Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Langkah Pertama Di Alam Perkerjaan: "Nasihat2 yang konfem mak ayah korang takkan bagik"


Salam,

1. Sekarang ni tengah taim graduation di Adeled. UniSA graduation dah lepas last week. Seminggu lagi Uni Adelaide pulak kalau tak silap.

2. Seperti biasa, bila taim grad ni, maka tetiba kedai aku macam di serang oleh orang2 yang berpakaian cun. Mereka datang, seperti biasa, adalah untuk mengusha aku yang hensem. Makan tu hanyalah secondary objektif. Bajet boleh ngorat aku letew dengan baju baru, ketat sana sini, tudung belit2, rambut tinggi cam Rosmah, mekap tebal sampai nak runtuh muka dan kasut bertumit 4 inchi.

3. Alhamdullilah iman aku masih kukuh. Kamonlah. Takan korang tak pernah dengar. "Beauty is only skin deep". So. Show me more skin bebeh......

4. Truthfully, I am soo happy for them. Aku bangga korang grad. Mission accomplished. Alhamdullilah.

5. Tetapi sewaktu korang bergembira bersama2 kawan2 satu batch, I cannot help but thinking how naive you are at that moment. Korang dok gelak sama2, ambik gambar sama2, diskas pasal nak kerje kat mane, bila nak buat re-union and stuff.

6. Tapi aku dok tilik. Lagi 10 tahun, mane satu diantara korang yang akan berjaya, mana satu yang akan menjadi kaya, mana satu yang akan masuk paper/TV, anak ramai, menten howt, Ketua Jabatan, Dekan, CEO, pakai Porche Cayman, jadi Datuk, bini 4, kahwin artis, etc.

7. Dan juga mana satu yang akan tikam member, gile pangkat, pembodek boss, pengangur kronik, pencuri tulang, pemecah amanah, pengambil rasuah, pembuli, peruntuh rumahtangga orang, andartu, peng-sexual harrasment, gila betina, MLM, jual tudung/kuih raya/slimming shits kat opis.....

8. Ya. Kawan2 yang kau dok peluk2 taim grad tu, one day will be kawan2 yang kau akan bunuh. Kau akan cantas. Kau akan segan nak ngaku member. Kau akan stalk je senyap2 dalam fesbuk dgn penuh envy.

9. Dunia perkerjaan AKAN mengubah engkau. Ini kau tak dapat nak elak. Its part of the proses di dalm kehidupan kita di dunia ini.
____________________________
Hutang...

10. Ia adalh langkah pertama korang ke alam dewasa. Alam di mana kau suddenly become financially independent. Biasiswa FAMA akan di potong partially (utk anak org kaya) or totally (utk org2 biasa2). Kau dah kene budjet sendiri. Berapa nak joli, berapa nak saving dan apekah bende yang menjadi priority financially bagi ngkau pada masa ini. Kereta vs Rumah vs Kahwin.

11. Yes my frens. Common misconception bagik korang adalah, "bila kerje konfem banyak duit" kan? Tapi korang tak sedar, bila kau start kerje jer, kau akan start berhutang. Hutang paling biasa yang pertama sekali orang buat adalah hutang beli kreta. Selepas 2-3 tahun kerja, ada orang berhutang untuk kahwin. Siap buat loan bank! Dan selepas berkahwin, kau akan berhutang beli rumah pulak.

12. How big or deep is your debt depend on betapa "mengada" kau lah kan. Ikut taste ngkau lah. Ade org yang taste tinggi, so diaorang hutang tinggi ler. Be sensible dan banyak kan saving. Pokoknya, berhutanglah mengikut kemampuan financial engkau. Jangan sampai kene potong tangan ngan along sudep.
___________________________
Politik...

13. Langkah pertama korang masuk opis juga adalh langkah pertama orang akan treat engkau sebagai "orang dewasa". Kau bukan lagi adik2, budak uni, intern etc. Kau sekarang ni adlah rakan sekerja/collegue mereka. Masing2 berkerja untuk kebaikan or untuk naik pangkat di company or jabatan depends samada kau kerja private or kerajaan.

14. Jadi welcome to ofis politik. Sapa yang kau kenal or kau musuhi akan menentukan berapa banyak gaji kau akan dapat setiap bulan. Semuanya pasal duit. Kerena duitlah berlaku tikam menikam, gossip/mengumpat/cakap belakang2, bodek boss etc. Semuanya adalh untuk mengjustifykan kau lah pekerje terbaik di Jabatan/company tu. Kaulah paling layak dapat gaji paling tinggi.

15. Don't worry. Mula2 kau akan terkejut. Tapi lama2 kau akan dapt baca. It is your choice to go with the flow and "may succeed" . Or be an idealist and your carrer "may become stagnant" . But if you work in a shit tank for a long time, eventualy you will not realize the smell of the shit anymnore. It will no be long, bila kau juga akan one of those yang bila jumpa member akan cakap,
"Ehh Kiah! Ya Allah, lama tak jumpa sejak dari Adeled lagi kan. OMG! Aku dengar kau kat HUKM. Kau berapa sekarang ni ekk? Aku dah 54!!".
54 tu bukan umur yer kanak2 semua. Itu adlah Gred tangga gaji utk kerje kerajaan.
___________________________
Kahwin...


16. Langkah pertama kau di tempat opis itu juga adalh langkah pertama ke arah perkahwinan. Memang bunyi dia macam cliche drama swasta melayu, tapi memang selepas dapat kerja, semua orang akan stret pikir pasal kawin.

17. Awal2 lagi, baru sejam kau dok di opis, masa first day orientation tu, budak2 lelaki yang "satu batch" baru start kerje ngan ngkau dah usha2 awek mana yang diorang nak tekel. Senyuman berbalas senyuman. Jelingan dgn jelingan. Kertas2 "salam perkenalan" akan di pass. Phone number akan bertukar. Dan malam tu masing2 akan "add as friend" berlonggok2 kat facebook.

18. To put simply, its like school all over again. Semua org berebut2 nak carik awex or balax. But this time its no longer cinta monyet. Ni cintan yang nak tanak, hingga ke mati. And the stake is high for female. Its do or die for them before they may slip deeper and deeper into andartu with each passing years. For boys, well, rileks je bro. Tahun depan ader. Tahun depan2 pon ader. Tahun depan X sejuta tahun lagi pon boleyh!!
_________________________
Usia...


19. Langkah pertama di tempat kerja juga adalh langkah kau merentasi batas usia. Sedarlah. Sekarang ini, tiada lagi orang yang lebih tua dari ngkau yang kau boleh panggil pakcik or makcik. No more. Semua orang2 tua kau kene panggil abang or kakak sahaja. Walaupun diorang mungkin sebaya or lagi tua dari mak bapak ngkau. Tak caya gi lah panggil otai2 kat opis tu pakcik makcik. Down stret!!
__________________________
Halal...


20. Dan akhir kata, untuk aweks-aweks, langkah pertama di alam perkerjaan ini juga adalh langkah pertama di mana kau adalh halal untuk di tekel oleh semua kaum lelaki tak kira usia. Yes, yang baya bapak kau dengan anak cucu berderet2 pon halal untuk membaham engkau.

21. Kerana kau bukan lagi taboo bagi mereka. Kau sudah melepasi alam sekolah dan alam universiti. Apabila lelaki berumur 33 tahun ngorat awek berumur 13 tahun, dia di panggil paedofile. Tapi bila lelaki berumur 53 mengorat awek berumur 23, itu di kira "Biasak le beb!". Tolong lah jangan post kat fesbuk or twitter," Apsal laki2 orang ni gatal nak ngorat aku" etc. Sedar diri lah sikit. Kau kini adalh umpama lauk yang terhidang di kenduri kahwin. Semua orang sila makan.
_______________________
Cuaks???


22. Dengan ini aku ingin mengucapkan selamat berkerja kepada pembaca2 sekelian. Betulkan niat masing2. Dan langkahlah ke tempat perkerjaan masing2 dengan penuh ceria dan konfiden kerana aku pasti korang akan berjaya dan there's nothing to be afraid off.......if you are males. If you are aweks, hmmmmm......matilah engkau.

Sekian, mekasey, wassalam.

Thursday, October 28, 2010

Kerja Taim Cuti Sekolah.......

Salam,

1. Alamak!
Aku dah start dah terima email2 dan PM fesbuk pasal orang mintak kerja.

2. Standard la, end of the year je, mesti ada org nak mintak kerja sementara tunggu flight balik or untuk kerja masa summer nih.

3. Masalahnya ialah, the places adalah sangat-sangat terhad taim cuti ni kerana kastemer tak ramai pon masa taim cuti ni. Sebab kastemer2 aku kan mostly students, so diorg pon pakat2 balik negeri gak.

4. So aku hanya operate on skeleton crew, sorang je satu shift. So orang yang aku perlukan kenalah2 sangat2 fit, pantas dan organize. Adakah kau orang itu?

5. Satu lagi, priority akan di berikan kepada orang2 yang nak berkerja long-term ngan aku. So, tak sia2lah kalau aku train kau taim cuti tu.

6. Tapi kalau kau adalah hot, kelonggaran boleh di berikan!

7. Aku memang mencari2 aweks2 hot untuk mengantikan awek2 kedai aku yang hanya "suam-suam kuku" sahaja sekarang ini.
Maklumlah.
Awek2 ni semakin dewasa, semakin lemau !!

8. Akan tetapi, sudah menjadi lumrah kehidupan seorang yang hensem macam aku. Awek tak payah dicari. Diorang yang datang melapur diri kat aku!

9. Berikut adalh salah satu contoh PM fesbuk aku ..........aku edit sikit2 je utk kasi anonymous la...

________________________________

Awek: October 28 at 9:10am Report
Abang azaaaaamm...
Nak tanye sket boleh?hee

:)


Mangkuk Hayun October 28 at 2:18pm
Amende? Nak pelempang? Datang besok pkul 4 ke atas, ada offer free pelempang! Muahahahhaha.......

Awek: October 28 at 2:28pm Report

..memandangkan aku xbalek malaysia cuti ney, aku nak tanye abang azam.ko perlukan pekerja x summer neh?mane lah tau kotkotlah abang azam memerlukan khidmat kat SB time summer.heee.kalau sume pekerja abang azam setia kat SB x balek mlsia.

Mangkuk Hayun October 28 at 3:58pm
Salam tak bagik....tetiba nak mintak kerja! Adoi la budak2 zaman skang ni..

Ginilah. Kau adalah hot.

Jadi kalau aku amik kau berkerja kat kedai aku, nanti budak2 kata, "Abang Azam tu ngada, amik pekerje2 hot saje....macam Suryani Mazlika, Nina, Patin, Sarah,
Asi, Laila dan Aripah gituu. Skang nak amik Kau plak! Tak leh blah!!"

Padahal, mereka semua tak tau, awek2 lah yg sebenarnya menerpa ke arahku, seperti engkau contohnya. Aku sedar, aku ni chick-magnet!

Itu pasal nenek jiran aku pesan kat aku dulu, " with great power, comes great responsibility".


Oleh sebab itu, bagilah aku masa 2-3 hari untuk pikir jap. Aku juga akan bawa isu application kau ini kpd AJK Pusat dan Bawah Pusat SB, untuk di pertimbangkan.

Harapan kau.......cerah. Secerah kulitku.


Nanti wa roger lu.

...pegi stadi nu...

Wassalam.
____________________________________________

10. So, kalau nak mintak kerje, mintak je lah. Jangan malu2.

11. Manalah tau, kalau ada rezeki engkorang....
Tetiba kapal terbang terhempas mati 5-6 orang pekerje SB ke.
Takpon mati eksiden kat Malaysia ke.
Kene hempap kelapa sawit kat Felda Serting ke.
Takpon kene culik ngan yakuza Korea dan kene kerje jadi GRO kat pusat karaoke di Seoul ke.
Takpon mati kene makan ngan jaws masa scuba diving kat Cairns ke.


12. Malang itu ibarat kentut awek. Ia tidak berbau...

Sekian, mekasih, wassalam.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Kaya Raya.........

Salam,

....Smakin aku letih smakin tak leh tido.

Bila aku sampai rumah pukul 11pm tadi, semua org dah tido. Sorri berlori diucapkan kpd isteri pertama dan anak2 kerana aku tak beraya dgn dioarg langsung pada hari ini.

Mengapakah aku kejam sebegitu....?
___________________________________________

1. Selaku kapitalis tegar, ari ini bersamaan 1 Syawal tahun ke err....brapa hijrah ntah, aku tak tutup kedai. Business as usual.

2. Hari bermula pada pukul 610am. Aku bangun melompat. Lambat! 630am aku dah beriktiqaf di kedai, aku mengdalca utk 2 open houses. 8am, aku dah balik rumah. 815am pegi Al-Khalil.

..gambar kitar semula.. catering dalca dulu2

3. Bergambar bersama rakan2 sebaya.. Chronik Bloggerz yg dulunya bertiga, skang tinggal 2. Ni gambar kat kubur Al-Khalil. Aku mungkin parking kat sini juga satu hari nanti. Tapi klau parking kat Pelestin ke Afganistan ke, lagi best kot.
...kantoi...mata tgh ushar aweks yg melawat kubur.

4. Abis semayang aku pegi hantar dalca, pastu trus merempit kekedai. Sampai pukul 10am. Maka bermulalah iktiqaf aku yg kedua.

5. Terlambat lagi! Pulun masak ala-kadar sebab bajet org tak ramai. Sekali tuu dia ramainyer orang! Keching Keching! Duit masyuk!

6. Trimakacih di ucapkan kpd losers2 yg takde kerja lain di pagi raya tadi, so sanggup kerje!

Yang ni mcam takde perasaan. Robot besut!

Ala anak emak cayang buschuk makan pon kene berdiri sebab tak sempat.....

...ololololololo....mcam laki mati bini

7. Trimakasih juga di ucapkan kpd semua pekerja2 yg datang beraya kedai tadi. Semua macha-machi aku datang kot kecuali Arifah yg pergi membalak.

Chika dok mengayat pakcik parking inspector. Naseb baek ayat dia power, pakcik tu tak jadi saman.
Takpon mat salleh tu ingat ni budak cacat, so kasi chan la sebab dia handicap!

Bajet ayu la lu! Pandang sini la bila orang amik gambar!...

8. Dan tq gak kpd orang2 lain yg datang beraya di kedai tadi. Sapa yg datang lambat tadi dan tak dapek meraso, den mohon hampun maaf...seblum den maki hamun..
"Woi! Bukankah aku dah tulis kat febuk, sebelum datang SMS aku dulu, so aku boleh prepare. Ni main terjah je, susah lah aku nak bajet kan. Sorri la yer sapa yg tak makan tadi".

9. Pukul 4pm, sales objective for the day was achieved. Awal gila. Lauk nazak. Solution=TUTUP.

10. Aku dah trasa macam nak tergolek dog dah taim tuh. Aku trus pegi bank dan on the way balik aku singgah CIBO beli ice coffee. Tak jalan. So lepas smayang asar je pkul 4:50pm, aku trus pengsan dekat sejam.

11. Celik2 je sambung projek ngan Bukh. Projek yg aku dok kalut2 ni sampai lupa anak bini danraya ni ialah Malaysian Carnival this Sunday, 2 hari lagi. Aku tengah pulun buat satay la skang ni. Bukh potong ayam dan daging, aku marinate pastu aku pasing kat armada cikaro-cikaroses aku utk di cocok.

12. PETUA MEMASAK: Aphal pulak ni kan? Bila bahan2 marinate satay ni di gaul skali, ada exothermic chemical reaction yg menyebabkan keluar gas kaw2 sampai pedih berair2 mata.
Kalau buat 3-4 kilo takpe la. Tapi kalau buat samapi berpuluh2 kilo cam aku, boleh pengsan woooo!
The magical solution is cover your idung, NOT the eyes. Sebab punca pedih mata itu ialah pedih idung sebenarnya!

The same with bila hiris bawang. Kalau kau tahan nafas or cover idung, gerenti tak pedih mata. Kalau kau tahan nafas lagi lama-lama lagi bagus. Boleh mati trus. Org mati tak pedih mata bila hiris bawang.


13. Berdentam berdentum sampai pukul 1030pm baru belah dari kedai. Iktiqaf selesai akhirnya. Pastuh aku dan Bukh pegi deliver satay2 utk di cocok kpd haweks. Pkul 11pm baru sampai rumah.

14. Tetiba kat rumah aku trasa lapar. Mana taknya. Satu ari ni, aku makan "proper" skali je. Satay goreng kat kedai pukul 3pm tadi. No breakfast, no supper. Sebab ari ni ni bini aku beraya sakan, kat rumah take makanan. So terpaksalah aku bermaggian tomyam.

My energy sources taim keje. Air mineral utk menghilangkan dahaga. V utk mencelikan mata. Snikers utk bagi glucose boost. Red Rock Deli Chilli utk kasi pedas lidah. Baldi untuk kencing. No taim to waste. Time is money. Money gets you honey. Honey will get your mani. ...Pergh! Rapping tu! .....aku dah sewel.

15. Pukul 12am aku dok depan computer. Pastu entah pukul brapa aku pengsan dekat sejam sambil duduk depan screen. Pukul 4:00am aku mandi, sebab satu badan bau satay. Pastu smayang Isyak! Muahahhaha.

16. Sakang ni tengah tunggu masuk Subuh.

..nak kasi celik aku layan lagu ni. Dino iki ku'e toko guyu..muahhaha layann~

17. Well, thats my life for the last 24 hours lebih kurang. Terlepas raya. Not the first time! Ntah sebab apa ntah, banyak kali kalau aku join food carnival, timing dia mesti tak cun. 3 tahun lepas, Food & wine carnival, memang betul2 di Hari Raya. Pastu carnival apa ntah, kene taim sehari selepas bini aku beranak. Terpaksa aku tinggal bini aku dan baby kat sepital sengsorang.

Aku memang kejam!


18. Besok...eh silap dah pukul 5:17am skang, aku kene bangun awal nak pergi beraya. Pastu petang main bola. Malam ni, sambung balik beriktiqaf.

19. Di harapkan hari Ahad ni chun utk semua yg terlibat. InsyaAllah.

20. Skang pukul 545am. Post this entry.

5:51 am...aku laparrrrrrrrrrrr!!!!

Sekian, mekasey, wassalam.

Wednesday, March 10, 2010

The Legend of Ringo

Salam,

Kira2 setahun setengah yg lepas, masa aku dok borak2 ngan awek2 pekerja kantin di SB, tetiba diaorg gunakan perkataan "POYO".

Trus aku tanya awek2 gossip tersebut.
"Ehh engkorang, POYO tu pekebende?"
Seperti di jangka, aku kene gelak pree.
"Ehh Abang Mangkuk tak tau ke Poyo tu pekebende? Tua gile lah abang mangkuk ni...bla..bla ketingalan zaman..bla...bla..."

Tak de hal !!
Aku tau dan sedar yg aku ni dah tua.
Tapi aku juga tau dan sedar aku ni masih HENSEM TIDAK TERPERI.
So, whateva.......

"Woi, bangang! Cakap la kat aku, "poyo" tu pekebende?", aku terus mendesak.

Akhirnya diorg explain kat aku poyo tu pekebende.........dgn berbelit2 dan putar alamnya. Sammy Vellu pon kalau dengar akan tanya budak2 pompuan pekerje SB tuh.
"..Deyy Minachi!! Tum mere Hindustani?"
" Can U put da sabtaitel ON plis ?".


Aku dah nak givap utk paham pekebende Poyo nih, sampailah aku terpikir..
"Wei! Cuba kau bagik contoh kat aku sapa poyo?", sebab kadang2 bila tgk contoh baru leh paham setengah2 sabjek tu.

Setelah terkedek2 pikir, akhirnya awek A kata,
"Hah Abg Mangkuk nak tau sapa poyo ekk? Abg Mangkuk kenal Ringgo dak? Budak Petronas tuh?"
Aku , "Kenal ! Apsal tak kenal plak. Naper?"
Awek A, trus paling ke Awek B.
" Ehh B, Ringgo tu kan, Poyo kan?"
B, trus, Ya Allah, dgn muka seronok giler sebab boleh ngumpat,
"Ha ahhhhh! Betullll!!! Ringgo tu mmg Poyo sangat-sangat!!!"

Aku terus berfikir sejenak. Selepas 3 saat terbayang muka Ringgo....
" Oooooo... ...Gitu ke Poyo tu? Baru aku pahammm!!"

Terima kasih Awek A, Awek B dan terima kasih Ringgo.

________________________________________________

1. Yes, Ringgo is poyo. But his poyo-ness is a good kind of poyo. Dia tahu dia poyo. Dan dia tahu org kata dia poyo. And He never use his poyo-ity for bad causes.......ermm except when he is "sentencing" aweks (ayat la!!) or kutuking member.

2. One of the positive aspects of Poyo is confidence. Dan Ringgo cukup confident and competence bila aku mintak dia buat ape2 pon kat kedai. Takde hal. Dia juga cukup confiden yg muka dia hensem dan dialah the most eligible bachelor in Adeled. Itu adalh ayat yg sungguh "bajet" dari seorang jejaka yg bermuka senget bila tersenyum dan berkulit permanently "tidak putih sama sekali".

3. But I can deny, that he left a trail of heart-broken aweks whenever he went. From KYS, Intek and here in Adelde. I acknowledge that Ringgo may well be one of the best "pseudo-boyfriend" that any girl could asked for.

4. Why "pseudo-boyfriend"? Because confidence is not a character that is associated with his belief in love. He is a tragic romantic. He belief that any relationship must be a struggle so great that why bother bercintan bertahun2 tanpa kepastian yg cinta tu akan berakhir dgn perkahwinan. So, he never fully commit to a relationship. Biasa2 sudeh!

5. Thats totally opposite to my priciple. Although I agree that r/ship could be unpredictable and pain in the ass, but thats why U have to keep on fighting until U reach yr ultimate goal, which is marriage so we can romen-romen and got kids and romen some more until the end of time!

6. But after countless hours sparing with him on this issue, I have to admit that he got his own point of view and his logic is sound as well. What are his logics? Asked him yourself. Go "discover" Ringgo-logy.

7. Tulisan dlm post today aku sorokkan dgn mengunakan white font with white background. Aku hidekan saje je nak test sape korang yg pandai. Bukannya sebab aku nak ngumpat Ringgo, kerana..............

8. Before I wrote this entry, aku dah call dia, mintak consent nak kutuk dia. Aku dah britau dia dua point besar aku. Pertama "poyo" dan kedua his on-off "pseudo-boyfriend" status.

Regarding his poyoness, his response was, "Bodoh lah engkau.!!!."
Regarding his pseudo-boyfriend label, he said.......
"Aku ni sebenarnya charming. Aku charming la!"

Thats why, now and forever, the Legend of Ringgo will always linger in Swinging Bowl of Adelaide, as the one that define the word..........POYO.

Semoga di rahmati Allah bro
InsyaAllah kau akan berjaya in whatever u do, except to lost your weight.
Kalau kau kawin pastuh bercerai, aku akan datang dan sepak kepala engkau sebab kau bodoh!
Akhirnya,


Plis....Plis....Plis....Kamu Jangan Nakal !!!

Sekian, mekacey, wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails