Entry ini adalh untuk budak2 bola Adeled
Salam bros....
Aku nak britau engkorang semua, tahun ni Aku volunteer untuk jadi Kapten!
Selambe rock je melantik diri sendiri. Muahhahahhaha!
Sesape yg tak puas hati, boleh slow talk ngan aku.
KENAPA AKU NAK JADI KAPTEN
1. Aku hebat kot! Kamon la. Lagi mau tanya! Nasib baik ada pangkat kapten jer. Kalau ada pangkat General, dah lama dah aku jadi General Azam!
2. Aku nampak, team bola kita masih pening2 lagi sejak Melben Cup last year. Semua org macam down,giler. NCG pon kita tak main. Jadi kita memerlukan seorang pemimpin yg berkarisma dan berwibawa utk membawa kita keluar dari lembah kehinaan. Aku la tu!
3. Bila takde sorang yg dominan, team jadi pening. Semua org nak bagi opinion. Player keluar masuk ikut suka hati jer, semua taktik dan strategi boleh buat lap buntut lagi baik. Organize lah sikit. Jgn main mcam keling.
4. Satu lagi, aku ni dah err.....season. Umur pon dah 27 tahun (uhuk... uhuk!). Jadi kemungkinan besar inilah last kopek aku untuk main gila2 ngan lelaki2 muda di atas padang. Lepas ni aku mungkin hanya mampu untuk "bermaen gila2 ngan wanita2 muda di atas katil" sahaja.
TEMPOH AKU HANYALAH 6 BULAN SAHAJA.
1. Melben Cup dan NCG sahaja. 6 bulan pon tak sampai!
2. Sebab apa kejap sangat? Kerana aku dah bertahun2 jadi kapten masa zaman aku muda remaja dulu (iaitu last week). Cukupla. Takkan aku nak jadi kapten forever kan? Mampos la gitu. Aku tolong kasi korang stabil skit tahun ni, pastu, aku lepaskan balik kat korang.
3. Korang pulak kene jadi kapten. Baru korang belajar. Baru korang improve.
WARNING!!
1. Aku memang main emo. Kalau aku terjerit2 marah korang, sorri ler bro.
2. Bola first, kawan second. No favours. Kita train letih2, pastu naik kereta jauh2 ke Melben dan spend duit untuk ke Melben Cup dan NCG. Jadi kalau kau expect aku nak select team sebab member2 ke, player last year ke or budak2 final year ke, boleh pegi mampos. Tapi kalau kau ada adik cun berbodi melekuk-lekuk, itu boleh di pertimbangkan.
3. Aku carrying an injury skang ni. Lutut spoil. So ada kemungkinan aku takleh main. Jadi kalau main pastu kalah, itu di sebabkan ketiadaan aku selaku star, bukannya kerana kelemahan skill pengurusan aku!
TEAM AKU
Aku takkan boleh buat kerje ni sengsorang. So aku akan berkerja dengan dengan orang2 yg sekepala ngan aku.
1. Afiq Asjay = Manager
- Ala2 Tan Sri Anuar Musa.
- Dia akan menguruskan pendaftaran, pengangkutan, penginapan, pemakanan, perubatan, pemakaian (jersey la), pengadisan team dan juga peng-tactical-lan.
- Dia akan check dan make sure time table bila main, so kalau ada Abang Hot tu pergi K-Mart lagi taim game dah start, itu semua salah Afiq Asjay semata2.
- Salah seorang daripada ahli Panel Selection Player.
2. Ise' = Coach dan Assitant Manager
- Ala2 Beckham.
- Dia akan tolong aku, especially utk menguruskan taktikal aspect dan substitution masa game. Pening la aku, kalau nak organize semua ni masa game dari tengah2 padang.
- Di harapkan jubor Ise bertambah baik so dia boleh main tahun ni. Tapi kerana taraf sakit jubor dia agak kronik, aku rasa next year kot baru dia boleh main balik.
- Salah seorang daripada ahli Panel Selection Player.
3. Imran Ramli = Fitness Coach dan Vice Captain
- Ala2 ALAMAK!
- Semua org tau Im kuat isap rokok dan rajin layan porn. Tapi selaku ex-player hoki daerah manahentah, aku yakin dia mmg berkaliber untuk meningkatkan taraf kefitnes-san team kita ke level player All Black.
- Semua org tau Im adalh emo gila babi bila main bola. Yellow card wajib tiap tournament. Tapi dia nangis bila tengok dokumentari P Ramlee dowh. Itu bermakna hati dia lembut dan prihatin terhadap org lain sebenarnya!
- Itu sebabnya dia vocal di padang. So, kalaulah lutut aku jadi arwah ataupun aku pon turut jadi arwah sekali, Im lah yg paling layak ganti aku sebagai kapten. Bukan sebab dia terer main. Tapi sebab dia cakap banyak!
- Im BUKAN salah seorang daripada ahli Panel Selection Player.....sebab dia emo.
PLAYER SELECTION
1. Untuk memberikan ketelusan di dalm pemilihan player, tahun ni player akan di pilih oleh tiga org ahli panel iaitu, Gua, Afiq dan Ise.
2. Setiap nama akan di pertimbangkan dan di undi oleh kami bertiga. Undi adalh rahsia. Tapi boleh di beli. Sila belanja kami ke percutian di Gold Coast ataupun Haadyai selama 7 hari. Untuk aku, korang bagi fon no Rozita Che Wan sudeh.
3. Kami telah sepakat untuk memilih player yg betul2 boleh main, bukan member2 or kroni2.
4. Apakah yg di maksudkan "player yg betul2 boleh main"? Roughly, ialah player yg boleh bermain di dalam team, tidak bolot, fit, pantas, berdisplin masa game dan training, dan mempunyai ketinggian melebihi ketinggian Bandu.
TACTICAL
1. Semua orang di alu2kan untuk kasi opinion diaorang tentang strategi, pemilihan player, posisi etc.Kemudian aku akan discuss bersama Afiq dan Ise sebelum membuang cadangan anda ke dalm tong sampah.
2. Sekiranya ada conflict dari segi tactical, keputusan muktamad terletak kpd aku. Sebab alih2, kalau di takdirkan team ni hancus, aku juga yg kene kutuk kan. So because its my responsibility, I will be making the decision!
LONG TERM VISION
1. Aku mengharapkan, 6 bulan dari sekarang sewaktu kita insyaAllah peluk Melben Cup dan pakai gold medal NCG di tengkuk, aku boleh lepaskan team ni kepada Afiq or Ise selaku manager. Kapten di atas padang, korang decide lah sendiri. Last kopek kalau takde org, Im pon boleh la. Muahahhaha!
2. Aku akan step down dan jadi penasihat ala2 Dr Mahathir. Dengan kata lain, ......... aku akan kutuk korang daripada blog aku setiap hari.
"Majulah Sukan Untuk Tekel Awek"
Sekian, mekasey, wassalam.
6 comments:
haha sumpah best blog kau :D
cayalah im. semoga semakin fit dari hari ke hari
keeper biar aku select.. hahahaha
-topex-
anon: ye ker.? sapa ni? awek ke.? sape nama? awak cun tak?
huhu:macam takde harapan je im ni akan fit
topex: nanti kau select keeper perut cam kau, susah la nak terbang bro.
kalau team bola organise training cam rugby confirm boleh menang! semoga perancangan ni membawa hasil.insyaAllah!
aku byk dgr citer horror team bola adelaide last yeat smpai bdk adelaode main utk perth terajang bdk adelaide nye 'officia' team...sape yg bangang jd kapten?oppsss
Post a Comment