Wednesday, February 3, 2016

Hang Dok Kalut-Kalut Pasai Mukhriz Pasaipa?



Salam,

Hang kalut2 kata kesian Mukhriz hilang jawatan lani.
Hang tau dak dia tu dah millionaire dah seblom2 ni, tak kerja pon pasni sampai mati pon takpa. Kesian buat hapa. Harta dia, adik beradik dan mak pak dia klau kumpul2, billion kot. Sbb diaorg memang orang2 pandai niaga....... bapak tak pernah tolong langsung.

Hang kalut2 kata kita hilang suara aspirasi kaum muda dah pahni.
Hang prasan dak Mukhriz hanya membawa aspirasi ayah dia. Aspirasi org berumuq brapa ratus tahun. Bukan aspirasi org muda. Ni aspirasi level nyang nyet dah ni. Mukhriz hanyalah MB boneka DrM. Mana ada idea ori. Copy paste ayah dia. Kalau cakap ayah pon tak brani lawan, cemana nak jadi ketua. Baik lantik DrM jadi MB lagutu.

Hang kalut2 kata dia di antara dua tiga kerat pemimpin UMNO yg di segani umum.
Org segan kat bapak dia. Jasa bapak dia. Bukan kat dia. Kalau ayah dia bukan bin DrMadey, hang ingat dia berani? Org lain start drp bawah, main Pemuda dulu, pastu timbalan baru jadi ketua Pemuda. Tak pon jadi exco negeri, timbalan MB baru naik MB. Ni dia stret taget atas. Macam bappak dia punya parti. Dulu ya la bro. Skang bapak org lain plak punya parti.

Hang kalut2 kata dia pemimpin yg bagus.
Hang pi cari instagram anak dia sat. Pastu habaq mai, cemana baguih pendek skirt, eh silap, cemana baguih dia memimpin keluarga dia.

Hang kalut2 kata di bawah Mukhriz banyak program agama jalan.
Banyak la agama bini dan anak branak dia. Memang la kene sapot program agama. Dah lawan dia no1 di Kedah adalah PAS.

Hang kalut2 kata dia sayang bola Kedah sampai berjaya bawak bola Kedah naik balik ke zaman gemilang, Naik liga Super dan naib juara Piala Malaysia bak hang.
Hang tau ka ahli2 politik semua guna bola utk dpt undi. Klau betoi dia sokong bola Kedah, mana dia sebelum dia kadi MB? Ada kat grandstand ka? Agak2 bola Kedah dia tengok tak live kat TV seblum dia jadi MB? Dan apasai dia tetiba lepah jawatan presiden KFA arini? tak de org soh turun pon. Klau dia btol sayang bola Kedah, staylah jadi presiden. Lalang munafik penyokong Kedah dia ni.

Paling last. Hang kalut2 pasal MB kedah. Hang org kedah ka? Undi kat Kedah ka? Dok kat Kedah ka?
Macam la ni state hang. MB kedah Mukhriz ka, Basyar ka, Aaron Aziz ka, takdak kene mengena dgn kehidupan hang langsung. Jadi org2 yg dok luar Kedah, macam hang dan Mukhriz, dok diam2 bucu sana pi makan laksa toksah sebok2 share, tulis status atau blog pasal Mukhriz.

Aku takpa. Aku Ozzy.

Wassalam.

2 comments:

Maer said...

Salam bro. Inche Azam. Anda di mana kini?

-maer-

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails