Hari ini adalah hari yang penuh emosi bagiku. Hampir-hampir air mata jantanku membasahi pipi putihku yang muskular ini. Kerana 31 Ogos 1994 adalah tarikh aku fly. Genap 20 tahun yang lepas, aku berada dalm flight otw ke bumi ozzy ini.
Time is a funny thing. Its always looks like it was just yesterday when u are looking back. Tapi bila aku letak 20 tahun ni dalam context, baru terasa, 20 tahun ni, lama dah dowhh!!!
1. Aku fly sebelum KLIA buka.
- KLIA was opened in 1998 dowh (sumber). So aku fly daripada Subang Airport. Iya airport cabuk tu. Terbakar ntah brapa kali ntah.
-Tapi sekali bila aku sampai Adelaide je, airport dia mak datuk, Airport Alor Staq lagi grand bro. Trasa macam nak naik flight balik Msia balik. 2005 baru airport Adelaide skang ni bukak (sumber). Baru la up skit.
Welcome to Adelaide |
2. Aku fly masa Dr M adalah PM.
- Korang mesti hanya dengar2 citer pasal the legend of Dr M drp buku teks atau cerita mak bapak korang kan? Merepek je semua tu macam kisah lagenda Hang Tuah , Mahsuri gitu. Manada org kebal dan tikam dada kuar darah putih bagai.
- Aku lahir zaman Tun Abd Razak bro. Pastu gone through zaman Tun Hussein Onn. Pastu baru ada budak mentah bangla mana ntah nama Dr M ni jadi PM. Masa aku fly dia dah 13 tahun jadi PM. Lagi 10 tahun sebelum pencen.(sumber)
- Sepanjang aku kat sini, aku dah missed the whole zaman Pak Lah. Zaman Rosmah pon nampak gayanya macam melepas gak. Aku tunggu Anwar jadi PM kot baru aku balik. Aku yakin, lagi 50 tahun, konfem dia PM. Reformasi!
3. Aku fly sebelum Almond London tercipta
Kenapa tak namakan Almond USA? US supply 80% of world almond kot (sumber). |
- Masa aku fly, tart nenas berada pada kedudukan no 1 dalam carta kuih raya Malaysia. Semua rumah ada tart nenas. Skali bila kawan aku balik masa third year, dia bawak balik kuih yg pelik ni. Layan lah pulak. Aku tanya dia, kuih pekebenda ni. Bila dia cakap Almond London, aku mati2 ingatkan kuih ni mesti sedara mara dia bawak balik drp london ke gitu.
-Sekali rupanya2, kuih ni, chocolate dia, hatta almond dia, takde kene mengena dgn London langsung. Sungguh tak boleh blah. Nama cam wow. Tanak kalah. Maka bermulalah zaman Almond London berkuasa sebagai kuih no satu dalam carta kuih raya seantaro Malaysia.
4. Aku fly sebelum Malaysia ada Internet.
- Internet kat Malaysia bermula pada tahun 1995 (sumber). Aku sampai sini baru tahu menatang apa internet ni, bila uni kasi student email. Haha. Itu pon internet hanya boleh access drp comp suite kat Computer or Engineering school. Comp kat library hanya boleh pakai utk search catalog.
- dan...errr....screen comp kat uni, semua kaler hijau dan hitam. Enuff said.
Ada lagi tak comp ni kat Barr Smith Library? |
5. Aku fly sebelum zaman mobile phone.
- Masa aku fly, mobile phone adalah sebesar batu bata. Kalau boh dalam poket, konfem dua perkara akan berlaku. Satu, poket rabak. Kedua, anggota peribadi anda akan kemek kerana berebut ruang yang sangat terhad di situ.
- Pada tahun 1995, baru Celcom upgraded the cellular phone services kat Malaysia, dan BOOM overnight semua org pakai mobile phone.(sumber)
- Jadi bila tahun 1996 ada junior aku dtg pastu bawak fon, semua org tengok dgn penuh jakun. Babilah mamat ni. Poyo sial ada mobile phone. Abis dia tapau awek2 Adelaide taim tu. Hamjadah. Simbah asid kang!
Phone yang konfem takan hilang. Kalu cari konfem jumpa. Kalau tak jumpa konfem kau buta. |
6. Aku fly sebelum ada Astro
- Astro start tahun 1996 bro (sumber). Masa aku fly, kat TV kat Malaysia hanya ada RTM1, RTM2 dan TV3. Radio2 pon hanya ada stesen2 yg di bawah RTM macam RMKL(Radio Malaysia KL), RMKB etc. Setesen2 swasta macam Erra, Hot FM, THR etc belum beranak lagi taim tu.
- Kira TV3 lah paling happening time tu. Itu pon dah cukup best bro. Compare to masa aku kecik2, tengok TV hitam putih je. Pastu TV time aku fly tu, bukan 24 hours bro. Pkul 12 tengah malam dia pasang negaraku pastu semua channel padam.(sumber)
-Korang skang ni Astro basic channel tak pandang. Nak tambah katun la, bola lah, movie lah, itu pon komplen " Alaa. Takde citer best lah arini?". Bersyukurlah nak. Pakcik hempuk anggota peribadi kau dgn mobile fon besar bata ni kang!
Banyak pahala makcik ni di akhirat. Semua org troll dia. Saya tidak yer makcik! Belum lagi! haha |
7. Aku fly sebelum orang kenal Siti
Siti okay lah. Boleh lah. Tapi bini aku lagi cun. |
- Siti menang Bintang HMI (Hiburan Minggu Ini) tahun 1995, setahun slepas aku fly (sumber). Debut album dia kuar tahun 1996. Pastu dia pon meletup-letup lah glamer. Tapi zaman tu kan mana da internet. Aku plak bukan jenis balik Malaysia every year sebab tiket mahal. So aku tak tau menahu cerita siti ni.
- Sekali in 1998, masa aku pegi rumah sekor junior ni, dia ada poster artis ni kat bilik dia. Tiap2 pagi dia cium poster artis tu. Aku tanya lah dia, sapa awek ni? Dia cakap "Lu ni ketinggalan lah brader, inilah awek gua Siti!". Hokay.
- Aku harap one day aku jumpa dia balik. Sebab aku nak cakap kat dia, "Bro. Mulut Siti yg kau cium hari2 dulu, skang ni, hari2 cium misai dan organ2 lain Datuk K yg berbulu2. Harap lu tak ketinggalan bro. Peace!"
8. Aku fly sebelum PlayStation keluar.
- Main game dengan budak2 lelaki ni adalah macam manusia dengan oksigen. Tak mungkin ada budak lelaki yang bernafas dalam dunia ini yang tak pernah main game.
-Zaman aku, kitaorang main kat arcade. Masuk duit 20 cent utk main StreetFigher, MortalKombat, Raiden, game labah2 yg kuar gambar bogel, etc. Sambil isap rokok dlm gelap2 tu, mmg syok.
- Pastu slow2, org berhijrah main game kat PC, sebab tak payah serabut2 masuk siling tiap kali mati. Just restart sudep. Tapi game kat comp is limited by your processor and video card. Serabut kene upgrade hardware selalu utk keep-up.
-Jadi bila PS1 kuar di Jepun Dec 1994, Sony dapat durian runtuh duit jatuh drp angkasa (sumber). PS sampai Ozzy Nov 1995. Terus budak2 lelaki rembat. Biar mahal. Biar pastu tak makan nasi berbulan2. Main game pon dah cukup kenyang dan boleh memberikan vitamin2 asas utk meneruskan kehidupan sebagai seorang lelaki sejati di muka bumi ini.
9. Aku fly masa Rozita Che Wan masih pramugari
Bilik tidur syurga idamanku? Dgn Che Ta konfemlah. |
- Che Ta, darling aku, jadi pramugari tahun 1992 (sumber). Dia quit 1995 lepas frust sebab aku pergi Ozzy. Korang prasan kan betapa hot stuff nyer aku skang ni kan? Cuba kau imagine 20 tahun lepas. Giler krem tangan aku nak tepis aweks2 yg nak tekel aku. Adehhh!
- Jadi wa mana boleh kasi komitmen kepada seorang wanita sahaja kan. Jadi aku lepas kan che ta dengan baik. Maka setahun pastu pada 26 Ogus 1995, dia pon kawin lah ngan pilot tu. And the rest is history. Selamat tinggal sayang. Abang tahu, Ta masih nangis malam2 bila terkenang kisah kita. Abang pon......sob sobs.
10. Aku fly masa aku berumur 20 tahun.
- Dan skang aku dah 40 thn. Jadi more than half of my life, I have spent in Australia.
- So pasnih, kalau ada orang tanya aku daripada mana? Well, legitimately I have to say, I am from Australia mate.
-Besok bakar passport Malaysia. yeayy!
Sekian, mekasey, wassalam.