rumah aku trasa lapar. Mana taknya. Satu ari ni, aku makan "proper" skali je. Satay goreng kat kedai pukul 3pm tadi. No breakfast, no supper. Sebab ari ni ni bini aku beraya sakan, kat rumah take makanan. So terpaksalah aku bermaggian tomyam.

My energy sources taim keje. Air mineral utk menghilangkan dahaga. V utk mencelikan mata. Snikers utk bagi glucose boost. Red Rock Deli Chilli utk kasi pedas lidah. Baldi untuk kencing. No taim to waste. Time is money. Money gets you honey. Honey will get your mani. ...Pergh! Rapping tu! .....aku dah sewel.

15. Pukul 12am aku dok depan computer. Pastu entah pukul brapa aku pengsan dekat sejam sambil duduk depan screen. Pukul 4:00am aku mandi, sebab satu badan bau satay. Pastu smayang Isyak! Muahahhaha.

16. Sakang ni tengah tunggu masuk Subuh.

..nak kasi celik aku layan lagu ni. Dino iki ku'e toko guyu..muahhaha layann~

17. Well, thats my life for the last 24 hours lebih kurang. Terlepas raya. Not the first time! Ntah sebab apa ntah, banyak kali kalau aku join food carnival, timing dia mesti tak cun. 3 tahun lepas, Food & wine carnival, memang betul2 di Hari Raya. Pastu carnival apa ntah, kene taim sehari selepas bini aku beranak. Terpaksa aku tinggal bini aku dan baby kat sepital sengsorang.

Aku memang kejam!


18. Besok...eh silap dah pukul 5:17am skang, aku kene bangun awal nak pergi beraya. Pastu petang main bola. Malam ni, sambung balik beriktiqaf.

19. Di harapkan hari Ahad ni chun utk semua yg terlibat. InsyaAllah.

20. Skang pukul 545am. Post this entry.

5:51 am...aku laparrrrrrrrrrrr!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

Friday, April 30, 2010

Jom Katok Mat Salleh !!!

Salam,

1. Besok dan lusa aku masuk Tasting Australia pekejadah. Food festival la beb. Lebih kurang cam pasar malam...cuma di buat waktu siang....dan banyak awek mat salleh....dan diaorang mabuk2!!

2. Last time aku join this event was 3 years ago in 2007. That was my first time masuk food festival. Before aku bukak kedai. Aku dah sain kontract kedai dah taim tuh. Cuma tak boleh niaga lagi sebab kene renovate dulu. Jadi bosan2 takde kerje aku join ler festival tuh.

3. Sekali silap bajet. Sometimes masa bulan Januari 2007, aku beromen ngan isteri aku. Tup tap tup tap, bini aku pregnant. Due date sometimes bulan October. Event tuh plak, masa tahun 2007 tu, 13-14 October. Aku dah saspen. Kalau bini aku terberanak taim event tu camner?

4. Sekali, Alhamdullilah, bini aku meletup 11 October 2007. Dapat lah Husna yg aku citer sebelum nih. Keluar2 je minah tuh, akau cakap goodbye kat bini aku, trus balik buat satay sakan. Bini aku terbiar sengsorang ngan baby kat sepital. Aku gi melawat kejap2 jer selama 3 hari dia dok situh. Padan muka bini aku. Sapa suruh ajak aku beromen sanggat taim tuh. Aku kan subur.

5. Sambutan masa tuh, giler bab sampai the event turn out very bad for me. First time lah katakan. Tak prepared. Kejap je satay aku abis. Macam nak terberak aku nak buat yg baru. Sampai terbelah2 tangan aku. Lunch time, sold out. Second day, sepatutnya event abis pukul 9. Pukul 7 aku dah tutup kedai. Gilos.

Sign yg kitaorang letak taim lunch tuh sebab dah licin. Kena tunggu aku bawak stock baru dari rumah. Aku rasa ni gambar ihsan huhu amik. Wa cilok bro!

Tengok jari aku.....Kelam kabut buat satay nyer pasal

6. Terimakasih di ucapkan kpd pekerja2 berdedikasi aku taim tuh. Muk, Zarip, Usu, Azman yg dok membakar. Saipol dan Farouk yg dok layan kastemer. Legend lah lu semua!
Aku taim tuh dok kat rumah, dok pulun buat satay. Bila siap, aku gi antar. Diaorang ni lah yg dok meniaga.

7. Baru aku teringgat. Hari tuh HARI RAYA POSA!!!!
Budak2 ni, korban kan raya diaorang untuk tolong aku meniaga satay!
Sape ntah bapak dia siap call dari Malaysai lagi tanya , pegi beraya kat maner?
"Tak pegi mana2 pon. Tengah niaga satay" dia kata.
Ciss......Nasib baik aku taff!
Kalau dak aku dah nangis dah nih!

Pekerje aku semua nyer lelaki. Yg pompuan tuh datang melawat jer. Baru lepas sambut raya kat Uni. Itu pasal melaram semacam.

7. So besok aku meniaga nih, harga dia mahal banyak! Sebab nak masuk event nih kene bayar fees yg agak brutal. Tak tau aku kenaper mahal sanggat event nih.
So aku nak tak nak kenelah up the price.
Bukan aku sengaja nak katok!
Aku terpaksa katok.
Akan ku katok dlm keterpaksaan.

8. So, engkorang budak2 Melayu, JANGAN LA DATANG BELI YERK!! Aku serious nih! Jangan datang!!. Kang korang nangis, aku pulak yg sedih dan terasa bersalah. Aku ni berjiwa sensitip U tau!
uwaaaaa~~
Korang datng amik bau sudah!
Balik Malaysia nanti, baru pulun satay puas2.

9. Aku dah nak pengsan.
Doakan aku berjaya katok mat salleh besok, tanpa di katoki oleh mat salleh2 tersebut.
AMINNN!

Sekian, mekasih, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails