Thursday, August 15, 2013

Dilemma Bila Aku Nak Ambik Pekerja Cun


Salam,

1. Setiap kali ada awek cun mintak kerja ngan aku, hadoi pecah kepala aku bro! Cemana ni. Apa aku nak buat. Nak amik ke tidak?

2. Ikutkan hati, aku rembat jer. Tapi kau ingat senang ke jadi boss? Jadi tokey satu2nya kedai melayu kat Adeled? Brapa ramai budak melayu mintak kerje ngan aku bro, sampai aku dah lost count. Ada yg datang mintak depan2, SMS, Fesbuk inbox, surat, etc sampai banyak yg aku tak balas pon sebab dah bertimbun sangat.

berat sungguh biceps ..eh silap...papan tanda tu.

3. Aku tau aku ni agak intimidating untuk budak2 lelaki hokay. Awek2 plak brapa ramai yg terlupa nak bernafas bila tatap muka aku ni. Sungguh! Maklumlah, aku ni kan breath-taking gituw. So bila korang mintak kerja tu, aku assume korang mesti desperate kot. Kesian.

4. Ada yang takde duit nak bayar saman traffic. Ada yg duit abis sebab kereta eksiden. Ada yang rumah kene pecah perompak. Ada yg duit biasiswa lesap kene tipu. Ada yang biasiswa kene potong. Ada yang hilang biasiswa. Hancur hati aku ni tau tak kalau aku terpaksa tolak korang.

5. Tapi dalam masa yg sama, aku kene run business yg cost-effective. Buat apa aku pakai pekerja terlalu ramai kalau last2 aku tak boleh bayar gaji kan? Takpun buat apa aku ambik pekerja yg lembap, if for the same amount of gaji, aku boleh dapat pekerja yg lebih effective.

6. At the end of the day, pekerja yg aku ambik mestilah benefits me as well. Example,
a) Aku suka ambik budak2 Achitecture sebab diaorg takde exams. So starting swot-vac (study week), diaorang dah free 24/7 anytime bole keje untuk cover pekerja2 lain yg ambik exam.
b) Aku juga suka ambik budak2 yg active in persatuan sebab diaorg ni ramai kawan/pengikut. So if u capture the alpha male/female, the herds will follow. Satu lagi bila diaorg buat aktiviti, aku boleh nampak sapa boleh buat kerja dan sapa berat buntut.
c) Budak2 Pharmacy pon best sebab diaorang banyak masa free berbulan2 masa diaorang final year.

7. Pekerja yg aku ambik juga mestilah boleh ngam dengan current workers. Semua kepala kene sama. Sebab bila dah keje SB ni dah jadi macam adik beradik. Semua kene understand and bekap each other masa kerja baru the machine is running smoothly, especially bila kedai kene serang waktu lunch.

8. Satu lagi, ramai orang silap sangka siapakah my main target market. The targets, in order of importance are Chinese students/residents of Australia, mat salleh dan student lelaki Melayu. Why? Because these people cannot cook Malaysian food.......well.

9. Awek2 melayu jarang makan kat kedai aku sebab diaorang boleh masak the same shit. Budak2 postgrad especially yg dah kawin tu, lagiiiiiilah langsung aku tak mengidam satu sen pon duit depa. Buang masa je.

10. Jadi apakah kaedah untuk menambahkan kastemer student Melayu lelaki? Satu, cheap food. Dua, huge portion. Tiga, smashingly hot aweks.

11. Jadi bila aku kene pilih antara awek hot dan awek tak hot, yang both of them aku tak penah nampak pon datang makan kedai aku sebelum ni, yang pandang lekeh makanan aku, yang sanggup spend berpuluh2 ringgit makan makanan gedik tapi nak spend 6 dollar kat kedai aku pon berkira, so aku mintak korang tepuk dada dan tanya apakah yg korang akan buat if u are standing in my shoes?

12. Instead ada orang yg cakap kenapa aku ambik pekerja2 hot jer, sedangkan muka org yg cakap banyak ni aku tak pernah nampak pon kat kedai. Cubalah datang kedai acap sikit dan pastu please please please tell me if aku ambik pekerja hot sahaja or not? Ini, datangnya tidak, tetiba nak smash aku. Pfffttt. Banyak cantik.

13. On the other hand, I am acutely aware that apabila awek2 ni kerje ngan aku, aku lah yg dapat saham dosa kalau ada customer usha lebih2. I put you there on the counter on the first place, so I've the responsibility as your boss or de-facto fatherly figure. So awek2 hot adalh risky! Lebih baik pekerja yg kurang hot or biasa2 lah pulak gitu!

14. Sebab tu seboleh2nya aku ambik yg pakai tudung. Dan bila ada yg pakai terselak sana, tersembul sini, transparent situ, aku terpaksa tegur. (Pernah kene marah, "Ehh! Abg Azam jangan lah tengok!". Isyh! Aku siku kang budak ni. Mujur kau comel! Hahahadoi!). In fact aku penah rejek sorang awek ni sebab dia perghhh! Sungguh terlampau kuih pau perghhh baiii. *sujud syukur*

15. So people. Please understand bila aku ambik sesapa kerja ngan aku, samada aweks or balaks, mesti I have my own reasons kay. Mungkin korang2 yg kene rejek telah trasa, so please forgive me hokay. Lagi pon aku trasa macam nak jual kedai aku soon. So this year could be my last year. So kasi chan lah kat pakcik ni untuk mengedik. Tak boleh ke?

Sekian, mekasey, wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

nak mintak keje full time bleh??

mangkuk statik said...

TNM: Kau bukan awek. Kau dah level makcik2. Kuota pekerja yg berumur 25 ke atas telah di penuhi. Terima Kasih. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails