Tuesday, August 13, 2013

Zombie Kampung Solok Hujan Panas


Salam,

1. Baru second day raya kot. Baru je sampai ke Masjid Tanah setelah drive 8 jam drp Kangar kot. Tetiba adik aku yg bermasel ketul2, Thor, cakap dia dapat mayday drp mak sedara kitaorg yg kubur moyang kitaorg di Tanah Perkuburan Solok Hujan Panas (siap ada febsuk), telah mendak. Berlubang. Jadi dia mintak kitaorg tolong kambus balik.

2. What de fish? Asal lah kitaorg plak yg kene buat? Apa salah kami. Bukan ke rumah dia lagi dekat? Anak2 dia pon ada kat rumah balik beraya. Pelik sungguh ni. Macam ada konspirasi ni.

3. Dem la. Tapi mmg kantoi lah kan set2 rumah kitaorg monteng tak pegi kubur masa first day raya. Tu yg tak tau cerita tu.

4. So bila dengar cerita yg kubur arwah moyang aku mendak dan berlubang, stret aku terpikir, dia ni kene balun kaw2 ke sampai mendak abes tanah kubur dia? Kesian dia. Wajarkah aku pergi ke pusat tahfiz dan isi borang untuk "hantar power" kat moyang aku? Bayar budak2 baca tahlil ke, baca satu Quran ke gitu.Tak pon siram air zam2 tawaf dan air sarang anai2 yg makan 23 juzuk al-Quran?
______________
Moyang Aku

1. Yg aku tahu nama dia Hj Amin bin entah. Dia adalh atuk kpd mak aku. Aku ni half-Klate, half-Melaka.

2. Dia dulu imam masjid.  Ajar org baca Quran. Selalu pegi masjid. Jadi one day masa dia tgh naik beskal pegi masjid, ada satu kereta bantai dia. Abis patah kaki, masuk besi bagai. Tapi sebab dia tak buat proper physio dan exercise lepas operate masuk besi tu, dia tak heal properly. Kaki dia jadi keras dalam posisi bersila. Iya, bersila macam Buddha tu. Istilah medic dia contracture
Tempat arwah selalu lepak dan terjerit2 panggil aku

4. Jadi dia kene ngesut dalm rumah. Lama kot dia hidup gitu. Tapi dia tak penah tinggal solat. Pastu bosan2 dia dok berzikir roket "Milah, Milah, Milah, (Alhamdulillah)", "Bar, Bar, Bar, (Allahuakbar)", ntah brapa ribu sehari ntah.
Dia ninggal umur brpa ntah. Yg pasti lebih drp 80 yo

5. Hujung2 hidup dia, dia jadi nyanyuk dan sound dia sudah lari. Ntah brapa kali aku cakap nama aku kat dia, dia asyik lupa,
Moyang: "Ehh! Apo namo ekau haa?"
Aku: "Nama saya Azam tuk"
Moyang: "Apo? Namo ekau malam?"
Aku: " Azam la. Bukan malam. AZAAMM"
Moyang: "Malam? Apo ayah ekau bagik namo ekau malam? HAHAHAHA"
Aku: *sabau je lah. Racist btol org tua ni! Tau lah kulit aku "malam" kan....

6. Selepas itu lekat lah nama aku "Malam" kat kepala dia. Ehh...kata nyanyuk tapi apsal nama malam tu boleh ingat plak. Haram skit!
"MALAM! Alih beskal, hari paneh  nanti tayar molotup!"
"MALAM! Buek air kupi kek den!"

7. Aku tak ingat aku ada kat mana masa dia ninggal. Masa matrik ke masa lepas fly. Tapi aku ingat mak aku cakap, dia kene kapan sambil bersila sbb kaki dia tak boleh kasi lurus balik dah. Sungguh unik.
__________________
Misteri kubur berlubang

1. Jadi, kesimpulanya, moyang aku ni adlah legend. Dia baik kot orgnya. Kuat beribadat. Jadi aku harap2 kubur dia tak mendak sebab kene balun ngan Mungkar dan Nakir.

2 Lagi pon alam kubur/barkzakh ni, adalh alam ghaib. Tak de kene mengene dgn alam zahir pon. Kalau malaikat balun sampai terperosok 70 kaki pon, tanah tu takkan bergerak seinchi pon.

3. Tak caya tengok jirat cina tu, Takde pon berlubang2 ke, tanah mendak ke gitu. Siap buat atas bukit lagi.

4. Jadi kesimpulan yg aku buat, kubur moyang aku ni mendak mesti sebab 3 perkara sahaja,
A. Air bertakung situ, lama2 tanah dia jadi jerlus dan mendak, sehingga meninggalkan kesan lubang bila air dah kering. Atau...
B. Arwah Moyang aku telah di angkat ke langit tu bersama dgn org2 yg baik2. Sebab tu kubur tu mendak. Dia dah belah dah bro. Atau..
C. Errr...Hj Amin sebenarnya dah bangkit drp kubur dan menjadi ..... zombie.

4. Jadi berdasarkan firasat kebatinan aku yg ampuh ini, aku yakin, sebab "C" tu paling tepat. Tak caya sudah.
_________________
Operasi Basmi Zombie

1. So aku tak tau zombie moyang aku dah pegi mana. Tapi kubur dia yg berlubang tu, kitaorang kenalah kambus kan. Kang tak pepasal org yg datang malam2 ke kubur nak mintak nombor ekor, terjerlus kaki ke gituw. Kesian. Nanti jadi bahan makanan zombie seblum sempat tobat.

2. Thor, adik aku cadang nak pegi senja. Aku beres je, sebab ada Thor kan. Kalau zombie moyang aku terkam, konfem dia bekap aku kan. Steady bro! Gunakan masel kau tu!
Gambar sebelum keluar tangan drp lubang tu dah sambar kaki Thor

3. Tapi incase, Thor tumpas, aku dah siap2 bawak budak2 kecik sekali ke kubur aritu. So senang aku hulur je budak2 kecik tu biar zombie makan dulu sebelum makan aku kan. Harap2 dia dah kenyang dah lah kan bila tiba turn aku tu.
From left: Baby Thor, Snowblack binti Hensem, Princess Thor

Cepat kambus zombie tu cepat. Cergas people. Cergasss!

4. Tak pon aku angkat kaki ler drp situ. Zombie Hj Amin takan boleh hambat aku nyer lah. Dah lah zombie kan jalan slow2 gituw. Tambah2 lagi, moyang aku kan di kapankan "bersila". So konfem dia kene ngesut masa nak kejar aku kan. Haha. Aku berlari pakai bulu roma tangan aku pon lagi cepat derr.

5. Jadi moyang aku nak makan aku? Malam skit lah tuk. MALAMM SKITTTT!


So long bro
Sekian, mekasey, "Selamat Haghi Ghayor", Al-Fatihah utk moyang aku dan Wassalam.

3 comments:

metal brain asylum said...

marvelesss entry.hehehe

mangkuk statik said...

metal: thanks bro.tak payah britau.aku dah tau. wahaha #gileriak

ihsan_huhu said...

malam siot ah! tergolek2 aku gelak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails