Tuesday, January 26, 2016

Sekolah Bermula Di Pagar




G'day mate
Cikgu2 kat Malaysia mmg power. Kalah cikgu2 Australia cakap lu. Kalau kat sana budak2 kene masuk dlm kelas baru start belajar. Di Malasia ni, belum masuk pagar sekolah, cikgu2 dah start ngajar. Fuhh. Mantop! Di pagar sekolah2 di seluruh Malaysia, ni cikgu2 telah mengajar satu undang2 kehidupan paling penting utk korang semua rakyat2 Malasia. Bahawa sesiapa lambat sampai sekolah, dia akan di ambil nama dan didenda. Tak kira lah yg lambat tu adalah sebab bapak kau bangun lambat ke, sebab dia kene hantar 3-4 org anak masuk sekolah lain2 ke, sebab jalan jem ada construction/accident/hujan ke, etc. Cikgu tidak akan tangkap bapak kau pastu ambik nama atau rotan. Cikgu tidak akan suruh menteri kerja raya buat ketuk ketampi. Cikgu takan panggil makcik yg bawa kereta kancil slow macam siput babi cacat sampai abes blocking org lain utk pergi depan masa roll-call. Cikgu takan marah kat Allah lalu murtad kerana mentakdirkan jalan jem pagi tu sbb eksiden/banjir/hujan/etc. Kalau kau lambat, itu adalah salah kau. Hanya engkau! End of story.

Moralnya adalah bila kau besar2 nanti, apa2 pon kesalahan atau penyelewengan yg berlaku, yg salahnya adalah org paling bawah yg takde nilai.
Oleh itu berlumba2lah menjadi org paling besar, supaya kalau kau buat suwey, org bawah kau yg akan kene. Seronoks!

Sbb tu aku selaku jejaka hensem Australian, yg kini lepak Malasia , dulu2 terkejut apsal perasuah yg bilis kene masuk jail, tapi yg juta dan billion siap ngaku betol masuk account peribadi, SPRM dan AG buat lepak je. Apsal kerani pejabat tanah kene tangkap, tapi yg dok banglo2 dan istana org buat2 tak prasan.
Rupa2nya cikgu2 Australia tak sepower cikgu2 kat Malaysia. Bdak2 sana klau lambat, boleh berlenggang stret masuk kelas. Pintu pagar tak kunci, pengawas tak ambik nama. Silap tu. Diaorg ni tak reti nak ngajar sifir kasta kehidupan yg hakiki kpd bdak2 Ozzy. Dan cikgu2 Malasia ajar semua ni. belum budak2 masuk kelas lagi. Kat pagar sudep. Respek.

Dan ini telah di ajar sejak azali lagi. Sejak melayu memula pergi sekolah zaman Britsh dulu. Sapa yg ajar? Cikgu England. Apsal cikgu2 kat Malasia tak ubah? Sebab cikgu England lagi besar, .......walaupun diaorg dah lama mampos.

Slamat. Wsalam.

Saturday, January 23, 2016

Kalau Datuk Sri Vida Adalah Seorang Australian.

Good Day.
Saya adalah mat salleh ozzy yg kini menjadi expat di Malaysia. Jadi selaku org putih, saya mempunyai pandangan yg jauh lebih maju dan bertamadun, drp anda2 semua.
Sekarang ini, wanita tercantik Malaysia, Datin Sri Vida (DSV), sedang menangis di rumahnya kerana Kementerian Kesihatan Malaysia telah banned salah satu drp product whitening beliau kerana ada mercury. Brunei pula telah banned dua product Vida Beauty siang2 lagi.
Tetapi DSV sepatutnya bersyukur kerana dia bukan ozzay seperti saya. Kerana sekiranya dia Ozzay, kisah ini tidak terhenti di sini sahaja. Kerana org2 bertamaduun macam Australian akan:
1. Suspend semua product Vida Beauty, pending investigation terhadap contents and processing methods of Vida Beauty.
2. Random sampling of other whitening products in the markets, due to high possibilities of them using similar method ie: mercury, for whitening purposes. Studies showed that 1 in 4 whitening products sold in Asia contained mercury, so jgn hanya mengambil tindakan terhadap DSV sahaja. Org lain pon patut kena.
3. Saman Vida Beauty from several angles. Pertama, kerana jual product merbahaya kpd umum. Kedua, saman personal damages/harm drp pengguna2 yg telah dapat side-effects from exposure to mercury. Ketiga, saman for the unsubstantiated claim yg product2 Vida Beauty ada segala mak nenek khasiat, tapi mana research papers that proves all that? Manaaa?
4. Serang DSV dlm media perdana. Confirm masuk 60mins ke, A Current Affair ke, Today Tonights ke. Abis segala rahsia kene korek la. Diaorg akan carik memana ex-pekerja2 Vida Beauty pastu offer duit utk bukak mulut.
5. Serang DSV dlm tabloid. Paling lazat. Abisla paparazi akan stalk dia utk ambik gambar2 masa rupa jongos abis tanpa mekap dan tiara. Pastu kantoikan kalau DSV pon beli product lain sbb dia sendiri tak caya/takut pakai product sendiri. Anak beranak dia pon kene stalk. Takan dia jual Qu Puteh tapi anak beranak dia kaler macam Obama.
Tetapi ini semua fantasi sahaja kerana DSV bukan ozzy macam saya. Dia hanyalah rakyat negara Melesia. Rakyat melesia mudah sahaja. Apa? Ada bende merbahaya? Tanak belilah. Beli product lain lah lepas ni. Babai QuPuteh. Babai Gegar Veganza. Babai AJL. Babai Pamoga QuPutehTheRedWarrior.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails