Thursday, May 24, 2012

Gaduh Stail Zaman Dulu Kan Best.

Salam,

1. Kalau dulu2, kita orang melayu bila tak puas hati dengan sesapa, kita boleh terus ajak bertikam keris tak pon parang-memarang. Cakap nak jumpa kat padang mana. Takpon pergi depan rumah je dah cukup.

2. Kalau mat salleh di zaman Zorro dia orang main lawan pedang. Pastu di zaman pistol diaorang lawan tembak2 cam koboi tu pulak. Man to man. Depan2. Baru jantan.


3. At the end of the duel, salah sorang daripada mereka akan mampos. Setel pergaduhan.

4. Tapi kita kene ingat. Tak semestinya pihak "yang benar" akan menang di dalam duel itu. The stronger or skillfull-er or luckier will win walaupun diaorang memang konfem2 jahat or bersalah.

5. Sebab tu orang2 zaman dulu sejak kecik2 lagi belajar martial arts, swordmanship or pakai pistol. Sebab kalau ada mamat bangang mane cabar diaorang, diaorang tak boleh angkat tangan dah kata  
"Sorry bro. Gua nerd. Gua baca buku jer terer. Bertumbuk2 cengini wa tak reti, Ape kata kita main lawan spelling bees je, boleh tak?".

6. Malangnya orang2 zaman sekarang ni konon2nya telah evolve daripada amalan "primitive" ini. Kalau tak puas hati, kita berdebat di khalayak ramai. Kemukakan hujjah masing2 dan biarkan orang ramai menentukan pihak mana yang benar.

7. Jadi pihak yang mempunyai hujjah yang lebih kukuh akan menang. Tiada siapa yang perlu mati. All seems fair. But is it?

8. What often happen is, pihak yang kalah tu akan still tak puas hati. Dia akan cuba cover malu dia dengan memutar belitkan apa yang berlaku supaya nampak cam dia plak yang menang. Pastu dok pot pet gi komplen kat semua orang.

9. So we are back to square one. Iaitu dua pihak yang "masih" bertelagah.

10. Dan pertelagahan yang berpunca daripda dua orang ini, akan lama2 menjadi pertegahan antara dua puak, meningkat kepada dua pertubuhan, kepada dua negara kepada dua agama, etc.

11. Dan punca pergaduhan yang dahulu asalnya hanya satu, kini tetiba dah bercambah2 menjadi bermacam2 alasan. Semua isu diaorang akan cari gaduh. Habis berpecah belah masyarakat jadinya.

12. Jadi, alangkah indahnya dunia ini sekiranya kita bergaduh stail dulu. Dua pihak bergaduh. Sorang mati. Setel.

13. Maka tiada lagi UMNO kerana pada tahun 1956 Tunku dah kene tapau dengan Dr Burhanudin al-Helmy sebab Tunku kan anak raja yg manja.

14. Tiada lagi PAS pada tahun 1983 sebab Dr Mahathir konfem akan tapau Presiden Pas tahun tu, Ustad Yusof Rawa sebab Mathathir kan mamak. Mamak power wa cakap luuu..

15. Tiada lagi Dr Mahathir pada tahun 1998 sebab dia kene tapau dengan Anwar Ibrahim sebab Mahathir kan lemah jantung. Berapa kali by-pass ntah. Kalau kau sorok pill dia, konfem la besok lusa tu.

16. Dan tiada lagi Anwar Ibrahim pada tahun 2012. Ya pada tahun ini. Bulan depan. Kerana Nuar telah di tapau oleh pemimpin negara kita sekarang ini yang jauh lebih power daripada dia. Iaitu Bik Mama...I love You Bik Mamaaa..

Sekian, mekasey, wassalam.

5 comments:

Akim Iqbal said...

Hahahahahhahahhahaha

JAIRO said...

hahahahaha lawak.... \m/

SimpleTrader said...

Lawa siut gambau nih ... Memang cun

mangkuk statik said...

tq tq..gambar tu wa cilok dari fesbuk "Kelab Bik Mama (BikMaC)". hahah

ihsan_huhu said...

btol gak. himpunan sejuta belia menapau najib cam syok gak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails