1. Sori lambat nak letak post baru sebab aku dua tiga ari ni berhempas pulas di malaysia dok bayar bill yg tertunggak. Sekarang dah settel. Tapi sekarang aku dok berkerja keras bayar bill 3 bulan yg ke depan ni plak.
2. Jadi aku sekarang ni ader kat malaya selama seminggu. Ade org kate jgn bagitau org aku tak de sebab nanti awek2 dan budak2 gay adelaide tak dtg kedai sebab muka hensem aku tak de.
3. Tapi mak aku dah pesan , menipu tu tak elok. Kita hendaklah bercakap benar sentiasa. Jadi aku pon letak lah sign kat atas tu di kedai aku dengan message yang tulus suci penuh dengan kebenaran semata2.
4. Aku balik malaya ni korang jgnla mengfitnah aku, kata aku balik ni macam mat bangla atau indon balik negeri dengan bawak duit berguni2 bagik anak bini. Kalau lah duit aku berguni2, lebih baik aku guna duit tu carik bini muda kan? Tapi memandangkan pulus aku negatif, maka option untuk balik malaya kepada bini tua adalah lebih economical. Itu pasal aku balik.
5. Walaupun duit aku kritikal dan timing plak tak cun sebab sekarang ni time bizzy, tapi aku sedar yang aku WAJIB balik bila aku raser macam nak terkam je sekor2 anak dara org yg dtg kat kedai aku tu.
6. Tapi bila balik ni, aku rasa rugi kalau aku balik hanya dengan satu matlamat shj. Selaku seorang yg efficent, aku telah membuat objektif2 sampingan untuk memanafaatkan sepenuhnya kepulangan aku ke tanah air ni.
i. menghadiri perhimpunan agung AMNO untuk usha awek puteri amno atau janda wanita amno yg hot!
ii. mengundi KJ selaku ketua pemuda.- tak sempat, tapi kalau sempat pon aku dah tak layak jadi ahli pemuda dah....aku dah veteran mcm datuk K. Tibalah masanyer untuk aku kawin artis gak.
iii. mengusha bini2 cun melecun datuk2 dan tan sri2 AMNO sebagai sumber inspirasi untuk berjaya di dalam perniagaan.
iv. mendaftar mengundi untuk kawasan batang ai, serawak. Sebab kat bukit gantang ngan bukit selambau dah konpirm BN hancus. Walaupun aku tak sempat mengundi, tapi aku sudi name aku di pengundi-hantukan untuk kebaikan kerajaan kita tercinta iaitu barisan national. Daulat najib!
v. menggocoh penyokong bolasepak negeri sembilan yang gila sasau datang ke KB untuk sapport team loser bola mereke malam 31 march ni. Aku dah detect sekor dah arini kat KB ni. Aku nampak bro Gayour di pesta buku kelantan tadi. Malam esok ekau datang ko stadium tu kalau ekau boghani. Baghu ekau tau apokobondo maknonyo "hoben jang hoben " tu.
vi. meeting ngan abang razak baginda kejap
vii. memberi peluang kepada cek mek kelate untuk ngorat aku. Mana aci hanya mat salleh dan awek2 melayu kat ozzy jer yg bole ngorat aku. Aku kenalah berlaku adil dan saksama kan?
viii. mengorat awek air asia. Aku ader 4 peluang untuk ngorat. Fight perth-kl, kl-kb dan returns. Takkan ikan tak makan umpan kot? "If u come to my shop, I give U 30% diskaun tau. Pramugari MAS I bagik 20% je tau!. Ehh terjatuh plak duit I ni , maklumlah duit bersepah2. Tolong ambikkan bole? I sakit belakang sikit lah ari ni"
7. Alamak, SA water dah panggil. Aku kene chow bayar bill. Bukak plak office mlm2 gini. Jgn jeles..
Salam, Aku penat, tapi aku pulun gak sejam setengah buat post penting ni!
1. Mane aci shah rukh khan (SRK) dapat datuk! Ehh ni kes lama dah beb. Aku tak kira. AKu nak kecoh gak. Aku tau che det sokong SRK dapat datuk, tapi lu che det dah nyanyuk. Aku tau chedet tu minat industan. Tok sah nak nipu aku che det!
2. Khalil yaakub (yg di pertua melaka) pon minat industan. Tu yg dier bagik title datuk kat SRK tu. Jadi deir bajet biler SRK datang melaka, mesti kene lepak 2-3 hari paling koman. Jadi boleh lah khalil beramah mesra pekena teh tarik barang segelas dua dengan bintang bollywood hebat tu.
3. Sebenarnya, apekah jasa SRK yg melayakkan beliau mendapat tittle datuk? Wah jasa beliau sungguh besar sekali. Inggat tak cerite One 2 Ka 4? Inggat pon korang. Kan ada satu scene (nyanyi la kot..) yg maser dok nyanyi-nyani tu, kejap SRK dok india, kejap dok las vegas, kejap dok malaysia dalam satu lagu tu. Yang tang dok malaysia tu, datuk SRK telah mencemar duli berronggeng di A Famosa Resort kat Alor Gajah.
4. Maka seluruh benua india dan pakistan dan bangladesh berkata WoW! Resort tu macam tak cukup org jer dok sapu sampah, papan tanda tu macam berabuk2 sikit, kapet tu macam nak kene ganti baru jer, tandas tu macam banyak je lalat berterbangan, rumput tu dah serabai macam bulu dada SRK biler dah seminggu tak di di syampoo dan di conditioner.
5. Jadi bermulalah sejarah di negeri di mana sejarah bermula, walaupun sebenarnya patut di panggil negeri di mana british nak sejarah malaya bermula, kerana british nak menunjukkan sejarah melaka yg di katakan terhebat dan tersohor seantaro dunia hanya boleh bertahan 111 tahun jer (1400-1511) sebelum kita di rogol bergilir2 oleh portugis, belanda, british, jepun dan british balik selama 446 tahun (1511-1957) dengan sewenang-wenangnya dan pemerkosaan itu di bantu oleh sultan melayu dan org melayu sendiri hingga lah kita di sedekahkan kemerdekaan oleh british dimana kalau tidak di sedekahkan, aku yakin kita masih menjunjung daulat queen elizabeth dan nyanyi lagu "God save the queen" kerana kita ni bacul sebab telah di takluk physical dan minda oleh pemerkosa kita yang mengunakan Melaka sebagai simbolik kemuncak kekuatan org melayu tu pon tak boleh lawan depa, inikan pula bile kita ni lemah lagi tak de chan jadi tok sah lah melawan senang kata dan mereka mengperingatkan kita dengan licik sekali apabila belanda sajer je tak peruntuh A Famosa dan british plak sajer jer tak peruntuh Red building (menantang aper panggil entah kt melaka tu) dan bangunan2 tu masih kekal sampai sekarang cun-melecun sebagai tanda kita telah di rogol dan bukan dara lagi buat selama-lamanya, hinggalah aku jadi TPM yg tau pakai C4 dan BOOM semua tuh dan aku akan kutip batu2 afamosa dan red building buat isi akuarium kat rumah aku dan buat guna beristinjak biler rumah aku tak de air..
6. Ape aku nak kata tadi ...lupo lak. Ohh..maka bermulalah penghijrahan beramai tenaga pekerja dari benua india (india, paki, bangla, nepal), ke negeri melaka, dan melaka menjadi kosmopolitan yg pesat membangun.
7. Aku geleng kepala jer biler tengok SRK di anugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yg membawa gelaran datuk tu. Patut bagi gelaran Tokoh Maal Hijrah dah lah disebabkan SRK mengalakkan penghijrahan rakan sebenua nya ke melaka, betul dak?
8. Ape sebenornye kriteria untuk dapat datuk datin ni yer? Datuk seri, tansri , tun etc? Ade exam ke gamaknyer? Setengah, eh silap... 99.9% drpd yg dapat gelaran ni kite tak kenal pon sape kejadah. Kadang2 aku raser depa dah tak de org nak bagik dah, tapi nak kene bagik gak kat ramai2 org baru grand majlis tu, walaupun kebanyakannya tak layak. Kalau ikut kelayakan, aku rase majlis tu 5 minit pon dah siap. Sultan tu nak pakai baju yg berjuta2 pin tu pon lagi lamer. Sultan nak buang seluar untuk gi berak pon lagi lamer.
9. Jadi di sebabkan tak de idea, maka sebarang cadangan mengarut akan di terima dan rasuah untuk mendapat gelaran2 berkenaan adalah amat di galakkan. Ehh, bukan rasuah! Yuran permohonan la...
10.Here's a thought, naper Jackie Chan tak dapat datuk? Jackie dah buat pilem berpuluh kali kat malaysia per. Dok tunjuk KLCC, pasar seni, KTM dll entah tempat maner ntah atuk dah lupo. Dan scene tu bukan maser jackie dok joget2 ke nyanyi2 ker khayal ker. Scene tu bukan pendek cinonet. Semeur scene hebat2 siap kungfu sakan meletup2 lagi. Jackie is without doubt a bigger star than SRK becoz dier dikenali di seluruh dunia, from hongkongwood to bollywood to hollywood. SRK hanya glamer di benua india, kelantan dan estate Sg Siput jer. Ape kelass!
11. Kalau SRK yg dok joget 3 saat kat A Famosa melaka tu pon boleh dapat Datuk, camner ngan bintang Swinging Bowllywood ini. Siapakah yg dapat melupakan filem breakthrough beliau "Kuch Kuch Hotak Engkau Heeh"
Tak cukup satu pilem, dier belakon 2 sekaligus.
Nasib baik arshad dtg adelaide untuk bekerje di kedai aku sambil belajar sambil-sambilan di uni adelaide. Kalau dak, mahu penuh 1/3 utube ngan pilem beliau.
12. Ini macam, sudah promote port adelaide la, entertainment centre la, airport, botanic garden, mount lofty, university of adelaide lagi, ini kalau tak dapat gelaran datuk drpd kerajaan negeri South Australia ni, aku tak tau nak kate ape dah. Ehh..maner ader datuk kat sini , Sir ada la kan......Sir Arsyad.
13. Aku tau ade org mase arsyad ngaji kat sunway dok ucapkan "good morning sir" kat arsyad sebelum ni, tapi tu sebab depa dok inggat arsyad tu lecturer kerana kematangan penampilan beliau. Tapi kali ni aku nak kempen biar arsyad betul2 dapt gelaran Sir, baru korang jeles. SRK dok joget satu tempat dah dapat datuk. Aryad dok promote satu adelaide lagi. SRK glamer, arsyad pon glamer, SRK ader bulu dada, Arsyad pon ade bulu dada, SRK hensem, Arsyad pon hensem, SKR peramah dan pemurah dengan senyuman, Arsyad pon peramah dan murah dengan senyuman. Apalaga.......I rest my case.
14. Tuan direktor ringgo boleh lah di berikan AMN di sebabkan kecun-nan video beliau taraf slumdog millionaire. Untuk pengetahuan sesiapa yg suka sibuk nak ambil tahu, english ringo sekrang tak perlukan subtittle lagi. English ringgo berabuk berasap2 sampai terbunyi-bunyi smoke detector kedai aku biler dier goreng pelanggan aku (Ringgo keja ngan aku skang). Kalau english ringgo tak power, jenuh aku nak tulis subtittle kat bawah muka ringgo tiap kali dier goreng customer aku. Untuk pak pacak topek dan faku, bagi anugerah PCK dah lah (Pacak Cukup Korum).
15. Apa apa hal, jangan luper superstar kita Sir Arsyad. Saper panggil dier macha lepas ni akan kene daulat queen elizabeth dan daulat aku...
Sekian, makasih, wassalam.
ps: ejaan sebenar arsyad adalah arshad. Sorri sir...
1. Atas feedback ciswani, I have to add. Kadang2 datuk/org besar ni tak ek pon. Tapi budak2 bawahan yg lebih2 mengampu. Jadi layanan yg terlebih ke atas datuk2/org2 besar ni, tak boleh di persalahkan 100% kpd datuk tu. Barua2 bawahan tu lah yg patut di lesing!
2. Sepatutnya org2 atasan kita respek tapi kita tak perlu follow membabi buta, mengampu atau takut tak tentu pasal. Org2 atasan patut di kritik jika salah dan accountable jika berlaku kesalahan. To be the boss is not a priveledge. It is a responsibility. Ehh macam cerite spideman plak"with great power comes great responsibility". Maner2 pon boleh angkat.
3. Kita ni terlampau takut , menjaga hari dan mengampu org2 atasan menyebabkan kita menjadi kaum yg lemah. Kaum yg senang untuk di takluk. British datang letak sekor je resident british yg kerje dier adalh untuk cubit buntut sultan2 melayu yg gebu itu kalau tak dengar cakap depa. Jadi biler beruk atasan di kontrol oleh british, make beruk2 bawahan ngikut je lah.
4. Maka beruk2 melayu pon mula lah start mengampu british plak. Tu yg keluar istilah "anjing penjajah" tu. Anjing2 melayu ni lah yg menentang kemerdekaan, yg mengeluarkan kata2 beracun "melayu nak buat jarum sepatah pon tak boleh, macam mana nak merdeka?". Buat aper buat jarum? Aku raser UK pon tak bengong buat jarum sendiri. Depa pon import dari cina lagi murah. Kat maiden tu selonggok ade. Nasib baik anjing2 ni dah lame mampos dan parti politik mereka dah tinggal live-live fishy jer kat malaysia sekarang.
5. Ooopss patah balik ke bab mengampu sebelum aku bagi lecture pasal sejarah malaysia plak. Jadi, memang kene ampu ni best, tapi tak elok lah kan sebab akan berlaku huruhara di dalm pengurusan sesebuah organisasi. Biler sekor beruk start mengampu, ia kan menyebab kan beruk yg lain pulak mengampu lebih sikit dan beruk2 yg setererusnya akan bertambah lebih2 lagi sampai jadi terlampau2 level bodek tu. Beruk2 ni jugak akan saling mengumpat dan mengfitnah beruk2 yg lain tetang kebodekan beruk yg lain. Jadi the working environment akan jadi tegang dan this will markedly reduced the efficiency of the organization. Therefore the boss must curb this bodek phenomenon early.
6. Tulis blog saje tak berguna kan? Jadi sebagai contoh teladan, mulai ari ni aku tak nak org panggil aku boss lagi. Berkuatkuasa malam ni, aku hanya akan menjawap panggilan korang jika sekiranya anda seorang awek ozzy cun blonde atau anda memanggil saya dengan namer manje I "abg ensem". (kalau fakta tak di kira mengampu!)(tua kutuk tak sedo diri ....)
1. Korang yg studi kat adelaide ni kan semua budak pandai2 kan (kecuali budak2 private la kan....syhhhh jgn bagitau depa. Nanti depa tak makan kedai aku. Astro! Jgn jadi barua plak!). Tapi aku tau korang sekor2 jeles kat Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal kan. Nok wak laghu mano? Ore-ore kelate ni meme lamo doh sohho biso telajok.
2. Utk budak2 yg blurr lagi (budak private lah tu!) student sekolah agama ni telah dapat 45 juta A maser SPM aritu. Gilo hebat. Tapi aku tak heran sebab tahun depan ader budak dapt 46 juta A dan tahun depan satu lagi 47 juta A dan lagi seribu tahun, slip SPM minah student terbaik mase tu (lelaki maser tu dah pupus. Laki yg ader sekarang ni pon dah bengap, seribu tahun lagi memang hancus studi-mak oii panjangnyer bracket.Sile bacer balik ayat ni, tapi skip part bracket ni, jadi tak ilang flow ayat ........................Woii bahlul! Kan aku cakap pegi bacer balik kat start ayat ni. Yang kau pegi bacer aku gak apahal. Memang kompim kau ni lagi bodoh dari Nur Madihah!....Ke kau ni budak private! muahhahaha) aaaa aku pon tak ingat camner tadi, ohh..slip SPM seribu tahun lagi mesti berjilid2 macam ihya ullumiddin (ke ullumuddin? nampak terus jahil aku ni!...mesti aku ni budak private gak!)
3. Cerite Nur madihah ni sedih gak dan korang tentu dah bace dah kan. Jadi sekarang ni banyak parasit2 dah dok kerumun nur madihah ni untuk tumpang glamer. Masing2 sibuk bawak check besar nak bagi kat budak ni, bagi rumah lah, bagi biasiswa la, terbangkan ke mane jadah aritu utuk jumpa menteri dll kisah terlampau lagi.
4. Persoalan pertama aku, kalau benar nak buat baik/tolong budak ni, kenaper tak buat diam2/low profile je lah. Kalau nak bagi duit, bagi jelah, siap! Tapi ni mesti nak panggil reporter la, TV la . Ader satu gambar tu, seorang ketua pemuda kawasan tu la bagik sumbangan peribadi (private lah tu) RM1000 je tapi gambar bole masuk paper. Pemimpin kawasan yg prihatin konon. WOI bladigol! Silap2 kau bayar lebih drpd RM1000 kat reporter tu untuk masukkan gambar kau dalam paper tu. Budak2 private pun akan kata " Elleh! Bapak I bagi RM1000 sebulan untuk buat bayar makan kat SB tu jer. Kalau dapat RM 2000, I dah makan tempat lain dah!"
5. Persoalan kedua: tidakkah mereka2 in terpikir apakah punca kegigihanyang membawa kpd kejayaan budak tu? Untuk menolong budak2 private, biar aku jawap soalan ni. Motivasi budak ni adalh untuk menolong keluarganya yg susah. Lebih2 lagi sebagai anak sulong kepada adik beradik yg ramai. Niat budak ni tulus ikhlas. Usaha budak ni membawa kpd tawakkal sepeunhnya kpd Allah. Bapak tak de duit nak beli buku, die tak cakap banyak, hapal je. Duit tak de nak makan, die posa senin khamis sejak umur 12 tahun lagi. Time frame budak ni untuk berjaya adalah ASAP sebab bapak die nelayan yg boleh mati anytime. rumah die pon nak runtuh esok lusa. Sape nak jaga mak dan adik beradik dier. Mak dier hanya kerja tukang sapu jer. Budak2 private mesti kate "Alah! Kalau I dok rumah camtu pon I mesti score SPM gak. Ape kelas!"
6. Persoalan ketiga: Bile dah tau punca success budak ni, tidak kah org2 malaysia ni terpikir apakah impak terhadap awek ni biler di banjiri duit, hadiah, award, rumah, biasiswa dll? Tetiba hidup famili dier senang sikit biler dier score SPM. Adakah situasi sekarang boleh menyebabkan dia kurang motivasi dah utk belajar kerana telah tercapai satu objektif untuk memudahkan hidup famili dia? Macam harimau sarkas yg terrer lompat celah hullahoop yg ader pisau keliling dier, yang di cucuh api plak tu. Motivasi rimau tu yg positif adalah tuan dier suka dan dapat makan mlm tu. Negatif motivation rimua tu pulak kalau tak buat kene sebat ngan cemeti kat buntut dan kene posa mlm tu. Budak2 private mesti kate " Elleh! Kalau I kene sebat ngan cemeti tu pon I boleh lompat masuk hullahoop tu senang2 je. I lompat sambil pakai lipstick lagi U" 7. Persoalam ke-empat: Selepas segala tumpuan dan sanjungan ni berlalu (minggu depan over dah kot), saperkah nak support famili dier now? Camner nak bayar bil air, letrik rumah baru? Saper nak bayar duit petrol motor bapak dier yg kene travel sebab rumah dier jauh sikit dari laut? (aku blasah je ni!) Smbangan kewangan tu adalah sementara. Kalu boleh, bagilah perkerjaan yg lebih baik untuk mak pak budak tu. Budak private mesti protes " Ehh jangan! Nanti saper nak tangkap ikan untuk buat fillet-o-fish kat mac-d untuk I? I tak nak makan big-mac. Nanti gemuk I plak?"
8. Ni belum cerite pasal MARA/petronas/BNM nak pressure awek sekolah agama ni pegi UK, jgn gi negara arab. Konon 2 lagi best belaja fizik. Fizik? Ape kau nak buat ni woi. Nak jadi cikgu sekolah ke? Nak jadi saintis ke? Saintis dah lah tak glamer, duit pon sikit dik woi. Entahlah. Aku pon ader kawan aku yg genius yg dah buat medik dah, tapi tak minat dan terus tukar buat fizik. Engkau buatlah ape yg kau suka madihah woi. Negeri arab pon terrer fizik aper. Tu yg buat suicide bom tu bukan pakai fizik ke?
9. Satu lagi, engkorang dan juga madihah belum mencapai ape2 pon. SPM adalah SPM lah. Nak dapat kerje apa ngan sijil SPM kalau dapat 45 juta A pon?. Madihah dan juga korang budak2 adelaide, kene masuk uni dulu dan graduate. Pastu kene compete untuk perkerjaan plak. Then baru start life korang as a financially independent person.
10. Ironically, di alam pekerjaan, kepandaian bukanlah penentu kejayaan. Tanyer budak2 private berape banyak A bapak depa dpat lam SPM. Bapak depa masuk uni ke tidak? Agak2 berapa banayak A dr M/che det maser SPM/O-level dier? Jadi aku nak kater, banyak faktor2 lain yg membawa kpd succces atau kurang succes di alam pekerjaan nanti. Bukan result semata2.
11. Woooo... Hold-on! Jgn buang buku dan ponteng kelas sebab aku cakap camtu. Result is not everything BUT it matters. Result yg bagus memberikan korang head-start compare tu budak2 yg tak score. Scorer senang dpat kerja, banyak lagi choice dan gaji pon lagi best. The hard work or your intelligence that gave you the good results in the uni, hopefully akan membawa kepada budaya kerja yg mantap dan buah pemikiran yg bernas yg meng-impress-kan boss.
12. Kepada yg tidak score atau kene repeat, itu semuanya tak kisah. Asalkan korang grad. Pastu korang kerje lah kuat2 dan iA slowly but surely you will catch up to the leading pack. No body will tell you after 2 years working "Ha..ni sebab kau fail thermodynamic maser third year dulu lah yg menyebabkan thermos ni bocor dan dynamo beskal aku ni menghasilkan DC not AC!"(blasah jgn tak blasah). Once you grad, you are deem qualified by the uni. No different if it takes U 2 years or 20 years.
13. Satu lagi kalau nak berjaya maser kerje ni, korang kenalah tambah skill korang. Korang kenelah develop skill2 lain seperti communicating, public speaking, computering, bodeking, mengumpating, rasuahing, kabelling, politiking, golfing, swinging bowling dll ing. Semoga berjaya.