Tuesday, January 26, 2016

Sekolah Bermula Di Pagar




G'day mate
Cikgu2 kat Malaysia mmg power. Kalah cikgu2 Australia cakap lu. Kalau kat sana budak2 kene masuk dlm kelas baru start belajar. Di Malasia ni, belum masuk pagar sekolah, cikgu2 dah start ngajar. Fuhh. Mantop! Di pagar sekolah2 di seluruh Malaysia, ni cikgu2 telah mengajar satu undang2 kehidupan paling penting utk korang semua rakyat2 Malasia. Bahawa sesiapa lambat sampai sekolah, dia akan di ambil nama dan didenda. Tak kira lah yg lambat tu adalah sebab bapak kau bangun lambat ke, sebab dia kene hantar 3-4 org anak masuk sekolah lain2 ke, sebab jalan jem ada construction/accident/hujan ke, etc. Cikgu tidak akan tangkap bapak kau pastu ambik nama atau rotan. Cikgu tidak akan suruh menteri kerja raya buat ketuk ketampi. Cikgu takan panggil makcik yg bawa kereta kancil slow macam siput babi cacat sampai abes blocking org lain utk pergi depan masa roll-call. Cikgu takan marah kat Allah lalu murtad kerana mentakdirkan jalan jem pagi tu sbb eksiden/banjir/hujan/etc. Kalau kau lambat, itu adalah salah kau. Hanya engkau! End of story.

Moralnya adalah bila kau besar2 nanti, apa2 pon kesalahan atau penyelewengan yg berlaku, yg salahnya adalah org paling bawah yg takde nilai.
Oleh itu berlumba2lah menjadi org paling besar, supaya kalau kau buat suwey, org bawah kau yg akan kene. Seronoks!

Sbb tu aku selaku jejaka hensem Australian, yg kini lepak Malasia , dulu2 terkejut apsal perasuah yg bilis kene masuk jail, tapi yg juta dan billion siap ngaku betol masuk account peribadi, SPRM dan AG buat lepak je. Apsal kerani pejabat tanah kene tangkap, tapi yg dok banglo2 dan istana org buat2 tak prasan.
Rupa2nya cikgu2 Australia tak sepower cikgu2 kat Malaysia. Bdak2 sana klau lambat, boleh berlenggang stret masuk kelas. Pintu pagar tak kunci, pengawas tak ambik nama. Silap tu. Diaorg ni tak reti nak ngajar sifir kasta kehidupan yg hakiki kpd bdak2 Ozzy. Dan cikgu2 Malasia ajar semua ni. belum budak2 masuk kelas lagi. Kat pagar sudep. Respek.

Dan ini telah di ajar sejak azali lagi. Sejak melayu memula pergi sekolah zaman Britsh dulu. Sapa yg ajar? Cikgu England. Apsal cikgu2 kat Malasia tak ubah? Sebab cikgu England lagi besar, .......walaupun diaorg dah lama mampos.

Slamat. Wsalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails