Monday, August 19, 2013

Pantang Aku Orang Mintak Kicap Kat Kedai Aku


Salam,
1. Korang tau tak, setiap kali ada kastemer tanya, "Bang! Bang! Ada kicap tak?". Fuhhhh....tersirap bandung darah aku broooo.

2. Aku rasa semua chef dalam dunia ni konfem sokong aku nyer. Korang tau tak, betapa bersusah payahnya kita orang masak, pastu punyalah berhati2 nak kasi balance rasa masin dan manis tu, sekali bila masterpiece kitaorang dah rasa ngam2 cun punya,......... korang boleh selambe mintak boh kicap plak!

3. Yang bangsatnya, 100% drp yang mintak kicap tu, mintak sebelum dia rasa pon masakan tu cemana! Belum masuk mulut lagi bro, kau dah merogol rasa makanan aku dgn kicap? Sial lah lu!

4. Yang double bangsat lagi, bila kau makan rasa sedap, korang boleh plak cakap, "Fuhh! Habhal mmg masyuk lah", "Kipas Cap Udang mmg number one. Kalau takde, mmg lah aku tak lalu makan dowh!". Kamonlah! What the Fernando!

5. Manusia2 terencat, yang kaki mintak kicap ni, konfem telah belajar drp kecik2 lagi. Masa kecik2, mak diaorang konfem masak cam haram. Bila masak kantoi, langkah yg shortcut yg terbaik yg di ambil oleh mak-mak adalah " Jang! Ekau tambahlah kicap tu sampai sodap yor. Omak dah maleh dah nak raso2 ni haa!"

6. Pastu diaorang masuk sekolah asrama yg ambik Indon ke Bangla mana masak, padahal mangkuk-mangkuk tu tak pernah masak sepanjang hayat kot. Bila kau suruh Bangla masak bihun, kau tak perlu genius cam Einstein pon kau dah tau apa hasilnya. Suruh masak tossey ke, vindaloo ke boleh lah! So, drp kebulur, terpaksalah telan gak kan? So diaorang modified lah rasa makanan kantin tu pakai kicap lah, budu lah, etc, asalkan lalu anak tekak.

7. Pastu bila kawin, dapat bini masak hancur plak. Nak gi makan kedai, kang bini merajuk. So kasi banjir nasi tu dgn kicap je lah. Biar nasi banjir kicap drp bini banjir. Kalau bini masak hancur, muka pon hancur, kau pon boleh tumpang banjir sekaki.

8. So bila dah tua ni, manusia2 yang mempunyai penyakit psikologi "fobia makanan" ni, akan automatik assume semua makanan adalah "tidak sedap". Jadi wajib mintak kicap walaupun dia belum rasa makanan tu best ke sampah?

9. Best sangat ke kicap ni? Adakah rasa kacang soya kicap tu yang menyebabkan dia rasa kaw or adakah MSG yg diaorang boh dalam tu yang kasi dia kick?

10. Ikutkan aku, geram jer aku nak tangkap dua tiga ekor mat kicap ni dan ikat kat kerusi pastu suap diaorang ni dengan taik. Nah, ni taik kosong. Dan ni taik dgn kicap. Mana best? Kalau majoriti kata taik dgn kicap tu lagi best, maka silakan lah mintak kicap kat Swinging Bowl anytime.

Sekian, Mekasey, Wassalam
p/s: Ini hanyalah luahan emo aku malam2 buta. Aku tak kisah pon kalau korang mintak kicap kat kedai aku. Serious ni. Aku tak kisah pon. Tapi kalau kicap tu rasa macam tahi........err......jangan tanya aku lah kan.

Thursday, August 15, 2013

Dilemma Bila Aku Nak Ambik Pekerja Cun


Salam,

1. Setiap kali ada awek cun mintak kerja ngan aku, hadoi pecah kepala aku bro! Cemana ni. Apa aku nak buat. Nak amik ke tidak?

2. Ikutkan hati, aku rembat jer. Tapi kau ingat senang ke jadi boss? Jadi tokey satu2nya kedai melayu kat Adeled? Brapa ramai budak melayu mintak kerje ngan aku bro, sampai aku dah lost count. Ada yg datang mintak depan2, SMS, Fesbuk inbox, surat, etc sampai banyak yg aku tak balas pon sebab dah bertimbun sangat.

berat sungguh biceps ..eh silap...papan tanda tu.

3. Aku tau aku ni agak intimidating untuk budak2 lelaki hokay. Awek2 plak brapa ramai yg terlupa nak bernafas bila tatap muka aku ni. Sungguh! Maklumlah, aku ni kan breath-taking gituw. So bila korang mintak kerja tu, aku assume korang mesti desperate kot. Kesian.

4. Ada yang takde duit nak bayar saman traffic. Ada yg duit abis sebab kereta eksiden. Ada yang rumah kene pecah perompak. Ada yg duit biasiswa lesap kene tipu. Ada yang biasiswa kene potong. Ada yang hilang biasiswa. Hancur hati aku ni tau tak kalau aku terpaksa tolak korang.

5. Tapi dalam masa yg sama, aku kene run business yg cost-effective. Buat apa aku pakai pekerja terlalu ramai kalau last2 aku tak boleh bayar gaji kan? Takpun buat apa aku ambik pekerja yg lembap, if for the same amount of gaji, aku boleh dapat pekerja yg lebih effective.

6. At the end of the day, pekerja yg aku ambik mestilah benefits me as well. Example,
a) Aku suka ambik budak2 Achitecture sebab diaorg takde exams. So starting swot-vac (study week), diaorang dah free 24/7 anytime bole keje untuk cover pekerja2 lain yg ambik exam.
b) Aku juga suka ambik budak2 yg active in persatuan sebab diaorg ni ramai kawan/pengikut. So if u capture the alpha male/female, the herds will follow. Satu lagi bila diaorg buat aktiviti, aku boleh nampak sapa boleh buat kerja dan sapa berat buntut.
c) Budak2 Pharmacy pon best sebab diaorang banyak masa free berbulan2 masa diaorang final year.

7. Pekerja yg aku ambik juga mestilah boleh ngam dengan current workers. Semua kepala kene sama. Sebab bila dah keje SB ni dah jadi macam adik beradik. Semua kene understand and bekap each other masa kerja baru the machine is running smoothly, especially bila kedai kene serang waktu lunch.

8. Satu lagi, ramai orang silap sangka siapakah my main target market. The targets, in order of importance are Chinese students/residents of Australia, mat salleh dan student lelaki Melayu. Why? Because these people cannot cook Malaysian food.......well.

9. Awek2 melayu jarang makan kat kedai aku sebab diaorang boleh masak the same shit. Budak2 postgrad especially yg dah kawin tu, lagiiiiiilah langsung aku tak mengidam satu sen pon duit depa. Buang masa je.

10. Jadi apakah kaedah untuk menambahkan kastemer student Melayu lelaki? Satu, cheap food. Dua, huge portion. Tiga, smashingly hot aweks.

11. Jadi bila aku kene pilih antara awek hot dan awek tak hot, yang both of them aku tak penah nampak pon datang makan kedai aku sebelum ni, yang pandang lekeh makanan aku, yang sanggup spend berpuluh2 ringgit makan makanan gedik tapi nak spend 6 dollar kat kedai aku pon berkira, so aku mintak korang tepuk dada dan tanya apakah yg korang akan buat if u are standing in my shoes?

12. Instead ada orang yg cakap kenapa aku ambik pekerja2 hot jer, sedangkan muka org yg cakap banyak ni aku tak pernah nampak pon kat kedai. Cubalah datang kedai acap sikit dan pastu please please please tell me if aku ambik pekerja hot sahaja or not? Ini, datangnya tidak, tetiba nak smash aku. Pfffttt. Banyak cantik.

13. On the other hand, I am acutely aware that apabila awek2 ni kerje ngan aku, aku lah yg dapat saham dosa kalau ada customer usha lebih2. I put you there on the counter on the first place, so I've the responsibility as your boss or de-facto fatherly figure. So awek2 hot adalh risky! Lebih baik pekerja yg kurang hot or biasa2 lah pulak gitu!

14. Sebab tu seboleh2nya aku ambik yg pakai tudung. Dan bila ada yg pakai terselak sana, tersembul sini, transparent situ, aku terpaksa tegur. (Pernah kene marah, "Ehh! Abg Azam jangan lah tengok!". Isyh! Aku siku kang budak ni. Mujur kau comel! Hahahadoi!). In fact aku penah rejek sorang awek ni sebab dia perghhh! Sungguh terlampau kuih pau perghhh baiii. *sujud syukur*

15. So people. Please understand bila aku ambik sesapa kerja ngan aku, samada aweks or balaks, mesti I have my own reasons kay. Mungkin korang2 yg kene rejek telah trasa, so please forgive me hokay. Lagi pon aku trasa macam nak jual kedai aku soon. So this year could be my last year. So kasi chan lah kat pakcik ni untuk mengedik. Tak boleh ke?

Sekian, mekasey, wassalam.

Tuesday, August 13, 2013

Zombie Kampung Solok Hujan Panas


Salam,

1. Baru second day raya kot. Baru je sampai ke Masjid Tanah setelah drive 8 jam drp Kangar kot. Tetiba adik aku yg bermasel ketul2, Thor, cakap dia dapat mayday drp mak sedara kitaorg yg kubur moyang kitaorg di Tanah Perkuburan Solok Hujan Panas (siap ada febsuk), telah mendak. Berlubang. Jadi dia mintak kitaorg tolong kambus balik.

2. What de fish? Asal lah kitaorg plak yg kene buat? Apa salah kami. Bukan ke rumah dia lagi dekat? Anak2 dia pon ada kat rumah balik beraya. Pelik sungguh ni. Macam ada konspirasi ni.

3. Dem la. Tapi mmg kantoi lah kan set2 rumah kitaorg monteng tak pegi kubur masa first day raya. Tu yg tak tau cerita tu.

4. So bila dengar cerita yg kubur arwah moyang aku mendak dan berlubang, stret aku terpikir, dia ni kene balun kaw2 ke sampai mendak abes tanah kubur dia? Kesian dia. Wajarkah aku pergi ke pusat tahfiz dan isi borang untuk "hantar power" kat moyang aku? Bayar budak2 baca tahlil ke, baca satu Quran ke gitu.Tak pon siram air zam2 tawaf dan air sarang anai2 yg makan 23 juzuk al-Quran?
______________
Moyang Aku

1. Yg aku tahu nama dia Hj Amin bin entah. Dia adalh atuk kpd mak aku. Aku ni half-Klate, half-Melaka.

2. Dia dulu imam masjid.  Ajar org baca Quran. Selalu pegi masjid. Jadi one day masa dia tgh naik beskal pegi masjid, ada satu kereta bantai dia. Abis patah kaki, masuk besi bagai. Tapi sebab dia tak buat proper physio dan exercise lepas operate masuk besi tu, dia tak heal properly. Kaki dia jadi keras dalam posisi bersila. Iya, bersila macam Buddha tu. Istilah medic dia contracture
Tempat arwah selalu lepak dan terjerit2 panggil aku

4. Jadi dia kene ngesut dalm rumah. Lama kot dia hidup gitu. Tapi dia tak penah tinggal solat. Pastu bosan2 dia dok berzikir roket "Milah, Milah, Milah, (Alhamdulillah)", "Bar, Bar, Bar, (Allahuakbar)", ntah brapa ribu sehari ntah.
Dia ninggal umur brpa ntah. Yg pasti lebih drp 80 yo

5. Hujung2 hidup dia, dia jadi nyanyuk dan sound dia sudah lari. Ntah brapa kali aku cakap nama aku kat dia, dia asyik lupa,
Moyang: "Ehh! Apo namo ekau haa?"
Aku: "Nama saya Azam tuk"
Moyang: "Apo? Namo ekau malam?"
Aku: " Azam la. Bukan malam. AZAAMM"
Moyang: "Malam? Apo ayah ekau bagik namo ekau malam? HAHAHAHA"
Aku: *sabau je lah. Racist btol org tua ni! Tau lah kulit aku "malam" kan....

6. Selepas itu lekat lah nama aku "Malam" kat kepala dia. Ehh...kata nyanyuk tapi apsal nama malam tu boleh ingat plak. Haram skit!
"MALAM! Alih beskal, hari paneh  nanti tayar molotup!"
"MALAM! Buek air kupi kek den!"

7. Aku tak ingat aku ada kat mana masa dia ninggal. Masa matrik ke masa lepas fly. Tapi aku ingat mak aku cakap, dia kene kapan sambil bersila sbb kaki dia tak boleh kasi lurus balik dah. Sungguh unik.
__________________
Misteri kubur berlubang

1. Jadi, kesimpulanya, moyang aku ni adlah legend. Dia baik kot orgnya. Kuat beribadat. Jadi aku harap2 kubur dia tak mendak sebab kene balun ngan Mungkar dan Nakir.

2 Lagi pon alam kubur/barkzakh ni, adalh alam ghaib. Tak de kene mengene dgn alam zahir pon. Kalau malaikat balun sampai terperosok 70 kaki pon, tanah tu takkan bergerak seinchi pon.

3. Tak caya tengok jirat cina tu, Takde pon berlubang2 ke, tanah mendak ke gitu. Siap buat atas bukit lagi.

4. Jadi kesimpulan yg aku buat, kubur moyang aku ni mendak mesti sebab 3 perkara sahaja,
A. Air bertakung situ, lama2 tanah dia jadi jerlus dan mendak, sehingga meninggalkan kesan lubang bila air dah kering. Atau...
B. Arwah Moyang aku telah di angkat ke langit tu bersama dgn org2 yg baik2. Sebab tu kubur tu mendak. Dia dah belah dah bro. Atau..
C. Errr...Hj Amin sebenarnya dah bangkit drp kubur dan menjadi ..... zombie.

4. Jadi berdasarkan firasat kebatinan aku yg ampuh ini, aku yakin, sebab "C" tu paling tepat. Tak caya sudah.
_________________
Operasi Basmi Zombie

1. So aku tak tau zombie moyang aku dah pegi mana. Tapi kubur dia yg berlubang tu, kitaorang kenalah kambus kan. Kang tak pepasal org yg datang malam2 ke kubur nak mintak nombor ekor, terjerlus kaki ke gituw. Kesian. Nanti jadi bahan makanan zombie seblum sempat tobat.

2. Thor, adik aku cadang nak pegi senja. Aku beres je, sebab ada Thor kan. Kalau zombie moyang aku terkam, konfem dia bekap aku kan. Steady bro! Gunakan masel kau tu!
Gambar sebelum keluar tangan drp lubang tu dah sambar kaki Thor

3. Tapi incase, Thor tumpas, aku dah siap2 bawak budak2 kecik sekali ke kubur aritu. So senang aku hulur je budak2 kecik tu biar zombie makan dulu sebelum makan aku kan. Harap2 dia dah kenyang dah lah kan bila tiba turn aku tu.
From left: Baby Thor, Snowblack binti Hensem, Princess Thor

Cepat kambus zombie tu cepat. Cergas people. Cergasss!

4. Tak pon aku angkat kaki ler drp situ. Zombie Hj Amin takan boleh hambat aku nyer lah. Dah lah zombie kan jalan slow2 gituw. Tambah2 lagi, moyang aku kan di kapankan "bersila". So konfem dia kene ngesut masa nak kejar aku kan. Haha. Aku berlari pakai bulu roma tangan aku pon lagi cepat derr.

5. Jadi moyang aku nak makan aku? Malam skit lah tuk. MALAMM SKITTTT!


So long bro
Sekian, mekasey, "Selamat Haghi Ghayor", Al-Fatihah utk moyang aku dan Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails