Salam,
Adus..pedihnya hatiku.
Aku balik aritu amik gambar banyak2 nak buat modal tulis blog, skali aku check USB drive aku., aku bawak balik hanya folder gambar2 yg aku dah post last time. Buat apa? Uwaaaa...
Dah lah kamera aku rosak.
Ini semue angkara polis.
Angkara polis cun yg aku skodeng dan snap voyeur picture untuk buat post "Kenapa saya sayang Polis".
Polis cun tu drpd kombo PDRM (band polis la) yg tengah buat show sempena keputeraan sultan kelantan di stadium KB. Die adalh salah sorang drpd penyanyi band tu. Aku sikit nyer bersusah payah shoot gambar sambil dok dukung husna sebelah tangan dan tengah panas terik plak tu.
Cun cakap lu..... Ni bukan polis pompuan yg kaki subur berbulu dan kalau kau tengok dada membuatkan kau terpikir tu tetek ke pectoralis major (muscle dada la..)? Polis tu cun taraf artis gua tak kelengtong punya.
Kalau tengok gerenti kau akan pergi meragut org terdekat mase tu jugak dan berlari2 anak buat circle depan polis cun tu kira bajet polis tu akan mendakap anda dengan pelukan yg kemas, untuk menahan anda drpd melarikan diri.....I serrender to U kay!
Kalau polis cun ni di letakkan di kaunter pembayaran saman, gerenti semua org lelaki akan bayar saman traffik sebelum due date lagi. Kalau kene pagi, tengahari tu dah gi bayar. Org pompuan pon akan datang bayar saman ASAP sebab nak blockking dari laki dieorang gi gatal2 bayarkan. Sape2 yg tak de saman pon akan sengaja gi parking kat tempat parking ketua polis negeri kat balai tu, pastu tekan hon ikut nada lagu fiona sampai polis datang bagik surat cinta.
Kalau polis cun ni kau letakkan kat highway, gerenti tiada kemalangan yg meragut jiwa dan raga di highway tersebut kerana semeur org akan slow sebab nak usha polis cun tu. Ada kemungkinan besar untuk berlaku kemalangan sebab org semeur dok tekan brek mengejut bile dekat ngan awek tu dan mata masing2 pulak bukan pandang ke jalanraya dah, tapi kemalangan tersebut adalh kemalangan yg di nanti2-kan. Kereta kan slow, jadi tak de yg mati2 atau patah2nye. Bile kemalangan, gerenti stuck kat situ lagi lama. Lagi panjang "skodeng hours". Kalau teruk pon, teruk telinga kene bebel abuse by bini kat sebelah.
Kalau polis cun ni di letakkan jaga mana2 bangunan, gerenti penyamun akan datang masuk sopan kot pintu depan dan siap bagi salam lagi nye. Tak yah susah2 ronda satu bangunan.
Kalau polis cun ni jaga lokap, gerenti tak de sekor pon akan lari. Lokap tak payah kunci pon. Polis cun tu balik kampung beraya,lepas cuti datang balai gerenti org tahanan ade lagi dalam tu.
Kalau polis cun ni nak hambat org jahat, org jahat tu masuk gear reverse lagi bagik cepat kene tangkap.
Kalau polis cun ni siasat mane2 kes, semua settle kejap ke. Pembunuh norita ke, penculik "budak kecik kepala senget yg aku tak ingat name tu ker", bloggers durhaka ke (sapa ntah), hatta najib pon tak pasal2 ngaku dier lah yg C4, C35 dan C68 mongolian beef tu.
Kalau polis cun ni kerje polis FRU, gerenti takde org PAS ke anti-PPSMI ke melanggar sekatan benteng polis FRU tersebut. Mereka akan berhenti ngam2 je depan awek polis cun tu pastu dok situ baik2. Tak yah pakai tear gas. Tapi kalau hindraf tak makan la. Tu kene pakai sheild yg ader gambar shah rukh khan, baru depa takut aura kemachoaan datuk tu.
Tapi jadi polis cun jugak boleh mendatangkan masalah gak. Selain drpd kenaikan jumlah kemalangan ringan kerana org dok brek ngejut di highway, polis cun juga boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas, kepupusan hutan khatulistiwa kerana balak di tebang untuk buat kertas saman, kelaparan anak bini di rumah sebab duit abis bayar saman tiap2 hari, kenaikan mendadak jumlah kes jenayah, terlampau ramai yg ngaku buat jenayah sampai tak tau mane satu yang betul, soal siasat polis memakan mase bertahun2 sebab penjenayah lagi banyak tekan ayat ke polis tu drpd polis cun tu tanye soalan dll.
Aku tau korang mesti bertanya betul ke cun sangat polis tu, meh sini kasi tengok gambar? Itula pasal. Gambar awek polis cun tu bukan sahaja aku tak transferkan ke USB, tapi aku dah delete pon yg ori nyer. Yang ori aku letak kat komputer bapak aku di malaysia. Jadi sebelum balik sini aku dah delete dari folder asal dan juga aku dah clear the recycle bin. Aku kene la cover linekan. Silap aribulan bapak aku jumpa letih aku nak jual minyak kat dia.
Bini aku? Aku dah kasi tengok dah. Aku siap suruh dier check lagi komputer bapak aku kat malaysia kalau2 ader lagi gambar awek cun tu kat situ. Dier kate tak de...bole caya ke? Hmm ntah2 bini aku yg delete gambar tu drpd USB drive aku sebelum aku balik ke sini. Jeng ...jeng ....jeng. Sat aku nak tepon polis cun tu mintak siasat kes kehilangan gambar aku ni.
Hello...cik polis sayang....
Sekian, makasih, wassalam.
ehh takde no kat tiap perenggan ala chedet. Nah amik no ni. 999.
6 comments:
Aku cadangkan supaya polis cun tu di transfer kat tahanan ISA, mesti diorang taknak keluar nya....
Dan org yg kat luar cam aku ni sibok nak masuk! Tangkap saya...tolong la tangkap saya!!
Oi. Apa ni. Dah la kalah bola, terbalikkan lori polis pula. Lepas tu bakar. Ish. Aku pasti polis cun tu tak ada kat dalam. Cuba hang check tengok
juga untuk menyebabkan polis2 lelaki rajin buat kerja.. takdela boroi je sesorg..
woo.. awek cun pkai baju polis...
wooo~~
fakir: padan muka polis. Org kelantan marah sebab muka2 polis yg jaga bola malam tu semuanya bermisai2. Tu pasal trak kene bakar. Depa bajet kene arrest, boleh pegi balai jumpe polis cun tadi.
ghey: polis mane boroi. Tu punch-protector. To absorp impact if hit by the bad guys.
huhu; Aku lagi suka awek cun pakai baju nurse.
Post a Comment