Thursday, April 7, 2011

Ku tilik bintang di buah dada mu.........

Salam,

Bagaimanakah bisa percaturan bintang-bintang di langit menghukum perhubungan kita?

Engkau datang laksana halilintar. Kerlipan mu hadir sebelum dentuman mu tiba.

Jujur. Silau di mataku belum reda. Hitamnya kulitmu, tidak ku sedari. Keindonan pertuturanmu, tidak ku dengari. Kehadiran dua anak kecilmu, tidak ku peduli. Image yg terbakar di retina ku hanyalah satu. Scorpion.

Benar. Kaku di kakiku belum berlalu. Walaupun jasadku mundar mandir ligat di hadapanmu, akan tetapi rohku terpacak di situ, di hadapanmu, tidak kah engkau tahu? Otak ku katakan "Ayuh!", akan tetapi manakan bisa.

Kerana. Kala jengking itu bertahta di lurah merbahaya. Lurah yang senantiasa di pantau rakus helang-helangan dunia. Dan memang engkau kaya dengan lurah-lurahan. Di timur dan d ibarat. Di gembur dan di baja selalu oleh mu. Rapi. Aku mati.

Entah. Kecantikan mu, tidak ku pastikan. Cintakah, syahwatkah tidak dapat ku putuskan. Adakah aku ada chan? Bukankah aku mempunyai aura Amitha Bachan?

Rindu. Now, you are a past tense. It doesn't makes sense. My heart tirelessly summoning you, but to no avail. Damned you!

Bosan. Lalu ku google scorpion, ku temui scorpio. Scorpio is considered a feminine, negative and introverted sign. Sedangkan aku is Leo, considered masculine, positive and extroverted sign. Dia adalah air, manakala aku adalh api. Peluang untuk bersama? Paling doubtful dan tidak compatible. (Wiki scorpio, leo. Compatability 1, 2)

What? Ini semuanya omongan kosong syirik tahyulan. Suratan itu rahsia illahi. Manakan mungkin hidup kita ini umpama menjawap soalan2 yg telah bocor jawapannya.

Contoh. Yang ku petik dari Zodiac signs
-Leo di katakan "confident, ambitious, loyal but domineering, melodramatic, stubborn and vain", sedangkan aku tidak pernah buat engineeering dan masuk drama.
-Leo juga di katakan "very independent but they need something to control and someone to admire them and appreciate them" sedangkan aku tidak kontrol mana2 kelab, persatuan dan persetubuhan ......yang rasmi pon. Yang hanya ku kontrol ialah kehensemanku.
-Leo juga dikatakan 'social butterflies", "people always naturally gravitate and surround the Leo", sedangkan bila ku toleh kanan dan kiri, tiada awek pon di keliling pinggangku.
- Leo juga dikatakan "Business dealings are easy and successful for Leo, if they are in command and control" sedangkan aku saban bulan, terlintas di fikiranku untuk menjadi male-stripper untuk menampung kost kedaiku yang melambung tinggi. Wajahku dan six pack ku, pasti laku.
- Leo juga di katakan " extremely sensitive but they hide that very well ". Wei! Manada! Wa macho abes lu mau mati ka!
- Dan Leo erogenous zone di katakan his back. "Most Leos have a well defined muscular back, compliment them on it while you lightly scratch your fingernails from the base of the neck down to their buttocks. They love a back rub or massage...". Adakah kau ingat aku ini kucing?

Syaitan! Hampir aku terpedaya dengan permainan minda tilikan tahyul ini. Akan tetapi hatiku yg di rantai belenggu rindu ini, meronta2 ingin berimankan bintang-bintangan di syurga itu.
We are star-crossed lovers. Bukan nasib kami.

Kemudian. Kelmarin isteriku berkata, "Dinda sentiasa mendoakan kekanda terlindung dari segala maksiat kecil dan besar di dunia ini".

What? Patut la bila aku nak ngorat awek semenjak dua menjak ni macam ter-blockking jer. Patut la scorpio tidak menjelma. Syukran.Terima kasih banyak-banyaklah isteri solehah. Terima kasih!

Akan tetapi. Bukankah engkau juga merupakan scorpio, hot, berketurunan Indonesia dan beranak dua? Di manakah tatto kala jengking di dada tandusmu? Dan mengapakah kita masih bersama belasan tahun kini lamanya?

Terimalah. Bahawa kita tidak compatible.

Maka.

Izinkanlah. Aku meng-compatible-kan diri dengan yang lain pula. Sebelum aku sembur engkau dengan Ridsect!


Sekian mekasey wassalam.

3 comments:

n said...

apekah kesengalan ini?

nobody said...

Salam encik

saya silent reader selama ni
terpanggil pulak nak komen

ntah nape
terselit rasa sedih + sayu bace entry ni
mudah2an baik ja sume

...

mangkuk statik said...

Wsalam.
Olololo~,
Ni semuanya internal joke jer la between aku, bini aku dan kawan2 pasal awek indon bertatoo scorpion di ehem...ehem yg aku kata hot pastu diaorg cam tak puas hati. Takde pape pon.
Saja je tulis ala2 puitis sebab aku mmg seorang yg sensisitif dan berjiwa seni.
Muahhahahha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails