Showing posts with label datuk. Show all posts
Showing posts with label datuk. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Lawatan Pengetua MRSM Jasin ke Swinging Bowl

Salam,

...Lama gila aku delay tulis bende ni. The meeting with Datuk A Kadir Jasin happened a few days before the sex tape emerged. Unfortunately.

1. Pehhh! Kecoh jap nama aku masuk blog Datuk A Kadir Jasin. Gilos. And the words are too kind. Pengsan bapak aku kalau dia baca kot (Papa kelik sini The Scribe)

2. So hape citer nyer ni kan? Camner A Kadir Jasin boleh menabalkan aku menjadi lelaki Melayu Terakhir ni?

3. Well, that pagi, tetiba aku mendapat SMS drp Sayuti mintak buat perjumpaan ngan Datuk di kedai aku. Biasanya aku just brush-off je Datuk2 yg datang kedai ni. Tapi ni Datuk bukan sebarang Datuk. Ni Mak datuk punya Datuk! A Kadir Jasin bro..... A Kadir Jasin wa cakap lu!

4. Untuk yg bengap (majoriti ngkorang semua), tidak, dia bukan bekas pengetua MRSM Jasin. Dia juga bukan ADUN Jasin. Dan Jason Bourne tu bukan anak dia.

5. A Kadir Jasin ni adalah a living legend. Satu level ngan Mahathir, Nuar Berahim dan Daim. Legenda dia tercipta sewaktu krisis 1998 between Dr M dan Nuar. Di waktu itu dia adalh "Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd". So dia in-charge jaga semua paper di bawah NSTP group seperti NSTP, Berita Harian, Metro, Malay Mail.
Apakah tugas Editor? Kau ingat tak mamat ni dari citer Spiderman? Gitulah. Misai tu trademark wajib.

6. Cuba kau imagine jadi boss yg bertanggungjawap terhadap setiap patah perkataan yg masuk those mainstream papers masa time krisis Anuar dulu? On top of that, dia adalh kawan baik Anuar Ibrahim (meaning he was an Anuar supporter) for 15 years at that time. Imagine publishing something that will stab your friend/ex-boss in their heart? Imagine all the pressure from Dr M? Imagine the intense public hatred toward biased main-stream media reporting at that time? Thats not a job for a common man. This man definately got balls of steel.

7. But steel balls are heavy. So he quits in 2000 and become "Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd". Tak lama pass tuh dia ventured into blogs. Blog dia, The Scribe merupakan antara top blog di Malaysia yang membicarakan ttg soal politik, ekonomi, social etc. In short, heavy-stuff blog. Not softcore porn stuff macam Hanis Zalikha or Red Mummy atau hardcore porn macam Swinging Bowl.

8. So that evening he came and had a informal talk with a few of us, individu2 hensem yg prihatin dari Adelaide ini. It was at times sleepy, then insightful and at the very end, explosive! He was very very frank in almost all matters, but guarded in a few controversial ones. Hence he shrewdly said the confidentiality clause before he parted.
"Please don't quote me on anything that may cause controversy".

9. So unfortunately I can only tell you here things that are NOT controversial at all. Such as when I asked him straight to his face,
" Datuk. Is Anuar Ibrahim a homosexual?"

10.Well, iIf there is any person on this universe apart from DrM, that knows the real answer, it will be him. He was/is number one reporter in Malaysia, commanding thousands of info-hungry journalist that reported to him any newsworthy facts (or fiction). Plus he was in Anwar's inner circle. He should knew everything. He should've seen something. If Anwar never hit on him, he should've felt hurt? Apa kurangnya daku....

11. Well, Datuk just burst into laughter bila dengar soalan pandai aku. He said,
"Well Azam. Even if you sell this shop and give all that money to me, I will not give you the answer."

12. Then he pointed my mistake, that Anwar was questioned about his "bisexuality", not just homosexuality. Oppss..Maaf datuk! Otak saya otak suci murni mana biasa dengan istilah2 seks ginih.

13. Then he said, " But it is well known to everybody that Anwar surrounds himself with beautiful people".
Aku trus tanya " Beautiful people? Male or female?"
Datuk tengok muka aku macam cikgu bahasa Ingeris yg nak melempang anak murid dia, "Beautiful People! That means male and female"

14. Maka sepantas kilat lah Saudara FakirFikir mencelah.....
"Jadi Datuk, kalau gitu, orang2 hensem cam saudara Azam ni boleh lah join skali kerje ngan Anwar?"
sambil tunjuk kat aku. Cilaker.!!!!

15. Datuk gelak and said
"Boleh! Boleh! But......I think he is too....err... too macho for Anwar" sambil dia mengembangkan dada dia macam org macho.

16. Take that people! Quote this on your paper! Bukan aku yang cakap. But the no 1 journalist in Malaysia cakap! Your Headline ......

"AZAM IS TOO MACHO...."

Machoman, A Kadir Jasin dan blogger pencen yg jeles sebab aku lagi hensem .... FakirFikir

Sekian, mekasey, wassalam.

Monday, March 23, 2009

Datukship part 3: Shah Rukh Khan vs Arsyad.

Salam,
Aku penat, tapi aku pulun gak sejam setengah buat post penting ni!

1. Mane aci shah rukh khan (SRK) dapat datuk! Ehh ni kes lama dah beb. Aku tak kira. AKu nak kecoh gak. Aku tau che det sokong SRK dapat datuk, tapi lu che det dah nyanyuk. Aku tau chedet tu minat industan. Tok sah nak nipu aku che det!

2. Khalil yaakub (yg di pertua melaka) pon minat industan. Tu yg dier bagik title datuk kat SRK tu. Jadi deir bajet biler SRK datang melaka, mesti kene lepak 2-3 hari paling koman. Jadi boleh lah khalil beramah mesra pekena teh tarik barang segelas dua dengan bintang bollywood hebat tu.

3. Sebenarnya, apekah jasa SRK yg melayakkan beliau mendapat tittle datuk? Wah jasa beliau sungguh besar sekali. Inggat tak cerite One 2 Ka 4? Inggat pon korang. Kan ada satu scene (nyanyi la kot..) yg maser dok nyanyi-nyani tu, kejap SRK dok india, kejap dok las vegas, kejap dok malaysia dalam satu lagu tu. Yang tang dok malaysia tu, datuk SRK telah mencemar duli berronggeng di A Famosa Resort kat Alor Gajah.

4. Maka seluruh benua india dan pakistan dan bangladesh berkata WoW! Resort tu macam tak cukup org jer dok sapu sampah, papan tanda tu macam berabuk2 sikit, kapet tu macam nak kene ganti baru jer, tandas tu macam banyak je lalat berterbangan, rumput tu dah serabai macam bulu dada SRK biler dah seminggu tak di di syampoo dan di conditioner.

5. Jadi bermulalah sejarah di negeri di mana sejarah bermula, walaupun sebenarnya patut di panggil negeri di mana british nak sejarah malaya bermula, kerana british nak menunjukkan sejarah melaka yg di katakan terhebat dan tersohor seantaro dunia hanya boleh bertahan 111 tahun jer (1400-1511) sebelum kita di rogol bergilir2 oleh portugis, belanda, british, jepun dan british balik selama 446 tahun (1511-1957) dengan sewenang-wenangnya dan pemerkosaan itu di bantu oleh sultan melayu dan org melayu sendiri hingga lah kita di sedekahkan kemerdekaan oleh british dimana kalau tidak di sedekahkan, aku yakin kita masih menjunjung daulat queen elizabeth dan nyanyi lagu "God save the queen" kerana kita ni bacul sebab telah di takluk physical dan minda oleh pemerkosa kita yang mengunakan Melaka sebagai simbolik kemuncak kekuatan org melayu tu pon tak boleh lawan depa, inikan pula bile kita ni lemah lagi tak de chan jadi tok sah lah melawan senang kata dan mereka mengperingatkan kita dengan licik sekali apabila belanda sajer je tak peruntuh A Famosa dan british plak sajer jer tak peruntuh Red building (menantang aper panggil entah kt melaka tu) dan bangunan2 tu masih kekal sampai sekarang cun-melecun sebagai tanda kita telah di rogol dan bukan dara lagi buat selama-lamanya, hinggalah aku jadi TPM yg tau pakai C4 dan BOOM semua tuh dan aku akan kutip batu2 afamosa dan red building buat isi akuarium kat rumah aku dan buat guna beristinjak biler rumah aku tak de air..

6. Ape aku nak kata tadi ...lupo lak. Ohh..maka bermulalah penghijrahan beramai tenaga pekerja dari benua india (india, paki, bangla, nepal), ke negeri melaka, dan melaka menjadi kosmopolitan yg pesat membangun.

7. Aku geleng kepala jer biler tengok SRK di anugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yg membawa gelaran datuk tu. Patut bagi gelaran Tokoh Maal Hijrah dah lah disebabkan SRK mengalakkan penghijrahan rakan sebenua nya ke melaka, betul dak?

8. Ape sebenornye kriteria untuk dapat datuk datin ni yer? Datuk seri, tansri , tun etc? Ade exam ke gamaknyer? Setengah, eh silap... 99.9% drpd yg dapat gelaran ni kite tak kenal pon sape kejadah. Kadang2 aku raser depa dah tak de org nak bagik dah, tapi nak kene bagik gak kat ramai2 org baru grand majlis tu, walaupun kebanyakannya tak layak. Kalau ikut kelayakan, aku rase majlis tu 5 minit pon dah siap. Sultan tu nak pakai baju yg berjuta2 pin tu pon lagi lamer. Sultan nak buang seluar untuk gi berak pon lagi lamer.

9. Jadi di sebabkan tak de idea, maka sebarang cadangan mengarut akan di terima dan rasuah untuk mendapat gelaran2 berkenaan adalah amat di galakkan. Ehh, bukan rasuah! Yuran permohonan la...

10.Here's a thought, naper Jackie Chan tak dapat datuk? Jackie dah buat pilem berpuluh kali kat malaysia per. Dok tunjuk KLCC, pasar seni, KTM dll entah tempat maner ntah atuk dah lupo. Dan scene tu bukan maser jackie dok joget2 ke nyanyi2 ker khayal ker. Scene tu bukan pendek cinonet. Semeur scene hebat2 siap kungfu sakan meletup2 lagi. Jackie is without doubt a bigger star than SRK becoz dier dikenali di seluruh dunia, from hongkongwood to bollywood to hollywood. SRK hanya glamer di benua india, kelantan dan estate Sg Siput jer. Ape kelass!

11. Kalau SRK yg dok joget 3 saat kat A Famosa melaka tu pon boleh dapat Datuk, camner ngan bintang Swinging Bowllywood ini.
Siapakah yg dapat melupakan filem breakthrough beliau "Kuch Kuch Hotak Engkau Heeh"



Tak cukup satu pilem, dier belakon 2 sekaligus.


Nasib baik arshad dtg adelaide untuk bekerje di kedai aku sambil belajar sambil-sambilan di uni adelaide. Kalau dak, mahu penuh 1/3 utube ngan pilem beliau.

12. Ini macam, sudah promote port adelaide la, entertainment centre la, airport, botanic garden, mount lofty, university of adelaide lagi, ini kalau tak dapat gelaran datuk drpd kerajaan negeri South Australia ni, aku tak tau nak kate ape dah. Ehh..maner ader datuk kat sini , Sir ada la kan......Sir Arsyad.

13. Aku tau ade org mase arsyad ngaji kat sunway dok ucapkan "good morning sir" kat arsyad sebelum ni, tapi tu sebab depa dok inggat arsyad tu lecturer kerana kematangan penampilan beliau. Tapi kali ni aku nak kempen biar arsyad betul2 dapt gelaran Sir, baru korang jeles. SRK dok joget satu tempat dah dapat datuk. Aryad dok promote satu adelaide lagi. SRK glamer, arsyad pon glamer, SRK ader bulu dada, Arsyad pon ade bulu dada, SRK hensem, Arsyad pon hensem, SKR peramah dan pemurah dengan senyuman, Arsyad pon peramah dan murah dengan senyuman. Apalaga.......I rest my case.

14. Tuan direktor ringgo boleh lah di berikan AMN di sebabkan kecun-nan video beliau taraf slumdog millionaire. Untuk pengetahuan sesiapa yg suka sibuk nak ambil tahu, english ringo sekrang tak perlukan subtittle lagi. English ringgo berabuk berasap2 sampai terbunyi-bunyi smoke detector kedai aku biler dier goreng pelanggan aku (Ringgo keja ngan aku skang). Kalau english ringgo tak power, jenuh aku nak tulis subtittle kat bawah muka ringgo tiap kali dier goreng customer aku. Untuk pak pacak topek dan faku, bagi anugerah PCK dah lah (Pacak Cukup Korum).

15. Apa apa hal, jangan luper superstar kita Sir Arsyad. Saper panggil dier macha lepas ni akan kene daulat queen elizabeth dan daulat aku...

Sekian, makasih, wassalam.

ps: ejaan sebenar arsyad adalah arshad. Sorri sir...

Wednesday, March 18, 2009

Datukship part 2: Anjing pengampu yg perlu di samak.

Salam,

1. Atas feedback ciswani, I have to add. Kadang2 datuk/org besar ni tak ek pon. Tapi budak2 bawahan yg lebih2 mengampu. Jadi layanan yg terlebih ke atas datuk2/org2 besar ni, tak boleh di persalahkan 100% kpd datuk tu. Barua2 bawahan tu lah yg patut di lesing!

2. Sepatutnya org2 atasan kita respek tapi kita tak perlu follow membabi buta, mengampu atau takut tak tentu pasal. Org2 atasan patut di kritik jika salah dan accountable jika berlaku kesalahan. To be the boss is not a priveledge. It is a responsibility. Ehh macam cerite spideman plak "with great power comes great responsibility". Maner2 pon boleh angkat.

3. Kita ni terlampau takut , menjaga hari dan mengampu org2 atasan menyebabkan kita menjadi kaum yg lemah. Kaum yg senang untuk di takluk. British datang letak sekor je resident british yg kerje dier adalh untuk cubit buntut sultan2 melayu yg gebu itu kalau tak dengar cakap depa. Jadi biler beruk atasan di kontrol oleh british, make beruk2 bawahan ngikut je lah.

4. Maka beruk2 melayu pon mula lah start mengampu british plak. Tu yg keluar istilah "anjing penjajah" tu. Anjing2 melayu ni lah yg menentang kemerdekaan, yg mengeluarkan kata2 beracun "melayu nak buat jarum sepatah pon tak boleh, macam mana nak merdeka?". Buat aper buat jarum? Aku raser UK pon tak bengong buat jarum sendiri. Depa pon import dari cina lagi murah. Kat maiden tu selonggok ade. Nasib baik anjing2 ni dah lame mampos dan parti politik mereka dah tinggal live-live fishy jer kat malaysia sekarang.

5. Ooopss patah balik ke bab mengampu sebelum aku bagi lecture pasal sejarah malaysia plak. Jadi, memang kene ampu ni best, tapi tak elok lah kan sebab akan berlaku huruhara di dalm pengurusan sesebuah organisasi. Biler sekor beruk start mengampu, ia kan menyebab kan beruk yg lain pulak mengampu lebih sikit dan beruk2 yg setererusnya akan bertambah lebih2 lagi sampai jadi terlampau2 level bodek tu. Beruk2 ni jugak akan saling mengumpat dan mengfitnah beruk2 yg lain tetang kebodekan beruk yg lain. Jadi the working environment akan jadi tegang dan this will markedly reduced the efficiency of the organization. Therefore the boss must curb this bodek phenomenon early.

6. Tulis blog saje tak berguna kan? Jadi sebagai contoh teladan, mulai ari ni aku tak nak org panggil aku boss lagi. Berkuatkuasa malam ni, aku hanya akan menjawap panggilan korang jika sekiranya anda seorang awek ozzy cun blonde atau anda memanggil saya dengan namer manje I "abg ensem". (kalau fakta tak di kira mengampu!) (tua kutuk tak sedo diri ....)

Sekian, mekasih wassalam.

Sunday, March 15, 2009

Datukship part 1: Atuk hang la!

Salam,

1. Pertama2nya, sampai arini ader lagi org dok tanyer "camner hal kat malaysia dah settle dah ke?". Hal pekejadah? Hal bini aku kene ngorat tu ler.. Ramai sungguh org2 bace blog aku yg suspen biler bacer post tu. Sekali lagi dan buat kali yg terakhir aku ingin inggatkan, Bahawasanya alhamdullidalh Allah telah menjadikan aku ni hensem. Jadi aku tak risau bini aku lari. Nak ngorat ker, sihir ke, bomoh siam ke, minyak dagu ke silakanlah. Kalau dier lari sekali pon, aku boleh cari lain insyaAllah. Sekian Mekasih Wassalam. Tutup kes.

2. Cerita baru. Aritu maser program SLB/orientasi budak baru (konsert ben & alim), ader la dua tiga ekor VIP/dif-dif kehormat datang ke adelaide ni (woi..saper tau dif tu amende?). Nasib baik tak datang kedai aku. Aku ni bukan aper. Aku ni bohsan sikit nak melayan kerenah org2 penting atau perasan penting ni.

3. Sudah menjadi adat kebiasaan org melayu dan juga jgn lupa, sunnah Rasullulah untuk menyambut atau melayan tetamu dengan sebaiknya. Tetamu ada hak untuk duduk di rumah kita selama 3 hari tanpa dipersoalkan langsung oleh kita. Tetapi tetamu juga hendaknya menghormati tuan rumah dan menjaga adab mereka sendiri.

4. Tapi aku ni ader penyakit hati kot. Aku cukup menyampah nak layan org2 "besar" ni. Aku tau ader org yg suka berkawan ngan org2 besar ni, "Pasang cable" org kata. Tapi aku bukan camtu. Aku seboleh-bolehnya tak nak terhegeh2 jumpa petronas, MARA atau JPA officer mintak kontrak makan atau jumpa maner2 "org besar" untuk mintak project. Aritu ader sorang timbalan MB telah datng makan kedai aku. Ade konco2 dia suggest aku amik gambar ngan datuk tu dan letak kat kedai. Terima kasihlah. Aku tak jumpa dan salam datuk tu pon dan dier belah gitu jer. Babai....kurang ajar sungguh aku ni!

5.Mungkin ego aku kuat kot. Tapi hakikatnya pertolongan mereka ni menyebabkan kita terikat dgn org tersebut secara tidak langsung. Jadi one day, kite kenalah balas balik. Tu yang aku maleh. Jadi sebab tu bagi aku org2 besar, datuk2, tengku2, tan sri2 dll ni, boleh belah lah! Aku tak nak jadi "hamba" kepada sesiapa pon dlm dunia ni, kecuali hamba kepada Allah, hamba kepada ibu bapa aku dan hamba seks kepada bini2 aku.

6. Tu lah yg aku bukak kedai niaga sendiri. Konon 2 jadi boslah. Tapi hakikatnya, kita always terikat kepada org lain. Aku terikat kepada tuan kedai aku, pembekal2 supply aku dan terikat dengan korang customer aku. Korang2 ni sebenarnya boss aku tau dak! Inggat dak "customers is always right"? Nanti aku stori panjang tentang falsampah tu.

7. Sebenarnya, aku pon pernah jumpa sorang Datuk TKSU sebuah kementerian di malaysia maser nak bukak kedai ni. Mase tu rennovation dah nak siap dan kedai lagi sebulan nak bukak. Kontraktor dah mintak duit, tapi aku dah pokai, duit negative beribu2 lam bank dan aku dah abis pinjam duit merata. Aku desperate. Sekali datuk ni somehow tau aku nak bukak kedai, so die hallo bini aku dan suggest buat meeting ngan dier (ntah2 datuk ni yug dok ngorat bini aku!! ciss).

8. Aku pon fly balik malaysia dan buat presentation kat ministry tu. Tup tap tup tap, the deal is off with the ministry because I decided not to go through bcoz banyak hassle yg merbahaya. To be honest, that datuk is a good person. He seems to be sincere nak tolong aku. Mungkin sebab die berkenan ngan bini aku tapi back-off biler tengok aku ni kacak. Mungkin sebab aku ni melayu. Dan yg pastinyer sebab aku ore kelate! Jupo guu...nate' mu. Racist sunggoh ore kelate ni!

9. Banyak datuk2 yg baik ni. Tapi banyak lagi datuk2 yg "baeekk" nyer. Aku dah banyak tenggok datuk2 senator, ahli parlimen, pengarah agensi kerajaan dan dekan-dekan fakulti yang merendah diri dan peramah di kedai aku. Tapi aku ader juga jumpa datuk2 yg ek'. Kadang2 tu mereke sebenarnya bukan ek' , tapi prosedur "made in malaysia" lah yg membuatkan mereka terpaksa ek'. Apa ke jadah kau nak cakap ni bro?

10. Maksud aku , memang menjadi kebudayaan di malaysia, org2 bawahan kene entertain org2 atasan. Jadi contohnya biler datuk2 vice chancellor Universiti Nurhaliza (UN) datang, maka abangkakak dan makcikpakcik postgrad drpd UN terpakselah terhegeh2 melayan VC mereke. Mintak aku bukak kedai awal lah, hidang makanan la, masak special lah dll. Bile time bayar pulak, semua konco2 nya dok berebut-rebut nak bayar. Boss mereka dok cungkil gigi dan usha dari jauh jer. Woi datuk bangsat! Aku tau kau dapat elaun perjalanan, makanan dan keraian (entertaint)beribu-ribu ringgit. Budak2 bawahan kau tak dapat pon. Jadi kau lah patut belanje semua org! (excuse my french..I use it to demonstrate my strong feelings against this stupid practise)

11. Aku pasti, bende yg same berlaku di malaysia dari serendah2 tahap, kepadalah pucuk pimpinan teratas negara. The boss never pick-up the bills. So the rich is getting richer and funnily the poor have to feed the rich. Minda kita ni sebenarnya telah di kongkong. Kita org malaysia terlalu takut dan taat kepada org atasan. Org atasan kita patuhi tanpa bantahan drpd boss kita, kepada boss kepda boss, kepada ADUN, kepada MB kepada PM dan kepada Sultan.

12.Kita org melayu ini adalah keturunan melayu Hang Tuah. "Apa titah, patik junjung" prinsipnya. Org cam aku ni plak di kira "melayu biadap" oleh sultan selangor dan raja nazrin. Kalaulah betul hang tuah kate "ta' melayu hilang di dunia", aku nak kata, " woi tuah, kalau melayu yg tinggal di dunia ni melayu cam kau, aku nak join aska portugis dan tembak sekor2 biar mampos."

13. Sepatutnya aper2 yg di titahkan oleh boss, kita pikir jap, logiknya, halal-haramnya, impaknya, keberkesananya etc, then kita protes jika salah atau taat jika benar. Ni biler Sultan Melaka kata "wahai org melaka, ayuh maju menyerang kapal si benggali putih ini. Jgn risau. Kita ade ilmu kebal!". Malangnya org melaka tak de ilmu kebal. Mereka ade ilmu bebal je! Maka mereka meyerang kapal portugis heads-on dengan selambe rock. The rest is history.

14. Bagus gak org cam tu kojol. Kalau tak depa ni akan beranak pinak dan menghasilkan anak cucu cicit yang lagi bebal. Malangnya, org cam kita ni pulak di lahirkan drpd keturunan penakut yg dok nyorok kat atas pokok kelapa dan dalam reban ayam maser org lain gi perang. Tu yg menghasilkan kau dan aku yg penakut hampeh ni. Takut kat bini, takut kat boss, takut kat hantu, takutkan polis, takutkan datuk2, takutkan sultan etc. Satu jer org2 kita ni tak takut. Kita tak takutkan Allah. Tak takutkan balasan di akhirat nanti. Tu yg kebatilan, maksiat , pecah amanah, penyalahgunaan kuasa, blog2 durjana mengumpat org dalam bahase french dll besepah2 tu......

TBC...

Sekain. Mekasih .Wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails